■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
SIRI 11 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
6.0 Definisi Toriqat
Sambungan....
Berikut adalah analogi bagi mendekatkan faham akan hubungan di antara Tasawwuf, Toriqat dan Shaikh Mursyid.
Analogi 1
Pesakit parah, obat / rawatan dan Doktor Pakar
Katakan seseorang terlibat di dalam kemalangan serius yang boleh meragut nyawanya.
Pesakit yang cedera parah di dalam kemalangan perlukan rawatan segera. Pesakit yang cedera parah ini memerlukan doktor pakar yang mengetahui selok belok kecederaan dan rawatannya yang sesuai. Pesakit ini TIDAK boleh dirawat di klinik biasa atau doktor biasa kerana kesakitannya yang amat parah. Menurut kajian sains dan hukum aqal, orang yang cedera parah akan maut jika tidak dirawat segera dan rawatan mesti dilakukan oleh Pakar, bukan doktor biasa.
Pesakit tadi di bawa ke hospital pakar dan di rawat oleh doktor pakar. Doktor pakar menggunakan kaedah2 khusus untuk merawat pesakit. pesakit di beri ubat / penawar yang sesuai untuk menyembuhkan kecederaan nya. Pesakit di beri penjagaan rapi di bilik khas. Doktor pakar ulang alik bagi memastikan tiada jangkitan kuman pada kecederaan dan ubat yang diberi memadai untuk penyembuhan.
Cuba perhatikan sungguh2 anologi di atas:
1. Ilmu yang menjelaskan tentang parahnya orang yang cedera dan sakit, ilmu berkenaan perlunya rawatan segera, ilmu berkenaan pakar yang perlu merawatnya - Ini adalah ibarat Ilmu Tasawwuf
2. Pesakit dibawa ke Hosptal pakar dan kemudian dirawat oleh doktor pakar dengan kaedah2 rawatan khusus, dengan berikan suntikan dan ubat2 yang tertentu serta diberikan penjagaan rapi sehingga sembuh, ... semua ini adalah ibarat Toriqat.
3. Doktor pakar yang merawat pesakit tadi sehingga sembuh dan selamat dari "maut" adalah ibarat Shaikh Mursyid di dalam Agama.
Analogi 2
Seorang hamba Allah mendapat khabar suatu negeri yang terletak di suatu lembah terdapat emas, intan permata dan khazanah harta benda yang amat banyak. Juga diceritakan di negeri tersebut, suasana aman damai, kehidupan tenang dan pemerintahnya pemurah dan adil. Sesiapa yang berjaya sampai ke sana akan dapat kebahagiaan hidup. Tetapi persoalannya lembah tersebut amat jauh, perlu turun naik berbagai gunung ganang, merentasi gurun dan cuaca dingin serta terdapat ancaman haiwan2 buas di sepanjang jalan menuju ke sana.
Hamba Allah tadi berjaya mendapat sseorang pemandu yang mengetahui jalan ke sana dan boleh membawa dia dengan selamat ke lembah tersebut. Di sepanjang jalan dia terpaksa melalui berbagai kesusahan kerana cuaca sejuk, kurang makanan, menanggung kepenatan turun naik bukit dan gunung. Kadangkala terpaksa tahan nafas kerana menghadapi haiwan2 buas. Tetapi disebabkan Pemandu tersebut sangat mahir selok belok jalannya, maka akhirnya sampailah dia dengan selamat ke lembah indah yang penuh kebahagiaan.
Sekali lagi perhatikan analogi tersebut:
1. Khabar tentang keindahan, kedamaian dan kebahagiaan hidup di lembah yang penuh kenikmatan itu adalah ibarat Tasawwuf
2. Usaha dia sendiri menempuh perjalanan yang jauh, dengan berbagai rintangan, bahaya, kepenatan adalah nisbah Toriqat
3. Pemandu yang memimpin dia kepada negeri yang penuh kedamaian, keamanan dan kebahagiaan itu adalah ibaratnya Mursyid.
Analogi di atas hanyalah nisbah perbandingan yang mendekatkan faham, tidak lah 100% sama seperti itu. Tetapi dengan analogy tersebut, aqal sihat akan dapat mencernakannya.
Kini barangkali para pembaca sudah faham hubungan Tasawwuf Toriqat dan juga kaitannya dengan Mursyid yang diamanahkan oleh Allah dan Rasul memimpin Ummat.
Hakikat terpenting yang wajib disedari oleh ummat yang masih tidur adalah : Semua yang dibicarakan di atas dasar2 Agama yang diambil dari Kitabullah dan Sunnah Rasul, BUKAN rekaan akal fikir manusia, BUKAN perkara baru seperti yang dituduh oleh golongan2 khawarij / wahabiyah, syi'ah, sekular atau golongan sesat lainnya. Na'uzubillah.
Golongan yang menolak, mengengkari, mengejek, menghina Toriqat yang sahih yang diterima turun temurun dari Rasulullah adalah mereka itu sesungguhnya menentang Allah dan Rasul dan mereka itu tersesat jauh, dan ditakuti mati su 'ul khatimah (jahat kesudahan, mati tak dapat mengucap Kalimah Syahadah),
Na'uzubillahi min zalik...!
Mohon Allah Ta'ala jauhkan kita dari termasuk golongan2 tersesat ...!
SIRI 12 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.0 Bagaimana terbitnya Ilmu² Islam
Perhatikan baik² pada penjelasan ini....!
Bahagian ini perlu dijelaskan dan difahami sungguh² terlebih dahulu sebelum masuk kepada bicara dalil² Tasawwuf dan Toriqat agar pembaca mendapat kefahaman ringkas bagaimana proses berlakunya perkembangan Ilmu² Islam. Seluruh Ummat perlu memahami asas² penerbitan Ilmu² Islam di dalam Ahlus Sunnah wal Jamaah agar tidak terpedaya dengan laungan² perosak agama yang cuba menyelewengkan pemikiran orang2 Islam yang kurang pengetahuannya.
Golongan wahhabiyah @ najdiyyah @ kaum muda seringkali menuduh ilmu Tasawwuf dan Toriqat sebagai bid'ah sesat kerana kejahilan yang amat berat dan kegelapan yang menutup pintu hati mereka. Orang2 ini adalah golongan "muda" yang lemah aqalnya, cetek ilmunya, sempit dadanya, tersangat jahil tetapi berani mengeluarkan "fatwa" sesuka hati terikut² hawa nafsu dan bisikan iblis. Wal Iyazbubillah.
Sebahagian orang Islam terpengaruh dengan dakyah² golongan bid'ah sesat wahhabiyah @ najdiyyah @ kaum muda ini disebabkan ketiadaan ilmu yang memadai untuk melawan pemikiran² tersebut. Dengan demikian amat perlu bagi ummat ini memahami secara ringkas bagaimana terbitnya ilmu² Agama yang banyak kemudian dari kewafatan Rasulullah ﷺ.
7.1 Sumber Ilmu dan amal di zaman Rasulullah ﷺ dan Sahabat
Seluruh Ummat sudah maklum, sumber ilmu dan amal dan Sumber Hukum di zaman Rasulullah ﷺ , dan para Sahabat adalah
🌟Pertama : Kitabullah - Al- Qur'an
🌟Kedua : Sunnah Rasululllah - Hadith
Kedua itu sahaja. Dan itu sahaja rujukan para Sahabat.
Ummat Islam pada saat itu hanya mempunyai seorang pemimpin iaitu Junjungan Besar Rasulullah ﷺ. dan hanya satu pendapatnya pada memutuskan soal hukum hakam agama.
Segala persoalan² baru yang timbul pada zaman Rasulullah ﷺ. akan dijawab dan selesaikan sendiri oleh Rasul ﷺ. Tiada perselisihan atau perbezaan pendapat pada satu² urusan kerana yang menjadi sumber rujukan dan mohon fatwa hanya "Rasulullah ﷺ ".
Ketika itu belum wujud pembahagian Ilmu² Islam sebagaimana wujud pada zaman kita sekarang. Rasulullah ﷺ tidak pernah menentukan / membahagikan ilmu Agama kepada disiplin2 ilmu tertentu. Para sahabat tidak mengenal pembahagian² ilmu Syari'at dan Toriqat, atau fiqh, usuluddin dan tasawwuf. Atau ilmu tajwid, tahsin dan qiraat, atau balaghah, nahwu dan saraf.
Yang benar adalah semua ilmu² tersebut wujud secara komprehensif (padu) di dalam kehidupan mereka iaitu wujud pada hakikatnya tetapi belum menerima "rumah" masing². Atau di dalam perkataan lain semua ilmu wujud di dalam praktis kehidupan sahabat tetapi belum dijuzuk-juzukkan kepada disiplin² tertentu.
Fahami kenyataan ini..!
Rasulullah ﷺ adalah pelopor kepada sekalian Ilmu2 Islam yang wujud kemudiannya, ertinya semua ilmu tersebut adalah dari Wahyu Ilahi dan Sunnah Baginda, tetapi Baginda sendiri tidak menentukan pembahagian² ilmu tertentu pada hayat Baginda.
Terbitnya berbagai² ilmu Islam berlaku pada zaman Tabi'in, iaitu yang dimaksudkan dengan Tabi'in adalah Ulama Ahlus Sunnah yang menerima ilmu terus dari lisan Sahabat. (bukan ilmu dari bacaan buku2 atau khabar atas angin tetapi benar2 menghadap Sahabat dan mengambil ilmu dengan cara yang suci)
Pada zaman tabi'in inilah sekalian Ilmu Agama dijuzuk-juzukkan kepada disiplin ilmu yang tertentu. Uama Tabi'in melakukan ijtihad mengambil dalil2 dari KItabullah dan Sunnah Rasul kemudian menyusun serta menunjukki jalan2 untuk amalkannya dengan benar menurut tuntutan Allah dan Rasul.
SIRI 13 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.2 Sumber ilmu dan amal di zaman Tabi'in dan zaman kemudiannya.
Selepas kewafatan Rasulullah ﷺ, Islam telah berkembang luas ke seluruh dunia. Berbagai suku kaum, bangsa, keturunan menerima Islam. Ketika ini timbul berbagai persoalan di kalangan ummat.
(1) Kebanyakan orang yang masuk Islam tidak memahami bahasa Arab.
(2) Kebanyakan orang Islam di zaman kemudian adalah orang awam yang tiada ilmu Al Qur'an, Sunnah Rasul dan tak memami ajaran Islam.
(3) Timbul banyak persoalan² baru yang memerlukan fatwa dan penjelasan hukum.
(4) Berlaku pertentangan di kalangan orang² Islam berhubung dengan Tauhid, i'tiqad, penyucian jiwa dan ajaran Islam keseluruhannya.
(5) Orang² Islam mula meninggalkan ajaran Nabi yang sebenar. Banyak berlaku penyelewengan kepada kefahaman² batil sesat, sehingga bangkit berbagai firqah sesat.
Semua kepincangan ini mesti dibendung. Segala penyelewengan firqah2 sesat wajib disekat dan di dedahkan agar ummat Islam tidak terkeliru dan tersesat jalan. Ummat ini memerlukan panduan yang cukup memadai bagi kehidupan sebagai orang beriman sebagaimana tuntutan Allah dan Rasul Nya....! Sedangkan mereka sendiri jahil, apakah cara untuk mereka amalkan Islam?
Di sinilah hikmahnya, Allah Ta'ala taqdirkan bagi ummat ini para Ulama Pewaris Nabi yang muhaqqiq, Ulama yang sebenar2 Ulama yang mewarisi Nabi ﷺ zahir dan batin, iaitu mewarisi keseluruhan Agama dari Rasulullah ﷺ . Mereka mengambil ilmu dengan jalan suci, jauh dari penyelewengan atau kesesatan, iaitu dengan jalan yang amat seni dan rahsia. Merekalah penyelamat ummat ini...!
Ketika itu Ulama2 Tab'in mula melakukan ijtihad mengeluarkan berbagai hukum bagi menjelaskan persoalan² semasa dan juga persoalan² baru yang timbul.
Bahkan lebih dari itu mereka berijtihad dan kumpulkan disiplin ilmu² tertentu lalu jadikannya suatu ilmu yang sistematik, tersusun dan mudah dirujuk oleh orang² Islam secara umumnya. Maka lahirlah di sana berbagai lmu yang perlu dipelajari dan diamalkan oleh Ummat. Di antara Disiplin² ilmu terpenting dan terawal yang diterbitkan oleh Ulama Ahlus Sunnah adalah :
●Ilmu Syari'at dan Toriqat
●Ilmu Fiqh, Usuluddin dan Tasawwuf
●Ilmu qiraat dan tajwid
●Ilmu nahwu saraf dan balaghah
●Ilmu usul fiqh usul tahqiq, mantiq, bayan, badi'
●Ilmu Ulumul Qur'an, Mustolah Hadith, Sirah Nabawiyyah
Seterusnya mereka huraikan lagi secara jelas pendirian Ahlus Sunnah Wal Jamaah dengan firqah² yang batil dan sesat.
Dengan demikian sumber hukum kemudian dari kewafatan Nabi adalah tiga :
(1) Al-Qur'an
(2) As-Sunnah
(3) Ijma' dan Qias Ulama (Ahlus Sunnah yang siddiq)
Yang di katakan Ulama Ahlus Sunnah yang siddiq (benar) adalah mulai dari Khulafa Ar-Rasyidin, di- ikuti Ulama Tabiin, diikuti Ulama Tabiit Tabiin dan diikuti oleh semua Pewaris Nabi yang menerima ilmu zahir batin dengan jalan bai'at dan Talaqqi Musyafahah dan curahan ilmu terus ke dalam dada Pewaris² Nabi sambung menyambung pada Silsilah Rasulullah tanpa putus.
SIRI 14 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.3 Kedudukan Ulama Warisatul Anbiya'
Ulama Warisatul Anbiya adalah Ulama yang sebenarnya mewarisi Nabi zahir dan batin. Mereka adalah pempimpin Ummat kepada kebenaran setelah kewafatan Baginda Rasulullah ﷺ . Mereka dipilih khusus oleh Allah serta hampir kepada-Nya, dan diberikan ilmu dari sisi-Nya. Dengan ketinggian Maqam ini serta curahan ilmu khusus inilah mereka memimpin manusia kepada jalan Lurus - Jalan yang diredhai Allah. Dengan curahan ilmu inilah mereka menafsirkan Kitabullah dan Sunnah Rasul, BUKAN dengan aqal fikiran sempit atau nafsu.
BANYAK sekali keterangan Al Qur'an, Hadith dan Fatwa Ulama berkenaan kemuliaan yang Allah Ta'ala limpahkan kepada Ulama iaitu hamba2 Allah yang diberi ilmu oleh Allah.
✨🕌✨Firman Allah :
ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ
“Kemudian Kami jadikan Al-Kitab (Al-Quran) itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata)
[Faathir (35) : Ayat 32]
Menurut tafsiran Ulama Ahlus Sunnah yang dimaksudkan dengan “Kitab” adalah Al-Qur’an, dan maksud ayat Allah “yang Kami pilih dari kalangan hamba2 Kami” adalah ditujukan kepada Ulama Warisatul Anbiya, Ahli Ma’rifat, Ulama Arif Billah, Mursyid yang dipilih khusus oleh Allah Ta'ala yang mereka itu telah mencapai martabat Tinggi di sisi Allah,
Berkata Sulton Auliya Imam Jilani Radhiallahu anhu,
“Orang2 yang berilmu dan hikmah (Ahli Ma’rifat / Mursyid) adalah hamba Allah yang sejati yang di pilih-Nya untuk menerima “Risalah-Risalah dari pengajaran-Nya”. Allah melimpahkan mereka ilmu dan hikmah dan dengan ilmu hikmah itulah mereka menjadi manusia yang lebih tinggi darjatnya dari manusia lain. Mereka berhubung dengan Nabi melalui perasaan yang halus dan dengan aqal yang bijaksana. (baca : Kehalusan Ma’rifat Ilahiyyah atau di sebut juga kasyaf Ilahiyyah)
Allah memuji mereka yang memiliki ilmu Hikmah dengan Firman-Nya :
ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ
[Sirrul-Asrar Fi-ma-Yahtaju Iyahil-Abrar]
✨🕌✨Firman Allah :
يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٌ۬
"Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan."
[Al-Mujadila (58) : Ayat 11]
✨🕌✨Firman Allah :
إِنَّمَا يَخۡشَى ٱللَّهَ مِنۡ عِبَادِهِ ٱلۡعُلَمَـٰٓؤُاْۗ
Sesungguhnya yang sebenar takut (taqwa) kepada Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu/Ulama .
[Al-Faathir (35) : ayat 28]
SIRI 15 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.3 Kedudukan Ulama Warisatul Anbiya'
sambungan....
✨🕌✨Firman Allah :
الَّذِينَ يَحْمِلُونَ الْعَرْشَ وَمَنْ حَوْلَهُ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَيُؤْمِنُونَ بِهِ وَيَسْتَغْفِرُونَ لِلَّذِينَ آمَنُوا
“(Malaikat) yang memikul ‘Arsy dan yang di sekitarnya bertasbih dengan memuji Rabb mereka dan mereka beriman kepada-Nya, dan mereka memohonkan ampun bagi orang-orang yang beriman.”
[Ghafir (40) : ayat 7]
✨🕌✨Firman Allah:
وَعَلَّمۡنَـٰهُ مِن لَّدُنَّا عِلۡمً۬ا
"....dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami."
[Al-Kahfi (18 ) : Ayat 65]
✨🕌✨Firman Allah :
وَاتَّقُواْ اللَّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللَّهُ
Bertaqwalah kepada Allah, nescaya Allah akan mengajar kamu.”
[Al-Baqarah(2) : Ayat : 282]
✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda:
إن الله وملائكته وأهل السماوات والأرض حتى النملة في جحرها ، وحتى الحوت ، ليصلون على معلم الناس الخير. رواه الترمذي (3685
“Sesungguhnya Allah dan malaikat, penghuni langit serta bumi sehinggakan semut yang berada di dalam lubangnya dan ikan-ikan (di lautan) solawat (berdoa) ke atas Orang alim (Arif Billah) yang mengajar kebaikan kepada manusia.”
[Imam Tirmizi]
✨🕌✨Rasulullah ﷺ. bersabda :
وَإِنَّ الْعَالِمَ لَيَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِى السَّمَوَاتِ وَمَنْ فِى الأَرْضِ وَالْحِيتَانُ فِى جَوْفِ الْمَاءِ
“Dan sesungguhnya seorang ‘alim (Sohibul Ilm, atau Arif Billah) itu, akan memohonkan ampun baginya penduduk langit dan bumi, dan juga ikan dalam air.”
[Imam Ahmad , Imam Abu Dawud]
✨🕌✨Sabda Nabi ﷺ :
“Takutilah firasat orang mu' min kerana mereka melihat dari cahaya Allah.”
[Imam Tirmizi]
Sabda Rasulullah ﷺ :
“Barang siapa yang beramal dengan ilmu yang dia tahu, Allah akan pusakakan padanya ilmu yang dia tidak tahu.”
[Imam Abu Nuaim]
✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda:
“Apa-apa yang Allah tuangkan ke dalam dadaku, aku tuangkannya ke dada Abu Bakr”
[Imam Bukhari]
Maksud "Ulama", "alim", dan "mukmin" di dalam ayat Al Qur'an dan Hadith2 di atas ini adalah Ulama Arifbillah, Mursyid, Ulama Warisatul Anbiya yang dipilih oleh Allah, dicurahi Rahmat dan Kasih-Nya, dianugerahi kekuatan zahir batin bagi memimpin Ummat. Merekalah pemimpin Ahlus Sunnah Wal Jamaah, Pewaris sebenar Rasulullah ﷺ sampai Qiamat.
Dengan keterangan2 tersebut jelaslah bahawa Ulama (yang benar) menduduki posisi mulia di sisi Allah Ta'ala. Berpegang teguh kepada Ulama Pewaris Nabi yang siddiq adalah kewajipan setiap Muslim. Tanpa Ulama Pewaris Nabi yang siddiq ini, manusia akan tersesat. Tanpa Pewaris Nabi yang siddiq ini, manusia akan mentafsirkan Al-Qur'an dan Hadith mengikut aqal dan nafsu mereka sehingga akhirnya binasa. Wal Iyazubillah.
SIRI 16 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.4 Al-Qur'an Kalamullah, bukan novel lipur lara..!
Baca dengan cermat setiap keterangan ini...
Hendaklah setiap orang muda, dan juga yang tua, tanamkan di dalam hati sungguh² bahawa Al-Qur'an Kalamullah (Firman Allah) yang Maha Agung. Ianya BUKAN cerita melipur lara, BUKAN novel cinta nafsu, BUKAN karya buatan manusia yang boleh ditafsir sesuka hati.
Mereka yang sebenar² layak memberikan tafsir dan ta'wil hanya Ulama Warisatul Anbiya yang bertaraf Auliya Allah yang mahir di dalam segenap ilmu syari'at dan tinggi ilmunya di dalam Ma'rifat. ( disebut secara khusus Mujtahid — akan datang penjelasan). Iaitu hamba² Allah yang diKurniakan oleh Allah ilmu dari Sisi-Nya, sebagaimana terdahulu dalilnya.
✨🕌✨Firman Allah :
يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٌ۬
"Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan."
[Al-Mujadila (58) : Ayat 11]
Hanya hamba² Allah yang diKurniakan oleh Allah Ilmu dari Sisi-Nya yang layak mentafsirkan Al-Qur'an. Iaitu Ulama Warisatul Anbiya yang siddiq yang menerima curahan Ilmu Ma'rifat, kasyaf, ladunni, ilham2 suci dari Allah Ta'ala. Selain daripada mereka JANGAN coba² untuk mentafsirkan Al-Qur'an, JANGAN kamu mendabik dada ingin merujuk Qur'an terus, JANGAN gelojoh ingin mentafsirkan Al-Qur'an dan Hadith semata² kerana kamu miliki ijazah Universiti, PhD, Master, Profesor atau lain²nya.. ! Ilmu yang pelajari di Universiti sampai PhD pun hanya bagaikan sebutir debu di kaki Ulama Billah yang arif.
Al Qur'an adalah Kalamullah Yang Maha Agung, Maha Tinggi dan Maha Sempurna. Setiap ayat bahkan setiap huruf boleh mengandungi ribuan hikmah, ribuan maksud, ribuan rahsia dan ribuan makna² tersembunyi yang hanya difahami oleh Ulama yang diberi ilmu oleh Allah. Orang awam / muqallid TIDAK mempunyai ilmu untuk memahami semua hikmah dan rahsia² tersebut.
Al-Qur'an adalah gedung Ilmu Allah yang amat besar yang mempunyai jawapan dan penyelesaian bagi seluruh manusia sampai Qiamat. Ilmunya TIDAK akan kering selama lamanya. Namun orang yang benar² memahami sesuatu Ilmu sesuai dengan masyarakat manusia dan keadaan suatu zaman hanya- lah Ulama yang diberi ilmu oleh Allah. Orang awam / muqallid TIDAK mempunyai pengetahuan darihal perkara2 rumit itu.
Al-Qur'an mengandungi ubat dan penawar yang diperlukan oleh seluruh manusia sepanjang zaman, terutama untuk merawat berbagai penyakit hati yang menguasai dirinya. Ubat dan penawar yang sesuai untuk kesemua penyakit manusia hanya diketahui oleh Ulama Warisatul Anbiya yang diberi ilmu oleh Allah. Orang awam / muqallid TIDAK mempunyai pengetahuan berkenaan penyakit2 di dalam hati- nya dan tidak mengetahui ubat dan penawarnya yang sesuai untuk merawatnya...!
SIRI 17 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.5 Larangan Keras
Tafsir Al-Qur'an dengan Pendapat sendiri
Kitabullah dan Sunnah Nabi semata² tanpa Ulama yang memahaminya dengan benar zahir dan batin akan membawa manusia kepada penyelewengan dan kesesatan. Tanpa Ulama Warisatul Anbiya yang siddiq (benar) yang arif, yang memimpin dan menunjukki jalan lurus ini, manusia pasti akan tersesat. Mereka akan mentafsirkan Al Qur'an mengikut selera nafsu masing².
Buktinya amat terang nyata di dalam Sejarah ummat manusia. Apabila seseorang Rasul itu wafat, maka manusia kembali kepada kekafiran. Walaupun masing² ada Kitab dan Sunnah Rasul masing², namun mereka tetap menyeleweng dari jalan Ketuhanan. Ini terjadi kerana mereka mentafsirkan Kitab Allah dan Sunnah mengikut selera nafsu masing². Pendita² dan paderi² menjadi pendusta yang menukar ayat² Allah untuk habuan dunia yang hina...! Maka jadilah mereka manusia² terlaknat. Wal Iyazubillah.
Demikian lagi setelah kewafatan Rasulullah ﷺ , orang² alim yang TIDAK memiliki Ilmu batin (baca : Ma'rifat / Tasawwuf / Ihsan) mentafsirkan ayat² Qur'an menurut pendapat aqal dan nafsu mereka sehingga menjadi sesat dan menyesatkan. Orang yang bergelar "alim ulama" dari 72 Golongan sesat hanyalah orang² yang tahu dalil² zahir sedangkan mata hati mereka buta. Mereka mentafsirkan ayat² Allah dan Hadith mengikut pendapat aqal sempit dan nafsu, maka jadilah mereka golongan tersesat.
Keadaan yang sama seperti di atas berlaku pada zaman ini... ! Mereka TIDAK mengambil i'tibar dari kisah² kebinasaan orang² terdahulu.
✨🕌✨Firman Allah :
هُوَ الَّذِى أَنزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَـبَ مِنْهُ آيَـتٌ مُّحْكَمَـتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَـبِ وَأُخَرُ مُتَشَـبِهَـتٌ فَأَمَّا الَّذِينَ فى قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَـبَهَ مِنْهُ ابْتِغَآءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَآءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلاَّ اللَّهُ وَالرَسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ ءَامَنَّا بِهِ كُلٌّ مِّنْ عِندِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُوْلُواْ الأَلْبَـبِ
"Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang mempunyai kefahaman." - ِ
[Aali-Imran (3) : ayat 7]
✨🕌✨Allah Ta’ala berfirman:
وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُوْلاَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولاً
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggunganjawabnya.
[Al-Isra’ : (17) ayat 36]
✨🕌✨Allah Ta’ala berfirman:
وَلاَ تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَذَا حَلاَلٌ وَهَذَا حَرَامٌ لِّتَفْتَرُوا عَلَى اللهِ الْكَذِبَ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللهِ الْكَذِبَ لاَ يُفْلِحُونَ
Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung.
[An-Nahl (16): Ayat 116]
✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda :
"Barang siapa berkata-kata tentang al-Qur'an (tafsir dan ta'wilkan Al-Qur'an) tanpa ilmu, maka hendaklah ia menempati tempat duduknya dari neraka"
[Imam Tirmidzi]
✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda,
“Barangsiapa menguraikan Al Qur’an dengan akal fikirannya sendiri dan merasa benar, maka sesungguhnya dia telah berbuat kesalahan”.
[Imam Ahmad]
✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda,
"Takutlah kalian berbicara tentang sesuatu yang berasal dariku melainkan pada apa yang telah kalian ketahui. Siapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyimpan tempat duduknya di dalam neraka, Dan barang siapa yang menafsirkan al-Qur'an dengan akal pikirannya, maka hendaklah ia menyiapkan tempat duduknya didalam neraka"
[Imam Ahmad, Tirmizi, Nasai]
✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah dia menyediakan tempatnya di dalam neraka”.
[Imam Bukhari, Muslim]
✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda,
"Di dalam agama itu tidak ada pemahaman berdasarkan akal fikiran, sesungguhnya agama itu dari Tuhan, perintah-Nya dan larangan-Nya.”
[Imam Thabarani]
Golongan kaum muda / wahhabiyyah / najdiyyah yang ghairah mendakwa :
"mereka boleh merujuk terus Al-Qur'an dan Hadith atas dakwaan ianya mudah dan selamat"
"mereka hanya merujuk Al-Qur'an dan Hadith sahaja, dan menolak Ulama",
"menolak Ulama atas dakwaan Ulama pun selalu silap",
"menolak Ulama atas dakwaan Ulama bukan maksum"
"menolak Ilmu Tasawwuf, Toriqat, Tawassul, dengan dakwaan ianya bukan dari Qur'an"
Sayugianya mereka² ini ingat² AMARAN Allah dan Rasul di atas .
SIRI 18 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.6 Siapakah yang dikatakan Mujtahid?
● Siapakah yang dikatakan Ulama Mujtahid dan apakah tugas mereka?
● Apakah kedudukan mereka di sisi Allah?
● Apakah Syarat² sebenar Ulama Mujtahid ?
● Mengapakah Ummat memerlukan Mujtahid?
● Bagaimanakah cara bezakan Mujtahid Ahlus Sunnah yang benar dengan "Mujtahid" PALSU dan yang tersesat?
Semua maklumat ini penting bagi setiap orang beriman untuk mendapatkan panduan benar dan tepat menurut Ahlus Sunnah dan supaya tidak tertipu oleh "mujtahid²" PALSU dan BATIL, ini termasuk orang yang hanya berlagak sebagai Mujtahid , berikan fatwa sewenang² semata² kerana memiliki Ijazah Doktor, PhD, Profesor dsb. Ini kerana syarat² Mujtahid BUKAN kerana sijil ijazah Universiti tetapi mempunyai syarat² amat berat.
● Siapakah yang dikatakan Mujtahid dan apakah tugas mereka?
Mujtahid adalah Ulama Pewaris Nabi sebenar yang bertanggungjawab Istimbat hukum (iaitu mengeluarkan beberapa banyak hukum dari Al-Qur'an dan Hadith) yang memadai untuk orang Islam beriman dan amalkannya.
Mujtahid Ahlus Sunnah yang benar inilah yang telah berjasa menghimpun dan menjuzukkan Ilmu² Islam agar Ummat Islam dapat mempelajari Agama dengan jalan yang betul dan beramal menurut tuntutan Allah. Merekalah yang menerbitkan Ilmu fiqh, Ilmu Usuluddin dan Ilmu Tasawwuf sehingga Ummat tidak perlu lagi mencari2 dalil dan bukti serta cara² beramal mengikut Perintah Allah dan Rasul Nya. Mereka telah siapkan hidangan yang cukup lengkap, Ummat Islam hanya perlu menyuapkan ke mulut.
Sungguh besar jasa² Mujtahid Ahlus Sunnah ini....!
Tanpa mereka, manusia Muslim tidak akan dapat mengetahui halal haram, Tidak akan mengetahui larangan2 dan suruhan Allah Ta'ala, tidak mengetahui dasar2 Tauhid, ibadah, muamalah dan selok- beloknya. Boleh dikatakan tanpa Mujtahid ini manusia Muslim umumnya akan duduk di dalam kejahilan dan berdosa besar. Kemungkinan juga menjadi murtad secara tidak disedari akibat kejahilan tersebut. Wal Iyazubillah!
● Apakah kedudukan mereka disisi Allah?
Setiap Ulama Mujtahid Ahlus Sunnah adalah Ulama bertaraf Auliya Allah. Mereka adalah Kekasih2 Allah yang sangat takut kepada Allah. (baca : Maqam Ihsan / Maqam Mukasyafah /Maqam Taqwa tertinggi)
● Apakah syarat2 sebenar Mujtahid?
Menurut Imam Sayuthi, seseorang Mujtahid wajib memiliki 15 syarat.
Selain dari mahir di dalam menguasai keseluruhan Ilmu Al-Qur'an dan menguasai keseluruhan Ilmu Hadith berjumlah ratusan ribu Hadith,.... selain dari itu, syarat terpenting daripada semua2 syarat2 tersebut adalah dia Ahli Ma'rifat yang sebenar kenal Allah. Di dalam erti kata lain dia menerima Ilmu dari Allah. Dalilnya seperti pelajaran telah lalu pada 7.3 dan 7.4
Beliau telah mencapai Maqam Taqwa yang tinggi, menduduki Maqam Ihsan - sentiasa muwajihah (memandang wajah Allah) dan sentiasa di dalam pimpinan Ruhaniyah Rasulullah .ﷺ
Seseorang Mujtahid Ahlus Sunnah yang benar TIDAK akan memutuskan suatu hukum, TIDAK akan mengeluarkan suatu fatwa, TIDAK akan menerbitkan suatu ilmu melainkan beliau telah pastikan ianya di dalam keredhaan Allah.
Bagaimanakah cara beliau memastikan semua fatwa beliau itu menepati kehendak Allah dan di dalam keredhaan Allah? Jawabnya : Seseorang Mujtahid yang benar mengumpulkan semua dalil², hujjah, keterangan²nya lalu menghadap diri kepada Allah, sungguh² mohon petunjuk Allah sebelum memberi fatwa. Hal ini dikenali sebagai Kasyaf, Ladunni, firasat, Ilham yang haq pada sisi Ilmu Ma'rifat.
(Dalilnya seperti telah terdahulu pada perkara 7.3, berkaitan Ilmu dari sisi Allah. )
Apabila telah nyata ianya menepati kehendak Allah dan di dalam Keredhaan-Nya, barulah mereka mengeluarkan fatwa.
Semua ini hanya wujud pada Ulama Pewaris Nabi yang siddiq (benar), iaitu di dalam Ahlus Sunnah yang benar. Selain dari Ahlus Sunnah, mereka TIDAK memiliki ciri² ini, akibatnya mereka akan memberikan fatwa mengikut fikir aqal yang sempit atau mengikut hawa nafsu. Mereka akan membawa kepada kesesatan tanpa mereka sedari. Wal Iyazubillah.
Kini barangkali semua pembaca budiman faham, betapa pentingnya mengenal Ahlus Sunnah yang tulen supaya tidak tertipu oleh golongan² yang terang² sesat atau juga "Ahlus sunnah" PALSU...!
SIRI 19 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.7 Apakah makna Dilalah/ Dalil ?
"Dalil" adalah "nas" (bukti keterangan Al-Qur'an atau Hadith) yang memberi petunjuk kepada hukum syarak atas perbuatan manusia sama ada petunjuk itu secara qat’ie (jelas nyata) atau secara zonni (samar² / tidak terang)
Untuk lebih mudah faham...
"Dalil" adalah "bukti" atau "keterangan" di dalam Al-Qur'an dan Hadith Nabi yang dijadikan sandaran oleh Ulama untuk menerbitkan suatu Ilmu atau suatu fatwa atau suatu hukum yang diperlukan oleh Ummat Islam.
Sebahagian "nas" (bukti Al Qur'an atau Hadith) itu bersifat qati'e (putus, nyata, jelas) namun sebahagian besar "nas" adalah bersifat zonni (kesamaran, abstrak, tersembunyi) sehingga memerlukan tafsir dan ta'wil oleh Ulama Mujtahidin.
Selain dari itu, jenis² ayat yang perlu penelitian :
1. Ayat Muhkamat
2. Ayat Mutasyabihat
3. Ayat Nasikh Mansukh
Bentuk² dalil yang lain diteliti / dibahaskan oleh Ulama, antaranya:
1. Dalil Mantuq
2. Dalil Mafhum
3. Dalil Mujmal
4. Dalil Mubayyan
● Dalil mantuq sorih
● Dalil mantuq ghairu sorih
● Dalil ghairu sorih terbahagi tiga :
1. dilalah iqtidha’,
2. dilalah ima'
3. dilalah isyarat
●Dalil mafhum terbahagi dua:
1. Dalil Mafhum Muwafaqah,
2. Dalil Mafhum Mukhalafah
Mafhum Mukhalafah terbahagi 5 :
1. Mafhum sifat,
2. Mafhum 'illat,
3. Mafhum ghayah,
4. Mafhum had,
5. Mafhum al-laqab
Semua ini BUKAN untuk dibahaskan di sini, tetapi hanya sekadar makluman, betapa rumit, kompleks dan beratnya amanah mentafsir Al-Qur'an dan Hadith untuk menerbitkan hukum-hakam Agama. Ianya BUKAN seperti yang difahami oleh anak² muda yang cetek ilmunya, yang berani mempertikaikan wujudnya berbagai ilmu Islam terutama bab Tasawwuf dan Toriqat.
Orang awam / muqallid TIDAK sesekali mampu menguasai makna² dalil yang sangat sulit ini.
Maka sesuailah kedudukannya sebagai Muqallid, mengikut dan memahami dalil² yang dibentangkan oleh Ulama Ahlus Sunnah yang siddiq (benar)
SIRI 20 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.8 Dalil Tasawwuf di dalam Kitabullah dan Hadith Rasul
Ingat dua perkara PENTING ini...
(1) Ilmu Tasawwuf adalah himpunan Ilmu yang menyatakan kesucian HATI, JIWA, RUH, kemuliaan akhlaq, ketinggian Ma'rifat.
(2) Ilmu Tasawwuf adalah Ilmu yang diijtihad oleh Ulama Mujtahidin berdasarkan Kitabullah dan Sunnah Rasulullah ﷺ (sama seperti ilmu fiqh, ilmu usuluddin, ilmu tajwid, ilmu nahwu sarf dll)
✨🕌✨Dalil 1 : Firman Allah :
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَق َ خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَق ٍ اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ(3)الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ
"Iqra’ (bacalah) dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah Menciptakan manusia dari segumpal darah. Iqra’ (bacalah), dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah, Yang Mengajar (manusia) dengan perantaraan Kalam. Dia Mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
[Al ‘Alaq (96): ayat 1-5]
Kalimat Agung yang pertama² turun kepada Junjungan Nabi Muhammad ﷺ sebagai tanda Nubuwwah Baginda dan sebagai pembukaan kepada Gerbang Keilmuan yang Agung. Ilmu yang hidup, ilmu yang sentiasa berkembang, ilmu yang tidak akan kering sampai Qiamat.
Kalimat "Iqra" yang lazim diertikan sebagai "membaca" BUKAN hanya mengandungi pengertian literal sebagaimana difahami umum sebagai membaca buku, membaca tulisan dsb. Tetapi makna "iqra" melangkaui pengertian yang mendalam kepada makna "haqiqat" yang amat seni.
Ditinjau dari sudut balaghah dan nahwu, kalimat "iqra" membawa banyak pengertian, iaitu:
mengingat, melihat, memikirkan, mengkaji, merenung, menyaksikan dengan hati dll.
Dengan demikian kalimat "Iqra" BUKAN sahaja bermakna "membaca" dengan lidah / lisan tetapi juga "membaca" dari dalam HATI, ingat Allah di dalam HATI, berzikir Allah di dalam HATI, renung dari dalam HATI. Lihatlah dengan hati kamu...! Renunglah akan kejadian diri kamu dan sekalian alam yang terbentang luas. Kenalilah akan Pencipta yang menciptakan kamu dari dalam hati.
Kalimat Allah Pertama ini membawa dua pengertian kepada dua macam ilmu yang menjadi dokongan Rasulullah ﷺ , para sahabat dan Ummat Islam sleuruhnya.
Pertama : "iqra" dengan pengertian membaca yang tersurat, yang tertulis iaitu "ilmu zahir" yang ini kemudiannya dikenali sebagai ilmu fiqh atau syari'at.
Kedua : 'iqra" dengan pengertian "berzikir, melihat, memandang dari dalam hati" iaitu "ilmu batin" yang ini kemudiannya dikenali sebagai ilmu Tasawwuf, dan Toriqat.
✨🕌✨Dalil 2: Firman Allah :
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡمُدَّثِّرُ (١) قُمۡ فَأَنذِرۡ (٢) وَرَبَّكَ فَكَبِّرۡ (٣) وَثِيَابَكَ فَطَهِّرۡ (٤)
"Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaran-Nya! Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.
[Muaddathir (75) : ayat 1-4]
Wahyu kedua yang turun, memperlihatkan betapa pentingnya ilmu baiki hati, ilmu sucikan hati, ilmu sejahterakan hati dari semua penyakit syirik dan nifaq dan mazmumah dan ghaflah. Semua ini adalah Ilmu Tasawwuf
Kalimat Allah ini...
وَرَبَّكَ فَكَبِّرۡ (٣)
Dan Tuhan mu, Agungkanlah Dia, Ingatlah kebesaran-Nya, Tinggikan Dia di hati kamu.. ini adalah hantaran kepada HATI, iaitu Ilmu Tasawwuf...
dan Kalimat ini...
وَثِيَابَكَ فَطَهِّرۡ (٤)
"dan pakaian kamu sucikanlah" Pakaian di sini bermaksud pakaian batin hati, kejiwaan, ruh, membawa erti sucikanlah jiwa kamu, hati kamu, ruh kamu. Semua ini juga adalah Ilmu Tasawwuf.
bersambung siri 21 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment