WAJIB CEGAH KEMUNGKARAN PARA PENGUASA

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


WAJIB CEGAH KEMUNGKARAN PARA PENGUASA


Pada zaman ini Negara2 orang Islam ditadbir oleh Sistem Demokrasi atau Sistem lain yang bertentangan dengan Islam. Bahkan tidak kurang juga pemimpin2 ini terpengaruh dengan Fahaman2 Sesat seperti fahaman Wahhabiyyah (khawarij zaman ini), Syi'ah (rafidhi), sekular, liberal ....  semua ini jelas kesesatannya sebagaimana fatwa Imam2 Ahlus Sunnah yang terpercaya.


Ummat Islam perlulah bijak menggunakan segala peluang yang ada untuk  Amr Bil Ma'ruf Nahyi Anil Mungkar   (menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran).   Segala kemungkaran yang berlaku sama ada ianya dari rakyat atau Pemerintah,  WAJIB dicegah dengan berbagai cara yang di- haruskan, mengikut tahap kemampuan masing2.   Ini kerana telah terdahulu Perintah Allah dan Rasul-Nya kepada sekalian Ummat Islam yang beriman agar mereka tetap berusaha menghapuskan segala kemungkaran, tanpa mengira siapa mereka.


Ummat Islam DILARANG KERAS berdiam diri ketika kemungkaran berleluasa, termasuk kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintah, sama ada di peringkat bawahan mahu pun pemimpin atasan. Mereka yang hanya berdiam diri ketika mereka mempunyai kemampuan untuk mencegah kemungkaran akan terjatuh kepada La'nat Allah Ta'ala.

✨🕌✨Firman Allah :

لُعِنَ ٱلَّذِينَ ڪَفَرُواْ مِنۢ بَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُ ۥدَ وَعِيسَى ٱبۡنِ مَرۡيَمَ‌ۚ ذَٲلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّڪَانُواْ يَعۡتَدُونَ (٧٨)ڪَانُواْ لَا يَتَنَاهَوۡنَ عَن مُّنڪَرٍ۬ فَعَلُوهُ‌ۚ لَبِئۡسَ مَا ڪَانُواْ يَفۡعَلُونَ (٧٩)

  Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan ‘Isa putera Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batasan. Mereka satu sama lain tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat itu. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka lakukan itu.”

[Al-Ma’idah (5) : ayat 78-79]

Apabila kemungkaran, kezaliman dan kekufuran telah berleluasa, dan tiada yang berusaha mencegahnya apa lagi bersubahat dengan segala kemugkaran tersebut, maka akan turun bala meratai semuanya termasuk orang yang banyak beramal, pergi Haji berkali2, banyak solat, menjadi Mufti, menjadi Qadhi, menjadi Ketua Jabatan Agama, Menteri Agama dan lain2,

✨🕌✨Firman Allah  :

وَٱتَّقُواْ فِتۡنَةً۬ لَّا تُصِيبَنَّ ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنكُمۡ خَآصَّةً۬‌ۖ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ

Dan peliharalah diri kamu dari fitnah yang tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu secara khusus, (akan tetapi menimpa secara umum) dan ketahuilah bahwa Allah Amat Keras siksaan-Nya.”

[ Al-Anfaal (8) : ayat 25]

✨🕌✨Rasulullah    bersabda :

"Demi Allah yang jiwaku ada di tangan-Nya, kamu wajib menganjurkan kebaikan dan mencegah kemungkaran, atau kalau tidak pasti Allah akan menurunkan siksa kepadamu, kemudian kamu berdoa, maka tidak diterima doa dari kamu”.

[Imam Tirmizi]

✨🕌✨Rasulullah    bersabda :

 “Sesungguhnya jika manusia melihat seseorang melakukan kezaliman, kemudian mereka tidak mencegah orang itu, maka Allah akan meratakan adzab kepada mereka semua.

[Imam Dawud, Imam At-Tirmizi]

Mereka yang Selamat:

Ketika diturunkan bala Allah Ta'ala ke atas muka bumi,...  Allah Ta'ala akan selamatkan orang yang beriman dan  tetap melakukan  Amr Bil Ma'ruf Nahyi Anil Mungkar.

Allah Ta'ala akan selamatkan golongan ini dengan berbagai jalan yang tiada terduga, sebagaimana banyak sekali contoh2 yang terjadi sebelum ini.

✨🕌✨Firman Allah :

فَلَمَّا نَسُواْ مَا ذُڪِّرُواْ بِهِۦۤ أَنجَيۡنَا ٱلَّذِينَ يَنۡہَوۡنَ عَنِ ٱلسُّوٓءِ وَأَخَذۡنَا ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ بِعَذَابِۭ بَـِٔيسِۭ بِمَا كَانُواْ يَفۡسُقُونَ

"Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasiq (derhaka)"

[Al-A'raf  (7) : ayat 165]

Definisi Kemungkaran:

Definisi Mungkar menurut bahasa:

Mungkar berasal dari kata Arab (  نَكِرَ  )  bermaksud "engkar"  ,  "berlawananan", "tidak dikenal",  "tidak menyenangkan"

Definisi Mungkar menurut istilah syara' :

Sekalian hal yang menderhakai Allah sama ada perkataan, perbuatan atau i'tiqad dan perkara tersebut telah disepakati Ulama Ahlus Sunnah sebagai "mungkar"  atau "ma'siat"  atau "penderhakaan"   ertinya termasuk larangan keras / haram.

Dengan definisi ini, kita fahami tidaklah semua hal yang tidak disukai itu "mungkar"  atau "ma'siat"  melainkan hal tersebut telah disepakati oleh Ulama Ahlus Sunnah yang Mu'tabar.

 [Catatan :  Ulama Mu'tabar Ahlus Sunnah adalah Ulama bertaraf Auliya Allah mulai dari Sahabat Nabi khusus nya Khulafa Ar-Rasyidin, Tabiin, Tabiit -Tabiin, Imam2, Shaikh, Mursyid, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat yang siddiq yang menjadi Pewaris Nabi yang muhaqqiq yang sambung-menyambung sampai Qiamat]

Peringkat / Tingkatan Cegah Kemungkaran:

Mereka yang melihat kemungkaran wajib mencegahnya mengikut kemampuan masing2 dan mengikut tahap2nya sesuai dengan kesalahan / kemungkaran yang berlaku.

Tiga Tingkatan Cegah Kemungkaran:

Pertama   : Dengan tangan / kuasa   

Kedua     : Dengan lisan

Ketiga     : Dengan hati

Yang Pertama, orang mempunyai kuasa dan dia WAJIB menahan segala kemungkaran dengan kuasa yang ada padanya.  Misalnya dia orang mempunyai kuasa memerintah suatu negeri, maka WAJIB bagi dia memastikan segala kemungkaran dihapuskan.  Jika dia hanya berdiam diri, apa lagi dia sendiri bersubahat di dalam kemungkaran tersebut, maka inilah pemimpin yang khianat Amanah Allah.

Yang kedua, iaitu orang yang mempunyai ilmu dan mengetahui hujjah-hujjah berkenaan kemungkaran yang dilakukan, WAJIB mencegahnya dengan lisannya. Maksud lisan termasuk tulisan melalui berbagai media.  Bagi golongan ini WAJIB mencegah kemungkaran dengan lisan / perkataan / penulisan.  Dengan demikian orang yang diberi ilmu oleh Allah Ta'ala tetapi dia berdiam diri tanpa sedikit pun usaha mencegah segala kemungkaran tersebut dengan lisan / lidah / kata2 nasihat / tulisan , maka dia adalah orang yang telah khianat Amanah Allah. 

Yang ketiga itu selemah2 Iman, iaitu mereka yang tiada kuasa (mereka bukan orang berkuasa atas orang dida'wahkan) dan mereka juga tak mampu untuk berkata2 kerana kurang ilmu, maka mereka wajib sekurang2nya membenci kemungkaran tersebut.  (Ertinya membenci sifatnya dan bukan memusuhi diri orang yang melakukannya.)

Mencontohi Peribadi Shaikh Abdul Qadir Jilani:

Sepanjang sejarah Ummat, para Ulama Billah / Masyaikh yang terpercaya sentiasa menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.   Mereka  tidak menyertai Pemerintah / Khalifah / Amir yang memerintah, tetapi mereka sentiasa menyeru Pemerintah / Khalifah / Amir supaya berlaku adil dan takut kepada Allah.  Mereka menjauhi segala perbalahan, perebutan kuasa pemimpin2 tamak dunia dan pangkat, tetapi mereka  sentiasa berikan peringatan, nasihat dan amaran kepada Kepala2 Negara agar mereka melaksanakan tuntutan Allah Ta'ala dan  jangan melampaui batas. 

Salah satu contoh unggul adalah Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radiallahu anhu.

Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu adalah seorang Ahli Sufi yang unggul  yang telah mencapai Ma'rifat yang amat tinggi serta mengekalkan sifat lemah lembut kepada seluruh Ummat.  Namun apabila Hukum Allah Ta'ala tercabar atau Syari'at Allah dipermainkan, beliau TIDAK akan tolak ansur.  Beliau akan segera "memotong" tangan2 yang cuba merobek hukum-hakam Syari'at.  

Suatu ketika Khalifah yang memerintah di Baghdad melantik Menteri yang tidak layak menduduki posisi sebagai Hakim.   Maka segera Shaikh berkhutbah dari mimbar,

"Engkau telah melantik pegawai yang paling zalim sebagai "hakim"  atas orang beriman.  Apakah jawapan engkau nanti apabila engkau dihadapkan kepada "Hakim Maha Agung" yang Memiliki Semesta alam.?"

Mendengar Amaran tersebut,  Khalifah menangis ketakutan  dan terus memecat Hakim yang telah dilantiknya.

[Qala'id Al Jawahir]

Renungan dan I'tibar:

Demikian satu contoh ringkas yang kami paparkan sebagai renungan.  Perhatikanlah dan ambillah i'tibar.  

Bukan semua perkara yang dilakukan oleh Pemerintah itu benar, bahkan Sistem Demokrasi atau apa saja Sistem nafsu dunia, pasti di sana berlaku berbagai penyelewengan, manipulasi, kemungkaran dan kekufuran.

Dengan wujudnya golongan yang sentiasa nasihat-menasihati kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada kemungkaran.... Moga Allah Ta'ala memelihara Negara Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei di Nusantara ini bahkan sekalian Ummat islam yang beriman seluruh dunia daripada bala bencana serta musibah Akhir zaman...!

Maassalamah.




No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...