Tuesday, May 05, 2026

SIRI 450


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Rumusan dan Penutup

sambungan....


Rumus 6: Wajib atas setiap Muslim mencari Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, berbai'at kepada beliau dan berjuang atas Jalan Allah dan Rasul-Nya (Jalan Ma'rifat) sampai mati!

sambungan....



Fatwa Imam Al-Ghazali Radhiallahu 'Anhu:

“Bergabung dengan kalangan Sufi (Mursyid Pewaris Nabi) adalah fardhu ‘ain.  Sebab tidak seorang pun terbebas dari ‘aib atau kesalahan kecuali para Nabi.” 

[Khulasah At-Tasannif fi-Tasawwuf]


Beliau berkata lagi:

“Di antara hal yang wajib bagi seorang Salik yang menempuh Jalan Kebenaran adalah dia wajib mempunyai seorang Mursyid dan Pendidik Keruhanian yang dapat memberinya petunjuk dalam perjalanannya serta melenyapkan akhlaq-akhlaq yang tercela dan menggantinya dengan akhlaq-akhlaq yang terpuji.” 

[Ihya Ulumuddin]


Berkata Imam Ghazali Radhiallahu 'Anhu lagi:

“Jalan Agama sangatlah samar, (tak dapat bezakan haq dan batil) dan jalan-jalan syaitan sangat banyak dan jelas (terbuka luas untuk dimasuki oleh siapa sahaja).  Oleh kerana itu, jika seseorang yang tidak mempunyai Shaikh yang membimbingnya, maka pasti syaitan akan menggiringnya (memimpinnya) menuju jalannya (kepada kesesatan).” 

[Ihya Ulumuddin]


Fatwa Imam Fakhruddin Ar-Razi Radhiallahu 'Anhu:

[ Mujaddid kurun ke-6]

“Seorang murid tidak memiliki Jalan untuk sampai ke Maqam-Maqam Hidayah (Iman, Taqwa, Tauhid yang murni) dan Mukasyafah, kecuali dia mengikuti Mursyidnya yang menunjukkannya ke Jalan yang Lurus serta menghindarkannya dari titik-titik kesalahan dan jalan yang sesat.” 

[Tafsir Mafatih Al-Ghaib]


Fatwa Imam Ath-Tayyibi  Radhiallahu 'Anhu

“Tidak patut bagi seorang yang alim – meskipun dia memiliki Ilmu pengetahuan yang luas, sehingga dia menjadi salah seorang cendekiawan pada masanya – untuk merasa puas dengan apa yang diketahuinya.  Yang wajib baginya adalah bergabung dengan para Ahli Toriqat Sufiyyah, agar mereka menunjukki Jalan yang Lurus.  Sehingga dia menjadi salah seorang yang Di-Ajak Berbicara oleh Allah di dalam hati mereka kerana kesucian batin mereka, dan Di-Bebaskan dari sifat-sifat tercela.” 

[Hasyiah Al-Kasyaf]


Bersambung siri 451 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 449


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Rumusan dan Penutup

sambungan....



Rumus 6: Wajib atas setiap Muslim mencari Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, berbai'at kepada beliau dan berjuang atas Jalan Allah dan Rasul-Nya (Jalan Ma'rifat) sampai mati!


Fatwa Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu 'Anhu:

“Takabbur, kemunafikan dan ego, adalah panah syaitan yang tertuju pada hati kamu.  Kamu perlu siapkan satu strategi mempertahankan diri dari serangan-serangan ini.  Formula strategi tersebut telah diterangkan dan telah dibuktikan oleh Masyaikh (Guru-guru Mursyid terdahulu).  Kamu perlu mendengar baik-baik arahan mereka dan mematuhinya.  Mereka akan pimpin kamu pada Jalan Allah kerana mereka telah pun melalui Jalan tersebut.  Mintalah pada mereka nasihat-nasihat berkenaan nafsu-nafsu (yang rendah dan jahat), dan kelemahan-kelemahan lainnya, kerana mereka juga pernah mengalami kesulitannya dan menghadapi kesan akibat darinya.  Mereka sangat sedar dan mengetahui bahaya dan ancaman dari nafsu-nafsu kejahatan.  Mereka telah menempuh Jalan yang Panjang memerangi (nafsu-nafsu tersebut) dengan demikian mereka boleh menghalang, mengawal dan mengalahkan semua kejahatan itu.”

[Fathur-Rabbaniy Wa Faid ar-Rahmaniy]


Berkata beliau lagi:

“Seseorang tidak dapat dikatakan Sufi (Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq) sehingga dia sampai ke Maqam di mana dia Di-Anugerahi Pandangan kepada Rasulullah ﷺ di dalam mimpinya dan diberi arahan dan tegahan.  Jika keadaan ini terjadi maka hatinya akan Di-Naikkan ke Maqam lebih tinggi serta Di-Sucikan batinnya.  Beliau seterusnya akan memperoleh kehampiran dengan Allah Ta’ala sementara tangannya di dalam pimpinan tangan Rasulullah ﷺ.” 

[Sirrul Asrar]


Berkata beliau lagi:

“Hati adalah ladang akhirat.  Tanamlah benih Keimanan dalam hati kamu.  Sirami dan bajai ia dengan amal-amal kebajikan yang berterusan.  Jika hati kamu baik, suci bersih dan teguh, ianya akan subur dan menghasilkan tuaian yang sangat banyak.  Sebaliknya jika hati kamu keras dan degil, ruh kamu menjadi tandus, kering-kontang dan tiada tanaman mampu tumbuh atasnya.  Pelajarilah Ilmu pertanian dari "peladang" yang mahir, iaitu Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.  Jangan kamu fikir pendapat kamu itu sudah cukup (sedang kamu jahil tentang Ilmu pertanian).  Rasulullah ﷺ telah berwasiat, "Mohonlah pertolongan pada setiap pekerjaan dari pakarnya." ”

[Fathur-Rabbaniy Wa Faidur-Rahmaniy]


Bersambung siri 450 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 448


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Rumusan dan Penutup

sambungan....


Rumus 5: Al-Qur'an serta Sunnah Rasulullah ﷺ terdiri dari dua bahagian; Pertama: Syari'at (fiqh) Kedua: Toriqat (Tasawwuf).


5.1 Kedua-dua bahagian Ilmu ini wajib diamalkan.


5.2 Kedua-dua Ilmu ini — Syari'at (fiqh) dan Toriqat (Tasawwuf) hanya ada pada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.  Maka wajib atas setiap orang Islam mencari mereka dan Bai'at dengan mereka.


5.3 Telah sepakat Ulama: Barang siapa amalkan Syari'at  (fiqh) sahaja dan abaikan Toriqat (Tasawwuf) maka dia menjadi Fasiq.  Barang siapa amalkan Toriqat (Tasawwuf) sahaja dan abaikan  Syari'at (fiqh), maka dia termasuk orang Zindiq.


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu:

(Mujaddid Agung sepanjang zaman)

“Dua macam Ilmu yang diturunkan kepada kita.  Pertama, Ilmu Zahir disebut Syari'at.  Kedua, Ilmu Batin disebut Ma'rifat (yang terhasil dari Toriqat).  Syari'at untuk jasad kita dan Ma'rifat (yang terbit dari Toriqat) adalah untuk batin.  Kedua-duanya WAJIB dipadukan (amalkan sekaligus dan jangan abaikan satu pun daripadanya) dan dari perpaduannya membuahkan haqiqat.  Seperti halnya pohon dan daunnya yang menghasilkan buah.  Sebagaimana Firman-Nya di dalam Surah Ar-Rahman : Ayat 19 dan 29.  Dengan Ilmu Zahir sahaja, manusia tidak akan mencapai Haqiqat dan tidak akan sampai kepada Matlamat Ubudiyyah.  Ubudiyyah yang benar dan sempurna hanya akan wujud oleh perpaduan antara Ilmu Zahir (Syari'at Rasulullah ﷺ) dan Ilmu Batin (Toriqat Rasulullah ﷺ).  Dengan ini dapat menyempurnakan tuntutan Ma'rifat dan Ubudiyyah sebagaimana Firman Allah: " وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ". 

[Tamat Nukilan dari Kitab Sirrul Asrar]

 

Berkata Imam Malik Radhiallahu Anhu:

“Amalkan fiqh tanpa Tasawwuf adalah Fasiq.  Amalkan Tasawwuf tanpa fiqh adalah Zindiq.  Barang siapa menghimpun keduanya itulah _muhaqqiq_ (yang benar)."

[Nukilan kitab: Qutul Qulub, Ihya Ulumuddin dan Risalah Ma’rifat]


Bersambung siri 449 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 447


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Rumusan dan Penutup

sambungan....



Rumus 3: Allah Ta'ala menurunkan Rasul dan Nabi dan Pewaris Nabi, menunjukki manusia jalan lurus, jalan kebenaran.


3.1 Manusia seluruhnya tidak mempunyai pengetahuan tentang Ketuhanan.  Mereka jahil, bodoh, tidak tahu apa-apa.


3.2 Allah Ta'ala mengajar manusia dengan perantaraan Kalam melalui "Utusan-Nya".


3.3 Tiga macam Hamba Allah yang bertaqwa menjadi Utusan Allah.

(i) Rasul

(ii) Nabi

(iii) Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq



Rumus 4: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (Benar) adalah Warisatul Anbiya Sebenar.


4.1 Sayyidina Wa Maulana Muhammad Rasulullah ﷺ adalah Rasul dan Nabi terakhir sebagai penutup Kenabian.  Setelah kewafatan Rasulullah ﷺ hamba-hamba Allah yang menggantikan Baginda ﷺ menjadi Utusan Allah adalah Warisatul Anbiya yang dikenali sebagai Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (Benar). 


4.2 Setiap Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq adalah Pilihan Allah.  Bukan pilihan manusia, bukan undian, bukan kerana anak kepada Guru.


4.3 Setiap Mursyid yang Siddiq wajib menepati 10 syarat.


Berkata Al-Imam Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu:

“Para Ulama (Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq) adalah hamba-hamba Allah yang memiliki kedudukan istimewa, yang Allah Pilih sebagai Pelita Agama-Nya.  Allah Menganugerahi Petunjuk kepada mereka dengan berbagai kelebihan dan keutamaan.  Mereka adalah Pewaris para Nabi, pengganti mereka, dan Pemimpin kaum muslimin, sebagaimana Sabda Nabi ﷺ: “Ulama adalah Pewaris para Nabi kerana Ilmu yang mereka miliki.  Penduduk langit mencintai mereka, dan bahkan para penghuni lautan pun memohon ampunan untuk mereka hingga Hari Qiamat.” ”  [Imam Ad-Dailami].

[Tamat nukilan: Sirrul Asrar]


Berkata Sulton Auliya Imam Jilani Radhiallahu Anhu:

“Orang-orang yang berilmu dan hikmah (Mursyid - Ahli Sufi - Ahli Ma'rifat) adalah hamba Allah yang sejati yang Di-Pilih-Nya untuk menerima “Risalah-Risalah dari Pengajaran-Nya”.  Allah Ta'ala Melimpahkan mereka Ilmu dan Hikmah dan dengan Ilmu Hikmah itulah mereka menjadi manusia yang lebih tinggi darjatnya dari manusia lain.  Mereka berhubung dengan Nabi ﷺ melalui perasaan yang halus dan dengan 'aqal yang bijaksana (Kehalusan Ma’rifat atau disebut juga Kasyaf Ilahiyyah).  Allah memuji mereka yang memiliki Ilmu Hikmah dengan Firman-Nya:


ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ “


[Tamat nukilan kitab: Sirrul-Asrar Fi-ma-Yahtaju Iyahil-Abrar]


Bersambung siri 448 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 446


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Rumusan dan Penutup

sambungan....



Rumus 2: Manusia di turunkan ke muka bumi untuk menerima dugaan dan cubaan beberapa waktu sebelum dipanggil kembali.


2.1 Allah Ta'ala turunkan manusia ke alam terendah (Alam Dunia atau dipanggil Alam Ajsam)


2.2 Allah Ta'ala himpunkan sekalian ruh manusia di Alam Lahut.  Ketika sampai masanya yang Allah Ta'ala tetapkan, ruhnya akan Di-Tiupkan ke dalam perut ibunya.


2.3 Sebelum masuk ke dalam janin, setiap ruh insan akan menempuh beberapa lapisan alam.  Setiap alam berperanan untuk memberi kekuatan pada ruh.


Berkata Ghawthul A'zham Sulton Auliya Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anhu:

“Empat ribu tahun selepas Di-Ciptakan Cahaya Muhammad, Allah Ciptakan Arasy daripada Cahaya Mata Muhammad.  Dia Ciptakan makhluq yang lain daripada Arasy.  Kemudian Dia Hantarkan ruh-ruh turun kepada peringkat penciptaan yang paling rendah, kepada alam kebendaan, alam jirim dan badan.”


Firman Allah:


 ثُمَّ رَدَدْنَـهُ أَسْفَلَ سَـفِلِين


“Kemudian Kami Turunkan ia kepada peringkat yang paling rendah.”

[Surah At-Tin (95): Ayat 5]


Dia Hantarkan Cahaya itu daripada tempat ia Di-Ciptakan, dari Alam Lahut, iaitu alam kenyataan bagi Zat Allah, bagi Ke-Esaan, bagi Wujud Mutlaq, kepada alam Nama-Nama Ilahi, kenyataan Sifat-sifat Ilahi, alam bagi 'aqal asbab kepunyaan ruh yang meliputi (Ruh Universal).  Di sana Dia Pakaikan ruh-ruh itu dengan pakaian Cahaya.  Ruh-ruh ini dinamakan Ruh Sultani (ruh pemerintah).


Dengan berpakaian Cahaya mereka turun kepada alam malaikat.  Di sana mereka dinamakan Ruh Ruhani.


Kemudian Dia Arahkan mereka turun kepada alam kebendaan, alam jirim, air dan api, tanah dan angin dan mereka menjadi ‘ruh manusia’. 


Kemudian daripada dunia ini Dia Ciptakan tubuh yang berdaging, berdarah.


Firman Allah:


 مِنْهَا خَلَقْنَـكُمْ وَفِيهَا نُعِيدُكُمْ وَمِنْهَا نُخْرِجُكُمْ تَارَةً أُخْرَى  


“Kemudian Kami Jadikan kamu dan kepadanya kamu akan Di-Kembalikan dan daripadanya kamu akan Di-Bangkitkan sekali lagi.”

[Surah Ta Ha (20) : Ayat 55]


Selepas peringkat-peringkat ini Allah Memerintahkan ruh-ruh supaya memasuki badan-badan dan dengan Kehendak-Nya mereka pun masuk.


Firman Allah:


 فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِى 


“Maka apabila Aku Sempurnakan kejadiannya dan Aku Tiup padanya Ruh-Ku…”

[Surah Shad (38) : Ayat 72]


[Tamat Nukilan kitab: Sirrul-Asrar Fi-Ma-Yahtaju Ilayhil-Abrar]


Bersambung siri 447  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 445


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Rumusan dan Penutup



Rumus 1: Nur Muhammad Ciptaan Allah yang Pertama.


1.1 Allah Ta'ala menciptakan Nur Muhammad dari Cahaya Wajah-Nya sebagai Ciptaan Pertama.


1.2 Maksudnya: Sebelum Penciptaan Nur Muhammad, hanya Wujud Zat Allah semata-mata yang Laisa-Kamithlihi Syai'un.  Tiada Wujud sebarang makhluq, hanya Tuhan Rabbul Jalil semata-mata.  Kemudian Allah Ciptakan Nur Muhammad.


1.3 Setelah Allah Ciptakan Nur Muhammad, kemudian Allah Ciptakan pula sekalian makhluq yang lain daripada Nur Muhammad.


1.4 Inilah pegangan yang benar menurut Pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah yang benar.


1.5 Adapun Golongan yang menafikan kebenaran ini adalah Golongan sesat yang terkeluar dari Ahlus Sunnah Wal Jama'ah.  Mereka adalah Golongan Wahhabi, Syi'ah (rafidhi), Mujassimah dan Golongan Sesat yang lain — 72 Golongan sesat.  Ditambah dengan Golongan sesat zaman ini yang terdiri daripada Golongan Sekular, Demokrasi, Sosialis, Kapitalis, Komunis dan lain-lainnya. 


Berkata Ghawthul A'zham Sulton Auliya Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anhu:

“Semoga Allah Ta'ala memberikan kamu kejayaan di dalam amalan-amalan kamu yang Di-Sukai-Nya dan Semoga kamu memperoleh Ke-Redhaan-Nya.  Fikirkan, tekankan kepada pemikiran kamu dan fahamkan apa yang aku katakan. 


Allah Yang Maha Tinggi pada permulaannya Menciptakan Cahaya Muhammad daripada Cahaya Suci Keindahan-Nya.


Dalam Hadith Qudsi Allah Ta'ala berfirman:

“Aku Ciptakan Ruh Muhammad daripada Cahaya Wajah-Ku.”


Ini dinyatakan juga oleh Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam dengan Sabda Baginda ﷺ:

“Mula-mula Allah Ciptakan Ruhku.  Pada permulaannya Di-Ciptakan-Nya sebagai Ruh Suci.”

“Mula-mula Allah Ciptakan Qalam.”

“Mula-mula Allah Ciptakan 'Aqal.”


Apa yang dimaksudkan sebagai Ciptaan Permulaan itu ialah Ciptaan Hakikat kepada Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam, iaitu Kebenaran tentang "Muhammad" yang tersembunyi.  Dia juga diberi nama yang indah-indah.  Dia dinamakan Nur, Cahaya Suci, kerana dia Di-Persucikan dari kegelapan yang tersembunyi di bawah sifat Jalal Allah. 


Allah Yang Maha Tinggi Ber-Firman:


 قَدْ جَآءَكُمْ مِّنَ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَـبٌ مُّبِينٌ


“Sesungguhnya telah datang kepada kamu dari Allah, Cahaya dan kitab yang menerangkan.”

[Al-Maidah (5) : Ayat 15]


Dia dinamakan 'Aqal  yang meliputi ('Aqal Universal) kerana dia telah melihat dan mengenali segala-galanya. 


Dia dinamakan Qalam kerana dia menyebarkan hikmah dan ilmu dan dia mencurahkan ilmu ke dalam huruf-huruf. 


Ruh Muhammad adalah zat atau hakikat kepada segala kejadian, permulaan dan kenyataan alam maya. 


Baginda Sallallahu Alaihi Wa-Sallam menyatakan hal ini dengan Sabda Baginda ﷺ:

“Aku daripada Allah dan sekalian yang lain daripadaku.”


Allah Yang Maha Tinggi Menciptakan sekalian ruh-ruh daripada Ruh Baginda Sallallahu Alaihi Wa-Sallam di dalam alam kejadian yang pertama, dalam bentuk yang paling baik.   


"Muhammad" adalah nama kepada sekalian kemanusiaan di dalam Alam Arwah.  Dia adalah sumber, asal usul dan kediaman bagi sesuatu dan segala-galanya.”

[Tamat Nukilan kitab: Sirrul-Asrar Fi-Ma-Yahtaju Ilayhil-Abrar]

  

Bersambung siri 446 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 444


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 9: Bai'at kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

sambungan....


9.7 Bai'at Berterusan Sampai Qiamat

sambungan....



Umpamanya pada zaman sekarang kita dapat menyaksikan dunia dikuasai oleh Sistem Kafir dan pemimpin-pemimpin juga terdiri daripada mereka yang fasiq atau kafir kecuali sedikit.  Pemimpin-pemimpin politik ini saling berbalah, adu domba, tuduh-menuduh, fitnah-memfitnah sampai akhirnya berbunuh-bunuhan demi menguasai pemerintahan.  Maka tak mungkin berlaku Bai'at kepada manusia-manusia seperti itu.  


Tetapi Bai'at kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq terus berlaku pada zaman ini, sebagaimana yang telah berlaku amalan ini sebelumnya, turun-temurun para _Masyaikh Ahlus Sunnah_ mewarisinya daripada Junjungan Mulia Rasulullah ﷺ dalam bentuk yang suci murni tanpa campur tangan nafsu atau syaitan atau mana-mana kuasa dunia atau pemimpin fasiq.


Ringkasnya…

Sistem Warisan Rasul ﷺ sentiasa terpelihara di tangan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq dan diri mereka sendiri merupakan acuan dari diri Rasulullah ﷺ, maka  Bai'at  kepada mereka adalah  Bai'at yang suci bersih dari pengaruh hawa nafsu atau kepentingan duniawi.   Bai'at  inilah yang akan kekal berterusan sampai Qiamat tanpa sebarang perubahan. 


Sebagaimana kami huraikan juga sebelum ini, melalui Sistem Warisan Suci Rasulullah ﷺ ini berserta  Bai'at  kepada Pimpinan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, dunia akan sentiasa Di-Limpahi Sinar Islam, Hidayah dan Petunjuk Allah Ta’ala.  Meskipun Ummat Islam sentiasa berubah-ubah di antara Dunia Keimanan dan Dunia Kekafiran, namun Sistem Warisan Rasulullah ﷺ dan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq akan sentiasa terpelihara.  Panji-panji Islam akan tetap berkibar di tangan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq sampai Qiamat.       


Dengan demikian  Bai'at  kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq juga akan berterusan sampai Qiamat.


Berkata Al-Imam, Sulton Auliya, Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu Anhu:

“Ilmu tersebut (iaitu Ilmu Rahsia yang tersangat rahsia) dimasukkan kepada Nabi ﷺ pada malam Baginda ﷺ Mi'raj kepada Tuhannya.  Rahsia itu tersembunyi di dalam diri Baginda ﷺ di balik tiga ribu tabir hijab.  Baginda ﷺ tidak membuka rahsia tersebut melainkan kepada sebahagian pengikut Baginda ﷺ yang sangat cinta dengan Baginda ﷺ.  Melalui penyebaran dan keberkatan Rahsia (Rahsia di dalam dada Pewaris Nabi yang Siddiq) inilah Islam akan terus memerintah sehingga ke hari Qiamat.”

[Sirrul Asrar Fi-ma-Yahtaju Ilayhil Abrar]


Bersambung siri 445 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 443


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 9: Bai'at kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

sambungan....


9.7 Bai'at Berterusan Sampai Qiamat

sambungan....



Di sana wujud perbezaan ketara antara Bai’at kepada Pemerintah dengan Bai’at kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.  Sebahagian daripadanya kami telah huraikan di dalam bahagian-bahagian yang telah lalu.


Perbezaan paling utama adalah: 

Bai’at bentuk pertama sentiasa berubah-ubah mengikut Sistem Pemerintahan yang menguasai dunia dan negara bangsa.  Bai’at kepada Pemerintah hanya sah dan layak dilakukan ketika Kekuasaan di tangan seorang Khalifah yang memerintah secara ‘adil menurut Undang-undang Allah.  Dan tidak berlaku Bai’at ketika dunia dikuasai oleh Pemerintah kafir dan Undang-undang Kafir. 


Hal ini berbeza dengan Bai’atkepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.  Bai’at akan terus berlaku di dalam Sistem Warisan Rasulullah ﷺ kerana mereka yang benar-benar memegang Kekuasaan di dalam Warisan ini hanyalah hamba-hamba Allah yang Bertaqwa.  Allah Ta’ala Memilih mereka secara khusus, sebagaimana kami huraikan pada fasal Fakta dan Dalil-dalil kewujudan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (sila rujuk semula untuk mendapat gambaran yang tepat).


Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq sentiasa di dalam Petunjuk dan Pemeliharaan Allah Ta’ala (Mahfuz) dan pimpinan tangan Rasulullah ﷺ.  Bagi mereka tiada suatu kepentingan apa pun di dunia ini.  Mereka hanya memimpin manusia kepada Allah.  Mereka mendidik manusia menjadi hamba-hamba Allah yang bertaqwa menurut Sistem Warisan Rasulullah ﷺ yang diterima dan dipindahkan dari satu Generasi Mursyid kepada Generasi berikut dan berikutnya tanpa putus sehingga terpelihara kesucian dan keasliannya daripada dinodai oleh segala pendapat nafsu manusia atau iblis. 


Hal tersebut jauh berbeza dengan Pemerintah Negara bangsa dunia yang sentiasa berubah-ubah di antara yang Taqwa atau fasiq atau sesat atau kafir.  Sistem pemerintahan dan undang-undangnya juga berubah-ubah antara Sistem Islam yang hakiki dengan Sistem Kuffar.


Bersambung siri 444 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 442


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 9: Bai'at kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

sambungan....




9.7 Bai'at Berterusan Sampai Qiamat


Sebahagian Ummat ini beranggapan Bai’at tidak wujud lagi setelah kewafatan Rasulullah ﷺ.  Sebahagian lagi berpegang Bai’at tidak wujud lagi selepas kejatuhan Kerajaan Islam Othmaniyyah dan menafikan terus konsep Bai’at.  Golongan ini beranggapan Bai’at itu cuma bagi Khalifah atau Amir yang memerintah Negara. 


Semua anggapan ini keliru, jahil dan jelas bertentangan dengan Al-Qur’an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan fatwa Ulama Mu’tabar.

 

Yang benar adalah: Selepas kewafatan Rasulullah ﷺ, Warisan Suci Bai’at ini diteruskan oleh Khulafa’ Ar-Rasyidin, Tabiin, Tabiit-Tabiin, Imam-Imam dan Masyaikh Ahlus Sunnah dan Ummat Islam yang mendokong Ahlus Sunnah Wal Jama’ah seluruhnya.  Sekalian Ulama Ahlus Sunnah yang ternama mengambil Bai’at dengan Guru mereka masing-masing yang juga merupakan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.


Sekurang-kurangnya kita dapat mengenal dua bentuk Bai’at berterusan pada zaman Sahabat, Tabiin, dan generasi Ahlus Sunnah kemudiannya sampai ke hari ini dan akan berterusan sampai Qiamat. 


Pertama:

Bai’at kepada Kepala Negara yang memegang Kekuasaan Politik atau Pentadbiran Negara, yang digelar Khalifah yang TAQWA. 


Kedua:

Bai’at kepada Warisatul Anbiya yang mewarisi Ilmu, Ruhaniyyah dan Rahsia Kenabian yang dikenali sebagai Mursyid, Imam, Ahli Sufi, Ahli Ma’rifat, Murobbi yang Siddiq (Benar).


Bersambung siri 443 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 441


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 9: Bai'at kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

sambungan....



9.6 Kefahaman Yang Benar Terhadap Bai'at di Zaman Rasulullah ﷺ


Paparan berkenaan macam-macam Bai’at menjadi bukti jelas bahawa Bai’at di zaman Rasulullah ﷺ BUKAN semata-mata Bai’at untuk masuk Islam, tetapi meliputi hampir semua bentuk Keimanan, Ibadah dan Jihad.


Beberapa rumusan penting dari pemerhatian terhadap Bai’at Sahabat kepada Rasulullah ﷺ:  


(1) Kesemua peristiwa Bai’at para Sahabat kepada Rasulullah ﷺ, memberi petanda pentingnya Bai’at di dalam membangunkan jiwa Ummat kepada Keimanan dan Ketaqwaan.


(2) Hati insan sentiasa berbolak-balik, ada kalanya baik bersemangat dan ada kalanya lemah tidak bermaya.  Maka Bai’at berulang-ulang atau memperbaharui Bai’at kepada Rasulullah ﷺ menjadi ledakan semangat baru kepada Mujahadah dan Perjuangan mendirikan Tauhid di dalam hati.


(3) Kesemua Bai’at tersebut sama ada untuk mempertahankan IMAN, atau bersungguh-sungguh di dalam IBADAH atau berjanji untuk mempertahankan Rasulullah ﷺ, kesemuanya menuju matlamat yang SATU iaitu meninggikan Kalimah Allah bagi mencapai Ke-Redhaan Allah.


(4) Kefahaman yang benar terhadap keseluruhan Bai’at ini amat penting kerana ianya berkait dengan kesinambungan Bai’at yang berlaku setelah kewafatan Rasulullah ﷺ.


(5) Barang siapa ingkar akan wujudnya Bai’at kepada Khalifah-khalifah Rasulullah ﷺ yang Taqwa setelah kewafatan Rasulullah ﷺ, maka dia telah terang-terangan menentang Allah dan Rasul-Nya.


Bersambung siri 442 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

Monday, May 04, 2026

SIRI 440


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 9: Bai'at kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

sambungan....


9.5 Bentuk (jenis-jenis) Bai’at

sambungan....



Ke-9: Bai’at Untuk Berkata Adil

       

Hadith Rasulullah ﷺ:

Dari Sayyidina 'Ubadah bin Samit Radhialahu Anhu beliau berkata: “Kami membai’at Rasulullah ﷺ untuk mendengar dan ta’at dalam keadaan sulit dan mudah, yang kami senangi maupun kami benci, dan tidak merebut kekuasaan dari pemiliknya, dan mengatakan keadilan di mana pun kami berada, tidak takut kepada celaan orang yang mencela.” 

[Imam An- Nasai]


Ke-10: Bai’at Untuk Tidak Lari Medan Perang


Hadith Rasulullah ﷺ:

“Sayyidina Jabir Radiallahu Anhu  berkata; sesungguhnya kami membai’at Baginda Rasulullah ﷺ untuk tidak lari dari perang.”

[Imam An-Nasai]


Ke-11: Bai'at kepada Warisatul Anbiya - Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

 

“Dahulu kaum Bani Isra’il dipimpin oleh para Nabi.  Setiap seorang Nabi meninggal dunia, maka diganti seorang Nabi lainnya.  Maka sesungguhnya tidak ada Nabi yang menggantikan setelah aku meninggal dunia, namun yang menggantikanku adalah Khalifah-khalifah.  Maka mereka banyak mempunyai pengikut-pengikut.”  Sahabat bertanya, “Wahai Rasul apa yang engkau perintahkan pada kami?”  Rasulullah ﷺ menjawab; “Laksanakan Bai’at seperti Ba'iat pertama kali di hadapan mereka dan tunaikan hak-hak mereka, kalian mintalah kepada Allah yang menjadi bahagian kalian, kerana Allah Ta’ala menanyakan tentang apa yang mereka pimpin.”

[Imam Bukhari, Imam Muslim]


Bersambung siri 441 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 439


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 9: Bai'at kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

sambungan....


9.5 Bentuk (jenis-jenis) Bai’at

sambungan....


Ke-6: Bai’at Berulang kali


Rasulullah ﷺ bersabda:

“Hai Salamah, tidakkah engkau berbai’at?”  “Saya sudah pada Ba’iat yang pertama ya Rasulullah,” jawabku.  Maka Rasulullah ﷺ menjawab: “Lakukanlah juga pada  Ba’iat yang kedua!”

[Imam Bukhari]


Ke-7:  Ba’iat Untuk Jihad


Dari Sayyidina Anas _Radhiallahu Anhu_, beliau berkata; “Rasulullah ﷺ berangkat di suatu pagi yang dingin sedang kaum Muhajirin dan Ansar sedang menggali Khandaq (parit), lantas Rasulullah ﷺ melantunkan sebuah bait syair;” “Ya Allah, sesungguhnya kebaikan sejati adalah kebaikan Akhirat, maka Ampunilah kaum Ansar dan Muhajir.”  Serta-merta para Sahabat menyahut dengan bait syair; “Kita adalah yang _berbai'at_ kepada Muhammad untuk jihad sepanjang hayat.”

[Imam Bukhari]


Hadith Rasulullah ﷺ:

Sayyidina Ya'la bin Umayyah Radhiallahu Anhu berkata; “aku datang kepada Rasulullah ﷺ bersama Abu Umayyah ketika hari penaklukan Makkah lalu aku berkata;” “Wahai Rasulullah bai’atlah ayahku untuk berhijrah,” kemudian Rasulullah ﷺ bersabda: “Aku membai’atnya untuk berjihad kerana hijrah telah terputus.” 

[Imam An Nasai]


Ke-8: Bai’at Wanita


Hadith Rasulullah ﷺ:

Dari Sayyidina ‘Urwah _Radhiallahu Anhu_ bahawa Sayyidatina Aisyah Radhiallahu Anha, telah memberitahu kepadanya mengenai Bai'at Rasulullah ﷺ kepada para wanita.  Beliau berkata; “Tidaklah Rasulullah ﷺ menyentuh tangan wanita sama sekali kecuali Baginda ﷺ mengambil Sumpah atasnya,” maka apabila Baginda ﷺ telah mengambil Sumpah atasnya, Baginda ﷺ berkata: “Pergilah, aku telah membai'at kamu semua!” 

[Imam Abu Daud]


Bersambung siri 440 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 438


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 9: Bai'at kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

sambungan....


9.5 Bentuk (jenis-jenis) Bai’at

sambungan....



Ke-4: Bai’at Untuk Jauhi Syirik, Keji dan Mungkar


Firman Allah:


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ إِذَا جَآءَكَ ٱلۡمُؤۡمِنَـٰتُ يُبَايِعۡنَكَ عَلَىٰٓ أَن لَّا يُشۡرِكۡنَ بِٱللَّهِ شَيۡـًٔ۬ا وَلَا يَسۡرِقۡنَ وَلَا يَزۡنِينَ وَلَا يَقۡتُلۡنَ أَوۡلَـٰدَهُنَّ وَلَا يَأۡتِينَ بِبُهۡتَـٰنٍ۬ يَفۡتَرِينَهُ ۥ بَيۡنَ أَيۡدِيہِنَّ وَأَرۡجُلِهِنَّ وَلَا يَعۡصِينَكَ فِى مَعۡرُوفٍ۬‌ۙ فَبَايِعۡهُنَّ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لَهُنَّ ٱللَّهَ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬


“Wahai Nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan Janji Setia, bahawa mereka tidak akan mempersekutukan sesuatu pun dengan Allah, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya, tidak akan berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan dan kaki mereka serta tidak akan menderhakaimu dalam urusan yang baik, maka terimalah Janji Setia mereka dan mohonkanlah ampunan kepada Allah Ta’ala untuk mereka.  Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

[Al-Mumtahanah (60) : Ayat 12]


Ke-5: Bai’at Kepada Amir atau Khalifah atau Pemimpin yang Taqwa


Hadith Rasulullah ﷺ:

Sayyidina Ubadah bin Samit Radhiallahu Anhu berkata: “Rasulullah ﷺ telah memanggil kami, lalu kami pun memberi Bai’at kepada Baginda ﷺ,” kemudian Ubadah berkata: “Di antara perkara yang diminta kami Bai’at adalah: Kami berjanji mendengar dan mentaati (Rasulullah ﷺ) dalam perkara yang kami suka atau benci, dalam keadaan kami susah dan senang, tidak mementingkan diri sendiri, tidak membantah terhadap Amir (Pemimpin atau Khalifah) dalam urusan-urusan kecuali kami melihat kekufuran terhadap Allah secara nyata dengan bukti yang terang dan jelas.”

[Imam Bukhari]


Rasulullah ﷺ bersabda:

“Dengar dan taat adalah wajib atas setiap orang Muslim (kepada Pemimpin mereka) dalam perkara yang ia suka atau benci selama ia tidak disuruh berbuat ma’siat.  Apabila ia disuruh berbuat maksiat maka tidak wajib lagi ia mendengar dan mentaati.”

[Imam Bukhari]


Bersambung siri 439 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 437


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 9: Bai'at kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

sambungan....



9.5 Bentuk (jenis-jenis) Bai’at


Kebanyakan orang Islam memahami Bai'at  pada sudut yang sempit, iaitu Bai'at  untuk masuk Islam atau Bai'at  kepada Khalifah semata-mata.  Sedangkan Bai'at  yang sebenar yang difahami oleh Ahlus Sunnah Wal Jama’ah TIDAK terhad kepada kedua bentuk itu kerana di antara Rasulullah ﷺ dan Sahabat telah berlaku Bai'at  di dalam banyak keadaan yang berbeza-beza dan tujuan yang berbeza-beza.  


Walau bagaimanapun dasar dan matlamat Bai'at  tidak terkeluar dari Prinsip-prinsip Asasnya iaitu: Kesucian Hati dan mencapai Tauhid yang hakiki, Taqwa dan Maqam Ihsan, serta meninggikan Syi’ar Allah atas muka bumi.


Pertama: Bai'at Untuk Beriman kepada Allah dan Tidak Derhaka Kepada Rasulullah ﷺ (Bai’atul Aqabah Pertama)


Beriman kepada Allah dan tidak menyekutukan Allah dengan apa pun, kamu tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak kalian, dan tidak derhaka kepada Rasulullah ﷺ. 


Sayyidina Ubadah bin Samit Radhiallahu Anhu berada pada saat terjadi Bai’atul Aqabah berkata, Rasulullah ﷺ mengambil Janji Setia orang-orang Ansar di Aqabah; maka Rasulullah ﷺ bersabda:

“Kemarilah, hendaklah kamu berbai’at (Janji Setia) kepadaku untuk tidak akan berbuat dusta yang kamu ada-adakan antara tangan dan kaki kamu, tidak derhaka kepadaku dalam perkara yang ma’ruf (baik).  Barang siapa yang menepati Bai'at  (Janji Setia) ini, maka ia akan mendapatkan Ganjaran dari Allah.  Barang siapa yang melanggar salah satunya, lalu dihukum di dunia, maka hukuman itu menjadi kaffarah (penghapus dosa) baginya.  Barang siapa yang melanggar salah satunya, lalu Allah Ta’ala menutupi kesalahannya tersebut, maka urusannya dengan Allah, jika Allah Ta’ala mahu, maka Allah boleh jadi menghukumnya; jika Allah Ta’ala mahu, maka Dia ampuninya.”

[Imam Bukhari,Imam Muslim, Imam Tabary]


Ke-2: Bai’at Untuk Pertahankan Rasulullah ﷺ (Bai’atul Aqabah kedua)


Rasulullah ﷺ membacakan ayat-ayat suci Al-Qur’an dan mengajak kepada Allah, berikan semangat akan Islam, kemudian Baginda ﷺ berkata: “Aku membai’at kamu melindungiku sebagaimana kamu melindungi wanita dan anak-anak kamu.”

[Imam Tabary- Tarikh Tabary, Imam Ibnu Ishaq-Sirah Ibnu Hisyam]


Ke-3: Bai’at untuk dirikan Solat dan Nasihat buat Muslim (Bai’atul Aqabah ketiga)


Berkata Sayyidina Jabir bin Abdullah Radhiallahu Anhu: 

“Aku telah berbai’ah kepada Nabi ﷺ untuk mendirikan solat, menunaikan zakat dan memberikan nasihat buat setiap Muslim.”

[Imam Bukhari]


Bersambung siri 438 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 436


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 9: Bai'at kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

sambungan....


9.4 Haqiqat Bai’at


Ahlus Sunnah Wal Jama’ah memahami, sesungguhnya Haqiqat sesebuah Bai'at itu adalah pengakuan suci murni kepada Allah Ta’ala, BUKAN kepada manusia yang membai’atkannya. 


Seseorang Pemimpin yang menerima Bai'at dari manusia lain sama ada beliau itu Rasul, Warisatul Anbiya’, Khalifah, atau Pemimpin lainnya, hanyalah sebagai Wasilah (yang menyambung atau memimpin kepada Allah).  Ertinya pada zahirnya hamba-hamba Allah Bai'at kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq sedangkan pada haqiqatnya mereka Sumpah dan Janji Setia kepada Allah. 


Di sini kita melihat suatu ciri unggul Ahlus Sunnah Wal Jama’ah iaitu bertawassul kepada seseorang yang Di-Kasihi Allah untuk memperoleh kebaikan dari Allah Ta’ala.


Firman Allah:


إِنَّ ٱلَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ ٱللَّهَ يَدُ ٱللَّهِ فَوۡقَ أَيۡدِيہِمۡ‌ۚ فَمَن نَّكَثَ فَإِنَّمَا يَنكُثُ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦ‌ۖ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِمَا عَـٰهَدَ عَلَيۡهُ ٱللَّهَ فَسَيُؤۡتِيهِ أَجۡرًا عَظِيمً۬ا


“Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan Taat Setia kepadamu (wahai Muhammad), mereka hanyasanya memberikan pengakuan Taat Setia kepada Allah; Tangan Allah atas tangan mereka (Allah mengawasi keadaan mereka memberikan Taat Setia itu untuk membalasnya).  Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan Janji Setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.”

[Al-Fath (48) : Ayat 10]


Firman Allah ini adalah mengandungi Kalimah-Kalimah Agung, suatu Pengisytiharan Sejagat berhubung dengan Rahsia Bai'at.  Mereka (Ummat Islam yang benar-benar beriman) yang Bai'at Janji Setia kepada Rasulullah ﷺ adalah di dalam Perhatian Allah yang khusus.  Allah Ta’ala menjanjikan Ganjaran Besar bagi mereka yang sungguh-sungguh menyempurnakan janji mereka.


Ganjaran yang Di-Janjikan itu BUKANLAH harta benda duniawi atau kemewahan kekayaan atau pangkat kedudukan di sisi manusia.  Tetapi jauh lebih mulia dari itu iaitu Syurga Melihat Wajah-Nya ketika di dunia ini lagi.  Dan di Akhirat mereka Di-Janjikan Masuk Syurga tanpa Hisab – bertali-tali masuk Syurga dengan berpegang kepada Mursyid kepada Mursyidnya, sambung- menyambung sampai Rasulullah ﷺ.  


Jika Ganjaran Besar yang Di-Janjikan itu berupa harta benda duniawi atau pangkat kedudukan di sisi manusia, sudah tentu para Sahabat lebih layak menerimanya.  Tetapi ternyata para Sahabat kebanyakannya dhaif dan miskin.  Tetapi mereka kaya dengan IMAN.  Kaya dengan TAUHID, kaya MA’RIFAT.  Sebaliknya mereka kaya di Akhirat.  Mereka sudah Di-Perlihatkan oleh Allah Ganjaran yang menanti mereka di Akhirat.  Bahkan mereka telah Di-Bukakan Mata Hati untuk Melihat Allah di dunia ini lagi.  


Bersambung siri 437 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 435


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 9: Bai'at kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

sambungan....



9.3 Asas Bai'at


Asas  Bai'at di dalam Islam tidak lain melainkan menyempurnakan Matlamat Penciptaan manusia, iaitu Mengenal Allah (secara hakiki di dalam hati) dan melaksanakan Ubudiyyah (Perhambaan). 


Firman Allah:


وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ


“Dan tidaklah Aku ciptakan Jinn dan Manusia melainkan Ubudiyyah Kepada-Ku.” 

[Adz-Dzaariyaat (51) : Ayat 56]


Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu Anhu:

“Makna " يَعْبُدُونِ " (Ya'budun) pada ayat di atas adalah "يعرفون" (Ya'rifun) iaitu Mengenal Allah (di dalam pengertian mendalam disebut Ma'rifat).”

[Tafsir Ibn Abbas]


Maka maksud Perintah Allah di atas adalah:

Tidaklah Allah Ta'ala ciptakan jinn dan manusia melainkan untuk Mengenal Allah dengan sebenar kenal (Ma'rifat) dan kemudian beribadah Kepada-Nya dengan tulus ikhlas ( 'Ubudiyyah).  Ungkapan "يَعْبُدُونِ" (Ya'budun) itu pada hakikatnya adalah "Perhambaan" dan bukan semata-mata ibadah.  Pengertian "ibadah" membawa maksud umum kerana perlakuan "ibadah" dibuat juga oleh manusia-manusia lain yang menganut agama lain, atau tegasnya orang kafir dan Musyrik.   


Untuk menyempurnakan Matlamat ini, Allah Ta’ala Utuskan sekalian Anbiya bagi menunjukki jalan Mengenal Allah di dalam erti kata yang sebenar, iaitu menunjukki jalan kebenaran dan menyucikan batin manusia daripada kekufuran dan kesyirikan (Syirik Khafi), Mazmumah (kekejian) sehingga hati mereka terbuka untuk Mengenal Allah dan melakukan  'Ubudiyyah setulus hati.  Pintu masuk kepada proses inilah Bai’at.  Setiap manusia yang ingin selamat dunia akhirat perlu Bai’at kepada “Utusan Allah” atau “Wakil Allah”.


Pada hayat Rasulullah ﷺ, Baginda ﷺ sendiri memimpin para Sahabat Mengenal Allah dan sucikan batin mereka daripada Syirik, Mazmumah dan dosa-dosa.  Setelah kewafatan Rasulullah ﷺ, tugas memimpin manusia kepada Allah, menunjukki mereka jalan kebenaran dan jalan sucikan hati ini disambung oleh Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.  

Siapakah mereka? 

Merekalah Sahabat, kemudian Tabiin, kemudian Tabi-it Tabbin, kemudian Imam-Imam dan Masyaikh yang memperoleh Limpahan Nur Allah dan pancaran Nur Muhammad silih berganti sepanjang zaman.  


Bersambung siri 436 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 434


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 9: Bai'at kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

sambungan....


9.2 Definisi Bai'at


Dari segi Bahasa:

Bai’at berasal dari kata dasar Arab: ( بيعة , يبيع , باع ) yang membawa pengertian: aqad, penjanjian, beri dan terima, jual beli, janji setia, sumpah setia, penjanjian di antara dua pihak. 


Dari segi Istilah:

Bai’at  adalah: Perjanjian di antara Pemimpin dan Orang yang dipimpin untuk mempertahankan Agama Suci Allah di dalam dirinya, keluarganya, masyarakatnya, negaranya dan dunia umumnya.  


Di dalam Risalah ini kita akan bicarakan secara khusus Bai’at pada Jalan Ma’rifat, iaitu perjanjian di antara Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq dan Salik (hamba yang berjalan kepada Allah).  Mursyid berikrar kepada Allah Ta’ala untuk memimpin si murid kepada Allah Ta’ala dan murid berjanji untuk ta’at setia kepada Mursyidnya agar tercapai Matlamat Agama, iaitu mencapai Tauhid hakiki, Ubudiyyah yang suci murni dan Keredhaan Allah serta Kasih-Nya.  


Beberapa noktah penting untuk diperhatikan:


•  Pada hayat Rasulullah ﷺ Bagindalah Pemimpin Zahir dan Batin, maka Baginda ﷺ dibai’at oleh Ummat Islam.


•  Setelah kewafatan Rasulullah ﷺ, Khulafa Ar-Rasyidin menjadi Pemimpin Ummat Zahir dan Batin, maka mereka  dibai’at oleh Ummat Islam. 


•  Setelah kewafatan Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah, kepimpinan bercampur aduk antara haq dengan batil.  Nilai-nilai kesucian Agama dikotori oleh Pemimpin-pemimpin fasiq dan zalim.  Mereka ini hanya “khalifah” pada nama saja, kerana Khalifah Rasulullah ﷺ yang benar adalah hamba Allah yang Taqwa. 


•  Walau bagaimanapun Kepimpinan Keruhanian yang diwariskan oleh Rasulullah ﷺ kepada para Sahabat Baginda ﷺ yang terpilih tetap bersambung dengan keluhuran tanpa campur tangan “kuasa-kuasa” nafsu dan syaitan.  Merekalah Wakil Allah dan Wakil Rasulullah ﷺ yang Sebenar.  Ini yang dipanggil Kepimpinan Mursyid atau Ahli Sufi atau Ahli Ma’rifat Pewaris Nabi yang Siddiq.  Setiap Mursyid yang Siddiq mempunyai Silsilah perguruan sampai kepada Rasulullah ﷺ.  Mereka tetap unggul mempertahankan kesucian Islam (kesucian Ahlus Sunnah Wal Jama’ah sampai Qiamat).


•  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, Wakil Sebenar Rasulullah ﷺ, menjauhkan diri daripada perebutan kuasa dan ketamakan ahli politik yang zalim dan fasiq.  Mereka membentuk Sistem dan Peradaban tersendiri berdasarkan Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah ﷺ yang suci murni, sehingga terbeza dari aliran-aliran, doktrin dan kefahaman-kefahaman sesat. 


Bersambung siri 435 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 433


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 9: Bai'at kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

sambungan....


9.1 Pengenalan Berhubung dengan Bai’at

sambungan....



Keenam: Allah Ta’ala janjikan Syurga Tanpa Hisab.

Orang-orang beriman yang benar-benar berpegang teguh dengan  Bai’at (Janji Setia) mereka sampai akhir nafas mereka, maka Allah Ta’ala janjikan mereka dengan Masuk Syurga tanpa Hisab.  Kalimah “اَجْرًا عَظِيْمًا” (Kemenangan Besar), ditafsirkan dengan pengertian “Masuk Syurga tanpa Hisab”.  Janji Allah ini (Masuk Syurga tanpa Hisab) bukan sahaja berlaku ketika hayat Rasulullah ﷺ, tetapi akan berterusan pada setiap zaman berikutnya sampai Qiamat.  Ertinya siapa sahaja dari kalangan orang Islam yang berbai’at kepada Wakil Rasulullah ﷺ, iaitu Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq dan kemudian berjuang sungguh-sungguh ikhlas mempertahankan kesucian Agama, maka mereka tergolong ke dalam Janji tersebut (Masuk Syurga tanpa Hisab).  Sesungguhnya Allah Ta’ala Maha Menyempurnakan Janji-Nya.


Ketujuh: Ahlus Sunnah terpelihara sampai Qiamat melalui Bai’at dan Talaqqi Musyafahah.

Bai’at (Janji Setia) dan Talaqqi Musyafahah (berhadapan dengan Mursyid Pewaris Nabi dan mengambil Ilmu terus dari lisan beliau) adalah Tunjang kesinambungan Tradisi Ahlus Sunnah Wal Jama’ah; mulai dari Sahabat Nabi ﷺ, turun-temurun dari satu generasi Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq kepada generasi Mursyid yang Siddiq berikutnya, dan berikutnya sambung-menyambung tanpa putus sampai Qiamat. 


Kaedah perpindahan Ilmu Warisan Rasul ﷺ melalui  Bai’at (Janji Setia), Talaqqi Musyafahah (menghadap Guru Mursyid dan menerima dari lisan beliau) dan Limpahan Nur Rabbaniyyah (Cahaya Ketuhanan) ke dalam dada Pewaris Nabi ini adalah keunggulan Ilmu Ahlus Sunnah yang tetap terpelihara kesuciannya di tangan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.  Dan inilah bukti kukuh bahawa Warisan Rasulullah ﷺ selamat di tangan Masyaikh Ahlus Sunnah.  Islam tetap terpelihara kesucian dan keasliannya dan tiada tercemar oleh anasir-anasir nafsu atau bisikan-bisikan syaitan atau kepentingan politik atau kerana nafsu Penguasa-penguasa fasiq.  Ahlus Sunnah tetap selamat di bawah Naungan Rahmat Allah dan akan terus memerintah dunia hingga Qiamat.


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu 'Anhu:

“Ilmu tersebut (iaitu Ilmu Rahsia yang tersangat rahsia) dimasukkan kepada Nabi ﷺ pada malam Baginda ﷺ Mi'raj kepada Tuhannya.  Rahsia itu tersembunyi di dalam diri Baginda ﷺ di balik tiga ribu tabir hijab.  Baginda ﷺ tidak membuka Rahsia tersebut melainkan kepada sebahagian pengikut Baginda ﷺ yang sangat cinta dengan Baginda ﷺ.  Melalui penyebaran dan keberkatan Rahsia inilah Islam (Ahlus Sunnah) akan terus memerintah sehingga ke hari Qiamat.”

[Sirrul Asrar Fi-ma-Yahtaju Ilayhil Abrar]


Sedangkan Golongan sesat – Syi’ah (Rafidhi), Wahhabiyyah (Khawarij), Mujassimah, Mu’tazilah, Jabariyyah dan lain-lain sudah tercemar ilmu mereka kerana campur aduk dengan falsafah kafir, sistem politik kafir, pendapat nafsu dan aqal sempit manusia serta bisikan-bisikan syaitan.


Maka binasalah sekalian pemimpin-pemimpin mereka berserta pendokong-pendokong buta mereka.  Wal Iyazubillah.  Moga Allah Ta’ala Selamatkan Ummat akhir zaman yang penuh dengan kelemahan dan hidup di dalam kegelapan.


Bersambung siri 434 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 432


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 9: Bai'at kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

sambungan....


9.1 Pengenalan Berhubung dengan Bai’at

sambungan....



Ketiga: Sekalian Masyaikh Ahlus Sunnah Bai’at dengan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.

Semua Ulama Pewaris Nabi yang Siddiq termasuk Mujaddid dan Mujtahid Berbai’at dengan Guru Mursyid mereka masing-masing, untuk beramal dan mempertahankan Agama Allah dengan jiwa raga mereka.  Ertinya setiap Mujaddid dan Mujtahid lahir dari Institusi Mursyid atau Ahli Sufi atau Ahli Ma’rifat, termasuk sekalian Mujtahid Fiqh – Imam Sufyan Ath-Thawri, Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’e dan Imam Ahmad Hanbal Ridhwanullah Alaihi Ajma’in dan mereka semua melakukan Bai’at dengan Mursyid mereka masing-masing. 


Keempat: Bai’at adalah pintu Pembukaan kepada pencapaian Tauhid yang hakiki.

Bai’at kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, kemudian mujahadah sungguh-sungguh pada Jalan Allah adalah pintu masuk kepada Keimanan sejati atau Tauhid yang hakiki atau Ma’rifat dan Ubudiyyah yang tulus Ikhlas.  Tanpa Bai’at ini (dengan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq), tiada siapa pun mampu mencapai hakikat Keimanan dan Kehampiran kepada Allah.  Bahkan hati mereka akan sentiasa berbolak-balik antara Keimanan dan Kekufuran, dan di antara Kebenaran dan Sifat nifaq dan di antara Tauhid dan Syirik.


Kelima: Tanpa Bai’at kepada Mursyid yang Siddiq, Agama seseorang terancam.

Orang Islam yang tidak berbai’at kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq dan tidak mujahadah sungguh-sungguh pada jalan Ma’rifat dengan pimpinan beliau, maka dikhuatiri menyeleweng kepada fahaman-fahaman sesat.  Hal ini benar-benar terjadi kepada Ummat ini – Sejarah Ummat Islam membuktikan banyak sekali orang-orang yang “alim” dan “cerdik pandai Agama” jatuh kepada fahaman-fahaman sesat Syi’ah (Rafidhi), Khawarij (Wahhabiyyah), Mu’tazilah, Jabariyyah, Mujassimah dan lain-lain berjumlah 72 golongan.  Sebahagian lagi jatuh kepada fahaman sesat di dalam keruhanian (11 golongan menurut fatwa Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu).


Bersambung siri 433 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 431


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 9: Bai'at kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq



9.1 Pengenalan Berhubung dengan Bai’at


Setelah seseorang Islam mendapat jawapan daripada Petunjuk Allah ke dalam hatinya akan seorang Mursyid Pewaris Nabi yang Sebenar, yang akan membimbingnya mengenal Allah, melalui Sistem Tarbiyyah Unggul yang diwarisi turun-temurun daripada Junjungan Besar Rasulullah ﷺ, maka langkah berikutnya adalah Bai’at, iaitu Janji Setia untuk mempertahankan Agama di dalam diri (di dalam hatinya) sampai matinya.  Sumpah Setia itu juga membawa pengertian lebih luas kepada mempertahankan kesucian Agama Allah di seluruh muka bumi dengan wasail (cara-cara) yang Di-Syari’atkan oleh Allah Ta’ala. 


Sesungguhnya Bai’at (Janji Setia) menurut Ahlus Sunnah Wal Jamaah menduduki posisi yang suci dan mulia di dalam Agama.  Jika diperhalusi secara mendalam, pada suatu sudut pengertian ilmu, Bai’at itu pada haqiqatnya merupakan dasar bagi Iman dan Taqwa.


Kewajipan Bai’at (Janji Setia) dan keutamaannya dapat diperhatikan daripada keterangan Al-Qur’an, Hadith Rasulullah ﷺ berserta fatwa Ulamahlus Sunnah terkemuka.  Berikut kami menyebut sebahagian daripadanya.


Pertama: Bai’at adalah pintu masuk ke dalam Islam.

Pada hayat Rasulullah ﷺ, setiap orang yang ingin memeluk Islam, berbai’at dengan Nabi ﷺ untuk beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, berpegang teguh kepada Tali Allah serta mempertahankan kesucian Islam dengan nyawa mereka.


Rasulullah ﷺ meminta para Sahabat Baginda ﷺ supaya  Bai’at berulangkali pada keadaan-keadaan tertentu, misalnya  Bai’at untuk beramal soleh,  Bai’at untuk Mempertahankan Rasulullah ﷺ,  Bai’at untuk jauhi Syirik,  Bai’at Wanita,  Bai’at untuk Jihad dan lain-lain.  Semua ini menunjukkan kewajipan dan keutamaan  Bai’at. 


Kedua: Rasulullah ﷺ mendidik Sahabat mencapai Keimanan yang tinggi.

Para Sahabat mencapai keimanan yang tinggi (Ma’rifat) setelah mereka  Bai’at dengan Rasulullah ﷺ dan sungguh-sungguh mujahadah pada Jalan Allah.   


Bersambung siri 432 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 430


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 8: Panduan Mencari Mursyid yang Siddiq

sambungan...



Pertama: Syarat Mursyid:

Perhatikan dan teliti Syarat-syarat Mursyid (10 Syarat) yang Siddiq sebagaimana kami terangkan.


Kedua: Tanda Mursyid:  

Lihat tanda-tanda kebenaran mereka dengan rasai sendiri kesan-kesan di dalam hati akan kebenaran mereka ketika duduk di dalam Majlis-majlis umum mereka. 


Ketiga: Solat Hajat Mohon Petunjuk Allah:  

Lakukan solat hajat dan istikharah pada malam Tahajjud, dan mohon pada Allah Menunjukki Guru Mursyid Pewaris Nabi yang akan Memimpinnya kepada Allah.


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu Anhu:

“Jika seseorang tidak dapat membezakan di antara Guru Keruhanian (Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq) yang Sebenar dan yang palsu, dia perlu mengerjakan solat nafil dua rakaat di waktu malam Tahajjud, untuk memohon Petunjuk Allah Ta'ala.  Dia kemudiannya memohon kepada Allah Menunjukki manusia-manusia suci ini yang akan Memimpinnya kepada Jalan Kebenaran.  Dia mesti sungguh-sungguh merayu kepada Allah agar Dia Memperlihatkan kepadanya orang yang akan membawa kepada Kasih akan Allah Ta'ala dan yang akan menyinari mata hatinya dengan Cahaya Ketuhanan.  Dan yang akan membuka kepada kejadian-kejadian ghaib yang beliau sendiri telah menyaksikannya.  Dengan berbuat demikian, In Shaa Allah seseorang akan mendapat Jawapannya dari Allah Ta'ala.”

[Fathur-Rabbaniyy Wa Faidhur-Rahmani]


Keempat: Pegang Teguh Setelah Bai’at:

Setelah ikuti semua panduan di atas lalu Di-Tunjukki oleh Allah akan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq itu, kemudian kamu Bai'at dengannya, dengan keyakinan yang teguh, maka pegang teguhlah sampai mati.  Jika datang keraguan selepas itu, ia adalah dari bisikan syaitan.  Sekali pun kamu melihat suatu pada sangkaan kamu bertentangan dengan hukum, ia cuma sangkaan kamu bukan kebenaran, maka hendaklah palingkan kepada kebaikan.  Ini kerana tujuan seorang Pewaris Nabi yang Siddiq tidak lain melainkan menolong muridnya sepanjang perjalanan sehingga selamat sampai kepada Allah.  Sangkaan yang datang setelah wujud keyakinan mengandungi tipu daya iblis.  Ini sebabnya kata Imam Ghazali Radhiallahu Anhu; 


Berkata Imam Ghazali Radhiallahu Anhu:

Di antara adab-adab penuntut ilmu (murid) adalah:

“Jangan sekali-kali Su’uz-zon terhadap Shaikhmu mengenai tindakan yang kelihatannya mungkar atau tidak Di-Redhai Allah menurut pandanganmu, sebab Shaikh kamu lebih mengerti rahsia-rahsia yang terkandung dalam tindakannya.”

[Bidayatul Hidayah]


Berkata Imam Ghazali lagi Radhiallahu Anhu:

“Hendaklah murid itu bersikap kepada Gurunya seumpama tanah kering yang disirami hujan Iebat.  Maka meresaplah ke seluruh bahagiannya dan meratalah keseluruhannya air hujan itu.  Manakala Guru itu menunjukkan jalan belajar kepadanya, hendaklah dita'ati dan tinggalkanlah pendapat sendiri.  Ini kerana meskipun Guru itu bersalah, tetapi lebih berguna baginya dari kebenaran dirinya sendiri.  Sebab, pengalaman mengajari yang halus-halus, yang ganjil didengar tetapi besar faedahnya (dari pengalaman keruhanian yang telah ditempuh oleh Guru pada waktu yang panjang).  Berapa banyak orang sakit yang dipanasi, dirawat oleh doktor dengan menambah panas pada waktu tertentu supaya kekuatannya bertambah sampai batas yang sanggup menahan pukulan ubat.  Maka hairanlah orang yang tak berpengalaman tentang itu.”

[Ihya Ulumuddin]


Bersambung siri 431 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 429


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 8: Panduan Mencari Mursyid yang Siddiq



Pada sesi yang lalu kami telah bentangkan dalil-dalil kesinambungan Risalah dan  Nubuwwah di tangan Warisatul Anbiya yang Siddiq yang dipanggil Khalifah, Mursyid, Imam, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat.  Ini yang diakui sebagai Pewaris Rasulullah ﷺ yang sebenar oleh Ahlus Sunnah Wal Jama’ah sepanjang zaman.  Sedangkan selain mereka (iaitu orang alim lain) adalah dipanggil alim kitab atau alim fiqh.  (Perkara ini telah ditegaskan berulangkali oleh Imam Jilani, Imam Ghazali, Imam Fakhruddin Ar-Razi Ridhwanullahi Alaihi Ajma'in serta Imam-Imam Ahlus Sunnah lain yang terkenal sepanjang sejarah Ummat). 


Dengan demikian tidak berlaku pertikaian darihal perkara ini.  Kecuali golongan Wahhabiyah (Khawarij), Syi'ah (rafidhi), Sekular dan lain-lain tidak akui hakikat ini, tidak perlu dihiraukan kerana golongan-golongan tersebut sudah pun terkeluar dari Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.


Jika kamu benar-benar memahami sekalian Dalil, Fakta, Syarat dan Tanda-tanda mereka yang dikatakan sebagai Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, maka kamu akan memahami dengan sesungguhnya bahawa mereka bukan tokoh politik yang ternama, mereka bukan orang bergelar Dato', Tan Sri, mereka bukan orang yang pandai pidato tundukkan lawan, mereka bukan petapa, mereka bukan juara yang menunjuk-nunjuk keajaiban-keajaiban atau karomah-karomah hissiyyah, sebaliknya mereka adalah hamba-hamba Pilihan Allah yang Allah Zahirkan atas muka bumi bagi menyambung Amanah Rasulullah ﷺ.  


Mereka tidak ada tujuan lain melainkan memimpin manusia kepada Allah Ta’ala menurut Petunjuk Allah dan Rasul-Nya.  Mereka memimpin manusia sebagaimana Amanah yang mereka warisi daripada sekalian Masyaikh turun-temurun daripada Rasulullah ﷺ tanpa dicemari unsur-unsur hawa nafsu atau syaitan.  Inilah Mursyid sebenar yang wajib dicari dan dipegang erat sampai mati. 


Berikut kami sebutkan langkah-langkah yang wajib diambil oleh “Pencari Kebenaran”, “Pencari Jalan Lurus”, “Pencari Jalan Allah dan Rasul ﷺ yang sebenar” untuk Kembali kepada Allah dengan selamat.


Bersambung siri 430 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 8: Panduan Mencari Mursyid yang Siddiq



Pada sesi yang lalu kami telah bentangkan dalil-dalil kesinambungan Risalah dan  Nubuwwah di tangan Warisatul Anbiya yang Siddiq yang dipanggil Khalifah, Mursyid, Imam, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat.  Ini yang diakui sebagai Pewaris Rasulullah ﷺ yang sebenar oleh Ahlus Sunnah Wal Jama’ah sepanjang zaman.  Sedangkan selain mereka (iaitu orang alim lain) adalah dipanggil alim kitab atau alim fiqh.  (Perkara ini telah ditegaskan berulangkali oleh Imam Jilani, Imam Ghazali, Imam Fakhruddin Ar-Razi Ridhwanullahi Alaihi Ajma'in serta Imam-Imam Ahlus Sunnah lain yang terkenal sepanjang sejarah Ummat). 


Dengan demikian tidak berlaku pertikaian darihal perkara ini.  Kecuali golongan Wahhabiyah (Khawarij), Syi'ah (rafidhi), Sekular dan lain-lain tidak akui hakikat ini, tidak perlu dihiraukan kerana golongan-golongan tersebut sudah pun terkeluar dari Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.


Jika kamu benar-benar memahami sekalian Dalil, Fakta, Syarat dan Tanda-tanda mereka yang dikatakan sebagai Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, maka kamu akan memahami dengan sesungguhnya bahawa mereka bukan tokoh politik yang ternama, mereka bukan orang bergelar Dato', Tan Sri, mereka bukan orang yang pandai pidato tundukkan lawan, mereka bukan petapa, mereka bukan juara yang menunjuk-nunjuk keajaiban-keajaiban atau karomah-karomah hissiyyah, sebaliknya mereka adalah hamba-hamba Pilihan Allah yang Allah Zahirkan atas muka bumi bagi menyambung Amanah Rasulullah ﷺ.  


Mereka tidak ada tujuan lain melainkan memimpin manusia kepada Allah Ta’ala menurut Petunjuk Allah dan Rasul-Nya.  Mereka memimpin manusia sebagaimana Amanah yang mereka warisi daripada sekalian Masyaikh turun-temurun daripada Rasulullah ﷺ tanpa dicemari unsur-unsur hawa nafsu atau syaitan.  Inilah Mursyid sebenar yang wajib dicari dan dipegang erat sampai mati. 


Berikut kami sebutkan langkah-langkah yang wajib diambil oleh “Pencari Kebenaran”, “Pencari Jalan Lurus”, “Pencari Jalan Allah dan Rasul ﷺ yang sebenar” untuk Kembali kepada Allah dengan selamat.


Bersambung siri 430 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 428


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 7: Mursyid palsu

sambungan.....


Mursyid Palsu atau Sufi Palsu Pada Zaman Terdahulu

Sambungan...



(10)   Ilmu Martabat Tujuh sesat

Golongan ini meniru Tujuh Tingkatan Ma’rifat menurut Ahlus Sunnah dan menyelewengkannya kepada kebatilan.  Mereka melukis rajah-rajah anggota kemaluan lelaki dan wanita lalu kaitkannya dengan Ma’rifat.  Menurut mereka sesiapa yang sudah menghafal dan memahami lukisan-lukisan tersebut, maka itulah Haqiqat dan Ma’rifat.  Jelas sekali pembohongan dan kesesatan mereka.


(11)   Golongan Mahdi palsu

Menuju Akhir Zaman, bangkit kelompok-kelompok di berbagai sudut dunia mengaku pemimpin mereka sebagai Imam Mahdi.  Kesemuanya sudah mati.  Kesemua manusia yang mengaku Imam Mahdi semuanya sudah mati dan kumpulannya binasa, kecuali satu atau dua kelompok masih percaya pemimpin mereka yang sudah mati akan bangkit menjadi Imam Mahdi.  Pegangan mereka telah menyalahi Ijma’ Ulama, maka masuklah mereka ke dalam kelompok sesat. 


Demikianlah sebahagian daripada kelompok-kelompok tersesat di dalam Ilmu Keruhanian yang wujud pada zaman ini.  Kebanyakan kelompok ini mempunyai sifat-sifat kelompok sesat yang disebutkan oleh Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu. 


Kebanyakan orang awam yang mencari-cari kebenaran atau mencari-cari kebahagiaan hidup tersalah masuk ke dalam kelompok-kelompok sesat ini kerana wujud “penyamaran” iaitu mereka menyamar sebagai Ahli Sufi dengan menggunakan istilah-istilah Ahli Sufi.  Anehnya, sebahagian daripada kelompok-kelompok sesat ini turut didokong oleh golongan terpelajar seperti Profesor dan cerdik pandai Agama.


Bersambung siri 429 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 427


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 7: Mursyid palsu

sambungan.....


Mursyid Palsu atau Sufi Palsu Pada Zaman Terdahulu

Sambungan...



(5)   Golongan Asmaul Husna Tarik Rezeki

Mereka melakukan meditasi seperti yoga dengan tangan terbuka, lalu membaca Asmaul Husna tertentu untuk menarik rezeki dari Langit.  Mereka mendakwa Rezeki Allah itu luas dan boleh diperoleh dengan cara meditasi.  


(6)   Reiki, Kundalini, Cakra

Golongan ini melakukan meditasi (cara orang kafir) mengaktifkan lataif-lataif sehingga mengaku boleh menerbitkan Cahaya Lataif dan terus mengenal Allah.  Tidak syak lagi semua ini hanya mainan iblis kerana tak mungkin seseorang kenal Allah dengan jalan “meditasi” ajaran kafir.  Yang datang hanyalah jelmaan iblis dalam rupa Ulama atau Wali.


(7)   Golongan Menyedut Tenaga dan Ruh Alam

Golongan ini mengambil konsep Reiki, Cakra, Kundalini dan lain-lain sebangsa dengannya melakukan meditasi menyatukan tenaga dalam badan dengan tenaga alam, lalu mendakwa boleh membawa kepada Tuhan.  Mereka mengambil konsep tersebut ubah suai dengan ayat Al-Qur’an.  Kemudian mendakwa boleh mencapai Ma’rifat.  Sangat besar penipuan mereka. 


(8)   Golongan Ilmu Tapak Tangan Ajaib

Ini adalah golongan yang amalkan wirid tertentu untuk mengeluarkan tenaga dari tapak tangan untuk penyembuhan penyakit.  Kata mereka tapak tangan mempunyai kuasa Kalimah Sakti yang berupaya sembuhkan berbagai penyakit.


(9)   Pengkaji Toriqat dan Ma’rifat

Golongan ini hanya sibuk mengkaji tanpa sebarang amal ibadah yang Di-Syari’atkan.  Mereka mengkaji sendiri kitab-kitab Sufi yang tinggi lalu berbahas menurut aqal dan nafsu mereka. 


Mereka mendakwa maklumat berkenaan Toriqat yang ada padanya sahaja yang benar dan selain mereka sebagai sesat.  Mereka menuduh Kaifiyyat Zikir pada Toriqat yang Mu’tabar sebagai sesat sedangkan mereka hanyalah professor-profesor bodoh yang berbahas menurut pemikiran aqal yang sempit dan bisikan nafsu dan iblis.  Mereka tak pernah berguru dengan Pewaris Nabi yang Siddiq dan tak pernah menempuh sendiri perjalanan kepada Allah menurut Disiplin Ahli Ma’rifat, tetapi sangat berani mendakwa diri sebagai pemegang kebenaran.  Tiada syak lagi mereka adalah pasukan iblis yang membawa kekacauan kepada orang awam atau masyarakat Islam yang masih di dalam kebingungan memahami Hakikat Agama. 


Bersambung siri 428 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 426


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 7: Mursyid palsu

sambungan.....


Mursyid Palsu atau Sufi Palsu Pada Zaman Terdahulu

Sambungan...



Golongan-golongan tersesat dari Jalan Keruhanian yang disebutkan oleh Imam Jilani رضي الله عه , seperti di atas adalah golongan yang wujud pada zaman beliau.  Kelompok-kelompok ini terus wujud sehingga sekarang dan akan terus wujud sehingga akhir zaman kerana pada hakikatnya mereka adalah kelompok-kelompok yang mengikuti bisikan iblis La’natullah yang sedaya upaya menyesatkan menusia! 


Pada zaman ini, sekurang-kurangnya 11 (sebelas) golongan yang telah menyelewengkan maksud Ilmu Ma’rifat dan menyamar seperti Ahli Ma’rifat dan Sufi sedangkan mereka ini sama seperti di atas termasuk golongan tertipu dan menipu daya.


(1)   Golongan Silat Ma’rifat (Ma’rifat PALSU)

Golongan ini campur adukkan ilmu silat dengan sebahagian amalan Toriqat lalu mengakuinya sebagaiMa’rifat.  Tujuan mereka adalah memperoleh kekuatan fizikal melalui keruhanian.  Mereka melakukan meditasi atau ritual tertentu bagi memperoleh ilmu kebal.  Mereka gemar menunjuk-nunjuk berbagai kehebatan ilmu kebal seperti tetak tak lut, bengkokkan besi keras dengan jari dan lain-lain untuk memperlihatkan seolah-olah mereka benar.  Sedangkan perbuatan ini jelas kebatilannya.  Ini BUKAN Ma’rifat sebaliknya pertunjukan ilmu sihir.  Yang dikatakan Ma’rifat adalah Tauhid yang hakiki di dalam hati serta Ubudiyyah setulus hati.  


(2)   Golongan Perawat Ma’rifat (Ma’rifat PALSU)

Kelompok ini lebih kurang serupa dengan Golongan no. (1) di atas iaitu mereka salah guna Ilmu Toriqat untuk kepentingan duniawi atau kerana memenuhi keseronokan nafsu.  Tujuan mereka bukan mengenal Allah dan Ubudiyyah tetapi mempunyai niat-niat yang menyimpang dan tujuan-tujuan lain selain Allah. 


Perbezaannya dengan yang pertama tadi adalah bidang yang mereka ceburi.  Bidang kelompok ini adalah bidang perubatan dan rawatan.  Mereka menamakan diri mereka sebagai Perawat Ma’rifat tetapi cara mereka adalah cara-cara bomoh atau dukun atau pawang. 


(3) Golongan Ilmu Kebatinan Sesat

Ini adalah golongan yang berangan-angan mencapai maqam tinggi dan menganggap setiap suatu memadai dengan niat.  Tidak perlu susah payah melakukan ibadat.  Mereka mendakwa ibadat itu untuk orang maqam rendah.  Mereka sudah mencapai maqam tinggi, maka tak perlu melakukan ibadat.  Menurut dakwaan mereka yang batil lagi, orang yang sampai Maqam Tuhan tak perlu solat dan ibadah lain. 


(4)   Golongan Ilmu Haqiqat Palsu

Golongan ini sentiasa memandang _haqiqat_ semata-mata.  Walaupun mereka minum arak, berjudi, tenung nasib atau lain-lain, bagi mereka semua itu tidak salah kerana semua Di-Taqdirkan. 


Bersambung siri 427 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 425


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 7: Mursyid palsu

sambungan.....


Mursyid Palsu atau Sufi Palsu Pada Zaman Terdahulu

Sambungan



Golongan sesat 9: Mutajahiliyyah

Berpura-pura jahil dan dengan sengaja berpakaian tidak sopan, cuba menunjukkan dan berkelakuan seperti orang kafir, sedangkan Allah berfirman:


وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ 


“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah.  Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.” 

[Hud (11) : Ayat 113]


Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam' bersabda; “barang siapa menyerupai suatu kaum, maka mereka dikira sebagai ahli kaum itu.”


Golongan sesat 10: Wafiqiyyah

Mendakwa hanya Allah yang boleh kenal Allah.  Jadi, mereka membuang jalan kebenaran.  Dengan ini mereka enggan berusaha mencari hakikat kebenaran.  Kerana kebodohan mereka membawa menuju kerosakan dan kesesatan. 


Penjelasan:

Imam Jilani Radhiallahu Anhu bermaksud, golongan Wafiqiyyah beri’tiqad bahawa segala peraturan dan adab-adab yang diijtihadkan oleh Ulama sebagai panduan pada Jalan menuju Allah adalah sia-sia kerana mereka berpegang bahawa itu semua urusan makhluk.  Mereka menafikan terus usaha ikhtiar yang Allah Ta’ala Kurniakan kepada manusia mencari kebenaran dan berusaha sungguh-sungguh atasnya.


Sebahagian dari mereka menggelarkan diri mereka sebagai “majzub” dan mengaku sudah mencapai maqam yang tinggi tanpa menuntut Ilmu dan tidak mahu berusaha ikhtiar melakukan ibadah dengan bimbingan Mursyid.  Menurut I’tiqad mereka, Allah yang kenalkan Diri-Nya tanpa asbab apa pun dari hamba.  Maka mereka membuang usaha ikhtiar mencari Jalan menuju Allah.  Inilah pegangan batil yang sesat dan menyesatkan. 


Golongan sesat 11: Ilhamiyyah

Golongan yang mementingkan ilham (semata-mata) tidak mahu menuntut ilmu.  Mereka melarang belajar, dan berkata Al-Quran adalah hijab bagi mereka.  Mereka gunakan puisi karangan mereka sebagai ganti kepada Al-Qur’an.  Mereka meninggalkan Al-Quran dan sembahyang, sebaliknya mengajarkan anak-anak mereka puisi.  Maka jadilah mereka sesat!  Demikian banyak ajaran-ajaran sesat dari Guru Sufi Palsu (Guru menyamar sebagai Mursyid atau Ahli Sufi).


Penjelasan:

Golongan Ilhamiyyah ini gemar berangan-angan mereka sudah mendapat Ilham-ilham dari Allah Ta’ala.  Kadangkala mereka mengaku mendapat Ilmu Ladunni, mengaku belajar terus dari Allah Ta’ala.  Sedangkan pada hakikatnya ia cuma khayalan dan angan-angan yang datang dari bisikan iblis.  Iblis menipu daya mereka dengan kepalsuan dan kebatilan.”

[Tamat nukilan Kitab Sirrul Asrar Fi Ma Yahtahju Ilayhil Abrar]


Bersambung siri 426 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 424


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 7: Mursyid palsu

sambungan.....


Mursyid Palsu atau Sufi Palsu Pada Zaman Terdahulu

Sambungan



Golongan sesat 3: Awliya’iyyah

Mendakwa mereka berada dalam kehampiran dengan Allah.  Dengan kata lain mereka telah mencapai peringkat Auliya Allah.  Menurut mereka, apabila telah menjadi Auliya Allah maka tak perlu solat, puasa, haji dan lain-lain Ibadah (kononnya semua kewajipan Agama terangkat daripada mereka).  Seterusnya mereka mendakwa seorang wali, orang yang hampir dengan Allah, menjadi sahabat akrab-Nya, mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada Nabi ﷺ.  Mereka mengatakan ilmu sampai kepada Rasulullah ﷺ melalui Jibrail Alahis-Salam sementara wali menerima ilmu secara langsung dari Tuhan.  Pandangan salah tentang suasana mereka dan apa yang mereka sifatkan kepada diri mereka adalah dosa mereka yang paling besar yang membawa mereka kepada bida’ah dan kekufuran. 


Penjelasan:

Golongan ini meniru kata-kata Auliya Allah yang masyhur lalu menjadikan perkataan mereka yang direka-reka sedangkan orang-orang ini BUKAN Ahlillah.  Mereka sengaja mereka-reka cerita kononnya sudah sampai kepada Allah dan menerima ilmu terus dari Allah sedangkan ianya pembohongan.   Auliya Allah yang sebenar bukan makin meninggalkan Syari’at tetapi sebaliknya lebih teguh Syari’atnya daripada sekalian manusia lain.  Maka nyatalah golongan ini tersesat dengan bisikan iblis La’natullah.


Golongan sesat 4: Syamuraniyyah

Mereka percaya Kalam (Perkataan) Allah adalah kekal dan barang siapa menyebut Kalam ini (Kalam Allah) tidak terikat dengan hukum atau Syari’at Agama.  Mereka tidak peduli halal atau haram.  Dalam ibadat mereka menggunakan muzik (yang diharamkan – pent.).  Perempuan dan lelaki bercampur gaul.  Tiada beza lelaki dan perempuan.  Ini sudah menyimpang jauh dari ajaran Al-Qur’an. 


Golongan sesat 5: Hubbiyyah

Golongan ini mengatakan bila manusia sampai ke peringkat cinta mereka bebas daripada semua kewajipan Agama.  Mereka tidak memperdulikan tentang pakaian, kadang-kadang mereka bertelanjang bogel.  Tiada lagi perasaan malu.  Inilah ajaran sesat dan menyesatkan. 


Golongan sesat 6: Huriyyah

Gemar berteriak, memekik, menyanyi, menari dan bertepuk tangan, mereka menjadi kerasukan dan di dalam suasana kerasukan itu mereka mendakwa mengadakan hubungan jenis dengan bidadari, bila keluar dari kerasukan mereka mandi junub.  Mereka dimusnahkan oleh pembohongan mereka sendiri. 


Golongan sesat 7: Ibahiyyah

Enggan mengajak kepada kebaikan dan melarang kemungkaran.  Mereka menghalalkan yang haram.  Mereka mendakwa semua perempuan halal bagi semua lelaki.  Ini ternyata golongan sesat yang akan menerima seksaan pedih! 


Golongan sesat 8: Mutakasiliyyah

Mengamalkan prinsip bermalas-malas dan mencari nafkah dengan meminta sedekah dari rumah ke rumah.  Mereka beranggapan mereka telah meninggalkan segala hal ehwal dunia.  Maka musnahlah mereka di dalam perbuatan mereka.


Bersambung siri 425 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 450 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ...