10 TANDA UTAMA AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Berikut adalah ringkasan pendirian /pegangan DASAR-DASAR UTAMA Ahlus Sunnah Wal Jamaah, yang sebahagiannya dinukil dari Kitab Al Ghunyah Li Talibil Muridil Haqq karya Sulton Auliya Shaikh Muhyiddin Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu. , Kitab Ihya Ulumuddin, Kitab Sirus Salikin dan beberapa kitab Ahlus Sunnah lain.

Pertama:

Meyakini bahawa satu-satunya kelompok ummat  yang selamat dan dijamin syurga adalah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Kedua

DASAR pengambilan hukum adalah tiga sumber utama :

Al-Qur'an

As-Sunnah

Al-Ulama

(ijma dan Qias Ulama Ahlus Sunnah yang Mu'tabar)

Ketiga:

Mengakui Mazhab Fiqh, Usuluddin dan Tasawwuf seperti berikut :

Fiqh :

●Mazhab Hanafi

●Mazhab Maliki

●Mazhab Syafi’e

●Mazhab Hanbali

 

Usuluddin : 

●Asy’ariyyah

●Maturidiyyah


Tasawwuf /Toriqat :

 Mengakui 44  (empat puluh empat) Toriqat Sahih pada sisi Ahlus Sunnah Wal Jamaah sebagaimana Keputusan Mu'tamar Jami'ah Toriqah Mu'tabarah Pekalongan, Jawa, Indonesia.

Keempat:

Menyakini setiap orang Islam yang mukallaf wajib mempelajari dan beramal dengan tiga macam Ilmu asas fardhu ain, iaitu :

  • Fiqh
  • Usuluddin
  • Tasawwuf/Toriqat

 Kelima

Setiap orang beriman wajib berguru kepada  salah seorang dari wakil Rasulullah yang diamanahkan untuk memimpin ummat kepada Allah.

Iaitu guru yang dikenali sebagai Shaikh Mursyid atau Ahli Sufi atau Ahli Ma’rifat. 

Mereka ini sebagai Warisatul Anbiya yang siddiq (benar) dan sekaligus  pemimpin Ahlus Sunnah Wal Jamaah sepanjang zaman mulai dari Kurun sahabat Khulafa Ar-Rasyidin dan berterusan sehingga Qiamat.

Keenam

Mengakui dan memuliakan semua Auliya Allah.  Antara yang ternama yang telah banyak berjasa kepada Ummat :

Khulafa Ar-Rasyidin – Sayyidina Abu Bakr, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman, Sayyidina Ali Ridhwanullah.

Sayyidina Hasan

Sayyidina Husain

Semua sahabat Nabi yang mulia yang dimuliakan oleh Rasulullah

Imam Ali Zain Al Abidin

Imam Muhammad Baqir

Imam Jaafar Siddiq

Imam Hasan Al-Basri

Imam Sufyan Ath-Thawri

Imam Junaid Al Baghdadi

Imam Abu Yazid Al Bustami

Imam Musa Kazim

Imam Musa Ali Redha

Imam Abu Hanifah

Imam Malik

Imam Shafie

Imam Ahmad ibn Hanbal

Imam Abu Hasan Ashaari

Imam Ghazali

Imam Rafie

Imam Muhyiddin Abdul Qodir Jilani

Imam Ibn Arabiy

Imam Qastolani

Imam Nawawi

Imam Hujweri

Imam Sayuthi

Imam Fakhruddin Ar Razi

Imam Zakariyya Al Ansari

Imam Ash Sha'rani

Imam Qushairi

Imam Ibn Hajar Haithami

Imam Romli

Imam Ahmad Sirhindi

Imam Waliyullah Dahlawi

Imam Haddad

Imam Reza Khan

dan lain-lain.. yang diakui oleh Ahlus Sunnah Wal Jamaah

Kesemua mereka adalah Ulama Ahlus Sunnah bertaraf Auliya Allah yang sebahagiannya mujtahiddan sebahagiannya mujaddid Islam.

Ketujuh

Menolak semua kelompok yang telah difatwakan sesat oleh Ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang Mu'tabar.

Golongan Batil dan Palsu yang telah difatwa Sesat oleh Ulama Ahlus Sunnah Mu’tabar adalah:

72 Golongan sesat Aqidah.

1. Khwarij (wahabiyah zaman ini)

2. Mu'tazilah

3. Murji'ah

4. Syiah

5. Jahmiyyah 

6. Najjariyyah

7. Dharariyyah

8. Kilabiyyah

9. Musyabbihah

[Ijtihad Al Ghawth Al A'zhom, Sulton Auliya  Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anh]

11 Kelompok sesat keruhanian/ ilmu batin sesat

(abad ke-5 Hijriyyah)

1. Hululiah

2. Haliah,

3. Awliaiyyah,

4. Syamuraniyya,

5. Hubbiyah,

6. Hurriyah,

7. Ibahiyyah,

8. Mutakasyiliyah,

9. Mutajahiyah,

10.Wafiqiyah,

11. Ilhamiyah

[Ijtihad Al Ghawth Al A'zhom, Sulton Auliya  Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anh]


7  Kelompok Sesat Keruhanian Zaman ini

 (1)  Ilmu Pertahanan Diri yang Sesat

Ilmu  Pertahanan diri seperti lmu Silat, kung Fu, Tai Chi dan sebangsa ya yang dipengaruhi jinn syaitan. Untuk buktikan kekuatan masing2 adakan demo "tetak parang",  "lompatan api"  dan berbagai llmu kebal sedangkan mereka tertipu dengan mainan syaitan . Jika silat atau kung fu atau lain2 semata2 gunakan teknik gerak tanpa pengaruh unsur2 jinn syaitan, maka ini harus bahkan di anjurkan. Tetapi apa yang berlaku bukan saja teknik gerak semata2, melainkan disertai oleh unsur makhluk halus. Malangnya golongan silat tak mengakui perkara tersebut dan bermati matian mempertahankan kebatilan.

(2)  Ilmu Meditasi Rawatan Kesihatan

Latihan Kesihatan yang dipengaruhi oleh ilmu jinn syaitan seperti  yoga dll. 

(3)  Ilmu Hakikat @ Kebatinan yang songsang.

Pengkaji hakikat @ ilmu kebatinan dengan cara mengkaji kitab2 ulama yang tinggi lalu berlagak seolah2 mereka sudah memperolehnya.

Selain dari kelompok2 tersebut ada yang lain2 cuba menembusi Ilmu hakikat seperti Reiki, budi suci, cakra alam, kundalini dll sepertinya.

Orang2 Islam yang terpengaruh dengan konsep2 penganut Budha dan Hindu, mencipta cara sendiri dengan campur adukkan ayat Qur'an dan zikir tertentu.

(4)  Bomoh, Pawang, Dukun

Semua kelompok bomoh, dukun, pawang, ahli nujum, ahli sihir dan sebangsanya bersekutu menyembah jinn syaitan untuk memperoleh kekuatan kebatinan.

(5)  Perawat /Tabib/ Doktor yang subahat dengan jinn syaitan

Ini golongan Perawat / Tabib/ Doktor Tradisi yang menggunakan jinn syaitan di dalam rawatan mereka. Sebahagian mereka tak sedar, namun kebanyakan mereka buat demikian dengan sedar /sengaja. Golongan ini agak berbeza dengan Golongan bomoh kerana mereka ini menggunakan nama2 Islam seperti  Asy-Syifa,  Rawatan Islam, Rawatan Tradisi dsb.

(6)  Tafsir Al Qur'an dan Hadith dengan pemikiran sendiri/nafsu

Ini adalah semua golongan manusia yang gemar mentafsir Al Quran dan Hadith Nabi mengikut pendapat akal dan nafsu  seperti wahabiyyah @ najdiyah, syiah, sekular dan penyokong2 mereka dll.

(7)  Kelompok Tarik Rezeki Asmaul Husna.

Kelompok ini salah guna Asmaul Husna gabungkan cara meditasi kafir mendakwa boleh menarik rezeki.

Semua golongan di atas adalah golongan sesat yang JELAS berlawan an dengan Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar, maka dilarang menyertai mereka.

Kelapan

HARAM dan berdosa besar mengkafirkan atau hukum sesat atau hukum syirik  kepada  seseorang Muslim  atau satu kumpulan orang Islam dengan semata2 pendapat aqal /nafsu. 

Hak jatuhkan hukuman pada individu atau kumpulan adalah pada Ulama Pewaris Nabi yang mahir di dalam selok belok hukum Agama serta Mahkamah Islam.

Orang awam cuma menasihati /memberi peringatan/ amaran kepada orang2 yang tersalah jalan.

Kesembilan

Haram, berdosa besar dan masuk kepada kekufuran orang2 yang mentafsirkan Al-Qur'an dan Hadith mengikut pendapat aqalnya.

Maksud haram mentafasirkan Al Qur'an dan Hadith mengikut aqal adalah cuba memahami ayat Qur'an dan Hadith Nabi mengikut pendapat sendiri dan jadikannya pegangan.

Kesepuluh

Meyakini perkara2 berikut berdasarkan Al Qur'an, Hadith serta Fatwa Ahlus Sunnah :

(1) Yakin Kewujudan Nur Muhammad.

(2) Rasul, nabi, Aulia Allah (yang telah wafat) hidup di alam Barzakh secara istimewa dan harus ditemui/bertemu orang soleh yang hidup.

(3) Sunnat ziarah Maqam Rasul, Nabi, Wali Allah dan umum orang beriman.

(4) Sunnat mengambil barakah dari tubuh Nabi seperti rambut, air liur, peluh atau pakaian baginda, sama ada ketika Baginda hidup atau sesudah wafat.

(5) Harus tawassul melalui Rasulullah, Auliya Allah dan orang2 soleh.

(6) Sunnat menyambut dan muliakan Maulid Nabi.

(7) Harus bahkan boleh jadi sunnat mengadakan tahlil dan kenduri arwah.

(8) Harus menggunakan ruqyah, azimat, ta'weez, Aufaq yang menepati syarat2 yang telah difatwakan oleh Ulama Mu'tabar.

(9) Bersikap pertengahan di dalam menyambut bulan2 kemuliaan tertentu seperti Muharram, Rejab, Sya'ban dan jauhi sama sekali golongan ghuluw yang melampaui ketentuan Agama. (Ahlus Sunnah)

Ertinya TIDAK menolak terus kemuliaan2 di dalamnya serta beramal sesuai dengan ketentuan Ulama Ahlus Sunnah Mu'tabar.

(Jauhi sikap Wahabiyah)

Pada masa yang sama TIDAK pula berlebihan sehingga mencipta ayat palsu, hadith2 palsu, khabar palsu.

(Jauhi sikap Syi'ah rafidi)

(10)  Fatwa2 lain yang diputuskan oleh Ulama Ahlus Sunnah dari semasa ke semasa.

Jika kalian memahami ASAS-ASAS terpenting Ahlus Sunnah Wal Jamaah ini, kalian sudah memperoleh kebaikan yang banyak.

Cara paling selamat bagi setiap orang beriman adalah mencari dan berguru kepada Warisatul Anbiya yang siddiq. (benar), iaitu Shaikh Mursyid @ Ahli Sufi @ Ahli Ma'rifat  yang benar2 mewarisi ilmu Nabi zahir dan batin, jasmani dan ruhani, syari'at dan haqiqat.

Mereka adalah insan2 terpilih yang sentiasa berserta Allah, sentiasa di dalam pimpinan ruhaniah Rasulullah . dan sentiasa di dalam kebenaran. Mereka tidak bawa kalian melainkan kepada Allah. Maka berserta mereka itulah keberuntungan yang sebenar.

Ini telah sepakat Ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar.


No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...