Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
AHLUS SUNNAH YANG BENAR (TULEN) DAN AHLUS SUNNAH PALSU
Sekalian Ulama Mu'tabar (Ulama
Ahlus Sunnah bertaraf Auliya Allah yang menjadi Pewaris Nabi yang muhaqqiq)
telah sepakat bahawa satu2nya golongan Islam yang selamat adalah Ahlus Sunnah
Wal Jamaah. Sementara 72 golongan yang
menentangnya adalah sesat dan terkeluar dari Jalan Ahlus Sunnah.
Pegangan ini berdasarkan Hadith2
yang telah mashyur di kalangan Ummat, antaranya....
Rasulullah ﷺ
bersabda:
عَنْ عَوْفِ بْنِ
مَالِكٍ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
اِفْتَرَقَتِ الْيَهُوْدُ عَلَى إِحْدَى وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً فَوَاحِدَةٌ فِي
الْجَنَّةِ وَسَبْعُوْنَ فِي النَّارِ وَافْتَرَقَتِ النَّصَارَى عَلَى ثِنْتَيْنِ
وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً فَإِحْدَى وَسَبْعُوْنَ فِي النَّارِ وَوَاحِدَةٌ فِي
الْجَنَّةِ وَالَّذِيْ نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَتَفْتَرِقَنَّ أُمَّتِيْ عَلَى
ثَلاَثٍ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً وَاحِدَةٌ فِيْ الْجَنَّةِ وَثِنْتَانِ
وَسَبْعُوْنَ فِيْ النَّارِ، قِيْلَ: يَا رَسُوْلَ اللهِ مَنْ هُمْ؟ قَالَ:
الْجَمَاعَةُ.
"Yahudi terpecah menjadi 71
(tujuh puluh satu) golongan, satu masuk Syurga dan yang 70 (tujuh puluh) di
Neraka. Dan Nasrani terpecah menjadi 72 (tujuh puluh dua) golongan, yang 71
(tujuh puluh satu) golongan di Neraka dan yang satu di Syurga. Dan demi Yang
jiwa Muhammad berada di Tangan-Nya, ummatku benar-benar akan terpecah menjadi
73 (tujuh puluh tiga) golongan, yang satu di Syurga, dan yang 72 (tujuh puluh
dua) golongan di Neraka,’ Ditanyakan kepada Baginda , "Siapakah mereka
(satu golongan yang masuk Syurga itu) wahai Rasulullah?" Baginda menjawab,
‘Al-Jama’ah.’
[Imam Tirmizi]
Rasulullah ﷺ
bersabda:
"إِنَّ بَنِي
إِسْرَائِيْلَ تَفَرَّقَتْ عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِيْنَ مِلَّةً وَتَفْتَرِقُ
أُمَّتِيْ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِيْنَ مِلَّةً كُلُّهُمْ فِي النَّارِ إِلَّا
مِلَّةً وَاحِدَةً قَالُوْا وَمَنْ هِيَ
يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِيْ".
“Bahawasanya Bani Israil [Yahudi] berpecah
kepada 72 golongan, dan Ummatku pula berpecah kepada 73 golongan, semuanya
masuk neraka kecuali satu golongan, Sahabat-sahabat bertanya: Siapakah yang
satu itu ya Rasulullah? Baginda Nabi bersabda: Golongan yang satu itu adalah
mereka yang berpegang sebagaimana i'tiqadku, dan i'tiqad sahabat-sabahatku”.
[Imam Tirmizi]
Rasulullah ﷺ
bersabda:
أُوْ سِيْكُمْ بِأَصْحَابِيْ ثُمَّ الَّذِيْنَ
يَلُوْنَهُمْ، وَفِيْهِ عَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ وَأِيَّاكُمْ وَالْفُرْقة
فَأِنَّ الشَّيْطَانَ مَعَ الْوَا حِدِ وَهُوَ مِنَ الْأِثْنَيْنِ اَبْعَدُ فَمَنْ
اَرَادَ بُحْبُوْحَة الْجَنَّةَ فَلْيَلْزَمِ الْجَمَاعَة (رواه التِرْمذِيُّ
وَقَال حَسَنُ صَحِيْحٌ وَصَحَّحَهُ الحَاكِمُ)
“Aku berwasiat kepada kamu
untuk mengikuti sahabat-sahabatku, kemudian mengikuti orang-orang yang datang
setelah mereka, kemudian mengikuti yang datang setelah mereka“. Dan termasuk
rangkaian hadith ini: “Tetaplah bersama al-Jama’ah dan jauhi perpecahan kerana
syaitan akan menyertai orang yang
sendiri. Dia (syaitan) dari dua orang akan lebih jauh, maka barang siapa
menginginkan tempat lapang di syurga hendaklah ia berpegang teguh pada
al-Jama’ah”.
[Imam Tirmizi, Imam Al-Haakim - sahih]
Persoalan besar yang mencengkam
ummat kini bukan kebenaran Hadith2 tersebut kerana ia sudah menjadi keyakinan
keseluruhan Ummat. Tetapi perkara yang
menjadi persoalan adalah kekeliruan, kejahilan dan kerosakan yang timbul akibat
dari wujudnya Ahlus Sunnah PALSU di kalangan Ummat.
Segelintir cerdik pandai Agama
memakai gelaran PhD, profesor dan lain2 gelaran hebat menganut fahaman Wahhabiyyah (khawarij), sebarkan dakyah Wahhabiyyah tetapi mengaku Ahlus Sunnah.
Ada lagi yang lain menganut fahaman
Syi'ah (rafidhi) tetapi berlagak seperti Ahlus Sunnah, hidup bersama Ahlus
Sunnah tetapi melakukan propoganda halus menghapuskan pegangan Ahlus Sunnah
secara senyap dari dalam.
Dalam bahasa yang mudah... ini
adalah golongan yang pura2 mengikut Ahlus Sunnah sedangkan mereka adalah agen2
Yahudi bagi musnahkan aqidah Ummat senyap2 dari dalam.
Golongan ini adalah sebahagian
dari gerakan Zionis Antarabangsa yang
merancang berbagai strategi halus memerangi Ummat Islam secara senyap2 dari dalam.
Di antara matlamat utama mereka
adalah menguasai Pemimpin Negara, orang2 bergelar Ulama as-su', cendikiawan
Agama yang liberal (pemikiran bebas) untuk sebarkan fahaman, ideologi dan doktrin sesat di kalangan
orang Islam yang jahil.
Adakah kalian sedar akan tipu daya golongan sesat ini?
Pada masa ini, sebahagian Propoganda
Zionis Antarabangsa tersebut sudah tercapai.
Walau bagaimanapun Yahudi
Antarabangsa itu takkan mampu menguasai
Ahli Ma'rifat, Pewaris Nabi yang muhaqqiq yang sentiasa berhubung kepada
Ketuhanan dan sentiasa di dalam pimpinan Ruhaniyyah Rasulullah ﷺ.
Demikian juga hamba2 Allah yang
mengikut Mursyid yang siddiq ini (Pewaris Nabi yang muhaqqiq) akan diselamatkan
oleh Allah Ta'ala dari tipu daya golongan sesat.
Orang2 awam yang belum benar2 mengenali Ahlus Sunnah yang benar dan
belum dapat bezakan tipu daya Ahlus
Sunnah PALSU, wajib berusaha sedaya upaya mempelajari Prinsip2 Ahlus Sunnah
yang benar dan mengetahui secara ringkas tipu daya 72 golongan sesat. Moga2 mereka terhindar dari jatuh kepada
Golongan sesat tanpa disedari.
Wallahu A'lam
❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇❇️
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇❇
No comments:
Post a Comment