Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
PROSES PENYUCIAN HATI SELAMA 13 TAHUN DI MAKKAH.
MENGAPAKAH DEMIKIAN
LAMA WAKTUNYA MEMBENTUK IMAN?
Allah Ta'ala menurunkan
Rasulullah ﷺ membawa Kalimat Tauhid yang Agung La-Ilaha-Illallah
kepada sekalian manusia. Baginda bukan
sahaja diperintah da'wahkan Kalimat Agung ini secara umum kepada seluruh
manusia, tetapi juga diperintah mendidik para Sahabat dengan suatu Sistem
Pendidikan Khusus sehingga mereka menjadi insan2 suci dan mulia di sisi Allah.
Firman Allah :
هُوَ ٱلَّذِى بَعَثَ فِى ٱلۡأُمِّيِّـۧنَ رَسُولاً۬
مِّنۡہُمۡ يَتۡلُواْ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتِهِۦ وَيُزَكِّيہِمۡ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ
وَٱلۡحِكۡمَةَ وَإِن كَانُواْ مِن قَبۡلُ لَفِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ۬
“Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta
huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada
mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (Ilmu rahsia
dan pengetahuan mendalam). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam
kesesatan yang nyata.”
[Al-Jumu’ah (62) : ayat 2]
Berpandukan Wahyu Ilahi,
Rasulullah ﷺ mendidik para Sahabat dengan penuh
kesungguhan selama 13 tahun sehingga mereka memperoleh Ilmu Hikmah dan Ma'rifat
yang tinggi. Mereka menjadi hamba2 Allah
yang bertaqwa yang dikasihi Allah.
Beberapa perkara penting untuk direnungkan
pada Sistem Pendidikan Rasulullah ﷺ
selama 13 tahun di Makkah.
(1) Proses pendidikan yang lama:
Baginda mendidik para Sahabat
selama13 tahun, demikian itu adalah jangka waktu yang sangat panjang. Mengapa perlu jangka waktu yang begitu
panjang untuk mendidik para Sahabat? Apakah
rahsia di dalamnya.?
(2) Sasaran
pendidikan adalah hati:
Menurut Manhaj Al-Qur'an, pendidikan Rasulullah ﷺ tertumpu kepada
pembinaan HATI. Baginda tidak diperintahkan membentuk Ekonomi, atau baiki
Sistem Politik atau bentuk pasukan ketenteraan atau lain2nya tetapi yang
menjadi sasaran adalah HATI. Pernah
kalian renungkan Mengapakah sasarannya
HATI? Mengapakah pendidikan HATI diutamakan daripada lain2nya? Apakah hikmah di sebaliknya?
(3) Zikrullah
asas penyucian HATI:
Amalan yang diwajibkan ketika itu
(selama 10 tahun pertama Nubuwwah) hanyalah Zikrullah. Tiada ibadah lain. Solat, Puasa, Zakat dll belum diturunkan
lagi. Ibadah yang difardhukan ketika
itu hanyalah Zikrullah iaitu ingat Allah dalam hati secara berterusan. Ini yang dimaksudkan dengan Zikrullah yang
wajib. Apakah rahsianya Zikrullah
menjadi dasar terpenting pendidikan jiwa?
Bagaimanakah hikmah Zikrullah menjadi sumber penyucian jiwa? Bagaimanakah Zikrullah menjadi senjata bagi hapuskan nafsu
kejahatan serta bisikan Syaitan? Bagaimanakah Zikrullah menjadi asas
menerbitkan cahaya hati? Bagaimanakah
cara Zikrullah membuka pintu2 Tauhid? Bagaimanakah Zikrullah menjadikan
seseorang itu Taqarrub kepada Allah, mencapai darjat Muttaqeen dan Muhsinin?
(4) Dilarang berjihad dengan senjata:
Sepanjang 13 tahun itu, Baginda
Rasulullah ﷺ dan para Sahabat menerima berbagai
halangan, rintangan, dugaan dan penentangan kaum kafir Quraisy. Baginda dan para Sahabat dipulau, disiksa
dan sebahagiannya dibunuh. Tetapi Allah Ta'ala perintahkan mereka supaya sabar
dan melarang mereka angkat senjata melawan golongan kafir. Apakah hikmah larangan ini?
(5) Rasulullah ﷺ menolak segala tawaran Abu Jahal:
Sepanjang perjuangan Rasulullah ﷺ di Makkah, Abu Jahal menawarkan berbagai
tawaran sebagai ganti Baginda meninggalkan Da'wah Baginda, tetapi semuanya
ditolak. Mengapa Rasulullah ﷺ menolak?
Mengikut logik aqal Rasulullah ﷺ boleh saja menerima jawatan tinggi di Makkah, menjadi kaya
raya, boleh bersenang lenang dengan
perempuan dan berbagai habuan dunia yang ditawarkan oleh Abu Jahal, namun
Rasulullah ﷺ menolak semuanya.
(6) Allah Ta'ala Maha Berkuasa berikan Kerajaan Islam sekaligus: Mengikut logik pemikiran aqal, semua itu hanyalah menyiksa diri.
Logik aqal akan mengatakan : Apa salahnya Rasulullah ﷺ dan para sahabat diberikan terus sebuah Kerajaan Islam tanpa melalui penderitaan demikian.
Rasulullah ﷺ boleh saja berdoa kepada Allah agar dimusnahkan Abu Jahal dan kuncu2nya lalu diberikan sebuah kerajaaan Islam berdiri megah di Makkah.
Adakah ini mustahil? Tidak mustahil bahkan Allah Ta'ala Maha Berkuasa lebih daripada itu.
Allah Ta'ala tidak memerlukan sesiapa pun untuk mendirikan Kerajaan-Nya di atas muka bumi...!
Kalam Dia hanyalah " kun " maka "jadilah dia". Tetapi semua ini tak berlaku. Rencana Ilahi tidak mengikut fikiran aqal yang sempit. Allah Ta'ala Maha Mengetahui sedangkan manusia semuanya jahil kecuali yang diberi Ilmu oleh Allah Ta'ala.
(7) Proses Pendidikan yang begitu lama:
Mengapa seluruh perjuangan Rasulullah ﷺ memakan masa
yang begitu panjang?
Apakah hikmahnya?
Allah Ta'ala Maha Bekuasa atas segala sesuatu. Dia boleh sahaja
Mengurniakan kemenangan kepada Rasulullah ﷺ dan Sahabat dalam
beberapa bulan atau beberapa minggu. Mengapa perlu menunggu
begitu lama sambil menanggung penderitaan yang tiada tertanggung
sehingga para Sahabat merayu,..
Wahai Rasulullah : Bilakah datang pertolongan Allah?
Firman Allah :
أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُمۖ مَّسَّتۡہُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُ ۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٌ۬
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga,
padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku
kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan
(kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman
bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada
bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya
pertolongan Allah itu dekat (dengan syarat kamu bersabar dan berpegang teguh
kepada Tali Allah)."
[Al-Baqarah (2) : ayat 214]
Renungkan peringatan ini:
1. Apakah kamu mengira kamu dapat masuk syurga sedang
kamu belum diuji?
2. Apakah kamu mengira kamu ahli Syurga sedangkan belum terbukti keimanan kamu kepada Allah dan Rasul-Nya?
3. Apakah kamu berangan² mencapai kemenangan sebagai Mu'min sedangkan kamu belum menempuh dugaan²nya pada waktu yang panjang (seperti hamba² Allah terdahulu)?
Renungkanlah sedalam2nya...!
Moga Allah Ta'ala melimpahkan cahaya-Nya ke dalam hati setiap orang membaca
peringatan ini.
❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇❇️
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇❇
No comments:
Post a Comment