H9 : SIRI 321 - SIRI 360 : AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ

 SIRI 321


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 5:  Huraian Iman 'Arif Billah — Auliya Allah



Huraian Iman 'Arifin — Auliya Allah

Berikut kami sampaikan beberapa catitan ringkas berhubung dengan Arif Billah atau Auliya Allah atau Maqam Kewalian sebagai tambahan di dalam perbincangan ini bagi menolak kekeliruan dan sebagai amaran kepada pendusta-pendusta dari kalangan Wahhabiyyah (Khawarij), Syi’ah (rafidhi), Sekular, Liberal, demokrasi atau lainnya yang wujud pada zaman ini. 


Definisi 'Arif Billah


Dari segi bahasa:

'Arif Billah ( عاَرِفْ بِاللّٰه ) berasal dari kata:  (عَرَفَ - يَعْرِفُ) mengetahui, mengenal, pengetahuan, makluman.


Dari segi Istilah:

'Arif Billah ( عاَرِفْ بِاللّٰه ) adalah hamba Allah yang mencapai Keimanan tertinggi, melihat Allah dengan sirriyyah (rahsia hati yang sangat mendalam), sentiasa di dalam keadaan ubuddiyah (perhambaan) siang dan malam tanpa kelalaian walau sekadar kerdipan mata.



Definisi Auliya Allah


Dari sudut bahasa:  

Auliya (أَوْلِيَاءَ) adalah dekat, wakil, penolong, pemimpin yang menolong mengurus suatu bagi pihak lain.


Dari sudut Istilah:  

Auliya (أَوْلِيَاءَ) adalah Kekasih Allah dan Wakil-Nya atas muka bumi yang Allah Ta'ala pilih Khusus bagi mentadbir dunia menurut Kehendak dan Perintah-Nya.  


Mereka adalah Mu'min sejati, benar-benar Taqwa kepada Allah, 'Arif Billah, istiqamah Ubudiyyah kepada Allah zahir dan batin, istiqamah melaksanakan Perintah Allah tanpa ketakutan pada siapa pun dari kalangan makhluq.  Mereka hanya takut kepada Allah semata-mata.


Haqiqatnya kedua-dua istilah ini ('Arif Billah dan Auliya Allah) mendokong maksud yang sama.  Mereka yang dikenali sebagai 'Arif Billah adalah Auliya Allah, yang sangat hampir dengan Allah, mendirikan Syari'at dan berpegang teguh dengan Toriqat Rasulullah ﷺ, tanpa terpisah, mendokong Amanah Allah atas muka bumi, menjadi wakil Rasulullah ﷺ, memerintah Dunia dengan cara-cara khusus yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia.


SIRI 322


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 5:  Huraian Iman 'Arif Billah — Auliya Allah



Dalil Al-Qur’an, Hadith dan Fatwa Ulama Ahlus Sunnah

Berdasarkan keterangan Al-Qur'an, Hadith dan Ijma' Ulama, insan-insan pilihan Allah yang khusus dipanggil "Auliya Allah" atau "Ahli Ma'rifat" benar-benar wujud atas muka bumi.  Meyakini kewujudan mereka serta kemuliaan yang Allah Ta'ala Kurniakan kepada mereka adalah setengah dari cabang-cabang Keimanan.  Ertinya wajib beriman akan keberadaan mereka dan ingkarinya membawa kepada kekafiran.  

Wal Iyazubillah.



Dalil 1:  Firman Allah Ta'ala:


أَأَلاۤ إِنَّ أَوْلِيَآءَ ٱللَّهِ لاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ.  ٱلَّذِينَ آمَنُواْ وَكَانُواْ يَتَّقُونَ.  لَهُمُ ٱلْبُشْرَىٰ فِي ٱلْحَياةِ ٱلدُّنْيَا وَفِي ٱلآخِرَةِ لاَ تَبْدِيلَ لِكَلِمَاتِ ٱللَّهِ ذٰلِكَ هُوَ ٱلْفَوْزُ ٱلْعَظِيمُ


"Ketahuilah!  Sesungguhnya para  Auliya Allah itu, tidak ada ketakutan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.  Mereka (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman (Mu'min sejati) serta mereka pula sentiasa bertaqwa (sebenar-benar Taqwa).  Bagi mereka diberi berita gembira di dalam kehidupan dunia dan di Akhirat; tidak ada sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar”.

[Yunus (10) : Ayat 62-64]


Berkata Ibn Abbas Radhiallahu Anhu:

“Sesungguhnya mereka yang benar-benar beriman (Mencapai Keimanan sejati) adalah Auliya Allah (Kekasih Allah) yang tiada takut apa pun terhadap sesuatu yang mendatang, dan tiada dukacita terhadap suatu yang mereka tinggalkan di belakang.  Kemudian Allah tegaskan lagi bahawa mereka yang dimaksudkan adalah orang-orang yang beriman (benar-benar beriman) dan bertaqwa (sebenar Taqwa) kepada Allah.  Kalimah " ٱلْبُشْرَىٰ " (Al-Busyra), khabar gembira bermaksud dua macam kebahagiaan:  Pertama:  Kebahagiaan di dunia dengan mendapat mimpi-mimpi benar.  Kedua:  Jaminan masuk Syurga (tanpa hisab).  Yang demikian itu adalah jaminan Allah kepada mereka.  Dan itulah sebesar-besar kemenangan”.

[Tafsir Ibn Abbas]


Penjelasan:

Firman Allah di atas menjelaskan beberapa keistimewaan yang Allah Ta'ala Kurniakan kepada hamba-hamba Allah yang mencapai Keimanan sejati, Maqam Tauhid tertinggi, Maqam Taqwa yang sebenar-benarnya, Maqam Ma'rifat dan Ubudiyyah yang sempurna. 


(1)  Mereka disebut oleh Allah sebagai Auliya, iaitu Wakil-Nya dan Kekasih-Nya.

(2)  Allah Ta'ala hilangkan ketakutan atau kebimbangan dari hati mereka. 

(3)  Allah Ta'ala berikan jaminan kepada mereka bahawa mereka akan masuk Syurga tanpa hisab. 

(4)  Allah berikan khabar gembira bahawa mereka di dalam Pemeliharaan Allah Ta'ala. 

(5)  Mereka sentiasa di Hadratul Quddus menyaksikan Wajah Allah pada setiap ketika dan ruang waktu.  Tiada terpaling walau sesaat.  


Dengan demikian, mereka dipelihara oleh Allah daripada terjerumus kepada dosa-dosa besar atau kefasikan.  Jika pada suatu ketika mereka terbuat dosa kecil, maka mereka akan bertaubat pada seketika itu juga.  Bagi Rasul dan Nabi, hal ini dinamakan Ma'sum.  Bagi Auliya Allah yang lain, ia dinamakan Mahfuz.


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu:

"Para Nabi dan Wali Allah tidak luput dari kegelinciran.  Hanya para Nabi adalah Ma'sum terpelihara dari dosa besar setelah diangkat menjadi Nabi dan Rasul.  Sedangkan para Wali Allah tidaklah Ma'sum tetapi mereka adalah disebut Mahfuz, dipelihara oleh Allah daripada dosa-dosa besar setelah darjat kewaliannya sempurna".

[Sirrul-Asrar]


SIRI 323


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 5:  Huraian Iman 'Arif Billah — Auliya Allah

Dalil Al-Qur’an, Hadith dan Fatwa Ulama Ahlus Sunnah

sambungan.....



Dalil 2:  Firman Allah:


وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ إِلَىٰ رَبِّهَا نَاظِرَةٌ


“Dan wajah-wajah (orang-orang Mu’min) pada hari itu berseri-seri.  Kepada Rabb (Tuhan) mereka melihat”.

[Al-Qiyamah (75) : Ayat 22-23]


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu:

"Keadaan kehampiran sedemikian itulah yang dikatakan umpama satu Syurga padanya tidak ada taman dan kebun, tidak ada sungai madu dan susu.  Itulah Syurga memandang hanya Wajah Allah". 

[Sirrul Asrar Fi Ma Yahtaju Ilaihil Abrar]


Penjelasan:

Memandang Wajah Allah dengan pandangan _Sirriyah_ (rahsia Ketuhanan yang sangat dalam) itulah dikatakan Syurga yang disegerakan bagi hamba-hamba Allah yang mencapai Maqam Tauhid yang sempurna dan inilah haqiqat Syurga.


Apakah Ni'mat terbesar bagi Ahli Syurga?  

Tidak ada  Ni'mat yang lebih besar di dalam Syurga melainkan memandang Wajah Allah. 


Dengan demikian, Hamba-hamba Allah yang sampai ke Maqam Tauhid Zat, Maqam Tauhid yang sempurna, dibukakan mata Sirriyah melihat kepada Zat Yang Laisa Kamithlihi Syai'un (ketika hayat mereka di dunia), maka dikatakan:  Mereka telah memperoleh Syurga (Syurga yang disegerakan) ketika hayat mereka di dunia lagi.  Bagi mereka tiada keinginan lain lagi kerana mereka sudah mencapai kemuncak Ni'mat memandang Wajah Allah setiap waktu.


Dalil 3: Hadith Qudsi:


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ اللهَ تَعَالَى قَالَ : مَنْ عَادَى لِيْ وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ، وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِيْ بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُهُ عَلَيْهِ، وَلاَ يَزَالُ عَبْدِيْ يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ، فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِيْ يَسْمَعُ بِهِ وَبَصَرَهُ الَّذِيْ يُبْصِرُ بِهِ، وَيَدَهُ الَّتِيْ يَبْطِشُ بِهَا، وَرِجْلَهُ الَّتِيْ يَمْشِيْ بِهَا، وَلَئِنْ سَأَلَنِيْ لأُعْطِيَنَّهُ، وَلَئِنِ اسْتَعَاذَنِيْ لأُعِيْذَنَّهُ


Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu beliau berkata, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:  “Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman:

"Barangsiapa yang memusuhi Wali-Ku maka Aku telah mengisytihar perang dengannya.  Tidak ada taqarrubnya seorang hamba kepada-Ku yang lebih Aku cintai kecuali dengan beribadah dengan apa yang telah Aku fardhukan kepadanya.  Dan hamba-Ku yang selalu mendekatkan diri kepada-Ku dengan nawafil (perkara-perkara sunnat ) maka Aku akan mencintainya dan apabila Aku telah mencintainya maka Aku adalah pendengaran-Nya yang dia gunakan untuk mendengar, penglihatan-Nya yang dia gunakan untuk melihat, tangan-Nya yang digunakannya untuk memukul dan kaki-Nya yang digunakan untuk berjalan.  Jika dia meminta kepada-Ku nescaya akan Aku berikan dan jika dia minta perlindungan dari-Ku nescaya akan Aku lindungi”.

[Imam Bukhari]


Dalil 4:  Rasulullah ﷺ bersabda:


أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ


"Ihsan ialah engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya.  Jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia (Allah) melihat engkau".

[Imam Muslim, Imam Abu Dawud, Imam Tirmizi, Imam Ahmad]


Penjelasan:

Dalil ke-3 dan ke-4 di atas adalah di antara bukti-bukti terkuat Maqam Tauhid Zat, Keimanan tertinggi, Maqam Ihsan, iaitu sempurna Ma'rifat dan Ubudiyyah kepada Allah Ta'ala.  Tiada yang mampu melakukannya melainkan mereka yang telah diangkat oleh Allah kepada Maqam Tauhid Zat yang sempurna.


SIRI 324


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 5:  Huraian Iman 'Arif Billah — Auliya Allah



Ciri-Ciri Penting Auliya Allah


(1) Mu’min Pilihan Allah

Pada pengertian umum, semua hamba-hamba Allah yang di-Kasihi-Nya adalah Auliya Allah.  Maka Rasul dan Nabi adalah termasuk ke dalam pengertian Auliya Allah.  Walau bagaimanapun apabila disebut Auliya Allah" secara khusus, maka ianya merujuk kepada Mu'min yang benar-benar bertaqwa kerana kedua-dua insan Pilihan Allah ini (Rasul dan Nabi) sudah pun mempunyai panggilan khusus masing-masing.

 


(2) Maqam Ma'rifat yang tinggi

 Auliya Allah adalah mereka yang telah mencapai Maqam Tauhid yang tinggi atau Ma'rifat yang tinggi — iaitu mereka yang suci bersih hatinya daripada Syirik khafi (syirik di dalam hati), mazmumah (kekejian hati), ghaflah (kelalaian) atau aghyar (sekalian suatu selain Allah).  Mereka sentiasa berzikir dan abdikan diri kepada Allah Ta'ala zahir dan batin.  Mereka berpegang teguh pada Allah dan Rasul-Nya dan menjunjung tinggi Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ sebagaimana yang kami telah bentangkan di dalam Risalah ini dan beberapa Risalah lain.



(3) Berada di dalam Qubah Allah

Sekalian Auliya Allah berada di dalam "Qubah Allah", iaitu di dalam perlindungan dan pemeliharaan Allah Ta'ala.  Mereka sentiasa berserta Allah dan tiada dukacita apa pun hal keduniaan. 



(4) Hanya Wali Allah peringkat tinggi mengetahui kewaliannya

Kebanyakan Auliya Allah tidak mengetahui bahawa diri mereka Auliya  Allah.  Hanya Auliya Allah yang berada pada tingkat-tingkat yang sangat tinggi mengetahui bahawa diri mereka Auliya  Allah dan juga dikenali Wali Allah yang lain di seluruh dunia.  Walau bagaimanapun mereka tidak sesekali mendedahkan kewalian mereka kepada umum. 



(5) Setiap Mursyid yang Siddiq adalah Wali Allah

Sekalian hamba Allah yang di-Pilih oleh Allah menjadi Mursyid, Pewaris Nabi yang Siddiq, adalah Auliya Allah.  Namun mereka tidak dimasyhurkan sebagai Auliya Allah ketika mereka masih hidup.  Gelaran Auliya  Allah hanya dimasyhurkan ke atas mereka setelah kewafatan mereka.  Ini adalah penjagaan agar gelaran "Mursyid" tidak disalah gunakan oleh Guru-guru palsu. 



(6) Darjat tertentu

Auliya Allah mempunyai Darjat-darjat tertentu sesuai dengan Darjat Keimanan atau Tauhid yang mereka capai di dalam perjalanan mereka pada Jalan Ma'rifat.  Mereka menanggung Amanah Kerasulan dan Kenabian atas muka bumi sesuai dengan Tingkatan masing-masing.



(7) Tersembunyi – disembunyikan oleh Allah

Umumnya Auliya Allah tidak dikenali kerana mereka tersembunyi di sebalik pakaian mereka yang zahir.  Mereka hadir di kalangan manusia seperti manusia biasa-biasa sahaja.  Walau bagaimanapun orang yang benar-benar beriman mampu mengenali mereka berdasarkan tanda-tanda yang wujud pada diri mereka.



(8) Amanah berbeza-beza

Sebahagian Auliya Allah diberi Kuasa mentadbir Dunia Ma'rifat, merekalah Mursyid, Pewaris Nabi yang Siddiq.  Sebahagian yang lain hanya melakukan Zikrullah dan Ubudiyyah terus-menerus tanpa henti.  Mereka memenuhi bumi dengan Kalimah Allah dan Cahaya Tauhid.


SIRI 325


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 5:  Huraian Iman 'Arif Billah — Auliya Allah

Ciri-Ciri Penting Auliya Allah

sambungan....



(9) Diperkuat dengan Karomah

Ketahuilah.... Setengah daripada dugaan berat ke atas hamba-hamba Allah yang sedang mujahadah pada Jalan Allah adalah terjadinya berbagai Karomah Hissiyyah ke atasnya.  Mereka tersangat bimbang terkena Istidraj akibat memandang berbagai Karomah Hissiyyah.  Hal ini termasuklah mereka yang baru sampai ke Maqam Tauhid Zat kerana kedudukan mereka belum kukuh dan belum benar-benar tahqiq. 

Huraian kepada hal ini amat panjang.  Berikut disampaikan penjelasan secara ringkas sahaja:


Poin 1:  Pengertian Karomah


Dari segi bahasa:

Karomah (كَراَمَة) berasal dari kata karima atau Karoma (كَرَمَ) bermaksud: 

mulia, utama, kelebihan, keistimewaan.


Dari segi istilah:

Karomah (كَراَمَة) adalah kemuliaan Kurnia Allah kepada hamba-hamba Allah yang Di-Kasihi-Nya berupa Keimanan dan Ketaqwaan — yang ini disebut Karomah Ma'nawiyyah dan juga kemuliaan berupa hal-hal luar biasa yang melemahkan manusia daripada memperbuatnya — yang ini disebut Karomah Hissiyah.


Poin 2:  Perbezaan dan persamaan Karomah dengan Mu'jizat

Mu'jizat adalah Kemuliaan Kurnia Allah kepada Rasul dan Nabi sedangkan Mu'jizat adalah Kemuliaan Kurnia Allah kepada sekalian Auliya Allah.  Rasul dan Nabi diteguhkan kedudukan mereka oleh Allah dengan_Mu'jizat sementara Auliya Allah dan Mu'min sejati diteguhkan kedudukan mereka oleh Allah dengan Karomah dan Ma'unah.  Sekalian Mu'jizat, Karomah, Ma'unah adalah perkara-perkara luar biasa yang Allah Ta'ala jadikan kepada Kekasih-kekasih-Nya, yang mencengangkan aqal manusia dan melemahkan orang yang cuba memperbuat sepertinya, Kunci memahami hal ini: Karomah adalah dari Allah Ta'ala semata-mata, maka tiada campur tangan manusia atau jinn atau apa jua kuasa lain.                                                                                          


Poin 3:  Perbezaan Karomah  dengan Sihir

Allah Ta'ala menjadikan Karomah  di tangan para Auliya Allah sedangkan Sihir dijadikan di tangan ahli sihir, ahli nujum, bomoh, pawang dan lain-lain yang bersekutu dengan jinn syaitan.  Kebanyakan orang awam tidak dapat membezakan Karomah dengan Sihir kerana terjadinya kedua-dua hal ini kelihatan hampir-hampir serupa.  Sedangkan haqiqatnya kedua hal ini jauh beza antara langit dan bumi.  Karomah adalah Cahaya sedangkan Sihir adalah kegelapan!


Poin 4:

Karomah terbahagi dua:

(1) Karomah Haq — dari Allah.

(2) Karomah Batil — dari iblis, jinn, ahli sihir. 


Poin 5:

Karomah dari Allah terbahagi dua:

(1) Karomah Ma'nawiyyah 

(2) Karomah Hissiyah


SIRI 326


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 5:  Huraian Iman 'Arif Billah — Auliya Allah

Ciri-Ciri Penting Auliya Allah

sambungan....



Poin 6:

Karomah Ma'nawiyyah

Yang dikehendaki dengan Karomah Ma'nawiyyah adalah sekalian Kurnia Allah berupa Cahaya Iman, Tauhid, Taqwa, Ihsan, Ma'rifat serta Istiqamah atasnya sampai mati.  Dan inilah sebenar-benar Karomah (kemuliaan) di Sisi Allah yang dituntut atas setiap orang beriman mencarinya.


Firman Allah:


إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬


“Sesungguhnya semulia-mulia kamu di Sisi Allah ialah orang yang paling tinggi taqwanya di antara kamu.  Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu)”.

[Al-Hujurat (49) : Ayat 13]


Poin 7:

Karomah Hissiyyah

Yang dikehendaki dengan Karomah Hissiyah adalah sekalian Kurnia Allah berupa hal-hal ajaib yang "merobohkan adat kebiasaan manusia", atau "menembusi hukum Alam", atau biasa juga di sebut "Hal-hal yang mencarikkan adat"... yang terjadi ke atas Salikin.  Misalnya:  Menukar kertas biasa menjadi wang, atau terbang di udara tanpa alat penerbangan, atau bergerak pantas dari satu tempat ke tempat lain sekelip mata atau lain-lain seumpamanya. 


Semua ini, apabila terjadi kepada Salikin ketika mujahadah pada Jalan Allah, maka ini yang dipanggil Karomah Hissiyah.  Ini bermakna Allah Ta'ala sedang mengujinya sama ada dia benar-benar ingin mencari-Nya ataupun dia mempunyai niat-niat lain selain Allah.


Hamba-hamba Allah yang benar-benar ikhlas  mujahadah sehingga mencapai berbagai Maqam Tauhid atau Maqam Keimanan yang tinggi, tidak akan terpengaruh dengan segala kejadian-kejadian istimewa ke atasnya, apa lagi bermegah-megah dengannya.  Tidak!  Salikin yang ikhlas dan beradab akan sentiasa waspada dan amat takut ketika terjadi berbagai Karomah Hissiyah ke atasnya kerana dia tahu Allah Ta'ala sedang mengujinya dan amat takut terkena istidraj, sehingga hilang musnah Tauhidnya. 


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu Anhu:

"Semua perkara yang dikatakan "keramat" yang mencarik adat atau luar biasa itu adalah hijab (tabir penghalang) yang melalaikan seseorang dari jalan yang benar dan dari matlamatnya yang sebenar.  Bagi mereka, apabila berlaku perkara luar biasa itu terjadi, mereka menganggap seperti perempuan yang didatangi haid, sibuk berusaha mengatur diri disebabkan kekurangan yang menimpa dirinya".

[Sirrul Asrar]


Dengan demikian sedarilah hakikat ini.  Andainya seseorang mengaku sudah sampai kepada Maqam-maqam Tauhid lalu bermegah-megah dengan berbagai Karomah Hissiyah, maka dia tertipu — dia bukanlah Salikin  yang benar.  Atau kemungkinan lain adalah  Karomah Hissiyah yang dimegahkan itu juga bukan dari Allah tetapi dari tipu daya Syaitan.  Wal Iyazubillah.


Poin 8:  Contoh Karomah Ma'nawiyyah

Contoh Karomah Ma'nawiyyah adalah keimanan dan ketaqwaan Para Sahabat Rasulullah ﷺ, dan sekalian Auliya Allah sepanjang zaman.


Poin 9:  Contoh Karomah Hissiyah

Contoh Karomah Hissiyah adalah Hal-hal luar biasa yang pernah terjadi kepada para Sahabat Rasulullah ﷺ,  hal keadaan As-habul Kahfi, Kisah Siti Maryam, Kisah Karomah Auliya yang telah masyhur nama mereka seperti Kisah Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu Anhu dan sekalian Auliya Allah ternama sepanjang zaman.


SIRI 327


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 5:  Huraian Iman 'Arif Billah — Auliya Allah

Ciri-Ciri Penting Auliya Allah

sambungan....



(10) Memperoleh Kasyaf

Kasyaf atau Mukasyafah adalah sebahagian daripada Karomah, iaitu Kemuliaan yang Allah Ta'ala Kurniakan kepada hamba-hamba Pilihan-Nya.  Maka penjelasan bab ini lebih kurang sama saja dengan penjelasan bab Karomah.  Walau bagaimanapun kami bangkitkan tajuk Kasyaf ini secara khusus disebabkan banyaknya terjadi kekeliruan, kepincangan dan penyelewengan di kalangan orang yang gemar kepada ilmu keruhanian. 


Setengah daripada kebodohan mereka yang tak tahu apa-apa berkenaan dunia Ma'rifat dan tidak pernah menempuh perjalanannya secara benar dengan pimpinan Pewaris Nabi yang Siddiq, tiba-tiba mengaku sudah Kasyaf.  Mereka mengaku Kasyaf kerana kemampuan melihat berbagai cahaya hijau, kuning, ungu ketika berzikir.  Atau mereka dapat melihat gambaran dan pemandangan-pemandangan hebat ketika berzikir.  Atau mereka melihat manusia berpakaian putih dan berjanggut lalu mereka menyangka mereka sudah Kasyaf.  Setengah lagi mengaku sudah Kasyaf semata-mata kerana boleh melihat jinn syaitan.  Sesungguhnya semua ini adalah tipu daya nafsu dan syaitan sedang mereka tidak menyedarinya.


Berikut kami sampaikan secara ringkas sahaja berkenaan pengertian dan haqiqat Kasyaf, sebagaimana yang telah dijelaskan oleh sekalian Masyaikh Ahlus Sunnah.



Poin 1:  Definisi Kasyaf:


Dari segi bahasa:

Kasyaf ( اَلْكَشْفُ ) dari sudut bahasa adalah: 

Menyingkap, terbuka, membongkar, buka tutupan, selak tabir.


Dari segi istilah:

Kasyaf( اَلْكَشْفُ ) pada sisi Ilmu Tasawwuf atau Ma'rifat adalah:  

Terbuka mata hati kepada menyaksikan Af'al, Asma', Sifat dan Zat Allah serta perkara-perkara ghaib menurut Kehendak Allah Ta'ala. 

(Perhatikan kunci di sini:  Kasyaf yang haq berlaku menurut Kehendak Allah Ta'ala, bukan kehendak manusia, bukan dibuat-buat oleh manusia atau jinn syaitan). 



Poin 2:  Kasyaf ( اَلْكَشْفُ ) secara umum terbahagi dua:


(1) Kasyaf Haqq — Ini Kurnia Allah kepada hamba-hamba Pilihan-Nya yang benar ikhlas mujahadah pada jalan-Nya. 


(2) Kasyaf Batil — Ini adalah ilusi dan mainan iblis yang dipamerkan oleh iblis kepada manusia bagi memperdayakan mereka dengan khayalan dan kepalsuan.



Poin 3:  Kasyaf Kurnia Allah terbahagi dua:


(1) Kasyaf Hakiki (Kasyaf Ma'nawiyyah)

(2) Kasyaf Suri (Kasyaf Hissiyyah)


Kedua-dua bentuk Kasyaf ini adalah daripada Allah Ta'ala, Di-Kurniakan kepada Salikin yang telah mujahadah sungguh-sungguh pada Jalan-Nya dengan penuh keikhlasan. 



Poin 4:  Kasyaf Hakiki (Ma'nawiyyah)


Kasyaf Hakiki (Ma'nawiyyah) adalah terbuka hati menyaksikan Af'al, Asma', Sifat dan Zat Allah-Nya yang Maha Agung sebagaimana yang telah dijelaskan pada bicara Tingkatan Maqam-maqam Tauhid sebelum ini.  Inilah sebenar Kasyaf yang dikehendaki pada Sisi Agama iaitu terbuka hati Salikin kepada pintu-pintu Tauhid atau Iman atau Ma'rifat.


SIRI 328


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 5:  Huraian Iman 'Arif Billah — Auliya Allah

Ciri-Ciri Penting Auliya Allah

(10) Memperoleh Kasyaf

sambungan....



Poin 5:  Kasyaf Suri (Hissiyah)

Kasyaf Suri (Hissiyyah) adalah terbuka mata hati Ahli Ma'rifat yang sudah tetap (hatinya sudah tetap atau dikatakan tetap_Maqam Ma'rifat), kepada melihat segala dunia ghaib dan dunia keruhanian keseluruhannya menurut Kehendak Allah.  Kurnia Allah ini adalah semata-mata kepada Hamba-hamba-Nya yang telah tetap Maqam Tauhidnya dan telah istiqamah pada Syari'at dan adab-adab Ma'rifat.  Mereka adalah Kekasih-kekasih Allah yang tidak terpegun dengan segala Kasyaf Hissiyyah ini, jauh sekali bermegah-megah dengannya.  Mereka serah diri kepada  Allah dan tetap menjaga Amanah Allah dan takut dengan Kemurkaan-Nya.



Poin 6:  Dilarang mencari-cari  Kasyaf Suri (Hissiyah)

Salikin (yang masih di dalam perjalanan) yang memperoleh Kasyaf Suri (Hissiyyah) bukanlah suatu kemuliaan atau Anugerah Allah kepadanya, melainkan ia adalah sebagai dugaan kepada mereka.  Allah Ta'ala menguji mereka dengan berbagai Pembukaan, untuk mengetahui Salikin yang benar-benar mencari Allah.  Jika mereka sentiasa waspada dan serahkan semuanya kepada Allah dan menafikan kelebihan apa pun pada dirinya, maka dia akan selamat.  Sebaliknya jika dia asyik dengan pandangan-pandangan ghaib tersebut lalu bermegah-megah dengannya (walaupun sekadar di dalam hatinya), maka yang demikian itu adalah istidraj dan kebinasaan. Wal Iyazubillah.



Poin 7:  Tidak berlaku Kasyaf yang Haq kepada orang awam

Kasyaf yang Ma'nawi mahupun Kasyaf Hissiyyah (yang kedua-duanya dari Allah Ta'ala) tidak sama sekali Di-Jadikan oleh Allah ke atas orang awam, sekalipun orang itu cerdik pandai Agama bergelar profesor sekalipun.  Ini kerana mereka belum masuk ke Hadrat Ketuhanan yang melayakkan mereka mencapai kemuliaan tersebut.  Hati mereka terhijab dengan berbagai kesyirikan, penyakit hati dan kekejian (takabbur, riya', 'ujub, sum'ah dan lainnya), maka tidak mungkin mereka memperoleh pembukaan daripada Allah Ta'ala.  Jika terdapat orang awam mendakwa bahawa dia sudah Kasyaf, maka ini adalah dakwaan dusta.  Dia menipu diri sendiri dan menipu orang lain.


SIRI 329

KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 5:  Huraian Iman 'Arif Billah — Auliya Allah

Ciri-Ciri Penting Auliya Allah

(10) Memperoleh Kasyaf

sambungan....


Poin 8:  Melihat jinn syaitan bukan kemuliaan dan bukan Kasyaf

Orang awam yang dapat melihat jinn syaitan BUKAN suatu keistimewaan, BUKAN kemuliaan dan BUKAN Kasyaf seperti sangkaan kebanyakan orang.  Sebaliknya yang demikian itu hanyalah dampingan jinn syaitan kepada orang-orang tertentu yang terpedaya.  Sekurang-kurangnya tiga golongan yang terpedaya dengan dampingan jinn syaitan ini: 


Pertama:

Orang yang sering khayal berkenaan dunia keruhanian, lalu terkena ilusi syaitan, jinn atau iblis akibat khayalan yang melampau.


Kedua:

Orang yang mewarisi jinn keturunan yang dipanggil saka dan bersungguh-sungguh menyambung tradisi tersebut.


Ketiga:

Tukang Sihir, ahli nujum, bomoh, dukun, pawang, ahli silat dan lain-lain sepertinya yang sekutu dengan jinn syaitan untuk mendapat berbagai pertolongan dan kelebihan dunia yang hina. 



Poin 9:  Kasyaf batil adalah mainan syaitan

Kasyaf batil adalah "Ilusi atau gambaran palsu" yang diterbitkan oleh iblis, syaitan dan jinn ke dalam minda manusia.  Misalnya iblis boleh masukkan ilusi cahaya-cahaya atau ilusi alam ghaib yang hebat-hebat lalu memperdayakan mereka kepada kesesatan tanpa disedarinya.  Atau iblis sendiri menyamar menjadi "Tuhan" atau menjadi "Wali Allah" lalu pamerkan diri di hadapannya.


Khulasahnya:

Kasyaf yang sebenar yang dikehendaki pada Agama adalah "terbuka mata hati" menyaksikan  Af'al, Asma', Sifat dan Zat  Allah Yang Maha Agung, iaitu Tauhid yang hakiki, Tauhid yang sebenar yang terpancar dari hati yang telah disucikan.  Hal ini hanya terjadi kepada Salikin yang mujahadah pada Jalan Allah dengan pimpinan Guru Pewaris Nabi yang benar-benar 'Arif.  Peringkat Kasyaf tertinggi adalah ketika seseorang Salikin sampai ke Maqam Tauhid Zat yang tahqiq.  Dan inilah setinggi-tinggi Ilmu, iaitu Ilmu Mukasyafah.


Kasyaf berupa pandangan kepada dunia Ghaib, alam Barzakh dan sekalian alam yang tersembunyi hanya terjadi kepada hamba-hamba Allah yang telah sampai kepada Maqam Tauhid Zat yang sudah teguh pendiriannya.  Hal ini merupakan kemuliaan Allah Ta'ala kepada mereka.  Ia dikatakan Kemuliaan Kurnia Allah kepada mereka kerana mereka tidak terpesona dengannya sebaliknya tetap Agungkan Allah Ta'ala.  Mereka tetap tunaikan Amanah Allah dan tidak akan sewenang-wenang membuka rahsia Ketuhanan kepada orang awam.


SIRI 329


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 5:  Huraian Iman 'Arif Billah — Auliya Allah



Penjagaan Ahli Ma'rifat


Berikut kami jelaskan peringatan dan penjagaan berhubung dengan Salikin yang Di-Kurniakan oleh Allah ke Maqam Tauhid yang tinggi, atau Ma’rifat.  

        

Peringatan ini telah berulangkali disebut oleh sekalian Ulama 'Arif Billah terdahulu di dalam kitab-kitab mereka, agar sekalian hamba-hamba Allah sentiasa waspada dan tidak terpedaya dengan penyelewengan halus yang berlaku tanpa disedari. 


Barangkali ada yang musykil:

"Mengapakah perlu waspada sedangkan pencapaian Maqam  Tauhid hakiki itu semuanya dituntut dan Hamba-hamba Allah yang sampai ke Maqam-maqam tersebut mendapat pujian dan Keredhaan Allah?" 


Jawapannya:

Memang benar setiap Muslim wajib berusaha menyucikan batinnya daripada sekalian kesyirikan (Syirik khafi) dan mazmumah (kekejian) dan dosa-dosa hati yang lain, sehingga akhirnya mencapai Maqam-maqam Tauhid yang hakiki atau Keimanan sejati.  Walau bagaimanapun, setiap Salikin  perlu sedar bahawa di sana terdapat Syubhat tersembunyi serta tipu daya syaitan yang tidak diketahui dan disedari oleh Salikin . 

Maksud "penyelewengan halus tanpa disedari" adalah penyelewengan dari jalan kebenaran akibat bisikan nafsu atau syaitan atau kedua-duanya yang datang dalam berbagai bentuk yang pada zahirnya kelihatan seperti kebaikan sedangkan pada hakikatnya kebinasaan.  Iblis mahir di dalam penyelewengan halus ini.


Firman Allah:


قَالَ رَبِّ بِمَآ أَغْوَيْتَنِى لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ ٱلْمُخْلَصِين


Iblis berkata:  "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan buruk, perkara mungkar, kesesatan) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas". 

[Al-'Hijr (15) : Ayat 39-40]


Firman Allah:


قَالَ فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِى لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَٲطَكَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ثُمَّ لَأَتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَيۡمَـٰنِہِمۡ وَعَن شَمَآٮِٕلِهِمۡ‌ۖ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِينَ


"Iblis berkata:  Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) Jalan-Mu yang lurus; Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".

[Al-A'raf (7) : Ayat 16-17]


Saksikanlah bahayanya...!!!

Akibat penyamaran dan tipu daya halus iblis ini, ramai Ulama Fiqh dan Ulama Ilmu Kalam pun tertipu dan masuk perangkap halusnya.  Berdasarkan sejarah Ummat, iblis telah memperdaya dan menyesatkan sejumlah orang-orang bergelar "Ulama", di antaranya Ulama politik, Ulama dunia, Ulama Syi'ah (Rafidhi), Ulama Khawarij (Wahhabiyyah sekarang), Ulama Mu'tazilah, Ulama Jabariyyah dan lain-lain.  Wal Iyazubillah.

Demikian lagi sebahagian Salikin  yang menempuh Suluk pun boleh terpedaya dengan muslihat dan tipu daya halus iblis ini, jika mereka tidak berhati-hati dan waspada selalu.  Inilah sebabnya Masyaikh Ahlus Sunnah terdahulu telah meletakkan peraturan, syarat-syarat dan adab-adab tertentu bagi Salikin .  Dan akhir sekali mereka kemaskan dengan berbagai Peringatan dan Amaran, moga mereka selamat sampai kepada Allah dan tetap Istiqamah sesudahnya.


SIRI 331


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 5:  Huraian Iman 'Arif Billah — Auliya Allah


Penjagaan Ahli Ma'rifat

sambungan.....



Peringatan 1:  Maqam Tauhid Zat adalah Anugerah Allah


Ketahuilah, Maqam Tauhid Zat ini adalah Maqam tertinggi Keimanan yang merupakan Anugerah Allah dan Rahmat-Nya, sebagaimana juga Maqam-maqam Maksud ungkapan "Anugerah Allah dan Rahmat-Nya adalah":  

Seseorang hamba sampai ke Maqam ini atas Pilihan Allah dan Kurniaan-Nya semata-mata dan BUKAN kerana banyaknya mujahadah seseorang, BUKAN juga banyaknya zikir dan wiridnya, BUKAN juga kerana banyaknya pengorbanan dan khidmatnya pada Jalan ini. 


Salikin sememangnya wajib bersungguh-sungguh  mujahadah menyucikan batinnya, bersungguh-sungguh sempurnakan Zikir, Muraqabah dan Musyahadahnya, sungguh-sungguh mematuhi sekalian adab-adab kepada Allah, Rasul dan Gurunya yang memimpin kepada Allah, namun semua itu BUKAN penentu kepada sampainya seseorang kepada Maqam-maqam Tauhid Zat (dan juga sekalian Maqam-maqam Tauhid sebelumnya), sebaliknya ia semata-mata Rahmat Allah dan Kasih-Nya.


Peringatan 2:  Mujahadah Lama

Maksud "Mujahadah lama", ertinya mereka telah menempuh perjalanan keruhanian yang jauh, menempuh berbagai rintangan, halangan, cubaan, penderitaan pada jangka waktu yang sangat lama — sehingga puluhan tahun, dengan penuh kesabaran, kesungguhan dan keikhlasan semata-mata mencari Wajah-Nya Yang Maha Mulia.


Ertinya Anugerah Allah ini bukan datang bergolek bagi mereka yang baru mujahadah beberapa tahun, melainkan ia hadir dengan Pilihan Allah semata-mata setelah Allah Ta'ala melihat kesungguhan, adab dan keikhlasan seseorang, pada masa yang panjang. 


Firman Allah:


وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَا‌ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ


“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh pada jalan Kami nescaya Kami tunjukkan mereka jalannya.  Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang berbuat ihsan”.

[Al-Ankaboot (29) : Ayat 69]


Jika seseorang mengaku telah sampai kemuncak Tauhid Zat, Maqam Keimanan tertinggi dengan hanya satu dua tahun mujahadah, maka ini pengakuan dusta.  


Memang benar, tidaklah suatu hal yang mustahil bagi Allah Kurniakan seseorang Maqam Tauhid Zat dalam waktu yang singkat, namun hal ini bertentangan dengan Ketetapan Allah ke atas makhluq-Nya.  


Apakah maksud Ketetapan tersebut?

  

Ketetapan tersebut adalah: 

Allah Ta'ala menyempurnakan kejadian  makhluq-Nya menurut kadar, ukuran, susunan dan nisbah tertentu serta merapikan segala sesuatu menurut ketetapan-Nya yang Azali.  Allah Ta'ala tidak mengikut Kehendak manusia tetapi Dia sempurnakan menurut Kehendak-Nya.


Firman Allah:


وَتَرَى ٱلْجِبَالَ تَحْسَبُهَا جَامِدَةًۭ وَهِىَ تَمُرُّ مَرَّ ٱلسَّحَابِ ۚ صُنْعَ ٱللَّهِ ٱلَّذِىٓ أَتْقَنَ كُلَّ شَىْءٍ ۚ إِنَّهُۥ خَبِيرٌۢ بِمَا تَفْعَلُونَ 


"Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) Perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Dia Amat Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan".

[An-Naml (27) : Ayat 88]


Hal tersebut (mujahadah lama untuk mencapai Keimanan Sejati) benar-benar terbukti ke atas Para Sahabat Ridhwanullah yang berjuang selama 13 tahun di Makkah sebelum mencapai Maqam-maqam Keimanan Sejati.  Demikian juga sekalian Auliya Allah berjuang selama puluhan tahun sebelum diangkat oleh Allah kepada kesucian hati yang mutlaq. 


SIRI 332


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 5:  Huraian Iman 'Arif Billah — Auliya Allah


Penjagaan Ahli Ma'rifat

sambungan.....


Peringatan 3:  Dipimpin oleh Mursyid, Pewaris Nabi yang Siddiq


Guru yang memimpinnya kepada Allah adalah Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.  Iaitu Gurunya yang membawanya mengenal Allah dengan sebenarnya, sudah sampai kepada Maqam Tauhid Zat (dan juga Maqam-maqam  Tauhid sebelumnya) adalah Pewaris Nabi yang mempunyai Silsilah keruhanian sampai kepada Junjungan Besar Rasulullah ﷺ serta menepati Syarat-syarat lain sebagai seorang Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.  (10 syarat semuanya).  


Jika seseorang mengaku telah sampai  Maqam Tauhid Zat (atau Maqam-maqam Tauhid sebelumnya), sedangkan Gurunya bukan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, maka pengakuannya adalah dusta.  Syarat pertama dan utama yang wajib ada pada Mursyid, Pewaris Nabi yang Siddiq adalah "Silsilahnya yang sahih sampai kepada Rasulullah ﷺ".  


Jika seseorang Guru yang memimpin manusia pada Jalan Ma'rifat tidak dapat buktikan Silsilah keruhaniannya sampai kepada Rasulullah ﷺ, maka dia adalah pembohong yang memimpin kepada kebodohan dan kesesatan. Wal Iyazubillah.


Berkata Al-Imam Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu Anhu:

"Seseorang yang menjadi Shaikh kerohanian mesti memiliki lima syarat, jika tidak dia adalah penipu yang hanya memimpin kepada kebodohan.  Dia mesti sangat mahir di dalam Syari'at, sementara sangat dalam pengetahuannya di dalam haqiqat.  Dia mestilah sangat lemah lembut dalam perkataan dan tingkah lakunya kepada yang berhajat, selalu memuliakan tetamu-tetamu yang datang kepadanya dengan penuh kasih sayang.  Dia juga mestilah sangat 'Alim dalam halal dan haram.  Dia memimpin si Salik pada jalan Ma'rifat, sebagaimana dia sendiri telah dipimpin oleh Shaikhnya (Silsilah Keruhanian Nabi ﷺ), sempurna di dalam kemurahan hatinya".

[Qala'id Al-Jawahir]


Berkata Shaikh Muhammad An-Nazili Radhiallahu Anhu:

"Orang yang Silsilahnya tidak bersambung ke Hadrat Nabi ﷺ, itu terputus  dari pancaran ruhaniah dan bukanlah ia Pewaris Rasulullah ﷺ, serta tidak boleh membai'at dan tidak boleh memberi ijazah".

[Khazinah Al-Asrar]


Berkata Shaikh Ahmad Al-Kamashkhanawi  Radhiallahu Anhu:

"Semua Ulama salaf sepakat bahawa orang yang Silsilahnya tidak bersambung kepada Guru-guru Toriqah sehingga Rasulullah ﷺ dan tidak mendapat izin untuk memimpin Ummat di majlis Toriqah, tidak boleh menjadi Mursyid (dia bukan Pewaris Nabi yang Siddiq), tidak boleh  membai'at dan tidak boleh mengajarkan zikir dan amalan-amalan lain di dalam Toriqah".

[Jami' Usul Fil Aulia]


Pada zaman ini wujud beberapa orang mengaku Mursyid, Pewaris Nabi, tetapi tak dapat buktikan Silsilahnya sampai kepada Nabi ﷺ.  Mereka membuat dakwaan-dakwaan begini:


(1)  Guru itu bertapa di Gunung Ledang dan berjumpa dengan Wali Songo yang melantiknya menjadi Mursyid.

(2)  Guru itu enggan tunjuk Silsilah Nabi ﷺ dengan alasan ianya rahsia. 

(3)  Guru itu mimpi Nabi Khidir yang melantiknya menjadi Mursyid Pewaris Nabi. 

(4)  Guru itu mimpi Tuhan yang melantiknya menjadi Mursyid.


Semua dakwaan ini adalah pendustaan yang jelas berlawanan dengan Fatwa Sekalian Ulama Mu'tabar.  Guru begini tidak mampu memimpin kepada Allah, kerana dia sendiri tidak mengenal Allah tidak memiliki Keruhanian yang menyambung kepada Ruhaniyah Rasulullah ﷺ, maka apa yang akan berlaku adalah penyelewengan dan kesesatan.  

Wal Iyazubillah.


SIRI 333


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 5:  Huraian Iman 'Arif Billah — Auliya Allah


Penjagaan Ahli Ma'rifat

sambungan.....



Peringatan 4: Tauhid Zat, Haqiqat, Ma'rifat bukan teori aqal


Sesungguhnya  Maqam Tauhid Zat  yang juga disebut sebagai kemuncak Maqam Taqwa, kemuncak Tasawwuf, Maqam Ihsan, Maqam Ma'rifat dan Haqiqat adalah hasil mujahadah, hasil penyucian jiwa, yang membawa kepada penghayatan hati, ruh, sirriyah (rahsia Ketuhanan yang sangat dalam), ia BUKAN teori-teori aqal, BUKAN hasil kajian buku-buku, BUKAN hasil diskusi, BUKAN hasil seminar, forum dan sebagainya. 

Bahkan ditegaskan…. sekalian Maqam-maqam Tauhid murni peringkat awal yang dibicarakan sebelum ini (Maqam Tauhid Af'al, Asma', Sifat) juga merupakan hasil mujahadah dan penyucian jiwa dengan kaedah-kaedah Manhaj Ahli Ma'rifat atau Ahli Sufi sebagaimana kami bentangkan sebelum ini.  Ia BUKAN teori-teori aqal atau hujjah-hujjah ilmiah berdasarkan kajian-kajian. 


Dengan demikian betapa hebat pun seseorang menguasai teori-teori berkenaan Ilmu Tasawwuf, dan membaca 1,000 kitab sekalipun tidak akan mencapai Maqam-maqam Tauhid hakiki atau Keimanan Sejati (walaupun yang paling rendah sekalipun) sehingga dia sendiri terjun ke Lautan Mujahadah, menempuh sendiri perjuangan sengit memerangi nafsu-nafsu kejahatan dan bisikan-bisikan iblis, dengan pimpinan Mursyid, Pewaris Nabi yang Siddiq sehingga Allah Ta'ala berkenan membuka  Maqam-maqam Tauhid murni.  


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu Anhu:

"Sesiapa tidak memperoleh Ilmu ini (Ilmu Ketuhanan yang terpancar dari hati yang telah disucikan), tidak akan menjadi 'Arif (Maqam Tauhid hakiki), walaupun dia membaca seribu kitab.  Walau bagaimana tinggi pun ilmu zahir seseorang, ia tidak akan membantunya memasuki Hadratul Quddus (mencapai Tauhid hakiki atau Keimanan sejati)”.

[Sirrul Asrar]


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani  Radhiallahu Anhu:

“Hal ini (Rahsia Ketuhanan Mu'min sejati) hanya difahami dan mampu dihayati oleh mereka yang Di-Kurniakan "faham" oleh Allah disebabkan kesucian ruhaniyah yang terlengkap di dalam batinnya.  Orang yang terhijab batinnya daripada rahsia Ketuhanan ini akan tinggal "jahil" selama tidak terarah kepada tugas menyucikan batinnya”.

[Sirrul Asrar]


SIRI 334


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 5:  Huraian Iman 'Arif Billah — Auliya Allah


Penjagaan Ahli Ma'rifat

sambungan.....



Peringatan 4:  Tauhid Zat, Haqiqat, Ma'rifat bukan teori aqal

sambungan...



Ini hakikat penting yang wajib difahami oleh semua orang Islam, termasuk mereka yang cenderung kepada Tasawwuf, atau Haqiqat  atau Ma'rifat.  Tidak memadai dengan hanya mentelaah kitab-kitab atau sekadar berseminar, diskusi, forum atau lainnya.  Atau sekadar hafal Sifat 20 dan bijak berdebat Sifat-Sifat Ketuhanan.  Tidak memadai...!   


Semua bentuk teori-teori yang dipelajari ini hanyalah langkah permulaan mengenal Allah, bukan kesudahannya.  Mereka perlu melanjutkan perjalanan mereka dengan menempuh sendiri perjalanan ini sehingga Allah Ta'ala berkenan membuka pintu-pintu Tauhid yang murni kepadanya. 


Kita tegaskan hal ini berulangkali kerana dua sebab utama:


Pertama: 

Orang-orang Islam yang cenderung kepada Ilmu Tasawwuf atau Ma'rifat  atau Haqiqat, hanya sibuk mengkaji sana sini berhubung Ma'rifat tanpa sebarang usaha menyucikan hatinya atau mereka membaca sendiri kitab-kitab Tasawwuf yang tinggi, lalu mengaku sudah sampai kepada Allah.  Sesungguhnya ini adalah tipu daya nafsu dan bisikan iblis. 


Kedua: 

Cerdik pandai Agama (gelaran Mufti, Dr. Drs, Profesor, Sarjana dan lain-lain) yang tidak pernah menuntut Ilmu Tasawwuf daripada Guru yang 'Arif, Pewaris Nabi yang Siddiq dan tidak pernah menempuh sendiri perjalanan kepada Allah menurut disiplinnya tetapi sangat berani menuduhnya sebagai sesat.  Mereka ini hanya orang-orang jahil yang membawa kesesatan.  Mereka tersesat jauh dan terputus dari Rahmat Allah kerana menentang Wahyu dan Sunnah Rasul ﷺ yang agung.  Wal Iyazubillah.


SIRI 335


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 5:  Huraian Iman 'Arif Billah — Auliya Allah

Penjagaan Ahli Ma'rifat

sambungan.....



Peringatan 5:  Cemerlang Syari'atnya


Hamba-hamba Allah yang sampai kepada Maqam Tauhid Zat yang sempurna adalah hamba-hamba Allah sejati, yang berpegang teguh dengan Syari'at Nabi ﷺ, iaitu sangat halus Fiqhnya, sangat cemerlang ibadahnya dan sangat indah akhlaqnya. 


Maksud "sangat halus Fiqhnya" adalah:  

Mereka menunaikan sekalian perkara fardhu dan ditambah dengan semua perkara yang sunnat-sunnat.  Mereka meninggalkan segala hal yang makruh, bahkan yang harus sekalipun kecuali yang benar-benar bermanfaat pada Akhirat, demi mencapai Keredhaan Allah. 


Maksud "sangat cemerlang ibadahnya" adalah:

Setiap ibadah mereka adalah Ikhlas murni yang tidak terselit apa pun di antara mereka dengan Allah Ta'ala.  Tiada niat sedikit pun di dalam hati mereka mencari keuntungan duniawi atau keuntungan ukhrawi sekalipun (iaitu keuntungan berupa kesukaan nafsu di dalam Syurga seperti istana, makan minum yang lazat-lazat dan sebagainya).  Mereka hanya harapkan Wajah Allah, Keredhaan-Nya yang abadi.  


Maksud "sangat indah akhlaqnya" adalah:

Maqam Ihsan, Sempurna penyaksian terhadap Zat-Nya Yang Maha Suci.  Tiada terpaling walau sesaat daripada memandang Zat-Nya Yang Maha Agung.  Mereka beribadah di dalam keadaan mereka melihat-Nya dari Sirriyyah (rahsia Ketuhanan yang sangat dalam) sebagaimana yang telah dihuraikan sebelum ini. 


Di dalam pergaulan dengan manusia mereka mencontohi akhlaq-al-karimah (akhlaq mulia) Junjungan Rasulullah ﷺ.  Inilah adalah Akhlaq Nubuwwah (Kenabian) yang terkait langsung kepada "Maqam Ihsan" kerana mereka melihat sekalian kewujudan dengan pandangan kasih. 


Sebahagian dari Akhlaq Nabi ﷺ adalah lemah lembut sesama orang beriman dan keras terhadap orang kafir (kafir Harbi).  Maka demikianlah mereka juga mencontohinya dengan muliakan tetamu dan faqir miskin.  Mereka sentiasa muliakan hamba-hamba Allah yang (dianggap oleh masyarakat sebagai) hina-dina,  faqir miskin, wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua yang lemah tiada upaya.  Sebaliknya, mereka keras terhadap orang-orang kafir Harbi dan golongan sesat dan menyesatkan Ummat.               


Firman Allah Ta'ala:


مُّحَمَّدٌ۬ رَّسُولُ ٱللَّهِ‌ۚ وَٱلَّذِينَ مَعَهُ ۥۤ أَشِدَّآءُ عَلَى ٱلۡكُفَّارِ رُحَمَآءُ بَيۡنَہُمۡ‌ۖ 


"Nabi Muhammad adalah Utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir (yang memusuhi Islam) dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (orang beriman)”.

[Al-Fath (48) : Ayat 29]

                                                                            

SIRI 336


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 5:  Huraian Iman 'Arif Billah — Auliya Allah

Penjagaan Ahli Ma'rifat

sambungan.....



Peringatan 5:  Cemerlang Syari'atnya

sambungan.....



Kesimpulannya, di sini ditegaskan beberapa hal:   


(1) Hamba-hamba Allah yang sampai ke Maqam Tauhid Zat  atau Maqam Ma'rifat yang tahqiq, paling teguh Syari'atnya, paling cemerlang ibadahnya dan paling indah akhlaqnya.  Mereka TIDAK akan sesekali abaikan Syari'at apa lagi ingkarinya.  Mana mungkin mereka ingkari Syari'at (zahir) sedangkan ianya perintah Allah dan Sunnah Rasul ﷺ?  Mana mungkin mereka abaikan sekalian perintah Allah sedangkan mereka adalah Pemegang Amanah Allah dan Rasul-Nya atas muka bumi?


(2) Mereka yang mengaku sudah mencapai Ma'rifat tetapi abaikan Syari'at Nabi ﷺ apa lagi ingkarinya, maka pengakuannya batil.  Dia bukanlah ahli Ma'rifat sebaliknya pendusta yang membawa kesesatan.


(3) Akhlaq Nubuwwah bukan bermaksud sentiasa lemah lembut terhadap semua manusia tanpa mengira keadaan dan sikap mereka terhadap Allah dan Rasul-Nya.  Pada suatu keadaan tertentu, perlu lemah lembut dan penuh kasih; misalnya terhadap orang beriman, anak-anak kecil, orang tua yang lemah, faqir miskin.  Pada keadaan lain wajib tegas dan keras; misalnya golongan kafir Harbi atau orang-orang Islam yang menyebarkan kesesatan atau fahaman-fahaman sesat seperti Syi'ah (Rafidhi), Wahhabiyyah, Sekular atau fahaman-fahaman sesat yang lain, menurut fatwa Ulama Mu'tabar.  Golongan ini perlu diluruskan dengan ketegasan dan kekerasan.


Keadaan ini sama seperti yang terjadi pada zaman ini.  Wujud beberapa golongan orang Islam mempertahankan kebatilan, undang-undang kafir, undang-undang musyrik... lalu medakwa diri mereka Islam serta menuduh orang yang benar-benar pertahankan kebenaran Agama Allah sebagai "keras", "extreme", "pelampau Agama" dan gelaran-gelaran buruk yang lain. 


Ketahuilah..!

Sesungguhnya mereka itulah sebenar-benar "Pelampau Agama" yang merosak Agama.  Mereka dan kuncu-kuncu mereka duduk selesa di kerusi pemerintahan, berselindung di sebalik nama Agama serta menjadikan Agama sebagai barang mainan.  Mereka itulah golongan munafiq.


Firman Allah Ta'ala:


ٱتَّخَذُوۤاْ أَيْمَانَهُمْ جُنَّةً فَصَدُّواْ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ إِنَّهُمْ سَآءَ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ


"Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah.  Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan".

[Munafiqun (63) : Ayat 2]


SIRI 337


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 5:  Huraian Iman 'Arif Billah — Auliya Allah

Penjagaan Ahli Ma'rifat

sambungan.....



Peringatan 6:  Larangan keras buka Rahsia Ketuhanan


Hal ini telah pun disentuh ketika bicara maqam-maqam Tauhid sebelumnya.  Di sini kita ulangi kerana mengingatkan betapa berat dan bahayanya menyebarkan Rahsia Ketuhanan sewenang-wenangnya kepada umum.


Apakah yang dimaksudkan dengan "Rahsia Ketuhanan"?

Apakah akibat buka "Rahsia Ketuhanan"?

Dikehendaki dengan "Rahsia Ketuhanan" adalah rahsia tertentu yang Allah Ta'ala masukkan ke dalam hati hamba-hamba Allah yang sedang mujahadah pada Jalan-Nya, iaitu meliputi:

(1) Rahsia Ketuhanan dan kehambaan 

(2) Rahsia Kenabian

(3) Rahsia alam ghaib


Rahsia-rahsia ini akan terbuka beransur-ansur dan berperingkat-peringkat kepada Salikin, menurut peningkatan keruhaniannya dan menurut Kehendak Allah (bukan kemahuan Salik).  Sekalian rahsia ini merupakan "Amanah Allah" kepada  Salikin yang WAJIB disimpan baik-baik dan dipelihara lebih dari emas dan perak. 


Mana-mana  Salikin membuka Rahsia-rahsia ini kepada umum atau menjadikannya "bahan bualan kedai kopi", maka dia telah khianat kepada Allah.  Pengkhianatan ini amat besar sehingga dia boleh jatuh kepada dua macam bahaya:


Pertama:  Allah Ta'ala menahannya daripada peningkatan maqam lebih tinggi.  

Kedua:  Allah Ta'ala lucutkan maqamnya dan terkena istidraj.

(Allah Ta'ala Murka dan biarkan dia di dalam kesesatan sedangkan dia menyangka dia di dalam kebaikan). Wal Iyazubillah.


Inilah sebabnya sekalian Masyaikh telah berikan amaran berulangkali akan bahaya membuka Rahsia Ketuhanan (yang Allah Ta'ala Kurniakan kepada mereka) kepada orang lain.  Apa jua rahsia yang mereka peroleh sama ada ketika Zikir sendirian atau tawajjuh (zikir berjemaah) atau Suluk semuanya WAJIB disimpan baik-baik dan hanya boleh dilaporkan kepada Guru (Mursyid, Pewaris Nabi yang Siddiq) yang memimpinnya.  Setelah ditafsirkan oleh Gurunya (atau tidak tafsirkan), hendaklah diam dan simpan semua rahsia tersebut.  Dilarang keras sebarkannya.


SIRI 338


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 5:  Huraian Iman 'Arif Billah — Auliya Allah

Penjagaan Ahli Ma'rifat

sambungan.....


Peringatan 6:  Larangan keras buka Rahsia Ketuhanan

sambungan......



Pada hari ini (dan juga zaman sebelum ini), didapati ada orang-orang yang sewenang-wenang sebarkan berbagai Rahsia Ketuhanan kepada umum sama ada di dalam perbualan harian mahupun melalui aplikasi internet — laman web, blog, youtubefacebookinstagram dan lain-lain.  


Misalnya mereka sebarkan bahawa mereka mimpi Allah, jumpa Nabi Khidir, jumpa Imam Mahdi, jumpa Wali Songo dan lain-lain sepertinya.  Orang-orang Islam awam yang bodoh terikut-ikut dengan pengakuan mereka ini, bahkan setengahnya menjadi "penyokong buta" yang tegar.


Jika benarlah mereka telah diperlihatkan oleh Allah akan segala Rahsia-rahsia Ketuhanan tersebut dan mereka sebarkannya kepada umum, maka ini adalah pengkhianatan dan kekufuran. Wal Iyazubillah.


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu Anhu:

"Meskipun (para Kekasih Allah), diberi Ilham akan Rahsia-rahsia Allah, namun rahsia-rahsia tersebut tidak dibuka atau diceritakan kepada orang lain, kerana membuka Rahsia Ketuhanan itu adalah kekufuran".

[Sirrul Asrar]


Jika mereka (yang buat dakwaan dan hebahan tersebut), mengada-adakan cerita dusta berhubung dengan Rahsia Ketuhanan, maka mereka adalah pendusta yang layak menerima La'nat Allah.  Wal Iyazubillah.


Firman Allah Ta'ala:


قُلۡ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفۡتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلۡكَذِبَ لَا يُفۡلِحُونَ  مَتَـٰعٌ۬ فِى ٱلدُّنۡيَا ثُمَّ إِلَيۡنَا مَرۡجِعُهُمۡ ثُمَّ نُذِيقُهُمُ ٱلۡعَذَابَ ٱلشَّدِيدَ بِمَا ڪَانُواْ يَكۡفُرُونَ 


"Katakanlah (wahai Muhammad):  Sesungguhnya orang-orang yang  mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah, tidak akan berjaya.  (Apa yang mereka beroleh hanya) kesenangan di dunia, kemudian kepada Kamilah tempat kembalinya mereka.  Kemudian Kami akan rasakan mereka azab yang berat disebabkan perbuatan kufur yang mereka lakukan".

[Yunus (10) : Ayat 69-70]


SIRI 339


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 5:  Huraian Iman 'Arif Billah — Auliya Allah

Penjagaan Ahli Ma'rifat

sambungan.....



Peringatan 7:  Jangan mendakwa diri kamu Wali Allah


Secara umumnya, seseorang Salik dilarang keras mendakwa-dakwa dirinya Wali Allah atau sewenang-wenang mengangkat dirinya kepada Maqam Wali Allah atas sangkaannya, lalu "menjaja" di sana sini akan Kewaliannya.  Meskipun dia sudah sampai ke Maqam Tauhid Zat sekali pun, dia tetap dilarang mendakwa-dakwa demikian.  Sebab-sebab larangan ini adalah:


Pertama: 

Perbuatan membesarkan diri sebagai Wali Allah kembali kepada maksud riya' dan takabbur.  Ertinya kembali kepada kesyirikan (syirik khafi) seperti orang awam.  Mereka tertipu dengan diri sendiri.  Sesungguhnya ini tipu daya Iblis yang paling halus kepada Salikin yang mencari kebenaran. 


Kedua:

Maqam Kewalian adalah setengah daripada rahsia Ketuhanan yang wajib dipelihara lebih dari emas, perak dan permata yang paling berharga sekalipun.  Ertinya dilarang keras sebarkannya kepada umum.  Mendedahkan Rahsia Ketuhanan adalah kekufuran sebagaimana yang telah kami bentangkan sebelum ini. 


Ketiga:

Maqam Kewalian bukan barang mainan untuk kamu bersuka ria sehingga kamu jadikannya bahan bualan "kedai kopi".  Sebaliknya setiap Maqam Kewalian membawa "AMANAH ALLAH".  Seseorang hamba yang diangkat ke Maqam Auliya Allah menanggung amanah yang berat sebagai Warisatul Anbiya (Pewaris Nabi). 


Ringkasnya, kita katakan:

Orang-orang yang suka mencanang sana sini bahawa dirinya sudah mencapai Kewalian atau mengaku dirinya dilantik menjadi Wali Agung sedunia atau lain-lain seperti itu, maka orang ini tak sedar akan hakikat Kewalian dan tidak sedar bahawa ianya membawa maksud Amanah Allah yang sangat berat.  Boleh jadi dia cuma pencari kemasyhuran atau mempunyai kepentingan nafsu dan dunia.  


SIRI 340


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 5:  Huraian Iman 'Arif Billah — Auliya Allah

Penjagaan Ahli Ma'rifat

sambungan.....



Peringatan 7:  Jangan mendakwa diri kamu Wali Allah

sambungan....



Sesungguhnya Salikin yang Ikhlas dan benar, ketika mengetahui bahawa dia telah diangkat oleh Allah kepada darjat Kewalian tertentu (melalui khabar dari Gurunya yang 'Arif Billah), akan menjadi gerun, takut dan amat malu kepada Allah Ta'ala.  Mereka akan merendah diri dan kekalkan sifat kehambaan — Ubudiyyah zahir dan batin.  Mereka tetap memelihara sekalian adab, peraturan dan undang-undang Syari'at.  Mereka TIDAK ghairah menyebarkan kepada umum bahawa mereka sudah menjadi Wali.  Sebaliknya mereka akan sangat berhati-hati agar tidak terkena istidraj.  Mereka sedar bahawa Maqam Kewalian bukan barang mainan sebaliknya mengandungi Amanah besar dari Allah Ta'ala. 


Pengecualian:

Di sana terdapat pengecualian kepada persoalan ini.  Iaitu terdapat keadaan di mana seseorang Auliya Allah yang telah mencapai Maqam Kewalian yang luar biasa mendapat petunjuk Allah supaya beliau mengisytiharkan kewaliannya.  Walau bagaimanapun, hal ini amat jarang terjadi.  Di dalam Sejarah Ummat, di antara Ulama yang mengisytiharkan kewalian mereka (setelah menerima Petunjuk Allah) adalah:  Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani, Imam Ibnu Araby, Imam Ghazali dan beberapa Auliya Allah lagi yang luar biasa Maqam Kewalian mereka. 


Di antara bukti kebenaran pengisytiharan mereka adalah; Sekalian Ulama Ahlus Sunnah ketika itu mengakui kebenaran pengisytiharan tersebut dan mengakui ketinggian Kewaliannya.  

Satu contoh yang sangat masyhur di dalam sejarah Ummat adalah; Pengisytiharan Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu Anhu, kata beliau:


[I]  قدمی ھذه علی رقبة کل ولی الله  [I] 


"Tapak kakiku berada di atas tengkuk sekalian Auliya Allah".  


Ketika Imam Jilani isytiharkan demikian di Kota Baghdad, maka seketika itu juga sekalian Mursyid-mursyid satu dunia dapat mendengar suara beliau lalu mereka menundukkan kepala mereka tanda mereka akur kepada Ketinggian beliau sebagai Mahkota Auliya.

[Catitan Shaikh Yahya Tadhifi di dalam Kitab Qala'id Al-Jawahir]


SIRI 341


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 6:  Rumusan Tingkatan Iman — Tauhid — Ma'rifat


Rumusan Ringkas Iman, Tauhid, Ma'rifat


Berikut adalah rumusan berkenaan Iman, Tauhid, Ma'rifat yang telah dibincangkan secara detail dalam bicara ini.


Rumus 1:  Iman, Tauhid, Ma'rifat adalah Ni'mat Allah Teragung


Setelah meneliti penjelasan kami di atas, sepatutnya semua orang beriman mengetahui dan meyakini haqiqat terpenting dalam kehidupan sementara ini, iaitu: 

Iman, Tauhid atau Ma'rifat adalah Ni'mat Teragung, khazanah paling utama, harta paling ternilai Kurniaan Allah kepada manusia.


Manusia yang memiliki Iman atau Tauhid atau Ma'rifat bererti dia sudah memiliki segalanya dan ketika dia kehilangan Iman, Tauhid, Ma'rifat... dia sudah kehilangan segalanya.


Firman Allah:


وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣) 


"Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati dengan kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran".

[Al-'Asr (103) : Ayat 1-3]


Rumus 2:  Tingkatan Iman, Tauhid, Ma'rifat berbeza-beza


Setiap hamba Allah memiliki Keimanan yang berbeza-beza — daripada keimanan yang rendah sehingga setinggi-tingginya sampai Ma'rifat yang tinggi. 


Berdasarkan Ahli Ma'rifat, secara umum orang-orang beriman masuk kepada salah satu daripada 3 tingkatan Keimanan:

Pertama:  Iman orang awam

Kedua:  Iman Salikin 

Ketiga:  Iman 'Arifin ('Arif Billah)


Rumus 3:  Iman orang awam bercampur antara keimanan dan kesyirikan

Iman orang awam bermaksud: 

Keimanan orang yang sentiasa campur aduk antara keimanan dan kesyirikan (Syirik Khafi). 


Firman Allah:


 ۞ قَالَتِ الْأَعْرَابُ آمَنَّا ۖ قُلْ لَمْ تُؤْمِنُوا وَلَٰكِنْ قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمَانُ فِي قُلُوبِكُمْ ۖ وَإِنْ تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَا يَلِتْكُمْ مِنْ أَعْمَالِكُمْ شَيْئًا ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ 


"Orang-orang "A`raab" (yang dimaksud adalah orang Badwi) berkata:  Kami telah beriman.  Katakanlah (wahai Muhammad):  Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi (sementara Iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu) berkatalah sahaja:  Kami telah Islam dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

[Al-Hujurat (49) : Ayat 14]


Sabda Rasulullah ﷺ:

"Wahai orang yang selamat lisannya tetapi hatinya tidak kemasukan Iman.  Jangan kamu mencela kaum Muslimin dan jangan kamu mengintip rahsia mereka kerana orang yang mencari-cari rahsia saudara Muslimnya, nescaya Allah akan mengorek rahsianya dan memperlihatkan rahsianya itu, sekalipun dirinya berada di dalam rumahnya yang paling tertutup".

[Imam Dailami]


Rumus 4:  Iman Alim Fiqh, Alim Usuluddin, Profesor — Iman orang awam

Termasuk di dalam kelompok Iman orang awam adalah orang Alim Fiqh, Alim Usuluddin, cerdik pandai Agama, Profesor Universiti... kesemua mereka ini yang hanya amalkan Syari'at Rasulullah ﷺ zahir (Fiqh sahaja) semata-mata sedangkan mereka abaikan Syari'at batin iaitu Toriqat Rasulullah ﷺ (Tasawwuf).


Mereka bergelumang di dalam Syirik Khafi (Tawakkal bil-makhluq, 'Ujub, Sum'ah, Riya', Takabbur), Mazmumah (Sifat keji dalam hati), Ghaflah (kelalaian), Aghyar (segala sesuatu selain Allah).


Mereka tak mampu keluar daripada Syirik Khafi disebabkan hati mereka diselaputi Hijab yang tebal.


SIRI 342


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 6:  Rumusan Tingkatan Iman — Tauhid — Ma'rifat


Rumusan Ringkas Iman, Tauhid, Ma'rifat

sambungan....


Rumus 5:  Iman Salikin adalah Iman yang Selamat

Keimanan Salikin  adalah Iman yang selamat kerana mereka yang bebas daripada Syirik Khafi, Mazmumah, Ghaflah, Aghyar yang merosak atau musnahkan Iman.  Hati mereka lapang, luas, tenang menghadap Allah. 


Firman Allah:


يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ  ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً  فَادْخُلِي فِي عِبَادِي  وَادْخُلِي جَنَّتِي


"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha lagi diredhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam Syurga-Ku.

[Al Fajr (89) : Ayat 28-30]


Rumus 6:  Setiap orang awam Islam wajib mencari Mursyid yang Siddiq (benar)

Setiap orang Islam awam wajib mencari Pewaris Rasulullah ﷺ yang Siddiq, bepegang teguh kepada mereka demi keselamatan dunia Akhirat.  Meskipun dia orang Alim (Fiqh) yang mahir di dalam berbagai Ilmu Syari'at, wajib atasnya mencari Mursyid Pewaris Nabi ﷺ yang Siddiq, serta mengambil penawar daripada beliau untuk merawat sekalian penyakit hatinya.  Moga mereka selamat dunia Akhirat, menjadi Mukmin sejati masuk Syurga tanpa hisab.


Rumus 7:  Iman 'Arifin ('Arif Billah) adalah Iman terbaik

Iman 'Arif Billah adalah Keimanan terbaik dan paling tinggi.  Mereka di dalam kedamaian berserta Allah.  Tiada dukacita dan tiada kebimbangan apa pun.


 Firman Allah: 


أَلَآ إِنَّ أَوۡلِيَآءَ ٱللَّهِ لَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ


“Ketahuilah!  Sesungguhnya Wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita”.

[Yunus (10) : Ayat 62]


Mereka Di-Pilih oleh Allah menjadi Pewaris Nabi ﷺ, menanggung Amanah Nubuwwah dan Risalah.  Mereka menjunjung tinggi Kalimat Allah.  Mereka naungi manusia dan alam maya dengan Kasih Sayang Allah.  Tiada yang mengenali mereka melainkan mereka yang mendapat Cahaya dari Tuhan Yang Maha Penyayang.


SIRI 343


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 1:  Muqaddimah

 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


اَلْحَمْدُلِلّهِ الَّذِيْ أَنْعَمَنَا بِنِعْمَةِ اْلإِيْمَانِ وَالْمَعْرِفَة

وَالْاِسْتِقاَمَةَ عَلَى الشَّرِيْعَةِ وَالطَّرِيْقَةِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اَللّه عَلَيهِ وَسَلَّم

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أَغْلَقَ الْخَاتِمِ   لِمَا سَبَقَ  اَلنَّاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ الْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمَسْتَقِيْمِ وَعَلىَ آلِهِ صَحْبِهِ  

حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمٌَ


Segala puja dan puji bagi Allah, Tuhan Yang Memerintah sekalian Alam Semesta.  Solawat dan Salam kasih kepada Junjungan Besar Sayyidina Wa Maulana Muhammad ﷺ yang menerangi seluruh alam dengan Sirr (Rahsia yang sangat mendalam) yang Allah Ta’ala Kurniakan kepada Baginda.  Salam Kasih juga kepada Ahlul-Bayyit Baginda yang mulia, para Sahabat Baginda dan sekalian Pewaris Nabi yang terpilih, yang dilimpahi Nur Rabbaniyyah serta Nur Nubuwwah yang memakmurkan bumi dan langit dengan Kalimah Allah sampai Qiamat.


Ulama Mu’tabar, Imam-Imam Ahlus Sunnah bertaraf Auliya Allah telah sepakat bahawa mencari Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (Benar), adalah Fardhu ‘Ain atas setiap Muslim bagi keselamatan Agamanya dan bagi mencapai Keimanan Sejati, serta menjauhi jalan-jalan kesesatan.  Tanpa pimpinan Mursyid yang Siddiq, seseorang Muslim tidak akan mampu mencapai Keimanan Sejati, bahkan lebih bahaya lagi mereka akan terjerumus kepada kesyirikan (Syirik Khafi), kekejian, kesesatan, kefasikan dan kekufuran.  Wal Iyazubillah.


Bukti bagi kenyataan ini amat jelas di dalam sejarah Ummat ini sendiri.  Setelah kewafatan Junjungan Rasulullah ﷺ, orang-orang Islam mula berpecah-belah daripada Jalan sebenar Rasulullah ﷺ.  Satu-satunya golongan yang berdiri teguh dengan Manhaj Al-Qur’an dan Sunnah Nabi ﷺ hanyalah satu Golongan iaitu Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.


Fahami hal ini dengan pandangan yang tajam, kerana ramai orang Islam keliru berkenaan permulaan Generasi Ahlus Sunnah sekali gus permulaan bagi Generasi Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.


Biar kami ulangi kenyataan ini dengan tegas:  

Satu-satunya golongan yang tetap berpegang kepada Al-Qur’an dan Sunnah Baginda ﷺ dan tidak pernah berpisah dari Jalan Utama Wahyu hanyalah satu golongan, iaitu Ahlus Sunnah Wal Jama’ah yang dipelopori oleh para Sahabat Ridhwanullah yang memperoleh Petunjuk Allah, khususnya Khulafa Ar-Rasyidin, Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman dan Sayyidina Ali Ridhwanullah Alayhi Ajma’in.  Merekalah Penunjuk Jalan Lurus dan Jalan Kebenaran.  Merekalah Generasi Mursyid Pewaris Nabi yang pertama bagi Ummat ini. 


Mereka diberi gelaran “Ar-Rasyidin” kerana merekalah yang menunjukki jalan lurus, jalan sebenar Kembali kepada Allah.  Daripada merekalah mengalir ilmu Agama yang suci murni, zahir dan batin, turun-temurun daripada satu Generasi Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq kepada Mursyid Pewaris Nabi berikutnya sehingga Qiamat.  


SIRI 344


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 1:  Muqaddimah

sambungan...


Golongan yang berpecah-belah dari Jalan Kebenaran (Jalan Ahlus Sunnah) ini kemudian membentuk jamaah-jamaah tersendiri.  Mereka mewujudkan kelompok-kelompok yang bertentangan dengan Ahlus Sunnah.  Di antaranya Syi’ah (rafidhi), Khawarij (wahhabiyyah sekarang), Mu’tazilah, Jabariyyah, Mujassimah, Musyabbihah dan lain-lain berjumlah 72 Golongan. 


Sebahagian lain membentuk firqah-firqah sesat di dalam ilmu keruhanian.  Tidak kurang juga orang-orang Islam awam ini terpengaruh dengan falsafah-falsafah Yunani dan Parsi lalu mencampur adukkannya ke dalam ajaran Islam yang murni, maka terbentuklah berbagai aliran pemikiran politik yang condong kepada sistem kafir. 


Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu Anhu, menjelaskan 72 Golongan yang terkeluar dari Aqidah Ahlus Sunnah yang benar (tulen).  Golongan ini pada umumnya hanya berpegang kepada Syari’at tetapi ingkar kepada Toriqat Rasulullah ﷺ.  Ertinya mereka mengambil sebahagian Ajaran Islam dan ingkar akan sebahagian lainnya.  Wal Iyazubillah.


Kemudian beliau senaraikan lagi 11 kelompok orang Islam yang sesat di dalam keruhanian, iaitu sufi PALSU.  Golongan ini mengakui Toriqat Nabi ﷺ dan Ilmu Tasawwuf, tetapi mereka telah menyelewengkannya kepada kebatilan dan kesesatan.  Wal Iyazubillah.


Pada zaman-zaman kemudiannya muncul lagi berbagai fahaman sesat di kalangan Ummat Islam, di antaranya yang dapat disaksikan pada zaman ini; fahaman Wahhabiyyah (Khawarij), Syi’ah (rafidhi), Liberal, Sekular, Demokrasi, Sosialis, Kapitalis, Komunis dan lainnya. 


Di sisi keruhanian muncul pula golongan Batiniah, Haqiqat Palsu, Reiki, Budi Suci, Asmaul Husna Tarik Rezeki, Tapak Tangan Ajaib, golongan “Pengkaji Toriqat” yang sibuk mengkaji tanpa amal, “Pencari Karomah” yang berbangga-bangga dengan berbagai keajaiban, bahkan banyak lagi golongan serpihan-serpihan yang masing-masing mencipta pendapat sendiri mengikut nafsu dan pendapat aqal mereka serta bisikan syaitan.

 

Ringkasnya, kami tegaskan: 

Setelah kewafatan Rasulullah ﷺ, Ummat Islam berpecah-belah dari Jalan Rasulullah ﷺ yang sebenar, satu-satunya golongan benar yang tetap berpendirian teguh pada Jalan Allah dan Rasul ﷺ hanyalah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah yang dipimpin oleh Pewaris Nabi yang sebenar yang dinamakan “Mursyid”.  Istilah Mursyid diambil sempena gelaran kepada Sahabat Empat “Khulafa’ Ar-Rasyidin”.  Iaitu  مُرْشِد - رَشَدَ - يَرْشُدُ (rashada – yarshudu - Mursyid) yang membawa pengertian: “memimpin”, “membimbing”, dan “menunjukki jalan lurus, menunjukki jalan kebenaran dan kesucian".


SIRI 345


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 1:  Muqaddimah

sambungan...


Ertinya Ahlus Sunnah Wal Jama’ah tidak pernah berpisah dari Manhaj Utama yang diwariskan oleh Rasulullah ﷺ kerana mereka sentiasa di dalam Pimpinan Mursyid Pewaris Nabi yang sebenar, sedangkan golongan lain adalah golongan serpihan yang faraq (memisahkan diri) dari Jalan Utama Warisan Rasulullah ﷺ (Ahlus Sunnah Wal Jama’ah), lalu mencipta jalan-jalan sendiri yang batil dan sesat.  


Di sini kita dapat memahami dengan jelas… Faktor utama penyimpangan orang-orang Islam dari Jalan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah, (Warisan Rasulullah ﷺ yang sebenar) dan jatuh kepada firqah, ideologi dan doktrin-doktrin sesat adalah kerana TIDAK berpegang kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq yang benar-benar mewarisi Nabi ﷺ zahir dan batin serta menepati syarat-syarat sebagai Pewaris Nabi yang Siddiq.


Menyedari hal ini, maka inilah kami sajikan kepada Ummat Islam risalah ringkas ini berkenaan “Mursyid Pewaris Nabi Yang Sebenar” yang menjelaskan beberapa perkara terpenting berkenaan mereka, iaitu:  Definisi, Dalil-dalil, Syarat Mursyid Pewaris Nabi yang Sebenar, Tanda-tanda kebenaran beliau, Cara-cara mencari dan berpegang kepada beliau untuk mencapai kejayaan dunia akhirat.  Di samping itu kami sertakan penjelasan berkenaan Mursyid-mursyid PALSU yang menyamar sebagai Mursyid untuk mengaut keuntungan duniawi atau memperoleh populariti atau kemegahan atau lain-lainnya. 


Kesemua penjelasan ini berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah, Al-Qur’an, Hadith Rasulullah ﷺ berserta Tafsir dan Syarahnya oleh Ulama Mu’tabar yang terpercaya sepanjang zaman.  Moga bermanfaat bagi seluruh Ummat. 


Allah jua Maha Berkuasa Mengurniakan Hidayah dan Taufiq.


SIRI 346


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 2:  Definisi



Definisi Menurut Bahasa


Perkataan Mursyid berasal dari bahasa Arab   مُرْشِد - رَشَدَ - يَرْشُدُ  (rashada – yarshudu - Mursyid) yang membawa pengertian “memimpin”, “membimbing”, “menunjukki jalan benar, menunjukki jalan lurus, memimpin kepada jalan yang Di-Redhai Allah”.


Definisi Menurut Istilah


Menurut Istilah Syara', Mursyid adalah sebenar-benar Warisatul Anbiya (Pewaris Nabi ﷺ), yang Di-Pilih Khusus oleh Allah Ta’ala bagi mewarisi keseluruhan Agama dari Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ, meliputi zahir dan batin Baginda menerusi satu rantaian perpindahan Ilmu yang dipanggil Silsilah Rasulullah ﷺ dan Di-Teguhkan kedudukan mereka dengan berbagai Kurnia Allah Ta’ala yang istimewa sehingga mereka mampu menunaikan Amanah Allah atas muka bumi sebagai Khalifah Allah dan Pewaris Junjungan Besar Rasulullah ﷺ.  Dalil awal bagi keterangan ini adalah Kalam Allah Yang Maha Tinggi.


Firman Allah:


ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ


“Kemudian Kami jadikan Al-Kitab (Al-Quran) itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami Pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengendahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah.  Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata)”.                                  

[Faathir (35) : Ayat 32] 

 

Penjelasan Tambahan

Berikut adalah beberapa penjelasan tambahan kepada Definisi Mursyid yang Siddiq.


Penjelasan 1:  Tafsiran Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu

Menurut tafsiran Ulama Ahlus Sunnah bagi Firman Allah [Faathir (35) : Ayat 32] yang dimaksudkan dengan “Kitab” adalah Al-Qur’an, dan maksud ayat “yang Kami Pilih dari kalangan hamba-hamba Kami” adalah ditujukan kepada Mursyid yang benar-benar kenal Allah dan telah mencapai Ma’rifat yang tinggi, iaitu mencapai martabat Tauhid yang hakiki.  Mereka adalah Pilihan Allah yang khusus bagi memimpin Ummat Islam setelah kewafatan Rasulullah ﷺ.  


Berkata Sulton Auliya Imam Jilani Radhiallahu Anhu:

“Orang-orang yang berilmu dan hikmah (Mursyid - Ahli Sufi - Ahli Ma’rifat) adalah hamba Allah yang sejati yang Di-Pilih-Nya untuk menerima “Risalah-Risalah dari pengajaran-Nya”.  Allah Ta'ala melimpahkan mereka ilmu dan hikmah dan dengan ilmu hikmah itulah mereka menjadi manusia yang lebih tinggi darjatnya dari manusia lain.  Mereka berhubung dengan Nabi melalui perasaan yang halus dan dengan aqal yang bijaksana (Kehalusan Ma’rifat atau disebut juga Kasyaf Ilahiyyah).  Allah memuji mereka yang memiliki ilmu Hikmah dengan Firman-Nya:


ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ


[Tamat petikan kitab:  Sirrul-Asrar Fi-ma-Yahtaju Iyahil-Abrar]


SIRI 347


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 2:  Definisi

sambungan.....



Penjelasan 2:  Mursyid Adalah Pilihan Allah

Keseluruhan Firman Allah ini [Surah Faathir (35) : Ayat 32] menegaskan akan lahirnya Pewaris-pewaris Rasulullah ﷺ yang Benar, yang kemudiannya dikenali sebagai “Mursyid” atau “Ahli Sufi” atau “Ahli Ma’rifat” dan mereka adalah Pilihan Allah Ta’ala dan BUKAN pilihan manusia, BUKAN pilihan parti-parti politik, BUKAN pilihan pemimpin negara, BUKAN pilihan Jabatan Agama, bahkan BUKAN juga pilihan Gurunya yang telah memimpinnya pada Jalan Ma’rifat, tetapi ia semata-mata Pilihan Allah.  Guru beliau hanya menzahirkan kepada umum akan Pilihan Allah tersebut.


Bukti bagi kenyataan ini adalah Penegasan Allah Ta’ala:

“diwarisi oleh orang-orang yang Kami Pilih dari kalangan hamba-hamba Kami”.


Penjelasan 3:  Pilihan Allah Diketahui Oleh Gurunya Yang 'Arif

Jika ditanya bagaimanakah Pilihan Allah ini diketahui oleh Gurunya?

Jawapannya:  Pilihan Allah ini diketahui oleh Gurunya yang benar-benar 'Arif, melalui Petunjuk Allah ke dalam hatinya, iaitu disebut sebagai Kasyaf, Khitob Sirri, Firasat atau Ilham Rabbaniyyah.  Gurunya tidak akan tertipu dengan bisikan-bisikan nafsu atau syaitan kerana beliau sudah mengenal Allah dengan keyakinan yang sempurna dan sangat mahir mengenal segala bisikan-bisikan jahat yang datang dari jinn atau syaitan.


SIRI 347


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 2:  Definisi

sambungan.....



Penjelasan 4:  Sebab-sebab Masyaikh Ahlus Sunnah Menggunakan Istilah “Mursyid”

Ulama Ahlus Sunnah memilih istilah “Mursyid” bagi menunjukkan Ulama Pewaris Nabi yang sebenar kerana berlaku berbagai penyelewengan dan pendustaan di kalangan Ummat berhubung dengan Istilah “Ulama”.  Istilah “Ulama” atau “Khalifah” atau istilah-istilah lain yang sudah diketahui umum telah disalah guna oleh Ulama As-su (Ulama jahat), Ulama dunia, Ulama nafsu dan Ulama sesat, sama seperti yang dilakukan oleh pendeta-pendeta Yahudi.  Mereka mentafsirkan Al-Qur’an mengikut selera hawa nafsu mereka.  Mereka menjual Ayat-ayat Allah dengan “harga yang murah”.  Mereka mengubah-ubah Ayat Al- Qur’an demi mencapai dunia yang hina.


Menyedari hal ini, Ulama Pewaris Nabi yang Siddiq, yang benar-benar berdiri pada Manhaj Al-Qur’an dan Sunnah Rasul ﷺ membentuk pola hidup, prinsip dan sistem tersendiri berdasarkan Al-Qur’an, Sunnah Rasul ﷺ dan Ijma Qias Ulama.  Mereka telah memperkenalkan istilah-istilah tersendiri agar terbeza dengan golongan-golongan yang telah menyimpang dari Jalan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.   Mereka memperkenalkan istilah “Mursyid”, “Ahli Sufi”, “Ahli Ma’rifat”, “Ulama Billah” untuk merujuk kepada Ulama Pewaris Nabi yang benar-benar menepati pendirian Ahlus Sunnah.


Kenyataan hal tersebut dapat diperhatikan daripada penegasan Imam-imam Besar Ahlus Sunnah di dalam tulisan-tulisan mereka, di antaranya:  Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani, Imam Ghazali, Imam Asy-Syazili, Imam Rifa’ie, Imam Fakhruddin Ar-Razi, Imam Junaid Al-Baghdadi, Imam Asy-Sya’rani, Imam Qusyairi, Imam Ibnu Abidin, Imam Ibn Hajar Al-Haythami Ridhwanullahi Alayhi Ajma’in menggunakan istilah “Mursyid” atau “Ahli Sufi” atau “Ahli Ma’rifat” untuk merujuk kepada Ulama Pewaris Nabi yang Siddiq (Benar).


Berikut beberapa contoh penegasan Ulama Besar Ahlus Sunnah yang menggunakan istilah Mursyid, Sufi, Ahli Ma’rifat untuk merujuk kepada Ulama Pewaris Nabi yang sebenar:


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu:

"Hati adalah ladang akhirat.  Tanamlah benih Keimanan dalam hati kamu.  Sirami dan bajai ia dengan amal-amal kebajikan yang berterusan.  Jika hati kamu baik, suci bersih dan teguh, ianya akan subur dan menghasilkan tuaian yang sangat banyak.  Sebaliknya jika hati kamu keras dan degil, ruh kamu menjadi tandus, kering-kontang dan tiada tanaman mampu tumbuh atasnya.  Pelajarilah Ilmu pertanian dari "peladang" yang mahir, iaitulah Mursyid.  Jangan kamu fikir pendapat kamu itu sudah cukup (untuk penanaman sedang kamu jahil tentang ilmu pertanian)".  


Rasulullah ﷺ telah berwasiat, "Mohonlah pertolongan pada setiap pekerjaan dari pakarnya.  (Orang yang pakar di dalam Agama adalah Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq – pent.)".

[Fathur-Rabbaniy Wa Faidur-Rahmaniy]


Berkata Imam Al-Ghazali Radhiallahu Anhu:

“Di antara hal yang wajib bagi seorang Salik yang menempuh jalan kebenaran adalah dia wajib mempunyai seorang Mursyid - pendidik spiritual yang dapat memberinya petunjuk dalam perjalanannya serta melenyapkan akhlak-akhlak yang tercela dan menggantinya dengan akhlak-akhlak yang terpuji”.

[Ihya Ulumuddin]


Berkata Imam Fakhruddin Ar-Razi  Radhiallahu Anhu:

“Seorang murid tidak memiliki jalan untuk sampai ke Maqam-maqam Hidayah (Iman, Taqwa, Tauhid yang suci murni)  dan Mukashafah, kecuali dia mengikuti Mursyidnya yang menunjukkannya ke jalan yang lurus serta menghindarkannya dari titik-titik kesalahan dan jalan yang sesat”.

[Tafsir Mafatih Al-Ghaib]


SIRI 349


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 2:  Definisi

sambungan.....


Penjelasan 5:  Keberadaan Mursyid 

Adalah Kemestian Kewujudan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq adalah suatu kemestian pada setiap zaman.  Mereka tetap akan wujud dengan Kemurahan Allah sampai Qiamat.  Ertinya Allah Ta’ala pasti menzahirkan Mursyid Pewaris Nabi pada setiap zaman dan wilayah bagi memelihara kesucian Agama-Nya dan menunjukki manusia “Jalan Lurus”, “Jalan Kebenaran”, “Jalan Rasulullah ﷺ yang benar” serta menjauhkan mereka daripada kesesatan. 


Tanpa pimpinan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (Benar) manusia tidak mampu mengenal Allah dengan pengenalan yang hakiki, bahkan sebaliknya mereka akan jatuh kepada kefasikan, kesesatan dan kekufuran tanpa mereka sedari.  Mereka akan mengikut jalan-jalan kebatilan yang diwujudkan oleh iblis dan manusia-manusia jahat.  Mereka akan mengikut Ulama As-su, Ulama nafsu, Ulama politik keji dunia seperti yang berlaku pada zaman ini.  Wal Iyazubillah. 


SIRI 350


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 3:  Fakta-Fakta Penting Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq



Alhamdulillah sebesar-besar kesyukuran kepada Allah Ta’ala yang mengutus Junjungan Besar Sayyidina Maulana Muhammad Mustafa ﷺ, menjadi Cahaya yang menerangi sekalian Alam Semesta.  Dan sebesar-besar kesyukuran kepada Allah yang mengutus Sekalian Warisatul Anbiya, Pewaris Nabi sebagai Khalifah-Nya atas muka bumi bagi menyambung Risalah Junjungan Rasulullah ﷺ sampai Qiamat. 


Berikut adalah sejumlah Fakta Penting berhubung dengan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) yang perlu diketahui oleh seluruh Ummat Islam agar mereka mencapai keselamatan dunia Akhirat, menurut Jalan Allah dan Rasul-Nya (Ahlus Sunnah Wal Jama’ah) dan selamat daripada penyelewengan, kesesatan dan kekufuran. 


Fakta 1:  Mursyid Adalah Warisatul Anbiya Yang Sebenar


Ketahuilah berdasarkan keterangan Al-Qur’an, Hadith Rasulullah ﷺ dan Fatwa Ulama Mu’tabar, Mursyid adalah Warisatul Anbiya —  Pewaris Rasulullah ﷺ yang Siddiq (benar), yang mewarisi zahir dan batin Baginda Nabi ﷺ.  Mereka mewarisi keseluruhan Agama dari Baginda, meliputi Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ dengan sempurna.  Allah Ta’ala memilih mereka dan meninggikan Darjat mereka (Iman, Tauhid, Ma’rifat) mengatasi manusia lain.  


Firman Allah:


يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬‌ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٌ


"Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan".

[Al-Mujadilah (58) : Ayat 11]


Berkata Al-Imam Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu:

"Para Ulama (Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq) adalah hamba-hamba Allah yang memiliki kedudukan istimewa, yang Allah Pilih sebagai Pelita Agama-Nya.  Allah Menganugerahi petunjuk kepada mereka dengan berbagai kelebihan dan keutamaan.  Mereka adalah Pewaris para Nabi, pengganti mereka, dan pemimpin kaum muslimin, sebagaimana Sabda Nabi ﷺ:  “Ulama adalah Pewaris para Nabi kerana ilmu yang mereka miliki.  Penduduk langit mencintai mereka, dan bahkan para penghuni lautan pun memohon ampunan untuk mereka hingga Hari Qiamat”.  [Riwayat Imam Ad-Dailami].

[Tamat nukilan Sirrul Asrar]


Orang yang hanya memiliki Ilmu Syari’at sahaja dan tidak mengenal Allah dengan sebenarnya melalui pandangan mata hati, dan tidak mempunyai hubungan keruhanian dengan Rasulullah ﷺ tidaklah mereka dikatakan sebagai “Pewaris Nabi” tetapi mereka itu hanyalah “alim fiqh” atau disebut “alim kitab”, meskipun mereka sudah menghafal seribu kitab atau mereka memiliki PhD, Profesor, Sarjana atau lain-lain ijazah Universiti yang banyak sekalipun.


Berkata Sulton Auliya Imam Jilani Radhiallahu Anhu:

"Seseorang tidak dapat dikatakan Ahli Sufi (Mursyid Pewaris Nabi yang Benar) sehingga dia sampai ke Maqam di mana dia Di-Anugerahi pandangan kepada Rasulullah ﷺ di dalam mimpinya dan diberi arahan dan tegahan.  Jika keadaan ini terjadi maka hatinya akan dinaikkan ke Maqam  lebih tinggi serta disucikan batinnya.  Beliau seterusnya akan memperoleh kehampiran dengan Allah Ta'ala sementara tangannya di dalam pimpinan tangan Rasulullah ﷺ".

[Fath-Ar-Rabbaniy Wa Faidh Ar-Rahmaniy]


SIRI 351


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 3:  Fakta-Fakta Penting Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq



Fakta 2:  Mursyid Menduduki Maqam Nubuwwah (Kenabian)


Mursyid yang Siddiq Di-Anugerahi oleh Allah akan Maqam Risalah dan Maqam Nubuwwah (Maqam Kenabian).  Mereka BUKAN Nabi atau Rasul yang membawa Syari’at baharu, tetapi mereka menduduki Maqam Kenabian dan menanggung Amanah Rasulullah ﷺ. 


Berkata Imam Besar Ahlus Sunnah, Sultan Auliya, Imam Jilani رضي الله عه:

"Wali-wali yang menjadi Guru memiliki kehampiran yang serupa dengan Nabi ﷺ dengan Tuhannya.  Amanah dan penjagaan terhadap ilmu ketuhanan yang serupa Di-Anugerahkan kepada mereka.  Mereka merupakan Pemegang sebahagian daripada kenabian”.

[Sirrul Asrar]


Berkata Imam Ibn Hajar Asqalani Radiallahu Anhu:

"Wafatnya Nabi ﷺ memberi isyarat terhentinya "wahyu" kepada Rasul yang membawa Syari'at baharu.  Tetapi bukan "wahyu" tanpa Syari'at yang akan berterusan sehingga Hari Qiamat". 

[Fathul Bari] 


Berkata Imam Asy-Sya'rani Radiallahu Anhu:

"Wahyu" berserta Risalah Kenabian yang membawa Syari'at terhenti dengan kewafatan Rasulullah ﷺ, "Risalah tanpa Syari'at baharu", akan tetap ada sehingga ke Hari Qiamat".

[Al-Yawaqeet Wal Jawahir]


Berkata Imam Ibn Arabi i Radiallahu Anhu, Pemimpin Ulama Ahlus Sunnah dan Auliya Allah yang masyhur:

"Wafatnya Rasulullah ﷺ menunjukkan tamatnya Nubuwaah yang membawa Syari'at baharu.  Namun Maqam-maqam Kenabian akan berterusan sehingga ke hari Qiamat”.

[Futuhatul-Al-Makkiya]


“Wahyu tanpa Syari’at baharu“ yang disebut oleh Imam Ahlus Sunnah adalah bermaksud:  Limpahan Ilmu Allah Ta’ala berupa khitob, iaitu seruan Sirr (seruan rahsia) Allah Ta’ala ke dalam hati mereka.  Mereka sentiasa di dalam Limpahan Petunjuk Allah dan pimpinan Ruhaniyah Rasulullah ﷺ.  Dengan demikian mereka dipelihara oleh Allah daripada kesesatan (Mahfuz).  


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani Radiallahu Anhu:

"Para Nabi dan Wali Allah tidak luput dari kegelinciran.  Hanya para Nabi adalah Ma'sum terpelihara dari dosa besar setelah diangkat menjadi Nabi dan Rasul.  Sedangkan para Wali Allah tidaklah Ma'sum tetapi mereka adalah disebut Mahfuz, dipelihara oleh Allah daripada dosa-dosa besar setelah darjat kewaliannya sempurna".

[Sirrul-Asrar]


SIRI 352


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 3:  Fakta-Fakta Penting Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq


Fakta 3:  Mursyid Adalah Pilihan Allah


Mursyid yang sebenar adalah semata-mata Pilihan Allah yang telah mengangkatnya kepada Hadrat-Nya yang Maha Suci.  Pilihan Allah ini Di-Ilhamkan kepada Guru yang sedang memimpinnya.  Guru yang memimpinnya juga merupakan Mursyid sebenar yang telah menerima Irsyad (kelayakan memimpin manusia pada Jalan Ma'rifat Ilahiyyah) dari Guru Mursyid sebelumnya dan ke atas sambung Sisilah Perguruan sampai Rasulullah ﷺ.  Gurunya tidak menentukan dengan kehendak beliau sendiri, sebaliknya beliau hanya mengisytiharkan apa-apa yang Di-Ilhamkan oleh Allah (pemilihan Mursyid) kepada Jama’ah beliau.   


Firman Allah:


ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ


“Kemudian Kami jadikan Al-Kitab (Al-Quran) itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami Pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengendahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah.  Yang demikian itu ialah Limpah Kurnia yang besar (dari Allah semata-mata)”.

[Faathir (35) : Ayat 32]


Ertinya pemilihan atau perlantikan Mursyid BUKAN barang mainan, BUKAN boleh dipilih suka-suka nafsu.  Mursyid BUKAN pilihan undian manusia, BUKAN pilihan pemerintah, BUKAN pilihan parti politik atau lain-lainnya.  


Berkata Sulton Auliya Imam Jilani Radhiallahu Anhu:

“Orang-orang yang berilmu dan hikmah (Mursyid - Ahli Sufi - Ahli Ma'rifat) adalah hamba Allah yang sejati yang Di-Pilih-Nya untuk menerima “Risalah-Risalah dari pengajaran-Nya”.  Allah Ta'ala melimpahkan mereka ilmu dan hikmah dan dengan ilmu hikmah itulah mereka, menjadi manusia yang lebih tinggi darjatnya dari manusia lain.  Mereka berhubung dengan Nabi ﷺ melalui perasaan yang halus dan dengan aqal yang bijaksana (Kehalusan Ma'rifat atau disebut juga Kasyaf Ilahiyyah).  Allah memuji mereka yang memiliki ilmu Hikmah dengan Firman-Nya:


ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ


[Tamat petikan kitab:  Sirrul-Asrar Fi-ma-Yahtaju Iyahil-Abrar]


SIRI 353


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 3:  Fakta-Fakta Penting Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq



Fakta 4:  Warisan Terpelihara Keaslian dan Kesuciannya


Mursyid menerima dan memindahkan Ilmu Agama dan rahsia-rahsia Ketuhanan dengan jalan yang sangat murni — yang tetap terpelihara kesuciannya.  Iaitu kaedah pemindahan Ilmu yang terpelihara daripada noda dan gangguan nafsu.  Dan terpelihara daripada dimasuki iblis dan kuncu-kuncunya.  Dan terpelihara daripada dipintas oleh mana-mana Penguasa Dunia, baik kafir, fasiq atau munafiq.


Kaedah Kesinambungan yang bersifat Rabbani yang membawa petanda khusus Pemeliharaan Allah ke atas Warisan Suci Rasulullah ﷺ.  Keistimewaan Kesinambungan Generasi Mursyid Pewaris Nabi yang memegang AMANAH Rasulullah ﷺ sebagai Pewaris Nabi adalah terletak pada kaedah penerimaan atau perpindahan Ilmu dalam bentuk yang sangat rapi dan terpelihara keasliannya, iaitu:


(1)  Penerimaan Ilmu zahir Syari'at dengan Wasilah Bai'at (janji setia) dan Talaqqi Musyafahah (berhadapan dan menerima langsung dari lisan Gurunya, yang sambung-menyambung ilmu sampai Rasulullah ﷺ).


(2)  Penerimaan Ilmu Haqiqat dan Ma'rifat melalui limpahan HATI (Mursyid) ke dalam HATI (murid).  


(3)  Penerimaan ilmu langsung dari Allah — Limpahan Anugerah Nur Allah terus ke dalam dada Mursyid, yang dipanggil Kasyaf, Khitob, Firasat, Ladunni. 


Dengan disiplin perpindahan ilmu yang sangat ketat ini, Warisan Rasulullah ﷺ terus-menerus terpelihara keaslian dan kesuciannya sampai Qiamat di tangan sekalian Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.  Sementara ilmu yang disebarkan oleh Ulama selain mereka sentiasa terdedah kepada unsur-unsur penyelewengan dan kesesatan.


Guru-guru biasa atau Ulama awam, Ulama fiqh, Alim kitab, yang hanya mahir di dalam Syari’at semata-mata, tidak sunyi dari melakukan penyelewengan mengikut nafsu dan bisikan-bisikan syaitan.  Bahkan berdasarkan bukti-bukti sejarah, inilah kebenarannya.  


Orang alim fiqh yang tidak mempunyai Mursyid sebagai pemimpin inilah yang jatuh menjadi “Ulama As-su”, “Ulama dunia”, “Ulama politik keji dan kufur”, “Ulama ilmu Kalam sesat” yang membuat firqah-firqah sesat yang berjumlah 72 golongan sesat Aqidah dan golongan sesat di dalam keruhanian berjumlah 11 golongan (sebagaimana fatwa oleh Al-Imam Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu Anhu). 

 

Pada zaman ini lahir lagi berbagai-bagai kelompok yang jelas bertentangan dengan Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Wal Jama’ah yang tulen.  Mereka mencipta jalan-jalan sendiri lalu mendakwa merekalah pendokong Ahlus Sunnah yang benar.  Mereka tertipu dengan angan-angan sendiri. 


Ringkasnya…  

Hanya Ilmu yang diwarisi oleh Mursyid yang Siddiq, turun-temurun daripada Rasulullah ﷺ, benar-benar terpelihara keaslian dan kesuciannya.  Sedangkan ilmu yang datang dari sumber-sumber lain terdedah kepada pencemaran, penyelewengan dan kesesatan.  Inilah sebabnya setiap Muslim diperintah mencari Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq dan berpegang teguh kepada beliau sampai akhir hayatnya.


SIRI 354


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 3:  Fakta-Fakta Penting Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq



Fakta 5:  Mursyid Adalah Pemimpin Ahlus Sunnah


Mursyid adalah Pemimpin bagi Ummat Rasulullah ﷺ, Pemimpin Ahlus Sunnah Wal Jama’ah yang benar (tulen), satu-satunya golongan yang tidak pernah berpisah daripada Jalan Rasulullah ﷺ sedangkan selain Ahlus Sunnah adalah kelompok-kelompok yang berpecah daripada Jama’ah induk Ummat Islam – berpisah dari Jama'ah Warisan Rasulullah ﷺ yang suci murni. 


Setelah kewafatan Rasulullah ﷺ, merekalah Pemimpin bagi Ummat Islam, merekalah Pemimpin Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.  Mursyid pertama bagi Ummat adalah Sahabat Baginda yang terpilih, yang menjadi Pemimpin dan Penunjuk Jalan kebenaran kepada Ummat ini.  Kemudian diwarisi oleh Mursyid-mursyid Pewaris Nabi berikutnya dan berikutnya, turun-temurun sampai ke zaman ini dan akan berterusan sampai Qiamat.  



Fakta 6:  Mahir Selok-belok Keruhanian


Mursyid adalah pakar keruhanian yang sangat mahir di dalam selok-belok perjalanan menuju Allah.  Mereka Mengenal Allah dengan pandangan mata hati, mata Ruh dan mata Sirr (rahsia yang sangat mendalam).  Mereka pakar mengenal hakikat insan dan hakikat kehidupan seluruhnya.  Bahkan mereka mengenal seluruh perjalanan keruhanian yang akan ditempuh oleh seseorang Salik (murid) sehingga dia selamat sampai ke destinasi terakhir kepada Tuhan Rabbul Jalil, memperoleh Tauhid yang hakiki, Keimanan sejati.  


Sebagai penegasan semula….kemahiran di dalam Ilmu Keruhanian, dan keluasan pengetahuan yang tahqiq berhubung Ketuhanan dan segala yang berhubung dengan alam ghaib, bukan diperoleh oleh Mursyid Pewaris Nabi dengan hanya sekadar mentelaah kitab-kitab tetapi mereka mujahadah sendiri melawan hawa nafsu yang rendah, melawan segala keinginan duniawi yang keji, berzikir, Muraqabah, Musyahadah dan latihan-latihan Keruhanian yang keras selama puluhan tahun sehingga akhirnya Allah Ta’ala sucikan hati mereka sebersih-bersihnya dan Kurniakan mereka Ilmu dari Sisi-Nya. 



Fakta 7:  Memiliki Senjata dan Perisai Melawan Bisikan Syaitan


Allah Ta’ala Mengurniakan kepada seorang Mursyid Senjata dan Perisai Ghaib bagi melawan dan hapuskan sekalian bisikan syaitan yang mengganggu perjalanan Salik.  Bisikan dan gangguan syaitan datang di dalam berbagai rupa yang amat sulit dikesan. 


Meskipun seseorang itu bergelar “Ulama” dan alim fiqh atau mempunyai berbagai gelaran PhD, Profesor, Master Universiti atau lain-lainnya, dia tidak dapat mengenal bisikan-bisikan halus syaitan ini.  Ini kerana syaitan datang di dalam berbagai bentuk penyamaran untuk menipu daya manusia. 


Berdasarkan sejarah Ummat ini, banyak sekali orang alim (alim fiqh) terpedaya dengan bisikan-bisikan halus syaitan dan jatuh tersungkur di kakinya, menjadi manusia terhina.  Bukti paling nyata adalah kesesatan “Ulama” politik, “Ulama" As-su, “Ulama” dunia, dan lain-lain menjadi sesat dan menyesatkan Ummat.  Contoh lain adalah bangkitnya “Ulama” ilmu Kalam yang mendirikan berbagai firqah sesat.


SIRI 355


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 3:  Fakta-Fakta Penting Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq



Fakta 8:  Memiliki Ubat dan Penawar Bagi Sekalian Penyakit Hati Manusia


Sesungguhnya penyakit hati manusia mempunyai hubungan erat dengan nafsu-nafsu kejahatan.  Nafsu kejahatan yang menguasai hati manusia mempunyai kekuatan dan tingkatan yang berbeza-beza dari seorang kepada seorang yang lain.  Hanya seorang Mursyid mengenal dan mampu merawat segala penyakit hati manusia yang berbagai-bagai rupa dan bercabang-cabang tumbuh subur dari nafsu-nafsu kejahatan.  


Mursyid adalah “Doktor Keruhanian” yang sangat mahir mengenal nafsu-nafsu kejahatan dan penyakit-penyakit hati manusia.  Allah Ta’ala Kurniakan mereka ubat dan penawar bagi sekalian penyakit hati manusia. 


Sesungguhnya penyakit hati manusia lebih merbahaya daripada penyakit Zahir kerana penyakit Zahir hanya membawa maut kepada tubuh Zahir sedangkan “penyakit hati” membawa “maut” kepada Keimanan.  Malangnya kebanyakan manusia buta dari melihat kebenaran ini. 



Fakta 9:  Memiliki Ubat dan Penawar Untuk Penyakit Tubuh Manusia Yang Kronik


Selain dari mengubati penyakit-penyakit hati manusia, seorang Mursyid juga Di-Kurniakan oleh Allah kemampuan merawat berbagai penyakit jasad (tubuh) badan manusia yang sangat kronik dan tak mampu dirawat oleh doktor moden termasuk doktor pakar sekalipun.  Di antaranya:  Cancer (barah), sclerosis, bipolar, skizo, stress, thalassemia, anemia, leukemia, myocarditis, fibroid, polyst, cyst dan lain-lain. 


Berdasarkan pengalaman kami merawat mereka yang terkena penyakit-penyakit kronik ini, mereka telah lama menderita penyakit-penyakit tersebut, namun tiada rawatan dari perubatan moden.  Sebahagian besar daripada mereka telah pun menghabiskan wang puluhan ribu ringgit, namun keadaan penyakit tetap sama bahkan bertambah teruk dari hari ke hari. Kaedah perubatan unik berdasarkan Ma’rifat yang Allah Ta’ala Kurniakan kepada seseorang Mursyid yang Siddiq, membawa berbagai Rahmat kepada pesakit.  


SIRI 356


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 3: Fakta-Fakta Penting Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq


Fakta 10 :  Mujaddid dan Mujtahid Lahir Dari Institusi Mursyid Pewaris Nabi Yang Siddiq


Seluruh angkatan Ulama Ahlus Sunnah Mu’tabar (yang silsilah mereka sampai kepada Rasulullah ﷺ) termasuk Ulama bertaraf Mujtahid dan Mujaddid  lahir dari Madrasah Mursyid atau dikenali juga sebagai Madrasah Ahli Sufi atau Madrasah Ahli Ma’rifat.  Setiap Mujtahid dan Mujadddid telah menempuh tarbiyyah Mursyidnya yang mempunyai Silsilah sampai kepada Rasulullah ﷺ.  Mereka telah menerima didikan Guru mereka yang benar-benar Arif pada waktu  yang panjang dan menempuh latihan keruhanian yang sangat keras.  


Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani, Imam Ghazali, Imam Fakhruddin Ar-Razi, Imam Syazili, Imam Ar-Rifai’e, Imam Asy-Sya’rani, Imam Qusyairi, Imam Rofie’, Imam Abu Hanifah (pendiri mazhab Hanafi), Imam Malik (pendiri mazhab Maliki), Imam Syafi’e (pendiri mazhab Syafi’e), Imam Ahmad Ibn Hanbal (pendiri mazhab Hambali), Imam Sayuthi, Imam Haythami _Ridhwanullah Alyaihi ajmai'n_ adalah di antara nama-nama besar di kalangan Ulama Ahlus Sunnah yang telah menerima didikan dan asuhan dari Mursyid mereka masing-masing sehingga mereka juga diangkat oleh Allah menjadi Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq. 


Maksudnya sekalian Ulama Ahlus Sunnah yang Mu’tabar yang telah memimpin Ummat Islam sepanjang zaman adalah kesemuanya Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, kesemua mereka adalah Ahli Sufi, Ahli Ma’rifat, Auliya Allah.  Sebahagian dari mereka memperoleh Kurnia Allah yang lebih tinggi sehingga mencapai Darjat Mujtahid atau Mujaddid.  Maka kita katakan Mujtahid dan Mujaddid yang benar hanya wujud dikalangan Ahlus Sunnah dan kesemua mereka adalah Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq. 


Selain dari Ahlus Sunnah, orang-orang yang bergelar “Ulama” bukanlah Ulama pada haqiqatnya.  Mereka hanya “alim fiqh” atau “Ulama as-su” yang menjual Agama dengan habuan duniawi.  Mereka memutarbelitkan Ayat Allah dan mentafsirkannya menurut hawa nafsu dan bisikan syaitan.  

Wal Iyazubillah.


Fakta 11:   Berbagai Panggilan Kepada Mursyid


Sebagaimana kami menyebutnya dari awal Risalah ini, Mursyid yang Siddiq (Benar) adalah Pewaris Nabi yang sebenar, yang mewarisi Nabi zahir dan batin.  Mereka juga dikenali dengan istilah-istilah lain sesuai dengan Maqam dan Kelayakan yang Allah Ta’ala Kurniakan kepada mereka, iaitu : Khalifah Allah dan Khalifah Rasulullah  ﷺ (yang khusus di-Pilih oleh Allah), Sahabat, Ahli Sufi, Ahli Ma’rifat. 


Ertinya apabila disebut Ahli Sufi, maka yang dimaksudkan adalah Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.  Merekalah Ahli Ma’rifat, Sahabat Rasulullah ﷺ  dan Khalifah Rasulullah  ﷺdi dalam pengertian yang luas.


SIRI 357


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 3: Fakta-Fakta Penting Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq


Fakta 12 :  Khulafa Ar-Rasyidin - Generasi Pertama Mursyid


Generasi Mursyid yang pertama adalah sekalian Khulafa Ar- Rasyidin  —  Sayyidina Abu Bakr, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman, Sayyidina 'Ali Ridhwanullahi alayhi ajma'in.  Kemudian diikuti Generasi Tabi’in,  kemudian diikuti Tabi’it-Tabi’in, kemudian diikuti  generasi Imam dan Masyaikh berikutnya sebagai Mursyid sambung-menyambung, yang di-Pilih khusus oleh Allah sampai Qiamat.


Sesungguhnya  Khulafa Ar-Rasyidin —  Sayyidina Abu Bakr, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman, Sayyidina Ali Ridhwanullah adalah Generasi Pertama Mursyid.  Kunci memahami hal ini adalah pada ungkapan "Ar-Rasyidin". 


Istilah "Ar-Rasyidin" bermaksud "Guru-guru yang rasyid" atau Pemimpin-pemimpin yang "rasyid" ....  yang menunjukki Jalan Lurus dan Jalan Kebenaran, Jalan Ahlus Sunnah yang benar.  Yang dimaksudkan dengan " Jalan lurus "  adalah " Jalan Allah " sepertimana yang ditunjukki oleh Rasulullah ﷺ dan pimpinan Baginda ke atas sekalian Sahabat Baginda ﷺ


Generasi Kedua Mursyid yang Siddiq (Benar) adalah Ulama Tabi'in yang menerima Ijazah kebesaran Mursyid dari Khulafa Ar-Rasyidin yang menerima  isyarat lantikan oleh Allah Ta'ala.  


Generasi Ketiga Mursyid yang Siddiq (Benar) adalah Tabi'it-Tabi'in yang menerima Ijazah kebesaran Mursyid dari Tabi'in yang menerima  isyarat lantikan oleh Allah Ta'ala.


Generasi Keempat  Mursyid yang Siddiq (Benar)  adalah Imam-imam, Masyaikh kemudian yang menerima Ijazah kebesaran Mursyid dari Tabi'it Tabi-in yang menerima  isyarat lantikan oleh Allah Ta'ala.  


Generasi Kelima Mursyid yang Siddiq (Benar) dan seterusnya ke bawah dan ke bawah menerima Ijazah kebesaran Mursyid dari Shaikh yang sebelumnya yang menerima  isyarat lantikan oleh Allah Ta'ala.


Beginilah berlakunya perlantikan Mursyid-mursyid yang Siddiq (Benar) sepanjang zaman sehingga ke hari ini dan seterusnya hingga hari Qiamat tiada putus.  Iaitu perlantikan itu semata-mata Kurnia Allah kepada seseorang hamba Allah yang telah mujahadah pada waktu yang sangat panjang dengan pimpinan Mursyidnya sehingga dia menewaskan sekalian nafsu-nafsu kejahatan di dalam dirinya, menewaskan nafsu keduniaan, menewaskan tipu daya iblis dan syaitan sehingga akhirnya sampai ke Hadratul Quddus — Hadrat Tuhan Yang Maha Suci,  sehingga Allah Ta'ala Redha serta berkenan mengangkatnya menjadi Warisatul Anbiya atau Pewaris Nabi yang Siddiq.


SIRI 358


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 3:  Fakta-Fakta Penting Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq



Fakta 13:  Maqam Taqwa, Qurbah dan Mahabbah


Seorang yang Di-Angkat oleh Allah menjadi Mursyid telah sampai ke Maqam Taqwa yang sempurna.  "Maqam Taqwa" yang sempurna bermaksud Maqam Keimanan tertinggi, penyerahan mutlaq kepada Allah.  Baginya tiada pilihan melainkan yang ada hanya Pilihan Allah.


Rasulullah ﷺ bersabda:

" Taqwa tempatnya di sini, 'Baginda menunjuk ke dada Baginda sebanyak tiga kali.' ”

[Imam Muslim]


Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu Anhu:

“Orang bertaqwa adalah yang takut terjerumus dalam syirik, dosa besar dan perbuatan keji.” 

[Al-Ghunyah]


Berkata Sulton Auliya, Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani Radhiallahu Anhu:

“ 'Taqwa' adalah perhimpunan sekalian sifat-sifat kebaikan.  Dan Taqwa yang benar adalah mempertahankan diri untuk mentaati Allah yang Maha Perkasa Lagi Maha Mulia.”  

[Nukilan kitab:  Al-Ghunyah Li Talibi Tariqil Haqq]


Maqam Taqwa yang sempurna ini juga dikenali sebagai Maqam Ihsan (Melihat Allah dengan mata Sirriyah), Maqam Qurbah (kehampiran), Maqam Mahabbah (Kasih), Maqam Mahmud (Terpuji). 


Taqwa itu pancaran cahaya hati dan BUKAN sekadar ucapan lisan atau pengakuan semata.  Dari Taqwa ini terpancar sekalian sifat-sifat kemuliaan - tawadhu, khusyu', halim, takut, harap, qana'ah, tawakkal, sabar, syukur, redha dan kasih.


Seseorang yang memperoleh Taqwa, walaupun pada peringkat yang terendah sekalipun, akan merasai kemanisan Iman, kelazatan ubudiyyah, khusyu' di dalam solat, serta ketenangan di dalam hidup, sebagaimana yang Di-Janjikan oleh Allah Ta’ala.


Untuk memperoleh Taqwa paling rendah pun bukan suatu yang mudah.  Seseorang beriman perlu keazaman yang kuat serta mengikut Imam Penunjuk jalan, menurut Ahlus Sunnah Wal Jama'ah.


Rasulullah ﷺ adalah sebaik baik contoh teladan Taqwa.  Baginda ﷺ adalah pakar keruhanian yang telah mendidik para Sahabat menjadi insan-insan bertaqwa yang Di-Redhai Allah.  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) mewarisi kepakaran Rasulullah ﷺ, bagi mendidik, mengasuh dan memimpin Ummat Islam sepanjang zaman sehingga Qiamat.  Dengan demikian setiap Muslim berkewajipan mencari Shaikh Mursyid yang Siddiq untuk mencapai kejayaan dunia akhirat.


Orang-orang yang alim di dalam ilmu fiqh, penghafal Al-Qur’an, penghafal Hadith Rasulullah ﷺ, wajib juga belajar mendidik hatinya dengan mengambil ubat, penawar dan rawatan dari Shaikh Mursyid.  Tanpa ubat dan penawar yang diambil dari Shaikh Mursyid, seseorang alim sentiasa terdedah kepada kepincangan Tauhid atau Iman, Syirik Khafi (syirik tersembunyi), mazmumah (sifat keji) dan ghaflah (kelalaian) yang menghalang tercapainya Taqwa sejati.  Semua ini terbukti dari pengalaman Ulama Salaf Soleh terdahulu.


Peringkat tertinggi Taqwa adalah Taqwa Rasul, Nabi dan Auliya Allah.  Tingkatan tertinggi Taqwa ini juga dikenali sebagai Maqam Ihsan, Maqam Mukasyafah Zat yang sempurna, Maqam Tajalli Zat, yang merupakan kemuncak  taqarrub (hampir) kepada Allah Ta’ala. 


Kesimpulannya:

Maqam Taqwa adalah Maqam Ihsan, Maqam Qurbah, Maqam Mahabbah, Maqam Mahmud.  Maqam Taqwa yang sempurna.  Pada diri mereka hanya wujud yang benar dan suci bersih.  Sekalian Syirik Khafi dan sifat-sifat kekejian telah terhapus.  Sekalian Syirik Khafi (syirik tersembunyi), mazmumah (sifat keji) atau ghaflah (kelalaian) semua itu sudah terhapus.  Yang wujud pada mereka hanyalah sifat-sifat keindahan, kebaikan, kemuliaan berserta Allah.


SIRI 359


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 3:  Fakta-Fakta Penting Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq




Fakta 14:  Kasyaf dan Khitob


Mursyid adalah hamba-hamba Pilihan Allah yang telah diangkat ke Hadratul Quddus, menyaksikan Wajah Allah Yang Maha Suci, Zat Yang Laisa Kamithlihi Syai’un.  Mereka sentiasa menerima seruan-seruan suci berupa Ilham, Firasat, Kasyaf_ (Kasyaf Hakiki atau Kasyaf Nur) dan Khitob dari Allah Ta’ala serta di dalam pimpinan ruhaniyyah Rasulullah ﷺ.


Sesungguhnya Kasyaf Hakiki ini hanya Di-Kurniakan oleh Allah Ta’ala kepada hamba-hamba Pilihan-Nya yang telah sampai ke Maqam Hadratul Quddus, atau disebut sebagai Maqam Mukasyafah Zat, terbuka kepada melihat Wajah Allah Yang Laisa Kamithlihi Syai’un. 


Maqam Tauhid tertinggi ini tidak diberikan kepada orang alim fiqh atau orang bergelar “Ulama” pada adat duniawi, meskipun mereka memiliki berbagai Ijazah Universiti seperti Profesor, PhD, Drs, Masters atau lain-lainnya. 


Maksud Kasyaf yang kami sebutkan adalah Kasyaf Hakiki, iaitu terbuka hati dan ruh dan sirr (rahsia yang sangat mendalam) kepada Allah Ta’ala.  Melalui Kasyaf Hakiki ini seorang Mursyid akan membimbing Ummat manusia kepada Allah dengan selamat.  


Mursyid mengetahui penyakit-penyakit hati, kekejian dan syirik (Syirik Khafi) yang sedang mencengkam hati murid, sehingga binasa segala amalnya dan rosak Imannya.  Kebanyakan manusia tidak mengetahui penyakit-penyakit hati, nafsu-nafsu kejahatan dan bisikan-bisikan syaitan yang sedang berusaha menariknya kepada kesesatan.  Di sinilah peranan Mursyid merawat dan membaiki kerosakan-kerosakan hati murid yang membawa kepada kerosakan Iman dan binasa segala amalnya.  Dan seterusnya menjadi benteng dan perisai bagi murid agar dia selamat daripada segala gangguan yang membinasakan. 


Maka fahami sungguh-sungguh tujuan Allah Ta’ala Kurniakan Kasyaf kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq BUKAN untuk melihat keaiban manusia atau untuk membaca hati manusia atau untuk melihat kejadian-kejadian ghaib.  Sebaliknya Kurnia Allah tersebut kepada Mursyid adalah bertujuan mendidik dan membersihkan jiwa manusia daripada kesyirikan (Syirik Khafi), mazmumah dan dosa-dosa hati yang lain dan melepaskan mereka daripada anasir-anasir nafsu kejahatan dan bisikan-bisikan syaitan yang membelenggu mereka. 


Adapun Kasyaf Hissi atau disebut Kasyaf Suri kepada hamba Allah yang mencapai Maqam Mukasyafah yang tahqiq adalah sebagai tambahan Ni’mat kepada mereka demi memelihara Agama daripada ancaman manusia fasiq, kafir dan jinn syaitan.  Ia bukan matlamat Mursyid dan tidak termasuk Syarat Mursyid.  


Ungkapan lain bagi Kasyaf Hakiki ini adalah “Maqam Mukasyafah” atau disebut “Maqam Ihsan” sebagaimana Isyarat Hadith Junjungan Rasulullah ﷺ.


Rasulullah ﷺ bersabda:


أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ


"Ihsan ialah engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya.  Jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia (Allah) melihat engkau."

[Imam Muslim, Imam Abu Dawud, Imam Tirmizi, Imam Ahmad]


Inilah pengertian sebenar Kasyaf.  In Shaa Allah akan datang penjelasan lanjut berkenaan Pengertian Kasyaf menurut Ahlus Sunnah yang benar.


SIRI 360


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 3:  Fakta-Fakta Penting Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq



Fakta 15:  Menerima Didikan Guru Yang 'Arif Pada Waktu Yang Panjang


Setiap Mursyid yang Di-Pilih oleh Allah sebagai Pewaris Nabi menempuh perjalanan yang panjang dan didikan yang sangat keras serta berdisiplin yang tegas berdasarkan hukum Syara’ dan adab-adab Toriqat yang sahih, sebelum beliau Di-Angkat oleh Allah menjadi Mursyid.  Hal ini difahami dari sejarah perjalanan sekalian Mursyid yang ternama seperti Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani, Imam Syazili, Imam Rifa’ie, Imam Ghazali Ridhwanullahi Alaihi Ajma'in dan lain-lainnya.  Mereka telah menempuh mujahadah pada jangka waktu yang sangat panjang, melewati puluhan tahun serta didikan yang keras, melawan nafsu-nafsu rendah dan bisikan syaitan. 


Dengan demikian, pengakuan beberapa orang yang mendakwa mereka sudah menjadi Mursyid hanya dengan Suluk beberapa hari adalah batil dan tertolak kerana jelas menunjukkan pembohongannya.  Dia adalah Mursyid PALSU.  Lazimnya Guru PALSU ini berselindung dengan alasan Allah Maha Berkuasa melantik siapa sahaja untuk menjadi Mursyid walaupun dia tak mujahadah.  Jawapan ringkas bagi menjawab dakwaan batil Mursyid PALSU ini adalah:


(1)  Rasulullah ﷺ dipimpin oleh Jibril Alahis-Salam.

Rasulullah ﷺ adalah manusia paling Agung, insan Al-Kaamil yang suci bersih dan sudah pun mengenal Allah dengan tahqiq, namun Allah Ta’ala Taqdirkan Jibril Alahis-Salam menjadi pemimpin Rasulullah ﷺ sebagai I’tibar bagi sekalian Pewaris Nabi kemudiannya, bahawa setiap Pewaris Nabi yang Benar adalah mereka terlebih dahulu mujahadah pada waktu yang lama dengan pimpinan Guru mereka yang 'Arif (Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq). 


(2)  Para Sahabat dipimpin oleh Rasulullah ﷺ selama 13 tahun di Makkah sebelum menerima Perintah Allah untuk Hijrah dan berjihad dengan kekuatan senjata — sebagai isyarat penting bahawa para Sahabat Ridhwanullah telah menempuh proses pendidikan hati yang sangat lama. 


(3)  Orang yang berjalan sendirian atau beramal sendirian tanpa pimpinan (Mursyid yang Siddiq), dan Penunjuk jalan kepada Allah maka dia akan tertipu dan terpedaya dengan bisikan syaitan.  Ini kerana dia tak kenal iblis dan tipu daya halusnya. 


(4)  Sekalian Ulama Ahlus Sunnah yang sangat ‘Alim sekali pun, seperti Al-Imam Shaikh Abdul Qodir Jilani, Imam Syazili, Imam Rifa’ie _Ridhwanullahi Alaihi Ajma'in_ dan lainnya mujahadah pada waktu yang sangat panjang (lama masanya) sebelum mereka Di-Angkat oleh Allah menjadi Pewaris Nabi. 


(5)  Sememangnya Allah Ta’ala Maha Berkuasa berbuat apa saja menurut Kemahuan-Nya, namun Allah Ta’ala Maha Bijaksana dan Maha Rapi di dalam menentukan setiap Kehendak Dia kepada manusia dan makhluq seluruhnya. 


Setiap hal yang berlaku ke atas manusia dan alam seluruhnya mempunyai peraturan, panduan dan sistem tertentu.  Allah Ta’ala bukan berbuat sesuatu seperti manusia bodoh yang berbuat sesuatu tanpa peraturan. 


Maksudnya…. Allah Ta’ala Maha Berkuasa mengangkat seseorang menjadi Mursyid meskipun dia tak mujahadah sekalipun, namun menurut Peraturan dan Syarat-syarat yang Allah sendiri tetapkan ianya Mustahil.  Ini ASAS Tauhid dan hukum Allah ke atas manusia.  


Orang yang sewenang-wenang berkata dia boleh menjadi Mursyid tanpa mujahadah apa pun jelas menunjukkan kejahilannya dan tertipu dengan tipu daya syaitan.  Barang siapa mendakwa dirinya menjadi Mursyid tanpa bimbingan Gurunya yang 'Arif (Mursyid yang Benar) dan tidak menempuh tarbiyyah yang lama di bawah bimbingan Guru Mursyid atau dia mendakwa dirinya menjadi Mursyid atas lantikan Wali Ghaib tanpa bimbingan Mursyid yang Siddiq yang hidup, maka sesungguhnya dia adalah pendusta dan Mursyid PALSU. 


Akan datang penjelasan lanjut berkenaan Syarat-syarat Mursyid Pewaris Nabi yang Benar.  In Shaa Allah.


Bersambung siri 361 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_______________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

        🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 450 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ...