■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
SIRI 71 :
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
11.0 Toriqat Mu'tabar Ahlus Sunnah
sambungan
11.2 Penjagaan Penting
Ini adalah suatu penjagaan.
Walaupun kita telah memastikan bahawa unsur terpenting di dalam Toriqah Ahli Sufi Ahlus Sunnah ini adalah Pemimpinnya iaitu Mursyid yang siddiq (benar) yang menepati syarat2 sebagai Guru dan Wakil Rasulullah ﷺ yang sah untuk mendidik manusia kepada Allah, namun penjagaan berikut perlu di- perhatikan juga sungguh2 sebagai langkah berjaga2 agar tidak menjadi penyelewengan dan kesesatan tanpa disedari.
✅ Pertama:
Seluruh perjalanan Toriqah WAJIB berdiri kukuh di atas prinsip2 Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang telah dinyatakan oleh Masyaikh / Ahli2 Ma'rifat / Ahli Sufi terdahulu serta Prinsip2 Aqidah Asas oleh Ashaari @ Maturidi
✅ Kedua :
Berpegang teguh dengan syari'at, iaitu hukum-hakam syari'at zahir yang bersangkut paut ibadah dan muamalah dll.
Orang² yang mendakwa tak perlu solat, puasa, Haji dll apabila sudah sampai Ma'rifat adalah golongan zindiq. Mereka adalah penyembah hawa nafsu. Ajaran ini TIDAK ada kaitan sama sekali dengan Pendidikan Mursyid yang siddiq. Menurut kami (Pewaris Nabi yang siddiq) semakin tinggi seseorang pada Jalan Ma'rifat, semakin tinggi ubudiyyahnya kepada Allah Ta'ala, makin indah syari'atnya, lebih teguh syari'atnya. BUKAN sebaliknya.
✅ Ketiga:
Mematuhi semua prinsip2 asas, peraturan, syarat dan adab Toriqat yang telah ditetapkan oleh Ulama Mu'tabar terdahulu seperti Imam Jilani, Imam Ghazali, Imam Junaid Baghdadi, Imam Rifai, Imam Sazili, Imam Haddad, Imam Ibn Arabiy, Imam Ahmad Kamashkhanawi, Imam Sayuthi, Imam Haithami dll.
Maksud di sini adalah : Seseorang Guru tidak layak sewenang2nya membuat peraturan atau syarat2 yang menyalahi PRINSIP2 UTAMA, syarat2 UTAMA dan ADAB UTAMA di dalam Toriqah nya. Ini kerana sekalian Prinsip2 Utama sudah disepakati akan kewajipannya, maka wajib mematuhi sepenuhnya.
Walau bagaimanapun seorang Shaikh Mujtahid layak membuat perubahan2 pada perkara furu' / cabang sesuai dengan keperluan ummat. ini tiada halangan. Contoh2 perubahan yang berlaku di dalam perkara cabang dan ranting adalah seperti :
(1) Perubahan cara khilwah yang tradisinya dilakukan di bawah tanah atau gunung2 kepada cara khilwah berjamaah di keliling Masjid.
(2) Perubahan sedikit di dalam kaifiyyat (cara2) zikir
(3) Perubahan di dalam cara2 melapur natijah zikir
Murid2 /khalifah dilarang keras bertengkar disebabkan perbezaan pada furu'/ cabang seperti perbezaan kaifiyat zikir, cara suluk dsb .
✅ Keempat:
Jauhi semua jenis ilmu2 kebatinan sesat, perbahasan ilmu hakikat palsu, ilmu2 silat batin, reiki, budisuci, kundalini, cakra dan yang lain2 berlawanan dengan syari'at.
Setengah golongan silat mencampur adukkan Silat, reiki, kundalini dan lain2 fahaman sesat ke dalam Toriqat untuk memperoleh kekuatan lalu mendakwa ianya Warisan Ahli Sufi dan Wali Allah. Sungguh ini rekaan dan pendustaan.
SIRI 72 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
11.2 Penjagaan Penting
sambungan
✅ Kelima:
Jauhi sama sekali bersahabat, bersekutu, menyeru jinn syaitan dalam apa jua amalan.
Toriqat dan Jalan Ma'rifat keseluruhannya adalah jalan suci yang diterima turun-temurun daripada Rasulullah ﷺ, TIDAK ada sekutu atau subahat dengan jinn syaitan. Bahkan iblis, jinn dan syaitan adalah musuh yang nyata bagi orang beriman. Maka mana2 golongan yang mengaku membawa Jamaah Toriqat tetapi bersekutu dengan jinn syaitan walau apa pun tujuannya, maka ia adalah kesesatan tanpa keraguan lagi.
✅ Keenam :
Menjauhi sama sekali mencari2 karomah hissiyah. (kelebihan berupa perkara mencarik adat, menembusi hukum alam, perlakuan mencengangkan aqal dll)
Karomah (kemuliaan) yang sebenar adalah Karomah Ma'nawiyyah iaitu kemuliaan yang dianugerahkan oleh Allah Ta'ala kepada hamba2-Nya berupa Keteguhan Iman, Tauhid yang suci murni, Maqam Taqwa, Maqam Ihsan serta tetap teguh di atasnya sampai mati.
Ada pun karomah hissiyah adalah dugaan bagi murid. Ianya BUKAN anugerah tetapi pemberian berupa ujian bagi murid / salikin apakah dia benar2 ikhlas mencari Allah atau semata2 mencari kemegahan dan kehebatan duniawi. Oleh kerana itu mana2 Toriqat yang gemar heboh2kan kelebihan2 duniawi seperti boleh terapung di atas udara, boleh melihat berbagai2 cahaya gemilang, boleh melihat Wali Songo dsb lalu menjadikannya matlamat Torqat nya, maka sesungguhnya ini adalah Toriqat yang menyeleweng dari matlamat Tauhid dan Ubudiyyah maka BATAL perjalanannya.
✅ Ketujuh :
Menjauhi sama sekali cita2 selain mencari Allah, sebaliknya sentiasa menyeru supaya ikhlas hati mencari redha Allah dan Kasih-Nya.
Perkara ini tak perlu disebut lagi kerana telah maklum ianya pokok Agama. Namun kita tegaskan lagi supaya niat tidak terkeluar dari keikhlasan sepajang amal dari awal sampai akhir setiap amal. Tiada Agama kepada orang yang tiada ikhlas. Tiada sah ibadah tanpa ikhlas.
Sekurang2 ikhlas orang awam adalah : Ibadah semata2 kerana Allah (sedang dia masih melihat diri ada keupayaan melakukan ketaatan)
Ikhlas orang salikin yang memperoleh Tauhid adalah: Ibadah semata2 kepada Allah dan tiada dia terlihat keupayaan dirinya untuk melakukan Ibadah. Dia melihat anugerah Allah untuk melakukan setiap amalnya.
Kekal hati berpegang kepada matlamat berguru kepada Mursyid, mengikut Jalan Ma'rifat.
Ini adalah di antara beberapa penjagaan yang wajib diperhatikan oleh mana2 Toriqah Ahlus Sunnah. Kegagalan memelihara Syarat2 dan Adab2 Ma'rifat akan menyebabkan seluruh perjalanan menjadi pincang, menyeleweng atau sesat dari jalan benar. Nauzubillah.
SIRI 73 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
12.0 Toriqat Palsu / Toriqat yang menyeleweng dari Ahlus Sunnah
Sekalian Masyaikh yang siddiq (benar) — Ulama Ahlus Sunnah bertaraf Auliya Allah telah menunjukkan Jalan, syarat, adab yang benar bagi Toriqat sahih yang diterima dari Rasulullah ﷺ sebagaimana telah kami sebutkan sebelum ini. Di samping itu mereka (Masyaikh) juga telah memberikan amaran dan peringatan keras akan wujudnya Toriqat Palsu, Toriqat yang tidak sahih, Toriqat yang menyeleweng dari Jalan Rasulullah ﷺ . Mereka telah menyebut secara jelas ciri2 Toriqat Palsu ini supaya seluruh ummat kemudian waspada dan menjauhinya.
Pada setiap perkara kebaikan yang ditaqdirkan bagi manusia, pasti di sana akan wujud kepalsuan yang diterbitkan oleh Iblis dan kuncu2nya. Lebih2 lagi apabila ianya menghasilkan kebaikan yang banyak dan musnahkan kubu2 iblis, sudah pasti Iblis dan kuncu2nya akan melakukan berbagai helah dan tipu daya untuk memesongkan manusia kepada kebatilan dan kesesatan. Iblis akan menerbitkan permata palsu, intan palsu, mutiara palsu yang seakan2 benar — yang kelihatan pada zahirnya sangat indah dan cemerlang.
Iblis akan mengindahkan JALAN PALSU dengan berbagai sinar kepalsuan dan fatamorgana yang menggiurkan. Iblis akan menghiasi kejahatan, kekejian dan kefasikan sebagai baik dan diredhai Allah, sehingga manusia awam tertipu dengan helahnya, hatta sehingga orang alim kitab (yang hanya mahirkan ilmu fiqh) juga ramai yang menjadi mangsa tipu daya Iblis.
✨🕌✨Firman Allah :
قَالَ رَبِّ بِمَآ أَغْوَيْتَنِى لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ ٱلْمُخْلَصِين
Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan buruk/ keji/ma'siat/ mungkar) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas".
[Al-'Hijr (15) : ayat 39-40]
Inilah sumpah Iblis dihadapan Allah ketika dia diusir dari syurga disebabkan keangkuhan dan kebiadaban dia dengan Allah. Iblis bersumpah bahawa dia akan memesongkan manusia dari jalan Allah dengan berbagai helah dan tipu daya yang amat licik. Di antara tipu daya tersebut adalah : Menghiasi perbuatan buruk, keji , kefasikan dan kekufuran (menghiasi dengan hiasan palsu) sehingga manusia tidak menyangka ianya perbuatan Iblis, sebaliknya mereka akan percaya itulah kebenaran dari Allah.
✨🕌✨Firman Allah :
الَ فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِى لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَٲطَكَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (١٦) ثُمَّ لَأَتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَيۡمَـٰنِہِمۡ وَعَن شَمَآٮِٕلِهِمۡۖ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِينَ (١٧)
"Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur. "
[Al-A'raf (7) : ayat 16-17]
Persoalannya...
Bagaimanakah cara terjadinya Toriqat Palsu ?
Bagaimanakah terjadinya proses penyesatan oleh Iblis sehingga bangkitnya Toriqat2 Palsu?
Siapakah yang menjadi sasaran Iblis sebagai batu loncatannya bagi membangkitkan Toriqat Palsu?
Manusia bagaimanakah yang menjadi mangsa tipu daya Iblis ini?
Sesungguhnya semua ini hal yang sangat rumit untuk diketahui oleh orang2 awam. Semua ini hanya di- fahami oleh Ahli Ma'rifat yang telah tahqiq pada Jalan Ma'rifat.
SIRI 74 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
12.1 Batu Loncatan Iblis untuk menerbitkan Toriqat Palsu :
Sesungguhnya Iblis dan kuncu2nya tidak akan berhenti dari melakukan berbagai tipu daya dan helah yang sangat licik untuk memesongkan manusia dari jalan Allah. Pada setiap kebaikan yang diusahakan oleh manusia sama ada sendirian atau dalam bentuk kelompok, pasti di sana Iblis menunggu di hadapan dengan gerbang kepalsuan. Zahirnya kelihatan indah dan menawan tetapi hakikatnya kepalsuan dan kesesatan. Iblis menggunakan sekalian tentera2nya bagi membangkitkan "tangan2 palsu" dari kalangan manusia dan jinn.
Dikecilkan fokus perbincangan, khusus kepada terbitnya Toriqat palsu yang jelas menyeleweng dari Ahlus Sunnah, adalah ini terjadi melalui tangan2 ahli ibadah juga. Berdasarkan sejarah, orang2 yang menerbitkan Toriqat Palsu adalah sebahagian besarnya terdiri orang2 yang asalnya gemar kepada ibadah. Tetapi Iblis dengan segala macam helah memimpin mereka kepada kesesatan sehingga terbentuklah kumpulan2 keruhanian PALSU atas nama Toriqat. Di samping itu tidak dinafikan peranan Yahudi dan Nasrani dan munafiq yang berusaha siang malam untuk menerbitkan jalan2 palsu yang mirip dengan Ahlus Sunnah.
Golongan yang terdedah kepada tipu daya ini amat banyak tetapi dapat dikelompokkan seperti berikut:
(1) Orang alim fiqh (alim kitab), hafiz Qur'an, penghafal Hadith, Ahli ilmu kalam, ahli debat agama dll sepertinya yang hanya menyibukkan diri dengan fiqh semata2, berbangga dengan keilmuan syari'at masing2 serta tidak berusaha menyucikan hati dengan Toriqat Rasulullah ﷺ. yang sahih. Maka syaitan mengambil tempat di dalam hatinya, lalu memperdayakan dia dengan kesombongan dan mengheretnya kepada kesesatan.
(2) Orang awam / abid yang beramal sendiri dengan amal yang banyak tetapi mereka TIDAK mempunyai Guru Mursyid yang siddiq (benar) sebagai pemimpinnya. Iblis datang di dalam berbagai rupa seperti orang alim yang hebat memperdayakan dia.
(3) Murid / salikin / khalifah toriqat yang TIDAK ikhlas atau engkar kepada Mursyidnya yang siddiq (benar). Maksudnya mereka ini asalnya murid kepada Mursyid yang siddiq tetapi menyeleweng kerana berubah niat kepada selain Allah seperti niat kemegahan atau mencari dunia atau ingin menjadi hebat, bercita2 menjadi Mursyid, bercita2 menjadi Wali Allah dan terkenal dsb. Ketika berubah niatnya, Iblis akan menyusup masuk ke dalam hati membisikkan kepalsuan,
(4) Pengkaji2 Ilmu Toriqat dan hakikat. Mereka ini sama seperti No. (2) di atas iaitu orang awam yang beramal sendirian tanpa Pimpinan Mursyid yang siddiq. Bezanya adalah ini mereka ini adalah pengkaji2 ilmu hakikat. Mereka mengkaji sendiri kitab2 Tasawwuf yang tinggi2 seperti Sirrul Asrar, Kasyful Asrar, Futuhatul Makkiyah dan kitab2 Tasawwuf yang tinggi2 sehingga akhirnya mengaku sudah sampai kepada Allah. Mereka bercakap hal yang tinggi2 berkenaan keruhanian yang mereka kutip dari Kitab2 Tasawwuf dan menganggap sudah sampai Maqam Wali. Iblis akan memperdayakan golongan ini dengan berbagai helah kebesaran diri.
(5) Ahli majzub yang tertipu. Golongan ini juga lebih kurang sama seperti pada no. (2) di atas, iaitu mereka beramal sendirian lalu mengaku sudah majzub, mengaku sudah menjadi Mursyid dengan lantikan ghaib. dia mengaku sudah sampai kepada Allah, mengaku didatangi Wali Allah, Nabi Khidir dll. sedangkan yang datang itu adalah sebenarnya Iblis yang menyamar sebagai Wali Allah yang besar dan menipu daya dia kepada kesesatan.
SIRI 75 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
12.2 Fatwa Sulton Auliya — 11 Kumpulan keruhanian Palsu / Toriqat Palsu:
sambungan........
Kedua : Haliyyah:
Golongan ini mencari kerasukan zauq dengan cara menari, menyanyi, menjerit dan bertepuk tangan. Mereka mendakwa shaikh mereka berada dalam suasana yang mengatasi batasan hukum agama. Jelas sekali mereka terpesong jauh daripada perjalanan Nabi ﷺ yang dalam tindak-tanduk mematuhi hukum agama.
Penjelasan:
Imam Jilani menyebut dua perkara penting berkaitan Kelompok Haliyyah ini. iaitu yang pertama mereka berzikir BUKAN mencari keredhaan Allah sebaliknya mencari keseronokan kerasukan. dan yang kedua, mendakwa Guru mereka mengatasi hukum Syari'at.
Golongan ini gemar zikrullah dan tetapi dengan niat yang menyimpang dari tujuan sebenar Zikrullah yang dituntut pada Agama (disiplin Ma'rifat). Mereka berzikir dengan tujuan mencari2 zauq dan kerasukan sehingga khayal di dalam keseronokan nafsu. Zauq yang mereka peroleh itu BUKAN yang benar dari Allah, tetapi sebaliknya kerasukan yang dibangkitkan oleh nafsu dan Syaitan.
Apakah yang dikehendaki dengan zauq pada Jalan Ma'rifat?
Menurut Ahli Ma'rifat, Zauq (atau Zuq) yang benar adalah :
"Lonjakan perasaan hati sehingga tubuhnya tersentap mendadak tanpa diusahakan atau diikhtiarkan ketika dia sangat asyik berzikir kepada Allah. Ketika terjadi keadaan tersebut ( Zauq ) boleh jadi orang yang sedang asyik zikir itu menjerit kalimah Allah atau menjerit nama Rasulullah dengan suara yang keras. Atau dia menangis dengan tangisan yang keras mengenang dosa2nya. Atau tubuhnya bangkit menggeletar ketakutan. Atau keadaan2 lain di luar kawalannya. Hal seseorang di dalam keadaan dipanggil tindakan idhtirari, iaitu tindakan yang berlaku di luar kawalannya. Perhatikan baik2 — Semua ini berlaku di luar kawalannya, BUKAN sengaja buat² zauq tersebut. "
Keadaan ini jauh berbeza bagi orang² bercita² mencari zauq, atau dia buat2 seperti zauq. Keadaan sengaja berusaha mencari2 kerasukan ini dipanggil tindakan ikhtiari. Ketika seseorang melakukan hal demikian (mencari2 zauq), maka syaitan akan masuk mempengaruhi pemikirannya sehingga terjadi kerasukan oleh syaitan, maka segala hal ehwal terjadi seperti menjerit Kalimah Allah dsb pada hakikatnya dari seruan syaitan dan nafsu kejahatan, BUKAN zauq yang benar kepada Ketuhanan. orang itu menyangka dia mendapat zauq padahal dia tertipu dengan tipu daya syaitan.
Mengapakah mereka2 ini terkena gangguan syaitan juga walaupun mereka berzikir?
Jawapannya :
Apabila niat amal berubah kepada lain selain Allah, pada saat itu mereka jatuh kepada perangkap syaitan. Syaitan sentiasa mengintai2 peluang untuk menyesatkan orang2 beramal. Sebaik sahaja seseorang berubah niat, maka situ peluang syaitan terbuka untuk menarik dia kepada gerbang Iblis.
Anggapan golongan ini bahawa Guru mereka mengatasi hukum² Agama (langgar hukum syari'at) jelas menunjukkan kebatilan golongan ini. Ini kerana setiap Mursyid terta'luk kepada hukum syari'at. Jika seorang yang dikenali sebagai Mursyid melakukan keengkaran kepada syari'at secara terang-terangan, maka menjadi saksilah bahawa dia BUKAN Mursyid yang siddiq.
Sila rujuk Tajuk Risalah : Syarat2 Mursyid yang Siddiq dan tanda2 Mursyid yang Siddiq.
SIRI 76 :
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
12.2 Fatwa Sulton Auliya — 11 Kumpulan keruhanian Palsu / Toriqat Palsu:
sambungan........
Kedua : Haliyyah:
Golongan ini mencari kerasukan zauq dengan cara menari, menyanyi, menjerit dan bertepuk tangan. Mereka mendakwa shaikh mereka berada dalam suasana yang mengatasi batasan hukum agama. Jelas sekali mereka terpesong jauh daripada perjalanan Nabi ﷺ yang dalam tindak-tanduk mematuhi hukum agama.
Penjelasan:
Imam Jilani menyebut dua perkara penting berkaitan Kelompok Haliyyah ini. iaitu yang pertama mereka berzikir BUKAN mencari keredhaan Allah sebaliknya mencari keseronokan kerasukan. dan yang kedua, mendakwa Guru mereka mengatasi hukum Syari'at.
Golongan ini gemar zikrullah dan tetapi dengan niat yang menyimpang dari tujuan sebenar Zikrullah yang dituntut pada Agama (disiplin Ma'rifat). Mereka berzikir dengan tujuan mencari2 zauq dan kerasukan sehingga khayal di dalam keseronokan nafsu. Zauq yang mereka peroleh itu BUKAN yang benar dari Allah, tetapi sebaliknya kerasukan yang dibangkitkan oleh nafsu dan Syaitan.
Apakah yang dikehendaki dengan zauq pada Jalan Ma'rifat?
Menurut Ahli Ma'rifat, Zauq (atau Zuq) yang benar adalah :
"Lonjakan perasaan hati sehingga tubuhnya tersentap mendadak tanpa diusahakan atau diikhtiarkan ketika dia sangat asyik berzikir kepada Allah. Ketika terjadi keadaan tersebut ( Zauq ) boleh jadi orang yang sedang asyik zikir itu menjerit kalimah Allah atau menjerit nama Rasulullah dengan suara yang keras. Atau dia menangis dengan tangisan yang keras mengenang dosa2nya. Atau tubuhnya bangkit menggeletar ketakutan. Atau keadaan2 lain di luar kawalannya. Hal seseorang di dalam keadaan dipanggil tindakan idhtirari, iaitu tindakan yang berlaku di luar kawalannya. Perhatikan baik2 — Semua ini berlaku di luar kawalannya, BUKAN sengaja buat² zauq tersebut. "
Keadaan ini jauh berbeza bagi orang² bercita² mencari zauq, atau dia buat2 seperti zauq. Keadaan sengaja berusaha mencari2 kerasukan ini dipanggil tindakan ikhtiari. Ketika seseorang melakukan hal demikian (mencari2 zauq), maka syaitan akan masuk mempengaruhi pemikirannya sehingga terjadi kerasukan oleh syaitan, maka segala hal ehwal terjadi seperti menjerit Kalimah Allah dsb pada hakikatnya dari seruan syaitan dan nafsu kejahatan, BUKAN zauq yang benar kepada Ketuhanan. orang itu menyangka dia mendapat zauq padahal dia tertipu dengan tipu daya syaitan.
Mengapakah mereka2 ini terkena gangguan syaitan juga walaupun mereka berzikir?
Jawapannya :
Apabila niat amal berubah kepada lain selain Allah, pada saat itu mereka jatuh kepada perangkap syaitan. Syaitan sentiasa mengintai2 peluang untuk menyesatkan orang2 beramal. Sebaik sahaja seseorang berubah niat, maka situ peluang syaitan terbuka untuk menarik dia kepada gerbang Iblis.
Anggapan golongan ini bahawa Guru mereka mengatasi hukum² Agama (langgar hukum syari'at) jelas menunjukkan kebatilan golongan ini. Ini kerana setiap Mursyid terta'luk kepada hukum syari'at. Jika seorang yang dikenali sebagai Mursyid melakukan keengkaran kepada syari'at secara terang-terangan, maka menjadi saksilah bahawa dia BUKAN Mursyid yang siddiq.
Sila rujuk Tajuk Risalah : Syarat2 Mursyid yang Siddiq dan tanda2 Mursyid yang Siddiq.
SIRI 77 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
12.2 Fatwa Sulton Auliya — 11 Kumpulan keruhanian Palsu / Toriqat Palsu:
sambungan........
Ketiga: Awliya’iyyah:
Golongan ini mendakwa mereka berada dalam kehampiran dengan Allah. Dengan kata lain mereka telah mencapai peringkat Awlia Allah. Menurut mereka, Apabila telah menjadi Aulia' Allah maka tak perlu solat, puasa, haji dan lain2 Ibadah. (Kononnya semua kewajipan agama terangkat daripada mereka.) Seterusnya mereka mendakwa seorang wali, orang yang hampir dengan Allah, menjadi sahabat akrab-Nya, mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada Nabi. Mereka mengatakan ilmu sampai kepada Rasulullah ﷺ melalui Jibrail sementara wali menerima ilmu secara langsung dari Tuhan. Pandangan salah tentang suasana mereka dan apa yang mereka sifatkan kepada diri mereka adalah dosa mereka yang paling besar yang membawa mereka kepada bidaah dan kekufuran.
Penjelasan :
Golongan ini mengaku sudah mencapai Maqam Auliya Allah yang tinggi semata² atas sangkaan sendiri. Maksudnya mereka TIDAK menempuh jalan Ma'rifat sebenar di bawah asuhan Mursyid yang siddiq (benar) tetapi berangan2 sudah sampai kepada Allah atau menganggap diri mereka sudah mencapai Maqam Auliya. Golongan berangan2 ini kemudiannya akan berkata : "kami bebas dari Syari'at, kami tak perlu solat dan puasa atau lain2 kewajipan lain kerana sudah menjadi kekasih Allah" . Wal Iyazubillah.
Terdapat tiga macam golongan tertipu dengan angan2 sendiri :
(1) Penggemar Kitab Tasawwuf tinggi2.
Golongan ini gemar membaca kitab2 Tasawwuf yang tinggi2 lalu mengaku sudah mencapai maqam tinggi. Pada anggapan mereka apabila mereka sudah menghafal perjalanan keruhanian yang tinggi2, maka mereka sudah mencapainya,
(2) Pengkaji2 Ilmu Tasawwuf / keruhanian.
Mereka ini adalah golongan yang sangat gemar berteori dan mengkaji Ilmu Tasawwuf tetapi tidak menghayatinya sebagaimana dituntut pada Syara'. Mereka sekadar berbincang dan berbahas sesama sendiri hal2 Ma'rifat dan istilah Tasawwuf yang tinggi2 lalu menganggap sudah mendapat "Tasawwuf".
Termasuk di dalam kategori ini adalah mereka yang sekadar menyebut2 istilah Tasawwuf di dalam Kursus, Seminar, Forum dsb lalu merasa diri sudah berada di dunia Ma'rifat. Memang baik menceritakan teori2 berkenaan Tasawwuf di dalam Kursus, Seminar, Forum, Diskusi dsb tetapi perlu disedari ianya hanyalah permulaan mengenal Jalan Allah, BUKAN kesudahan perjalanan.
(3) Abid yang gemar amal sendirian.
Abid adalah orang yang sangat gemar beramal, mendirikan solat sunnat, zikir, solawat dll tetapi tidak mempunyai ilmu yang memadai (tidak cukup ilmu fardhu ain) sebagai orang beriman.
Persamaan pada ketiga2 kategori manusia ini adalah :
Mereka TIDAK mempunyai pemimpin kepada Ketuhanan. Mereka TIDAK berguru kepada Mursyid yang siddiq yang menunjukki jalan lurus serta menjauhkan mereka dari jalan2 syaitan.
Yang kedua mereka gagal memahami bahawa Untuk memperoleh "tasawwuf" di dalam diri, setiap Muslim wajib menempuh sendiri jalan Ma'rifat dengan pimpinan Guru nya (Mursyid yang siddiq) , menyucikan hatinya sungguh2 sehingga ia bersinar dengan Cahaya Tauhid.
Apabila seseorang beramal sendiri tanpa pimpinan Mursyid yang siddiq, atau hanya berangan2 dengan teori2 Tasawwuf, maka syaitanlah yang menjadi Guru yang memimpinnya kepada Gerbang Iblis. Iblis akan memperdayakan orang itu dengan berbagai ilusi dan mainan sihir sehingga dia terpedaya. iblis akan membisikkan bahawa dia sudah mencapai maqam yang tinggi, maka tak perlu solat, puasa, zakat atau kewajipan lain. Wal Iyazubillah.
Tidak syak lagi mana2 golongan yang mengatakan mereka terlepas dari Syari'at kerana sudah mencapai Maqam tinggi adalah mereka ini golongan sesat yang terpedaya dengan Iblis La'natullah. Wal Iyazubillah.
SIRI 78 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
12.2 Fatwa Sulton Auliya — 11 Kumpulan keruhanian Palsu / Toriqat Palsu:
sambungan........
Keempat: Syamuraniyyah:
Mereka percaya kalam (perkataan) Allah adalah kekal dan barangsiapa menyebut Kalam ini (Kalam Allah) tidak terikat dengan hukum atau syari'at Agama. Mereka tidak peduli halal atau haram. Dalam ibadat mereka menggunakan muzik (yang diharamkan - pent.). Perempuan dan lelaki bercampur gaul. Tiada beza lelaki dan perempuan, Ini sudah menyimpang jauh dari ajaran Al-Qur'an.
Kelima : Hubbiyyah:
Golongan ini mengatakan bila manusia sampai ke peringkat cinta mereka bebas daripada semua kewajipan agama. Mereka tidak memperdulikan tentang pakaian, kadang2 mereka bertelanjang bogel. Tiada lagi perasaan malu. Inilah ajaran sesat dan menyesatkan.
Keenam: Huriyyah :
Gemar berteriak , memekik, menyanyi, menari dan bertepuk tangan, mereka menjadi kerasukan dan di dalam suasana kerasukan itu mereka mendakwa mengadakan hubungan jenis dengan bidadari; bila keluar dari kerasukan mereka mandi junub. Mereka dimusnahkan oleh pembohongan mereka sendiri.
Ketujuh: Ibahiyyah :
Enggan mengajak kepada kebaikan dan melarang kemungkaran. Mereka menghalalkan yang haram. Bagi mereka semua perempuan halal bagi semua lelaki. Ini ternyata golongan sesat yang akan menerima siksaan pedih!
Kelapan : Mutakasiliyah :
Mengamalkan prinsip bermalas-malas dan mencari nafkah dengan meminta sedekah dari rumah ke rumah. Mereka berangapan mereka telah meninggalkan segala hal ehwal dunia. Maka musnahlah mereka di dalam perbuatan mereka.
Kesembilan: Mutajahiliyah:
Mutajahiliyyah – Berpura-pura jahil dan dengan sengaja berpakaian tidak sopan, cuba menunjukkan dan berkelakuan seperti orang kafir, sedangkan Allah berfirman,
وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan"
[Hud ( 11 ) : ayat 113]
Nabi ﷺ bersabda, “ Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka mereka dikira sebagai ahli kaum itu”.
Kesepuluh :Wafiqiyyah:
Mendakwa hanya Allah yang boleh kenal Allah. Jadi, mereka membuang jalan kebenaran. Dengan ini mereka enggan berusaha mencari hakikat kebenaran. Kerana kebodohan mereka membawa menuju kerosakan dan kesesatan.
Kesebelas : Ilhamiyyah:
Golongan yang mementingkan ilham (semata2). Tidak mahu menuntut ilmu. Mereka melarang belajar, dan berkata Quran adalah hijab bagi mereka. Mereka gunakan puisi karangan mereka sebagai ganti kepada Qur'an. Mereka meninggalkan Quran dan sembahyang, sebaliknya mengajarkan anak-anak mereka puisi. Maka jadilah mereka sesat!
Demikian banyak ajaran2 sesat dari Guru Sufi Palsu (Mursyid palsu / Guru menyamar sebagai Mursyid)
[tamat petikan Kitab Sirrul Asrar Fi Ma Yahtahju Ilayhil Abrar]
SIRI 79 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
12.3 Golongan Menyeleweng pada Jalan Keruhanian — 7 golongan pada zaman ini:
Selain dari 11 Golongan Sufi PALSU, Mursyid PALSU atau Toriqat PALSU yang disebutkan oleh Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir JIlani, seperti yang telah lalu bicaranya, pada zaman ini masih terdapat golongan2 tersesat dari Jalan Ma'rifat yang sebenar.
Ianya BUKAN Toriqat Mu'tabar Ahlus Sunnah, BUKAN warisan turun-temurun dari Rasulullah ﷺ tetapi semata² timbul dari rekaan nafsu penggemar keruhanian yang tertipu dengan bisikan halus iblis.
📌(1) Golongan Bathiniah
Ini adalah golongan yang berangan2 mencapai maqam tinggi dan menganggap setiap suatu memadai dengan niat di dalam hati. Mereka hanya utamakan ilmu batin dan tinggalkan ilmu syari'at. Bagi mereka tidak perlu susah payah melakukan tuntut ilmu syari'at dan tak perlu ibadat. Mereka dakwa ibadat syari'at itu untuk orang maqam rendah. Mereka mengaku sudah capai maqam tinggi, maka tak perlu melakukan ibadat.
Menurut dakwaan mereka yang batil lagi, orang yang sampai Maqam Tuhan tak perlu solat dan ibadah lain.
Pegangan ini jelas sesat dan terkeluar dari Aqidah Ahlus Sunnah dan berlawanan sama sekali dengan pendidikan sekalian Masyaikh yang telah berfatwa bahawa sesiapa berpegang semata2 kepada Ilmu batin (hati) dan engkar kepada Syari'at, maka dia adalah zindiq. (Jatuh kepada kekafiran tanpa di- sedarinya. Wal Iyazubillah)
📌(2)Golongan Ilmu Haqiqat Palsu.
Golongan ini adalah sentiasa memandang haqiqat semata2. Walaupun mereka minum arak, zina, itu semua tidak salah kerana semua ditaqdirkan. Mereka mengkaji kitab2 sufi yang tinggi2, lalu membuat carta2 dan lukisan2 tertentu lalu kaitkannya dengan Ma'rifat. Menurut mereka sesiapa yang sudah menghafal dan memahami lukisan2 tersebut, maka itulah haqiqat dan Ma'rifat. Pada pendapat golongan ini, Toriqat dan Mursyid semua tak perlu dan cuma buang masa. Mereka boleh jalan sendiri dan berguru dengan Wali Allah yang telah wafat.
Setengah lain mendakwa Mursyid mereka adalah Allah Ta'ala sahaja kerana Mursyid di kalangan manusia tak wujud.
Pendirian ini sudah tidak syak lagi berlawanan dengan Prinsip² Ahlus Sunnah yang benar.
📌(3) Golongan Silat Ma'rifat
Golongan ini campur adukkan ilmu persilatan dengan sebahagian amalan Toriqat lalu mengaku mencapai Ma'rifat. Tujuan sebenar mereka amalkan zikrullah dan wirid2 lain adalah semata2 untuk memperoleh kekuatan tubuh, iaitu kekuatan di dalam persilatan, BUKAN untuk menyucikan hati bagi mencapai keredhaan Allah.
Di samping itu mereka melakukan meditasi (seperti pertapaan), ritual ilmu kebal dan lain² yang bertentangan dengan Agama untuk memperoleh berbagai kekuatan dan ilmu kebal.
Untuk membuktikan bahawa jalan mereka benar, mereka sering mempertontonkan kehebatan Ilmu kebal dengan menetak tangan dengan pedang, menusuk tubuh dengan benda tajam dan berjalan di atas api dsb. Pada pegangan mereka, itulah bukti bahawa ilmu mereka itu benar dan mendapat keredhaan Allah. Masya Allah... Wal Iyazbulillah...!
Betapa Iblis telah memperdayakan golongan seperti ini dengan helah yang cukup halus. Zahirnya kelihatan bagus iaitu untuk memperoleh kekuatan diri, ilmu kebal dan berbagai keajaiban yang hebat2, tetapi hakikatnya tertipu dengan bisikan Iblis. Apabila seseorang beramal dengan suatu amalan seperti zikrullah, solawat, solat sunnat dll BUKAN kerana Allah, maka seketika itu juga dia telah masuk ke perangkap Iblis. Segala kekuatan fizikal seperti kebal tubuh dari pedang dll adalah daripada bantuan jinn syaitan. Ianya BUKAN karomah seperti yang mereka dakwa.
SIRI 80 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
12.3 Golongan Menyeleweng dari Jalan Keruhanian - 7 Golongan sesat pada zaman ini.
Sambungan...
📌(4) Golongan Peruqyah Syifa' Ma'rifat Palsu
Mereka gabungkan cara2 bomoh/dukun /pawang dengan amal2 Toriqat, lalu menamakan diri Ahli Ma'rifat. Untuk melindungi tipu daya mereka supaya tidak diketahui, mereka berselindung di bawah nama Ustaz, kiyai, muallim, Syifa' Muslim dll.
📌(5) Golongan Asmaul Husna Tarik Rezeki
Mereka melakukan meditasi seperti yoga dengan tangan terbuka, lalu membaca Asmaul Husna tertentu untuk menarik rezeki dari Langit. Mereka mendakwa rezeki Allah itu luas dan boleh ditarik dengan cara meditasi.
Mereka mendakwa ianya amalan Ahli Sufi dan Wali Allah terdahulu. Nauzubillah... betapa besar pendustaan golongan ini.
📌(6)Golongan Meditasi Tenaga Ruh Alam
Golongan ini mengambil konsep Reiki, Cakra, Kundalini dll. sebangsa dengannya.
Ajaran ini asalnya dari ajaran kuno Budha dan Hindu. Mereka mengambil ajaran tersebut dan adaptasikan dengan ajaran islam. Mereka mengambil konsep ajaran batil Budha dan Hindu itu dan ubahsuai dengan ayat Qur'an lalu mendakwa ianya sesuai dengan Islam.
Mereka melakukan meditasi menyatukan tenaga badan dengan tenaga alam, lalu mendakwa boleh membawa kepada Tuhan iaitu mencapai Ma'rifat.
Ini satu lagi golongan pendusta Agama. Wal Iyazubillah
📌(7) Golongan Ilmu Tapak Tangan Ajaib
Ini adalah golongan yang amalkan wirid tertentu untuk mengeluarkan tenaga dari tapak tangan untuk penyembuhan penyakit. Kata mereka tapak tangan mempunyai kuasa Kalimah Sakti yang berupaya menyembuhkan penyakit.
Menurut pendokong ajaran ini, Ilmu mereka adalah dari amalan wali2 Allah seperti wali Songo dll.
Amat besar pendustaan golongan ini. Mereka sanggup menjual nama Auliya Allah untuk mengaut keuntungan dunia yang hina.
Wali Songo adalah 9 Auliya Allah yang mengikuti Prinsip Masyaikh Ahlus Sunnah yang benar. Mereka mengajarkan Tauhid serta membimbing manusia kepada Allah Ta'ala. Mereka BUKAN bomoh...!
Mereka BUKAN Ahli Sihir..!
Mereka BUKAN Ahli Silat...!
Sekalian perkara2 ajaib yang terjadi melalui tangan mereka adalah karomah yang benar, iaitu kemuliaan dari Allah Ta'ala. Tetapi malangnya manusia2 yang terpengaruh dengan bisikan syaitan menggunakan nama Auliya Allah untuk mencari keuntungan dunia yang hina.
Wal Iyazubillah
Demikian sebahagian dari kelompok² yang mengaku sebagai Toriqat Ahli Sufi, warisan Jalan Ma'rifat dan warisan Auliya Allah sedangkan pada hakikatnya mereka adalah golongan Sufi PALSU dan Ahli Ma'rifat PALSU.
Mereka sengaja mencipta jalan² sendiri demi keuntungan dunia dan nafsu. Mereka menipu daya ummat dengan berbagai keajaiban yang diterbitkan melalui tangan² syaitan.
Sebahagian dari mereka tidak menyedari bahawa mereka di jalan yang batil kerana tipu daya iblis yang sangat halus. Umpamanya orang yang bercita2 ingin mendapat karomah hissiyah, ingin dipuji orang, ingin masyhur namanya, ingin memperoleh kekuatan fizikan dll niat yang jelas menyimpang dari matlamat ubudiyyah.... akan jatuh kepada perangkap iblis. Iblis akan hiasi perkara2 batil sebagai keajaiban dan karomah sehingga dia menyangka ianya benar dari Allah sedangkan dia sdiri tertipu masuk kepada gerbang Iblis. Wal Iyazubillah
bersambung siri 81 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment