FITNAH AKHIR ZAMAN BAGAIKAN MALAM PEKAT GELAP GELITA

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

اَلْحَمْدُلِلّهِ الَّذِيْ أَنْعَمَنَا بِنِعْمَةِ اْلإِيْمَانِ وَالْمَعْرِفَة

وَالْاِسْتِقاَمَةَ عَلَى الشَّرِيْعَةِ وَالطَّرِيْقَةِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اَللّه عَلَيهِ وَسَلَّم

 

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أَغْلَقَ الْخَاتِمِ   لِمَا سَبَقَ  اَلنَّاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ الْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمَسْتَقِيْمِ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ  حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمٌَ

 

FITNAH AKHIR ZAMAN BAGAIKAN MALAM PEKAT GELAP GELITA


Hadith Fitnah Akhir Zaman:

Rasulullah     bersabda:

Segeralah beramal sebelum datangnya rangkaian fitnah seperti malam yang gelap gulita. Di pagi hari seorang laki-laki dalam keadaan mukmin, lalu kafir di petang harinya. Di petang hari seorang laki-laki dalam keadaan mukmin, lalu kafir di pagi harinya. Dia menjual agamanya dengan barang kenikmatan dunia.”

[Imam Muslim]

Hadith ini terangkum di dalam Hadith2 Fitnah Akhir Zaman.     Secara ringkas beberapa pengajaran penting dari Hadith tersebut.

Pertama:

Hadith Junjungan Rasulullah yang mulia ini ditujukan kepada orang2 Islam, yang bernama Islam dan yang mengerjakan solat dan puasa serta ibadah lain,   BUKAN  kepada golongan terang2 kafir.

Kedua:

Junjungan Rasulullah yang mulia berikan amaran dan peringatan keras kepada seluruh Ummat yang mengaku sebagai pengikut Baginda bahawa akan tiba satu masa di mana dunia ketika itu di penuhi kegelapan yang amat kelam — maksud  kegelapan yang amat kelam adalah kebanyakan manusia ketika itu kesesatan yang amat dasyat. 

Zaman kegelapan yang Nabi gambarkan di dalam Hadith tersebut  inilah zamannya....!

Ketiga:

Akhir zaman bagaikan malam kelam yang amat kelam ...!

Akhir zaman penuh dengan tipu daya, penyamaran, helah licik musuh2 Agama sehingga tiada terbeza antara kebenaran dan kebatilan,  tiada terbeza antara putih dan hitam,  tiada terbeza antara

Islam dan kafir,  tiada terbeza antara Ahlus Sunnah dengan golongan tersesat.  Sehingga orang2 Islam jatuh kepada kesesatan atau kekafiran tanpa disedarinya.

Keempat:

Sebahagian orang Islam menyangka dia beriman sedangkan dia sudah kafir disebabkan i'tiqad_ (pegangan hati),  kerana suatu ucapan atau suatu perbuatan yang BATALKAN IMAN dia.   Maksud- nya dia menyalahi Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar (tulen),  jatuh kepada fahaman / pegangan sesat. 

Kelima:

Tersangat mudahnya seseorang Islam tergelincir kepada kekafiran pada zaman ini kerana rapuh Imannya, lemah pegangannya, kurang ilmunya.  Ia menerima apa sahaja yang dihidangkan di hadapannya sebagai benar sedangkan ianya tipu helah musuh2 Agama.

Keenam:

Rangkaian fitnah terjadi bermaksud fitnah yang berturut2 tak berhenti,  satu lepas satu fitnah datang lagi fitnah lain bertimpa2 sehingga bagaikan lautan fitnah menggunung menimpa orang2 Islam.

Ketujuh:

Rangkaian fitnah tersebut adalah agenda Iblis yang ditiup ke dalam hati orang2 kafir Yahudi dan Nasara agar memerangi orang beriman dan lemahkan iman mereka.

Setengah lagi dari fitnah ini terjadi di tangan orang2 Islam sendiri:

(1) Pemimpin yang mengusai politik dan pemerintahan negara — mereka gadaikan Agama demi kuasa dan tamak dunia...!

Golongan ahli politik ini mencampur adukkan Islam dengan ajaran kafir lalu berkata inilah yang di- kehendaki Allah.   Ada pula yang terang2 mempersoalkan hukum Allah, sunnah Nabi.   Na'uzibillah. 

(2) Setengah lagi fitnah datang dari alim fikih (ulama dunia / jahil / jahat) yang berfatwa mengikut kehendak ketua2  mereka dari kalangan pemimpin politik negara.

(3) Sebahagian lain lagi fitnah datang dari golongan Islam yang tersesat — yang aktif pada zaman ini tiga golongan :-

3.1 Syi'ah (rafidhi)

3.2 Wahhabiyyah (Khawarij akhir zaman)

3.3 Sekular / liberal

Ketiga2 golongan ini bukan terang2 kafir, tetapi mereka adalah golongan sesat dan menyesatkan.  Mereka adalah sebahagian dari 72 golongan sesat yang disebutkan oleh Nabi di dalam Hadith Baginda:

Rasulullah     bersabda:

"إِنَّ بَنِي إِسْرَائِيْلَ تَفَرَّقَتْ عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِيْنَ مِلَّةً وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِيْ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِيْنَ مِلَّةً كُلُّهُمْ فِي النَّارِ إِلَّا مِلَّةً وَاحِدَةً قَالُوْا وَمَنْ هِيَ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِيْ".

 Terjemahan:

Bahawasanya Bani Israil berpecah kepada 72 golongan, dan umatku pula berpecah kepada 73 golongan, semuanya masuk neraka kecuali satu golongan, sahabat-sahabat bertanya: Siapakah yang satu itu ya Rasulullah? Baginda bersabda: Golongan yang satu itu adalah mereka yang berpegang sebagaimana i'tiqadku, dan i'tiqad sahabat-sahabatku”.

[Imam Tirmizi]

Kelapan :

Punca seseorang jatuh kepada kesesatan adalah disebabkan dua hal :

(1) Tiada ilmu yang memadai bagi membezakan di antara kebenaran dan kebatilan.   Ia tidak dapat bezakan di antara cahaya dan kegelapan.   Tiada ilmu bezakan Ahlus Sunnah yang benar dengan penyamar2 yang berlagak seperti Ahlus Sunnah sedangkan golongan tersebut sudah sesat.

(2) Tidak mempunyai Mursyid yang siddiq (benar) — iaitu  Pewaris Nabi yang benar yang mewarisi keruhanian Nabi dan  Maqam Nubuwwah.

Akibatnya mereka mengambil orang2 jahil yang berfatwa ikut nafsu dan iblis — bersekutu dengan kawan2 yang sesat dan menyesatkan.

Kesembilan:

Persoalan paling kritis pada zaman kegelapan ini adalah : 

Syi'ah (rafidhi),   Wahhabiyah (Khawrij),  sekular  yang jelas telah sesat dari jalan sebenar  juga mengaku mereka lah sebenar Ahlus Sunnah yang benar.  Mereka juga mendakwa merekalah  yang Nabi janjikan syurga.  

Bukankah ini suatu yang menjadikan orang islam yang kurang agama menjadi makin "gila" ? 

Inilah zaman "kegelapan yang amat kelam"   ...!

Sesungguhnya semua ini agenda licik Yahudi dan Nasrani yang meletakkan "api di dalam sekam".  mereka menggunakan orang islam sendiri untuk musnahkan orang Islam dari dalam.  Mereka dengan penuh licik menyamar sebagai orang Islam, menyamar sebagai ahlus Sunnah, menyamar sebagai orang Islam dan melakukan dakyah2 merosakkan ummat dari dalam.

Setengah dari agenda mereka amat jelas tetapi sebahagian orang Islam buta melihatnya.

 Lihat Contoh² berikut :

1.  Membangkitkan fahaman sesat khwarij — mentafsir Al-Qur'an dan Hadith mengikut fahaman sendiri  lalu mengeluarkan fatwa sesuka hati.

2. Membangkitkan fahaman sesat mujassimah - bahwa Allah duduk / menetap di langit.

3. Dakyah bahawa amalan maulid Nabi,  Zikir tahlil untuk arwah,  amalan ziarah kubur, llmu tasawwuf,  tawassul dll amalan Ahlus Sunnah sebagai bid'ah sesat.

4. Menyibukkan ummat bahaskan perkara2 agama yang telah lama dijelaskan oleh Ulama Ahlus Sunnah terdahulu sehingga ummat bertelagah sesama sendiri — jadi lemah untuk beramal kerana sibuk bahaskan perkara yang BUKAN hak mereka...!

5. Campur adukkan Islam dengan ajaran2 kafir lalu mendakwa itulah Islam toleran...  Na'uzubillah.

Inilah di antara agenda2 jahat golongan sesat Sekular,  Syi'ah (rafidhi),  Wahhabiyah (khawarij) untuk merosakkan pendokong2 Ahlus Sunnah yang benar. 

Apakah cara untuk keluar dari kegelapan ini? 

Bagaimanakah mengetahui jalan lurus / jalan benar?

Bagaimanakah cara mengetahui fahaman2 sesat yang merosak Aqidah?

Bagaimanakah mengetahui Ahlus Sunnah yang benar dan bezakan dengan Ahlus Sunnah yang palsu / menyamar?

Kesepuluh:

Jalan Keluar dari semua kepincangan / kerosakan / kesesatan / kegelapan akhir zaman adalah :

Jalan paling selamat dan terbaik adalah Mencari Mursyid yang siddiq  — Pewaris Nabi yang sebenar yang dipilih oleh Allah untuk memimpin Ummat. Mereka mewarisi keruhanian Nabi serta menduduki  Maqam Nubuwwah dan berpegang teguh dengannya. Mursyid yang siddiq (benar) adalah pemegang AMANAH Allah dan wakil Rasulullah yang sentiasa di jalan lurus iaitu jalan Rasulullah yang benar ; jalan Ahlus Sunnah yang benar.    Mereka TIDAK akan berdusta atau menyeleweng dari Al Qur'an,  Sunnah dan Ulama Mu'tabar.

Jika belum bertemu dengan Mursyid yang siddiq, pilihan kedua adalah mempelajari dan mengenali Ahlus Sunnah wal Jamaah yang benar dari ustaz / kiyai / muallim yang dipercayai dan  berserta dengan Ulama paling ramai mendokong Agama / Ummat Islam terbanyak.

Ini kerana Ulama yang ramai tidak akan berhimpun kepada kesesatan.

Moga kita,  anak2 kita, ahli keluarga kita semuanya selamat dari tipu daya Iblis dan kuncu2nya dari kalangan jinn syaitan dan manusia2 tersesat.

Moga Allah Ta'ala Kurniakan ketetapan hati kepada kita semua agar mati husnul khatimah di dalam Ahlus Sunnah yang benar (tulen).  

 

Wallahu A'lam.

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...