UBAT YANG SAMA TETAPI PENYEMBUHAN DARI PERAWAT BERLAINAN?

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah

Al-Kholidiyah


 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


 UBAT YANG SAMA TETAPI PENYEMBUHAN DARI PERAWAT BERLAINAN?

……………………………………………………

Kebanyakan kita menghadapi situasi / persoalan ini... iaitu perawat2 yang menggunakan ubat penyembuhan yang sama. Tetapi satu dapat menyembuhkan sementara yang lain2 tak dapat menyembuhkannya.

Ada kalanya kita berjumpa doktor2 biasa tak sembuh penyakit. Tetapi apabila jumpa pakar selesai masalah dalam sekelip mata.

1. Doktor A, B, C, D tidak dapat sembuhkan penyakit.

2. Doktor E dapat sembuhkan penyakitnya.

Bagaimanakah jelaskan hal ini?

Adakah perawat yang beri kesembuhan itu berkuasa?

Adakah ubat yang ada pada perawat itu berkuasa?

Mengikut logik aqal sepatutnya perawat2 yang sama2 menggunakan ubat yang sama, penyembuhan pun tentu sama, tetapi ini tak berlaku di dalam realiti kehidupan.

Lazimnya "kepakaran" suatu hal yang menjadi keutamaan di dalam perubatan.

Bagaimanakah kita membuat pendirian di dalam hal ini?

Penjelasannya :
~~~~~~~~~~~~

Ada dua kemungkinan besar melihat kepada asbab yang dijadikan oleh Allah Taala pada ubat, perawat dan penyembuhan penyakit.:

1) Kemungkinan doktor yang berjaya (perawat E) mempunyai kepakaran rawatan yang lebih baik dan benar2 sampai kepada punca penyakit berbanding doktor2 lain.

2) Kemungkinan ubat yang digunakan oleh perawat E mempunyai  ubat @ penawar  yang benar2 menepati @ sesuai sebagai penyembuhan kepada penyakit.

(3) Unsur doa dan keyakinan Perawat. (jika perawat beriman)

Maksud di sini jika perawat mempunyai keimanan yang tinggi, ini mempunyai kesan kepada pesakit. Mungkin disebabkan doanya yang maqbul, langsung terus disembuhkan oleh Allah Taala.


****************************


Kesimpulannya dari semua perbincangan sebelum ini, adab2 berikut  PENTING dipelihara khususnya bagi seseorang yang sakit atau sembuh dari penyakit :

(1) Allah Taala yang mendatangkan penyakit dan Dia juga menurunkan ubat @ penawar bagi penyakit itu.

(2) Setiap penyakit ada ubat yang sesuai ditentukan oleh Allah Taala. (ertinya Allah Taala meletakkan asbab penyembuhan atau kuasa penyembuhan pada benda2 @ unsur @ ubat @penawar  tertentu untuk penyakit tertentu.

Apabila ubatnya sesuai dengan penyakit maka jadi kesembuhan.  BUKAN ubat itu berkuasa. Tetapi Kuasa Allah Taala meliputi  "kuasa penyembuhan" pada benda2 yang dijadikan-Nya.

(3) Kepakaran di dalam perubatan juga unsur penting bagi merawat pesakit. Doktor / perawat yang lebih pakar mengetahui dengan lebih baik cara2 aplikasi, cara2 ubat sampai kepada punca penyakit.  Berbanding dengan perawat yang belum mahir yang hanya mengetahui sebahagian dari rawatan tersebut.

Namun pandangan dan keyakinan hendaklah tetap bahawa itu semua di dalam genggaman Allah jua.


(4) Jika kita disembuhkan melalui suatu ubat atau perawat, maka perkara pertama yang WAJIB adalah :  Ingat Allah  yang berikan penyembuhan lalu bersyukur kepada-Nya.  Kedua, kita perlu berterima kasih juga kepada perawat yang berjaya menyembuhkan kita kerana mereka menjadi asbab penyembuhan.  

Ini kerana syukur (terima kasih) kepada orang2 yang menjadi asbab suatu kebaikan dari Allah sampai kepada kita adalah tanda orang itu syukur kepada Allah.

(5) Jauhkan sama sekali dari i'tiqad bahawa perawat atau ubat mempunyai kuasa dengan sendiri. Tetapi yakinlah bahawa Allah Taala meletakkan asab2 penyembuhan @ kuasa penyembuhan pada makhluk2 tertentu menurut Ilmu-Nya pada ketentuan Azali.

(6) Jika penyakit yang sama berulang pada masa akan datang, awal sekali istighfar mohon keampunan Allah dan mohon kesembuhan dari penyakit yang dihadapi. Kemudian barulah usaha cari penawar / ubat.

JANGAN sesekali fikirkan ubat atau perawat dahulu.. tetapi ingat Allah dahulu, mohon ampun dan mohon perlindungan dari Yang Maha Kuasa.

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...