■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
SIRI 71 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.12 Dosa Besar ke -11: Jahat sangka kepada orang lain
sambungan....
Contoh Jahat Sangka:
Sesungguhnya terlalu banyak contoh2 untuk diperkatakan mengenai jahat sangka yang berlaku di kalangan masyarakat Muslim. Ia boleh terjadi di rumah di kalangan keluarga sendiri atau di pejabat atau jalanan bahkan di mana saja wujud komuniti manusia akan terjadi jahat sangka ini.
Berikut adalah beberapa contoh mudah yang boleh dijadikan panduan:
(1) Kamu melihat kawan kamu dari jauh. Dari jauh kelihatan dia sedang memegang botol, pada pandangan kamu kelihatan seperti "botol arak". Tubuh dia bergoyang2 "seperti orang mabuk". Lalu kamu membuat andaian bahawa kawan kamu minum arak. Ini adalah jahat sangka yang membawa dosa besar.
Oleh kerana kawan kamu berdiri jauh, maka pandangan kamu kabur, boleh jadi kawan kamu cuma memegang botol biasa. Kandungannya air biasa. Nampak tubuhnya goyang2 seperti kemabukan mungkin sebab dia penat. Atau mungkin juga dia pening. Atau berbagai kemungkinan lagi. Dengan demikian menghukumnya sebagai jahat semata2 atas andaian ini adalah jahat sangka.
(2) Hasnah melihat kawannya sedang duduk berdua2an dengan lelaki, lalu datang sangkaan kawannya itu keji, maka ini jahat sangka. Boleh jadi lelaki tersebut saudaranya.
(3) Fahmi ingin meminjam wang dari Hariri. Hariri menjawab dia tak ada duit. Tak lama kemudian Fahmi melihat Hariri pergi bank dan keluarkan duit yang banyak. Pada sangkaan Fahmi, kawannya telah menipunya. Maka ini jahat sangka. Boleh jadi wang yang dikeluarkan oleh Hariri adalah wang Majikannya atau wang orang lain yang diwakilkan.
(4) Pak Imam melihat seorang pemuda sedang pegang hp lama2 di Masjid, lalu Pak Imam berkata dalam hati : "budak ni main game di dalam Masjid pulak dah". Ini jahat sangka. Boleh jadi anak muda itu sedang hafal ayat Qur'an. Atau sedang hafal suatu doa. Atau sedang kirimkan sesuatu kepada ibu bapanya. Wallahu A'lam. Kita tak tahu, jadi jangan mudah jahat sangka walaupun kamu Imam Masjid atau penjaga Masjid.
(5) Ahli Jemaah di Masjid melihat seseorang jarang datang ke Masjid tiba2 masuk Masjid dengan memakai jubah dan serban. Lalu datang sangkaan bahawa dia penipu yang menyamar nak curi duit Masjid. Ini jahat sangka.
(6) Kamu dengar khabar sesebuah kumpulan itu sesat. Kamu terus percaya dan anggap kumpulan tersebut sesat tanpa memeriksa dengan adil serta pembuktian yang wajar menurut Syara'. Maka ini adalah jahat sangka dan juga fitnah yang kedua2nya dosa besar.
(7) Jahat sangka kepada orang yang sering menegur kesalahan kamu sebagai berlagak, tunjuk alim dsb dalam hati kamu.
(8) Menuduh seseorang yang berzikir dengan cara yang kamu tidak mengenalinya sebagai sesat. Ini jahat sangka kerana kaedah berzikir berbagai ragam, jenis zikir pun berbagai2 jenis. Tingkatan zikir seorang dengan orang lain berbeza-beza. Boleh jadi kamu yang tak tahu. Kamu tak pernah berguru kepada Pewaris Nabi yang siddiq. Atau kemungkinan kamu yang tersalah pandang atau tersalah dengar.
(9) Akibat kejahilan pada akhir zaman ini, banyak amal soleh yang diwarisi dari Nabi ﷺ menjadi bahan mainan dan jahat sangka. Misalnya jahat sangka kepada Toriqat Rasulullah ﷺ dan Ilmu Tasawwuf. Ini bukan sahaja akibatkan dosa besar, bahkan lebih dari itu boleh batalkan Iman, jika dia tidak taubat segera.
Setiap Toriqat yang mempunyai Silsilah yang sahih sampai kepada Rasulullah ﷺ serta dipimpin oleh Pewaris Nabi yang siddiq yang menepati segala syarat2nya, maka Toriqat ini merupakan Warisan suci dari Rasulullah ﷺ. Apabila seseorang menyangka Warisan suci ini sebagai sesat, maka dia telah menuduh Rasulullah ﷺ sebagai sesat. Wal Iyazubillah.
(10) Hamba2 Allah yang diTunjukki berguru kepada seorang Mursyid yang Siddiq, hendaklah awasi hati supaya tidak jahat sangka pada perlakuan atau perkataan Guru yang tidak difahaminya.
Jahat sangka kepada Mursyid yang siddiq merupakan dosa yang amat berat kerana ianya terkait terus kepada Allah dan Rasul-Nya.
Demikian sedikit sebanyak contoh2 yang boleh dijadikan panduan. Setiap Muslim perlu sangat berhati-hati kerana sesungguhnya penyakit jahat sangka adalah bibit2 tercetusnya penyakit2 hati yang lain yang berangkai2 yang mengakibatkan dosa2 yang amat besar iaitu : Tajassus, Namimah, Ghibah, Fitnah . (ini akan dibincangkan dalam bahagian tersendiri)
SIRI 72 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.12 Dosa Besar ke-11: Jahat sangka kepada orang lain
sambungan....
Punca Terjadi Jahat Sangka:
Punca utama terjadi sifat ini adalah sama seperti penyakit2 hati yang lain, iaitu :
(1) Hati yang kotor dan keji
(2) Nafsu2 kejahatan yang menguasai hati
(3) Bisikan Iblis dan kuncu2nya jinn syaitan
Sebab2 yang mengikut Punca Utama tadi adalah :
(1) Rasa diri sangat baik dan hebat.
(2) Rasa diri sudah istimewa dan sempurna
(3) Kesombongan kerana kuasa, pangkat, kekayaan, harta benda, kemasyhuran dll.
Akibat Jahat sangka:
(1) Putus Silatur-rahim
(2) Menzalimi saudara Muslim
(3) Bawa kepada bermasam muka dan pergaduhan
(4) Bawa kepada dosa2 besar lain yang berangkai2 iaitu Tajassus, Kazib, Namimah, Ghibah dan Fitnah.
Tanda seseorang sudah terkena Penyakit Jahat Sangka:
Oleh kerana persoalan "jahat sangka " ini hal hati yang tersembunyi, kadangkala seseorang tak dapat pastikan sama ada dia sudah terkena penyakit jahat sangka ini atau semata2 khatir yang mengganggunya.
Bagaimanakah seseorang dapat mengetahui sama ada dia sudah terkena penyakit "jahat sangka kepada manusia?
Apakah tanda2nya ?
Jawabnya:
Tanda2 seseorang terkena penyakit "Jahat Sangka" adalah :
Pertama ; Berubah hati dari yang sudah2. Hati menjadi kusut, keras hati, dada sempit terhadap orang yang disangkanya sebagai jahat.
Kedua : Menjauhi orang tersebut. Memandang dengan pandangan sinis, curiga, hina dsb. Jika dahulu boleh berbual2, ajak makan bersama atau bersiar2... tetapi tiba2 berubah menjadi liar.
Ketiga : Perkataannya menjadi kasar dan tak ingin berbual dengannya dengan baik. Sebaliknya wujud kesombongan diri.
Keempat : Mencari2 bukti untuk membenarkan jahat sangkanya. Ini berkait rapat dengan Tajassus, iaitu mencari2 'aib atau kesalahan orang. Sedangkan Tajassus ini merupakan satu dosa besar.
Inilah antara tanda2 yang dapat dijadikan ukuran sama ada seseorang terkena penyakit Jahat Sangka pada orang lain. Apabila wujud tanda2 tersebut pada diri seseorang sedangkan orang yang disangka jahat itu sebenarnya tak berbuat apa2 pada sisi zahir hukum Syari'at, maka itu menunjukkan dia telah jatuh kepada dosa jahat sangka.
Kata Imam Ghazali Radhiallahu anhu :
"Bahawa ikatan jahat sangka itu adalah berubahnya hati dari yang sudah2. Lalu hati itu lari (liar hati), merasa berat dan lemah dari memeliharanya, merasa kehilangan dan sedih disebabkan jahat sangka itu. Dan dari sangkaan itu dia cuba mencari bukti2nya. (dia mencari bukti untuk membenarkan sangkaannya).
[Tamat petikan Kitab Ihya ; Cabang Mengumpat dengan hati]
SIRI 73 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.12 Dosa Besar ke -11: Jahat sangka kepada orang lain
sambungan....
Lintasan hati yang dihukumkan sebagai Jahat Sangka
Persoalan :
Adakah setiap lintasan dalam fikiran atau lintasan dalam hati itu dihukumkan sebagai "jahat sangka" yang mengakibatkan dosa?
Apa hubungan "jahat sangka" dengan Khatir?
Jawapannya:
Jahat sangka adalah suatu andaian yang menetap dalam hati (menguasai hati atau mencengkam hati) menjadi pegangan. Khatir pula adalah lntasan hati yang tidak sampai kepada peringkat "Jahat sangka". Dengan demikian setiap khatir yang terhenti pada sifatnya yang asal dan tidak melarat kepada " jahat sangka ", maka khatir ini dimaafkan.
Khatir adalah lintasan yang datang sendiri tanpa diusahakan, dinamakan Idhtirari ( اِضْطِراَرِ ) — hal keadaan yang dipaksa atau diluar kemampuan kemanusiaan, bukan diikhtiarkan.
Su-uzzon atau jahat sangka masuk kepada daerah Ikhtiari ( اِخْتِياَر ) — hal keadaan yang dalam kemampuan memilih, mempunyai ikhtiar untuk memilih. Dengan demikian jatuh hukum padanya.
Untuk melihat dengan lebih jelas perhatikan contoh ini:
Orang bernama Kasturi melihat kawannya Lekir melakukan sesuatu, lalu datang lintasan hati dalam dirinya menyalahkan Lekir.
1. Jika lintasan tersebut datang dan pergi begitu sahaja bagaikan angin lalu, dan dia tidak layani lintasan tersebut. Ini masuk daerah Idhtirari (اِضْطِراَرِ), luar kemampuan menahannya, tiada kemampuan menahannya kerana ia datang sendiri tanpa sebarang ikhtiarnya. Ini dimaafkan.
2. Jika lintasan buruk tadi menetap sebentar dalam hatinya dan berbolak-balik hatinya disebabkan hasutan nafsu dan syaitan, namun dia tidak menyalahkan Lekir, cuma hatinya berbolak balik akibat hasutan, hal ini juga daerah Idhtirari ( اِضْطِراَرِ ), Dimaafkan.
3. Lintasan buruk tadi mengerasi pada hatinya lalu dia cenderung membenarkan lintasan awal tadi, namun dia belum membenarkan lintasan buruk tersebut. Hal ini masih pada peringkat Idhtirari (اِضْطِراَرِ ), maka dimaafkan. Walau bagaimanapun dia dalam keadaan terancam masuk kepada daerah Ikhtiari ( اِخْتِياَر ) yang membawa dosa.
4. Lintasan buruk dalam diri Kasturi menjadi keyakinan dan pegangan. Hal ini sudah masuk ke daerah Ikhtiari ( اِخْتِياَر ) yang dilakukan dengan pilihannya. Di sinilah jatuh hukum jahat sangka yang mengakibatkan dosa besar.
Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu:
"Semua gurisan hati / lintasan hati yang tidak disertai oleh 'azam mengerjakannya, adalah hadithun-nfasi atau kata hati (dan ini dimaafkan). Adapun yang ketiga iaitu : tekad dan keputusan hati, bahawa dia cenderung mengerjakannya adalah taraddud, di antara terpaksa ( اِضْطِراَرِ ) atau dengan pilihan (اِخْتِياَر ) mengerjakannya. Yang ikhtiari dikenakan tuntutan. Dan yang idhtirari, tidak dikenakan tuntutan. Adapun yang keempat : Iaitu cita2 teguh untuk mengerjakannya, maka ianya dikenakan tuntutan, kecuali yang tidak dikerjakannya, maka diperhatikan. Jika dia meninggalkannya kerana takut kepada Allah dan menyesal atas cita2nya, nescaya dituliskan satu kebaikan. Jika dia tercegah dari perbuatan itu disebabkan suatu pencegah atau ditinggalkannya disebabkan suatu halangan, bukan kerana takut kepada Allah Ta'ala, maka dituliskan kekejian baginya".
[Ihya Ulumuddin — Bab Bisikan Hati]
Perbuatan "Jahat sangka" masuk kepada kategori keempat iaitu melakukan kejahatan di dalam hati dengan ikhtiarnya sendiri, oleh yang demikian dia menerima hukum dosa besar. Ini sama halnya seperti penyakit2 hati yang lain seperti 'ujub, riya', sum'ah, takabbur dan lain2 kekejian bersifat hati, yang berlaku dalam hatinya dengan ikhtiarnya sendiri, maka dihukumkan mungkar dan dosa besar.
SIRI 74 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.12 Dosa Besar ke -11: Jahat sangka kepada orang lain
sambungan....
Pengecualian Jahat Sangka:
Persoalan :
Adakah semua macam "sangkaan" itu menjadi kesalahan yang membawa dosa besar?
Jawapan:
Perbuatan Su-Uzzon, "jahat sangka " pada umumnya dilarang. Namun di sana wujud beberapa tempat dan hal yang melibatkan "sangkaan " terhadap orang lain yang TIDAK termasuk dalam "Jahat Sangka" yang dilarang. Dalilnya ada pada Firman Allah yang sama, iaitu...
✨🕌✨ Firman Allah :
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٌ۬ۖ
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa."
[Al-Hujurat (49) : Ayat 12]
Menurut Tafsiran Ulama Mu'tabar, ayat ini mengisyaratkan "kebanyakan sangkaan" itu mengakibatkan dosa. Ertinya wujud di sana "sangkaan" yang dibenarkan yang bersesuaian dengan tuntutan Agama. Bahkan ada ketikanya "sangkaan" ini boleh menjadi Wajib apabila ianya bertujuan memelihara Agama, Nyawa, Keturunan, Aqal dan Harta. Berikut adalah beberapa kedudukan dan hal yang membolehkan wujud "sangkaan" pada seseorang atau sesuatu kumpulan manusia.
Pertama : Hazar ( حَذَر ) (waspada) Terhadap Orang Kafir Harbi bukan jahat sangka.
Hazar ( حَذَر ) (waspada) Terhadap Orang Kafir Harbi adalah bermaksud sentiasa berjaga2, berhati2, siap sedia menghadapi golongan yang memusuhi Islam seperti Yahudi, Kristian, Munafiq dan lain2 yang jelas memerangi Ummat. Dilarang bersangka baik dengan "kafir harbi" kerana mereka sentiasa mencari jalan musnahkan Islam. Bersangka baik dengan golongan kafir harbi seolah2 membuka laluan untuk golongan ini "membunuh" Ummat. Maka jelas di sini "sangkaan" terhadap orang kafir Harbi adalah wajib demi memelihara Agama dan Keselamatan Ummat seluruhnya.
Kedua : Hazar ( حَذَر ) (waspada) Terhadap Golongan Sesat bukan jahat sangka.
Menaruh syak wasangka dan curiga terhadap 72 Golongan Sesat bukan jahat sangka. Ini kerana golongan sesat sentiasa memusuhi Ahlus Sunnah. Mereka melakukan berbagai propaganda untuk musnahkan keyakinan Ummat dengan cara yang amat licik. Maka kecurigaan terhadap golongan ini bukan jahat sangka, sebaliknya sangkaan yang terpuji.
Ketiga : Hazar ( حَذَر ) (waspada) terhadap Golongan Fasiq dan Zalim.
Golongan fasiq dan zalim sentiasa membuat kerosakan atas muka bumi. Maka "sangkaan" atau "kecurigaan" terhadap mereka adalah Hazar yang diharuskan.
Keempat : Sangkaan terhadap orang yang terang2an mengancam nyawa.
Jika didapati seseorang memegang senjata serta mengancam nyawa manusia, maka ketika itu harus mempunyai sangkaan atau kecurigaan terhadap dia bahawa dia akan melakukan kejahatan. Dalam hal ini tidak jatuh hukum "jahat sangka". Sebaliknya bersangka baik kepada orang2 seperti itu adalah dilarang kerana ia termasuk perbuatan "binasakan diri" atau "membunuh diri".
Kelima: Sangkaan atau Kecurigaan terhadap pelaku ma'siat.
Jahat sangka yang dilarang adalah keadaan di mana wujud kesamaran pada perkataan atau perbuatan seseorang. Jika seseorang atau kumpulan manusia melakukan maksiat terang2an, maka tidak wujud istilah " jahat sangka ". Misalnya seseorang yang terang2an mencuri berkata pada orang : " Janganlah kalian jahat sangka pada saya. Niat saya baik." Atau seorang Pegawai terang2 menzalimi rakyat berkata kepada umum, " Janganlah jahat sangka pada saya, kalian tak tahu tujuan saya baik". Atau seorang wanita yang dedahkan auratnya berkata: "jangan jahat sangka pada saya, walaupun saya dedah 'aurat, saya mempunyai tujuan yang baik." Semua Ucapan2 seperti ini batil dan sesat.
Demikian beberapa keadaan yang mengharuskan "sangkaan" terhadap seseorang atau satu kumpulan manusia.
Ringkasnya harus mempunyai "sangkaan" atau "kecurigaan" terhadap apa saja tindakan manusia yang membawa ancaman kepada Keselamatan Agama, Nyawa, Aqal, Keturunan dan Harta yang dilakukan secara terang2an.
SIRI 75 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.12 Dosa Besar ke -11: Jahat sangka kepada orang lain
sambungan....
Penjagaan dan Rawatan:
Orang awam (dan juga Salikin yang masih di peringkat Mubtadi, ) perlu berusaha sungguh2 menjauhi "jahat sangka" ini kerana ia adalah bagaikan "barah" atau kuman berjangkit yang merebak cepat. "Jahat sangka" adalah permulaan kepada cetusan beberapa sifat keji yang lain, iaitu Tajassus, Namimah, ghibah, dan Fitnah.
(1) Sentiasa memandang diri dhaif (lemah)), faqir (sangat miskin), haqir (hina dina) serta serba kekurangan di hadapan Allah. Jangan sesekali menganggap diri sudah baik. Anggap diri baik itulah permulaan seseorang menjadi "jahat".
(2) Sentiasa memandang orang Muslim lain dengan pandangan kebaikan dan kemuliaan.
(3) Jika kamu terlihat sesuatu 'aib pada diri seseorang Muslim, maka hendaklah segera potong / alihkan pandangan tersebut dan doakan dia dengan kebaikan. Jangan sesekali "menyambung" pandangan tersebut dengan berbagai sangkaan, maka di sini bahaya bisikan Syaitan.
(4) Jika kamu terdengar suatu perkara buruk berkenaan seseorang Muslim, maka segera tolak khabar tersebut. Jika tak mampu menolaknya kerana datang berbagai was-was, maka cari seribu alasan untuk menafikannya sehingga hati menjadi tenang.
(5) Jauhi teman / kawan / saudara yang gemar hebahkan keburukan orang lain. Ini kerana khabar dari teman seperti itu akan menarik kamu kepada "jahat sangka" serta berbagai tabi'at buruk lain.
(6) Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani mengajar kita panduan yang sangat baik untuk menolak segala sangkaan dan kecurigaan terhadap orang lain:
Jika kamu bertemu seseorang, maka pandanglah bahawa dia lebih baik dan lebih utama dari kamu serta katakan dalam hati bahawa boleh jadi di Sisi Allah dia lebih baik dan lebih tinggi darjatnya dari kamu.
"Jika kamu melihat orang yang lebih muda, maka katakan : " dia belum (kurang) melakukan dosa kepada Allah, sementara aku telah melakukan dosa kepada-Nya, maka tidak syak lagi bahwa dia lebih baik daripadaku."
Jika kamu melihat orang yang lebih tua, maka katakan : " bahwa dia telah lebih dulu (dan lebih banyak) beribadah kepada Allah dibandingkanku."
Jika kamu melihat orang alim, maka katakan : " Dia telah dengan memberi manfaat kepada Ummat dengan Ilmunya sedang aku belum mampu melakukannya dan dia mendapatkan apa yang belum aku capai dan mengetahui apa yang tidak aku ketahui.
Jika kamu melihat orang bodoh, maka katakan : "dia melakukan dosa kepada Allah karena kebodohannya sementara aku melakukan dosa dalam keadaan sedar, aku tidak tahu bagaimana kelak aku berakhir atau bagaimana dia berakhir."
Jika melihat orang kafir, maka katakan : "aku tidak tahu barangkali dia masuk Islam dan berakhir dengan amal yang baik dan barangkali aku jadi kufur dan berakhir dengan amal yang buruk.
(7) Basahkan lidah dan hati Zikrullah, Solawat dan istighfar — sama seperti rawatan bagi semua penyakit hati sebagaimana kami syarahkan sebelum ini.
Dengan amalkan sungguh2 panduan2 ini, moga dapat hindarkan diri dari sifat keji "jahat sangka" yang amat besar dosanya.
SIRI 76 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.13 Dosa Besar ke-12: Tajassus — Intai kesalahan atau 'aib orang:
Definisi Tajasssus
Tajassus ( تَجَسُّس ), berasal dari kata : جَسَس ، جسَّ ، يجُسُّ yang bermaksud :
intai, intip, cungkil rahsia tersembunyi, selidik secara sembunyi2.
Pada istilah Syara' Tajassus ( تَجَسُّس ) bermaksud :
"Mengintai2, mengintip kesalahan orang lain atau mencari2 'aibnya atau mengorek2 rahsia seseorang yang telah ditutupi oleh Allah Ta'ala baginya"
Penjelasan :
1. Perbuatan Tajassus, adalah mengintai2 kesalahan orang lain atau mencari2 'aibnya atau mengorek2 rahsia peribadinya yang tersembunyi, dan ini adalah haram dan berdosa besar. Selayaknya setiap orang beriman menutupi 'aib atau kesalahan saudaranya, bukan mengintip2nya dan lebih buruk lagi membocorkannya.
2. Perbuatan mengintai2 dan mencari2 kesalahan orang lain berlaku di semua peringkat masyarakat — baik mereka golongan terpelajar maupun yang jahil Agama ; Sama ada mereka rakyat biasa maupun Pemerintah. Orang2 yang terlibat di dalam politik seringkali menggunakan berbagai cara untuk saling mengintai kesalahan lawan untuk menjatuhkan mereka.
3. Maksud mengintai2 atau mencari2 'aib seseorang adalah : "mencuri2 dengar perkataannya" atau "mencuri2 melihat perbuatannya" atau " sengaja menghidu untuk menyelidiki suatu yang dirahsiakannya" atau "sengaja selongkar pakaian atau bagnya untuk menyelidiki barang simpanannya".... semua ini adalah termasuk di dalam mencari2 'aib dan kesalahan orang lain yang diharamkan.
4. Pada zaman sains tekonologi IT yang serba maju berbagai alat elektronik seperti camera-pintar, handphone, perakam suara pintar dan berbagai lagi digunakan untuk melaksanakan kerja2 pengintipan atas orang lain.
5. Semua jenis Tajassus terhadap seseorang atau suatu kelompok manusia adalah haram dan termasuk dosa besar, sama ada ianya dilakukan oleh individu bebas maupun agensi2 tertentu, kecuali mempunyai tujuan murni yang dibenarkan oleh Syara' seperti bertujuan pendidikan atau Amar Ma'ruf Nahyi Anil Mungkar atau kerana menjaga Keselamatan Negara dan Ummah, namun ini juga berserta dengan syarat2 yang ketat. (bukan sewenang2 membuat pengintipan).
6. Orang yang gemar melakukan perbuatan Tajassus ini mempunyai penyakit hati yang amat serius (sama seperti penyakit2 hati yang lain) dan tertawan oleh Syaitan La'natullah. Wal Iyazubillah
7. Perbuatan Tajassus ini adalah kesinambungan dari Su-uzzon (jahat sangka). Bermula dari jahat sangka kepada seseorang, dia akan terheret (kadang kala tanpa disedari) kepada mengintai2 atau mengintip2 orang disangkanya itu. Bahkan perbuatan ini mengheret "Si pengintip" kepada dosa2 besar lain : Kazib (dusta), Namimah (adu domba), Ghibah (mengumpat) dan Fitnah (tuduhan dusta atau menimpakan kecelakaan). Maka besarlah kecelakaan yang bakal menimpa manusia2 yang gemar melakukan Tajassus ini.
✨🕌✨ Firman Allah :
وَلاَ تَجَسَّسُواْ
"Dan jangan kamu mengintai2 kesalahan orang...."
[Al-Hujurat (49) : ayat 12]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
إِيَّا كُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيْثِ وَلاَ تَحَسَّسُوا وَلاَ تَجَسَّسُوا وَلاَ تَحَاسَدُوا وَلاَتَدَابَرُوا وَلاَتَبَاغَضُوا وَكُوْنُواعِبَادَاللَّهِ إحْوَانًا
“Berhati-hatilah kalian dari bersangka jahat, kerana jahat sangka adalah sedusta-dusta ucapan. Janganlah kalian saling mencari keburukan orang lain, dan jangan saling mengintip, dan jangan saling mendengki, dan jangan saling membelakangi, dan jangan saling membenci. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara”
[Imam Bukhari, Imam Muslim]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
يَا مَعْشَرَ مَنْ آمَنَ بِلِسَانِهِ وَلَمْ يَدْخُلِ الإِيمَانُ قَلْبَهُ لاَ تَغْتَابُوا الْمُسْلِمِينَ وَلاَ تَتَّبِعُوا عَوْرَاتِهِمْ فَإِنَّهُ مَنِ اتَّبَعَ عَوْرَاتِهِمْ يَتَّبِعِ اللَّهُ عَوْرَتَهُ وَمَنْ يَتَّبِعِ اللَّهُ عَوْرَتَهُ يَفْضَحْهُ فِي بَيْتِهِ " .
"Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslimin, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan Dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri"
[Imam Abu Dawud]
Berkata Imam Ghazali :
"Dan erti Tajassus ialah : Tidak dibiarkan orang itu dalam Tadbir Allah (iaitu ditutup kesalahannya oleh Allah) lalu dicari jalan supaya sampai kepada mengetahuinya dan merosak tabir tersebut sehingga terbuka baginya hal2 yang tersembunyi itu"
[Ihya Ulumuddin]
SIRI 77 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.13 Dosa Besar ke-12: Tajassus — Intai kesalahan atau 'aib orang:
sambungan ....
Contoh2 Tajassus dalam Masyarakat:
Berikut adalah beberapa contoh Tajassus yang lazim terjadi di kalangan orang Islam.
Contoh 1: Tempat kediaman / tempat tinggal.
Mengintai2 jiran. Mengintai2 apa yang dilakukannya seperti merapatkan telinga ke dinding rumah dan curi2 dengar apa yang dibualkan atau melihat melalui lubang dinding rumahnya, atau selongkar halamannya dan lain2 sepertinya.
Contoh 2 : Di jalanan :
Mengekori seseorang dengan tujuan menyiasat peribadinya, yang disangkanya melakukan ma'siat.
Contoh 3: Tempat kerja:
Mengintai2 kawan di pejabat. Tajassus ini lebih hebat berlaku. Masing2 ada motif tersendiri untuk kepentingan nafsu, pangkat kedudukan dan dunianya. Mengintai2 rahsia kawan sepejabat dengan buka laptopnya atau bag miliknya atau selongkar laci meja dsb.
Contoh 4: Perniagaan / perdagangan
Perebutan di bidang perniagaan. Mengintai-intai peniaga lain, mencuri maklumat, mencari2 'aib peniaga lain.
Contoh 5 : Parti Politik:
Perebutan kuasa pemerintahan. Parti2 politik saling mengintai untuk mencuri rahsia lawan, mencari2 'aib lawan sehinggalah ke peringkat mencari rahsia di bilik tidurnya, kemudian hebahkan 'aibnya kepada umum. Mereka menggunakan berbagai cara penyamaran dan teknologi moden seperti kamera-pintar, perakam suara pintar dll.
Contoh 6 : Pemerintah yang berkuasa.
Kerajaan yang memerintah melakukan pengintipan atas individu2 yang disyaki tanpa alasan munasabah atau semata2 atas sangkaan atau semata2 atas khabar dusta. Misalnya menganggap seseorang itu bersalah semata2 atas laporan yang diberikan oleh seseorang yang berniat khianat dan busuk hati.
Demikian adalah beberapa contoh yang lazim terjadi di kalangan masyarakat zaman ini. Bermula dari pengintipan sendiri, ditambah dengan menggunakan khidmat pihak ketiga dan ditambah lagi dengan bantuan alat2 elektronik moden, "hak peribadi" dan "hak kebebasan" dan "maruah manusia" tiada nilai lagi.
Berkata Ibn Abbas :
"Jangan kamu mencari2 kesalahan orang lain dan jangan menyelidiki 'aib saudaramu dan (jangan) mencari2 kesalahan yang Allah tutup baginya."
[Tafsir Ibn Abbas]
Berkata Imam Qurtubi :
“Ambil apa yang nyata (yang jelas kelihatan pada zahir), jangan kamu mencari-cari keaiban kaum muslimin, iaitu jangan kamu cari keaiban saudaramu untuk melihat setelah Allah menutupnya."
[Tafsir Al-Qurtubi]
Berkata Imam Nawawi :
Orang yang melakukan amr ma'ruf nahyi anil mungkar tidak boleh menyelidiki, mengetuk, mengintip dan menyerbu rumah-rumah hanya dengan sangka malah apabila menemui kemungkaran (jelas di hadapannya) dia mengubahnya bersungguh-sungguh. Ini adalah kata-kata Imam Haramain”
[Syarah Muslim]
Diambil manfaat daripada kata2 Imam tersebut, kita fahami secara umumnya tiada siapa pun dibenarkan mengintip2 'aib atau kesalahan orang lain : sama ada orang perseorangan atau pun pihak berkuasa. Maruah dan hak individu Muslim wajib dipelihara. Segala 'aib seorang Muslim wajib ditutupi sebagaimana ianya ditutupi oleh Allah Ta'ala. Ertinya haram dan dosa besar bagi sesiapa pun mengintip2 / mengintai2 kesalahan yang dia sembunyikan dari pandangan orang lain. Melainkan ada beberapa perkara yang dibenarkan untuk melakukan "pengintipan" apabila melibatkan amr bil ma'ruf nayhi anil mungkar atau wujudnya bahaya kepada keselamatan Ummat. (Akan datang huraian, In shaa Allah)
SIRI 78 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.13 Dosa Besar ke -12: Tajassus — Intai kesalahan atau 'aib orang:
sambungan ....
Punca manusia gemar Tajassus
Punca UTAMA seseorang melakukan perbuatan ini sudah tentu bemula dari hati yang kotor, nafsu2 kejahatan dan dikuasai oleh Syaitan sebagaimana penyakit2 hati yang lain. Sebab2 yang mengikuti punca utama ini adalah :
(1) Keinginan mengetahui rahsia Muslim lain dan dia merasa puas apabila dapat menyelidik dan mengetahuinya bahawa orang itu sememangnya keji. Hal ini biasa terjadi apabila berlaku perselisihan antara mereka.
(2) Keinginan untuk memalukannya dan menjatuhkan nama baiknya di khalayak ramai, kerana wujud dendam peribadi atau dendam berkait dengan keluarga.
(3) Perebutan dan Persaingan di dalam pelajaran, perniagaan, kuasa politik dsb. Masing2 berlumba2 ingin menunjukkan dirinya "baik" dan lawannya "jahat" dan "keji" dengan cara membuka 'aibnya.
Akibat dari Tajassus:
(1) Orang yang gemar mencari2 'aib orang lain terkena penyakit hati yang amat serius. Penyakit ini makin bertambah dari hari ke hari. Kegemarannya mencari2 'aib orang akan menjadi tabi'at yang tak dapat dibuang. Maka sentiasalah dia bergelumang di dalam dosa2 besar.
(2) Orang yang suka mengintip 'aib atau keburukan orang lain takkan tenang hidupnya.
(3) Orang yang memperoleh berbagai maklumat hasil intipannya akan mendedahkannya kepada orang lain. Lazimnya dia akan mendedahkannya menerusi media elektronik sebagaimana sudah banyak terjadi zaman ini. Misalnya menyebarkan gambar2 atau klip2 video yang mendedahkan 'aib seseorang sudah menjadi lumrah di kalangan orang Islam zaman ini. Mereka mendedahkan dan menyebarkannya tanpa sedikit pun rasa malu atau takut kepada Allah.
Dengan ini dia sudah terjebak kepada dosa besar lain, iaitu "membuka 'aib manusia". Meskipun perkara yang didedahkan itu benar sekalipun, namun ianya merupakan hal yang telah ditutupi oleh Allah Ta'ala. Maka membocorkan rahsia seseorang atau 'aib (kekurangan atau kecelaan dirinya) yang ditutupi oleh Allah adalah merupakan suatu pengkhianatan. Orang2 seperti ini mendapat amaran Rasulullah ﷺ.
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
مَنْ سَتَرَ عَوْرَةَ أَخِيهِ الْمُسْلِمِ سَتَرَ اللَّهُ عَوْرَتَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَمَنْ كَشَفَ عَوْرَةَ أَخِيهِ الْمُسْلِمِ كَشَفَ اللَّهُ عَوْرَتَهُ حَتَّى يَفْضَحَهُ بِهَا فِي بَيْتِهِ " .
"Barangsiapa menutupi 'aib saudara Muslimnya, Allah akan menutupi 'aibnya pada Hari Pembalasan. Dan barangsiapa membuka 'aib saudara Muslimnya, maka Allah Ta'ala akan membuka 'aibnya walaupun dia berada di dalam rumahnya."
[Imam Ibn Majah]
SIRI 79 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.13 Dosa Besar ke-12: Tajassus — Intai kesalahan atau 'aib orang:
sambungan ....
Pengecualian — keharusan Tajassus:
Sebagaimana telah dijelaskan.... Tajassus adalah termasuk di dalam penyakit hati yang mengakibatkan dosa besar. Walau bagaimanapun terdapat beberapa pengecualian, iaitu keharusan (dibenarkan) Tajassus terutama apabila melibatkan penjagaan terhadap Agama dan Keselamatan Ummat. Di antara perkara2 yang diharuskan Tajassus terhadapnya adalah :
Pertama : Tajassus terhadap Kafir Harbi:
Diharuskan Tajassus terhadap orang kafir harbi, iaitu Kafir yang sentiasa memusuhi dan memerangi Islam. Sudah diketahui umum bahawa Yahudi, Nasrani dan golongan munafiq sentiasa memusuhi Ummat Islam. Sejak dahulu, mereka sentiasa melakukan berbagai muslihat untuk musnahkan Ummat Islam. Mereka menyerang dan membunuh Ummat Islam sewenang2nya. Dengan demikian mengintip segala pergerakan dan propaganda mereka, bukan sahaja termasuk keharusan bahkan menjadi kewajipan.
Demikian lagi diharuskan melakukan intipan terhadap musuh ketika berlangsung peperangan. Diharuskan memasuki barisan musuh untuk melihat rancangan2 jahat mereka memerangi Islam.
Kedua : Tajassus terhadap Golongan sesat:
Mengintip segala pergerakan Golongan sesat (72 golongan sesat) yang memusuhi Ahlus Sunnah adalah termasuk kewajipan.
Pada zaman ini, Golongan sesat ini TIDAK lagi memusuhi Ahlus Sunnah secara terang2an, sebaliknya menyamar sebagai Ahlus Sunnah. Golongan Syi'ah (rafidhi), Wahhabiyah (khawarij), sekular (liberal) bebas hidup bersama Golongan Ahlus Sunnah dan mengaku Ahlus Sunnah.
Kebanyakan orang awam tertipu kerana mereka (golongan sesat) juga merujuk kitab2 Ahlus Sunnah dan menukil perkataan Imam2 Alus Sunnah sehingga orang awam yang jahil tertipu dengan segala muslihat "musang2" ini. Sedangkan Golongan sesat ini menyelewengkan maksud sebenar Ulama2 kita sehingga sesuai dengan pendapat mereka yang sesat. Maka waspada, mengintip serta membenteras segala muslihat Golongan Sesat demi keselamatan Aqidah Ummat adalah wajib.
Ketiga : Suami / Bapa Tajassus kepada anak isteri bertujuan mendidik
Seorang bapa atau suami harus melakukan penyelidikan atau pemeriksaan terhadap anak isterinya untuk memastikan anak isterinya sentiasa di jalan Allah (jalan Ahlus Sunnah yang benar) dan jauh dari kemungkaran.
Walau bagaimanapun para suami / bapa perlu ingat beberapa hal penting ketika Tajassus ini,
(1) Tujuan dibenarkan Tajassus adalah demi mendidik dan menjaga keselamatan anak isterinya, bukan untuk memalukan mereka di hadapan orang lain.
(2) Jika benar didapati anak isterinya telah menyimpang jauh dari Agama, maka tugas si suami / bapa nasihati mereka secara hikmah.
(3) Seorang suami / bapa dilarang Tajassus terhadap anak isteri yang sudah mematuhi hukum-hakam Agama, menuntut fardhu 'ain di Masjid / Surau sebagai seorang yang beriman.
Hal ini kembali kepada hukum asal, iaitu haram Tajassus. Sebagaimana haram Tajassus terhadap orang Islam yang telah dikenali sebagai orang beriman dan beramal soleh, maka demikian juga sama terhadap anak isteri yang ta'at, yang selalu mengerjakan Solat dan mematuhi hukum-hakam Agama, maka dilarang Tajassus terhadap mereka.
Keempat : Menjalankan Amr bil Ma'ruf Anhyi Anil mungkar:
Pihak² yang diberi amanah mendirikan kebaikan dan mencegah kemungkaran diharuskan Tajassus dengan tujuan menegakkan hukum syara', (bukan tujuan lain yang menyimpang dari mencari Keredhaan Allah). Walau bagaimanapun wajib mematuhi syarat²nya. Di antara syarat terpenting adalah : Petugas2 ini wajib memiliki ilmu yang cukup untuk melakukan hisbah. (kerja menyeru kebaikan dan cegah kejahatan).
Kemudian, wajib bersifat 'adil dan Taqwa. Dilarang Tajassus atas sangkaan semata², melainkan wajib mempunyai bukti kukuh berdasarkan khabar yang boleh dipercayai.
Misalnya, dilarang menyerang peribadi seseorang, menyerbu rumah atau bangunan milik orang islam semata² atas sangkaan rapuh. Dilarang mengintip seseorang semata² atas aduan seseorang yang tidak pasti. Boleh jadi orang yang membuat aduan tersebut sengaja ingin memfitnah. Sepatutnya orang melakukan aduan terhadap orang lain disiasat terlebih dahulu akan dakwaannya, bukan dengar berita terus serbu secara buta.
Pihak² berkaitan hanya dibenarkan Tajassus terhadap seseorang individu atau suatu kumpulan apabila wujud perkiraan yang kuat berserta khabar dari orang yang adil. Jika tidak demikian, maka serbuan atau serangan ke atas orang2 berkenaan adalah fasiq dan zalim.
Sekali lagi perlu diingat dalam hal ini... Tujuan Tajassus adalah demi memelihara Agama, BUKAN untuk memalukan mereka. Maka adalah haram jika pihak penguatkuasa melakukan Tajassus semata2 kerana dendam peribadi atau kerana marah pada individu tertentu atau kerana pengaruh politik jahat atau bertujuan memalukannya di khalayak ramai atau sebab2 lain yang tiada berkait dengan Agama.
Berkata Imam Ghazali :
"Maka ketahuilah, orang yang menguncikan pintu rumahnya dan menutupkan diri dengan dinding2 temboknya, maka tiada boleh memasuki, tanpa izin, untuk mengetahui ma'siat ( yang sedang berlaku). Kecuali jelas dalam rumah itu yang dapat diketahui oleh orang yang berada di luar rumah, seperti bunyi seruling dan rebab apabila telah meninggi bunyinya. Demikian pula apabila telah meninggi suara orang mabuk dengan kata2 yang biasa antara mereka, sehingga dapat didengar oleh orang di jalanan, maka ini melahirkan hisbah"
[Ihya Ulumuddin]
Maksud Imam Ghazali adalah : Pihak penguatkuasa dilarang memasuki rumah orang atas sangkaan semata2. Melainkan terdapat bukti2 kukuh yang dapat dipercayai seperti keluar bau arak dari rumah atau terdengar bunyi permainan alat yang diharamkan.
SIRI 80 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.13 Dosa Besar ke-12: Tajassus — Intai kesalahan atau 'aib orang:
sambungan ....
Rawatan dan Penjagaan:
Sebagaimana huraian kami terdahulu, Tajassus mempunyai hubung kait dengan penyakit batin terdahulu, iaitu Su-Uzzon dan yang mengikuti Tajassus iaitu Kazib, Namimah, Ghibah dan Fitnah. Semua ini memerlukan Sistem Penyucian hati yang intensif dengan bimbingan Pewaris Nabi yang siddiq. Mereka yang awam, ikuti panduan berikut, sebagai penjagaan diri, moga diampuni oleh Allah dan moga dijauhkan daripada sifat2 buruk ini pada masa akan datang.
Pertama :
Ingatlah bahawa setiap manusia mempunyai penyakit hati. Setiap manusia mempunyai 'aibnya (kekurangan, kelemahan, cacat cela) sama ada zahir maupun yang batin, yang mana semua 'aib ini tidak diketahui oleh manusia lain. Allah Ta'ala atas Kemurahan-Nya telah menutup sekalian 'aib tersebut. Maka wajar bagi manusia beriman JANGAN sesekali menyelidikinya, JANGAN sesekali mengintipnya, apa lagi dedahkannya kepada umum. Ini dosa lebih berat..
Kedua:
Insafilah bahawa kita sendiri banyak dosa dan 'aib. (kecelaan dan kekurangan). Jika dihitung mungkin lebih banyak daripada orang lain. Dengan demikian adalah suatu kebodohan mencari2 'aib orang sedangkan diri sendiri penuh dengan berbagai 'aib.
Ketiga :
Apabila datang hasutan Syaitan yang menarik kepada Tajassus, katakan : "Lebih baik aku muhasabah diri. Lebih baik aku taubat dan baiki hatiku daripada sibuk mencari2 'aib orang lain. Jika aku sibuk mencari 'aib orang lain, aku akan menambah dosa sedangkan kalau aku muhasabah diri dan bertaubat, moga Allah ampuni dosa2ku.
Keempat :
Kurangkan pergaulan yang sia2. Moga dengan demikian dapat menghindarkan diri dari unsur2 negatif yang sentiasa tertuju kepada hati. Kesan2 negatif inilah yang menjadi asbab terbentuknya sifat2 buruk seperti Tajassus.
Kelima:
Jika jiran2 atau orang2 di pejabat membuka 'aib orang lain, maka uzurkan diri dan segera beredar. Bermula dari mendengar 'aib orang lain, akan berjangkit menjadi "sangkaan" buruk dalam hati. Daripada sangkaan buruk ini kemudian datang keinginan untuk mengintip dan menyiasat orang berkenaan. Akhirnya bertimpa2lah dosa besar.
Keenam :
Sibukkan diri dengan Zikrullah, Zikir La-Ilaha-Illallah dan banyakkan juga Taubat.
Inilah diantara jalan2 bagi orang awam (dan salikin yang masih di peringkat permulaan hijrah menuju Allah) melepaskan diri dari terjatuh kepada dosa Tajassus dan berserta dengannya dosa2 besar lain.
Bersambung siri 81 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment