Thursday, April 30, 2026

SIRI 411


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 5: Syarat Mursyid yang Siddiq

sambungan.....



Syarat ke-5: Da'wah - Amr Bil-Ma'ruf Nahyi Anil Mungkar


Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq adalah penyambung Risalah Rasulullah ﷺ, maka sudah semestinya beliau menjunjung tinggi amanah ini.  Seorang Mursyid sangat terlatih untuk menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran melalui nasihat-nasihat, teguran-teguran dan amaran-amaran kepada murid-muridnya, masyarakat dan juga terhadap penguasa-penguasa negeri.


Sepanjang sejarah Islam, Mursyid Pewaris Nabi ini telah terkenal dengan Da'wah mereka kepada Ummat Islam.  Mereka sering memberi amaran-amaran kepada semua manusia, termasuk pemerintah-pemerintah yang melakukan pelbagai kezaliman.



Syarat ke-6: Bersifat Siddiq (Benar) dalam Perkataan dan Perbuatannya


Seorang Shaikh yang benar adalah sentiasa BENAR di dalam perkataan dan perbuatannya.  Dia bukanlah seorang pendusta atau penipu kerana penipuan dan pendustaan adalah sifat orang munafiq. 


Ini amat berbeza dengan Ulama-ulama As-su (Ulama jahat) dan Ulama sesat yang sanggup menjual agama untuk habuan dunia dan nafsu.  Mereka sanggup menipu Ummat demi mendapat kedudukan tinggi di sisi Pemerintah atau Pemimpin.  Mereka adalah “Ulama-ulama” politik yang menjual Ayat-ayat Allah dengan harga yang murah. 


Bersambung siri 412 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 410


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 5: Syarat Mursyid yang Siddiq

sambungan.....


Syarat ke-4: Berpegang Teguh dengan Syari’at


Sebahagian daripada Syarat yang wajib ada pada seorang Mursyid Pewaris Nabi adalah: Tetap berpegang teguh dengan Syari’at.  Sifat ini merupakan satu lagi penjagaan yang amat penting.


Seorang Mursyid wajib mematuhi hukum-hukum yang termaktub di dalam Al-Qur'an, Sunnah Nabi ﷺ dan Ijma’ Qias Ulama.  Beliau sama sekali tidak boleh melanggar hukum Syari’at sewenang-wenangnya sama ada pelanggaran tersebut dilakukan oleh dirinya sendiri secara terang-terangan atau mengadakan atau menganjurkan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum Islam.  Atau terlibat di dalam menyokong Majlis Mungkar.  Semua ini TIDAK layak bagi Mursyid.


[Perhatian: Maksud pelanggaran hukum Syari’at, adalah hukum-hukum yang telah disepakati oleh Ulama-ulama Mu'tabar sebagai haram, dan bukan masalah khilafiyah.  Jika suatu hukum masih di dalam perselisihan Ulama, iaitu wujud beberapa pendapat Ulama, lalu seorang Mursyid pegang pada satu pendapat, maka ini TIDAK boleh dihukum melanggar hukum Syari’at.]


Jika seorang Shaikh melakukan perkara ma'siat terang-terangan atau menggalakkan muridnya melakukan ma'siat atau merelakan mereka melakukan perkara-perkara mungkar, atau dia menyokong perkara-perkara mungkar yang telah disepakati oleh Ulama Ahlus Sunnah sebagai Haram, maka orang seperti ini tidak layak diikuti sebagai Shaikh.  Bahkan para Imam kita menggelarkan mereka sebagai penipu dan pengikut iblis dan terkena Istidraj !  Wal Iyazubillah !


Berkata Shaikh Hujweri Radhiallahu Anhu:

“Seorang Mursyid (Shaikh) wajib mematuhi hukum Syari’at dengan tegas tanpa berbelah bahagi.  Tugas beliau adalah untuk menerangi jalan mereka yang telah tersesat kepada kebenaran dan pimpinan yang haq.  Seorang Mursyid (Shaikh) yang tidak menghormati hukum Syari’at serta tidak mematuhinya adalah diri sendirinya dalam kegelapan dan mustahil dapat menerangi jalan orang yang dipimpinnya.  Orang seperti ini bukanlah Mursyid (Shaikh) tetapi pengikut syaitan dan musuh Islam.”

[Kashful Mahjoob]


Dengan demikian WAJIB seorang Murid menjauhkan diri daripada orang yang mengaku Mursyid tetapi melakukan pelanggaran Syari’at terang-terangan.  Bahkan HARAM mengikutinya lagi.  Umpamanya ada orang menyamar menjadi Mursyid, mengaku boleh melakukan zina, minum arak atau dosa-dosa lain dengan alasan kononnya dia telah sampai maqam tinggi, atau seseorang yang mengaku Mursyid berkata: Dia tak perlu solat, puasa, zakat dan lain-lain kewajipan kerana dia telah sampai Maqam Tuhan, maka tidak syak lagi dia adalah orang yang Zindiq.  Wal Iyazubillah.


Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu menyenaraikan 11 Golongan yang mendakwa diri mereka sebagai Ahli Sufi pada zaman beliau sedangkan mereka adalah Sufi PALSU yang tertipu dengan angan-angan dan bisikan syaitan.  Mereka hanya berpegang kepada hakikat dan melanggar Syari’at sewenang-wenangnya. 


Pada zaman ini terdapat lebih 10 kelompok mendakwa diri mereka sebagai Ahli Sufi, Mursyid, Ahli Ma’rifat dan sebagainya.  Tetapi mereka terang-terangan melanggar Syari’at Nabi ﷺ.  Mereka campur adukkan falsafah orang kafir, haqiqat palsu, ajaran bathiniah, sihir dan lain-lain lalu mendakwa mereka sebagai Ahli Sufi.  Mereka menunjuk-nunjuk berbagai keajaiban lalu mendakwanya sebagai karomah.  Mereka terpedaya dengan bisikan syaitan.  Wal Iyazubillah.


Bersambung siri 411 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳



SIRI 409


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 5: Syarat Mursyid yang Siddiq

sambungan.....



Syarat ke-2: Alim Di Dalam Syari’at


Alim di dalam Syari'at - Ilmu Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf serta mahir di dalam Ilmu Al-Qur'an dan Hadith Nabi ﷺ.  Seorang Mursyid yang Benar adalah seorang yang sangat mahir di dalam hukum-hakam agama dan beliau mengetahui halal haram dan dapat membezakan di antara Ilmu Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf.  Dan seluruh pimpinannya terikat kepada Al-Qur'an, Sunnah Nabi ﷺ dan Ijma' Qias Ulama Ahlus Sunnah.

Sila rujuk dalil ini dari kata-kata Al-Ghawth Imam Jilani Radhiallahu Anhu pada Syarat 1 di atas.



Syarat ke-3: Mahir Selok-belok Ma’rifat


Seorang Mursyid Pewaris Nabi yang sebenar mahir (sangat dalam Ilmunya) di dalam Ilmu Ma'rifat serta mampu mendidik jiwa manusia kepada ketuhanan.  Beliau mestilah seseorang yang telah terdidik dengan Ilmu Keruhanian di bawah bimbingan Gurunya yang juga Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq sehingga beliau mendapat curahan berbagai Hikmah Ilahiyyah serta kebijaksanaan.

Beliau telah sampai kepada Maqam Musyahadah (penyaksian kepada ketuhanan) serta sentiasa di dalam bimbingan Rasulullah ﷺ.  (Hal ini disahkan oleh Guru yang memimpinnya, BUKAN andaian sendiri atau angan-angan sendiri.) 


Mursyid yang Siddiq mesti seorang yang sangat mahir di dalam hal ehwal keruhanian, Di-Kurniakan Khitob, Kasyaf dan Ilham-ilham suci oleh Allah Ta'ala untuk memimpin keruhanian murid-muridnya serta menangkis semua macam gangguan jinn dan syaitan yang cuba menggodanya sehingga Salikin (murid pada Jalan Ma'rifat) selamat sampai kepada Maqam-maqam Tauhid yang suci murni.


Alim kitab, orang kelulusan Universiti yang memiliki berbagai Ijazah PhD, Ijazah, Profesor, Ahli Usuluddin, Mufti, Pegawai-pegawai Agama atau cendekiawan agama yang lain-lain TIDAK akan mampu melakukan semua ini kerana mereka tiada pengetahuan tentang rahsia-rahsia Ma'rifat ini.  Sedangkan yang benar adalah; sekalian orang alim ini (alim fiqh semata) mereka sendiri memerlukan asuhan seorang Mursyid, untuk keluar dari kesyirikan (Syirik Khafi) dan memperoleh Maqam-maqam Tauhid yang suci.


Maka perhatikanlah dari dalam hati yang ikhlas, tujuan Mursyid Pewaris Nabi yang sebenar adalah mendidik hati dan ruh kamu berdasarkan Syari'at dan Toriqat sehingga kamu benar-benar memperoleh hati yang suci murni dari Bahrul Ahadiyyah (Lautan Ke-Esaan) Allah Ta'ala.  Tauhid yang suci murni akan terpancar dari hati kamu tanpa sebarang syirik (Syirik Khafi) atau Mazmumah apa pun.  Dan jadilah kamu memperoleh ubudiyyah (ibadah yang penuh ketundukan kepada Allah) yang benar-benar ikhlas. 


Sifat ke-3 ini antara sifat terpenting, iaitu Musyahadah Zat (Penyaksian Wajah Tuhan dari pandangan ruh) dan Pimpinan Rasulullah ﷺ kerana tanpa sifat-sifat istimewa ini, tiada bezanya dengan ustaz-ustaz biasa atau orang alim fiqh atau alim kitab.


Berkata Sulton Auliya Imam Jilani Radhiallahu Anhu:

“Seseorang tidak dapat dikatakan Ahli Sufi (Mursyid) sehingga dia sampai ke maqam di mana dia Di-Anugerahi pandangan kepada Rasulullah ﷺ di dalam mimpinya dan diberi arahan dan tegahan.  Jika keadaan ini terjadi maka hatinya akan Di-Naikkan ke maqam lebih tinggi serta Di-Sucikan batinnya.  Beliau seterusnya akan memperoleh kehampiran dengan Allah Ta'ala sementara tangannya di dalam pimpinan tangan Rasulullah ﷺ.”

[Fath-Ar-Rabbaniy Wa Faidh Ar-Rahmaniy]


Bersambung siri 410 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 408


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 5: Syarat Mursyid yang Siddiq

sambungan.....



Syarat 1: Mempunyai Silsilah Sehingga Rasulullah ﷺ


Beliau termasuk di dalam 'rantaian' Pewaris Nabi iaitu yang dipanggil Silsilah Rasulullah ﷺ.  Maksudnya beliau telah menerima Ijazah kebesaran Shaikh daripada Shaikhnya yang telah menerima daripada Shaikhnya dan seterusnya ke atas dan ke atas sehingga bertemu Rahmat-Al-lameen, Sayyidina Wa Maulana Muhammad ﷺ.


Ini merupakan satu dari tanda-anda BENARNYA seorang Shaikh Pewaris Nabi.  Sebagaimana kami menyebutnya berulangkali, “Cahaya Silsilah Rasulullah ﷺ” bukan rekaan atau buat-buatan manusia tetapi ia adalah pancaran “Nur Muhammad” yang memancar ke dalam hati para Pewaris Nabi.  Dengan pancaran Nur inilah mereka memimpin manusia lain kepada Allah Ta'ala.


Seseorang Guru yang tidak mempunyai Cahaya Nur Muhammad atau Cahaya Silsilah Keruhanian ini tidak akan mampu memimpin manusia kepada Hadrat Ketuhanan kerana mereka sendiri tidak pernah Di-Pimpin dan tidak pernah sampai ke Hadrat Ketuhanan, bagaimana mungkin mereka boleh memimpin orang lain..!


Seluruh Pewaris Nabi yang Siddiq, yang terkenal dan diakui seluruh Ahlus Sunnah Wal Jama’ah adalah mereka itu dari  Silsilah Keruhanian tertentu yang akhirnya sampai kepada Rasulullah ﷺ.  Dengan demikian  Silsilah yang benar ini akan tetap terpelihara sehingga akhir zaman dan orang-orang yang menentangnya akan binasa.  Wal Iyazubillah !


Sementara itu seseorang Guru yang mengaku Mursyid tetapi tidak dapat membuktikan kelayakannya sebagai Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq dengan menunjukkan Silsilahnya sampai kepada Rasulullah ﷺ, maka pengakuan ini tidak dapat diterima.  Kemungkinan orang ini adalah pendusta yang berpura-pura menjadi Guru Mursyid.


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Muhyiddin Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu:

“Seseorang yang menjadi Shaikh kerohanian (Mursyid yang Siddiq) mesti memiliki lima syarat, jika tidak dia adalah penipu yang hanya memimpin kepada kebodohan.  Dia mesti sangat mahir di dalam Syari'at, sementara sangat dalam pengetahuannya di dalam haqiqat.  Dia mestilah sangat lemah lembut dalam perkataan dan tingkah lakunya kepada yang berhajat, selalu memuliakan tetamu-tetamu yang datang kepadanya dengan penuh kasih sayang.  Dia juga mestilah sangat 'alim dalam halal dan haram.  Dia memimpin si Salik pada Jalan Ma'rifat, sebagaimana dia sendiri telah dipimpin oleh Shaikhnya, sempurna di dalam kemurahan hatinya.”

[Qala'id Al-Jawahir]


Berkata Shaikh Muhammad An-Nazili Radhiallahu Anhu:

“Orang yang Silsilahnya tidak bersambung ke Hadrat Nabi ﷺ, itu terputus dari Pancaran Ruhaniyyah dan bukanlah ia Pewaris Rasulullah ﷺ (bukan Mursyid) serta tidak boleh membai'at dan tidak boleh memberi Ijazah.”

[Khazinah Al-Asrar]


Berkata Shaikh Syeikh Ahmad Al-Kamashkhanawi Radhiallahu Anhu:

“Semua Ulama salaf sepakat bahawa orang yang Silsilahnya tidak bersambung kepada Guru-guru Toriqah sehingga Rasulullah ﷺ dan tidak mendapat izin untuk memimpin Ummat di majlis Toriqah, tidak boleh menjadi Mursyid, tidak boleh membai'at dan tidak boleh mengajarkan zikir dan amalan-amalan lain di dalam Toriqah.”

[Jami' Usul Fil Aulia]


Demikianlah jelasnya setiap Guru Mursyid wajib mempunyai Silsilahnya sampai Rasulullah ﷺ dan beliau sendiri pernah dipimpin oleh Mursyidnya yang Siddiq sehingga wusul (sampai) kepada Allah.  Maka sesiapa mengaku Shaikh Mursyid atau Pewaris Nabi TIDAK dapat buktikan Silsilah Keilmuan sampai Rasulullah ﷺ dan dia sendiri tak pernah menempuh sendiri jalan kepada Allah, maka dia BUKAN Warisatul Anbiya.


Bersambung siri 409 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 407


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 5: Syarat Mursyid yang Siddiq



Muqaddimah


Sebagaimana kami maklumkan beberapa kali sebelum ini, Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq adalah Pewaris Nabi sebenar, yang menjunjung tinggi Amanah Nubuwwah dan Risalah Rasulullah ﷺ.  Mereka menerima lantikan penerimaan dari isyarat Guru mereka yang mendapat Petunjuk Allah. 


Allah Ta'ala Kurniakan mereka Nur Muhammad dan curahan Limpahan Rahmat-Nya, maka dengan-Nya mereka menyempurnakan sekalian Amanah yang Allah pikulkan atas bahu mereka.  Mereka sentiasa dalam Pimpinan Allah dan Rasul-Nya. 


Berkata Al-Imam Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu:

“Seseorang tidak dapat dikatakan Sufi (Mursyid Pewaris Nabi yang sebenar) sehingga dia sampai ke maqam di mana dia Di-Anugerahi pandangan kepada Rasulullah ﷺ di dalam mimpinya dan diberi arahan dan tegahan.  Jika keadaan ini terjadi maka hatinya akan Di-Naikkan ke maqam lebih tinggi serta Di-Sucikan batinnya.  Beliau seterusnya akan memperoleh kehampiran dengan Allah Ta'ala sementara tangannya di dalam pimpinan tangan Rasulullah ﷺ.”

[Fath-Ar-Rabbaniy Wa Faidh Ar-Rahmaniy]


Sebagaimana penegasan kami berulangkali, Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq bukan pemimpin biasa yang dilantik oleh manusia!  Mereka bukan pemimpin politik kotor manusia!  Mereka bukan pemimpin yang dipilih melalui undian, sokongan, pilihanraya atau lain-lainnya!


Mereka bukan manusia yang masuk hutan atau gunung lalu bertapa mengikut tradisi bomoh atau dukun lalu mengaku Mursyid atas dakwaan nafsu atau bisikan iblis, sebagaimana dakwaan beberapa orang penipu!  Mereka bukan juga dipilih berdasarkan keturunan sepertimana raja-raja atau sultan-sultan!


Setiap Mursyid yang Siddiq wajib menepati syarat-syaratnya yang sangat ketat.  Mereka perlu buktikan kebenaran mereka berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Masyaikh Ahlus Sunnah.  Kegagalan berbuat demikian akan menunjukkan pendustaannya dan orang yang berbuat pendustaan tersebut akan menerima balasan yang sangat buruk!


Berkata Imam Al-Jilani Radhiallahu Anhu lagi:

“Dalam semua itu mereka mengikut teladan daripada pengikut-pengikut Rasulullah ﷺ yang terkenal sebagai Ahli Sufi yang memakai pakaian bulu yang telah meninggalkan semua urusan keduniaan untuk berdiri di pintu Rasulullah ﷺ dan berada hampir dengan Baginda ﷺ.  Mereka menyampaikan khabar sebagaimana mereka menerimanya secara langsung daripada mulut Rasulullah ﷺ.”

[Sirrul Asrar Fi ma Yahtaju Ilaihil Abrar]


Berikut adalah syarat-syarat seorang Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq diambil dari fatwa Ulama-ulama terulung Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.  Perhatikan sungguh-sungguh semua syarat-syarat ini, dan ambillah pengajarannya.


Bersambung siri 408 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 406


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....


Dalil 27: Analogi Ubat dan Doktor Pakar

sambungan....


Seorang Mursyid yang benar-benar 'Arif mengetahui penyakit setiap muridnya dan beliau akan berikan “ubat dan penawar” sesuai dengan penyakit mereka masing-masing sehingga akhirnya hati mereka sembuh dan suci bersih daripada sekalian penyakit yang merosak dan membinasakan Iman mereka.  Apabila hati mereka sembuh dari berbagai penyakit kronik yang mencengkam hati mereka, barulah Cahaya Ketuhanan akan masuk ke dalam hati mereka dan melimpah sehingga menjadi Mukmin yang sebenar.  (Untuk keterangan penuh sila baca Risalah bertajuk: “Suluk Menurut Ahlus Sunnah”)


Firman Allah:


هُوَ ٱلَّذِى بَعَثَ فِى ٱلۡأُمِّيِّـۧنَ رَسُولاً۬ مِّنۡہُمۡ يَتۡلُواْ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتِهِۦ وَيُزَكِّيہِمۡ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَإِن كَانُواْ مِن قَبۡلُ لَفِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ۬


“Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (Ilmu rahsia dan pengetahuan mendalam).  Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata.”

[Al-Jumu’ah (62) :  Ayat 2]


Rasulullah ﷺ bersabda:


أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً، إِذَا صَلَحَتْ، صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ، فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ


“Ketahuilah, dan sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging, apabila baik ia nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan apabila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya.  Ketahuilah!  Iaitulah Qalb (hati).”

[Imam Bukhari]


Mana-mana Muslim yang tidak mengikut Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, dan tidak berusaha sungguh-sungguh menyucikan batinnya (hatinya) melalui jalan yang ditunjukki oleh mereka, maka hatinya akan kekal di dalam kekotoran Ma’nawiyyah – Syirik Khafi, Mazmumah, Ghaflah, Aghyar, iaitu menanggung dosa besar, bahkan dikhuatiri menjadi sesat atau mati Su-ul Khatimah (jahat kesudahan) dan sebahagian Ahli Ma’rifat memandang, lidah mereka terkekang dari menyebut Kalimah Allah ketika Sakratul-maut.  Wal Iyazubillah.


Imam Abu Hassan Asy-Syazili Radhiallahu Annu berkata: 

“Barang siapa yang tiada masuk dan mengetahui akan Ilmu ini yakni Ilmu Tasawwuf (melalui seorang Shaikh Sufi), nescaya dia mati di dalam keadaan mengekalkan dosa-dosa besar tanpa diketahuinya.” 

[Nukilan oleh Imam Ghazali Radhiallahu Anhu di dalam Ihya]


Imam Ghazali Radhiallahu Anhu berkata:

(Mujaddid Kurun ke-5 Hijriyyah)

“Sesiapa yang tidak mendapat bahagian di dalam Ilmu Qaum Sufi, maka ditakuti mati terkekang lidah (tiada dapat mengucap Kalimah).”

[Ihya Ulumuddin]


Berkata Imam Fakhruddin Ar-Razi Radhiallahu Anhu:

(Mujaddid Kurun ke-6 Hijriyyah)

“Seorang murid tidak memiliki jalan untuk sampai ke maqam-maqam Hidayah dan Mukasyafah, kecuali dia mengikuti Mursyidnya (Shaikh Sufi atau Ahli Sufi) yang menunjukkannya ke Jalan yang lurus serta menghindarkannya dari titik-titik kesalahan dan jalan yang sesat.” 

[Tafsir Mafatih Al-Ghaib]


Amaran para Auliya Allah ini benar-benar terjadi ke atas Ummat ini.  Mereka yang tidak berpegang kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, akhirnya jatuh kepada Golongan sesat – Syi’ah (Rafidhi), Wahhabiyyah (Khawarij), Mujassimah dan lain-lain yang jumlahnya 72 golongan.  Atau mereka menjadi sesat di dalam keruhanian berjumlah 11 golongan (menurut Fatwa Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu).  Atau mereka menjadi pemerintah dan ahli politik yang fasiq.  Wal Iyazubillah. 


Bersambung siri 407 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_______________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 405


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....


Dalil 27: Analogi Ubat dan Doktor Pakar

sambungan....



Sesungguhnya setiap manusia mempunyai penyakit HATI, sebahagian besarnya adalah penyakit yang sangat serius sehingga boleh membawa “maut” kepada HATI dan IMAN jika tidak dirawat dengan segera.  Terdapat sekurang-kurangnya tiga kategori penyakit hati yang sangat serius:

  

Pertama:  Syirik Khafi (syirik tersembunyi) – Takabbur, Riya’, ‘Ujub, Sum’ah, Tawakkal bi Ghairillah.


Kedua  :  Mazmumah (sifat keji dalam hati) – Hasad, Su-uz-Zonn, Khianat, Ghibah, Namimah, Fitnah, Kazib, Ghadhab, Bakhil, Toma', Tajassus, Thulul amal, Hubbud-dunya, Hubbuj-jah, Hubbul Maal dan banyak lagi. 

 

Ketiga   :  Ghaflah (lalai dari mengingat Allah).


Pakar Doktor Ruhani yang mengetahui sekalian penyakit HATI manusia adalah Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.  Mereka memiliki ubat dan penawar bagi setiap penyakit manusia yang serius dan sangat ‘Arif akan cara-cara merawatnya.  Hanya Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq Di-Kurniakan Ilmu ini.  Kiyai, Ustaz biasa, Muallim, pemegang Ijazah, PhD dan lain-lain sepertinya TIDAK mengetahuinya. 


Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq memperoleh Ilmu mengenal penyakit hati manusia dan cara-cara merawatnya dengan dua macam Limpahan:


Pertama : Limpahan Rasulullah ﷺ.

Ini adalah Warisan Rasulullah ﷺ daripada Guru Mursyid mereka dan mereka mengambil dari Mursyid mereka, dan bersambung sampai kepada junjungan Rasulullah ﷺ. 


Kedua   : Limpahan Cahaya Rabbaniyyah.

Limpahan Allah Ta’ala ke dalam hati mereka secara Sirriyah (Rahsia Ketuhanan yang sangat tinggi) yang dikenali sebagai Kasyaf, Ladunni, Khitob.


Setiap orang Islam yang beriman WAJIB mengambil Ubat dan Penawar dari Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq untuk sembuhkan penyakit-penyakit kronik yang bersarang di dalam lubuk hati mereka.  Mereka (murid) perlu sungguh-sungguh berzikir dan mujahadah melawan nafsu menurut panduan yang Guru mereka berikan.  Mereka perlu mematuhi syarat, peraturan, kaifiyyat dan adab-adab yang mereka tetapkan.


Bersambung siri 406 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_______________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 404


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....



Dalil 27: Analogi Ubat dan Doktor Pakar


Ini suatu analogi bagi mendekatkan faham akan kedudukan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq sebagai Doktor Ruhani yang sangat pakar mengetahui sekalian penyakit hati manusia dan sangat Arif  berkenaan ubat dan penawar baginya.


Analogi…

Jika kamu memiliki segudang ubat bagi mengubati berbagai penyakit manusia seperti demam, selsema, batuk, sakit mata, sakit telinga, sakit perut, sakit jantung, sakit kepala, luka-luka dan lain-lain, kamu tak mungkin menggunakan ubat-ubat tersebut sewenang-wenangnya.  Kamu perlukan doktor perawat untuk mengesahkan penyakit kamu.  Setelah mengesahkan penyakit kamu, doktor akan berikan ubat yang sesuai pada kadar yang sesuai dan untuk jangka waktu yang diperlukan untuk sembuh.  Kamu tak boleh mengambil ubat tersebut menurut fikir aqal kamu kerana kemungkinan ubat yang kamu sangka penawar itu sebenarnya racun pembunuh.  Kamu juga tak boleh mengambil ubat tersebut melebihi “dos” yang diberikan oleh Doktor kerana ia boleh membawa kemudaratan yang lebih atau membawa maut. 


Jika penyakit kamu serius sehingga tak mampu dirawat oleh Doktor biasa, kamu perlukan Doktor pakar untuk merawatnya.  Kamu takkan mampu merawatnya sendiri.  Doktor biasa pun tak mampu merawatnya disebabkan pengetahuannya tak sampai ke peringkat “pakar”. 


Jika penyakit kamu tersangat serius sehingga nyawa terancam, kamu perlukan rawatan Doktor pakar di hospital pakar berserta penjagaan rapi di bilik jagaan yang terkawal di ICU, CCU, ICCU dengan kawalan yang sangat rapi dan dirawat oleh Doktor pakar.  Kamu akan ditahan di pusat jagaan tersebut dan dirawat sehingga kamu sembuh.


Bersambung siri 405 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_______________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 403


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....



Dalil 26: Rasulullah ﷺ di-pimpin Oleh Jibril Alaihis Salam


Mulai Wahyu Pertama sehinggalah kepada Isra’ Mi’raj, dan sampai akhir hayat Rasulullah ﷺ, Baginda ﷺ sentiasa di-pimpin oleh Jibril Alaihis Salam.  Sejak Baginda ﷺ Di-Utus menjadi Rasul, Baginda ﷺ sentiasa bertanya kepada Jibril Alaihis Salam darihal sesuatu hal yang Baginda ﷺ tidak memahaminya.  Pada peristiwa  Isra’ Mi’raj, Jibril Alaihis Salam memimpin Baginda ﷺ sepanjang perjalanan sehingga ke Sidratul Muntaha. 


Apakah hikmah dan rahsia tersirat di sebaliknya? 


Mengapakah Rasulullah ﷺ Di-Taqdirkan untuk di-pimpin oleh Jibril Alaihis Salam sedangkan Maqam Rasulullah ﷺ lebih tinggi daripada Jibril Alaihis Salam?


Apakah hikmahnya Rasulullah ﷺ bertanya sesuatu kepada Jibril Alaihis Salam darihal perkara Ghaib sedangkan Rasulullah ﷺ sendiri adalah Sahibul-Asrar (Pemilik Rahsia Ketuhanan) yang jauh lebih tinggi Ilmu Baginda ﷺ berbanding sekalian makhluq yang wujud? 


Sesungguhnya di dalam kejadian-kejadian tersebut tersimpul Rahsia tersirat, iaitu setiap manusia memerlukan Pemimpin Keruhanian untuk mengenal Allah.  Jika Rasulullah ﷺ yang demikian hebat Ilmu Baginda ﷺ mengenal Allah Di-Taqdirkan untuk di-pimpin, apa lagi manusia awam yang sangat jahil?  Renungkan!


Bersambung siri 404 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_______________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

      🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 402


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....


Dalil  25 :  Hanya Mursyid memiliki Perisai Hapuskan Tipu daya halus Iblis dan kuncu-kuncunya



Firman Allah Ta'ala:


قَالَ رَبِّ بِمَآ أَغْوَيْتَنِى لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ ٱلْمُخْلَصِين


Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan buruk, keji, ma'siat, mungkar) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas". 

[Al-'Hijr (15) : Ayat 39-40]


Firman Allah Ta'ala:


قَالَ فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِى لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَٲطَكَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ثُمَّ لَأَتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَيۡمَـٰنِہِمۡ وَعَن شَمَآٮِٕلِهِمۡ‌ۖ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِينَ


"Iblis berkata: Oleh kerana Engkau wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) Jalan-Mu yang lurus; Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur."

[Al-A'raf (7) : Ayat 16-17]


Iblis dan kuncu-kuncunya mempunyai ribuan helah bagi menyesatkan manusia.  Hanya Mursyid Pewaris Nabi yang  Siddiq mengetahui akan sekalian tipu daya iblis yang sangat halus dan licik ini.  Hanya mereka Di-Kurniakan Ilmu membezakan di antara seruan Allah yang suci dengan bisikan syaitan.  Hanya mereka Di-Kurniakan perisai dan senjata bagi hapuskan tipu daya tersebut. 


Inilah sebabnya orang-orang Islam wajib berpegang kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, termasuk mereka yang memiliki gulungan Ijazah Universiti yang hebat-hebat – tetap wajib merendahkan diri di hadapan Guru yang Arif sehingga mereka mencapai keselamatan dari tipu daya iblis dan kuncu-kuncunya.  Sejarah membuktikan berapa banyak orang bergelar “Ulama” disesatkan oleh iblis dengan tipu helah liciknya.  Demikian lagi pada zaman ini berapa ramai orang-orang yang bernama Ustaz, Ustazah, Kiyai, Profesor, PhD, Drs, jatuh kepada perangkap iblis – menjadi pendokong Wahhabiyyah (khawarij) atau Syi’ah (rafdhi) atau Sekular dan Liberal pembela ideologi kufur. Wal Iyazubillah.


Bersambung siri  403 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_______________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI    

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

Wednesday, April 29, 2026

SIRI 401


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....

                                                                                                                                                                      Dalil  25 :  Hanya Mursyid memiliki Perisai Hapuskan Tipu daya halus Iblis dan kuncu-kuncunya


Sebagaimana kami jelaskan pada bicara “Fakta-fakta berkenaan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq”, Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq adalah hamba Allah dan Kekasih Allah yang menempuh perjalanan yang panjang (mujahadah puluhan tahun) dengan melawan hawa nafsu dan bisikan-bisikan syaitan. Mereka mengenal Allah dengan sebenar-benarnya sampai ke Maqam Mukasyafah . 


Apabila seseorang telah tahqiq di dalam Tauhid yang suci murni, maka akan terbuka sekalian Rahsia Ketuhanan dan rahsia-rahsia kehambaan, termasuk di dalamnya rahsia-rahsia kejadian iblis dan syaitan serta cara-cara makhluq halus ini membisikan kejahatan dan penentangan terhadap Allah. Mereka tersangat Arif mengetahui tipu daya iblis, syaitan dan kuncu-kuncunya dan diberi kekuatan oleh Allah untuk menghapuskan segala gangguan Iblis dan kuncu-kuncunya.


Orang alim “kitab” (yang mahir di dalam fiqh sahaja) atau ustaz, ustazah, Muallim, Hafiz Qur’an atau kiyai pondok sekalipun tidak mempunyai pengetahuan berkenaan tipu daya halus iblis dan syaitan.  Akibatnya mereka seringkali tertipu dengan berbagai helah iblis dan kuncu-kuncunya.  Jika mereka sendiri tertipu dengan hasutan iblis, maka mana mungkin mereka memimpin Ummat?


Perhatikan sejarah kesesatan orang-orang alim yang mahir di dalam Fiqh, setengah dari mereka Hafiz Qur’an dan selalu berpuasa Sunnat, mendirikan Tahajjud dan ibadah-ibadah lain yang kelihatan hebat pada pandangan umum, namun mereka tewas kepada iblis dan syaitan dan kuncu-kuncunya. 


(1) Pelopor kepada fahaman, doktrin, falsafah dan ajaran sesat berjumlah 72 golongan adalah terdiri dari orang-orang alim yang mahir berhujjah.


(2) Golongan Khawarij (sekarang dinamakan Wahhabiyyah) adalah orang Islam yang berdiri Tahajjud, berpuasa sunnat yang banyak, solat sunnat yang banyak.


(3) Pembunuh Sayyidina Ali Karramallahu wajhah adalah seorang hafiz Qur’an yang mengajar Qur’an kepada orang Islam.


(4) Hajjaj Yusuf As Saqafi menyerang Makkah dan membunuh ribuan Ummat Islam yang tak berdosa adalah panglima Islam.


(5) Ustaz-ustaz politik yang memberikan fatwa yang bertentangan dengan hukum serta menyelewengkan ayat-ayat Qur’an kepada kebatilan dan menjualnya dengan harga yang murah adalah orang alim syari’at dan petah berhujjah berkenaan undang-undang Islam.


Kesemua mereka yang tersebut di atas adalah “orang alim yang mahir di dalam fiqh” serta “orang yang abid” tekun mengerjakan Ibadah, namun mereka terpedaya dengan bisikan-bisikan syaitan sehingga menjadi sesat dan menyesatkan Ummat.  Sudah tentu ramai hairan dan tertanya-tanya mengapa orang alim, hafiz Qur’an, orang abid pun menjadi sesat.  Jawapan lengkap kepada kemusykilan ini sudah dijawab di dalam Risalah bertajuk: 

“Mengapa Orang Alim (fiqh), Hafiz Qur’an, Ahli ibadah Terkena gangguan Jinn Syaitan”.  Sila rujuk. 


Ringkasnya mereka tewas kepada tipu daya syaitan yang amat halus sekira-kira tidak disedari oleh kebanyakan manusia termasuk orang yang alim di dalam fiqh dan ahli Ibadah.  Mereka tidak mempunyai pengetahuan berkenaan cara-cara iblis masuk ke dalam hati membisikan berbagai kejahatan, kekeliruan dan kesesatan. 


Bersambung siri  402 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 400


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....



Dalil  24 :  Mursyid Pewaris Nabi Di-Kurniakan Ubat dan Penawar Bagi Rawat Penyakit Hati Manusia sambungan.....


Rasulullah ﷺ bersabda:

“Aku sangat takut syirik pada Ummatku. Walaupun mereka tidak menyembah berhala, matahari, bulan dan batu.  Akan tetapi memperlihatkan kepada orang (berbuat Riya’) dengan amal mereka.”

[Imam Ibnu Majah, Imam Al-Hakim]


Oleh kerana bahaya besar inilah sekalian Masyaikh Ahlus Sunnah sepakat bahawa mencari Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, serta berpegang teguh dengan mereka adalah Fardhu Ain.  Setiap Muslim diperintah berguru kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq dan mujahadah sungguh-sungguh melawan nafsu sehingga terhapus segala penyakit hati ini.  Kewajipan ini bukan hanya kepada orang awam yang jahil tetapi juga kepada mereka mempunyai berbagai ijazah atau masters atau PhD.  Mereka juga wajib berguru kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq bagi membuang segala penyakit hati mereka.  Bahkan mereka ini lebih perlu sungguh-sungguh mujahadah kerana berbagai penyakit takabbur dan riya’ yang sentiasa menguasai hati mereka.


Secara umum, mereka yang mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu seperti kelebihan llmu, banyak ibadah, memiliki kekuatan tubuh, kekayaan, kecantikan, kekuasaan, pangkat dan kedudukan dan lain-lain, lebih banyak dikuasai penyakit hati kerana kewujudan Riya’, ‘Ujub dan Takabbur yang lebih kuat mencengkam hati mereka.  Bahaya yang lebih besar bakal menimpa orang-orang yang mempunyai kelebihan-kelebihan ini jika mereka tidak membersihkan hati mereka kerana mereka lazimnya akan condong kepada kezaliman, kefasikan atau kesesatan.


Hal ini bukan omongan kosong kerana begitulah terbukti di dalam sejarah kemanusiaan.  Perhatikan bagaimana orang-orang yang diberikan kelebihan-kelebihan duniawi berupa kekuasaan, kekayaan, kedudukan dan pangkat yang tinggi, akhirnya binasa kerana sombong, takabbur, riya’ atau lain-lain penyakit hati yang membinasakan. Wal Iyazubillah.


Bersambung siri  401 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 399


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....



Dalil  24 :  Mursyid Pewaris Nabi Di-Kurniakan Ubat dan Penawar Bagi Rawat Penyakit Hati Manusia


Dua bahaya paling besar akibat dari penyakit hati: 

Pertama  : Terhapusnya amal Ibadah

Kedua  : Rosaknya Iman seseorang sehingga jatuh kepada fasiq atau sesat. Wal Iyazubillah.  


Begitulah besarnya akibat dosa-dosa hati dan syirik dalam hati manusia. Bayangkan amal ibadah yang dilakukan selama hidup terbang sia-sia begitu saja?  Mereka menyangka amal Ibadah mereka banyak tetapi “api” kesyirikan (Syirik khafi – syirik di dalam hati) dan dosa mazmumah telah memakan segala kebaikannya sehingga habis.  Mereka menyangka mereka ahli Jihad, mereka menyangka mereka orang alim, mereka menyangka mereka ahli ibadah yang hebat tetapi mereka tidak menyangka atau sememangnya tidak tahu yang sekalian kebajikan mereka terbang melayang begitu sahaja hanya kerana satu dosa syirik khafi atau kerana satu dosa khianat atau lain-lainnya.


Sesungguhnya Dosa syirik khafi  (syirik dalam hati) lebih ditakuti oleh Rasulullah ﷺ berlaku kepada Ummat Baginda berbanding dengan Syirik terang-terangan, kerana orang beriman mana pun tidak sesekali sembah berhala atau patung atau matahari atau lain-lain yang berupa berhala kebendaan, tetapi mereka seringkali terpedaya dengan syirik dalam hati.  Bahaya besar tersembunyi yang sedang menyelubungi orang Islam dapat diperhatikan daripada Firman Allah dan Hadith Rasulullah ﷺ. 


Firman Allah Ta'ala:


يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تُبْطِلُوا۟ صَدَقَـٰتِكُم بِٱلْمَنِّ وَٱلْأَذَىٰ كَٱلَّذِى يُنفِقُ مَالَهُۥ رِئَآءَ ٱلنَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْـَٔاخِرِ ۖ فَمَثَلُهُۥ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌۭ فَأَصَابَهُۥ وَابِلٌۭ فَتَرَكَهُۥ صَلْدًۭا ۖ لَّا يَقْدِرُونَ عَلَىٰ شَىْءٍۢ مِّمَّا كَسَبُوا۟ ۗ وَٱللَّهُ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلْكَـٰفِرِينَ 


Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (Riya') dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.  Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi).  (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan Riya' itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu pun dari apa yang mereka usahakan  (segala amal soleh terhapus dan menjadi sia-sia)  dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir. 

[Al-Baqarah (2) : Ayat 264]


Firman Allah Ta'ala:


 الَّذِينَ هُمْ يُرَآءُونَ


“(Maka celakalah) bagi orang-orang yang mengerjakan kebajikan untuk dilihat orang”  

[Al-Ma’un (107) : Ayat 6]


Bersambung siri  400 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 398


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....




Dalil  24 :  Mursyid Pewaris Nabi Di-Kurniakan Ubat dan Penawar Bagi Rawat Penyakit Hati Manusia


Sesungguhnya setiap manusia mempunyai penyakit hati atau batin yang amat serius.  Di antara penyakit hati manusia yang paling berat sehingga membawa kebinasaan adalah  Syirik khafi -  Takabbur, Riya’, Ujub, Sum’ah dan Tawakkal Bi-Ghairillah.  Kemudian yang tidak kurang bahayanya adaah Sifat _Mazmumah_ dalam hati – Kazib, Khianat, Ghibah, Namimah, Fitnah, Su-uz-zon, Tajassus,  bahkan banyak lagi penyakit hati yang lain yang benar-benar membinasakan orang Islam. (Rujuk Risalah kami bertajuk “Penyakit Hati Manusia Bahaya Yang Tak Disedari” )


Sesungguhnya penyakit dan dosa batin lebih banyak terjadi berbanding dosa zahir.  Boleh dikatakan setiap hari orang Islam terlibat dengan dosa hati atau batin tetapi mereka tidak menyedarinya disebabkan semua itu tersembunyi di dalam hati.  (Rujuk Risalah kami bertajuk “Penyakit Hati Manusia Bahaya Yang Tak Disedari” )


Ubat dan Penawar bagi sekalian penyakit batin ini hanya ada pada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.  Mereka mengenal sekalian penyakit hati manusia dan mengetahui ubat dan penawar yang sesuai bagi penyakit tersebut. Mereka telah menempuh perjalanan yang jauh pada Jalan Allah sehingga terlatih mengenal segala penyakit hati manusia dan sangat Arif dengan cara-cara merawatnya. 


Orang Islam awam tak mungkin mampu sucikan sendiri segala penyakit hati yang terhimpun di dalam hatinya kerana mereka tidak mempunyai Ilmu berkenaan dengan penyakit hati serta ubat dan rawatan yang sesuai dengan penyakit tersebut.  Bahkan sebahagian besar orang Islam tidak menyedari wujud penyakit-penyakit tersebut.  Mereka sentiasa hidup di dalam sangkaan bahawa mereka sudah baik dan bersih dengan amal ibadah yang mereka lakukan. Setengah-setengahnya menyangka amal ibadah mereka sudah banyak kerana banyak solat Tahajjud, banyak sedekah, banyak mengerjakan Haji  tetapi mereka tak menyedari tersimpul “dosa yang tidak disedari di dalam amal ibadah sekalipun”.  Mereka tertipu dengan diri sendiri. 


Bersambung siri  399 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 397


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....



Dalil 23 :  Kitab dan Sunnah Tanpa “Wakil Allah”, Manusia Akan Menjadi Sesat

sambungan.....


Ringkasnya ramai yang menjadi sesat atau fasiq atau kafir setelah kewafatan Rasulullah ﷺ, sehingga berpecah-pecah dan berpuak-puak menjadi 72 golongan dari Jalan Utama Rasulullah ﷺ.  Hanya satu Golongan sahaja yang selamat, iaitu Ahlus Sunnah yang benar-benar berpegang kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq. 


Sebagaimana kami jelaskan pada awal Risalah ini, Generasi pertama Mursyid Pewaris Nabi yang benar ini adalah Khulafa Ar-Rasyidin. Mereka dikatakan “Ar-Rasyidin” diambil dari perkataan    مُرْشِد - رَشَدَ - يَرْشُدُ  “Rashada, Yurshidu, Mursyid” bererti Penunjuk Jalan Lurus, Penunjuk Jalan Kebenaran, Pembimbing yang Siddiq yang terpercaya yang mewarisi Baginda Zahir dan Batin.  Mereka memimpin manusia kepada Allah dengan kesucian dan kebenaran sebagaimana Rasulullah ﷺ memimpin mereka semasa hayat Baginda. 


Daripada Khulafa Ar-Rasyidin inilah lahirnya sekalian Mursyid Pewaris Nabi yang berikutnya dan berikutnya sambung-menyambung keilmuan dan keruhanian mereka sampai ke hari ini dan akan berterusan sampai Qiamat. Ilmu mereka benar-benar suci murni daripada dicampuri falsafah kuno maupun falsafah moden atau dicampuri nafsu atau bisikan syaitan.  Mereka menerima Ilmu seolah-olah mereka menerima dari lisan Rasulullah ﷺ sendiri. Ilmu mereka bercahaya gemilang dari Pancaran Cahaya Rabbani.  Mereka inilah Golongan Ahlus Sunnah yang dijamin oleh Allah dan Rasul-Nya sebagai Golongan yang selamat. 


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

 “Aku berwasiat kepada kamu untuk mengikuti sahabat-sahabatku, kemudian mengikuti orang-orang yang datang setelah mereka, kemudian mengikuti yang datang setelah mereka.”  Dan termasuk rangkaian hadith ini: “Tetaplah bersama al-Jama’ah dan jauhi perpecahan karena syaitan akan menyertai orang yang sendiri.   Dia (syaitan) dari dua orang akan lebih jauh, maka barang siapa menginginkan tempat lapang di Syurga hendaklah ia berpegang teguh pada al-Jama’ah.”

[Imam Tirmizi,  Imam Al-Haakim - sahih]


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

 “Sesungguhnya barang siapa di antara kalian yang masih hidup setelahku, niscaya akan mendapati banyak perselisihan.  Maka berpegang teguhlah kepada sunnahku dan sunnahnya Khulafa-Al- Rasyidin.” 

[Imam Ahmad, Imam Abu Dawud ]


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

“Telah terpecah orang-orang yahudi menjadi tujuh puluh satu golongan dan terpecah orang Nasara menjadi tujuh puluh dua golongan.  Dan akan terpecah ummatku menjadi tujuh puluh tiga golongan.  Semuanya dalam Neraka, kecuali satu golongan. Para sahabat bertanya: Siapakah mereka, wahai Rasulullah? Baginda bersabda:  Mereka adalah orang yang berdiri di atas apa yang aku dan para sahabatku berdiri di atasnya.” 

[mam Abu Daud ]


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

“Yang dimaksudkan dengan sunnah adalah apa yang diajarkan oleh Rasulullah ﷺ (meliputi ucapan, perilaku serta ketetapan Baginda).  Sedangkan yang dimaksudkan dengan pengertian “Jama’ah” adalah sesuatu yang telah disepakati oleh para sahabat Nabi ﷺ pada masa _Khulafa’ Al-Rasyidin_ yang empat yang telah diberi Hidayah oleh Allah SWT.” 

[Al-Ghunyah Li Talibi Toriqail Haqq]


Rumusan keseluruhannya adalah:

Kitab Allah dan Sunnah Nabi sahaja tanpa Mursyid Pewaris Nabi yang menjadi “Wakil Allah” di atas muka bumi,  manusia akan terpesong dari jalan kebenaran.  Mereka akan dipesongkan oleh nafsu jahat,  bisikan syaitan, makhluq (Ulama jahat, pemerintah fasiq) dan dunia.


Bersambung siri  398 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 396


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....



Dalil 23 :  Kitab dan Sunnah Tanpa “Wakil Allah”, Manusia Akan Menjadi Sesat


Kitab dan Sunnah Nabi tanpa “Wakil Allah” yang benar-benar Arif mengenal Allah, akan menyebabkan manusia terpesong dari Jalan Benar, iaitu mereka akan terpesong dari Jalan Allah dan Rasul-Nya yang sebenar. 


Sejarah Ummat terdahulu membuktikan hal ini.  Manusia yang asalnya beriman, berpaling dan menjadi kafir sebaik sahaja Nabi mereka wafat. Sehingga apabila kesesatan dan kekafiran telah merata atas dunia, maka Allah Ta’ala Utuskan lagi seorang Rasul untuk kembalikan mereka kepada Tauhid. Demikian zaman berputar dan berulang lagi keadaan yang sama.  Utusan Allah silih berganti dizahirkan untuk selamatkan manusia sepanjang zaman. 

 

Persoalan terpenting di sini:

Mengapakah mereka menjadi sesat dan kafir meskipun di tangan mereka wujud Kitab Allah dan Sunnah Nabi mereka?  Rahsia terpenting untuk dijadikan renungan di sini adalah:


Kewujudan “Wakil Allah” yang bersifat _Rabbani_ adalah suatu ketentuan Allah yang pasti bagi keselamatan manusia.  Tanpa “Wakil Allah” ini manusia pasti sesat menuruti nafsu dan iblis.  Tanpa mereka manusia akan mentafsirkan Kitab Allah berdasarkan pendapat aqal mereka atau menurut hawa nafsu dan bisikan syaitan. 


Hal yang sama berlaku setelah kewafatan Rasulullah ﷺ.  Orang-orang Islam berpecah-pecah menjadi fasiq, sesat atau kafir.  Wal Iyazubillah.  Mereka mentafsirkan Al-Qur’an dan hadith menurut nafsu dan bisikan syaitan. Mereka campur adukkan Islam dengan falsafah-falsafah kafir dan menerbitkan Ilmu Ketuhanan yang batil.  Orang-orang bergelar “Ulama” menjual Ayat-ayat Allah dengan harga yang murah demi mendapatkan dunia yang hina. 


Penguasa-penguasa menjadi zalim dan fasiq.  Mereka menggantikan Undang-undang Allah dengan undang-undang yang dicipta oleh “Ulama-ulama” jahat.  Mereka menamakannya “Undang-undang Islam” tetapi mereka sendiri mentadbir mengikut selera nafsu mereka.  Mereka habiskan wang rakyat dengan minum arak, perempuan dan muzik. 


Bersambung siri  397 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 395


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....



Dalil 22 :  Kewujudan “Wakil Allah” Adalah Kemestian:

sambungan.....



Berkata Al Imam Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

Para ulama (Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq) adalah hamba-hamba Allah yang memiliki kedudukan istimewa, yang Allah Pilih sebagai Pelita Agama-Nya.  Allah Menganugerahi petunjuk kepada mereka dengan berbagai kelebihan dan keutamaan.  Mereka adalah Pewaris para Nabi, pengganti mereka, dan Pemimpin kaum muslimin, sebagaimana Sabda Nabi  ﷺ :  “Ulama adalah Pewaris para Nabi kerana ilmu yang mereka miliki.  Penduduk langit mencintai mereka, dan bahkan para penghuni lautan pun memohon ampunan untuk mereka hingga Hari Qiamat.” [Imam Ad-Dailami].

[Tamat nukilan -- Sirrul Asrar]


Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu:

"Dan sebelum Rasulullah  ﷺ  wafat, Baginda telah menetapkan para Khalifah sebagai wakil Baginda untuk menunjukkan manusia ke Jalan Allah. Begitulah seterusnya sampai hari Qiamat. Oleh kerana itu, seorang Salik (hamba Allah yang menempuh jalan Ma'rifat dengan pimpinan Mursyid) mutlak memerlukan seorang Mursyid.”

[Khulasah at-Tasaniff Fit-Tasawwuf]


Maksud di sini: 

Setelah kewafatan Rasulullah ﷺ, akan tetap wujud “Wakil Allah” yang menyeru manusia kepada Tauhid, menyucikan batin mereka daripada kesyirikan (syirik khafi) melalui Zikrullah serta Mujahadah sungguh-sungguh pada Jalan-Nya sehingga manusia benar-benar mencapai Keimanan sejati.  Mereka ini yang dikenali sebagai Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq atau Ahli Sufi atau Ahli Ma’rifat.  Merekalah Khalifah Rasulullah ﷺdi dalam erti kata yang sebenar. 


Setiap Muslim wajib mencari Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq ini, pegang kepada mereka sungguh-sungguh dan berjuang bersama mereka, kerana mereka adalah Pewaris Nabi yang Benar, yang memimpin manusia kepada Allah Ta’ala dengan selamat.  


Mereka tiada kepentingan apa pun pada dunia ini.  Mereka menjauhkan diri dari semua bentuk dunia politik kotor dan keji yang sudah berleluasa di atas muka bumi.  Mereka bukan pengampu yang menagih dunia yang hina.  Mereka BUKAN pendusta yang mengubah-ubah Ayat Allah mengikut hawa nafsu.  Sebaliknya mereka hamba-hamba Allah yang benar-benar Taqwa dan takut kepada Allah.  Pada setiap saat mereka memandang wajah Allah dan di dalam Pimpinan Ruhaniyah Rasulullah ﷺ.


Bersambung siri  396 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 394


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....


Dalil 22 :  Kewujudan “Wakil Allah” Adalah Kemestian:

sambungan.....



Jawapannya:

Mereka adalah Ulama Warisatul-Anbiya’ yang kemudian dikenali sebagai Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq atau disebut Ahli Sufi atau Ahli Ma’rifat.  Hal ini sudah pun dihuraikan pada Fasal Fakta Mursyid yang Siddiq.  Sila rujuk dan fahami baik-baik untuk elakkan kekeliruan. 


Memang benar, menurut ketentuan Allah Ta’ala, Junjungan Rasulullah ﷺ adalah Rasul terakhir, namun yang dimaksudkan dengan sebutan “Rasul terakhir” adalah “Wakil Allah” yang membawa Syari’at baru.  Adapun “Wakil Allah” yang bersifat Rabbaniyyah tanpa Syari’at baru, akan tetap di-Zahirkan oleh Allah Ta’ala sampai Hari Qiamat.  Mereka inilah yang digambarkan oleh Allah sebagai “Pilihan Allah”. Ertinya Allah Ta’ala yang memilih mereka menjadi “Wakil Allah” atas muka bumi dan sebagai “Pewaris Nabi” yang akan memimpin manusia kepada Ketuhanan.  Perhatikan baik-baik Kalam Allah berikut dan tafsirannya Ulama Terulung Ahlus Sunnah:


Firman Allah:


ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ


“Kemudian Kami jadikan Al-Kitab (Al-Quran) itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami Pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengendahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah.  Yang demikian itu ialah limpah Kurnia yang besar (dari Allah semata-mata).”

[Faathir (35) : Ayat 32]


Berkata Sulton Auliya Imam Jilani Radhiallahu 'Anhu:

“Orang-orang yang berilmu dan hikmah ( Mursyid - Ahli Sufi - Ahli Ma'rifat) adalah hamba Allah yang sejati yang dipilih-Nya untuk menerima  “Risalah-Risalah dari pengajaran-Nya”.  Allah Ta'ala Melimpahkan mereka ilmu dan hikmah dan dengan ilmu hikmah itulah mereka menjadi manusia yang lebih tinggi darjatnya dari manusia lain.  Mereka berhubung dengan Nabi melalui perasaan yang halus dan dengan aqal yang bijaksana  (Kehalusan Ma’rifat atau disebut juga kasyaf Ilahiyyah).  Allah memuji mereka yang memiliki ilmu Hikmah dengan Firman-Nya :


ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ

[Tamat petikan kitab :  Sirrul-Asrar Fi-ma-Yahtaju Iyahil-Abrar]


Firman Allah:


يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬‌ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٌ۬

"Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan."

[Al-Mujadilah (58) : Ayat 11]


Bersambung siri  395 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 393


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....


Dalil 20 :  Fatwa Imam Asy-Sya’rani Radhiallahu 'Anhu:


“Jika jalan kaum Sufi (Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq) dapat dicapai dengan pemahaman tanpa bimbingan seorang Shaikh, nescaya orang seperti Al-Ghazali dan Shaikh Izzuddin Abdus-Salam tidak perlu berguru kepada seorang Shaikh (mursyid).  Sebelum memasuki dunia Tasawwuf, keduanya pernah mengatakan, “ Setiap orang mengatakan ada jalan memperoleh ilmu selain apa yang ada pada kami, maka ia telah membuat kebohongan kepada Allah.” Akan tetapi setelah memasuki dunia Tasawwuf keduanya berkata, “Sungguh kami telah mensia-siakan umur kami dalam sia-sia dan hijab.”   Dan akhirnya kedua mereka mengakui Jalan Tasawwuf ahli Sufi sebagai jalan terbaik menuju Allah.” 

[Lataif Al-Minan]



Dalil 21 :  Fatwa Imam Ibn Hajar Asqolani Radhiallahu 'Anhu:


Wafatnya Nabi ﷺ, memberi isyarat terhentinya "wahyu" kepada Rasul yang membawa Syari'at baharu.  Tetapi bukan "wahyu" tanpa Syari'at yang akan berterusan sehingga Hari Qiamat. 

[Fathul Bari] 



Dalil 22 :  Kewujudan “Wakil Allah” Adalah Kemestian:


Manusia memerlukan “Wakil Allah” atau “Utusan Allah” untuk menunjukki Jalan lurus dan Agama yang benar.  Manusia pada setiap zaman memerlukan “Wakil Allah” yang bersifat Rabbaniyyah (bersifat Ketuhanan yang sudah mengenal Allah), ini untuk manusia mengenal Allah dan melakukan Ubudiyyah kepada-Nya sesuai dengan Kehendak-Nya. 


Ini kerana asalnya tiada siapa pun mengenal Allah, tiada manusia mana pun tahu wujudnya Allah yang wajib disembah.  Kalaupun mereka sedar wujud suatu Kuasa Besar Yang Maha Perkasa yang menguasai sekalian alam, mereka tak ada pengetahuan berkenaan cara menyembah-Nya sehingga akhirnya mereka menyembah patung, matahari, bulan, bintang dan lain-lain sesuai dengan bisikan yang wujud dalam hati mereka. 


Sesuai dengan Ilmu dan Kehendak-Nya, Allah Ta’ala Mengirimkan Utusan-Nya, iaitu sekalian Rasul dan Nabi silih berganti untuk menunjukki manusia “Jalan Lurus”, “Jalan Benar”, “Jalan Suci” yang akan menyelamatkan mereka daripada ‘Azab Allah. Sehingga akhirnya dikirimkan Utusan Teragung Sayyidina Maulana Muhammad Mustafa ﷺ ke muka bumi sebagai Rasul terakhir bagi menyelamatkan manusia seluruhnya.  Ketika telah sempurna tugas Baginda di atas muka bumi, maka Baginda dijemput Kembali oleh Allah Ta’ala ke Sisi-Nya. 


Tetapi persoalan meruncing di sini adalah:

Manusia tetap memerlukan Pemimpin Rabbaniyyah_yang bersifat Ketuhanan yang sentiasa berhubung dengan Allah dan Rasul-Nya.  Manusia tetap memerlukan “Wakil Allah” atau disebut “Utusan Allah” yang menunjukki manusia kepada kebenaran dan kesucian.  Tanpa pemimpin seperti ini manusia akan menjadi sesat sebagaimana telah terjadi sebelumnya.  Iaitu ketika wafatnya seorang Rasul, maka manusia Kembali menjadi sesat dan kafir.  Sejarah membuktikan setiap kali terjadi kewafatan seorang Rasul, maka manusia Kembali menjadi penyembah berhala sehingga Allah Ta’ala menurunkan seorang Rasul lain bagi menunjukki jalan Tauhid dan menarik manusia keluar daripada kekafiran.  Dengan demikian kewujudan seseorang “Wakil Allah” atau “Utusan Allah” di atas muka bumi adalah suatu kemestian sepanjang zaman sampai Qiamat. 


Persoalannya lagi :  Siapakah mereka?


Bersambung siri  394 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 392


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....



Dalil 17 :  Fatwa Imam Al-Ghazali Radhiallahu 'Anhu

“Bergabung dengan kalangan Sufi (Mursyid Pewaris Nabi) adalah fardhu ‘ain. Sebab tidak seorang pun terbebas dari ‘aib atau kesalahan kecuali para Nabi.” 

[Khulasah At-Tasannif fi-Tasawwuf]


Beliau berkata lagi:

“Di antara hal yang wajib bagi seorang salik yang menempuh jalan kebenaran adalah dia wajib mempunyai seorang Mursyid dan pendidik keruhanian yang dapat memberinya petunjuk dalam perjalanannya serta melenyapkan akhlaq-akhlaq yang tercela dan menggantinya dengan akhlaq-akhlaq yang terpuji.” 

[Ihya Ulumuddin]


Berkata Imam Ghazali lagi:

"Jalan Agama sangatlah samar, (tak dapat bezakan haq dan batil) dan jalan-jalan syaitan sangat banyak dan jelas (terbuka luas untuk dimasuki oleh siapa sahaja).  Oleh kerana itu, jika seseorang yang tidak mempunyai Shaikh yang membimbingnya, maka pasti syaitan akan menggiringnya (memimpinnya) menuju jalannya (kepada kesesatan).  Barangsiapa berjalan di jalan yang berbahaya tanpa petunjuk, maka dia telah menjerumuskan dan membinasakan dirinya.

[Ihya Ulumuddin]



Dalil 18 :  Fatwa Imam Fakhruddin Ar-Razi Radhiallahu 'Anhu:

“Seorang murid tidak memiliki jalan untuk sampai ke maqam-maqam  Hidayah (Iman, Taqwa, Tauhid  yang murni)  dan Mukasyafah, kecuali dia mengikuti Mursyidnya yang menunjukkannya ke jalan yang lurus serta menghindarkannya dari titik-titik kesalahan dan jalan yang sesat.” 

[Tafsir Mafatih Al-Ghaib]


Dalil 19 :  Fatwa Imam Ath-Tayyibi  Radhiallahu 'Anhu

“Tidak patut bagi seorang yang alim – meskipun dia memiliki ilmu pengetahuan yang luas, sehingga dia menjadi salah seorang cendikiawan pada masanya – untuk merasa puas dengan apa yang diketahuinya.  Yang wajib baginya adalah bergabung dengan para Ahli Toriqat Sufiyyah, agar mereka menunjukki jalan yang lurus.  Sehingga dia menjadi salah seorang yang diajak berbicara oleh Allah di dalam hati mereka kerana kesucian batin mereka, dan dibebaskan dari sifat-sifat tercela.

[Hasyiah Al-Kasyaf]


Bersambung siri  393 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 391


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....



Dalil 16  :  Fatwa Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu 'Anhu

“Takabbur, kemunafikan dan ego, adalah panah syaitan yang tertuju pada hati kamu.  Kamu perlu siapkan satu strategi mempertahankan diri dari serangan-serangan ini.  Formula strategi tersebut telah diterangkan dan telah dibuktikan oleh Mashaikh (guru-guru Mursyid terdahulu). Kamu perlu mendengar baik-baik arahan mereka dan mematuhinya.  Mereka akan pimpin kamu pada Jalan Allah kerana mereka telah pun melalui jalan tersebut.  Mintalah pada mereka nasihat-nasihat berkenaan nafsu-nafsu (yang rendah dan jahat), dan kelemahan-kelemahan lainnya, kerana mereka juga pernah mengalami kesulitannya dan menghadapi kesan akibat darinya.  Mereka sangat sedar dan mengetahui bahaya dan ancaman dari nafsu-nafsu kejahatan.  Mereka telah menempuh jalan yang panjang memerangi (nafsu-nafsu tersebut) dengan demikian mereka boleh menghalang, mengawal dan mengalahkan semua kejahatan itu.”

[Fathur-Rabbaniy Wa Faid ar -Rahmaniy]



Berkata beliau lagi:

“Seseorang tidak dapat dikatakan Sufi (Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq) sehingga dia sampai ke Maqam di mana dia di-Anugerahi pandangan kepada Rasulullah ﷺ di dalam mimpinya dan diberi arahan dan tegahan.  Jika keadaan ini terjadi maka hatinya akan dinaikkan ke Maqam lebih tinggi serta disucikan batinnya.  Beliau seterusnya akan memperoleh kehampiran dengan Allah Ta’ala sementara tangannya di dalam pimpinan tangan Rasulullah ﷺ .” 

[Sirrul Asrar]


Berkata beliau lagi:

"Hati adalah ladang akhirat.  Tanamlah benih Keimanan dalam hati kamu. Sirami dan bajai ia dengan amal-amal kebajikan yang berterusan.  Jika hati kamu baik, suci bersih dan teguh, ianya akan subur dan menghasilkan tuaian yang sangat banyak.  Sebaliknya jika hati kamu keras dan degil, ruh kamu  menjadi tandus , kering kontang dan tiada tanaman mampu tumbuh atasnya.  Pelajarilah ilmu pertanian dari "peladang" yang mahir, iaitu  Mursyid pewaris Nabi yang Siddiq.  Jangan kamu fikir pendapat kamu itu sudah cukup (sedang kamu jahil tentang ilmu pertanian).  Rasulullah ﷺ telah berwasiat, "Mohonlah pertolongan pada setiap pekerjaan dari pakarnya."

[Fathur-Rabbaniy Wa Faidur -Rahmaniy]


Bersambung siri  392 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 390


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....



Dalil 14: Sabda Rasulullah ﷺ

“Dan sesungguhnya seorang ‘alim (Sohibul Ilm, atau Alim Billah, Ahli Ma'rifat) itu, akan memohonkan ampun baginya penduduk langit dan bumi, dan juga ikan dalam air.” 

[Imam Ahmad, Imam Abu Dawud]


Penjelasan:

Menurut tafsiran Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu, yang dikehendaki dengan kalimah "orang berilmu", "orang alim", "orang mu'min" di dalam ayat Al-Qur'an dan Hadith Rasulullah ﷺ di atas adalah ditujukan kepada para Auliya Allah yang telah mencapai Ma'rifat yang tinggi dan mengenal Allah dengan pengenalan yang sempurna.  Ikan di lautan, dan semut di sarang mengenali mereka dan mendoakan kebaikan untuk mereka. 



Dalil 15: Sabda Rasulullah ﷺ

"Jadikan dirimu itu berserta Allah, jika engkau tak Kuasa berserta Allah, maka jadikanlah dirimu berserta dengan orang yang berserta Allah, maka sesungguhnya dia menyampaikan akan kamu kepada Allah."

[Imam Abu Daud]


Penjelasan:

Menurut Tafsiran dan Syarah Al-Arif Billah Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu Anhu: 

Yang dimaksudkan dengan “orang yang berserta Allah” adalah hamba-hamba Pilihan Allah yang telah Di-Angkat oleh Allah ke Maqam yang tinggi di Sisi-Nya, sebagaimana Firman-Nya:


يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬‌ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٌ۬


"Allah Meninggikan Darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang Di-Beri Ilmu Pengetahuan Agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan.”

[Al-Mujadilah (58) : Ayat 11]


Iaitu dikenali sebagai Maqam Quddus (kesucian hati dan ruh yang sempurna), Maqam Ma’rifat (Tauhid yang sempurna, jauh dari segala macam syirik khafi, mazmumah, ghaflah, aghyar), Maqam Mukasyafah (Terbuka hati dan ruh dan Sirriyah kepada Ketuhanan), Maqam Taqwa (ketundukan yang sempurna), Maqam Ihsan (Ubudiyyah yang sempurna). 


Merekalah Pewaris Nabi yang Muhaqqiq, yang benar, yang benar-benar layak memimpin manusia kepada Allah Ta’ala.  Hadith Rasulullah ﷺ ini memerintahkan orang-orang beriman mencari Pewaris Nabi yang Siddiq dan berserta dengan mereka.  Mudah-mudahan mereka memperoleh hati yang benar-benar suci bersih menghadap Allah Zahir dan Batin. 


Sesungguhnya Hadith Rasulullah ﷺ ini adalah penguat kepada Perintah Allah yang Memerintah agar semua orang beriman berserta dengan orang yang Siddiq.   وَكُونُواْ مَعَ ٱلصَّـٰدِقِينَ


Bersambung siri 391 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 389


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....



Dalil 11: Sabda Rasulullah ﷺ

“Dahulu kaum Bani Isra’il dipimpin oleh para Nabi.  Setiap seorang Nabi meninggal dunia, maka diganti seorang Nabi lainnya.  Maka sesungguhnya tidak ada Nabi yang menggantikan setelah aku meninggal dunia, namun yang menggantikanku adalah khalifah-khalifah. Maka mereka banyak mempunyai pengikut-pengikut”.  Sahabat bertanya, “Wahai Rasul apa yang engkau perintahkan pada kami?”  Rasulullah ﷺ menjawab, “laksanakan ba'iat seperti ba'iat pertama kali di hadapan mereka dan tunaikan hak-hak mereka, kalian mintalah kepada Allah yang menjadi bahagian kalian, kerana Allah Ta’ala akan bertanya tentang apa yang mereka pimpin.” 

[Imam Bukhari, Imam Muslim]



Dalil 12: Sabda Rasulullah ﷺ

"Tidak akan masuk Neraka seorang muslim yang telah melihat dia akan daku.  Dan tiada pula masuk Neraka, mereka yang melihat ia akan orang yang melihat ia akan daku sehingga 70 lapisan wasitah sekalipun.  Maka sesungguhnya mereka itulah khalifah-khalifahku (Pewarisku) pada menyampaikan Syari'atku dan memimpin Ummatku pada Jalan Ketuhanan dan ubudiyyah yang sebenar.  Dengan syarat mereka tetap pada Syari'atku."  

[Imam Khatib daripada Abdur-Rahman bin Uqbah]



Dalil 13: Sabda Rasulullah ﷺ

“Sesungguhnya Allah dan Malaikat, penghuni langit serta bumi sehinggakan semut yang berada di dalam lubangnya dan ikan-ikan (di lautan) solawat (berdoa) ke atas Orang Alim (Alim Billah) yang mengajar kebaikan kepada manusia.” 

[Imam Tirmizi]


Bersambung siri 390 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 388


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....



Dalil 10: Firman Allah:

sambungan.....


Penjelasan Tambahan ke-4: Allah Ta’ala Melarang duduk berserta orang yang lalai dari Zikrullah.


Sekali lagi peringatan ini adalah kepada Ummat Islam.  Mereka dilarang duduk berserta dengan manusia yang lalai hatinya dari Zikrullah dan mereka yang disibukkan dengan mengejar pangkat, kedudukan dan dunia yang hina kerana mereka akan menarik kamu kepada kefasikan, kezaliman dan kesesatan. 



Penjelasan Tambahan ke-5: Keunggulan dan Kemenangan Ummat Islam adalah Iman – Tauhid – Ma’rifat


Keunggulan dan Keagungan Islam BUKAN datang dari harta kekayaan, ekonomi, politik dan kebendaan dunia yang hina, tetapi sebaliknya ia datang dari Keimanan dan Ketaqwaan.  Hanya mereka yang benar-benar bertaqwa akan mencapai kemenangan dunia Akhirat.  Adapun mereka yang hanya memakai “label Islam” sedangkan jiwa mereka dipenuhi dengan kecintaan kepada dunia, pangkat, kedudukan tidak sesekali mencapai kemenangan.  Sebaliknya mereka akan menemui kehinaan.  Wal Iyazubillah.


Buktinya jelas menerusi ayat ini:

Ketika orang kafir Quraisy yang kaya-raya dan berpangkat menawarkan diri untuk membangunkan Islam dengan cara mendampingi Rasulullah ﷺ dan singkirkan Sahabat-sahabat Baginda ﷺ yang miskin dan sangat dhaif dari sudut kebendaan…. Ketika itu juga Allah Ta’ala menurunkan Perintah-Nya supaya tetap Bersama “Ahli Zikir” iaitu para Sahabat Baginda ﷺ – menunjukkan keunggulan dan kejayaan yang hakiki adalah Keimanan dan Ketaqwaan dan BUKAN harta, pangkat dan kedudukan.



Penjelasan Tambahan ke-6: Majlis Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq adalah Majlis yang Di-Redhai Allah.


Setiap Majlis Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq adalah Majlis yang Di-Redhai Allah.  Setiap Majlis mereka Di-Liputi Rahmat Allah kerana mereka mengikuti jejak Langkah Rasulullah ﷺ dan para Sahabat Baginda ﷺ yang terpilih. 


Dalilnya di dalam ayat ini: 

Allah Ta’ala Memuliakan para Sahabat _Ridhwanullah Alaihi Ajmain_ yang berhimpun untuk berzikir kepada Allah, sehingga Baginda ﷺ Di-Perintah duduk dan sabar berserta mereka.  Maka bersabda Baginda ﷺ: “Segala Puji bagi Allah yang belum mematikanku hingga Memerintahkan kepadaku agar bersabar dengan orang-orang dari Ummatku, Bersama-Mu di dalam kehidupan dan Bersama-Mu di dalam kematian.”



Penjelasan Tambahan ke-7: Setiap Muslim wajib berpegang kepada Mursyid yang Siddiq


Sekali lagi kami tegaskan, Perintah Allah ini menjadi bukti kewajipan setiap Muslim berpegang kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, berserta dengan mereka dan sabar agar mereka mencapai kejayaan.


Semasa hayat Rasulullah ﷺ, Baginda ﷺ adalah Pemimpin kepada Ummat Islam.  Setelah kewafatan Rasulullah ﷺ, para Sahabat Ridhwanullah Alaihi Ajmain menggantikan Baginda ﷺ di dalam urusan mendidik dan memimpin Ummat Islam kepada Allah dengan selamat.  Setelah kewafatan Sahabat Ridhwanullah Alaihi Ajmain, Amanah ini berpindah kepada sekalian Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq. 


Pengajaran terpenting di sini adalah: Setiap orang Islam wajib berserta dengan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, demi keselamatan Agama mereka.  Ini kerana hanya Mursyid yang Siddiq mengenal Allah dengan sebenarnya dan di dalam Pimpinan Allah dan Rasul-Nya.  Hanya mereka diberi kemampuan untuk kekal berzikir ingat Allah dan mendirikan ubudiyyah sepanjang masa.


Bersambung siri 389 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

Tuesday, April 28, 2026

SIRI 387


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....



Dalil 10: Firman Allah:

sambungan.....



Penjelasan Tambahan ke-2: Allah Melarang Ummat Islam Berpaling dari Ahli Zikir


Allah Melarang Rasulullah ﷺ berpaling dari mereka (Ahli Zikir).

Meskipun ia merupakan teguran kepada Rasulullah ﷺ namun ianya merupakan Peringatan dan Amaran kepada Ummat Islam seluruhnya.  Iaitu i’tibar kepada Ummat Islam agar jangan sekali-kali memandang rendah atau menghina “Ahli Zikir”.  Dan jangan berpaling dari mereka semata-mata kerana mengharap perhiasan dunia. 


Maksud “Ahli Zikir” pada zaman kemudian daripada kewafatan Rasulullah ﷺ, sebagaimana kami jelaskan sebelum ini adalah sekalian Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, yang sentiasa menyeru kepada Allah pagi-pagi dan petang-petang dan sentiasa di dalam keadaan ubudiyyah zahir batin.  Tiada yang mampu melakukan semua ini melainkan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq yang Di-Kurniakan oleh Allah keistimewaan di Sisi-Nya. 



Penjelasan Tambahan ke-3: Jangan muliakan seseorang kerana kekayaannya


Jangan muliakan seseorang kerana kekayaan, pangkat atau kedudukannya.

Perintah Allah ini juga dengan jelas melarang keras orang beriman memuliakan seseorang kerana kekayaannya atau pangkatnya atau kedudukannya di dalam masyarakat.  Apa lagi mereka yang jelas kekafirannya menentang Allah dan Rasul-Nya.   


Pemimpin-pemimpin Quraisy yang kaya-raya dan mempunyai kedudukan menemui Nabi ﷺ dan minta Baginda ﷺ mengusir Ahlus-Suffah, supaya mereka (kafir Quraisy) dapat mendekat kepada Nabi ﷺ dan dengan itu boleh menarik lebih ramai orang Quraisy masuk Islam.  Tawaran yang kelihatan menarik. Logik aqal mengatakan memang patut menerima tawaran orang kafir itu kerana boleh membawa kemajuan kepada Ummat Islam.  Tetapi Allah Ta’ala melarang keras mengikuti permintaan orang kafir Quraisy demikian. 


Sebaliknya Allah Ta’ala Memuliakan “Ahli Zikir”, iaitu di dalam ayat ini yang dimaksudkan adalah para Sahabat Baginda ﷺ yang dhaif dan miskin yang tinggal di suatu sudut Masjid Nabi ﷺ untuk berzikir dan ubudiyyah terus-menerus kepada Allah Ta’ala.  Meskipun mereka hanya orang-orang yang miskin, dhaif dan tidak terkenal di dunia, namun Allah Ta’ala Muliakan mereka.  Mereka adalah hamba-hamba Allah yang sangat tinggi dan istimewa di Sisi Allah.  


Bersambung siri 388 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 386


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 




بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....



Dalil 10: Firman Allah:

sambungan.....


Persoalan penting di sini:


Siapakah yang dimaksudkan oleh Allah Ta’ala dengan “orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi-pagi dan petang hari dengan mengharap Keredhaan-Nya?”. 

Iaitu mereka adalah “Ahli Zikir”.


Siapakah yang dimaksudkan dengan “Ahli Zikir” ini?

Adakah yang dimaksudkan dengan “Ahli Zikir” ini orang awam?

Adakah kerana dia seorang pendeta Agama?

Atau (pada zaman ini) kerana dia yang mempunyai gelaran “Ulama, Kiyai, PhD, Profesor dan sebagainya?”


Jawabnya:  

Mereka yang dimaksudkan sudah tentu Rasulullah ﷺ sendiri dan para Sahabat yang Baginda ﷺ didik sehingga menjadi Ahli Ma’rifat, Ahli Taqwa, Ahli Mukasyafah yang bertauhid kepada Allah Ta’ala tanpa syirik apa pun dalam hati mereka.  Dan kemudian diikuti oleh Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, yang benar-benar mengikuti jejak Langkah Rasulullah ﷺ dan Sahabat Ridhwanullah Alayhi Ajma’in.  Inilah “Ahli Zikir” yang dimaksudkan di dalam Perintah Allah ini, yang mereka itu memperoleh Pujian dan Kemuliaan di Sisi Allah.


Menurut Asbabun-Nuzul (sebab turunnya Perintah Allah ini), “Ahli Zikir” yang dimaksudkan adalah: Sayyidina Salman Al-Farisi Radhiallahu Anhu

 dan Sahabat lain dari kalangan Ahlus-Suffah.  Mereka habiskan masa mereka dengan Zikrullah dan Ubudiyyah kepada Allah Ta’ala pagi dan petang (sepanjang masa atau sentiasa).  Walau bagaimanapun maksud umumnya adalah sekalian Sahabat Baginda ﷺ yang mulia dan Pewaris Rasulullah ﷺ yang mengikut jejak langkah mereka di dalam Keimanan dan Ketaqwaan.  Merekalah “Ahli Zikir” dan “Ahli Ubudiyyah”.


Ummat Islam Di-Perintah duduk berserta “Ahli Zikir”, iaitu sekalian Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq serta Majlis-majlis mereka.  Dan jangan sesekali hina mereka kerana mereka adalah hamba-hamba Pilihan Allah yang sentiasa berzikir kepada Allah dengan penuh ikhlas semata-mata mengharap Wajah Allah.


Bersambung siri 387 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 450 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ...