MUHARRAM, REJAB dan SYA'BAN - JAUHI GHULUW

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


KELEBIHAN MUHARRAM, REJAB, SYA'BAN :  AMBIL PERTENGAHAN DAN JAUHI GHULUW


Setiap tahun, apabila munculnya bulan2 tertentu yang memiliki kemuliaan seperti Muharram, Rejab dan Sya'ban, akan terjadi "peperangan"   antara dua golongan "ghuluw". Adalah yang dimaksudkan dengan "ghuluw" adalah golongan manusia yang melampaui ketentuan Agama.  Dalam bahasa yang lebih tepat mereka adalah golongan yang melampaui / bertentangan dengan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar (tulin).

Siapa Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar (tulen) ?

Kami sudah huraikan sebelum ini berserta hujjah2nya, berdasarkan Al Qur'an, Sunnah berserta tafsiran/fatwa Ulama Ahlus Sunnah Mu'tabar.

Mengapakah digunakan ungkapan "Ahlus Sunnah yang benar"  dan bukan ungkapan " Ahlus Sunnah" sahaja?

Jawapan:

Zaman ini sudah muncul golongan sesat wahabiyah, syi'ah (rafidi) dan sekular  yang memakai pakaian Ahlus Sunnah dan berlagak seperti Ahlus Sunnah.  Ertinya mereka menyamar seperti Ahlus Sunnah sedangkan mereka adalah pendusta2 yang menyamar untuk menyesatkan Ummat yang jahil.

Dengan segala "pencemaran" ini mencari permata tulin mencari kesukaran bagi orang awam . Sehingga sebahagiannya terjebak kepada golongan sesat terutama 3 golongan sesat yang sangat aktif menyebarkan dakyah kebatilan sehingga orang2 PhD, Dr, Master Universiti juga ikut terpengaruh dengan kesesatan...! Wal Iyabillah.

Hati2 dengan fahaman tiga golongan ini yang makin rancak sebar dakyah jahat di kalangan ummat :

Wahabiyah atau dikenali juga Najdiyah atau dikenali juga Salafi palsu atau di kenali juga kaum muda

Syiah (rafidi)

Sekular

Dengan demikian Istilah "Ahlus Sunnah yang benar (tulin) adalah bertujuan membezakan antara Ahlus Sunnah yang betul dengan Ahlus Sunnah palsu yang menyamar.

Untuk melihat ringkasan "Tanda2 Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar (tulen) sila rujuk tajuk Ahlussunnah BENAR.

 

JAUHI GHULUWW : IKUT AHLUS SUNNAH SAHAJA

Secara ringkasnya, kita akan dapati 3 golongan Ummat menghadapi Bulan2 yang mulia ini iaitu:

Pertama:

Golongan yang berlebih lebihan (ghuluw)  dalam menyanjung bulan2 kemuliaan sehingga mencipta ayat, dan khabar2 palsu. 

Umpamanya mereka mencipta ayat2 mengancam neraka kepada orang yang tidak sebarkan artikel itu.  (surat berantai)

Atau ayat2 menjanjikan keuntungan dunia, kekayaan, kedudukan dll. kepada orang yang sebarkan artikel itu. (surat berantai)

Mereka berdusta atas nama Allah dan Rasul dan menyelewengkan Ummat.

Di antara tanda2 penyebar maklumat palsu ini adalah:

(1) Penulis nya BUKAN Ulama Mu'tabar yang diakui oleh Ummat, tetapi  menyamar seperti Ulama.

Walaupun mungkin penyebar itu gunakan nama Shaikh itu dan ini, tetapi itu semua rekaan.

(2) Dia  janji keuntungan dunia bagi siapa2 sebarkan maklumat tersebut, seperti dapat duit banyak, dapat jawatan tinggi, dapat pangkat.

(3) Lazimnya menggunakan ungkapan "ancaman kecelakaan" kepada orang yang tidak sebarkan berita palsu itu.

(4) Menjanjikan syurga semata2 sebarkan maklumat Bulan2 mulia itu.

Semua penyebar maklumat ini berdusta atas nama Allah dan Rasul.  Ini golongan *ghuluw*  pada jalan keruhanian yang tertipu dengan angan2 sendiri.

Kedua:

Golongan yang menentang dan menafikan terus semua kelebihan2 di dalam bulan2 kemuliaan tersebut.  Sehingga keluarlah perkataan bid'ah sesat, kufur dan syirik.

Atau mereka akui sebahagiannya dan menentang amalan yang diambil dari Solafussoleh, seperti Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani, Imam Ghazali, Imam Sayuthi, Imam Haythami dll.

Ini juga golongan  melampaui ketentuan Agama  (ghuluw). Ini kerana kemuliaan bulan2 tersebut disebut dalam Al Qur'an dan Hadith dan fatwa Ulama Mu'tabar.

Pendapat ini adalah pegangan golongan sesat wahabiyah @ Najdiyah yang wajib dihapuskan.

Tanda2 golongan ini adalah:

(1) Ungkapan menuduh bid'ah sesat kepada sambutan Muharram, Rejab dan Sya'ban secara buta.

(2) Ungkapan menuduh bid'ah sesat kepada warisan wirid2 tertentu yang diterima dari Ulama bertaraf Auliya Allah dengan alasan tidak ada dalam Hadith. 

(3) Engkar wujudnya fadhail amal kelebihan amal berdasarkan hadith2 dhaif sedangkan sekalian Ulama Ahlussunnah telah fatwa bahawa harus amalkan hadith dhaif untuk kelebihan amal.

(4) Sengaja menghukum hadith2 yang bertaraf dhaif sebagai hadith palsu. Ini sangat berat.

(5) Mengaku Ikut Qur'an dan Hadith sahaja.  Mereka menolak Ulama atas alasan Ulama bukan

ma'sum,  Ulama juga buat silap...  maka tak perlu ikut Ulama....!

(6) Sungguh bodoh dan sesat pegangan ini.  

(7) Golongan ini  mendakwa ikut Qur'an dan Hadith sedangkan mereka bukan mujtahid  yang layak memberi fatwa. 

(8) Mereka mengaku ikut Qur'an dan Hadith, tetapi mereka menentang Qur'an dan Hadith yang memerintah supaya muliakan Ulama bertaraf Auliya Allah.

(9) Mereka mengaku ikut Qur'an dan Hadith, sedangkan mereka tak mampu untuk  tafsirkan satu ayat sekalipun.

(10) Mereka mengaku ikut Qur'an dan Hadith, dan menolak Ulama, sedangkan setiap hari, setiap amal mereka merujuk Ulama bertafaf Auliya Allah.

(11) Semua ini adalah ungkapan golongan2 yang disesatkan oleh Iblis.  Mereka adalah jelmaan dari kaum khawarij yang dila'nat.  Walau pun hafal Qur'an,  fasih bercakap Qur'an,  walaupun mahir merujuk ayat Qur'an tetapi mereka la'nat kerana mentafsirkan Al Qur'an / memahami Al Qur'an mengikut selera nafsu mereka.

✨🕌✨Rasulullah bersabda:

 Akan keluar di akhir zaman suatu kaum yang usia mereka masih muda, dan bodoh, mereka mengatakan sebaikbaiknya perkataan manusia, membaca Al Quran tidak sampai kecuali pada kerongkongan mereka. Mereka keluar dari Deen (Islam) sebagaimana anak panah keluar dan busurnya.

[Imam Bukhari dan Imam Muslim)

✨🕌✨Rasulullah bersabda:

"Di akhir zaman akan muncul kaum yang muda usia dan lemah akal. Mereka berbicara dengan pembicaraan yang seolah-olah berasal dari manusia yang terbaik. Mereka membaca Al Quran, tetapi tidak melampaui tenggorokan mereka. Mereka keluar dari agama, secepat anak panah meluncur dari busur. Apabila kalian bertemu dengan mereka, maka bunuhlah mereka, karena membunuh mereka berpahala di sisi Allah pada hari Qiamat. [Imam  Muslim]

✨🕌✨Rasulullah bersabda:

Suatu kaum dari umatku akan keluar membaca Al Qur’an, mereka mengira bacaan Al-Qur’an itu menolong dirinya padahal justru membahayakan dirinya. Solat mereka tidak sampai kecuali pada kerongkongan mereka.”

[Imam Muslim]

Ketiga:

(1) Golongan pertengahan, iaitu ummat yang menyedari dan mengakui  wujudnya kelebihan bulan2 tersebut berdasarkan Al Qur'an, Sunnah dan fatwa Ulama Mu'tabar bertaraf Auliya Allah.   Mereka beramal sesuai dengan kemuliaan serta adab2nya, tanpa berlebih2an mengikut nafsu.

(2) Sesetengah daripada amalan tersebut diambil daripada Ulama soleh terdahulu, walaupun tidak terdapat hadith menyebutnya.  Ini kerana fatwa Ulama yang Mu'tabar adalah sebahagian dari Agama.  Sesiapa menentang Ulama Mu'tabar bertaraf Wali Allah yang sudah terkenal solehnya di kalangan Ummat, maka orang yang menentang itu termasuk orang sesat dan dilaknat Allah.  Bahkan Allah isytiharkan perang atas dia, bermakna telah musnah lah orang itu walaupun dia memakai nama Islam dan tahajjud. Zahirnya kelihatan seperti Islam, tetapi batinnya telah gelap dan buta.! Jika dia seorang terpelajar maka jadilah sesat dan menyesatkan.

Wal Iyazubillah.

Inilah pendirian selamat Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar.

Berdasarkan kenyataan / penjelasan tersebut....

Sesiapa yang ingin berpuasa pada bulan2 tersebut atau ibadah2 lain, silakan berbuat ibadah2 tersebut  dan masing2 akan mendapat ganjaran kelebihannya sesuai dengan kemuliaannya seperti yang dinyatakan di dalam hadith2 Rasulullah .   Tak perlu berlebih2an pada menyebut keutamaannya.  Memadailah masing2 melaksanakan ibadah untuk mencari keredhaan Allah..

CARA MEMASTIKAN GOLONGAN YANG BETUL

Untuk memastikan kelompok mana dan pendapat mana yang benar, maka ikuti garis panduan ini.

Pertama:

Rujuk kepada Shaikh Mursyid @ Ahli Sufi @ Ahli Ma'rifat yang siddiq (benar). Mereka adalah Perwaris Nabi yang siddiq..Mereka bukan pendusta.

Kedua:

Jika belum bertemu Shaikh Mursyid @ Ahli Sufi @ Ahli Ma'rifat yang siddiq (benar),.maka ikuti Jamaah Muslimin yang ramai.  Iaitu ikuti amalan yang dibuat oleh majoriti  Ulama Ahlus Sunnah dan Majoriti Ummat Islam.. Mereka itu Ahlus Sunnah yang benar.

Ketiga:

Pastikan semua maklumat yang diterima di internet atau kawan2 atau PhD, Prof, Master sekalipun, pastikan sahih berita tersebut dengan merujuk Shaikh Mursyid @ Ahli Sufi @ Ahli Ma'rifat yang siddiq (benar),.

Jika tidak mempunyai Shaikh Mursyid @ Ahli Sufi @ Ahli Ma'rifat yang siddiq (benar),. sebagai pemimpin dan tidak mempunyai ilmu yang cukup, JANGAN sebarkan maklumat2 tersebut.. 

Moga selamat dari tipu daya akhir zaman.

 

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...