NUR MUHAMMAD - CIPTAAN ALLAH YANG PERTAMA
Susunan:
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al Kholidiyah
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Berkata Ghawthul A'zham Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani رضي الله عه :
"Semoga Allah Ta'ala memberikan kamu kejayaan di dalam amalan-amalan kamu
yang disukai-Nya dan Semoga kamu memperolehi keredaan-Nya.
Fikirkan, tekankan kepada pemikiran kamu dan fahamkan apa yang aku katakan.
Allah Yang Maha Tinggi pada permulaannya menciptakan cahaya Muhammad daripada
cahaya suci Keindahan-Nya. Dalam hadis Qudsi Dia berfirman:
“Aku ciptakan ruh Muhammad daripada cahaya Wajah-Ku”. Ini dinyatakan juga oleh
Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dengan sabdanya:
“Mula-mula Allah ciptakan ruhku. Pada permulaannya diciptakan-Nya sebagai ruh
suci”.
“Mula-mula Allah ciptakan qalam”.
“Mula-mula Allah ciptakan aqal”.
Apa yang dimaksudkan sebagai ciptaan permulaan itu ialah ciptaan hakikat kepada
Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم, iaitu Kebenaran tentang Muhammad yang tersembunyi. Dia juga
diberi nama yang indah-indah. Dia dinamakan Nur, cahaya suci, kerana dia
dipersucikan dari kegelapan yang tersembunyi di bawah sifat jalal Allah. Allah
Yang Maha Tinggi berfirman:
قَدْ
جَآءَكُمْ مِّنَ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَـبٌ مُّبِين
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu dari Allah, cahaya dan kitab yang
menerangkan”.
[Al-Maaidah, ayat 15]
Dia dinamakan aqal yang meliputi (akal universal) kerana dia telah
melihat dan mengenali segala-galanya.
Dia dinamakan qalam kerana dia menyebarkan hikmah dan ilmu
dan dia mencurahkan ilmu ke dalam huruf-huruf.
Roh Muhammad adalah zat atau hakikat kepada segala kejadian, permulaan dan
kenyataan alam maya. Baginda صلى الله عليه وسلم menyatakan hal ini dengan sabda Baginda,
“Aku daripada Allah dan sekalian yang lain daripadaku”.
Allah Yang Maha Tinggi menciptakan sekalian roh-roh daripada roh baginda صلى الله
عليه وسلم di
dalam alam kejadian yang pertama, dalam bentuk yang paling baik.
‘Muhammad’ adalah nama kepada sekalian kemanusiaan di dalam alam arwah. Dia
adalah sumber, asal usul dan kediaman bagi sesuatu dan segala-galanya.
Kejadian Insan berupa jasad dan ruh.
Empat ribu tahun selepas diciptakan cahaya Muhammad, Allah ciptakan Arasy
daripada cahaya mata Muhammad. Dia ciptakan makhluk yang lain daripada Arasy.
Kemudian Dia hantarkan roh-roh turun kepada peringkat penciptaan yang paling
rendah, kepada alam kebendaan, alam jirim dan badan.
ثُمَّ
رَدَدْنَـهُ أَسْفَلَ سَـفِلِين
َ “Kemudian Kami turunkan ia kepada peringkat yang paling rendah”.
[Surah Tin, ayat 5]
Dia hantarkan cahaya itu daripada tempat ia diciptakan, dari alam Lahut,
iaitu alam kenyataan bagi Zat Allah, bagi keesaan, bagi wujud mutlak, kepada
alam nama-nama Ilahi, kenyataan sifat-sifat Ilahi, alam bagi akal asbab kepunyaan
roh yang meliputi (roh universal). Di sana Dia pakaikan roh-roh itu dengan
pakaian cahaya. Roh-roh ini dinamakan ‘Roh Sultani (ruh pemerintah)’.
Dengan berpakaian cahaya mereka turun kepada alam malaikat. Di sana mereka
dinamakan ‘roh rohani’.
Kemudian Dia arahkan mereka turun kepada alam kebendaan, alam jirim, air dan
api, tanah dan angin dan mereka menjadi ‘roh manusia’.
Kemudian daripada dunia ini Dia ciptakan tubuh yang berdaging, berdarah.
مِنْهَا
خَلَقْنَـكُمْ وَفِيهَا نُعِيدُكُمْ وَمِنْهَا نُخْرِجُكُمْ تَارَةً أُخْرَى
“Kemudian Kami jadikan kamu dan kepadanya kamu akan dikembalikan dan
daripadanya kamu akan dibangkitkan sekali lagi”.
[Surah Ta Ha, ayat 55]
Selepas peringkat-peringkat ini Allah memerintahkan roh-roh supaya memasuki
badan-badan dan dengan kehendak-Nya mereka pun masuk.
فَإِذَا
سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِى “
Maka apabila Aku sempurnakan kejadiannya dan Aku tiup padanya roh-Ku…”. [Surah
Shad, ayat 72]
~ tamat petikan kitab ~
❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇❇️
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇❇️️
No comments:
Post a Comment