Friday, January 27, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 243)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar ke-31 :

Pelopori Sunnah yang buruk Di dalam Islam

..... Sambungan.....


Bentuk-bentuk Sunnah Sayyi'ah

=======================

Perkara baru yang bersifat Sunnah Sayyi'ah (tradisi buruk atau jahat atau keji)  berlaku di dalam semua cabang Agama.

Pertama : Di bidang Usuluddin

Pembangunan Sunnah Sayyi'ah  (atau di sebut bid'ah sesat) yang paling awal berlaku di dalam Usuluddin — bidang Ketuhanan.  Orang2 jahil di kalangan Ummat Islam memisahkan diri dari Saf Ummah (Saf Ahlus Sunnah), lalu membina fahaman2 Ketuhanan yang jelas menyimpang dari kebenaran. Di antaranya : Fahaman Khawarij (wahhabiyyah), Syi'ah (rafidhi), Jabariyyah, Mu'tazilah, Musyabbihah, Mujassimah dll berjumlah 72 firqah. 

Orang2 yang mempelopori firqah-firqah sesat ini mendapat dosanya sendiri dan dosa orang2 yang mengikutinya sampai Qiamat. Wal Iyazubillah.  Bayangkan betapa banyaknya dosa pelopor2 ini,  yang terkumpul sejak mereka membina firqah-firqah sesat sampai datangnya Hari Qiamat?

Tiada seorang pun dari Ulama Ahlus Sunnah yang ternama mengikut firqah-firqah sesat ini.  Pelopor kepada firqah-firqah sesat ini hanyalah orang2 jahil yang tertawan oleh Iblis. Wal Iyazubillah. Moga Allah Ta'ala selamatkan semua orang beriman daripada jatuh ke dalam firqah-firqah sesat ini. 

Kedua : Di bidang Fiqh

Wujudnya Sunnah Sayyi'ah di dalam fiqh tidak begitu ketara berbanding dengan bidang Usuluddin.  Tiga golongan yang amat jelas penyimpangannya di dalam bidang fiqh adalah :

(1) Golongan Syi'ah (rafidhi) yang jelas berlawanan dengan Tradisi Ahlus Sunnah. 

(2) Golongan Khawarij (Wahhabiyyah) yang enggan berpegang kepada mana2 mazhab sedangkan mereka bukan Mujtahid. Mereka mendakwa mereka hanya mengikut Al-Qur'an dan Hadith secara terus. Bagi mereka mazhab2 Ulama semua bid'ah sesat kerana pada pendirian mereka Nabi sendiri tiada mazhab, maka mazhab adalah bid'ah sesat.  Wal Iyazubillah

(3) Golongan Sufi PALSU atau Ma'rifat PALSU yang mendakwa mereka tak perlu amalkan solat, puasa, haji dll kewajipan lain yang tersebut di dalam fiqh, kerana mereka mendakwa sudah "sampai" hakikat dan gugur kewajipan2 Syari'at. Mereka ini adalah golongan zindiq. Wal Iyazubillah. 

Ketiga : Di bidang Tasawwuf

Berdasarkan fatwa Sulton Awliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu, terdapat 11 kelompok yang membangun firqah-firqah sesat  atas nama Tasawwuf.  Mereka menggelar diri mereka ahli sufi atau ahli Ma'rifat atau mengaku Wali Allah tetapi menyimpang dari hukum-hakam Agama. 

Demikianlah jenis2 Sunnah Sayyiah atau Bid'ah Dholalah  yang dibangunkan oleh manusia di dalam Agama yang akan mendapat dosa berganda2 kepada pelopor2nya akibat diikuti oleh pengikut2 mereka turun-temurun sampai Qiamat. 

Apabila diperhalusi, kita akan mendapati terdapat 3 ciri utama pada semua kelompok yang membangunkan tradisi buruk atau jahat atau keji:

Pertama :

Tiada pimpinan Guru — Tidak berpegang kepada Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq.

Kedua :

Menolak salah satu cabang Agama — ada yang menolak Syari'at (fiqh) dan ada yang menolak Toriqat (Tasawwuf). 

Ketiga :

Gunakan aqal untuk mentafsir ayat Qur'an dan Hadith Nabi  ﷺ


Bersambung siri  244  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________                                                                                                              MAJLIS TAZKIRAH JILANI           

         🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 392) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...