B43 : PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


SIRI 421 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar ke-55:

Abaikan Toriqat (Tasawwuf)

..... Sambungan....



Dalil 1 : Firman Allah :


 ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ. خَلَقَ ٱلإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ.  ٱقْرَأْ وَرَبُّكَ ٱلأَكْرَمُ. ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلْقَلَمِ. عَلَّمَ ٱلإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ


" Iqra’ (Bacalah) dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah Menciptakan manusia dari segumpal darah. Iqra’ (Bacalah), dan Tuhanmu lah yang Maha Pemurah, Yang Mengajar (manusia) dengan perantaraan Kalam.  Dia Mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

[Al ‘Alaq (96) : Ayat 1-5]


Kalimat Agung yang pertama-tama turun kepada Junjungan Nabi Muhammad  ﷺ sebagai tanda Nubuwwah (Kenabian) Baginda dan sebagai pembukaan kepada Gerbang Keilmuan yang Agung.   Ilmu yang hidup, ilmu yang sentiasa berkembang, ilmu yang  tidak akan kering sampai Qiamat.  


Kalimat "Iqra"  yang lazim diertikan sebagai "membaca"  BUKAN hanya mengandungi pengertian literal  sebagaimana difahami umum sebagai membaca buku, membaca tulisan dan sebagainya.   Tetapi makna "Iqra"   melangkaui pengertian yang mendalam kepada makna "haqiqat" yang amat seni.


Ditinjau dari sudut balaghah  dan  nahwu,  kalimat "Iqra"  membawa banyak pengertian, iaitu:

mengingat, melihat,  memikirkan, mengkaji, merenung, menyaksikan dengan hati dan lainnya.


Dengan demikian kalimat "Iqra"  BUKAN sahaja bermakna "membaca"  dengan lidah atau lisan   tetapi juga "membaca" dari dalam HATI,  ingat Allah di dalam HATI, berzikir Allah di dalam HATI,  renung dari dalam HATI.  Lihatlah dengan hati kamu...!   Renunglah  akan kejadian diri kamu dan  sekalian alam yang terbentang luas.  Kenalilah akan Pencipta yang Menciptakan kamu dari dalam hati.  


Kalimat Allah Pertama ini membawa dua pengertian kepada dua macam ilmu yang menjadi dokongan Rasulullah ﷺ , para Sahabat dan Ummat Islam seluruhnya.


Pertama :  "Iqra"   dengan pengertian membaca  yang tersurat, yang tertulis iaitu "ilmu zahir" yang ini kemudiannya dikenali sebagai Ilmu Syari'at (fiqh).


Kedua :  “Iqra"  dengan pengertian  "berzikir, melihat,  memandang dari dalam hati"  iaitu "ilmu batin"    yang ini kemudiannya  dikenali sebagai Toriqat (Tasawwuf).


Dalil 13: Firman Allah :


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡمُدَّثِّرُ (١) قُمۡ فَأَنذِرۡ (٢) وَرَبَّكَ فَكَبِّرۡ (٣) وَثِيَابَكَ فَطَهِّرۡ (٤) 


"Wahai orang yang berselimut!  Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).  Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaran-Nya!  Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.

[Muaddathir (75) : Ayat 1-4]


Kalimat Allah ini...


وَرَبَّكَ فَكَبِّرۡ (٣)  


Dan Tuhanmu, Agungkanlah Dia,  Ingatlah kebesaran-Nya,   Tinggikan Dia di hati kamu..   ini adalah hantaran kepada HATI,  iaitu Ilmu masuk ke dalam bicara Ilmu Toriqat (Tasawwuf)


dan Kalimat ini...


وَثِيَابَكَ فَطَهِّرۡ (٤)


"dan pakaian kamu sucikanlah"   Pakaian di sini bermaksud pakaian batin hati, kejiwaan, ruh,  membawa erti sucikanlah jiwa kamu, hati kamu, ruh kamu.  


Wahyu kedua yang turun, memperlihatkan kewajipan setiap manusia menuntut ilmu baiki hati, ilmu sucikan hati, ilmu sejahterakan hati dari semua penyakit _syirik khafi_ (syirik hati) dan _nifaq_ (kemunafikan) dan _mazmumah_ dan _ghaflah_ (kelalaian), semua ini masuk ke dalam Ilmu Toriqat (tasawwuf).


SIRI 422 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar ke-55:

Abaikan Toriqat (Tasawwuf)

..... Sambungan....



Dalil 14 : Firman Allah :


  أَرَءَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَـهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلاً


“Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya; tuhan yang dipuja lagi ditaati?  Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?”

[Al-Furqan (25) : Ayat 43 ]



Dalil 15 : Firman Allah :


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٌ۬‌ وَلَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًا‌ أَيُحِبُّ أَحَدُڪُمۡ أَن يَأۡڪُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتً۬ا فَكَرِهۡتُمُوهُ‌ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ۬ رَّحِيمٌ۬


"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain.

Adakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.  Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani."

[Al-Hujurat (49) : Ayat 12]



Dalil 16: Firman Allah :


أَفَمَن شَرَحَ ٱللَّهُ صَدۡرَهُ ۥ لِلۡإِسۡلَـٰمِ فَهُوَ عَلَىٰ نُورٍ۬ مِّن رَّبِّهِۦ‌ فَوَيۡلٌ۬ لِّلۡقَـٰسِيَةِ قُلُوبُہُم مِّن ذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ فِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ (٢٢)


"Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu dia tetap berada dalam cahaya dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya)?  Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada Zikrullah.  Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata."

[Az-Zumar (39) : Ayat 22]



Dalil 17 : Firman Allah :


إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ


"Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang yang mukmin laki-laki dan perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar."

[Al-Burooj (85) : Ayat 10]


SIRI 423 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar ke-55:

Abaikan Toriqat (Tasawwuf)

..... Sambungan....



Dalil 18 : Firman Allah :


فَٱذۡكُرُونِىٓ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡڪُرُواْ لِى وَلَا تَكۡفُرُونِ 


"Oleh itu ingatlah kamu kepada-Ku (zikir pada-Ku sebanyak-banyaknya) , supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah (Gunakan segala kurnia Allah pada Jalan Allah)  kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur (akan Nikmat-Ku)"

[Al Baqarah (2) : Ayat 152]



Dalil 19 : Firman Allah :


ٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا لَعِبٌ۬ وَلَهۡوٌ۬ وَزِينَةٌ۬ وَتَفَاخُرُۢ بَيۡنَكُمۡ وَتَكَاثُرٌ۬ فِى ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَوۡلَـٰدِ‌ كَمَثَلِ غَيۡثٍ أَعۡجَبَ ٱلۡكُفَّارَ نَبَاتُهُ ۥ ثُمَّ يَہِيجُ فَتَرَٮٰهُ مُصۡفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَـٰمً۬ا‌ وَفِى ٱلۡأَخِرَةِ عَذَابٌ۬ شَدِيدٌ۬ وَمَغۡفِرَةٌ۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَرِضۡوَٲنٌ۬‌ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُورِ (٢٠)

"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur.  Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta Keredhaan-Nya.  Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu..” 

[Al-Hadiid (57) : Ayat 20 ]


Dalil 20 : Firman Allah :


سُوۡرَةُ النُّور

۞ ٱللَّهُ نُورُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ مَثَلُ نُورِهِۦ كَمِشۡكَوٰةٍ۬ فِيہَا مِصۡبَاحٌ‌ ٱلۡمِصۡبَاحُ فِى زُجَاجَةٍ‌ ٱلزُّجَاجَةُ كَأَنَّہَا كَوۡكَبٌ۬ دُرِّىٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ۬ مُّبَـٰرَڪَةٍ۬ زَيۡتُونَةٍ۬ لَّا شَرۡقِيَّةٍ۬ وَلَا غَرۡبِيَّةٍ۬ يَكَادُ زَيۡتُہَا يُضِىٓءُ وَلَوۡ لَمۡ تَمۡسَسۡهُ نَارٌ۬‌ نُّورٌ عَلَىٰ نُورٍ۬‌ يَہۡدِى ٱللَّهُ لِنُورِهِۦ مَن يَشَآءُ‌ وَيَضۡرِبُ ٱللَّهُ ٱلۡأَمۡثَـٰلَ لِلنَّاسِ‌ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمٌ۬ (٣٥)


"Allah (memberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan Cahaya Allah adalah seperti lubang yang tak tembus yang di dalamnya ada pelita besar.  Pelita itu di dalam kaca dan kaca itu seakan-akan (bintang yang bercahaya) seperti mutiara yang menyalakan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah baratnya yang minyaknya sahaja menerangi walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis) Allah membimbing kepada cahayanya, siapa yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."

[An-Nuur (24) : Ayat 35]


Dalil-dalil yang kami sebutkan di atas adalah berkenaan HATI iaitu dalil-dalil berkenaan kebaikan hati, kesucian hati, kewajipan Mengenal Allah, kewajipan Zikrullah, kewajipan khusyu, kewajipan Ikhlas, cara-cara hindarkan diri dari syirik dan kekejian hati, peraturan syarat mencapai Tauhid yang suci murni menjadi hamba Allah yang benar-benar bertaqwa.  Semua ini dihimpunkan oleh Masyaikh Ahlus Sunnah menjadi Disiplin Ilmu yang tersusun yang dikenali sebagai Toriqat (Tasawwuf). 


Setiap Muslim wajib mempelajarinya dari Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq dan amalkannya. 


Tanpa mempelajari dan amal sungguh-sungguh Toriqat (berserta Syari'at) seseorang itu takkan mampu berubudiyyah sebagaimana tuntutan Allah. Bahkan dia akan terjerumus kepada kefasikan, kekufuran atau kesesatan.  Wal Iyazubillah. 


SIRI 424 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



 Dosa Besar ke-55:

Abaikan Toriqat (Tasawwuf)

.... Sambungan....



Prinsip Toriqat Mu'tabar Ahlus Sunnah

============================


Setiap Toriqat Mu'tabar Ahlus Sunnah mempunyai Prinsip, Peraturan, Syarat, Sistem tarbiyyah berserta adab-adabnya. Sekalian hal ehwal ini telah disusun dan ditetapkan oleh Masyaikh Ahlus Sunnah terdahulu (Mujtahid).  Setiap jemaah yang datang kemudian wajib mematuhi sekalian peraturan dan syarat dan Prinsip-prinsipnya. 


Mana-mana Toriqat yang enggan mematuhinya, ertinya tidak memiliki prinsip pokok dan syarat utama sesebuah Toriqat Mu'tabar atau didapati melanggar adab-adab utama yang telah ditetapkan oleh sekalian Masyaikh, maka ia tidak termasuk Toriqat Mu'tabar Ahlus Sunnah.  Sebaliknya ia adalah Toriqat palsu yang dipimpin oleh Guru palsu.


Prinsip terpenting yang WAJIB ada pada sesebuah Toriqat Mu'tabar Ahlus Sunnah adalah  :


Prinsip Pertama: Pemimpinnya Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Ini Prinsip terpenting dan syarat utama.  Setiap Toriqat Mu'tabar Ahlus Sunnah wajib dipimpin oleh seorang  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar), iaitu hamba Pilihan Allah yang mewarisi Ilmu Nabi zahir dan batin, serta menepati ciri-ciri dan syarat-syarat sebagai Mursyid pewaris Nabi yang benar-benar layak. 


Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq bukan pemimpin politik yang bercakaran satu sama lain dengan berbagai fitnah tuduhan jahat dan pembohongan untuk berkuasa. 

Mereka bukan ketua-ketua masyarakat yang berebut-rebut  jawatan dan pangkat. 

Mereka bukan selebriti mencari nama dan kedudukan, mereka bukan Ulama palsu yang menjual Agama demi mencari dunia. 


Sebaliknya mereka adalah Khalifah-khalifah Rasulullah ﷺ yang di-Pilih oleh Allah bagi menanggung Amanah yang besar sebagai Pewaris Nabi ﷺ. 


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu :

“Orang-orang yang berilmu dan hikmah  (Mursyid, Ahli Ma'rifat) adalah hamba Allah yang sejati yang di-Pilih-Nya untuk menerima “Risalah-Risalah dari pengajaranNya”.  Allah melimpahkan mereka ilmu dan hikmah dan dengan ilmu hikmah itulah mereka menjadi manusia yang lebih tinggi darjatnya dari manusia lain.  Mereka berhubung dengan Nabi ﷺ melalui perasaan yang halus dan dengan aqal yang bijaksana. (Kehalusan Ma’rifat Ilahiyyah atau disebut juga  kasyaf  Ilahiyyah)

Allah memuji mereka yang memiliki ilmu Hikmah dengan Firman-Nya :


ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ


 [Tamat nukilan kitab : Sirrul-Asrar Fi-ma-Yahtaju Iyahil-Abrar]


SIRI 425 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar ke-55:

Abaikan Toriqat (Tasawwuf)

..... Sambungan....



Prinsip Kedua:Mempunyai Manhaj Tarbiyyah yang tersusun lengkap

Setiap Toriqat yang Mu'tabara mempunyai Manhaj Tarbiyyah ( silibus pendidikan) dan Sistem Tarbiyyah (peraturan, syarat, adab dan kaifiyyat) bagi mengasuh, mendidik, membimbing manusia kepada Allah.  Manhaj Tarbiyyah ( silibus pendidikan) yang utama adalah :


1. Banyakkan Zikrullah (sendirian)

2. Banyakkan Taubat — Solat Taubat, istighfar, mandi taubat

3. Tawajjuh (Zikir berjemaah) 

4. Banyakkan Solawat atas Nabi

5. Bacaan dan tadabbur Al-Qur'an

6. Latihan memerangi nafsu jahat dan keji.

7. Suluk / khilwah



Prinsip Ketiga: Seluruh perjalanannya berdiri di atas  Al Qur'an, Sunnah dan Ijma' Ulama Ahlus Sunnah Mu'tabar.

Dasar-dasar pokok dan keseluruhan sistem pendidikan dan pimpinan Gurunya menepati Ahlus Sunnah wal Jamaah. 



Prinsip keempat: Matlamatnya hanya Allah.

Matlamat Toriqat tiada lain hanya Allah, iaitu mencari Keredhaan Allah.  Hal ini terkandung di dalam cogan kata dan pegangan setiap orang yang mengikut Jalan Allah yang wajib jadi pegangan, i'tiqad dan amal kebaikannya....


"Ilahi anta Maqsudi wa Ridhaka Matlubi"

(Ya Allah Engkaulah maksudku dan Keredhaan Engkau yang aku tuntut) 


 Hal ini menepati Hadith Rasulullah *


إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى


"Sesungguhnya segala perbuatan itu bergantung pada niatnya, dan setiap orang akan mendapatkan apa yang diniatkannya." 

[Imam Bukhari, Imam Muslim]


WAJIB jauhkan sama sekali daripada niat-niat yang menyimpang seperti :


(1) Menunjuk-nunjuk 

(2) Mencari karomah hissiyyah seperti terbang, gerak cepat dan sebagainya. 

(3) Mencari kekuatan untuk bersilat, pertahanan diri dan sebagainya. 

(4) Berlumba-lumba menunjuk kehebatan diri

(5) Niat mencari hujjah berbahas teori-teori tasawwuf


Semua niat ini batil kerana menyimpang dari niat asal ubudiyyah.


SIRI 426 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar ke-55:

Abaikan Toriqat (Tasawwuf)

..... Sambungan....



Persoalan :

Mengapa orang Islam abaikan Toriqat (Tasawwuf)

=====================================


Persoalan ini seringkali dibangkitkan oleh kebanyakan orang Islam di mana-mana perjumpaan, kursus, seminar:


■ Mengapakah orang Islam abaikan Toriqat (Tasawwuf) sedangkan ia bersumber dari Wahyu?

■ Mengapakah ramai orang Islam tidak tahu apa-apa berkenaan Toriqat (Tasawwuf)?

■ Mengapakah ustaz, kiyai, profesor juga tidak tahu Toriqat (Tasawwuf) wajib diamalkan di samping Syari'at (fiqh)?

■ Mengapakah orang Islam sendiri mencemuh, mengejek, menghina Toriqat (Tasawwuf)?

■ JIka benar sebagaimana dibentangkan, tidakkah orang-orang bergelar Ulama, mufti, pemimpin Islam yang ingkar kepada Toriqat (Tasawwuf) ini takut akan balasannya? 


JAWAPAN :

Sesungguhnya jawapan kepada kemusykilan ini amat panjang — tidak memadai dengan hanya menyebut beberapa perkataan. Namun secara ringkas kita boleh menyebutkan beberapa hal pokok yang menjadi asbab kepincangan Ummat Islam.


Sebab Pertama :

Tidak menuntut Ilmu dari Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (sebenar).

Inilah punca utama dan terbesar. Ummat Islam pada zaman ini, bahkan beberapa abad sebelum ini juga tidak mempelajari Agama (Ahlus Sunnah) dari sumbernya yang suci murni, iaitu dari Mursyid Pewaris Nabi yang benar.  Bahkan mereka tidak berusaha mencari mereka dan berguru kepada mereka sedangkan Ulama Ahlus Sunnah telah sepakat bahawa mencari dan berguru kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) adalah *fardhu Ain*.


Akibatnya fahaman mereka bercampur aduk antara kebenaran dan kebatilan.  Bahkan berdasarkan pengalaman kami mendidik Ummat, hal-hal yang sangat asas seperti solat pun mereka berciciran — tidak mengetahui rukun dan syarat-syaratnya dengan benar.


Sebab ke-2 :

Kesibukan dunia

Barangkali inilah istilah yang paling sesuai untuk menggambarkan keadaan kebanyakan orang Islam pada zaman ini, iaitu mereka gagal mengetahui darihal Agama mereka sendiri.  Mereka telah disibukkan dengan dunia, mengejar kebendaan dan kesenangan sementara sehingga lupa kepada kewajipan sebenar mereka dihadirkan ke muka bumi. Akibatnya mereka tidak mempunyai kesempatan menuntut Ilmu yang wajib mereka pelajari sebagai persiapan diri untuk menghadap Allah Ta'ala, Raja segala Raja.


SIRI 427 : 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar ke-55:

Abaikan Toriqat (Tasawwuf)

.....Sambungan....



Sebab ke-3 :

Tidak mengenal Ahlus Sunnah yang benar

Pendirian Ahlus Sunnah jelas : bahawa setiap Muslim wajib amalkan Syari'at (fiqh) dan Toriqat (Tasawwuf) tanpa kecuali.  Seluruh angkatan Masyaikh Ahlus Sunnah yang Mu'tabar yang terkenal keikhlasan dan kejujuran mereka telah menegaskan hal ini. 


Sebab ke-4 :

Propaganda musuh Islam

Musuh-musuh Islam terutama Yahudi, Nasara dan sekutu mereka yang berusaha siang malam untuk memesongkan Ummat dari jalan yang benar.  Mereka melakukan berbagai propaganda halus sehingga ramai yang terpesong dari Ahlus Sunnah wal Jamaah yang benar. 


Yahudi dan Nasrani menyedari bahawa Islam takkan dapat ditumpaskan dengan perang. Orang Islam tak dapat dikalahkan dengan agenda kekerasan.  Tetapi untuk melemahkan Islam dan Ummat Islam adalah lumpuhkan unsur-unsur keruhanian, kekuatan hati, kekuatan jiwa, kekuatan keyakinan dan Keimanan.  Dan mereka sudah mengetahui jalannya adalah jauhkan Toriqat (Tasawwuf) yang menjadi nadi kekuatan Ummat.


Sejak itu mereka melakukan berbagai propaganda memburukkan nama Toriqat (Tasawwuf).  Dan cara paling berkesan untuk melakukan propaganda ini adalah dengan "mempergunakan" orang Islam sendiri.  Lebih tepat adalah pemimpin-pemimpin yang bernama Islam, penguasa-penguasa Islam, selebriti yang mempunyai pengaruh di kalangan masyarakat Islam, cerdik pandai Universiti dan orang-orang bergelar Ulama.  Mereka telah berjaya di dalam misi jahat mereka — mempergunakan orang Islam sendiri untuk musnahkan Islam.


Sebab ke-5 :

Propaganda firqah-firqah sesat

Hal ini mesti disebutkan supaya Ummat Islam, sedar dan membuka mata seluas-luasnya bahawa "musuh mereka ada di dalam selimut mereka"

Khawarij (wahhabiyyah), Syi'ah (rafidhi), Sekular (liberal), dan firqah-firqah sesat yang lain menimbulkan kekeliruan di kalangan Ummat Islam. Kebanyakan mereka pada zaman ini terdiri dari cerdik pandai Agama berkelulusan Universiti.  Mereka ini bukanlah bertaraf Ulama, jauh sekali untuk mengatakan mereka ini sebagai Mujtahid tetapi mereka ini berlagak bagaikan Mujtahid, menghukum "ini haram", "Ini bid'ah sesat", "ini khurafat" berdasarkan aqal dan pemikiran sendiri.  Siang malam mereka melakukan berbagai dakyah jahat melalui media elektronik — You Tube, Facebook dan lainnya.


Sebab ke-6 :

Bisikan Nafsu dan Syaitan

Dua musuh di dalam manusia, Nafsu jahat dan Iblis sentiasa menunggu peluang menarik kepada penyelewengan dan kesesatan.


SIRI 428 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar ke-55:

Abaikan Toriqat (Tasawwuf)

..... Sambungan....


Akibat abaikan Toriqat (Tasawwuf)

==========================


Sebagaimana kami katakan dari awal lagi, terlalu banyak manusia Muslim pada zaman ini abaikan Toriqat (Tasawwuf) kerana menurut mereka Toriqat (Tasawwuf) hanya barang sampingan, bukan suatu kewajipan.  Dan bagi setengah yang lain, Toriqat (Tasawwuf) itu rekaan Ulama.  Golongan paling melampau adalah mereka yang mencaci, mengejek dan menghinanya sebagai ajaran sesat.  Wal Iyazubillah.


Bahaya 1 :

Orang yang abaikan Toriqat

(Tasawwuf), tak mampu Sucikan Hati


Ini bahaya pertama.  Dikatakan bahaya kerana setiap manusia membawa hati yang keji dan kotor, iaitu hati yang dipenuhi syirik khafi (syirik tersembunyi dalam hati),  mazmumah (sifat keji dalam hati), ghaflah (kelalaian) dan aghyar (selain Allah). 


Semua kekotoran _maknawiyyah_ ini menjauhkan manusia dari Allah, menjadikan mereka manusia yang kufur dan syirik.  Syirik yang dimaksudkan di sini adalah Syirik Khafi, iaitu syirik hati yang membinasakan Iman dan merosakkan amal Ibadah.


Meskipun mereka ahli ibadah dan banyak bersedekah, namun hati mereka masih dipenuhi berbagai kesyirikan (syirik khafi) yang tak disedari.  Mereka menyangka hati mereka sudah suci sedangkan apabila diperhalusi pada sisi Toriqat (Tasawwuf), terlalu banyak anasir-anasir perosak yang bersifat maknawiyyah yang menguasai dan merosakkannya.


Oleh kerana itu, setiap Muslim wajib berusaha menyucikan hatinya menurut Sistem Tarbiyyah di dalam Ilmu Toriqat (Tasawwuf).  Ilmu Toriqat (Tasawwuf) membawa penawar bagi segala penyakit hati manusia.  Hanya melalui Toriqat (Tasawwuf), segala penyakit-penyakit hati mampu dicabut dari akar umbinya sehingga hati manusia berkenaan benar-benar suci bersih sebagaimana tuntutan Allah... 


Firman Allah :


قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّٮٰهَا   وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّٮٰهَا


“Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan merugilah orang yang mengotorinya”

[Asy-Syams (91) : Ayat 9-10]


Orang yang abaikan Toriqat (Tasawwuf) dan hanya amalkan Syari'at (fiqh) semata-mata, tak mampu bersihkan hatinya, maka akan kekallah dia di dalam kekeruhan hati, kekotoran hati dan kesyirikan hati.


Orang Islam yang paling hebat ilmu syari'atnya pun takkan mampu sucikan hatinya daripada anasir-anasir perosak kerana mereka tiada pengetahuan cara-cara menyucikannya.  Cara menyucikan hati sebagaimana tuntutan Allah hanya wujud di dalam Toriqat (Tasawwuf).  Apabila kamu abaikan Toriqat (Tasawwuf) maka kamu sudah kehilangan mutiara berharga yang paling berguna untuk menyucikan jiwa kamu.


SIRI 429 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar ke-55:

Abaikan Toriqat (Tasawwuf)

..... Sambungan....



Bahaya 2 :

Tak mampu mencapai Tauhid hakiki, Iman sejati


Ringkasan Tingkatan Iman, Tauhid, Ma'rifat :


■ Masyaikh Ahlus Sunnah membahagikan Iman atau Tauhid kepada beberapa bahagian dan tingkatan :


Pertama: Iman  Awam yang bertaqlid

Kedua : Iman orang Awam yang berdalil

Ketiga : Iman Mutakallimin (Ilmu Kalam)

Keempat : Iman Salikin yang mencapai berma'rifat.

Kelima : Iman Arifin @ Ahli Ma'rifat


Iman tingkatan 1, 2 dan 3 adalah Tingkatan Iman orang awam.


Iman tingkatan 4 adalah Iman Salikin yang sedang mujahadah pada jalan Allah. 


Iman tingkatan 5 adalah tingkatan Iman Arif Billah yang sampai ke martabat Taqwa dan Ihsan.


■ Sesungguhnya IMAN adalah "Cahaya Ketuhanan" di dalam hati insan.  


■ IMAN bukan sekadar ungkapan atau pengakuan semata-mata dan bukan teori-teori tentang Ketuhanan. 


■ IMAN tidak terhasil dari hafalan, diskusi, seminar, perdebatan... sebaliknya 


■ IMAN adalah Rahsia Ketuhanan yang bersemi di dalam dada seorang hamba Allah yang dibukakan mata hati bagi Mengenal-Nya dengan pandangan yang nyata benar.


■ Cahaya Ketuhanan ini adalah umpama "Pelita" atau "Lampu" yang bersinar di dalam HATI orang beriman.  


Firman Allah :


۞ ٱللَّهُ نُورُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ مَثَلُ نُورِهِۦ كَمِشۡكَوٰةٍ۬ فِيہَا مِصۡبَاحٌ‌ ٱلۡمِصۡبَاحُ فِى زُجَاجَةٍ‌ ٱلزُّجَاجَةُ كَأَنَّہَا كَوۡكَبٌ۬ دُرِّىٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ۬ مُّبَـٰرَڪَةٍ۬ زَيۡتُونَةٍ۬ لَّا شَرۡقِيَّةٍ۬ وَلَا غَرۡبِيَّةٍ۬ يَكَادُ زَيۡتُہَا يُضِىٓءُ وَلَوۡ لَمۡ تَمۡسَسۡهُ نَارٌ۬‌ نُّورٌ عَلَىٰ نُورٍ۬‌ يَہۡدِى ٱللَّهُ لِنُورِهِۦ مَن يَشَآءُ‌ وَيَضۡرِبُ ٱللَّهُ ٱلۡأَمۡثَـٰلَ لِلنَّاسِ‌ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمٌ۬ 


"Allah (memberi) cahaya (kepada) langit dan bumi.  Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti lubang yang tak tembus yang di dalamnya ada pelita besar.  Pelita itu di dalam kaca dan kaca itu seakan-akan (bintang yang bercahaya) seperti mutiara yang menyalakan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah baratnya yang minyaknya sahaja menerangi walaupun tidak disentuh api.  Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis) Allah membimbing kepada cahayanya, siapa yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."

[An-Nuur (24) : Ayat 35]


Berkata Ibn Abbas Radhiallahu anhu :

"Kalam Allah (   مَثَلُ نُورِهِ ) adalah Cahaya Allah di dalam hati orang beriman"

 [Tafsir Ibn Abbas]


Berkata Imam Jilani Radhialllahu anhu :

"Maksud Misykat adalah hati seorang Mu'min.  Maksud Al-Misbahu adalah bermaksud Rahsia tinggi yang terbit dari hati yang amat suci iaitu Ruh Sultoni.  Maksud Az-zujajatu  adalah mata-hati yang bersifat dengan gemerlapan kerana kekuatan cahaya yang luar biasa."

[Sirrul Asrar]


Cahaya Ketuhanan dikatakan sebagai "Petunjuk Allah" dan "Cahaya yang menerangi" ke dalam hati orang beriman.  Lebih tinggi lagi ianya bermaksud Sirriyah —  Rahsia Ketuhanan yang bersemi di dalam ruh orang beriman.  Semua ini gambaran kedudukan seseorang yang beriman — berbeza-beza dan bertingkat-tingkat keimanannya dan kedudukannya di sisi Allah.


Keimanan sejati atau Tauhid yang hakiki hanya tercapai apabila seseorang mujahadah sungguh-sungguh pada Jalan Ma'rifat dengan pimpinan Guru yang benar-benar Arif. 


Orang yang abaikan Toriqat (Tasawwuf) tidak akan sama sekali mencapai Tauhid yang suci murni. Sebaliknya dia akan tetap berada tingkatan Iman orang awam yang sentiasa bergelumang dengan kesyirikan (syirik khafi), mazmumah dan kelalaian.


SIRI 430 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar ke-55:

Abaikan Toriqat (Tasawwuf)

..... Sambungan...


Bahaya 3 :

Tak mampu mencapai Ikhlas

=====================


Orang yang abaikan Toriqat (Tasawwuf) tak mungkin mencapai hakikat ikhlas, kerana hatinya sentiasa diselubungi kesyirikan yang halus - syirik khafi (syirik tersembunyi).


Berikut penjelasan ringkas berkenaan Pengertian Ikhlas dan mengapa ikhlas terhalang ketika Toriqat (Tasawwuf) diabaikan:


■ Ikhlas merupakan syarat batin (hati) yang paling utama bagi  setiap ibadah.  


Firman Allah :


 وَمَآ أُمِرُواْ إِلاَّ لِيَعْبُدُواْ اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدّينَ  


“Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya,”

[Al-Bayyinah : 5]  


■ Ikhlas adalah pemisah di antara qabul dan tertolaknya amal.  Ini bermakna sekalian amal yang tiada ikhlas bersertanya, akan menjadi sia-sia dan tertolak...! 


Rasulullah ﷺ bersabda :

"Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah. 

[Imam Abu Daud, Imam An-Nasa'i]


■ Berdasarkan keterangan Ulama Arif Billah yang mengetahui rahsia-rahsia Ketuhanan dan kehambaan, ikhlas membawa makna yang sangat murni terhadap kehambaan insan dan hakikat Tauhid.


■ Ikhlas merupakan cabang utama Tauhid dan pintu masuk kepada Hadrat Ilahi.  Tanpa ikhlas seseorang hamba (insan) tidak akan menemui Tuhannya.  Bahkan tidak mungkin dia menjadi hamba Allah!  


■ Ahli Ma'rifat membahagikan ikhlas kepada 3 tingkatan :

1. Ikhlas orang awam  

2. Ikhlas orang abrar  

3. Ikhlas orang Arif  

 

■ Sebahagian yang lain membuat pembahagian lebih terperinci :


1. Ikhlas orang awam - 3 tingkatan  

2. Ikhlas salikin - 3 tingkatan  

3. Ikhlas Arifin - 1 tingkatan


Bersambung siri 431 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳


No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...