SIAPAKAH PENGKHIANAT SEBENAR?

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


SIAPAKAH PENGKHIANAT SEBENAR?

              

Persoalan :

Akhir2 ini Pemerintahan dan Pimpinan Negara diselubungi ungkapan "pecah amanah"  dan "pengkhianatan".   Masing2  melemparkan ungkapan tersebut kepada lawannya. Mereka merasakan diri mereka yang amanah sementara lawannya khianat.

Apakah makna AMANAH?

Siapakah yang memegang AMANAH?

Siapakah yang tunaikan AMANAH dan Siapakah Pengkhianat?

Apakah tanda seseorang itu telah menunaikan AMANAH?

Apakah tanda seseorang itu KHIANAT?


Definisi:

Menurut bahasa :  

Amanah adalah "yang dipercayakan"

 

Menurut istilah  : 

Amanah adalah "Menunaikan haq kepada yang empunya haq"  atau "Kembalikan suatu yang telah dipercayakan kepada dia oleh seseorang"  

 

Dari sini kita fahami, yang dikehendaki dengan Amanah menurut tuntutan Allah dan Rasul Nya adalah  :

"Kembalikan suatu haq kepada yang empunya haq tersebut sebagaimana yang dipercayakan kepada dia oleh Allah Ta'ala"

Setiap kamu memegang Amanah:

Secara umum,  kehidupan manusia seluruhnya adalah diliputi Amanah —  anak isteri, harta, wang ringgit,  rumah, sawah, gedung2 atau apa saja di miliki  adalah AMANAH, iaitu Allah Ta'ala ke atas manusia.

Bahkan "masa" dan "nafas"  juga merupakan AMANAH yang akan ditanya di Mahkamah Agung di Mahsyar nanti.

 

Amanah Khusus:

Selain dari amanah umum yang telah disebutkan, terdapat lagi Amanah khusus,  Amanah kepimpinan.

Seorang bapa adalah Pemimpin keluarganya dan dia mempunyai AMANAH.

Ketua masyarakat adalah Pemimpin, dan dia  mempunyai AMANAH.

Menteri Besar adalah Pemimpin dan dia mempunyai AMANAH.

Perdana Menteri adalah Pemimpin dan  dia mempunyai AMANAH.

Raja / Sultan adalah Pemimpin dan dia mempunyai AMANAH.

Setiap orang yang menerima Amanah Kepimpinan ini perlu sangat hati², serta tunaikan segera sekalian   Amanah tersebut.

✨🕌✨Rasulullah     bersabda:

عَنِ ابْنِ عُمَرَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ أَلَا كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ بَعْلِهَا وَوَلَدِهِ وَهِيَ مَسْئُولَةٌ عَنْهُمْ وَالْعَبْدُ رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُ أَلَا فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِه

Dari Ibnu Umar Radhiallahu anhu, dari Nabi  bersabda : " Ketahuilah Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpin. Seorang Raja adalah pemimpin bagi rakyatnya, dan dia akan diminta pertanggungjawaban  terhadap yang dipimpin. Seorang Suami adalah pemimpin bagi anggota keluarganya, dan dia akan diminta pertanggungjawaban terhadap mereka. Seorang isteri adalah pemimpin bagi keluarga suami dan anak-anaknya, dan dia akan diminta pertanggungjawaban terhadap yang dipimpinnya. Seorang hamba adalah pemimpin bagi harta tuannya, dan dia juga akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpinnya. Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawaban atas apa yang kamu pimpin.”

[Imam Muslim]

Khianat adalah Sifat Munafiq:

Menurut kacamata Agama (Ahlus Sunnah yang benar), setiap Amanah WAJIB ditunaikan sebagaimana yang terdahulu tuntutan atasnya sama ada "amanah" tersebut sesama manusia atau lebih lagi kepada Allah Ta'ala.

Memelihara AMANAH dengan sungguh2 adalah sifat orang beriman sementara sebaliknya KHIANAT adalah perbuatan dan sifat orang Munafiq.

✨🕌✨Rasulullah     bersabda:

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ النَّبِيَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وسلم قالَ: أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ كَانَ مُنَافِقًا

خَالِصًا، وِمَنْ كَانَتْ فِيْهِ خَصْلَة ٌمِنَ النِّفَاقِ حَتَّى يَدَعَهَا: إِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ،

وَإِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ، وَإِذَا خَاصَمَ فَجََرَ (رواه البخاري ومسلم)

Dari Abdullah ibn ‘Amr bahwa Rasulullah     bersabda:

Empat sifat yang barang siapa ada pada nya (mengerjakannya), maka ia menjadi munafiq tulen, dan barang siapa yang melakukan salah satu dari empat sifat itu, maka di dalam dirinya terdapat sifat nifaq sehingga ia meninggalkannya,iaitu:-

Apabila diberi amanah, dia khianat

Apabila berbicara, ia dusta

Apabila berjanji, ia tidak menepati, dan

Apabila bertengkar, dia berlaku fujjar (kebatilan). 

[Imam Bukhari dan Imam Muslim]

Hal Ehwal Semasa Tanahair:

Berdasarkan suasana  kepincangan yang berlaku di dalam pentadbiran dan kempimpinan Negara Malaysia dewasa ini, siapakah yang sebenarnya Pengkhianat  ?

Rakyat menjadi saksi keseluruhan Pemerintahan yang telah diberi mandat oleh rakyat pada piliha raya yang lalu  telah mengkhianati Amanah yang telah diberi oleh rakyat.  Rakyat marah kerana menifesto yang telah dilaungkan semasa kempen pilihan raya hanyalah penipuan.  Rakyat tertipu...!

Semasa pemerintahan mereka juga, berbagai persoalan melibatkan Agama Islam, Kedaulatan Islam,  Keistimewaan Orang Melayu, Keistiewaan institusi Raja2   dibangkitkan secara negatif sehingga rakyat menjadi gelisah.  Suara2 anti Islam, anti Melayu, anti Institusi Raja Melayu dilaungkan oleh golongan kafir berleluasa tanpa sekatan.   Tidak kurang juga sentimen bebas Faham Liberal, LGBT, Murtad dll hidup subur tanpa sebarang tindakan wajar.

Keseluruhan Rakyat bangkit menyuarakan kebimbangan mereka dan meminta agar Pimpinan baru berubah sikap namun seruan mereka " jatuh ke telinga orang pekak".  Tiada menteri pun peduli.   Rakyat marah lagi.

Tapi Alhamdulillah, Ummat Islam patut dipuji kerana mereka tidak membuat tindakan kekerasan,  sebalik nya  mereka hanya berdoa agar Allah Ta'ala selamatkan tanahair  dari cengkaman kuasa2 jahat dan zalim.  Mereka terus menerus berdoa di dalam berbagai  Majlis Zikir, Majlis Solawat dll. agar Allah Ta'ala hapuskan kuasa Iblis dan syaitan yang bermaharajalela di dalam pemerintahan tahanair.

Akhirnya, doa2 mereka dimaqbulkan oleh Allah Ta'ala apabila Tun M sendiri serahkan jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong.     Setelah beberapa tindakan yang wajar, Yang di- Pertuan Agong berkenan melantik barisan kepimpinan baru negara.  Alhamdulillah.

Maka berkuburlah sekalian pengkhianat2 yang telah merosak keseluruhan Sistem Pemerintahan Negara.

Keseluruhan rakyat khususnya Ummat Islam menarik nafas lega.  Walaupun belum pasti hala tuju barisan kepimpinan baru, namun mereka menaruh harapan tinggi agar kepimpinan baru yang dilantik akan benar2 AMANAH....!     Harapan Ummat adalah :  Mudah2an Barisan Pemerintahan baru akan melaksanakan Amanah dengan baik.  Junjung tinggi setinggi2nya Kedaulatan Islam, teguhkan sendi2 Islam di dalam setiap Jabatan dan Fakulti.  Malaysia adalah Negara Orang Islam, Negara yang Mendaulatkan Islam, Negara yang diwarisi turun temurun berpegang teguh dengan Ajaran islam yang suci. (Ahlus Sunnah Wal Jamaah)

Pemerintah Islam sentiasa toleran dan tunaikan hak2 orang bukan Islam. Inilah Amanah dan Warisan Suci dari Rasulullah  .  Baginda telah menunjukkan contoh bagaimana cara memperlakukan golongan "kafir zimmi".      Memang benar, Pemerintahan Negara belum 100 % menepati Syari'at Islam, tetapi Pemerintah boleh menunaikan hak2 orang bukan Islam sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.

Namun AWAS!  JANGAN bagi muka kepada golongan kafir harbi yang memusuhi Ummat Islam.  JANGAN biarkan mereka berleluasa dengan agenda jahat mereka memerangi Ummat Islam.    JANGAN biarkan sejarah pemerintahan BURUK dalam sejarah berulang lagi...!

Julang  tinggi Panji2 Islam.

Junjung Tinggi Agama Allah.

Junjung tinggi Prinsip2 Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Moga kita semua tergolong ke dalam golongan yang diberikan jaminan Selamat oleh Allah dan Rasul-Nya.

✨🕌✨Firman Allah :

 وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُون

 "Dan inilah  jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain - jalan sesat), karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertaqwa.

[Al-An'am (6) : Ayat 153]

 

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...