H6 : SIRI 201 - SIRI 240 : AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ

 SIRI 201


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman


Fasal 3:  Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam

sambungan....


Bahaya Syirik khafi ke-7:  Menghalang Tauhid


Firman Allah:


فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَآءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَـلِحاً وَلاَ يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدَا  

 

"Barang siapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapa pun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”. 

[Al-Kahf (18) : Ayat 110]


Apakah maksud Kalam Allah ini...   "وَلاَ يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدَا" (jangan mempersekutukan apa pun di dalam ibadat kepada Tuhannya)? 

Apakah maksud "mempersekutukan Allah di dalam ibadat"?

Adakah maksudnya di sini "sembah berhala"? 

atau "sembah Tokong"?   

atau "sembah Matahari"?  

atau "sembahan-sembahan lain seperti yang dilakukan oleh orang kafir"?


Sudah tentu jawapannya tidak...!

Tak mungkin bagi seseorang yang beriman mengerjakan Solat sambil sembah berhala..  tak mungkin! 

Tak mungkin bagi seseorang yang beriman berpuasa sambil sembah berhala... tak mungkin!

Tak mungkin seseorang yang beriman mengerjakan ibadah Haji sambil sembah berhala... tak mungkin!


Jadi apakah maksud sebenar yang dikehendaki dengan Ayat ini?

Al-Imam Kabir Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu berikan jawapannnya.


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu:

Untuk mencapai tujuan ini (mencapai Tauhid yang suci bersih), manusia wajib meninggalkan sesuatu yang menyalahi Syari'at dan Toriqat.  Hal ini akan dapat diperoleh dengan melatih diri meninggalkan keinginan nafsu walaupun pahit dan melakukan riadhah ruhaniyyah dengan tujuan mencapai Redha Allah serta bersih dari Riya' dan Sum'ah sebagaimana Firman Allah di dalam Surah Al-Kahfi Ayat 10:  (" فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَآءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَـلِحاً وَلاَ يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدَا ")

[Tamat petikan dari kitab Sirrul Asrar]


Dengan Tafsiran Al-Imam, dapat difahami maksud " وَلاَ يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدَا " itu sebenarnya adalah ditujukan kepada semua orang Islam yang ingin mencapai Tauhid yang hakiki atau Keimanan sejati, maka wajib bagi mereka jauhkan sekalian Syirik khafi (syirik tersembunyi) di dalam hati.  Hanya dengan cara ini seseorang akan sampai kepada Allah, iaitu mencapai Tauhid yang hakiki.


SIRI 202


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4: Tingkatan Iman

Fasal 3: Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam

sambungan....


Fakta ke 9: Perincian Syirik khafi


Dalam bahagian ini, kami akan huraikan setiap satu daripada Syirik khafi agar lebih jelas akan bahayanya kepada Iman dan Islam.  Kami sengaja memanjangkan hal ini kerana kebanyakan orang awam memandang ringan akan Syirik khafi, bahkan setengah mereka sampai ke peringkat menafikannya.  Ertinya mereka bukan sahaja memandang ringan akan Syirik khafi tetapi mereka menafikan terus wujudnya Syirik khafi...!!!


Firman Allah:


فَلَا تَجۡعَلُواْ لِلَّهِ أَندَادً۬ا وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ…….


“Maka janganlah kamu membuat sekutu untuk Allah padahal kamu mengetahui (bahawa Allah adalah Maha Esa)” 

[Al-Baqarah (2) : Ayat 22]


Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu anhu:

“Membuat sekutu untuk Allah adalah perbuatan syirik, suatu perbuatan dosa yang lebih sulit untuk dikenali daripada semut kecil yang merayap di atas batu hitam, pada malam hari yang gelap gulita.”

[Tafsir Ibnu Abbas]


Golongan yang menafikan terus kewujudan _Syirik khafi_ adalah Golongan Wahhabiyyah (Khawarij).  Mereka berlagak dan bercakap seperti Ahlus-Sunnah, mengaku Ahlus-Sunnah, bersyarah berkenaan Ahlus-Sunnah tetapi pada hakikatnya mereka adalah penentang Ahlus-Sunnah.


Golongan Khawarij tidak pernah menuntut Ilmu Toriqat (Tasawwuf), tidak mengetahui apa yang dikehendaki dengan Tasawwuf (hakikat kesucian) dan tidak mengetahui hakikat Tauhid (Tauhid yang suci murni), tetapi mereka bercakap "hebat" tentang Tauhid.  Bahkan sebahagian besar dari Golongan wahhabiyyah menentang Ilmu Toriqat dan Tasawwuf yang sahih.  Wa Iyazubillah.


Mulut mereka penuh dengan ayat Qur'an dan Hadith tetapi mereka mentafsirkan dengan aqal fikiran mereka.  Mereka merujuk Ulama-Ulama Wahhabiyyah yang membawa kesesatan.  Maka jadilah mereka sesat dan menyesatkan.  Ulama-ulama mereka adalah budak-budak yang mentah dan bodoh (meskipun mereka bergelar Phd, Prof, Drs, Kiyai dan lain-lain).


Rasulullah ﷺ bersabda:

“Akan keluar di akhir zaman suatu kaum yang usia mereka masih muda, dan bodoh, mereka mengatakan sebaik‑baiknya perkataan manusia, membaca Al-Qur’an tidak sampai kecuali pada kerongkongan mereka.  Mereka keluar dari Deen (Islam) sebagaimana anak panah keluar dan busurnya.”

[Imam Bukhari dan Imam Muslim]


Rasulullah ﷺ bersabda:

"Di akhir zaman akan muncul kaum yang muda usia dan lemah akal.  Mereka berbicara dengan pembicaraan yang seolah-olah berasal dari manusia yang terbaik.  Mereka membaca Al-Quran, tetapi tidak melampaui tenggorokan mereka.  Mereka keluar dari agama, secepat anak panah meluncur dari busur.  Apabila kalian bertemu dengan mereka, maka bunuhlah mereka, karena membunuh mereka berpahala di Sisi Allah pada hari Qiamat.”

[Imam  Muslim]


Rasulullah ﷺ bersabda:

“Suatu kaum dari ummatku akan keluar membaca Al-Qur’an, mereka mengira bacaan Al-Qur’an itu menolong dirinya padahal justru membahayakan dirinya.  Solat mereka tidak sampai kecuali pada kerongkongan mereka.”

[Imam Muslim]


Inilah sebabnya kami berulangkali memberi peringatan kepada sekalian Ummat agar sentiasa waspada, jangan sesekali terpengaruh dengan fahaman Wahhabiyyah.  Ia adalah racun halus yang berbelit, yang sangat halus, yang tersangat bahaya, yang binasakan Iman dan Islam!


SIRI 203


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4: Tingkatan Iman

Fasal 3: Iman Orang Awam


Fakta-fakta  Iman Orang Awam

Fakta ke 9: Perincian Syirik khafi

sambungan...



Perincian Syirik khafi Pertama: Takabbur


Definisi Takabbur

=============


Dari segi bahasa:

Takabbur ( تَكَبُّر ) berasal dari kata (كَبِرَ - يكْبر)  membawa maksud: Besar, Agung, kebesaran, keluasan, keagungan.


Dari segi istilah:

Takabbur bermaksud : Menjadi bangga, sombong, angkuh, congkak, merasa diri lebih baik, menghina orang lain.



Penjelasan:


(1) Takabbur adalah membesarkan diri, merasa diri hebat, merasa diri agung, merasa diri lebih baik dari orang lain dan memandang orang lain dengan pandangan hina.


(2) Takabbur adalah sebesar-besar dosa batin dan sebesar-besar Syirik Khafi.  


(3) Takabbur hapuskan amal kebaikan dan rosakkan iman.


(4) Takabbur adalah "selendang Allah", maksudnya hanya milik Allah Ta'ala Yang Maha Agung, dengan itu makhluk mana pun TIDAK layak bersifat dengan sifat Takabbbur.  (Sifat makhluq adalah sebaliknya, iaitu bersifat dengan faqir, dhaif, tawadhu')


(5) Allah Ta'ala melaknat orang yang Takabbur, sombong, megah, membesarkan diri.


(6) Iblis menerima La'nat Allah, dihukumkan kafir sehingga Qiamat akibat keingkaran kepada Allah Ta'ala dan Takabbburnya terhadap Nabi Adam Alayhis-Salam.


(7) Orang yang Takabbur, menyombong diri, menunjuk kemegahan diri diancam dengan Neraka Jahannam.  Wal Iyazubillah.


(8) Takabbur menyebabkan hati menjadi keras membatu, gelap, mati dan tertutup.  Wal Iyazubillah.


(9) Takabbur itu boleh berlaku kepada siapa sahaja, namun ia berlaku terutama mereka yang mempunyai kelebihan tertentu. (seperti kelebihan ilmu, kuasa, kekayaan, kedudukan, pangkat, nama, gelaran, sijil, harta kekayaan — lihat huraian akan datang)


(10) Setiap manusia yang melakukan Takabbur, wajib Taubat segera dengan Taubat Nasuha, kembali kepada Allah dengan merendahkan dirinya.  Mudah-mudahan Allah menerima Taubatnya.


(11) Orang yang terus menerus Takabbur, membesarkan diri,  bermegah diri dan tidak bertaubat adalah termasuk orang yang menerima La'nat Allah.


(12) Orang yang diberi kesenangan, kaya-raya, hidup mewah tetapi hidup dengan kesombongan adalah orang yang terkena istidraj, ertinya orang yang terkena La'nat tetapi dia tidak menyedarinya, sedang dia leka dan megah dengan sangkaan dia dalam kemuliaan.  Wal Iyazubillah.


Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu:

“Maka pokoknya Takabbur atau sombong ialah : Tingkah laku yang ada pada jiwa, iaitu merasa senang dan cenderung pada dilihat dirinya di atas orang yang disombonginya”


SIRI 204


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4: Tingkatan Iman

Fasal 3: Iman Orang Awam



Fakta-fakta  Iman Orang Awam

Fakta ke 9: Perincian Syirik khafi

Perincian Syirik khafi 1: Takabbur

sambungan....




Dalil-dalil dosa besar Takabbur — Ancaman Keras Allah Ta'ala kepada Orang Takabbur, sombong, megah.


Berikut adalah keterangan Al-Qur'an dan Hadith berkenaan ancaman keras terhadap orang-orang di dalam hatinya ada sifat Takabbur.  Dan lebih bahaya lagi apabila sifat terpendam itu terzahir di dalam tutur kata dan tingkah laku.


(1) Makhluq yang awal-awal di-Laknat Allah kerana sifat Takabbur.


Firman Allah :


وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَـئِكَةِ اسْجُدُواْ لاًّدَمَ فَسَجَدُواْ إِلاَّ إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَـفِرِينَ


Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam.  Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takabbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir.  

[Al-Baqarah (2) : Ayat 34] 


(2) Takabbur adalah sifat Iblis, Fir’aun,Namrud serta penguasa yang menyombongkan diri.


Firman Allah :


إِلَى فِرْعَوْنَ وَمَلَئِهِ فَاسْتَكْبَرُواْ وَكَانُواْ قَوْماً عَـلِينَ


"Kepada Firaun dan kaumnya; lalu mereka menentang (seruan Nabi-nabi Allah itu) dengan sombong takabbur, serta menjadi kaum yang membesarkan diri.  

[Al-Mu’minoon (23) : Ayat 46]


 (3) Takabbur menyebabkan pintu hati tertutup.


Firman Allah :


 كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَى كُـلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ


“Begitulah Allah memeterai (menutup) setiap hati orang yang sombong dan sewenang-wenang.”

[Al-Mu’min (40) : Ayat 35]


(4) Takabbur Sifat Kebesaran Allah, hanya Allah Ta'ala layak Takabbur.


Firman Allah di dalam Hadis Qudsi:    


“Takabbur itu selendang-Ku dan kebesaran itu kain sarung-Ku.  Maka barang siapa bertengkar dengan Aku pada salah satu dari yang dua itu, nescaya Aku campakkan dia dalam Neraka Jahannam.  Dan Aku tidak pedulikan.” 

[Imam Muslim]


(5) Takabbur binasakan pahala amal ibadah.


Firman Allah :


  يأَيُّهَا الَّذِينَ ءامَنُواْ لاَ تُبْطِلُواْ صَدَقَـتِكُم بِالْمَنّ” وَالاْذَى……”


"Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan kebanggaan dan cercaan."

[Al-Baqarah (2) : Ayat 264]


(6) Takabbur yang berterusan boleh menjerumuskan seseorang kepada kekafiran.


Firman Allah :


بَلَىٰ قَدْ جَاءَتْكَ آيَاتِي فَكَذَّبْتَ بِهَا وَاسْتَكْبَرْتَ وَكُنْتَ مِنَ الْكَافِرِينَ


”(Bukan demikian) sebenarnya telah datang keterangan-keterangan-Ku kepadamu lalu kamu mendustakannya dan kamu menyombongkan diri dan adalah kamu termasuk orang-orang yang kafir.” 

[Az-Zumar (39) : Ayat 59]


(7) Takabbur mengheret ke Neraka, jauh dari Syurga.


Rasulullah ﷺ bersabda:

“Tidak akan masuk Syurga orang yang ada di dalam hatinya, seberat biji sawi dari takabbur.”

[Imam Muslim]


Perhatikanlah sungguh-sungguh segala ancaman adalah ditujukan kepada orang Islam beramal yang mempunyai sifat Takabbur, membesarkan diri, menunjuk kemegahan.  Sesungguhnya kesombongan dan bermegah-megah diri menghilangkan pahala kebajikan sekalian amal ibadah, mencerai-beraikan Imannya dan menjadi sebab dicampak ke Neraka Jahannam.  Wal Iyazubillah


Akan datang penjelasan :


■ Jenis-jenis Takabbur.

■ Takabbur batin yang terzahir dalam perbuatan, perkataan.

■ Punca Mendorong kepada Takabbur.

■  Tanda-tanda terlihat sifat Takabbur pada seseorang.

■ Taubat Nasuha dari sifat Takabbur.

■ Cara orang awam melawan sifat Takabbur.

■ Larangan menuduh orang lain Takabbur tanpa hak.

■ Takabbur yang dibenarkan.



SIRI 205


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4: Tingkatan Iman

Fasal 3: Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam


Fakta ke 9: Perincian Syirik khafi.


Perincian Syirik khafi 1: Takabbur

sambungan....



Pembahagian Takabbur:

==================


Takabbur terbahagi kepada tiga bahagian:


Pertama : Takabbur kepada Allah

Kedua :     Takabbur kepada Rasulullah  

Ketiga :     Takabbur kepada makhluq


Huraian :


Takabbur Kepada Allah:


Iblis adalah makhluq pertama yang Takabbur kepada Allah. Kemudian diikuti Raja-Raja dan Sultan-Sultan yang mencabar kekuasaan Allah seperti Firaun dan Namrud.  Maka jadilah mereka kafir!


Firman Allah :


وَاِذْ قُلْنَا لِلْمَلٰۤىِٕكَةِ اسْجُدُوْا لِاٰدَمَ فَسَجَدُوْٓا اِلَّآ اِبْلِيْسَۗ اَبٰى وَاسْتَكْبَرَۖ وَكَانَ مِنَ الْكٰفِرِيْنَ


"(dan ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam!” Maka, mereka pun sujud, kecuali Iblis.  Ia menolaknya dan menyombongkan diri, dan ia termasuk golongan kafir.”

[Al-Baqarah(2) : Ayat 34]


Firman Allah :


اَلَمْ تَرَ اِلَى الَّذِيْ حَاۤجَّ اِبْرٰهٖمَ فِيْ رَبِّهٖٓ اَنْ اٰتٰىهُ اللّٰهُ الْمُلْكَ ۘ اِذْ قَالَ اِبْرٰهٖمُ رَبِّيَ الَّذِيْ يُحْيٖ وَيُمِيْتُۙ قَالَ اَنَا۠ اُحْيٖ وَاُمِيْتُ ۗ قَالَ اِبْرٰهٖمُ فَاِنَّ اللّٰهَ يَأْتِيْ بِالشَّمْسِ مِنَ الْمَشْرِقِ فَأْتِ بِهَا مِنَ الْمَغْرِبِ فَبُهِتَ الَّذِيْ كَفَرَ ۗوَاللّٰهُ لَا يَهْدِى الْقَوْمَ الظّٰلِمِيْنَۚ 


“Tidakkah kamu memperhatikan orang yang mendebat Ibrahim mengenai Tuhannya karena Allah telah Menganugerahkan kepadanya (orang itu) kerajaan (kekuasaan), (yakni) ketika Ibrahim berkata, “Tuhankulah yang menghidupkan dan mematikan.”  (Orang itu) berkata, “Aku (pun) dapat menghidupkan dan mematikan.”  Ibrahim berkata, “Kalau begitu, sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur.  Maka, terbitkanlah ia dari barat.”  Akhirnya, bingunglah orang yang kafir itu.  Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.”

[Al-Baqarah (2) : Ayat 258]


Firman Allah :


بَلَىٰ قَدْ جَاءَتْكَ آيَاتِي فَكَذَّبْتَ بِهَا وَاسْتَكْبَرْتَ وَكُنْتَ مِنَ الْكَافِرِينَ


” (Bukan demikian) sebenarnya telah datang keterangan-keterangan-Ku kepadamu lalu kamu mendustakannya dan kamu menyombongkan diri dan adalah kamu termasuk orang-orang yang kafir”. 

[Az-Zumar (39) : Ayat 59]


Firman Allah :


 كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَى كُـلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ


“Begitulah Allah memeterai (menutup) setiap hati orang yang sombong dan sewenang-wenang.

[Al-Mu’min (40) : Ayat 35]


Barang siapa Takabbur kepada Allah, maka dia termasuk orang kafir dan di-Laknat.  Orang kafir yang terus-menerus di dalam kesombongan terhadap Allah dan seruan Rasul tidak akan memperoleh petunjuk.  Mereka akan kekal di dalam kekafiran sampai mati.

  

Contoh manusia seperti ini adalah Fir'aun, Qarun, Namrud berserta pengikut-pengikut mereka yang setia... yang mereka itu semuanya Takabbur menyombongkan diri kepada Allah bahkan mencabar Kekuasaan Allah Ta'ala, maka matilah mereka di dalam kekafiran.  


Sebaliknya orang kafir yang memikirkan tentang kewujudan dirinya, memikirkan Penciptanya, memikirkan kejadian dan keajaiban Alam yang Allah Ciptakan, TIDAK menyombongkan dirinya.... In shaa Allah dia akan memperoleh hidayah untuk menerima Islam dan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.


SIRI 206


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4: Tingkatan Iman

Fasal 3: Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam


Fakta ke 9: Perincian Syirik khafi.


Perincian Syirik khafi 1 : Takabbur

sambungan....



Takabbur Kepada Rasulullah ﷺ:


Jika dia orang Islam, lalu dia sombong kepada Allah dan Rasul-Nya — iaitu memperolok-olok ajaran Rasul ﷺ, mengejek, caci maki Rasulullah ﷺ,  kemudian dia tidak Taubat Nasuha dengan segera.... maka tidak syak lagi dia akan jatuh murtad, keluar dari Agama menjadi kafir.  Wal Iyazubillah. 


Firman Allah:


إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُهِينًا (57) وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا


Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya, Allah akan Melaknatinya di dunia dan di akhirat, dan menyediakan baginya siksa yang menghinakan.  Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.”

[Al-Ahzab (33) : Ayat 57-58]


Jika dia orang Islam, meyakini Al-Qur'an dan Hadith Rasulullah ﷺ,  mengerjakan Solat, Puasa, Zakat, Haji serta kewajipan lain, tetapi dia menyombongkan diri dengan ajaran Rasulullah ﷺ yang sebenar, menyombongkan diri dengan Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang sebenarnya, lalu dia menyimpang membuat firqah sendiri, maka jatuhlah dia kepada golongan sesat ... meskipun dia bergelar Ulama, meskipun dia Hafiz Qur'an, meskipun dia bangun Tahajjud setiap malam. 


Golongan ini yang dimaksudkan oleh Nabi ﷺ dengan 72 golongan yang sesat.  Di antaranya yang masih menyebarkan ajaran sesat ini adalah :  Golongan Syi'ah (rafidhi) dan Wahhabiyyah (khawarij).   Sesungguhnya golongan menyombong ini tertipu dengan tipu daya Syaitan tetapi mereka tidak menyedarinya.  Wal Iyazubillah.  Mohon Pertolongan Allah agar terhindar dari golongan sesat ini.



Takabbur kepada Makhluq:


Jika seseorang Islam Takabbur kepada makhluq disertai dengan Penderhakaan kepada Perintah Allah Ta'ala, maka jatuhlah dia kepada kekafiran.  Hal ini yang terjadi kepada makhluq Allah yang pertama sekali melakukan Takabbur sehingga diabadikan di dalam Al-Qur'an sebagai pengajaran yang paling besar kepada Ummat Islam yang beriman sepanjang umur dunia.  Iblis yang namanya Azazil adalah bangsa Jinn yang beribadat bersama para Malaikat dan menjadi Guru kepada Malaikat selama ribuan tahun, jatuh tersungkur menjadi kafir disebabkan keengganan kepada Perintah Allah supaya sujud (hormat) kepada Nabi Adam Alaihis Salam.


Firman Allah :


وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَـئِكَةِ اسْجُدُواْ لاًّدَمَ فَسَجَدُواْ إِلاَّ إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَـفِرِينَ


Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam.  Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan Takabbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir.  

[Al-Baqarah (2) : Ayat 34] 


Seseorang Islam yang takabbur kepada makhluq semata-mata (BUKAN TAKABBUR KEPADA ALLAH DAN RASUL-NYA), meninggikan diri, menyombongkan diri, memandang diri sendiri dengan kemuliaan serta  menghinakan orang lain,  adalah dia termasuk orang yang fasiq, berdosa besar dan telah melakukan Syirik (syirik khafi), mempersekutukan Allah di dalam hatinya.  Rosak Tauhidnya dan musnah segala amalnya.  Wal Iyazubillah.


Takabbur yang ketiga inilah yang fokus perbincangan utama di dalam Risalah ini.  Maksudnya kita tidak akan membincangkan hal ehwal Iblis atau hal ehwal Fir'aun yang kafir, tetapi tumpuan kita adalah kepada "Takabbur yang dilakukan oleh orang Islam yang beriman."


SIRI 207


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4: Tingkatan Iman

Fasal 3: Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam


Fakta ke 9: Perincian Syirik khafi


Perincian Syirik khafi ke-1: Takabbur

sambungan....



Sebab-sebab yang Mendorong Takabbur :


Mengapakah manusia suka Takabbur?

Apakah anasir di dalam diri yang mendorong dia melakukan Takabbur?


Punca wujudnya Takabbur pada diri seseorang adalah disebabkan wujudnya suatu kelebihan pada dirinya atau dia merasa kesempurnaan berbanding manusia lain.  Sebab-sebab yang membangkit kepada Takabbur:


1.  Takabbur dengan Ilmu.

2.  Takabbur dengan Amal Ibadah.

3.  Takabbur dengan tubuh badan – kecantikan,  kekuatan dan lain-lain.

4.  Takabbur dengan harta,  anak dan kekayaan dunia.

5.  Takabbur dengan banyak pengikut.

6.  Takabbur dengan kemuliaan keturunan.

7.  Takabbur dengan kekuasaan.



Huraian:


(1) Takabbur dengan Ilmunya:


Hal ini sering terjadi kepada orang alim yang mahir di dalam Ilmu Syari'at (Fiqh), mahir di dalam Ilmu Usuluddin, mahir di dalam berbagai ilmu nahwu sarf, mantiq dan lain-lain,  Hafiz dan mahir di dalam Al-Qur'an, mempunyai gelaran Ulama, Kiyai, Ustaz, Muallim, Huffaz, PhD, Drs, Profesor, Masters dan sebagainya.  Oleh kerana mereka memiliki Ilmu syari'at yang banyak mengatasi orang lain, maka timbul perasaan megah, takabbur dengan ilmunya.  


Orang yang memiliki kelebihan seperti ini amat sukar membendung bisikan hati yang mengangkat tinggi punggungnya.  Hatinya berbisik " Engkaulah orang hebat menguasai ilmu Agama, engkaulah orang bijak sedang orang lain bodoh.  Engkaulah pakar di dalam Agama sedang orang lain semua macam sampah.  Engkau ada PhD, Profesor, Masters sedang lawan kau cuma orang yang tiada pangkat apa-apa."


Demikian bisikan hati yang sering terkena kepada orang yang memiliki banyak Ilmu Syari'at.  Sebahagian dari mereka bermegah dan takabbur di dalam hati semata-mata.  Sebahagian lain tak dapat mengawal diri.  Sifat kemegahan terus mendesak mereka sehingga  mereka gemar mengajak kepada perdebatan yang akhirnya membawa pertengkaran dan pemusuhan.  Contoh-contoh di kalangan ummat Islam telah lama berlaku, iaitu pada zaman kemudian dari kewafatan Rasulullah ﷺ dan berterusan sampailah ke zaman ini.  Akibat dari perbuatan ini telah menjerumuskan mereka kepada kesesatan.  Wal Iyazubillah.



(2) Takabbur dengan amal Ibadah


Ahli abid (ahli ibadah) yang tekun beribadah siang malam megah dengan amal dia yang banyak. Pada sangkaan dia lebih mulia dari manusia lain kerana ibadah dia menggunung tinggi.  Tanda-tanda yang terlihat pada ahli ibadah ini sama seperti tanda-tanda orang alim takabbur dengan ilmunya.



(3) Takabbur dengan tubuh badan — Kekuatan dan Kecantikan


Orang yang kuat memandang remeh atau hina orang-orang yang lemah.  Kekuatan di sini boleh bermaksud kekuatan individu  atau kekuatan berkelompok seperti  ketenteraan.


Orang-orang yang di-Kurniakan oleh Allah kecantikan wajah atau keindahan rupa memandang hina orang yang kurang cantik.  Mengeluarkan kata-kata hodoh, hitam, dan sebagainya atau semata-mata bermegah di dalam hati yang dia lebih indah dari orang lain adalah termasuk takabbur.


(4) Takabbur dengan harta, anak, kekayaan dunia


Orang yang di-Kurniakan oleh Allah harta kekayaan yang banyak memandang orang lain yang tiada harta dengan pandangan hina. 


Golongan hartawan, jutawan seringkali menyombongkan diri dengan mengeluarkan kata-kata hina seperti :  "Aku banyak harta kerana aku pandai usaha, kamu pemalas"

atau dia berkata, "Cuba lihat harta kekayaanku yang banyak",  atau berkata, "kamu tak layak tandingi harta kekayaan aku " atau lain-lainnya.


SIRI 208


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4: Tingkatan Iman

Fasal 3: Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam


Fakta ke 9: Perincian Syirik khafi.


Perincian Syirik khafi ke-1: Takabbur

sambungan....



(5) Takabbur dengan sebab banyak pengikut


Hal ini terjadi ke atas ketua-ketua yang memimpin jamaah, kumpulan atau parti.  Apabila bertambah ramai pengikut maka datanglah perasaan kesombongan bahawa dia lebih tinggi dan lebih hebat dari jamaah lain, parti lawan dan sebagainya.



(6) Takabbur dengan Keturunan


Mereka bermegah-megah dengan sebab keturunan dan bangsa, warna kulit, tempat asal dan sebagainya. 

Orang yang berketurunan bangsawan memandang hina kepada orang biasa yang bukan dari bangsawan.  Orang kulit putih hinakan orang kulit hitam.  Sama ada dengan perkataan atau tingkah laku atau semata-mata di dalam hati.  Semua ini Takabbur yang tercela.



(7) Takabbur dengan kekuasaan


Sesungguhnya Takabbur yang dilakukan oleh Penguasa-penguasa, Pemerintah, Amir, Khalifah, Sultan, Raja, Presiden, Perdana Menteri atau apa saja namanya yang zalim dan rakus dengan dunia dan kekuasaan.... adalah ini musibah paling besar kepada Ummat Islam dan kecelakaan besar kepada dirinya sendiri.


Apabila sifat Takabbur menguasai seseorang Pemerintah, Penguasa, yang mempunyai Kekuasaan, dia sanggup melakukan apa saja kedurjanaan hingga kepada pembunuhan sewenang-wenangnya.  Ini yang terjadi kepada Penguasa-penguasa terdahulu dan masih berterusan sehingga ke hari ini.  Kuasa yang besar kepada seseorang membutakan mata dan menutup pintu hati dia.  


Maka jadilah orang ini berkali-kali ganda dosanya.....dosa takabbur dan dosa kezaliman dan penganiyaan.  Jangan kamu termasuk Penguasa seperti ini.  Mohon perlindungan Allah Ta'ala agar tidak termasuk pengikut dan subahat dengannya. 


Perhatikanlah wahai budiman,

Betapa besarnya akibat penyakit hati yang membawa kepada berbagai dosa besar yang amat besar.

Puncanya dari hati yang berpenyakit....!


SIRI 209


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4: Tingkatan Iman

Fasal 3: Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang 

Fakta ke-9: Perincian Syirik khafi.

Perincian Syirik khafi Pertama: Takabbur

sambungan....


Tanda-tanda wujud Takabbur:


Sebagaimana telah dibicarakan sebelum ini, Takabbur itu timbul di dalam hati serta menetap di dalam hati.  Walau bagaimanapun kebanyakan manusia yang memilki sifat Takabbur tidak dapat menahan diri dari menzahirkan sifat Takabbur itu di dalam perkataan dan tingkah laku.  Maka tanda-tanda Takabbur itu terlihat di dalam ucapannya atau tingkah lakunya.


Asas kepada tanda-tanda ini dapat difahami dari Hadith Rasulullah ﷺ, iaitu dua perkara :

Pertama : Meninggikan diri (membesarkan diri) serta menghina orang lain.

Kedua :  Menolak kebenaran. 


Rasulullah  ﷺ  bersabda:

“Tidak akan masuk Syurga seseorang yang di dalam hatinya terdapat Takabbur sebesar biji sawi.”  Ada seseorang yang bertanya, “Bagaimana dengan seorang yang suka memakai baju dan sandal yang bagus?”  Baginda menjawab, “Sesungguhnya Allah itu Indah dan menyukai keindahan.  Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain.“

[Imam Muslim]


Rasulullah ﷺ telah memberikan indikasi tanda Takabbur pada diri seseorang iaitu :  "Menolak kebenaran" dan "menghina orang lain".  Daripada dua tanda Takabbur ini, bercabang-cabang pula banyak lagi tanda lain menunjukkan kepada wujud sifat Takabbur di dalam diri seseorang, sebagaimana dijelaskan oleh sekalian Ahli Ma'rifat.  Semua orang Islam wajib mengetahuinya serta menjauhkannya.


Berikut adalah sebahagian besar dari tanda yang terlihat pada orang yang Takabbur. Kita mulai dengan menyebut secara khusus dua Tanda sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah  ﷺ, kemudian diikuti dengan cabang-cabang yang terbit daripada dua tanda tersebut.  Perhatikan baik-baik, ambil pengajaran.


Tanda Pertama: Besarkan diri, hina orang lain

Gemar bercakap besar membangga-bangga diri dengan kebolehannya, serta memandang remeh  kemampuan orang lain.


Contoh :


■ Dia berkata: "Ini semua hasil kecerdasan dan kepandaianku, kamu semua tak tau apa-apa."


■ Dia berkata:  "Aku yang buat semua ini, kalaulah aku tak ada, tak siapa mampu buat."


■ Dia berkata:  "Kalau bukan kerana kebijaksanaan aku, sudah lama Negara ini muflis."


■ Dia berkata: "Kalau bukan kerana kecekapan aku, kamu semua sudah lama mati."


■ Dia berkata : "Semua kejayaan ini adalah hasil usahaku yang gigih, tak ada siapa pun mampu buat semacam ini."


Ini adalah penyakit paling besar bagi orang Islam yang suka Takabbur.  Mereka akan cuba meyakinkan orang awam bahawa diri mereka yang terbaik, diri mereka paling hebat, diri mereka yang unggul sempurna sedangkan lawannya atau orang lain tak dapat menandingi kehebatannya.  Mereka akan cuba menonjolkan diri mereka sebagai yang terbaik sementara orang lain akan dikata sebagai "buruk", "tidak cekap",  "lemah", "pemalas"  dan sebagainya agar orang lain kelihatan hina pada pandangan orang awam.


SIRI 210


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4: Tingkatan Iman

Fasal 3: Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam

Fakta ke 9: Perincian Syirik khafi.

Perincian Syirik khafi Pertama: Takabbur

sambungan....


Tanda-tanda wujud Takabbur 

sambungan.....

                                                                                                                                                                        Tanda ke-2: Menolak kebenaran — Tidak menerima kebenaran.


Hal ini memerlukan perbincangan luas serta penelitian amat halus.  Apa maksud "menolak kebenaran"?

Apa kaitannya dengan Hadith  Rasulullah ﷺ yang menyebut "menolak kebenaran" sebagai tanda Takabbur?

Apa maksud "kebenaran"?

Bagaimana menentukan "kebenaran dan petunjuk benar" dengan "kebatilan dan kesesatan"?

Siapa yang berhak menentukannya?

Apa dasar dan Prinsip penentuan tersebut?


Di dalam hal ini, apabila bertembung dua kelompok atau lebih yang mempunyai pegangan yang berlawanan,  sudah tentu masing-masing akan mempertahankan pendapat masing-masing sebagai benar sementara lawannya adalah salah dan batil.  Jika demikian bagaimana jalan penyelesaiannya?


Jawapannya:


Kebenaran itu hanya wujud di dalam Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar (tulen).  Dasar Pegangan Ahlus Sunnah yang benar adalah berpegang teguh dengan Al-Qur'an, Hadith serta Fatwa Ulama Mu'tabar.  Kebenarannya terbukti!


Ulama Mu'tabar adalah Ulama bertaraf Auliya Allah yang mempunyai susur galur pengambilan Ilmu amal turun-temurun dari Junjungan Besar Rasulullah ﷺ.  Merekalah Mursyid (Penunjuk Jalan benar) kepada Ummat ini sepanjang zaman.  Merekalah Khalifah Rasulullah ﷺ yang bermula dari Khulafa' Ar-Rasyidin, sambung- menyambung tiada putus sampai Qiamat.  Merekalah Ahli Ma'rifat yang mewarisi Nubuwwah dan _Risalah_ Baginda ﷺ.  Mereka sentiasa _Musyahadah_ (menyaksikan wajah Allah) serta di dalam Pimpinan Ruhaniyah Rasulullah  ﷺ.  Mereka tidak akan sama sekali berdusta.  


Dengan demikian, selain dari Ahlus Sunnah yang benar (tulen), hanyalah kebatilan dan kesesatan.  Tidak wujud kebenaran selain dari yang telah dinyatakan oleh sekalian Ulama Mu'tabar yang telah memperoleh Rahmat Allah.


Jika wujud satu golongan mengaku mereka Ahlus Sunnah, sedangkan pegangan mereka adalah mengikut Syi'ah (rafdhi) atau mengikut fahaman Wahhabiyyah (Khawarij) atau mengikut fahaman Sekular ( Liberal) atau fahaman sesat yang lain, maka tidak syak lagi mereka adalah golongan sesat yang pura-pura mengaku Ahlus Sunnah.  Mereka adalah Ahlus Sunnah PALSU.  TIDAK wujud "kebenaran" pada Ahlus Sunnah PALSU...!


Jika di sana terdapat satu golongan mengaku Ahlus Sunnah, periksalah siapa pemimpin mereka, adakah pemimpin mereka Ulama Mu'tabar yang benar-benar mewarisi Rasulullah ﷺ, atau mereka hanya penyamar dan pendusta.  Pengakuan bahawa mereka juga mengikut Al-Qur'an dan Sunnah BUKAN penentuan mutlaq.  Ini kerana golongan munafiq juga mengaku mereka mengikut Al-Qur'an dan Sunnah, sedangkan mereka hanya pura-pura dan munafiq.  Maka mana mungkin meletakkan pergantungan atas pengakuan tersebut?


Neraca sebenar penentuan kebenaran atau kebatilan adalah dengan memerhatikan siapa Pemimpin mereka - adakah Pemimpin mereka Ulama Warisatul Anbiya yang sebenar atau Pemimpin mereka adalah dari golongan Syi'ah (rafidhi) atau Wahhabiyyah (khawarij) atau lain-lainnya.


Dengan demikian yang dimaksudkan dengan "menolak kebenaran" adalah menolak Ahlus Sunnah yang benar (tulen) yang dipimpin oleh Ulama Mu'tabar, Ulama Warisatul Anbiya yang sebenar.  Siapa saja menolak "kebenaran" Ahlus Sunnah yang benar (tulen), maka mereka itulah golongan Takabbur dan tersesat jauh dari petunjuk Allah, Wal Iyazubillah.


SIRI 211


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4: Tingkatan Iman

Fasal 3: Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam

Fakta ke 9: Perincian Syirik khafi.

Perincian Syirik khafi ke-1:Takabbur

sambungan....


Tanda-tanda wujud Takabbur:

sambungan.....



Tanda ke-3 : Tidak suka dinasihati

Tidak suka menerima nasihat, teguran baik daripada orang lain.  


Tanda ke-4: Menuduh pendakwah sebagai sombong

Apabila orang menegur kesalahannya (yang nyata dia salah pada pandangan Ahlus Sunnah), dia menyombong dan segera bangkit menyalahkan orang yang menegurnya sebagai tidak pandai bagi nasihat.  Bahkan dia menuduh penda'wah pula sebagai sombong.  Ini salah satu cara melepaskan diri daripada dia dianggap "penentang" yang menyombongkan diri.


Tanda ke-5: Mulut terasa berat memohon maaf

Susah minta maaf walaupun sedar dia sudah buat kesalahan yang nyata.  


Tanda ke-6:  Rasa diri lebih mulia, lebih hebat

Merasakan diri mulia dan orang lain tak layak menasihati dia. 


Tanda ke-7:  Menyebut-nyebut kelebihan diri

Selalu menyebut-nyebut serta bermegah-megah dengan suatu perkara dunia atau  kelebihan ibadahnya.  


Tanda ke-8:  Marah jika pendapatnya ditolak

 Di dalam suatu perbincangan atau mesyuarat, gemar pendapatnya diterima dan bangkit ammarah jika pendapat (akal) dia ditolak.  


Tanda ke-9: Gemar memaksa pendapat sendiri

Gemar memaksakan kehendak dan pendapat sendiri dalam suatu perbincangan.  Jika pendapatnya tak diterima dia terus merajuk atau bermusuh.   


Tanda ke-10:  Enggan bergaul dengan orang lain taraf

Hanya bergaul dan berteman dengan orang-orang setaraf dengannya.  Jika dia dari keturunan mulia, dia hanya bergaul dengan teman-temannya dari keturunannya.  Jika orang berpangkat, dia  hanya bergaul dengan teman sama pangkatnya serta menganggap orang lain hina. 


SIRI 212


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4: Tingkatan Iman

Fasal 3: Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam

Fakta ke 9: Perincian Syirik khafi.

Perincian Syirik khafi ke-1:Takabbur

sambungan....


Tanda-tanda wujud Takabbur:

sambungan.....




Tanda ke-11:  Gemar doa buruk

Gemar mendoakan kejahatan, keburukan, kecelakaan terhadap orang Islam lain.  (anggap diri mulia dan hinakan orang lain)


Tanda ke-12:  Gemar dipuji

Gemar kepada pujian dan sanjungan manusia (merasakan diri mulia).  Marah jika tidak menerima pujian. 


Tanda ke-13:  Suka orang lain memberi salam padanya

Sangat sukacita orang lain memulai memberi salam kepada dia, kerana merasakan dirinya lebih berilmu dan lebih mulia.


Tanda ke-14:  Gemar orang lain bangun berdiri untuknya

Sangat suka orang lain bangun berdiri memuliakannya dan marah bila orang tak berbuat demikian.


Tanda ke-15:  Suka orang khidmat padanya

Sukacita orang lain menjadi khadim, berkhidmat kepadanya seperti menyediakan tempat duduk istimewa, sediakan makan minum dan marah jika tidak dibuat demikian, kerana mengganggap dirinya sangat mulia dan lebih dari orang lain.


Catitan:

Adapun murid berkhidmat kepada Mursyidnya adalah suatu hal berlainan kerana murid dituntut khidmat kepada Gurunya sebagai suatu adab terpenting bagi memperoleh kejayaan pada Jalan Ma'rifat.


Tanda ke-16:  Suka orang lain menziarahinya

Sukacita dan megah orang ziarah kepada dia dan tidak suka ziarah kepada orang demi menjaga status kemuliaannya.


Tanda ke-17:  Suka marah-marah berlebihan ketika mengajar

Suka marah-marah serta  membentak-bentak berlebih-lebihan apabila mengajar atau sampaikan suatu pada orang  yang tidak tahu.



Demikianlah tanda-tanda wujudnya Takabbur di dalam diri seseorang.  Boleh jadi terdapat lebih dari apa yang telah disebut.  Tujuan kami huraikan hal ini adalah agar setiap orang yang membacanya mengambil i'tibar dan cuba sedaya upaya menjauhinya.  BUKAN tujuan di sini menyalahkan orang lain.  


Penjagaan:

Perlu diingat juga TIDAK semua yang dilihat sebagai Takabbur itu sebenarnya Takabbur.  Kemungkinan  "gaya" atau "perkataan"  yang kelihatan seperti Takabbur itu BUKAN Takabbur, seseorang itu memang sifatnya yang asli, bukan Takabbur.  Maka di dalam hal ini dia TIDAK dikatakan Takabbur. Perbincangan lanjut berkenaan ini.  In shaa Allah.



SIRI 213


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4: Tingkatan Iman

Fasal 3: Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam

Fakta ke 9: Perincian Syirik khafi.

Perincian Syirik khafi Pertama: Takabbur

sambungan....


Tanda-tanda wujud Takabbur:

sambungan.....


Larangan Menuduh orang lain Takabbur


Hendaklah difahami sungguh-sungguh, tujuan dibentangkan ilmu berkenaan Takabbur (dan juga sekalian sifat-sifat kecelaan hati yang menjerumuskan seseorang kepada dosa besar, seperti akan datang huraiannya)  adalah untuk MUHASABAH DIRI, melihat ke dalam diri sendiri, cermin diri dan kemudian berusaha sungguh-sungguh menyucikan HATI dari sifat-sifat tersebut dengan mengikut panduan Ulama Mu'tabar.  Ia bukan bertujuan menyelidiki hal ehwal orang lain, bukan menilai orang lain dan bukan menjatuhkan hukum atas orang lain berdasarkan pandangan mata kasar atau perlakuan fizikal seseorang.  


Meskipun tidak dinafikan, pada suatu sisi pandangan yang kritis, perlunya seseorang atau sekumpulan orang beriman bertanggungjawab menegur mereka yang terang-terang bersifat Takabbur agar disempurnakan tanggungjawab Amr bil ma'ruf Nahyi Anil Mungkar (menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran), namun ianya BUKAN boleh dilakukan sewenang-wenangnya oleh semua orang.  Ini kerana wujud kesamaran dan kepayahan di dalam menentukan sama ada seseorang itu benar-benar bersifat Takabbur atau perlakuannya (perkataan atau tingkah laku) hanya sifat semulajadi yang wujud pada dirinya, bukan sebab Takabbur.


Sebagaimana telah termaklum sifat Takabbur tumbuh dan menetap di dalam hati pada permulaan, kemudian terkeluar  ke dalam perkataan, sikap dan tingkah laku.  Memang benar sebahagian dari sifat Takabbur akan terlihat pada zahir perkataan, sikap dan perbuatannya, namun untuk menuduh seseorang itu bersifat Takabbur memerlukan penelitian yang amat halus.  Jika tersalah langkah tuduhan itu akan kembali kepada orang yang menuduhnya.  Ertinya seseorang yang menuduh orang lain sebagai Takabbur tanpa haq (menuduh sewenang-wenangnya tanpa hujjah yang nyata), maka ditakuti orang yang menuduh itu sebenarnya Takabbur.


Rasulullah ﷺ bersabda:


عَنْ أَبِي ذَرٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا يَرْمِي رَجُلٌ رَجُلًا بِالْفُسُوقِ وَلَا يَرْمِيهِ بِالْكُفْرِ إِلَّا ارْتَدَّتْ عَلَيْهِ إِنْ لَمْ يَكُنْ صَاحِبُهُ كَذَلِكَ

.

"Tidaklah seseorang melempar tuduhan kepada orang lain dengan kefasikan dan tidak pula menuduh dengan kekufuran melainkan (tuduhan itu) akan kembali kepadanya, jika saudaranya tidak seperti itu."

[Imam Bukhari]


Contoh-contoh bukan takabbur:


Contoh 1 :  Seseorang lelaki berjalan dengan membusung dadanya, kelihatan seolah-olah berjalan dengan sombong... TIDAK semestinya dia sombong, kerana kemungkinan itu sifat kejadiannya yang asli.


Contoh 2 :  Seseorang lelaki yang memakai jubah meleret, TIDAK semestinya melakukan Takabbur.  Kemungkinan dia tiada jubah lain atau kemungkinan dia gemar memakai jubah meleret sedangkan dia tiada sifat kesombongan di dalam hatinya.


Contoh 3 :  Seseorang yang sentiasa memakai pakaian mewah dan mahal tidak semestinya Takabbur.  Boleh jadi dia memakai pakaian mewah lalu mensyukurinya.


Contoh 4 :  Seseorang yang memakai kenderaan yang teguh dan kuat untuk menyebarkan Agama, maka tidaklah dia dikatakan sombong. 


Contoh 5 :  Seseorang yang memiliki rumah besar dan lapang yang dia gunakan untuk manusia berkumpul mengadakan Musyawarah atau Majlis Zikir atau Majlis Pengajian Agama atau lain-lain seumpamanya.


SIRI 214


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4: Tingkatan Iman

Fasal 3: Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam

Fakta ke 9: Perincian Syirik khafi.

Perincian Syirik khafi Pertama: Takabbur

sambungan....


Tanda-tanda wujud Takabbur:

sambungan.....


Larangan Menuduh orang lain Takabbur

sambungan....



Dalil yang menunjukkan tidak semestinya memakai pakaian bagus atau memiliki kenderaan yang kuat atau memiliki rumah kediaman besar itu Takabbur.


Rasulullah  ﷺ  bersabda: 

“Tidak akan masuk Syurga seseorang yang di dalam hatinya terdapat Takabbur sebesar biji sawi.”  Ada seseorang yang bertanya, “Bagaimana dengan seorang yang suka memakai baju dan sandal yang bagus?” Baginda menjawab, “Sesungguhnya Allah itu Indah dan menyukai keindahan.  Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain.“

[Imam Muslim]


Di dalam hadith ini kita dapat mengambil faedah, memakai pakaian yang bagus yang kelihatan mewah TIDAK semestinya menunjukkan dia Takabbur.  Jika dia memakainya dengan menunjuk-nunjuk kesombongannya, maka itu adalah Takabbur.  Sebaliknya jika dia memakainya BUKAN menunjuk-nunjuk kemewahananya atau menunjuk-nunjuk sifat kesombongannya, maka TIDAK boleh dihukum sebagai Takabbur.  Apa lagi dia memakai pakaian bagus dan mahal tetapi dia mensyukuri Ni'mat Allah yang Mengurniakannnya pakaian yang bagus, maka itu adalah terpuji.


Atau dia menggunakan kenderaan yang kuat, teguh dan pantas (tentu harganya mahal) untuk Da'wah fi sabilillah, maka ia tidak termasuk Takabbur.


Atau dia mempunyai kediaman mewah yang besar, bertujuan mengadakan Majlis Zikir dan Pengajian Agama, maka tidaklah tercela.  Adalah dikatakan Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu 'Anhu memiliki kediaman yang sangat besar yang digunakan bagi menampung murid beliau yang ramai untuk Majlis Ilmu, Majlis Zikrullah dan Majlis Jamuan Makan — menjamu orang ramai.


Demikianlah contoh-contoh lain yang serupa dengan perbandingan ini.  Sebahagian dari perbuatan, perkataan, sikap, tingkah laku manusia TIDAK semestinya melambangkan sifat Takabbur, seballiknya wujud kemungkinan-kemungkinan lain di sana sehingga dilarang menghukum terus seseorang semata-mata kerana penampilan zahiriyahnya.


SIRI 215


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4: Tingkatan Iman

Fasal 3: Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam

akta ke 9: Perincian Syirik khafi.

Perincian Syirik khafi Pertama: Takabbur

sambungan....


Tanda-tanda wujud Takabbur:

sambungan.....


Larangan Menuduh orang lain Takabbur

sambungan....


Jika ada yang bertanya bilakah seseorang dihukum Takabbur kerana penampilan zahiriyahnya, maka jawapannya, ia memerlukan penelitian :


Penelitian pertama : 

Secara umumnya TIDAK perlu menilai orang lain, sebaliknya masing-masing muhasabah diri, betulkan niat hati serta sentiasa waspada tipu daya nafsu dan syaitan.  (akan datang penjelasan bab ini) 


Penelitian kedua:

Harus membuat pertimbangan atas perlakuan seseorang dengan tujuan da'wah iaitu meluruskannya dengan bijaksana. 


Apabila seseorang melafazkan ungkapan-ungkapan yang jelas menunjukkan Sifat Takabbur, misalnya seseorang yang berketurunan bangsawan bermegah-megah dengan keturunannya... 


atau contoh lain...


Seorang Profesor berkata, semua orang lain bodoh, hanya dia seorang saja bijak dan paling mengetahui hal ehwal suatu urusan... 


Atau contoh lain....


Seorang pemimpin Negara berkata, negara menjadi maju disebabkan kehebatan dia mentadbir. 


Contoh-contoh di atas adalah jelas perbuatan Takabbur yang dilarang dan memerlukan pencegahan.  Golongan sombong ini wajib dinasihati oleh mereka yang bertanggungjawab.


Rumusan ringkas di dalam bahagian ini adalah:


1. Jangan cepat menuduh seseorang sebagai Takabbur semata-mata kerana penampilan luar yang kelihatan seolah-olah Takabbur. 


2. Jika dia seorang Guru atau Pemimpin atau penda'wah, maka harus dia meneliti sungguh-sungguh akan tanda-tanda Takabbur pada diri seseorang di bawahnya sebelum dia menasihati dan meluruskannya. 


3. Jika seseorang menuduh orang lain Takabbur semata-mata atas sangkaannya, sedangkan orang yang dituduh tidak demikian, maka tuduhan itu akan kembali kepada si penuduh.


4. Awasi hati kamu masing-masing.  JANGAN terjebak dengan perbuatan Takabbur dan JANGAN juga cepat menuduh orang lain Takabbur tanpa usul periksa atau semata-mata sangkaan. 



SIRI 216


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4: Tingkatan Iman

Fasal 3: Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam

Fakta ke 9: Perincian Syirik khafi

Perincian Syirik khafi ke-1: Takabbur

sambungan....


Takabbur Yang di-Haruskan:


Sebagaimana telah dijelaskan secara panjang lebar, Takabbur pada umumnya adalah dilarang keras dan diancam dengan balasan Neraka serta Kemurkaan Allah Ta'ala.  Hal ini telah sepakat sekalian Ulama Mu'tabar.


Walau bagaimanapun terdapat satu ruangan kecil di mana diharuskan sombong bertujuan mendirikan Haq Agama, Haq Allah Ta'ala serta meluruskan manusia kembali kepada Tauhid.  Sombong yang diharuskan ini BUKAN kesombongan yang hakiki yang tertanam di dalam hati atau terbit dari hati, tetapi ia bersifat luaran yang semata-mata bertujuan mendidik.  Dengan demikian keharusan "sombong" ini jangan diambil mudah atau sewenang-wenangnya dilakukan oleh mereka yang berkenaan, melainkan hendaklah dengan penuh hati-hati serta mematuhi syarat-syaratnya yang ketat.  Ini adalah kerana wujudnya bahaya kegelinciran kepada Takabbur yang hakiki. 


Dalil kepada keharusan ini adalah berdasarkan Kalam Allah Yang Maha Tinggi...


 Firman Allah Ta'ala :


سَأَصۡرِفُ عَنۡ ءَايَـٰتِىَ ٱلَّذِينَ يَتَكَبَّرُونَ فِى ٱلۡأَرۡضِ بِغَيۡرِ ٱلۡحَقِّ


"Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takabbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar..."

[Al-A'raf (7) : Ayat 146]


Sebahagian Ulama Mu'tabar seperti Imam Fakhruddin Ar-Razi (Mujaddid Kurun ke-6 Hijriyyah) mentafsirkan  maksud Kalam Allah "بِغَيۡرِ ٱلۡحَقِّ " (tanpa haqq) dengan maksud wujudnya pengecualian Takabbur yang diharamkan.  Ertinya sebahagian kecil Takabbur diharuskan namun tujuannya bukan kesombongan pada hakikatnya, hanya semata-mata "memperlihatkan kesombongan" tanpa disertai kesombongan dalam hati, yang ini bertujuan mendirikan Syari'at.


Takabbur yang di-Haruskan (dengan syarat dan penjagaan keras) :


Pertama : Takabbur di medan perang melawan orang kafir harbi.


Rasulullah ﷺ bersabda:


إِنَّهَا مِشْيَةٌ يُبْغِضُهَا اللَّهُ إِلا فِي هَذَا الْمَوْضِعِ


“Cara berjalan seperti itu ( Nabi  ﷺ menunjukkan kepada Sahabat bernama Abu Dujanah yang berjalan dengan rupa kesombongan ketika di medan perang Fi Sabilillah) dibenci Allah kecuali dalam keadaan  seperti semacam ini (Jihad Fi Sabilillah).”

[Imam Ath-Thabarani]


Nabi ﷺ memberi isyarat bahawa berjalannya seseorang dengan gaya kesombongan seperti meluaskan kedua tangan dan dada membusung adalah haram dan di-Murkai Allah, kecuali ketika di dalam Peperangan melawan musuh-musuh Allah di medan Jihad Fi Sabilillah. 


Rasulullah  ﷺ  bersabda:


فَأَمَّا الْخُيَلاَءُ الَّتِى يُحِبُّ اللَّهُ فَاخْتِيَالُ الرَّجُلِ نَفْسَهُ عِنْدَ الْقِتَالِ


“Adapun kesombongan yang dicintai Allah adalah kesombongan seorang lelaki pada saat perang (Fisabilllah)” 

[Imam Abu Dawud]


SIRI 217


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4: Tingkatan Iman

Fasal 3: Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam

Fakta ke 9: Perincian Syirik khafi

Perincian Syirik khafi ke-1: Takabbur

sambungan....


Takabbur Yang di Haruskan:

sambungan.....



Kedua: Takabbur kepada orang yang gemar melakukan Takabbur:


Takabbur kepada manusia yang gemar memperlihatkan sifat-sifat kesombongannya secara nyata sama ada dengan perkataan atau tingkah laku, adalah suatu hal yang wajar serta bertepatan dengan hukum syara' sebagaimana dipegang oleh Ahlus Sunnah Wal Jamaah.   


Demikian lagi harus Takabbur kepada orang-orang bodoh sombong yang menentang tanpa pengetahuan.  Atau cerdik pandai Agama yang berlagak seperti Mujtahid menaburkan " fatwa "  mengikut hembusan nafsu dan bisikan Syaitan.  Mereka ini adalah cerdik pandai Agama yang bergelar Profesor, PhD, Drs, Masters dalam Hadith atau Ilmu Fiqh, yang mereka merasakan diri mereka sudah hebat di dalam Agama, lalu sewenang-wenang mengeluarkan " fatwa " mengikut nafsu.  Misalnya mereka menuduh sesat kepada Sambutan Maulid Nabi, Tawassul, ziarah kubur, Majlis Tahlil,  Ilmu Tasawwuf, Toriqat Rasulullah ﷺ, sungguh golongan ini adalah "sesat" dan "menyesatkan".  Maka wajarlah hadapi golongan ini dengan sifat kesombongan kerana mereka telah menzahirkan sifat kesombongan.


Imam Syafi'e, Imam Munawi, Imam Mulla Ali Qari, Imam Yahya ibnu Mu'az adalah di antara Ulama-Ulama yang menyebut bahawa Takabbur kepada orang yang Takabbur adalah harus, bahkan ianya  kebaikan yang terpuji.


Jika dihalusi dengan bijaksana, cara hadapi golongan yang Takabbur ini dengan Takabbur, adalah pada hakikatnya _Amr Bil Ma'ruf Nahyi Anil Mugkar_, mencegah kemungkaran!  Maka jadilah pekerjaan ini terpuji kerana mencegah kemungkaran adalah kewajipan atas setiap orang beriman.



Ketiga : Takabbur kepada orang yang zalim


Takabbur kepada orang yang zalim adalah pada hakikatnya suatu bentuk da'wah, suatu bentuk ajakan kepada kebaikan serta tinggalkan tabi'at buruk yang di-Murkai Allah Ta'ala.  


Takabbur kepada Raja yang zalim adalah harus, bertujuan menyedarkan Raja itu dari kezalimannya.  Maksud Takabbur kepada Pemerintah zalim adalah menghinakan perbuatan dia yang melampau batas, memberi ingatan kepada Pemerintah tersebut dengan ancaman-ancaman keras agar dia tidak berterusan di dalam kejahatan dia.  



Syarat-syarat yang wajib diperhatikan oleh orang-orang yang melakukan Takabbur yang di-Haruskan :


(1) Orang berkenaan bukan orang yang suka Takabbur, sebaliknya benci sifat Takabbur dan dia melakukannya demi mendirikan Syi'ar Agama atau Perintah Allah Ta'ala.


(2) Takabbur itu tidak lahir dari hatinya, Takabbur itu bukan yang teresap di dalam hati, tetapi hanya semata-mata "memperlihatkan kesombongan" pada perlakuan zahir bagi meluruskan seseorang yang tersalah jalan.


(3) Tidak berlebih-lebihan dari kadar yang memadai bagi menyedarkan orang dia menunjuk Takabbur atasnya.


(4) Sekiranya dia bukan orang yang mampu menahan perasaan ammarah sehingga berubah niat asal yang bertujuan mendirikan Syi'ar Agama kepada Takabbur yang diharamkan, maka wajib dia jauhkan diri dari melakukannya. Biarkan tugas itu dilakukan oleh orang yang teguh Iman dan Taqwanya.


SIRI 218


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4: Tingkatan Iman

Fasal 3: Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam

Fakta ke 9: Perincian Syirik khafi


Perincian Syirik khafi ke-2: Riya'


Setelah kita bicarakan dosa besar pertama Takabbur yang merupakan syirik dalam hati yang paling besar, kini kita beralih kepada dosa besar ke-2 Syirik Khafi iaitu "Riya' ".  Dosa riya' tidak kurang dahsyatnya daripada takabbur, kerana ia menggugurkan ganjaran amal kebaikan.  Ikutilah perbincangan ini dengan tekun.  Perhatikanlah sungguh-sungguh dan ambillah panduan dan pedoman.


Definisi Riya' ( الرِّيَاء )

Dari segi bahasa Riya' ( الرِّيَاء ) adalah:  

memperlihatkan, mempamerkan, melihat, memandang,


Dari segi istilah:

Riya' ( الرِّيَاء ) adalah: Mempamerkan amal kebaikan agar dipuji orang atau berpura-pura melakukan amal kebaikan agar dipuji orang, tidak ikhlas, tidak jujur, bersifat munafiq.



Penjelasan:


(1)  Riya' adalah perbuatan memperlihatkan amal kebaikan kepada orang lain; sama ada ianya ibadah khusus seperti solat, puasa dan lain-lainnya  atau sesuatu berkaitan ibadah umum seperti sedekah, da'wah, membantu orang lain dan lain-lain.  Riya' juga boleh berlaku pada perkara-perkara berkait dengan gaya berpakaian, cara percakapan, cara berjalan, gaya tubuh badan dan sebagainya.  


(2) Sifat Riya' ini tersangat halus serta tersangat rumit dikenali kerana pada sangkaannya ia tiada apa-apa sedangkan pada Sisi Allah, ianya termasuk perbuatan yang membinasakan manusia.  Akibatnya ramai sekali orang alim (alim di dalam Ilmu fiqh semata-mata) yang banyak ilmunya dan abid (ahli ibadah) yang banyak ibadahnya seringkali tertipu dengan segala amal mereka. 


(3) Mengapa orang ‘alim Fiqh atau 'alim Usuluddin atau 'alim di dalam Al-Qur'an atau lain-lain bidang Syari'at yang lain  tidak terlepas dari dugaan ini?  Jawabnya:  Riya' mempunyai banyak sisi.  


(i) Riya' boleh terkena ketika seseorang sedang beramal banyak atau boleh juga terkena ketika amal dia kurang.  


(ii) Riya' boleh terjadi ketika seseorang buat kebajikan yang banyak atau dia hindarkan diri dari berbuat kebajikan.  


(iii) Riya' boleh terjadi ketika berpakaian hebat atau juga ketika dia memakai pakaian lusuh seperti orang Zahid.    


(iv) Riya' boleh berlaku ketika dia sedang bertutur dengan ucapan hebat atau boleh juga terjadi ketika dia bicara lemah lembut dan sopan. 


(v) Riya boleh terjadi kepada Qori yang membaca Al-Qur'an dengan suara merdu atau boleh juga terjadi kepada mereka yang membaca secara biasa.  


(vi) Riya' boleh terjadi kepada pensyarah, muallim, juru da'wah yang bersyarah dengan ucapan-ucapan hebat atau boleh juga terjadi kepada mereka yang tidak demikian.  


(vii) Riya' boleh terjadi kepada ahli ilmu Kalam yang bahaskan sifat 20 dengan amat hebat dan boleh juga terjadi kepada ahli ilmu Kalam yang tidak hebat bicaranya.


(viii) Riya' boleh terjadi kepada mereka yang ramai pengikutnya atau juga kepada mereka yang sedikit pengikutnya.


(ix) Riya' boleh terjadi kepada mereka yang memperbaguskan tubuh dan penampilan dan boleh juga terkena kepada mereka yang kelihatan lekeh, muka cengkung dan rambut kusut.


(x) Riya boleh terjadi meskipun pada awalnya dia berniat ikhlas, namun di pertengahan ibadah atau kebajikan yang dilakukannya terjadi Riya'.


Berkata Imam Ghazali Radhiallahu Anhu:

"Maka sesungguhnya Riya' itu pokoknya : Mencari tempat (kedudukan) pada hati manusia, dengan memperlihatkan kepada mereka hal-hal kebajikan."

[Ihya Ulumuddin — bab Rubu' yang membinasakan]


SIRI 219


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4: Tingkatan Iman

Fasal 3: Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam

Fakta ke 9: Perincian Syirik khafi

sambungan...


Fakta Penyakit Riya'


Berikut adalah beberapa fakta penting berhubung dengan penyakit Riya' yang WAJIB diketahui oleh semua, terutama mereka yang selalu menghadap manusia ramai, jemaah ramai atau perkumpulan.


(1) Riya' adalah penyakit HATI yang kedua terbesar yang menghinggapi semua manusia tanpa mengira darjat, ketinggian ilmu atau ketinggian amal.


(2) Riya' merupakan Syirik Khafi yang amat merbahaya yang hapuskan segala amal kebaikan (tidak sah amal) dan merosak Tauhidnya.   


(3) Riya' tergolong ke dalam Syirik Khafi  kerana Syirik ini tersembunyi di dalam HATI,  iaitu mempersekutukan Allah Ta'ala di dalam HATI.


(4) Mereka yang banyak ilmu dan ibadah atau yang hidup zahirnya zuhud dan wara'  memandang enteng atau memandang ringan Riya' kerana pada sangkaan mereka, mereka sudah ikhlas, sedangkan itulah permulaan tipu daya yang amat halus. 


(5) Penyakit Riya' menarik  kepada mencari kemasyhuran dan kemegahan di mata manusia, sedangkan kesemua ini menjauhkan seseorang dari Allah Ta'ala.


(6) Sebahagian dari Riya' akan menarik seseorang yang gemar melakukan Riya' kepada penyakit Takabbur tanpa disedari.


(7) Malaikat pencatit akan mencatit apa jua kebaikan, amal ibadah, kebajikan yang dibuat oleh manusia, tanpa mengira sama ada ianya bercampur Riya' atau tidak, kerana mereka (Malaikat Pencatit amal manusia) TIDAK mengetahui hal ehwal hati manusia.  Hanya Allah Ta'ala sahaja mengetahuinya.  Hanya Allah Ta'ala mengetahui segala bisikan hati, pandangan khianat dan setiap hembusan nafas. 


(8)  Apabila amal dibentangkan di Mahsyar nanti barulah akan terbuka segala rahsia hati manusia — sama ada amalnya ikhlas kerana Allah atau bercampur Riya'.  Atau semua amalnya semata-mata dilakukan atas dasar Riya'.  Jika seseorang melakukan sekalian amalnya semata-mata dengan Riya', maka merugilah dia kerana telah BATAL semua amalnya, bahkan dia tertimpa dengan dosa besar kerana mempersekutukan Allah di dalam amalnya sehingga akhirnya dicampak ke Neraka, Wal Iyazubillah.  


(9) Amal ibadah atau kebaikan yang dilakukan di dalam keadaan Riya' akan terlihat sebagai sah pada sudut Fiqh, tetapi yang sebenarnya sudah BATAL pada sudut pandang Tasawwuf —  Ertinya pada zahirnya kelihatan sah sedangkan hakikatnya telah BATAL.  Sah pada pandangan manusia dan Malaikat, tetapi  BATAL di Sisi Allah Ta'ala.  Orang awam yang beramal menyangka ibadahnya sah apabila telah cukup syarat dan rukunnya menurut hukum Fiqh.  Sedangkan ibadahnya telah musnah, batal (bahkan mendapat Dosa Besar) kerana TIDAK menepati syarat batin (hati).  Masya Allah, perhatikanlah dengan mata hati, betapa ruginya orang yang beramal tanpa pengetahuan yang cukup menurut pendirian Ahlus Sunnah yang benar (tulen).


(10)  Dengan merujuk sekalian persoalan di atas, maka di sinilah BUKTI kukuh mengapa para Ulama Mu'tabar telah berfatwa (berdasarkan Al-Qur'an dan Hadith) bahawa WAJIB amalkan Toriqat dengan pimpinan Mursyid yang Siddiq bagi menyucikan hatinya daripada Riya'.



SIRI 220


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4: Tingkatan Iman

Fasal 3: Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam

Fakta ke 9: Perincian Syirik khafi

sambungan...


Dalil-dalil Larangan Riya'


Mari sama-sama perhatikan ancaman kepada mereka yang Riya' di dalam amal ibadah atau Riya' di dalam kebaikan yang mereka lakukan.


(1) Orang yang Riya' adalah terkutuk.


Firman Allah :


 فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَـتِهِمْ سَاهُونَ الَّذِينَ هُمْ يُرَآءُونَ


“Maka celakalah bagi orang-orang yang bersembahyang, iaitu yang lalai di dalam sembahyangnya.  Yang mengerjakan kebajikan untuk dilihat orang” 

[Al-Ma’un (107) : Ayat 6]


Kalimat  "  فَوَيْلٌ  "  ditafsirkan dengan makna "Neraka Wail"   atau umumnya "Celaka" ertinya kerugian yang amat besar.


Kalimat " يُرَآءُونَ  " ditafsirkan dengan makna " Riya' " iaitu  "Syirik Khafi" atau dikatakan mempunyai "sifat Munafiq (munafiq kecil)". 


Orang Islam yang beramal kerana selain Allah — seperti menunjuk-nunjuk amalnya, atau kerana habuan dunia atau kerana pujian manusia atau kerana kemasyhuran, kemegahan dan pangkat dan sebagainya maka semua ini adalah Riya' yang diancam dengan Neraka Wail atau bermaksud "kecelakaan yang amat besar".  Wal Iyazubillah.



(2)  Riya' adalah mempersekutukan Allah di dalam Ibadah


Firman Allah :


وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ 


"Sembahlah Allah (lakukanlah Ubudiyyah tulus ikhlas suci murni) dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun."

[An-Nisaa (4) : Ayat 36]


Rasulullah ﷺ diutus untuk membersihkan manusia dari dua macam Syirik ; Syirik Jali (Syirik Terang-terangan — Syirik Akbar) dan Syirik Khafi  (Syirik Tersembunyi —  Syirik Asghar).  Bukan satu bahagian saja.  Tauhid yang hakiki yang sebenar TIDAK akan lahir melainkan seseorang suci bersih dari kedua-dua jenis Syirik ini, tidak memadai hanya satu sahaja.   


"Jangan mempersekutukan Allah" di dalam suatu apa pun ; sama ada zahir mahupun batin."  Riya' adalah salah satu cabang mempersekutukan Allah di dalam batin (hati) ketika melakukan Ibadah atau kebajikan (cabang lain adalah Takabbur, 'Ujub, Sum'ah dan Tawakkal kepada makhluq).  Maka Kehendak Allah Ta'ala adalah :  Orang Islam yang beriman wajib keluar dari kedua-dua jenis SYIRIK ini.  Syirik yang terang-terangan boleh dilepaskan dengan mudah.  Namun _Syirik Khafi_ yang tersembunyi tidak mudah dilepaskan melainkan dengan jalan menyucikan Hati. 


SIRI 221


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4: Tingkatan Iman

Fasal 3: Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam

Fakta ke 9: Perincian Syirik khafi


Dalil-dalil Larangan Riya'

sambungan.....



(3) Riya' hapuskan segala amal kebaikan:


Firman Allah Ta'ala :



ـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُبۡطِلُواْ صَدَقَـٰتِكُم بِٱلۡمَنِّ وَٱلۡأَذَىٰ كَٱلَّذِى يُنفِقُ مَالَهُ ۥ رِئَآءَ ٱلنَّاسِ وَلَا يُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۖ فَمَثَلُهُ ۥ كَمَثَلِ صَفۡوَانٍ عَلَيۡهِ تُرَابٌ۬ فَأَصَابَهُ ۥ وَابِلٌ۬ فَتَرَڪَهُ ۥ صَلۡدً۬ا‌ۖ لَّا يَقۡدِرُونَ عَلَىٰ شَىۡءٍ۬ مِّمَّا ڪَسَبُواْ‌ۗ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡكَـٰفِرِينَ


Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (Riya') dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.  Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan Riya' itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu pun dari apa yang mereka usahakan  (segala amal soleh terhapus dan menjadi sia-sia) dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir. 

[Al-Baqarah (2) : Ayat 264]



(4) Riya' —  Salah satu bentuk penyembahan kepada "berhala hati"


Sabda Rasulullah ﷺ :

“Aku sangat takut syirik pada Ummatku.  Walaupun mereka tidak menyembah berhala, matahari, bulan dan batu.  Akan tetapi memperlihatkan kepada orang (berbuat Riya’) dengan amal mereka”

[Imam Ibnu Majah, Imam Al-Hakim]


Hadith ini setengah dari dalil berkenaan berlakunya suatu bentuk "penyembahan kepada berhala hati" iaitu nama lain bagi perbuatan "mensyirikkan Allah Ta'ala di dalam hati."  Dan ini dugaan paling berat bagi orang beriman, lebih berat dari dosa minum arak, judi dan lain-lainnya.      


Orang beriman, walaupun betapa lemah pun Imannya tidak akan menyembah berhala yang zahir (patung, matahari, bintang atau lain-lain yang zahir).  Oleh yang demikian Baginda tidak bimbang akan hal tersebut.  Tetapi yang membimbangkan Baginda atas Ummat adalah penyembahan kepada "berhala di dalam hati"   Takabbur, Riya', Sum'ah, 'Ujub dan Tawakkal kepada makhluq adalah termasuk di dalam "penyembahan kepada berhala hati".  Dan ini adalah syirik yang tersembunyi yang kebanyakan orang awam Islam tidak terlepas darinya. 


SIRI 222


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4: Tingkatan Iman

Fasal 3: Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam

Fakta ke 9: Perincian Syirik khafi


Dalil-dalil Larangan Riya'

sambungan.....



(5) Riya' menjadi sebab Orang Alim, Ahli Ibadah, Ahli Qori Al-Qur'an, Mujahid yang mati di medan perang dicampak ke Neraka.


Rasulullah  ﷺ  bersabda:

"Sesungguhnya manusia pertama yang diadili pada hari Qiamat adalah orang yang mati syahid di Jalan Allah.  Ia didatangkan dan diperlihatkan kepadanya kenikmatan-kenikmatan (yang diberikan di dunia), lalu dia pun mengenalinya.  Allah bertanya kepadanya, "Amal apakah yang engkau lakukan dengan nikmat-nikmat itu?'  dia menjawab, "Aku berperang semata-mata karena Engkau sehingga aku mati syahid."   Allah berfirman:  "engkau dusta! engkau berperang supaya dikatakan seorang yang gagah berani.  Memang demikianlah yang telah dikatakan (tentang Dirimu)."  Kemudian diperintahkan (Malaikat) agar menyeret orang itu atas mukanya (tertelungkup), lalu dilemparkan ke dalam neraka."


Berikutnya orang (yang diadili) adalah seorang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya serta Qori Al-Qur'an.  Ia didatangkan dan diperlihatkan kepadanya kenikmatan-kenikmatannya, maka ia pun mengakuinya.  Kemudian Allah bertanya, "amal apakah yang telah engkau lakukan dengan kenikmatan-kenikmatan itu?"  Dia menjawab, "Aku menuntut ilmu dan mengajarkannya serta aku membaca Al-Qur'an hanyalah karena Engkau."  Allah berfirman, "engkau dusta! Engkau menuntut ilmu agar dikatakan seorang 'alim  dan engkau membaca Al-Qur'an supaya dikatakan seorang qari' dan hafiz. Memang begitulah yang dikatakan (tentang dirimu)."    Kemudian diperintahkan (Malaikat) agar menyeret atas mukanya dan melemparkannya ke dalam neraka."


Berikutnya yang diadili adalah orang yang diberikan kelapangan rezeki dan berbagai macam harta benda. Ia didatangkan dan diperlihatkan kepadanya kenikmatan-kenikmatannya, maka ia pun mengakuinya. Allah Ta'ala bertanya, "Apa yang telah engkau lakukan dengan nikmat-nikmat itu?” Dia menjawab, “aku tidak pernah meninggalkan sedekah dan infak pada jalan yang Engkau cintai, melainkan pasti aku melakukannya semata-mata karena Engkau.”  Allah berfirman, "engkau dusta! Engkau berbuat yang demikian itu supaya dikatakan seorang dermawan dan memang begitulah yang dikatakan (tentang dirimu)."  Kemudian diperintahkan (Malaikat) agar menyeretnya dan melemparkannya ke dalam Neraka.

[Imam Muslim]


SIRI 223


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4: Tingkatan Iman

Fasal 3: Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam

Fakta ke-9: Perincian Syirik khafi


Bentuk-Bentuk Riya'


Pertama : Riya di dalam Ibadah:

=======================


Inilah bidang Riya' yang paling umum di mana kebanyakan orang awam yang alim dan ahli ibadah sekalipun terperangkap dan terjatuh ke dalamnya.  Sebahagian mereka menyedarinya namun mereka meneruskannya tanpa penyesalan kerana lazatnya.  Sebahagian mereka menyedarinya dan menginsafi kesalahannya namun mereka tak mampu keluar darinya.  Orang alim yang pernah belajar selok-belok hukum Riya' serta kebinasaannya, tahu dan sedar bencana Riya', namun selalunya mereka tertutup dengan kesombongan ilmu mereka serta menganggapnya tidak begitu penting.  


Daripada semua golongan tersebut, orang Islam awam yang paling malang adalah mereka yang menganggap Riya' (serta penyakit hati yang lain) sebagai perkara remeh kerana menurut mereka hal itu akan terjadi pada semua orang dan pada pegangan mereka itu dimaafkan ....  TIDAK syak lagi ini adalah golongan sesat dan menyesatkan.  Wal Iyazubillah.


 (1) Riya' di dalam Membanyakkan Ibadah


Ketika berhadapan dengan manusia dia banyakkan ibadah sedangkan tidak demikian apabila bersendirian. 


Contoh 1:

Seseorang sangat rajin ibadah ketika berhadapan dengan manusia, umpamanya mengerjakan solat sunnat sampai 10 rakaat supaya dipuji orang rajin beribadah.  Sedangkan ketika sendirian tidak demikian.  


Contoh 2: 

Seorang bakal menantu melakukan solat rajin sekali ketika sedang dilihat oleh bakal mertua bertujuan supaya dia dipuji sebagai menantu yang soleh.  


Contoh 3:

Orang Alim yang bertugas mengajar manusia menunjuk-nunjuk ibadahnya yang banyak di hadapan umum supaya dia tetap disanjung dan diakui akan kebenaran ilmunya. 


Contoh 4:

Bersedekah banyak ketika dilihat orang supaya dipuji sebagai dermawan. 


Contoh 5:

Rajin membaca Qur'an ketika di hadapan manusia supaya manusia memujinya.




 (2) Riya' di dalam Mengelokkan Ibadah


Ketika di hadapan umum, dia melakukan ibadah dengan membaguskannya supaya kelihatan indah pada pandangan manusia yang melihatnya dan dengan demikian menjadi pujian dan sanjungan manusia.


Contoh 1:

Membaguskan pergerakan solat seperti ruku' dan sujud supaya kelihatan indah pada pandangan manusia.


Contoh 2:

Orang yang menjadi Imam baguskan cara berdiri,  baguskan cara angkat Takbiratul Ihram dan lain-lain supaya orang memujinya sebagai Imam yang hebat.


Contoh 3:

Membaguskan pekerjaan Haji supaya kelihatan sempurna pada pandangan manusia.



SIRI 224


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4: Tingkatan Iman

Fasal 3: Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam

Fakta ke-9: Perincian Syirik khafi


Bentuk-Bentuk Riya'

sambungan....


(3) Riya' di dalam Meninggalkan Ibadah. 


Selain dari Riya' di dalam membanyakkan Ibadah atau membaguskan Ibadah, terdapat lagi satu Riya' yang lebih halus, iaitu Riya' dengan meninggalkan  Ibadah.  Atau Riya' di dalam mengurangkan Ibadah.  Atau kerana kurang bagus Ibadah.


Tentu ramai musykil, bagaimana ini terjadi?  


Ramai sudah mengetahui, beramal banyak atau membaguskan Ibadah kerana mahkluq adalah  Riya', namun bagaimana seseorang itu dikatakan Riya sedangkan dia meninggalkan ibadah yang menjadi asbab Riya?  Orang itu meninggalkan Ibadah yang banyak kerana takut menjadi Riya', maka bagaimana penjelasannya?


Jawapannya:

Kunci memahami hal ini terletak pada niat dalam hati iaitu "kerana makhluq" dan  BUKAN kerana Allah...!   


Perhatikan sungguh-sungguh..... tipu daya yang amat halus ini...! 


Apa saja pekerjaan yang dilakukan selain Allah (iaitu kerana makhluq), maka jadilah pekerjaan itu Syirik, iaitu _Syirik Khafi_.     


Sesungguhnya ini tipu daya yang amat halus.  Wal Iyazubillah. 


Ini sebabnya sebahagian Ahli Ma'rifat mengatakan  :

Mengerjakan Ibadah kerana makhluq adalah Syirik 

Meninggalkan Ibadah kerana makhluq adalah Riya'


Yang sebenarnya kedua-duanya Syirik — sama ada membaguskan Ibadah kerana makhluq atau meninggalkan ibadah kerana takut pada makhluq kedua-duanya termasuk Syirik, iaitu Syirik Khafi.     


Sebagaimana telah dibicarakan dahulu, Syirik Khafi membatalkan sekalian amal ibadah dan merosak Iman atau Tauhid...!


SIRI 225


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4: Tingkatan Iman

Fasal 3: Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam

Fakta ke-9: Perincian Syirik khafi


Bentuk-Bentuk Riya'

sambungan....



Kedua : Riya' di dalam Ilmu:

=====================


Riya' berlaku kepada penuntut-penuntut ilmu, sama ada mereka terlibat di dalam Ilmu Agama mahupun Ilmu mu’amalah urusan keduniaan seperti kedoktoran, kejuruteraan, atau lain-lainnya.   


Bahkan, guru-guru yang sudah memiliki Ilmu Syari'at yang banyak tetapi TIDAK terdidik HATI nya kepada kesucian   (yang dimaksudkan dengan ini adalah guru-guru yang mahir di dalam Syari’at zahir seperti  ilmu Fiqh, ilmu Kalam (Usuluddin, Sifat 20) atau ilmu Syari’at yang lain tetapi TIDAK menempuh proses pendidikan HATI dengan pimpinan Mursyid yang Siddiq) maka guru-guru seperti ini banyak sekali terdedah kepada Riya’.


(1) Riya' di dalam menuntut Ilmu Syari'at (fiqh, usuluddin, ilmu nahwu sarf, balaghah, mantiq, bayan, badi’ dan lain-lain)


Contoh 1:

Menuntut Ilmu fiqh yang banyak dengan mentelaah banyak kitab-kitab supaya dengan ilmu itu dia dapat hujjah dengan manusia.


Contoh 2:

Menuntut ilmu  kepada ramai Guru supaya kelak dikata orang dia alim dan masyhur sebagai Guru yang banyak merantau dan banyak Gurunya.  


Contoh 3:

Banyakkan pengkajian Ilmu Kalam (Usuluddin, sifat 20) dan memahirkan diri dengan berbagai bentuk perdebatan dengan tujuan mematahkan hujjah orang lain.  Di sini sungguh terdapat tipu daya yang amat halus.  Memang wajar bahkan dituntut mempertahankan Agama (Ahlus Sunnah yang benar) dari serangan Golongan Sesat Khawarij dan Wahhabiyyah, Syi’ah (rafidhi), Mu’tazilah, Jabariyaah, Mujassimah dan lain-lain namun menuntut llmu dengan tujuan berdebat adalah niat yang menyimpang dari Ikhlas, masuk kepada daerah Riya’. 


Contoh 4:

Mempelajari berbagai bidang Ilmu Syari’at bertujuan untuk mendapat berbagai ijazah Universiti agar terkenal sebagai orang yang pakar di dalam Ilmu berkenaan.



(2) Riya' di dalam menuntut Ilmu Tasawwuf - Toriqat


Orang-orang yang gemar kepada ilmu keruhanian seringkali tertipu dengan bisikan nafsu dan godaan Syaitan.  


Contoh 1:  

Mengkaji ilmu Tasawwuf -Toriqat untuk berhujjah atau berdebat dengan orang lain berhubung dengan Tasawwuf.  


Contoh 2:

Mempelajari Ilmu Tasawwuf-Toriqat supaya menjadi terkenal dengan gelaran “Pakar Tasawwuf", “Pakar rujuk Tasawwuf”,  “Jaguh Tasawwuf”,  “Alim Tasawwuf” dan sebagainya.  


Contoh 3:

Mempelajari Ilmu Tasawwuf untuk memperoleh ijazah Universiti atau Pusat Pengajian Tinggi seperti  PhD, Drs, Masters, Profesor atau lain-lainnya agar terkenal di mata manusia.


Contoh 4:

Menempuh pendidikan Toriqat dengan tujuan menjadi “Khalifah Toriqat”  atau “Guru Toriqat”  atau ingin menjadi “Mursyid”.  Semua ini adalah Riya’, yang jelas terkeluar dari Ikhlas dan ‘Ubudiyyah.


SIRI 226


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4: Tingkatan Iman

Fasal 3: Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam

Fakta ke-9: Perincian Syirik khafi


Bentuk-Bentuk Riya'

sambungan....



(3) Riya’ di dalam menuntut Ilmu Mu’amalah keduniaan


Islam mewajibkan (fardhu kifayah) mempelajari Ilmu Sains, Ilmu Hisab, Ilmu Falak, Ilmu Pelayaran, Ilmu perubatan, Ilmu Pertukangan dan lain-lain bagi memenuhi keperluan Ummat Islam, namun tujuan menuntut llmu tersebut tetap WAJIB kerana Allah Ta’ala, sebagai memenuhi fardhu kifayah,  BUKAN Riya’, BUKAN kerana ingin menunjuk-nunjuk kepandaian atau kecekapan. 


Contoh 1:

Mempelajari Ilmu kedoktoran agar mendapat sanjungan manusia.


Contoh 2:

Mendalami ilmu Hisab atau Sains atau IT atau lain-lainnya supaya terkenal sebagai pakar Ilmu Matematik atau pakar Sains atau pakar IT.


Semua contoh-contoh tersebut di atas merupakan Riya’ yang hilangkan segala amal kebaikan, TIDAK ada yang tinggal melainkan “namanya” yang dikejar.  Mereka akan mendapat apa yang mereka kejar, dan BUKAN Keredhaan Allah Ta’ala.  


Rasulullah ﷺ bersabda: 

إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ وَلِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ


“Sesungguhnya setiap amal itu dengan niat, dan baginya apa yang dia niatkan.  Barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barang siapa yang hijrahnya kerana dunia atau kerana wanita yang hendak dinikahinya, maka hijrahnya itu sesuai ke mana ia hijrah.” 

[Imam Bukhari, Imam Muslim]


Mereka akan memperoleh apa yang mereka niatkan daripada "gelaran", "pujian" dan " kemasyhuran" di dunia,  sedangkan TIDAK ada satu bahagian pun pada Sisi Allah Ta'ala, bahkan sebaliknya mereka akan mendapat Kemurkaan Allah Ta'ala kerana mempersekutukan Allah di dalam segala amalnya (Syirik khafi).


Rasulullah ﷺ bersabda: 

" Syirik yang dilakukan Ummatku lebih tersembunyi daripada semut halus yang merayap di atas batu yang besar."

[Imam Al Hakim] 

 

 

Rasulullah ﷺ bersabda: 

"Sesungguhnya yang paling aku khuatirkan atas kamu sekalian adalah syirik kecil (syirik khafi), riya'.  Pada hari Qiamat, ketika memberi balasan manusia atas perbuatannya, Allah berfirman, "Pergilah kalian kepada orang-orang yang kalian tujukan amalanmu kepada mereka di dunia.  Lihatlah, apakah engkau dapati balasan di sisi mereka?" 

[Imam Ahmad] 

 

Bukankah ini suatu ancaman berat kepada penuntut-penuntut Ilmu ; sama ada mereka menuntut Ilmu berkaitan Syari'at, Ilmu Tasawwuf atau Ilmu Muamalah dunia, semuanya TIDAK terlepas dari Riya'.  


Sifat Riya' akan sentiasa mengejar orang Islam sepanjang pekerjaannya, bukan semata-mata pada awal pekerjaannya.  Ada kalanya seseorang benar ikhlasnya pada awal pekerjaan, namun terjadi Riya' di pertengahannya.  Ada kalanya dia bersih pada awal pekerjaan dan pertengahannya, namun tewas pada penghujung pekerjaannya.


Sungguh amat berat dugaan dari HATI yang sentiasa berbolak-balik ini.  Bagaimana cara melepaskan diri dari cengkaman Riya' di dalam ilmu dan amal?  Teruskan baca sampai hujung bicara.


SIRI 227


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman


Fasal 3:  Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam

Fakta ke-9:  Perincian Syirik khafi

Bentuk-Bentuk Riya'

sambungan....


Ketiga:  Riya' di dalam Ucapan, Berkata-kata, Pidato:

=======================================


Riya' amat mudah terjadi ketika seseorang berkata-kata, berucap atau bersyarah; sama ada berkata-kata khusus berkenaan Agama seperti berda'wah mengajak manusia kepada Allah atau berkata-kata berkenaan dunia yang berkaitan dengan Agama — seperti urusan muamalah jual beli, pernikahan, pemerintahan dll. 


Hal ini lebih mudah terjadi kepada mereka yang mempunyai ilmu Syari'at yang banyak — fiqh, usul fiqh, nahwu, sarf, mantiq, bayan dll atau memiliki kepakaran di dalam Ilmu Kalam/ Usuluddin (perbahasan sifat 20), atau mahir di dalam bahasa Arab atau mempunyai kehebatan di dalam motivasi atau kelebihan di bidang-bidang lain berkaitan dengan syarahan yang amat diminati atau diperlukan oleh manusia.


Bentuk-bentuk Riya' yang boleh terjadi ketika seseorang bercakap/ berceramah/ bersyarah/ motivasi dsb:


(1) Riya' dengan membaguskan ucapan, memperindah syarahan:


Hal ini paling umum terjadi kepada pensyarah/ penceramah/ motivator dsb yang memberikan ceramah/ motivasi di hadapan khalayak yang ramai. 


Contoh 1:

Seseorang pakar motivasi berucap dengan menyusun kata-kata yang indah agar mendapat pujian sebagai motivator terkenal, BUKAN kerana Allah, maka sia-sialah usahanya.  Yang sebenarnya, berikan motivasi/ dorongan/ bangkitkan semangat/ timbulkan kemahuan untuk maju ke hadapan itu sangat baik.


Namun apabila ianya dilakukan BUKAN kerana Allah, sebaliknya mencari kemasyhuran atau kebanggaan, maka jadilah usahanya sia-sia, bahkan menjadi Riya' dan Syirik (Syirik khafi) yang musnahkan segala amalnya.

 

Contoh 2:

Seseorang Penceramah umum atau Guru Agama atau Pensyarah Universiti menyusun kata-kata indah / mengindahkan syarahannya apabila di hadapan ramai pendengar / peserta, sedangkan ketika berhadapan dengan hadirin yang sedikit, ucapannya sekadar melepaskan batuk di tangga.  Tujuan seseorang berceramah, memberi nasihat, syarahkan hukum-hakam Agama dll adalah semata-mata kerana perintah Allah.  Selayaknya dia sampaikan sekalian ilmu dengan baik dan indah tanpa mengira siapa mereka; adakah mereka golongan biasa, rakyat biasa atau golongan ternama.  Tetapi dia memilih-milih tempat atau memilih-milih kelompok-kelompok tertentu atau bilangan perserta untuk menyampaikan Agama dengan baik dan sempurna, maka di sana terjadi Riya' yang tidak disedari.


Contoh 3:

Seorang Qori membaguskan bacaan Al-Qur'annya apabila sekitarnya terdapat pendengar.... seperti:  Apabila dia dikerumuni penonton, dia memperelokkan sebutannya, membaca dengan merdu dsb.  Tetapi apabila tiada yang mendengar bacaannya, dia cuma baca seperti biasa.  Tidaklah dia perbuat demikian melainkan kerana ingin menunjuk-nunjuk manusia kepandaiannya serta harapkan pujian mereka.  Ini jelas Riya' yang hapuskan segala amal bacaannya.  


Contoh 4: 

Seseorang Guru yang mahir di dalam Ilmu Kalam (perbahasan sifat 20), menyusun berbagai cara ucapan dan hujjah yang hebat agar dikenali sebagai Ahli Ilmu — Ilmu Kalam / Ilmu Usuluddin yang hebat.  Sebahagian dari penuntut-penuntut yang mahirkan diri dengan hujjah-hujjah (teori), Ilmu Ketuhanan, juga terjebak kepada hal ini.  Kadangkala sesama mereka juga masing-masing menunjukkan kehandalan pidato berkenaan Ketuhanan.


Contoh 5:

Seorang Imam Solat memperbaguskan bacaannya ketika dihadiri orang-orang kenamaan, figur-figur terkenal atau ahli jemaah yang hadir ramai.  Sebaliknya Imam tersebut membaca hambar ketika jemaah hanya dihadiri oleh orang-orang biasa, atau bilangannya sedikit.  Imam itu menggantungkan keindahan bacaannya kepada hadirin yang hadir untuk solat berjemaah dan BUKAN kerana mencari keredhaan Allah, maka ini jelas Riya'. 


SIRI 228


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman


Fasal 3:  Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam_

Fakta ke-9:  Perincian Syirik khafi

sambungan....


Ketiga:  Riya' di dalam Ucapan, Berkata-kata, Pidato:

sambungan....


(2) Riya' di dalam Meniru kata-kata Auliya Allah:


Menukil perkataan Auliya Allah di dalam syarahan agar pendengar memujinya sebagai orang yang banyak pengetahuan berkenaan Maqam-Maqam Auliya Allah.  Ini jelas Riya'.  Sememangnya setiap orang beriman dituntut menjadikan para Auliya Allah sebagai ikutan.  Para Auliya Allah adalah cahaya yang menerangi Alam, mewarisi Nubuwwah dan Risalah.  Namun ketika menukil ucapan-ucapan para Auliya Allah perlu sangat beradab serta hati-hati jangan sampai hati terjerumus kepada mencari pengaruh di kalangan manusia. 


(3) Riya' di dalam penguasaan berbagai bahasa:


Seseorang yang menguasai berbagai bahasa, seperti bahasa Arab, bahasa Latin dsb melontarkan kemahiran tersebut ketika berucap atau berceramah agar orang memujinya sebagai orang yang hebat di dalam menguasai berbagai bahasa.  Tidaklah menjadi kesalahan seseorang menguasai berbagai bahasa, namun ketika memakainya perlu waspada —  jaga hati supaya jangan menjadi kebanggaan dan Riya'. 


(4) Riya' di dalam Membanyakkan perkataan, ucapan panjang:


Sengaja melebih-lebihkan perkataan atau ucapan-ucapan yang panjang agar pendengar memujinya sebagai orang yang luas ilmu, pengalaman dan pengetahuannya.  Tidak menjadi kesalahan seseorang berucap lama atau bersyarah panjang jika ianya benar-benar mengandungi pengajaran yang perlu bagi pendengar.  Namun ketika tujuannya menyimpang dari jalan yang benar (bukan kerana Allah), maka jadilah Riya' yang batalkan amalnya.


Demikianlah sebahagian daripada contoh berkenaan Riya' ketika seseorang terlibat di dalam ucapan atau syarahan atau motivasi.  Ringkasnya apa sahaja ucapan, kata-kata, syarahan, pidato, ceramah dsb yang menyimpang dari niat BUKAN kerana Allah, maka jadilah Riya' yang hapuskan segala amal tersebut.  Bahkan menjadi Syirik (syirik khafi) yang merosak Iman.


Sesungguhnya da'wah (mengajak manusia kepada kebaikan serta mencegah mereka dari kemungkaran) dengan berbagai saluran seperti ceramah, syarahan Agama, pidato dsb adalah suatu Ibadah serta Jihad yang amat besar.  Namun apabila wujud sifat menunjuk-nunjuk, bangga-bangga diri serta mencari kemasyhuran, maka batal segala ganjarannya, sia-sia amalnya kerana telah jatuh kepada Riya' dan kesyirikan tanpa disedari, Wal Iyazubillah. 


Jika ada yang bertanya adakah "Membaca Al-Qur'an itu dengan suara indah itu multaq haram/ dilarang?" 

Jawapan:  Hal ini telah pun dijawab pada perenggan di atas.  Sesungguhnya Allah Ta'ala itu indah dan dia suka yang indah-indah.  Tetapi Allah Ta'ala menuntut yang indah-indah itu dalam bentuk yang benar-benar suci iaitu ikhlas, jauh dari Riya', Ujub, Sum'ah, Takabbur dll. 


Jika ada yang bertanya lagi, bagaimana halnya seseorang yang sememangnya ikhlas pada awal bicaranya, namun di pertengahan ucapannya datang berbagai bisikan yang memalingkan hatinya dari ikhlas kepada Riya'?  Orang itu bukan sengaja Riya' tetapi perasaan itu datang tiba-tiba di dalam hati.    


Jawapannya:  Baca nanti pada ruangan cara-cara hapuskan Riya' pada penghujung huraian berkenaan Riya, akan datang In Shaa Allah. 


SIRI 229


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 3:  Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam

Fakta ke-9:  Perincian Syirik khafi

Bentuk-Bentuk Riya'

sambungan....


Keempat:  Riya' di dalam Berpakaian:

===========================


Menutup 'aurat dengan sempurna adalah kewajipan atas setiap lelaki dan wanita beriman.  Menutup aurat bermakna menutup tubuh mengikut hukum, BUKAN sesuka hati memakai pakaian mengikut nafsu kemudian mendakwa ianya mengikut hukum.  


Di dalam Risalah ini kita tidak membincangkan bab hukum dan syarat-syarat pakaian menutup aurat kerana kami telah membincangkan di dalam Risalah-Risalah lain.  Di sini kita akan fokus kepada cara berpakaian yang bersangkut paut dengan hati...!


Apabila seseorang memakai pakaian menutup aurat menurut syarat dan peraturannya yang telah ditetapkan di dalam Syara', maka jadilah ianya Ibadah dan diberi ganjaran kebaikan.  Walau bagaimanapun memakai pakaian juga boleh menjadi ma'siat apabila ianya bertujuan Riya'. 


Mengapa terjadi Riya' ketika berpakaian?

Apa unsur yang menjadikan seseorang Riya' di dalam berpakaian?

Apakah bentuk-bentuk Riya' ketika berpakaian?


(1) Riya' ketika berpakaian indah, baru, mahal, menunjuk-nunjuk kekayaannya


Memakai pakaian mewah dan mahal bertujuan menunjuk-nunjuk kemewahannya adalah jelas terlarang.  Ianya BUKAN sahaja termasuk Riya' bahkan juga menyakiti hati mereka yang miskin.


Menurut hukum asal, TIDAK salah berpakaian mahal dan mewah, bahkan boleh jadi sunnat jika dia memakainya sebagai menzahirkan Ni'mat dan Rahmat Allah serta bersyukur atas Kurnia tersebut.  Tetapi berpakaian mewah untuk menunjuk-nunjuk kekayaannya atau bermegah dengannya atau mengharap pujian manusia maka semua ini adalah tercela, kerana ia termasuk Riya'.


SIRI 230


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 3:  Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam

Fakta ke-9:  Perincian Syirik khafi

Bentuk-Bentuk Riya'

sambungan....


Keempat:  Riya' di dalam Berpakaian:

sambungan....



(2) Riya' ketika berpakaian lusuh, buruk, murah, menunjuk-nunjuk kemiskinan


Jika seseorang sengaja berpakaian lusuh dan buruk dengan tujuan menunjukkan kewarakannya atau supaya dipuji orang sebagai Zuhud, maka ini juga termasuk Riya'.  


Ini bermakna BUKAN sahaja berpakaian mewah dan menunjuk-nunjuk kemewahan itu menjadi Riya' tetapi mereka yang berlagak seperti miskin dan sengaja berpakaian buruk dengan tujuan mendapat pujian manusia sebagai ahli Zuhud, maka ini Riya'. 


Sebahagian dari _salikin_ gemar berpakaian lusuh dan buruk untuk melatih diri meninggalkan gemar akan dunia, iaitu jauhkan dari kecintaan kepada dunia, maka ini perlakuan harus dan terpuji dengan syarat; dia tiada tujuan lain melainkan kerana Allah.  Sebaliknya jika mempunyai niat-niat lain yang menyimpang dari keikhlasan, maka merugilah dia.


Perhatikanlah:

Bukanlah jenis pakaian yang kamu pakai itu menjadi ukuran dan pertimbangan kebaikan atau keburukan, tetapi ukuran sebenarnya adalah hal "hati" yang menjadi penilaian Allah Ta'ala.  Namun pada keseluruhannya sebagaimana kami telah jelaskan hal ini berulangkali....  setiap perbuatan, perkataan dan perlakuan WAJIB menepati dua hal untuk menjadi ibadah dan mencapai keredhaan Allah Ta'ala:


Pertama:  Perbuatan dan Perkataan Wajib Mematuhi Hukum 

Kedua:     Hati Wajib Ikhlas


Jika seseorang melakukan suatu hal yang menepati Syari'at tetapi TIDAK Ikhlas, maka BATAL amalnya, bahkan menjadi syirik (syirik khafi).  Sebaliknya jika seseorang mendakwa dia ikhlas melakukan suatu hal tetapi perbuatan tersebut TIDAK menepati Syari'at, maka ini adalah haram — besar atau kecilnya dosa bergantung kepada ketentuan Syara'.


(3) Riya' ketika memakai pakaian kemuliaan 


Memakai Jubah dan serban adalah kegemaran Rasulullah ﷺ ketika mendirikan Solat atau ketika keluar rumah untuk suatu urusan.  Para Salaf Soleh, Ulama Mu'tabar — Ulama bertaraf Auliya Allah juga mencontohi pakaian Rasulullah ﷺ ini.  Maka mencontohi Rasulullah ﷺ memakai jubah dan serban adalah sunnah yang besar.  


Walau bagaimanapun perlulah seseorang memelihara hatinya daripada Riya'.  Jangan sesekali dia memakainya dengan tujuan mendapat pujian manusia atau dia ingin menunjuk-nunjuk bahawa dia orang mulia.  Ini kesalahan besar yang merosak Iman.


Jika pada awalnya dia memakainya dengan ikhlas semata-mata kerana Allah tetapi kemudian datang perasaan Riya', maka WAJIB bagi dia segera memotong perasaan tersebut, istighfar segera mohon ampun kepada Allah Ta'ala serta ikhlaskan semula hati semata-mata _itba'_ (mengikut) Rasulullah ﷺ mencari Keredhaan Allah Ta'ala. 


SIRI 231


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 3:  Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam

Fakta ke-9:  Perincian Syirik khafi

Bentuk-Bentuk Riya'

sambungan....


Kelima:  Riya' di dalam Penulisan:

=========================


Hampir semua hal berkaitan dengan "Riya' di dalam penulisan" serupa dengan Riya' yang terjadi di dalam "ucapan".  Ini kerana maksud "penulisan" dan "ucapan" adalah serupa; iaitu menyampaikan ilmu, berda'wah, mengajak manusia kepada kebaikan dan menyeru manusia kepada Agama Tauhid yang hakiki.  Medium dan platformnya berlainan, namun tempat hantaran dan maksudnya sama.    



Keenam:  Riya' dalam penampilan diri dan gaya berjalan:

=========================================


Setengah orang menampilkan diri dengan gaya yang hebat bertujuan menambat hati manusia.

Setengah yang lain menampilkan diri dengan rupa lesu, mata luyu, rambut kusut masai seolah-olah menunjukkan dia banyak ibadah dan berpuasa.  

Setengah yang lain berjalan tunduk dan gaya lemah lembut ingin menunjukkan dia wara' atau ingin menunjuk-nunjuk dia orang alim yang berwibawa. 


Semua ini adalah Riya'.  



Bentuk-bentuk Riya yang lain:

======================


Selain yang tersebut di atas, masih terdapat banyak lagi bentuk-bentuk Riya' yang lain.  Namun maksudnya sama; iaitu setiap perkataan dan perlakuan yang tujuannya Riya' — Bukan kerana Allah, sebaliknya mempunyai tujuan yang menyimpang. 


Sesungguhnya Riya' boleh terjadi pada perbuatan atau perkataan apa pun.  Dan boleh terjadi kepada sesiapa pun dari kalangan orang awam atau salikin yang masih di dalam mujahadah.


Riya' boleh terjadi ketika beribadah khusus atau ibadah umum. 

Riya' boleh terjadi kepada orang jahil atau orang alim (alim di dalam fiqh).   

Riya boleh terjadi kepada orang kaya dan juga orang miskin.  


Pendek kata setiap orang awam terdedah kepada penyakit hati yang kedua besar ini, iaitu Riya'.  Nafsu dan syaitan sentiasa bekerja untuk memesongkan niat dan perlakuan seseorang kepada Riya' serta kesyirikan yang lain.


SIRI 232


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 3:  Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam

Fakta ke-9:  Perincian Syirik khafi ke-3:  Sum'ah ( سُمْعَة )


Perincian Syirik khafi ke-3:  Sum'ah ( سُمْعَة )

Syirik khafi (tersembunyi) seterusnya adalah Sum'ah ( سُمْعَة ) iaitu memperdengarkan kebaikan dirinya agar mendapat pujian manusia. 



Definisi Sum'ah  ( سُمْعَة )

==================


Dari segi bahasa:

Sum'ah ( سُمْعَة ) berasal dari perkataan  " سمع "  (sama' ) bererti "dengar" atau "diperdengarkan".    


Dari segi istilah:

Maka makna Sum'ah ( سُمْعَة ) adalah memperdengarkan amal kebaikan dirinya kepada manusia serta senang hati mendengar pujian mereka kepadanya, sedangkan pada awalnya dia telah melakukan amal kebaikan tersebut secara sembunyi-sembunyi.  



Penjelasan:

=========


(1) Sum'ah adalah perbuatan memperdengarkan amal kebaikan kepada orang lain; sama ada ianya ibadah khusus seperti solat, puasa dan lain-lain atau sesuatu berkaitan ibadah umum seperti sedekah, da'wah, membantu orang lain.     


(2) Sama seperti Takabbur dan Riya', Sum'ah ini adalah Syirik tersembunyi yang kebanyakan orang yang rajin beribadah atau rajin melakukan kebajikan tidak menyedarinya.


(3) Kebiasaan yang terjadi kepada abid (ahli ibadah), dia melakukan amal ibadah di luar pengetahuan manusia (dia lakukan secara sembunyi-sembunyi dan tidak diketahui oleh manusia) namun esoknya dia menceritakan segala ibadahnya kepada manusia.  Maka tahulah orang yang mendengarnya bahawa dia seorang yang banyak melakukan kebaikan lalu memujinya.  


(4) Sama seperti Riya', orang yang melakukan Sum'ah rugi dunia akhirat.  Zahirnya kelihatan amal ibadah yang banyak, namun menjadi sia-sia, hangus musnah segala amal kebaikannya kerana memperdengarkan segala kebaikannya kepada manusia lain untuk mendapat pujian mereka.


(5) Perbezaan antara Sum'ah dan Riya' adalah:  Riya' "memperlihatkan amal" kepada manusia sementara Sum'ah adalah "memperdengarkan amal" kepada manusia.


(6) Sum'ah mempunyai banyak persamaan dengan Riya'.  Antaranya:  Kedua-duanya merupakan Syirik khafi, maka akibatnya juga sama.  Kedua-duanya merupakan penyakit hati yang menghinggapi orang yang gemar beramal tetapi tidak menyedari akan tipu daya nafsu dan syaitan. Bentuk-bentuk perbahasan, akibat dan kesan-kesan yang terjadi juga sama, maka kami tidak ulangi lagi.


SIRI 233


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 3:  Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam

Fakta ke-9:  Perincian Syirik khafi ke-3:  Sum'ah ( سُمْعَة )

sambungan...



Dalil-dalil Larangan Sum'ah

====================


Firman Allah Ta'ala:


يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُبۡطِلُواْ صَدَقَـٰتِكُم بِٱلۡمَنِّ وَٱلۡأَذَىٰ كَٱلَّذِى يُنفِقُ مَالَهُ ۥ رِئَآءَ ٱلنَّاسِ


"Wahai orang-orang yang beriman!  Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkitnya (memperdengarkan kebaikan kamu kepada manusia)". 

[Al-Baqarah (2) : Ayat 264]



Firman Allah Ta'ala:


 الَّذِينَ هُمْ يُرَآءُونَ


"(Maka celakalah) mereka yang mengerjakan kebajikan untuk dilihat orang (diketahui orang akan kebaikan yang kamu lakukan)”.

[Al-Ma’un (107) : Ayat 6]



Rasulullah ﷺ bersabda:


مَنْ سَمَّعَ سَمَّعَ اللَّهُ بِهِ ، وَمَنْ يُرَائِي يُرَائِي اللَّهُ بِهِ. 


"Barang siapa yang ingin didengar dari amalannya, nescaya akan Allah tampakkan, dan barang siapa yang ingin dilihat dari amalannya nescaya akan Allah tampakkan". 

[Imam Bukhari]


Berkata Imam Ibn Hajar Asqolani Radhiallahu Anhu:

"Makna hadith tersebut adalah barang siapa yang melakukan suatu amal ibadah tanpa ada keikhlasan, dia hanya ingin dilihat dan didengar manusia, maka dia akan dibalasi atas yang demikian itu, Allah jadikan dia dikenal dan kemudian Allah akan buka penyamarannya, serta akan Allah tampakkan apa yang dia telah sembunyikan".

[Fathul Bari]



Contoh-Contoh Sum'ah

==================


Contoh 1:


Seseorang melakukan Ibadah yang banyak pada malam hari.  Pada keesokan harinya mukanya kelihatan pucat dan tidak bermaya, lalu orang bertanya, "mengapa kamu kelihatan lesu dan tak bermaya?",  maka dijawabnya, "Saya malam tadi ibadah lebihlah, Tahajjud lama, sebab itulah penat."  Maka lenyaplah segala ibadah tersebut kerana dia telah mendedahkan amal ibadahnya agar diketahui manusia.  Sedangkan sebelumnya Allah Ta'ala telah menutup segala amal ibadahnya dari pengetahuan manusia. 


Contoh 2:


Seseorang bersedekah dengan jumlah yang banyak secara sembunyi-sumbunyi.  Tiada siapa pun tahu melainkan dirinya dengan Allah Ta'ala.  Kemudian dia hebohkan kepada orang lain bahawa dia kesempitan wang kerana dia telah sedekah banyak.  Maka hilang lenyaplah kebajikan tersebut.


Contoh 3:


Seseorang membantu faqir miskin tanpa pengetahuan manusia.  Kemudian ceritakan sekalian kebajikannya agar diketahui manusia bahawa dia seorang dermawan.  Maka hilang lenyap segala pahala sedekahnya.


SIRI 234


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 3:  Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam

Fakta ke-9:  Perincian Syirik khafi ke-4:  Ujub



Definisi 'Ujub

===========


Dari segi bahasa:

Perkataan 'ujub (عُجُبْ) berasal dari 'ajaba (عَجَبَ), ya'jubu (يَعْجُبُ), 'ujban (عُجْبًا) yang membawa maksud:  takjub, hairan, perasaan kagum, perasaan megah.  


Dari sudut istilah, 'Ujub (عُجُبْ) adalah suatu perasaan takjub, hairan, rasa hebat, rasa mulia, rasa sempurna dengan diri sendiri, serta rasa aman dengan wujud suatu kelebihan ni'mat pada dirinya. 



Penjelasan:

=========


(1) 'Ujub (عُجُبْ) adalah satu lagi _syirik khafi_ (syirik tersembunyi) yang bersarang dalam hati manusia.  Sama seperti Syirik khafi yang lain, ia hapuskan ibadah dan merosakkan keimanan.


(2) Mereka melihat kelebihan diri mereka dan lupakan kekuasaan Allah.  Mereka lupa semua macam ni'mat, kelebihan, kebaikan yang ada pada diri mereka adalah Pemberian Allah.  Akibatnya mereka berbangga-bangga, merasa diri sangat bagus, hebat dan cemerlang!


(3) Perbezaan utama Takabbur, Riya, Sum'ah dengan 'Ujub adalah:

Takbabbur, Riya dan Sum'ah berlaku apabila manusia hadir di hadapannya.  Berbeza dengan 'Ujub, ia berlaku walaupun tiada siapa pun di hadapannya.  Ertinya dia seronok-seronok sendiri, seorang diri!


(4) Tiada makhluq dapat mengesan kewujudan sifat keji ini, termasuk Malaikat pencatit amal.  Malaikat hanya mencatit perkara-perkara zahir perlakuan manusia.  Namun tiada suatu pun tersembunyi dalam pengetahuan Allah.  Allah akan membuka rahsianya di Akhirat.


(5) Maksud ungkapan:  "Rasa aman dengan wujud kelebihan pada diri" adalah:  dia menganggap dirinya sudah selamat kerana amalnya yang banyak dan disangkanya sudah mendapat Keredhaan Allah.  Orang ini akan tenggelam di dalam khayalan dan angan-angannya.


(6) Kebanyakan orang Islam yang terperangkap dalam sifat keji ini adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai beberapa kelebihan dalam kekuatan fizikal tubuh, kekuatan kewangan (kaya-raya), memiliki ilmu yang banyak, kehebatan berpidato dan lain-lain.


Berkata Imam Ghazali Radhiallahu Anhu:

"Maka Haqiqat 'Ujub ialah rasa kagum, bangga, rasa besar diri sendiri kerana kewujudan sesuatu kelebihan seperti ilmu, amal ibadah, kekayaan, rupa paras atau lainnya, tanpa menyandarkan nikmat tersebut kepada Allah, sebaliknya menganggapnya hasil daripada keupayaan diri sendiri semata-mata". 

[Ihya Ulumuddin]


SIRI 235


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 3:  Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam

Fakta ke-9:  Perincian Syirik khafi ke-4:  Ujub

sambungan....



Dalil Larangan 'Ujub:

================


Firman Allah Ta'ala:


وَيَوۡمَ حُنَيۡنٍ‌ إِذۡ أَعۡجَبَتۡڪُمۡ كَثۡرَتُڪُمۡ فَلَمۡ تُغۡنِ عَنڪُمۡ شَيۡـًٔا وَضَاقَتۡ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡأَرۡضُ بِمَا رَحُبَتۡ ثُمَّ وَلَّيۡتُم مُّدۡبِرِينَ 


"dan di hari Perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa takjub (bangga) dengan sebab bilangan kamu yang ramai; tetapi bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikit pun dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri". 

[At-Taubah (9) : Ayat 25]


Firman Allah Ta'ala:


  يأَيُّهَا الَّذِينَ ءامَنُواْ لاَ تُبْطِلُواْ صَدَقَـتِكُم بِالْمَنّ وَالاْذَى……


"Wahai orang-orang yang beriman!  Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan kebanggaan dan cercaan….”

[Al-Baqarah (2) : Ayat 264]


Firman Allah Ta'ala:


فَلَا تُزَكُّوٓاْ أَنفُسَكُمۡ‌ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَنِ ٱتَّقَىٰٓ


"Maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa).  Dialah sahaja (Allah) yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa". 

[An-Najmi (53) : Ayat 32]


Rasulullah ﷺ bersabda:

"Tiga perkara yang membinasakan, iaitu kikir yang dituruti, hawa nafsu yang diikuti dan menghairani manusia (ujub) dengan dirinya”.  

[Imam At-Tabarani]


Rasulullah ﷺ bersabda:

“Seseorang yang menyesali dosanya, maka ia menanti Rahmat Allah.  Sedang seseorang yang merasa ‘Ujub, maka ia menanti Murka Allah”. 

[Imam Al- Baihaqi]


SIRI 236


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 3:  Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam

Fakta ke-9:  Perincian Syirik khafi ke-4: Ujub

sambungan....



Fakta Sifat 'Ujub

==============


Berikut adalah beberapa fakta berhubung dengan sifat 'Ujub yang wajib diperhatikan, diperhalusi dan difahami sungguh-sungguh oleh setiap orang beriman sehingga jelas baginya akan bahayanya kepada Tauhid serta amal ibadahnya: 


(1) 'Ujub merupakan satu lagi Syirik Khafi yang membawa kepada binasanya amal serta rosaknya Tauhid/ Iman.  


(2) 'Ujub adalah termasuk Syirik Khafi kerana ia merupakan perbuatan "menyekutukan Allah di dalam hati".

Apabila seseorang beriman menyangka lalu i'tiqad di dalam hati bahawa dia memiliki keistimewaan, kehebatan, kemuliaan tersendiri lalu takjub dengannya, maka jatuhlah dia kepada Syirik yang amat halus ini. 


(3) 'Ujub lebih halus dari Takabbur, Riya' atau Sum'ah.  Meskipun semua ini Syirik Khafi, sifat 'Ujub adalah lebih tersembunyi kerana ianya  TIDAK kelihatan pada pandangan zahir.  Ia semata-mata terpendam di dalam hati sehingga tiada siapa pun akan menyangka wujud sifat ini pada seseorang yang terlihat melakukan amal ibadah, sedekah, da'wah atau kebajikan lainnya.


(4) 'Ujub boleh menjadi pangkal kepada timbulnya Sifat Takabbur, Riya' dan Sum'ah.  Ertinya bermula dari menghairani dirinya, merasa takjub dan hebat di dalam hati pada awalnya, ia akan menular menjadi lebih besar kepada Sum'ah, Riya' atau Takabbur.


(5) 'Ujub ini lazimnya terjadi kepada mereka yang mempunyai kelebihan tertentu yang Allah Ta'ala Kurniakan; sama ada berbentuk duniawi seperti orang berpangkat, keturunan bangsawan, kaya-raya, jutawan, harta banyak, rumah mewah, rupa yang tampan, petah bercakap dll.  Atau suatu kelebihan ukhrawi seperti memiliki banyak ilmu Syari'at, banyak ilmu pidato, banyak hafal Hadith, banyak melakukan ibadah malam, rajin baca Al-Qur'an, fasih baca Al-Qur'an, banyak sedekah, mengerjakan Haji berulang-ulang atau ibadah-ibadah lainnya.  Dengan semua kelebihan ini mereka rasa aman, hebat dan selamat.  Mereka menyangka diri mereka sudah hebat dengan berbagai kelebihan tersebut sehingga tertutup mata hati melihat Yang Empunya Kemuliaan.


(6) 'Ujub akan datang tanpa diundang, ertinya sifat tercela ini boleh jadi timbul tiba-tiba di dalam hati walaupun pada awalnya seseorang tidak mempunyai sebarang niat yang terpesong.  Ketika ini seseorang yang sedang melakukan ibadah mempunyai pilihan sama ada menolaknya segera dengan istighfar dan taubat.  Atau dia biarkan perasaan 'Ujub itu menguasai dirinya.  Di dalam kebanyakan keadaan, si abid (hamba yang melakukan ibadah) tidak mampu menolak sifat 'Ujub yang mendatang ini kerana dia akan menyangka diri dia layak dengan pujian tersebut.  Si abid menyangka dia sangat layak dengan pujian tersebut disebabkan ibadah yang dilakukannya sememangnya sangat cemerlang.  Ketika inilah dia jatuh kepada Syirik khafi tanpa disedari.


(7) 'Ujub timbul dari hati yang telah dicemari oleh hembusan nafsu-nafsu jahat serta bisikan Syaitan.  Inilah sebabnya WAJIB tanpa kecuali bagi setiap orang beriman berusaha sungguh-sungguh menyucikan batinnya menurut panduan Masyaikh-Masyaikh Ahlus Sunnah sehingga dia benar-benar bebas dari belenggu nafsu jahat dan bisikan syaitan.  Tanpa usaha yang sungguh-sungguh seseorang akan tetap bergelumang di dalam 'Ujub ini sehingga seringkali jatuh dan bangun semula.  Kemudian jatuh tersungkur dan bangun lagi.  Demikianlah hal kebanyakan orang awam yang tidak mempunyai jalan menyucikan hatinya.


(8) Orang yang kekalkan sifat 'Ujub di dalam dirinya tanpa taubat serta tidak sungguh-sungguh melawan bisikan nafsu dan syaitan yang mendorongnya kepada 'Ujub ini, maka dia jauh dari Rahmat Allah serta dekat dengan Kemurkaan Allah. 


SIRI 237


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 3:  Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam

Fakta ke-9:  Perincian Syirik khafi ke-4:  Ujub

sambungan....



Bentuk-Bentuk 'Ujub:


Pertama:  'Ujub di dalam Ibadah

Kedua:  'Ujub di dalam Ilmu

Ketiga:  'Ujub di dalam Ucapan / Berkata-kata / Bersyarah

Keempat:  'Ujub di dalam Berpakaian

Kelima:  'Ujub di dalam Penulisan

Keenam:  'Ujub dengan tubuhnya, kekuatan

Ketujuh:  'Ujub dengan keturunan

Kelapan:  'Ujub dengan kekayaan, harta benda

Kesembilan:  'Ujub dengan banyaknya anak atau pengikut 

Kesepuluh:  'Ujub dengan pangkat, kedudukan



Penjelasan 1:  'Ujub dalam Ibadah:

'Ujub dalam ibadah mempunyai 3 sisi:

Sisi 1 —  'Ujub' di dalam Membanyakkan Ibadah

Sisi ke-2 —  'Ujub di dalam Mengelokkan Ibadah

Sisi ke-3 —  'Ujub di dalam Meninggalkan Ibadah


Contoh:

Seseorang beribadah sepanjang malam, lalu bangkit perasaan di dalam hatinya bahawa dirinya sudah baik disebabkan amalnya yang banyak.  Atau dia rasa hairan dengan amalnya sendiri seperti katanya dalam hati...

"hebat juga aku dapat solat tahajjud banyak ni"  

atau .....

"hairan aku macam mana ye aku boleh ibadah banyak ni"    

atau....

"barangkali aku seorang saja yang ibadat banyak macam ni"... 

atau lain-lain sepertinya.


Hal inilah yang paling lumrah terjadi kepada ahli ibadah, abid dan orang yang rajin melakukan berbagai ibadah malam.  Sedangkan semua ini adalah 'Ujub yang wajib dijauhi jika tidak akan jatuhlah kepada Kemurkaan Allah.  Wal Iyazubillah. 


Awas!

'Ujub sememangnya penyakit hati yang amat besar serta sentiasa membayangi mereka yang membanyakkan ibadah atau kebajikan. 


Namun seseorang yang meninggalkan ibadah yang banyak disebabkan takut menjadi 'Ujub, ini satu lagi penyakit halus yang sangat tersembunyi.


Apabila dia mengurangkan ibadah atau sedikit melakukan kebajikan kerana takut menjadi 'Ujub, lalu terasalah di dalam hatinya dia hebat kerana dia berjaya menjauhkan 'Ujub.  Maka ini satu sisi lain 'Ujub yang amat halus, bahkan orang semacam ini termasuk "ghurur" — tertipu dengan diri sendiri.   


Jika demikian apa yang patut dilakukan?  Jawapannya:  Bersungguh-sungguhlah ibadah kepada Allah, siang dan malam.  Tetapi pada masa yang sama mujahadahlah melawan nafsu kejahatan yang menyeru kepada 'Ujub (serta kekejian lain) sehingga ia tunduk menyerah kalah.  Ertinya jangan sesekali mengurangi ibadah semata-mata kerana takut menjadi 'Ujub.   


Sesungguhnya hal ini amat rumit sekali.  Apabila seseorang tingkatkan ibadah, datang berbagai bisikan jahat menyuruhnya 'Ujub.  Kemudian apabila dia cuba kurangkan ibadah semata-mata kerana takut 'Ujub, datang pula bisikan lain yang mendorongnya kepada 'Ujub. 


Hati insan sentiasa berbolak-balik mengikut bisikan halus nafsu dan syaitan.  Iblis dan syaitan serta kuncu-kuncunya dari kalangan Jinn-jinn jahat sentiasa menunggu peluang untuk membisikkan keraguan, keburukan serta waswaskan.  Hati itu wajib disucikan dengan pimpinan Mursyid yang Siddiq.


Inilah sebabnya sekalian Ulama Ahlus Sunnah yang hebat-hebat terdahulu _musyafahah_ dengan Mursyid yang Siddiq, mendidik hati dengan bimbingan Mursyid.  Pendidikan khusus inilah yang dikenali sebagai Sistem Pendidikan Ahli Sufi pada zaman kemudian dari kurun Sahabat.  Ini kerana hanya Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat, Mursyid yang Siddiq mewarisi Nubuwwah dan Risalah Rasulullah ﷺ.


SIRI 238


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 3:  Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam

Fakta ke 9:  Perincian Syirik khafi ke-4:  Ujub

sambungan....



Penjelasan 2:  'Ujub di dalam Ilmu:

(1) 'Ujub bagi penuntut Ilmu Syari'at. 

(2) 'Ujub bagi penuntut Ilmu Tasawwuf / Toriqat. 


Contoh:

Mereka yang memperoleh penghormatan sebagai Profesor, PhD, Drs atau lain-lainnya merasa takjub, merasa hebat, mulia, agung dsb.  Inilah 'Ujub walaupun dia hanya merasa kehebatan tersebut di dalam hatinya tanpa menunjuk-nunjuk apa-apa isyarat pun di hadapan manusia.  Bahkan inilah perbezaannya dengan Takabbur, Riya' dan Sum'ah yang terjadi ketika hadir manusia lain di hadapannya.



Penjelasan 3:  'Ujub di dalam Ucapan, Berkata-kata, Bersyarah:

(1) 'Ujub dengan membaguskan ucapan / memperindah syarahan.

(2) 'Ujub' di dalam Meniru kata-kata Auliya Allah. 

(3) 'Ujub di dalam penguasaan berbagai bahasa. 

(4) 'Ujub di dalam Membanyakkan perkataan / ucapan panjang. 


Contoh:

Seseorang memberikan ucapan di khalayak ramai sehingga dikagumi manusia, lalu timbul perasaan di dalam hati akan kehebatannya bersyarah /  berceramah / memberikan ucapan.  Sesungguhnya hal ini lumrah terjadi kepada mana-mana Pensyarah / Penceramah / ahli pidato dsb.  Amat sukar sekali membuang 'Ujub pada hati mereka, kecuali mereka melazimkan diri mereka dengan didikan dan asuhan Mursyid yang Siddiq.



Penjelasan 4:  'Ujub  di dalam Berpakaian:

(1) 'Ujub ketika berpakaian indah, baru, mahal.

(2) 'Ujub ketika berpakaian lusuh, buruk, murah.

(3) 'Ujub ketika memakai pakaian kemuliaan.


Contoh:

Seseorang yang berpakaian indah, berpakaian kemuliaan, berpakaian Pembesar-pembesar dan sebagainya lalu merasa hairan, mulia, hebat dengan pakaian tersebut.


Contoh:

Seseorang berpakaian lusuh, buruk, rambut kusut, lalu merasakan diri sudah hebat sebagai seorang zuhud dan wara'.  


Contoh:

Seseorang memakai pakaian Sunnah Nabi ﷺ seperti jubah dan serban lalu takjub di dalam hatinya sebagai orang yang mulia.



Demikianlah penjelasan sebahagian dari bentuk-bentuk 'Ujub yang lazim terjadi kepada mereka yang melakukan ibadah dan kebajikan. 


Selain dari bentuk-bentuk 'Ujub yang tersebut di atas, masih banyak lagi bentuk-bentuk lain yang mungkin timbul di dalam hati pelakunya.  Ringkasnya apa sahaja pekerjaan atau perbuatan yang menimbulkan perasaan takjub, hairan akan diri sendiri, perasaan kehebatan di dalam hati, perasaan diri cemerlang, perasaan diri sudah baik dan sempurna dll sepertinya, maka jatuhlah kepada 'Ujub yang membinasakan....! 


SIRI 239


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 3:  Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam

Fakta ke-9:  Perincian Syirik khafi ke-4:  Ujub

sambungan....



Penjelasan 5:  'Ujub  di dalam Penulisan:


Contoh 1:

Menukil perkataan Auliya Allah.

Menukil perkataan Auliya Allah di dalam penulisan lalu merasa takjub dengan penulisannya, rasa diri hebat kerana mampu menulis hal-hal tinggi dalam tasawwuf, maka ini jelas 'ujub. 


Menukil kata-kata Auliya Allah di dalam penulisan adalah sangat baik kerana kata-kata para Auliya Allah adalah Cahaya yang menerangi hati orang-orang beriman.  Tetapi wajib waspada, hendaklah mematuhi adab-adabnya, antaranya:

Dia mestilah orang yang Arif (telah sampai Maqam Mukasyafah Zat), menyebut dengan jelas nama Auliya Allah berkenaan dan jangan sesekali memutarbelitkannya mengikut selera sendiri.


Contoh 2:

Sengaja memanjangkan penulisan semata-mata harap pujian manusia!

Sengaja menulis panjang-panjang agar pembaca memujinya sebagai orang yang luas ilmu dan pengalamannya.  Ini jelas 'ujub! 


Menulis panjang dengan tujuan memberikan kefahaman kepada pembaca atau kerana menjelaskan suatu hal yang susah difahami adalah wajar.  Namun ketika niatnya memanjangkan penulisan agar mendapat pujian manusia adalah membawa kepada syirik yang tidak disedari.


Kebanyakan penulis yang berkecimpung di dalam bidang penulisan rencana atau majalah atau buku-buku tidak memerhatikan hal ini.  Pada pendapat mereka, yang penting adalah tulisan mereka mendapat sambutan baik pembaca.


Jika engkau bertanya adakah perlu memendekkan penulisan agar tidak terjadi 'ujub?  Maka kami menjawab: Tidak! 

Tidaklah seseorang itu memendekkan penulisannya semata-mata kerana takut 'ujub.  Apa yang patut setiap penulis perhatikan adalah:  Sentiasa memelihara hatinya sepanjang penulisannya.  Jika pada satu-satu ketika datang perasaan 'ujub, berhenti sekejap, luruskan hatinya, hadapkan hatinya agar benar-benar menghadap Allah, kemudian sambunglah dengan penulisan.  In Shaa Allah selamat.!


Contoh 3: 

Sengaja membaguskan penulisan dengan tujuan menujuk-nunjuk.

Hal ini satu lagi sifat 'ujub yang sering terjadi kepada penulis.  Setiap orang yang menulis bercita-cita menarik hati pembaca dengan kata-kata indah.  Dia teruja dengan gembira dengan pujian manusia dan berazam hasilkan penulisan lebih hebat lagi.  Ini 'ujub.


Jika ada yang bertanya, adakah salah menggunakan kata-kata indah dalam penulisan?  Maka kami menjawab:  Tidak salah, bahkan haqiqatnya adalah:  Allah itu Indah.  Dia suka yang indah-indah!  Jika demikian bagaimana cara melepaskan diri dari 'ujub?


Caranya:  Ketika engkau menulis dengan kata-kata indah yang menawan hati manusia, pandanglah "Keindahan Allah" atau ingatlah bahawa Allah itu indah dan Dia suka yang indah-indah.  Nescaya kamu selamat dari tipu daya nafsu dan syaitan.


SIRI 240


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 3:  Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam

Fakta ke-9:  Perincian Syirik khafi ke-4:  Ujub

sambungan....



Penjelasan 6:  'Ujub dengan tubuhnya — kecantikan, kekuatan:


Contoh 1:

Orang-orang yang di Kurniakan oleh Allah kecantikan wajah atau keindahan rupa memuji diri dan memandang orang lain hina sebagai kurang cantik.  Berkata-kata dalam hati bahawa dirinya cantik dan orang lain hodoh, hitam dan sebagainya.  


Contoh 2:

Orang yang kuat bertenaga memuji diri sendiri akan kehebatannya.  Dia tertipu. Sepatutnya dia bersyukur, kembalikan segala pujian kepada Allah serta jauhi segala bentuk 'ujub!


Sememangnya zahirnya terlihat akan usaha ikhtiarnya melakukan berbagai latihan sehingga memperoleh kekuatan, namun dia lupa semua itu tetap Anugerah Allah.  Ketika kamu lupa bahawa kekuatan yang pada kamu sebenarnya kekuatan yang Allah Kurniakan, maka kamu tertipu dan Syirik!  Hal seperti ini selalu terjadi kepada orang yang terlibat di dalam pertahanan diri, anggota tentera, komando!



Penjelasan 7:  'Ujub dengan keturunan:


Setengah manusia berbangga-bangga dan 'ujub dengan keturunannya, sentiasa mengangkat-angkat keturunannya.  Dalam apa jua perkataan atau tingkah lakunya terlihat kemegahannya dan 'ujubnya.  Ini kebodohan yang nyata kerana 'ujub dengan kemuliaan keturunan hanya menjerumuskan kepada kesyirikan!


Sesungguhnya Allah Ta'ala menciptakan manusia berbangsa-bangsa, berbagai keturunan, puak, warna kulit, tidak ada yang lebih melainkan dengan Taqwa! 


Ketika kamu menghadap Allah, tiada suatu kelebihan dari segi keturunan kamu bawa!  Kamu tidak akan ditanya kamu arab atau 'ajam.  Kamu tidak akan ditanya kamu datang dari kutub utara atau selatan!  Kamu tidak dilihat sama ada kamu keturunan kulit hitam atau putih atau merah!  Hanya yang dilihat Taqwa kamu!  Jika demikian, bukankah satu kebodohan yang nyata kamu bermegah-megah dan 'ujub dengan keturunan kamu?


Bersambung siri  241 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________________

  MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

        🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 246 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَة...