SIRI 387
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama
sambungan.....
Dalil 10: Firman Allah:
sambungan.....
Penjelasan Tambahan ke-2: Allah Melarang Ummat Islam Berpaling dari Ahli Zikir
Allah Melarang Rasulullah ﷺ berpaling dari mereka (Ahli Zikir).
Meskipun ia merupakan teguran kepada Rasulullah ﷺ namun ianya merupakan Peringatan dan Amaran kepada Ummat Islam seluruhnya. Iaitu i’tibar kepada Ummat Islam agar jangan sekali-kali memandang rendah atau menghina “Ahli Zikir”. Dan jangan berpaling dari mereka semata-mata kerana mengharap perhiasan dunia.
Maksud “Ahli Zikir” pada zaman kemudian daripada kewafatan Rasulullah ﷺ, sebagaimana kami jelaskan sebelum ini adalah sekalian Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, yang sentiasa menyeru kepada Allah pagi-pagi dan petang-petang dan sentiasa di dalam keadaan ubudiyyah zahir batin. Tiada yang mampu melakukan semua ini melainkan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq yang Di-Kurniakan oleh Allah keistimewaan di Sisi-Nya.
Penjelasan Tambahan ke-3: Jangan muliakan seseorang kerana kekayaannya
Jangan muliakan seseorang kerana kekayaan, pangkat atau kedudukannya.
Perintah Allah ini juga dengan jelas melarang keras orang beriman memuliakan seseorang kerana kekayaannya atau pangkatnya atau kedudukannya di dalam masyarakat. Apa lagi mereka yang jelas kekafirannya menentang Allah dan Rasul-Nya.
Pemimpin-pemimpin Quraisy yang kaya-raya dan mempunyai kedudukan menemui Nabi ﷺ dan minta Baginda ﷺ mengusir Ahlus-Suffah, supaya mereka (kafir Quraisy) dapat mendekat kepada Nabi ﷺ dan dengan itu boleh menarik lebih ramai orang Quraisy masuk Islam. Tawaran yang kelihatan menarik. Logik aqal mengatakan memang patut menerima tawaran orang kafir itu kerana boleh membawa kemajuan kepada Ummat Islam. Tetapi Allah Ta’ala melarang keras mengikuti permintaan orang kafir Quraisy demikian.
Sebaliknya Allah Ta’ala Memuliakan “Ahli Zikir”, iaitu di dalam ayat ini yang dimaksudkan adalah para Sahabat Baginda ﷺ yang dhaif dan miskin yang tinggal di suatu sudut Masjid Nabi ﷺ untuk berzikir dan ubudiyyah terus-menerus kepada Allah Ta’ala. Meskipun mereka hanya orang-orang yang miskin, dhaif dan tidak terkenal di dunia, namun Allah Ta’ala Muliakan mereka. Mereka adalah hamba-hamba Allah yang sangat tinggi dan istimewa di Sisi Allah.
Bersambung siri 388 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment