Susunan:
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al Kholidiyah
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Madrasah Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi :
Lahirnya Mufassir, Mujtahid dan Mujaddid Sepanjang Zaman
Ini adalah satu lagi fakta terpenting berhubung dengan Kepimpinan Ahli Ma’rifat dan Madrasah Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi yang tiada siapa pun mampu menafikannya. Iaitu lahirnya Ulama2 Ahlus Sunnah yang MUJTAHID dan MUJADDID sepajang zaman..!
Dari kenyataan sejarah kegemilangan Islam, TIDAK ada seorang pun Mufassir,
Mujtahid dan Mujaddid (yang terkenal dengan kejujuran dan kebenarannya) lahir
selain dari Madrasah Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi. Kesemua insan2 pilihan ini
mempunyai pertalian kukuh dan silsilah Nubuwwah dari generasi kepada generasi
sambung menyambung tanpa putus.
Mari kita perhatikan kebenarannya…!
LAHIRNYA MUJTAHID FIQH
Di antara tokoh2 Ulama Mujtahid Fiqh Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang ternama :
Imam Ja’afar Siddiq
Imam Hassan Al-Basri
Imam Abu Hanifah
Imam Malik,
Imam Muhammad Idris Asy- Shafi’e,
Imam Ahmad Ibn Hanbal,
Imam Izzudin Abdus Salam
Imam Nawawi,
Imam Sayuthi
Imam Rofi’e,
Imam Abnu Abideen
Imam an-Nabhani
Imam Subky,
Imam Haytami
Imam Romli
Imam Zaini Dahlan
Imam Raza Khan Barelwi
Shaikh Daud Fathoni
Shaikh Ahmad Fathoni
Shaikh Arsyad Al Banjari
Dan lain2 Ulama Mujtahid Fiqh Ahlus Sunnah sepanjang zaman yang kesemua mereka
menerima asuhan dan didikan dari Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi.
Kesemua tokoh2 terkemuka Mujtahid Fiqh ini lahir dari Madrasah Ahli Ma’rifat,
ertinya mereka memperoleh pengajaran2 berharga dari pendidikan Ma’rifat
sehingga mereka juga akhirnya menjadi Ahli Ma’rifat yang sangat tinggi maqamnya yang melayakkan mereka menjadi ahli Mujtahid.
(Ingat kembali kualiti terpenting
seseorang Mujtahid adalah pada “TAQWA nya, MUSYAHADAH WAJAH ALLAH, hampirnya
dengan RUHANIYAH RASULULLAH, yang mana semua ini tidak mungkin diperoleh melainkan dari Madrasah Ahli Ma’rifat…!)
Cuba sebut saja mana2 Ulama Mujtahid dari keempat2 Mazhab Ahlus Sunnah, pasti
di sana kita akan temui bahawa mereka adalah dari kalangan Ahli Sufi juga. Ini identity terpenting bagi membezakan
antara Mujtahid Ahlus Sunnah dengan “ Ulama” tersesat golongan sesat
Mu’tazilah, Jabariyyah, Khawarij, Syi’ah, Wahabiyyah dll. Dan kami sudah
bentangkan secara jelas salah satu punca kesesatan “ulama2 batil” ini
adalah kerana mereka TIDAK memiliki Ilmu Ma’rifat, TIDAK mendapat didikan dari
Madrasah Ahli Ma’rifat, maka menyebabkan mereka mentafsirkan Ayat Qur’an dan
Hadith mengikut aqal pemikiran yang sempit atau bisikan Iblis La’natullah. Maka
jadi mereka sesat dan menyesatkan. Wal Iyazubillah!
Hal ini, iaitu berkenaan Ulama Mujtahid Fiqh dari kalangan Ahlus Sunnah yang
zahir dari Madrasah Sufi dipaparkan di dalam berbagai Kitab Ulama kemudian
dari mereka seperti di dalam kitab2 :
Durrul Mukhtar (sebuah Kitab Klasik
terkemuka Fiqh di dalam mazhab Hanafi) – Imam Alauddin Haskafi,
Qutul Qulub – Imam Abu Talib Al Makki,
Risalah Qusyairiyyah – Imam Abdul Karim Al-Qushairi
Hasyiah Ibn Abideen – Imam Ibnu Abideen,
Ihya Ulumuddin – Imam Ghazali,
Tanwirul Qulub- Imam Amin Kurdi
Sirrus Salikin – Shaikh Abdus Samad Al Falimbani.
Risalah Ma'rifat - Shaikh Yahya Al Kholidi
Mari kita perhatian sebahgian dari kisah mereka :
Imam Abu Hanifah dan Imam Malik
Berguru dan menerima Ijazah Toriqah Sufi dari Imam Jaafar Siddiq. Imam Jaafar
Siddiq adalah Tokoh Ilmuan Syari’at dan Marifat yang tiada tolok bandingnya
pada zaman beliau. Perlu di tegaskan di sini, Imam Jaafar Siddiq adalah Ulama
Ahlus Sunnah terkemuka dan BUKAN Syi’ah. Sepanjang hayat beliau, beliau TIDAK pernah
mengaku Syi’ah, sebaliknya beliau mengutuk segala propaganda Syi’ah (rafidhi).
Tetapi syi’ah (rafidhi) sememangnya manusia2 tak tahu malu mengaku Imam Jaafar
Siddiq sebagai Imam mereka..!
Imam Shafie dan Imam Ahmad Ibnu Hambal
Berguru dan menerima Ijazah Sufi dari Imam Muza Kazim (anak Imam Jaafar
Siddiq, seorang lagi tokoh Syari’at dan Ma’rifat ulung). Imam Shafie dan Imam
Ahmad Ibnu Hambal juga menerima pendidikan keruhanian dari beberapa tokoh Ahli
Sufi lain seperti Syaikh Syaiban dan Imam Ma’ruf Al-Kirkhi.
Kisah Imam Shafie dan Imam Ahmad Ibnu Hanbal berguru dengan Ahli Ma’riat @ Ahli
Sufi di ceritakan oleh Imam Ghazali.
Kata Imam Ghazali di dalam Ihya :
"Imam Shafie pernah duduk di hadapan Shaikh Syaiban (Ulama Sufi) si
pengembala, seperti duduknya seorang anak kecil di maktab, seraya bertanya : “
Bagaimana membuat itu dan ini?”
“Sesungguhnya ini sesuai dengan apa yang kami lupakan.”
(Imam Shafie bertemu dengan Shaikh
Syaiban, seorang Ahli Sufi untuk bertanyakan masalah agama)
Imam Ahmad bin Hambal dan Yahya bin
Mu’in pula selalu pergi menjumpai Shaikh Ma’ruf Al-Kirkhi Radhiallahu Anh
padahal dalam ilmu zohir tak adalah orang lain yang setingkat dengan keduanya.
Imam Ahmad dan Yahya menanyakan :
“Bagaimana berbuat ini.” ( yakni mereka bertanyakan hal2 agama dengan Shaikh
Ma’ruf Al-Kirkhi, seorang Ahli Sufi yang terkenal pada zaman itu, padahal kedua
mereka adalah orang yang bijak didalam hal agama)
Sedang Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam bersabda : ketika di tanyakan : Apa yang kami perbuat, apabila datang
kepada kami suatu persoalan, yang kami tidak peroleh dalam kitab dan Sunnah?”
Maka Nabi menjawab :
“Tanyakan kepada orang2 soleh dan
slesaikanlah dengan jalan bermusyawarah dengan mereka. (Tabarani dari Ibnu
Abbas)
[Petikan dari kitab Ihya Ulumuddin]
[Penjelasan hampir serupa terdapat di dalam Qutul Qulub- Imam Abu Talib Al
Makki dan Risalah Ma’rifat –Shaikh Yahya Al-Kholidi]
Imam Malik berkata :
"Barangsiapa amalkan fiqh tanpa bertasawwuf, maka ia fasiq, dan
barangsiapa yang bertasawwuf tanpa memahami fiqh maka ia zindiq. Dan
barangsiapa yang menghimpun antara keduanya, maka itu yang benar.”
[Ihya Ulumuddin, Sirrus Salikin, Risalah Ma’rifat]
Dinukil dari Diwan Imam Shafie:
Kata nasihat Imam Syafi’e kepada murid2nya :
“Berusahalah engkau menjadi seorang yg mempelajari ilmu fiqih dan juga menjalani
Tasawwuf (jalan Ma’rifat – pent.) , dan janganlah kau hanya mengambil salah
satunya. Sesungguhnya demi Allah saya benar-benar ingin memberikan nasehat
padamu. Orang yag hanya mempelajari ilmu fiqih tapi tidak mau menjalani
tasawwuf, maka hatinya tidak dapat merasakan kelazatan Taqwa. Sedangkan orang
yg hanya menjalani Tasawwuf tapi tidak mau mempelajari ilmu Fiqih, maka
bagaimana mampu dia menjadi baik.
[Diwan Imam Syafi’e]
Kata Imam Ahmad Ibnu Hanbal :
"Wahai anakku wajiblah diatas engkau mendampingi Ahli-Ahli Sufi itu,
kerana mereka itu boleh menambahkan banyaknya Ilmu kita, menambahkan sifat
takut dan taqwa kita kepada Allah Ta'ala dan Kasih kita kepada Allah
Ta'ala."
[Risalah Qushairiyyah]
Imam Ajluni memetik kata2 Imam Shafie di dalam kitab beliau Kashful Khafa:
Berkata Imam Syafi’i “Saya berkumpul bersama orang-orang Sufi dan menerima tiga
macam ilmu: Mereka mengajariku bagaimana berbicara, Mereka mengajariku
bagaimana memperlakukan orang lain dengan kasih sayang dan kelembutan hati,
Mereka membimbingku ke dalam jalan Tasawuf. (Jalan Ma’’rifat Ilahiyyah-pent)
[Kasyf al-Khafa - Imam ‘Ajluni]
Imam Ibnu Abideen, Ulama terkemuka Mazhab Hanafi menulis di dalam Hasyiah
beliau :
“Ada seseorang datang kepada Imam Nawawi dan berkata : Aku datang dari Imam Abu
Hanifah, maka Imam Nawawi berujar : "Engkau telah datang dari penduduk
bumi yang sangat ahli ibadah”. Daripada sinilah kita dapat mengetahui bahwa
para Imam Mujtahid dan ulama yang 'amilin mereka itu sebenarnya adalah
orang-orang Sufi “
[Hasyiah Ibn Abideen ]
Memadailah dengan beberapa ungkapan kata2 Ulama Ahlus Sunnah ini, bahawa
sesungguhnya kesemua Ulama Mujtahid Fiqh Ahlus Sunnah yang mengijtihadkan Fiqh,
adalah sebenarnya telah memperoleh pendidikan didalam Madrasah Ahli Sufi dan
akhirnya mereka juga menjadi Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi, iaitu Ulama Warisatul
Anbiya’ yang muhaqqiq.
Kebanyakan ummat termasuklah penuntut2 muda akhir zaman ini hanya mengenal
mereka sebagai Ulama Fiqh kerana mereka ijtihadkan hukum2 Fiqh sedangkan
hakikatnya mereka semua adalah Ahli Ma’rifat yang tinggi kedudukannya di sisi
Allah Ta’ala. (Akibat dari tidak mengenali Ulama2 Fiqh Ahlus Sunnah secara
dekat dan benar, maka sering terjadi kepada anak2 muda kelulusan universiti ini
terjebak kepada kefaham batil wahhabiyyah).
❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇❇️
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇❇
No comments:
Post a Comment