Susunan:
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al Kholidiyah
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
IMAM SYAFI'E BAI'AT DAN BELAJAR DARIPADA ULAMA SUFI
Kebanyakan orang Islam tak tahu, betapa dua Imam Besar Ahlus Sunnah Imam Syafi'e dan Imam Ahmad berbai'at dan menuntut ilmu dari Shaikh Mursyid @ Ahli Sufi…!
Imam Ghazali mengisahkan bagaimana Imam Syafi'e (Mujtahid Imam Fiqh Mazhab Syafiyyah) dan Imam Ahmad Ibn Hanbal (Mujtahid Imam Fiqh Mazhab Hambali) mempelajari hukum-hakam dari Ahli Sufi. (Guru masing2)
Kata Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Imam Shafie pernah duduk di hadapan Shaikh Syaiban (Ulama Sufi) si pengembala, seperti duduknya seorang anak kecil di maktab, seraya bertanya : “ Bagaimanakah membuat itu dan ini?”
Maka dikatakan kepada Imam Shafie : “Seperti engkau bertanya kepada badui ini (Guru Sufi)?” Maka menjawab Imam Shafie :
“Sesungguhnya ini sesuai dengan apa yang kami lupakan.”
(Imam Shafie bertemu dengan Shaikh Syaiban, seorang Ahli Sufi untuk bertanyakan masalah agama)
Imam Ahmad bin Hambal dan Yahya bin Mu’in pula selalu pergi menjumpai Shaikh Ma’ruf Al-Kirkhi Radhiallahu Anh pada hal dalam ilmu zohir tak adalah orang lain yang setingkat dengan keduanya.
Imam Ahmad dan Imam Yahya Mu'in menanyakan : “Bagaimanakah berbuat ini.” ( yakni mereka bertanyakan hal2 agama dengan Shaikh Ma’ruf Al-Kirkhi, seorang Ahli Sufi yang terkenal pada zaman itu, padahal kedua mereka adalah orang yang bijak di dalam hal agama)
Sedang Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : ketika ditanyakan : Apakah yang kami perbuat, apabila datang kepada kami suatu persoalan, yang kami tidak peroleh dalam kitab dan Sunnah?”
Maka Nabi menjawab :
“Tanyakan kepada orang2 soleh dan selesaikanlah dengan jalan bermusyawarah dengan mereka.
[Imam At-Tabarani dari Ibnu Abbas]
[Tamat Petikan dari kitab Ihya Ulumuddin]
Penjelasan:
Imam Ghazali mengisahkan betapa Imam besar Mazhab Fiqh yang terkenal seluruh dunia, iaitu Imam Syafi'e, Imam Ahmad Ibn Hanbal, Imam Yahya Mu'in... masing2 hebat di dalam ilmu fiqh, namun ketiga2 mereka sering musyafahah (bertemu dan menerima dari lisan Guru) dengan Ulama2 Ahli Sufi untuk mengambil nasihat dan fatwa mereka.
Lihatlah Imam Syafi'e dan Imam Ahmad Ibn Hambal merendahkan diri untuk menerima ilmu dari Guru Sufi, apakah kata kalian yang tiada apa2 ilmu berbanding dengan kedua2 Imam Besar itu?
Renungi dalam2...
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻
No comments:
Post a Comment