■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
SIRI 481 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-58:
Mengusir Ahli Zikir
===============
Definisi-definisi Penting
==================
Definisi Zikrullah (ذِكْرُالله)
_____________________
Dari segi bahasa :
Zikrullah (ذِكْرُالله) berasal dari akar kata (ذَكَرَ، يَذْكرُ، ذِكْراً) yang bermaksud ingat, mengingat dalam hati, ungkapkan, menyebut, meneliti, mengenal, merenung, melihat dari mata-hati
Dari segi Istilah :
Pada sisi syara' yang di kehendaki dengan Zikrullah (ذِكْرُالله) adalah "mengingat Allah dalam hati" atau "menyebut-nyebut nama Allah dengan lisan (lidah) berserta ingatan dalam hati (mengulang-ulang kalimat "Allah" atau asma' Allah yang lain)."
Definisi Ahli Zikir (اهلالذكر) :
________________________
Dari segi bahasa :
Ahli Zikir adalah orang yang mahir, pakar, Arif mengetahui hal ehwal Agama secara mendalam
Dari segi istilah :
Terdapat beberapa pendapat Masyaikh Ahlus Sunnah.
Ta'rif 1 :
Ahli Zikir ditujukan kepada ahli Agama yang memahami hukum-hakam dan Perintah Allah.
Ta'rif 2 :
Ahli Zikir ditujukan kepada Ulama di kalangan Ummat Nabi terdahulu yang benar, bukan pendusta yang mereka itu benar-benar memahami Agama dan memahami kisah Nabi-Nabi terdahulu.
Ta'rif 3 :
Hamba-hamba Allah yang tekun mengerjakan Zikrullah dan Ibadah sepanjang hari, tidak mempedulikan kelazatan duniawi serta jauhi segala bentuk kecenderungan dan perebutan dunia yang hina, semuanya kerana semata-mata mencari Redha Allah.
Ta'rif 4 :
Ahli Zikir yang khusus adalah gelaran kepada Arif Billah, Mursyid Pewaris Nabi benar-benar bertaqwa serta mengenal Allah, yang memenuhi bumi dengan Cahaya Zikrullah (sentiasa berzikir dengan zikir Sirriyyah, yang sangat rahsia, siang dan malam — sepanjang masa), menjunjung tinggi Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ serta melakukan keta'atan zahir dan batin semata-mata mengharap Wajah Allah.
Ta'rif ke-4 di atas diberikan oleh Al-Arif Billah, Al-Qutb Tajul-Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu anhu.
Berkata Al-Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu anhu :
“Ayat ini memerintahkan agar orang beriman berserta dengan Mursyid, Pewaris Nabi yang Siddiq, yang mereka itu sentiasa berzikir kepada Allah pagi dan petang (iaitu setiap masa berzikir dan ubudiyyah kepada Allah semata-mata kerana mencari Keredhaan Allah).”
[Risalah Ma’rifat]
Tiga Ta'rif sebelumnya (Ta'rif 1,2,3) diberikan oleh Imam Fakhruddin Ar-Razi Radhiallahu anhu, ketika mentafsirkan Firman Allah “Maka bertanyalah kepada ahli zikir jika kamu tidak tahu”.
Berkata _Imam Mujaddid, Al-Arif Billah_, Imam Fakhruddin Ar-Razi Radhiallahu anhu :
"Ahluz-Zikr (اهلالذكر) memiliki 4 makna :
Pertama, (اهلالذكر) dengan pengertian ahli Taurat, dan makna Az-zikr di situ adalah Taurat. Yang ke-2: (اهلالذكر) Ahluz-Zikr adalah ahli di dalam memahami persoalan-persoalan di dalam kitab-kitab Samawi terdahulu, dan diketahui daripada mereka bahwa para Nabi adalah juga manusia. Yang Ke-3; (اهلالذكر) Ahluz-Zikr bermakna mereka yang ahli di dalam mengetahui Kisah Ummat terdahulu. Makna ke-4, (اهلالذكر) adalah: bertanyalah kepada mereka yang berzikir dengan ilmu dan tahqiq (iaitu Ahli Ma'rifat yang benar-benar kenal Allah)
[Tafsir Mafatih-Al-Ghaib]
Definisi usir (طَرَدَ)
________________
Dari segi bahasa :
Ungkapan (طَرَدَ) — berasal dari kata (طَرَدَ - يَطْردُ) bermaksud :
menghalau, jauhkan, mengusir, mengasingkan, bubarkan mengeluarkan, memecat
Dari segi Istilah :
Dikehendaki menepati keterangan Al-Qur'an adalah :
Perbuatan manusia menjauhkan atau mengusir Ahli Zikir, Ahlillah, Ahli Ubudiyyah, Ahlut-Taqwa disebabkan keadaan mereka yang dhaif, lemah, kurang harta atau tiada harta, lusuh pakaian mereka. (Ini perbuatan haram dan dosa besar)
SIRI 482 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-58:
Mengusir Ahli Zikir
......sambungan.......
Penjelasan :
=========
(1) Meskipun terdapat berbagai tafsiran berkenaan "Ahli Zikir", fokus kita di sini adalah berkenaan "Ahli Zikir" yang khusus, iaitu hamba-hamba Pilihan Allah yang ditaqdirkan untuk makmurkan bumi Allah dengan Zikrullah dan Ubudiyyah zahir dan batin semata-mata kerana Allah. Mereka habiskan hayat mereka dengan Zikrullah dan Ubudiyyah... siang dan malam tanpa henti. Mereka mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran sekalian muka bumi. Hakikatnya mereka adalah Auliya Allah, Ahlillah, Kekasih Allah, Rijalullah yang Allah Ta'ala Taqdirkan untuk kebaikan sekalian Ummat manusia, khususnya untuk orang beriman.
(2) Ahli Zikir terdiri dari dua golongan :
Pertama: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq yang diamanahkan Mewarisi Nabi ﷺ zahir dan batin dan memimpin Ummat Islam kepada Allah dengan selamat.
Kedua: Pendokong-pendokong jalan Ma'rifat yang benar, jujur dan ikhlas semata-mata mencari Wajah Allah.
(3) Ahli Zikir adalah golongan mukmin yang benar-benar takut kepada Allah, berpegang teguh dengan Syari'at (Fiqh) dan adab-adab Toriqat (Tasawwuf), Ma'rifat. Ketika semboyan Jihad ditiupkan, mereka dahulu keluar untuk mempertahankan Agama Allah.
(4) Ahli Zikir adalah hamba-hamba Pilihan Allah yang khusus yang Allah Ta'ala taqdirkan kewujudan mereka di seluruh pelusuk muka bumi bagi memakmurkan bumi Allah sampai Qiamat. Dengan berkat doa mereka, Allah Ta'ala turunkan hujan dan murahkan rezeki.
(5) Mereka tinggalkan kesenangan duniawi semata-mata kerana Allah. Hidup mereka sederhana. Pakaian mereka lusuh sehingga setengah orang menyangka mereka pemalas dan usir mereka.
(6) Contoh unggul Ahli Zikir yang Allah Ta'ala muliakan adalah Ahlus-Suffah, iaitu para Sahabat Baginda yang sangat miskin, dhaif, tiada harta, lusuh pakaian mereka, yang istiqomah di satu sudut Masjid Nabawi berzikir kepada Allah Zahir dan Batin (Zikir dengan hati dan lisan) siang dan malam tiada henti. Ketika panggilan Jihad datang, mereka yang dahulu menyambutnya. Mereka sentiasa bersama Rasulullah ﷺ berda'wah dan berjihad mempertahankan Agama Allah yang suci.
(7) Pada zaman-zaman kemudian, wujud _Ahlus Suffah_ iaitu Ahli Zikir yang mengorbankan seluruh hidup mereka kerana Allah, mengasingkan diri dari tipu daya dunia, hidup sederhana dan jauhi kekacauan politik yang bercakaran mencari pangkat dan kedudukan duniawi.
(8) Orang Islam dilarang keras menghalau, mengherdik, caci maki atau menghina atau lain-lain terhadap Ahli Zikir (seperti yang digambarkan di atas) kerana pada hakikatnya mereka adalah Kekasih Allah yang Allah Muliakan.
SIRI 483 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-58:
Mengusir Ahli Zikir_
......sambungan.......
Dalil-Dalil Penting :
===============
Dalil 1 : Firman Allah
وَٱصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ ٱلَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِٱلْغَدَوٰةِ وَٱلْعَشِىِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُۥ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُۥ عَن ذِكْرِنَا وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُ وَكَانَ أَمْرُهُۥ فُرُطًۭا
"Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan petang hari dengan mengharap keredhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.”
[Al-Kahfi (18 ) : Ayat 28]
Berkata Ibn Abbas Radhiallahu anhu :
“Allah Ta’ala Memerintahkan Rasulullah ﷺ sentiasa berserta orang-orang yang menyeru kepada Allah (Zikir kepada Allah), pagi dan petang, yang dimaksudkan di sini adalah Sayyidina Salman Al-Farisi berserta Sahabat lain (Ahlus Suffah yang miskin dan dhaif) yang mengharap Keredhaan Allah dan jangan berpaling dari mereka kerana mengharap perhiasan dunia yang ditawarkan oleh kaum kafir Quraisy, maksud di sini Uyaynah Ibn Hisn al-Fazari,”
[Tafsir Ibn Abbas]
Berkata Sulton Auliya Al-Imam Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu :
"Pada saat orang-orang Quraisy yang garang meminta Rasulullah ﷺ untuk menjauhi orang-orang mukmin yang papa dan mengusir mereka dari Majlisnya—seperti Ummi Maktum, Abu Zar Al-Ghifari, dan para sahabat yang miskin, kerana kumal keadaan mereka dan begitu melaratnya mereka, sampai duduk bersama Rasulullah ﷺ dan Rasulullah ﷺ pun hampir ingin mengabulkan keinginan dan saranan mereka (kafir Quraisy) dan menyuruh sahabat-sahabat miskin itu tidak datang bersama mereka ke Majlisnya, maka Allah Ta'ala menyangkal Rasul-Nya dengan Penyangkalan yang Tegas dan Melarang Baginda dengan Larangan Yang Keras.
Maka Allah pun Berfirman bertujuan mendidik dan mengingatkannya (Dan Sabarlah engkau), yakni jika ada orang Quraisy menggodamu untuk menjauhkan Sahabat-Sahabat yang faqir itu, dan berlebihan di dalam mengusir dan singkirkan mereka menjauh darimu, maka janganlah engkau menuruti mereka dan jangan kabulkan keinginan mereka. Sebaliknya engkau bersabarlah dan kekanglah nafsumu yang cenderung kepada kekayaan dan kemewahan baju-baju mereka, bersama sahabat-sahabat faqir itu yang berzikir dan menyembah Allah pada setiap dua hujung siang hari dan waktu-waktu antara keduanya, mereka tumpukan diri kepada-Nya secara suka rela, tanpa keinginan menurut hawa nafsu dan kegemerlapan dunia meskipun sangat faqir dan papa. Janganlah kamu mengalihkan perhatian kamu, disebabkan kumalnya keadaan mereka dan lusuhnya pakaian mereka—kepada orang-orang kaya dan baju mereka yang bagus kerana harapkan perhiasan dunia dengan beralih kepada mereka. Dan cenderung untuk bersama-sama mereka dan duduk berserta mereka. Dan tenteram dengan pangkat dan kekayaan mereka.
[Tafsir Jilani]
Berkata Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu anhu :
“Ayat ini memerintahkan agar orang beriman berserta dengan Mursyid, Pewaris Nabi yang Siddiq, yang mereka itu sentiasa berzikir kepada Allah pagi dan petang (iaitu setiap masa berzikir dan Ubudiyyah kepada Allah semata-mata kerana mencari Keredhaan-Nya).”
[Risalah Ma’rifat]
Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu :
“Firman Allah ini sama dengan Firman Allah di dalam Surah Al-An’am ayat 52:
وَلَا تَطْرُدِ الَّذِيْنَ يَدْعُوْنَ رَبَّهُمْ بِالْغَدٰوةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيْدُوْنَ وَجْهَهٗ
Dan janganlah engkau mengusir orang-orang yang menyeru kepada Tuhannya (berzikir dan beribadah) pagi dan petang (terus-menerus), sedang mereka menghendaki Keredhaan Allah semata-mata.”
SIRI 484 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-58:
Mengusir Ahli Zikir
......sambungan.......
Asbab An-Nuzul (Sebab turun ayat) :
_______________________________
Sebab turun Firman Allah ini disebutkan oleh Imam Qurtubi di bahagian lain Tafsirnya iaitu ketika tafsirkan Surah Al-An’am ayat 52. Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu. (Beliau mengutip kata-kata Ibn Abbas dan lainnya) :
Orang-orang musyrik berkata kepada Nabi ﷺ, "Kami tidak sudi duduk dengan orang-orang seperti mereka, iaitu Sayyidina Salman Al-Farisi, Shuhaib, Bilal dan Khabab Ridhwanullah Alaihi Ajmain duduk berserta dengan Baginda, maka mereka berkata : “Usirlah mereka dari sisimu.”
Orang-orang musyrik itu menuntut Rasulullah ﷺ agar mencatat hal itu untuk mereka, sehingga Baginda pun berniat untuk melakukan hal itu. Baginda kemudian memanggil Ali untuk mencatit. Lalu orang-orang miskin tadi (Sahabat Ahlus Suffah) berdiri dan duduk di suatu sudut. Allah kemudian menurunkan ayat ini. Oleh kerana itu Sa’d memberi isyarat dengan perkataannya : "Maka muncullah di hati Rasulullah ﷺ apa yang Allah Kehendaki untuk muncul."
Pada waktu itu, Nabi ﷺ condong untuk melakukan hal itu kerana mengharapkan keislaman orang-orang musyrik itu, juga keislaman kaum mereka. Baginda berpendapat bahawa tindakan tersebut tidak sedikit pun akan menyisihkan para sahabat Baginda, dan juga tidak akan merendahkan darjat mereka, sehingga Baginda pun condong kepada hal itu. Allah kemudian menurunkan ayat ini. Dalam ayat ini, Allah melarang Baginda melakukan apa yang menjadi niat Baginda, iaitu hendak menyisihkan mereka, bukan mengusir mereka.
Muslim meriwayatkan dari Sa'd bin Abi Waqas dia berkata, "Kami ber-enam pernah bersama Rasulullah ﷺ, maka datang orang-orang musyrik kemudian berkata kepada Baginda : “Usirlah mereka dari sisimu, agar mereka tidak berani terhadap kami." Sa'd bin Abi Waqas berkata: "Saat itu aku bersama dengan Ibnu Mas'ud, seorang lelaki Hudzail, Bilal, dan dua orang (lainnya) yang aku tidak dapat menyebutkan nama mereka. Maka muncullah di dalam hati Baginda apa yang Allah Kehendaki untuk muncul, sehingga Baginda berbicara kepada jiwa Baginda. Allah Azza Wa Jalla kemudian menurunkan ayat ini.”
[Tamat Nukilan Tafsir Qurtubi]
SIRI 485 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke- 58:
Mengusir Ahli Zikir
......sambungan.......
Penjelasan Tambahan :
(1) Perintah ini sangat unik kerana Allah Ta’ala menurunkan Perintah kepada Rasulullah ﷺ berupa Peringatan dan Amaran keras sedangkan hakikatnya Perintah dan Amaran Allah ini tertuju kepada seluruh Ummat sampai Qiamat.
(2) Allah Ta’ala Memerintahkan agar Rasulullah ﷺ (dan Ummat Baginda) tetap duduk bersama dengan “Ahli Zikir” (iaitu mereka yang sentiasa berzikir mengingat Allah dan Ubudiyyah dengan hati yang suci bersih). Di dalam ayat ini yang dimaksudkan adalah para Sahabat Ahlus Suffah yang sangat miskin, dhaif, sangat lusuh pakaian mereka. Meskipun mereka dhaif dan miskin, hati mereka suci bersih menghadap Allah.
(3) Allah Melarang Rasulullah ﷺ berpaling dari mereka (Ahli Zikir). Meskipun ia merupakan teguran kepada Rasulullah ﷺ namun ianya merupakan peringatan dan amaran kepada Ummat Islam seluruhnya. Iaitu I’tibar kepada Ummat Islam agar jangan sekali-kali memandang rendah atau menghina “Ahli Zikir”. Dan jangan berpaling dari mereka semata-mata kerana mengharap perhiasan dunia.
(4) Maksud “Ahli Zikir” pada zaman kemudian daripada kewafatan Rasulullah ﷺ, sebagaimana kami jelaskan sebelum ini adalah sekalian Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, yang sentiasa menyeru kepada Allah pagi-pagi dan petang-petang dan sentiasa di dalam keadaan Ubudiyyah zahir batin. Tiada yang mampu melakukan semua ini melainkan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq yang di-Kurniakan oleh Allah keistimewaan di Sisi-Nya.
(5) Allah Ta’ala Melarang duduk berserta orang yang lalai dari Zikrullah. Sekali lagi peringatan ini adalah kepada Ummat Islam. Mereka dilarang duduk berserta dengan manusia yang lalai hatinya dari Zikrullah dan mereka yang disibukkan dengan mengejar pangkat, kedudukan dan dunia yang hina kerana mereka akan menarik kamu kepada kefasikan, kezaliman dan kesesatan.
Buktinya jelas menerusi ayat ini :
Ketika orang kafir Quraisy yang kaya-raya dan berpangkat menawarkan diri untuk membangunkan Islam dengan cara mendampingi Rasulullah ﷺ dan singkirkan Sahabat-sahabat Baginda yang miskin dan sangat dhaif dari sudut kebendaan…. Ketika itu juga Allah Ta’ala menurunkan Perintah-Nya supaya tetap Bersama “Ahli Zikir” iaitu para Sahabat Baginda – menunjukkan keunggulan dan kejayaan yang hakiki adalah Keimanan dan Ketaqwaan dan BUKAN harta, pangkat dan kedudukan.
SIRI 486 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-58:
Mengusir Ahli Zikir
......sambungan.......
Dalil 2 : Firman Allah
وَلاَ تَطْرُدِ ٱلَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِٱلْغَدَاةِ وَٱلْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ مَا عَلَيْكَ مِنْ حِسَابِهِم مِّن شَيْءٍ وَمَا مِنْ حِسَابِكَ عَلَيْهِمْ مِّن شَيْءٍ فَتَطْرُدَهُمْ فَتَكُونَ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
"Dan janganlah engkau usir orang-orang yang menyeru Tuhan mereka (berzikir, beribadat dan doa) pagi dan petang, sedang mereka menghendaki Keredaan-Nya semata-mata. Tiadalah engkau bertanggungjawab sesuatu pun mengenai hitungan amal mereka, dan mereka juga tidak bertanggungjawab sesuatu pun mengenai hitungan amalmu. Maka (sekiranya) engkau usir mereka, nescaya menjadilah engkau dari orang-orang yang zalim."
[Al-An'am (6) : Ayat 52]
Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu :
Ketika turun ayat Allah: Al-Kahfi : Ayat 27,28,29, bangunlah Nabi ﷺ untuk mencari mereka (iaitu mereka yang Allah Ta’ala Perintah supaya berserta dengan orang-orang menyeru kepada Allah pagi-pagi dan petang-petang), hingga mendapati mereka di bahagian hujung Masjid hal keadaan mereka sedang berzikir kepada Allah, lalu Baginda bersabda, “Segala Puji bagi Allah yang belum mematikanku hingga Memerintahkan kepadaku agar bersabar dengan orang-orang dari Ummatku, Bersama-Mu di dalam kehidupan dan Bersama-Mu di dalam kematian.”
Menurut Imam Al-Hasan : وَلَا تَعْدُ عَيْنٰكَ عَنْهُمْۚ Jangan kedua matamu melampaui mereka (jangan abaikan mereka dan jangan meremehkan mereka) semata-mata kerana mencari keindahan dunia.
Pendapat lain mengatakan : Jangan mencela mereka (jangan menghina mereka disebabkan kemiskinan mereka atau kerana mereka hanya memakai pakaian lusuh).
Dari Adh-Dhahhaq, dari lbnu Abbas, Perintah Allah “ وَلَا تُطِعْ مَنْ اَغْفَلْنَا قَلْبَهٗ عَنْ ذِكْرِنَا “ adalah larangan mengikuti permintaan Umayyah bin Khalaf Al-Jumahi. Orang ini meminta kepada Nabi ﷺ agar Baginda jauhkan Sahabat Baginda yang miskin (Ahlus-Suffah) yang sentiasa Bersama Baginda agar tokoh-tokoh Quraisy dapat mendekat kepada Baginda. Golongan kafir Quraisy ini adalah فُرُطًا , iaitu melampau batas, lalai, fasiq dan zalim.
[Tamat Nukilan Tafsir Qurtubi]
SIRI 487 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-58:
Mengusir Ahli Zikir
......sambungan.......
Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu :
"Dan setelah Kami Mengutusmu, wahai Rasul paling sempurna, untuk menyebarkan kebenaran dan menguatkan para pemegang kebenaran, janganlah engkau mengusir dari sisimu orang-orang yang menyeru Tuhan mereka di pagi hari atau seluruh siang dan di petang hari atau seluruh waktu malam. Singkatnya mereka habiskan seluruh waktu mereka dengan bertawajjuh kepada Allah Ta'ala. Sesungguhnya mereka hanya berkehendak dengan Tawajjuh mereka itu mengharap Wajah Allah (Keredhaan Allah) yang Maha Mulia. (Jangan engkau lakukan demikian) semata-mata kerana kecenderunganmu kepada orang-orang yang menuruti hawa nafsu serta berteman dan pergaulan dengan mereka (kaum kafir Quraisy), padahal mereka bukan orang yang beruntung dan bukan pula layak menerima keberuntungan. Engkau tidak memikul tanggungjawab atas perbuatan mereka dan Keimanan mereka dalam suatu pun yang manfaatnya kembali kepadamu atau kepada mereka dan mereka pun tidak memikul tanggungjawab suatu pun atas perbuatanmu maupun Keimananmu, tetapi Engkau maupun mereka dibalas dan diminta bertanggungjawab atas pekerjaan dan perbuatan masing-masing, sehingga (bila) engkau mengusir mereka, yakni orang-orang Mukmin yang inginkan Redha Allah di setiap waktu dan keadaan mereka, semata-mata kerana orang-orang yang terjerumus dalam kesesatan, maka dengan mengusir mereka maka engkau termasuk orang-orang zalim yang keluar dari tuntutan aqal, syari'at dan keperwiraan.
[Tafsir Al-Jilani]
Perintah Allah ini adalah berkenaan larangan "mengusir orang Mukmin" yang menyibukkan diri mereka berzikir kepada Allah terus-menerus siang malam semata-mata kerana mencari Wajah Allah. Hal ini terkait kepada larangan menuruti permintaan orang-orang kafir Quraisy yang menuntut agar Baginda halau para Sahabat Ahlus Suffah yang selalu mendampingi Baginda, dan sentiasa berzikir, ikhlas semata-mata mengharapkan Wajah Allah.
Kehendak dan tujuan perintah Allah serupa dengan perintah Allah pada [Surah Al-Kahfi (18) : Ayat 28]
وَٱصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ ٱلَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِٱلْغَدَوٰةِ وَٱلْعَشِىِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُۥ
Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan petang hari dengan mengharap keredhaan-Nya;
Tafsiran, huraian dan penjelasan bagi ayat ini adalah hampir serupa dengan tafsiran dan huraian [Surah Al-Kahfi (18) : Ayat 28]. Pengajaran terpenting dari Perintah Allah ini adalah :
Jangan sekali-kali kamu menghina, caci maki atau ejek atau usir "Ahli Zikir" kerana mereka adalah hamba-hamba Allah yang sentiasa berzikir dan berubudiyyah kepada Allah zahir dan batin dengan penuh keikhlasan mencari Wajah Allah.
Amaran keras Allah Ta'ala pada pembukaan Perintah ini...
"Jangan kamu usir Ahli Zikir" dan kemudian pada penutupnya sekali lagi Allah Ta'ala berikan Amaran: "Jika kamu usir mereka (ahli Zikir), maka kamu termasuk orang zalim" menunjukkan besarnya Kemurkaan Allah kepada orang-orang Islam yang mengejek, menghina, mencaci maki sehingga mengusir mereka.
SIRI 488 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-58:
Mengusir Ahli Zikir
......sambungan.......
Punca orang Islam menghina Ahli Zikir
============================
Pada hari ini (bahkan sejak dahulu lagi bermula dari kewafatan Rasulullah ﷺ) sebahagian orang Islam memusuhi dan menghina Ahli Zikir. Golongan ini sering melemparkan tuduhan dan penghinaan kepada kelompok Ahli Zikir sebagai pemalas, lemah, jumud dan tidak berjuang. Wal Iyazubillah.
Golongan penista dan pencaci ini menamakan diri mereka sebagai pejuang Islam. Mereka melaung-laungkan jihad, undang-undang Islam, Negara Islam, Daulah Islamiyyah dan berbagai laungan yang sedap didengar. Tetapi jika kamu perhatikan laungan-laungan mereka sejak dahulu sampai saat ini sama sahaja. Mereka berlumba-lumba mencari pangkat, kedudukan dan "kerusi". Mereka melakukan berbagai fitnah, melemparkan cacian dan makian, bahkan tak kurang melakukan pembohongan demi kuasa dan mencapai cita-cita politik mereka.
Mengapakah terjadi demikian?
Mengapakah ahli politik yang melaung-laungkan jihad, Islam, Daulah Islam dan lain-lain terlibat di dalam pembohongan dan fitnah serta adu domba?
Mengapakah ahli politik ini mencaci dan menghina Ahli Zikir sedangkan Allah Ta'ala memuji dan Muliakan mereka?
Mengapakah mereka begitu berani menentang Allah dan Rasul-Nya sedangkan mulut mereka selalu melaung-laungkan Islam?
Penjelasan 1 :
Sebagaimana kami kemukakan sebelum ini, bahawa punca utama terjadi kebanyakan kekufuran, kefasikan dan kekafiran atas muka bumi bermula dari kejahilan dan penutupnya ego, takabbur dan kesombongan.
Penjelasan 2 :
Kebanyakan orang Islam pada zaman ini hanya mempelajari satu bahagian Agama — iaitu yang bersifat zahir sahaja — fiqh (syari'at zahir) sahaja sedangkan Tasawwuf, Ihsan (Toriqat) diabaikan. Ini tidak terkecuali dari orang Islam yang terlibat di dalam politik melaung-laungkan Islam, perjuangan Islam, Negara Islam dan lain-lain.
Penjelasan 3 :
Kebanyakan orang Islam tidak menyedari banyaknya dosa terbit dari hati, bermula dari hati dan berakhir dengan hati. Dosa-dosa hati terlebih banyak, tersembunyi dan tersebar luas kepada sekalian amal perbuatan zahir. "Pejuang politik Islam" tidak menyedari hal ini sehingga melemparkan tuduhan jahat kepada orang beriman, khususnya di sini kepada Ahli Zikir. Pejuang politik islam ini menyangka diri mereka sudah bersih. Mereka menipu diri sendiri.
SIRI 489 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-58:
Mengusir Ahli Zikir
......sambungan.......
Penjelasan 4 :
Orang-orang Islam jahil akan wujudnya Ahli Zikir yang Allah Taqdirkan di seluruh pelosok muka bumi untuk kebaikan dan keselamatan kemanusiaan seluruhnya sampai Qiamat. Mereka (Ahli Zikir) mengasingkan diri dari dunia yang rosak (ertinya menjauhi dunia dan manusia yang kufur, fasiq, ingkar) untuk menghadap Allah pada setiap ketika. Mereka berzikir, beribadah dan berdoa kepada Allah siang malam terus-menerus demi kebaikan, keselamatan dan kemakmuran dunia, khususnya orang-orang beriman dan bertaqwa.
Penjelasan 5 :
Orang Islam yang berjuang di dalam politik dunia pada masa ini untuk bangunkan Islam tidak mempelajari Agama seluruhnya zahir dan batin. Dakwaan mereka bahawa mereka itu pejuang Islam yang syumul hanya wujud pada nama. Zahirnya mereka kelihatan hebat kerana laungan-laungan yang menyedapkan telinga, sedangkan hakikatnya hati mereka dipenuhi lumpur dan najis kekufuran, syirik dan munafiq. Wal Iyazubillah. Pejuang Islam yang taqwa tidak sesekali memusuhi Kekasih Allah.
Penjelasan 6 :
Jika kamu perhalusi penjelasan kami ini, kamu akan sedar mereka (Ahli Zikir) yang dimaksudkan adalah sebahagian dari Auliya Allah yang di-Taqdirkan wujud atas seluruh pelosok muka bumi, timur dan barat.
Penjelasan 7 :
Ayat Qur'an dan Hadith-Hadith mulia yang kami bentangkan merupakan sebahagian dari dalil-dalil kewujudan mereka. Barangsiapa muliakan mereka, akan memperoleh kemuliaan dari Sisi Allah. Sebaliknya barangsiapa hina mereka, pasti menerima Kemurkaan dan Penghinaan dunia akhirat. Wal Iyazubillah.
Hadith Qudsi :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ اللهَ تَعَالَى قَالَ : مَنْ عَادَى لِيْ وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ، وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِيْ بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُهُ عَلَيْهِ، وَلاَ يَزَالُ عَبْدِيْ يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ، فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِيْ يَسْمَعُ بِهِ وَبَصَرَهُ الَّذِيْ يُبْصِرُ بِهِ، وَيَدَهُ الَّتِيْ يَبْطِشُ بِهَا، وَرِجْلَهُ الَّتِيْ يَمْشِيْ بِهَا، وَلَئِنْ سَأَلَنِيْ لأُعْطِيَنَّهُ، وَلَئِنِ اسْتَعَاذَنِيْ لأُعِيْذَنَّهُ
Dari Abu Hurairah ra., beliau berkata, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda : “Sesungguhya Allah Ta’ala berfirman :
"‘Barangsiapa yang memusuhi Wali-Ku maka Aku telah mengisytihar perang dengannya. Tidak ada taqarrubnya seorang hamba kepada-Ku yang lebih aku cintai kecuali dengan beribadah dengan apa yang telah Aku fardhukan kepadanya. Dan hamba-Ku yang selalu mendekatkan diri kepada-Ku dengan nawafil (perkara-perkara sunnat) maka Aku akan mencintainya dan apabila Aku telah mencintainya maka Aku adalah pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar, penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangannya yang digunakannya untuk memukul dan kakinya yang digunakan untuk berjalan. Jika dia meminta kepada-Ku niscaya akan Aku berikan dan jika dia minta perlindungan dari-Ku niscaya akan Aku lindungi.’ ”
[Imam Bukhari]
SIRI 490 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 59:
Tidak menjawab Solawat Nabi ﷺ
========================
Definisi
======
Dari segi bahasa:
Solawat ( صَلَوَات ) merupakan jamak (_plural_) dari kata Solat ( صَلَاة ), iaitu Solat-solat yang berbilang-bilang atau berbagai jenis solat.
Solat ( صَلَاة ) berasal dari kata solla,yusolli , solatan — ( صلّى, يصلّي, صلاة), yang membawa maksud doa, permohonan, penghormatan, limpahan kebaikan.
Maka Solawat ( صَلَوَات ) adalah pemohonan, doa-doa, penghormatan, limpahan kebaikan
Dari segi istilah:
Solawat ( صَلَوَات ) adalah suatu bentuk ibadah memohon kepada Allah, agar Allah Ta'ala melimpahkan Rahmat, Keberkatan dan Kemuliaan ke atas Junjungan Besar Rasulullah ﷺ. Ia merupakan suatu bentuk penghormatan dan kemuliaan yang khusus bagi Baginda.
Penjelasan:
==========
Penjelasan 1:
Allah Ta'ala Mengurniakan Penghormatan dan Kemuliaan Khusus kepada Rasulullah ﷺ dengan menjadikan sebutan "Solawat ke atas Baginda" oleh Diri-Nya sendiri (sebagai Anugerah Kemuliaan dan Ketinggian Darjat Baginda berbanding sekalian makhluq Ciptaan-Nya), para Malaikat-Nya (bermaksud doa-doa Malaikat ke atas Baginda Nabi ﷺ) dan sekalian orang Mukmin (Permohonan orang beriman kepada Allah) sehingga Qiamat.
Penjelasan 2:
Solawat kepada Rasulullah ﷺ mempunyai tiga sisi:
Sisi 1: Solawat ( صَلَوَات ) dari Allah kepada Rasulullah ﷺ
Ini adalah bermaksud: Pujian, Kemuliaan dan Limpahan Rahmat Allah kepada Baginda.
Sisi 2: Solawat ( صَلَوَات ) dari Malaikat kepada Rasulullah ﷺ
Ini adalah bermaksud: Doa permohonan Malaikat kepada Allah agar di-Limpahkan Rahmat-Nya ke atas Junjungan Rasulullah ﷺ.
Sisi 3: Solawat ( صَلَوَات ) dari orang beriman kepada Rasulullah ﷺ.
Ini adalah suatu bentuk penghormatan dan pengagungan kepada Rasulullah ﷺ berserta permohonan kepada Allah agar menambahkan lagi kemuliaan dan Rahmat-Nya ka atas Baginda.
Penjelasan 3:
Tiada seorang Nabi pun diberikan Kemuliaan tersebut menunjukkan keunggulan Rasulullah ﷺ mengatasi sekalian Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi.
Bersambung siri 491 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment