RENUNGAN PAGI

CARA MENCAPAI IMAN DAN TAQWA HAKIKI?

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

CARA MENCAPAI IMAN DAN TAQWA HAKIKI?

Jika IMAN dan TAQWA itu sahaja bekal yang dibawa menghadap Allah, apakah cara yang benar untuk mencapai Iman dan Taqwa yang hakiki?

Apakah Wasilah dan Manhaj yang benar menurut Ahlus Sunnah untuk mencapai Iman / Tauhid yang hakiki?

 

Jawapannya:

 

Jalan sebenar untuk mencapainya adalah dengan cara menyucikan hati seseorang sehingga benar2 bersih.  Cuma dari hati yang benar2 suci bersih ini akan terpancar cahaya keimanan yang hakiki.  Cuma dari hati yang suci ini akan terbit Taqwa dan Ma’rifat yang sebenar.  

 

Firman Allah:

قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّٮٰهَا   وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّٮٰهَا

Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan merugilah orang yang mengotorinya”

[Asy-Syams (91) : Ayat 9-10]

Rasulullah     bersabda:

"Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging apabila baik ia, nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan apabila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! Itulah Qalb (hati).

[Imam Bukhari]

Iman TIDAK akan terbit dari hati yang kotor.

Taqwa TIDAK akan terhasil jika jiwa dipenuhi syirik khafi (syirik tersembunyi)  dan mazmumah (kekejian hati).

Ma’rifat TIDAK akan tercapai tanpa terlebih dahulu HATI itu disucikan dengan sebenarnya  menurut jalan yang sahih pada sisi  Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar (tulen).

Persoalannya untuk direnungkan secara mendalam…

1.  Sudahkah kita mempunyai jalan untuk menyucikan HATI?

2.  Benarkah jalan yang kita sedang lalui sekarang menurut Ahlus Sunnah yang benar (tulen) untuk mencapai kesucian HATI itu?

3.  Sudahkah kita mempunyai Pembimbing yang sebenar yang mewarisi Nabi zahir dan batin (Mursyid yang siddiq)  yang akan menolong kita untuk menyucikan HATI itu?


Mari menghitung diri sebelum sampai masa kita menghadap Allah di Hari Perhitungan.

 


☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️




Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah


 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


APAKAH HAQIQAT IMAN? IMAN ADALAH CAHAYA KETUHANAN DALAM HATI

Barangkali kebanyakan kita sudah tahu definisi IMAN.  Beberapa definisi ini yang diberikan oleh Ulama Mu'tabar - Ulama Ahlus Sunnah yang benar dan terpercaya :

Ta'rif Iman:

  • Iman adalah : Percaya kepada Rukun Imam yang enam :  Percaya kepada  Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Nya, Hari Qiamat serta Qadha dan Qadar 
  • Iman adalah :  At-tasdiq minal qalbwat- taqrir bil-lisanwal-amalu bil-arkan, iaitu benarkan di dalam hati akan Kalimah La-Ilaha Illallah, lafzakan Kalimah tersebut dengan lisan dan dirikan amal ibadah mengikut tuntutan kalimah tersebut.
  • Iman adalah :  Keyakinan yang tertanam kukuh di dalam hati akan kewujudan Allah dan segala yang ghaib yang Allah ciptakan.

Apakah Haqiqat Iman?

Haqiqat IMAN adalah "Cahaya Ketuhanan di dalam HATI".

Iman —Tauhid — Ma'rifat  BUKAN sekadar lafaz kata2 atau ungkapan lisan yang sedap2 didengar.  BUKAN juga sekadar teori2 aqal,  BUKAN sekadar ceramah, seminar, kursus berhubung dengannya,   BUKAN juga sekadar perbahasan dalil2,    tetapi sebenar2 IMAN / TAUHID / MA'RIFAT adalah  penghayatan HATI dan RUH.

Menurut Ahli Ma'rifat apabila "Cahaya Ketuhanan" memenuhi HATI seseorang lalu memancar bercahaya2, maka hamba Allah ini dikatakan beriman kepada Allah dengan sebenar-benar keimanan. Dalilnya Firman Allah:

Firman Allah:

 ۞ قَالَتِ الْأَعْرَابُ آمَنَّا ۖ قُلْ لَمْ تُؤْمِنُوا وَلَٰكِنْ قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمَانُ فِي قُلُوبِكُمْ ۖ

Orang-orang "A’raab"  (yang dimaksud adalah orang Badwi ) berkata: kami telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad): Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian) , tetapi berkatalah sahaja: kami telah Islam,  kerana Iman belum masuk ke hati kamu."

[Al-Hujurat (49) : Ayat 14]

Firman Allah:

أَفَمَن شَرَحَ ٱللَّهُ صَدۡرَهُ ۥ لِلۡإِسۡلَـٰمِ فَهُوَ عَلَىٰ نُورٍ۬ مِّن رَّبِّهِۦ‌ۚ

Apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya (untuk) berserah diri lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang tertutup mata hatinya?)

[Az Zumar (39) : Ayat 22]

Haqiqat Iman iaitu Iman yang sebenar dalam bentuk Penghayatan HATI dan RUH hanya diperoleh oleh seseorang setelah dia berusaha sungguh2 menyucikan batinnya daripada sekalian kekotoran ma'nawiyyah iaitu kekotoran di dalam jiwa seseorang yang menyebabkan dia terhalang dari memperoleh  Iman — Tauhid — Ma'rifat yang hakiki.

Kekotoran ma'nawiyyah  ini adalah :  Syirik khafi, Mazmumah, Ghaflah  yang melekat pada HATI.  Semua kekotoran ini mestilah dibersihkan dengan mujahadah pada Jalan Ma'rifat dengan pimpinan Mursyid yang siddiq  (Pewaris Nabi yang muhaqqiq), untuk memperoleh keimanan yang sejati.

Apabila HATI seseorang telah benar2 suci dari segala kekotoran ma'nawiyyah ini, maka akan datang Cahaya Ketuhanan melimpah ke dalam hatinya.  Cahaya Ketuhanan ini akan menjadi makin besar dan luas menurut keta'atan dan ubudiyyahnya yang benar2 ikhlas.  Makin banyak mujahdahnya dan ibadahnya makin besar Cahaya Ketuhanan di dalam hatinya. Dan inilah ukuran ketinggian keimanan seseorang di sisi Allah.

Dengan demikian fahamilah:

Haqiqat Iman adalah Cahaya Ketuhanan di dalam hati.

Iman bukan sekedar pengakuan atau teori2 yang dihafal.

Langkah permulaan kepada pencapaian haqiqat IMAN ini adalah  : Penyucian jiwa dari sekalian kekotoran yang menghijabkannya daripada Allah Ta'ala.

   


☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️



Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


IMAN — PELITA YANG BERSINAR DALAM HATI ORANG BERIMAN

Pernahkah kalian berfikir apakah perkara POKOK yang membezakan orang BERIMAN dengan orang kafir?

Pernahkah kalian terfikir apakah unsur TERPENTING yang membezakan orang yang mempunyai IMAN dengan orang yang tidak memilikinya?

Sesungguhnya IMAN adalah "Cahaya Ketuhanan" di dalam hati.  IMAN bukan sekadar ungkapan atau pengakuan semata2.  IMAN bukan teori2 tentang Ketuhanan. IMAN tidak terhasil dari hafalan, diskusi, seminar, perdebatan... sebaliknya IMAN adalah Rahsia Ketuhanan yang bersemi di dalam dada seorang hamba Allah yang dibukakan matahati bagi mengenal-Nya dengan pandangan yang nyata benar.

Cahaya Ketuhanan ini adalah umpama "Pelita" atau "Lampu" yang bersinar di dalam HATI orang beriman. 

Firman Allah:

سُوۡرَةُ النُّور

۞ ٱللَّهُ نُورُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۚ مَثَلُ نُورِهِۦ كَمِشۡكَوٰةٍ۬ فِيہَا مِصۡبَاحٌ‌ۖ ٱلۡمِصۡبَاحُ فِى زُجَاجَةٍ‌ۖ ٱلزُّجَاجَةُ كَأَنَّہَا كَوۡكَبٌ۬ دُرِّىٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ۬ مُّبَـٰرَڪَةٍ۬ زَيۡتُونَةٍ۬ لَّا شَرۡقِيَّةٍ۬ وَلَا غَرۡبِيَّةٍ۬ يَكَادُ زَيۡتُہَا يُضِىٓءُ وَلَوۡ لَمۡ تَمۡسَسۡهُ نَارٌ۬‌ۚ نُّورٌ عَلَىٰ نُورٍ۬‌ۗ يَہۡدِى ٱللَّهُ لِنُورِهِۦ مَن يَشَآءُ‌ۚ وَيَضۡرِبُ ٱللَّهُ ٱلۡأَمۡثَـٰلَ لِلنَّاسِ‌ۗ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمٌ۬

"Allah (memberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti lubang yang tak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca dan kaca itu seakan-akan (bintang yang bercahaya) seperti mutiara yang menyalakan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah baratnya yang minyaknya sahaja menerangi walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis) Allah membimbing kepada cahayanya, siapa yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."

[An-Nuur (24) : Ayat 35]

Kata Ibn Abbas Radhiallahu anhu:

"Kalam Allah (   مَثَلُ نُورِ  ) adalah Cahaya Allah di dalam hati orang beriman"

 [Tafsir Ibn Abbas]

 

Kata Imam Jilani Radhialllahu anhu:

"Maksud Misykat adalah hati seorang Mu'min.  Maksud Al-Misbahu adalah bermaksud Rahsia tinggi yang terbit dari hati yang amat suci iaitu Ruh Sultoni.  Maksud Az-zujajatu adalah mata hati yang bersifat dengan gemerlapan kerana kekuatan cahaya yang luar biasa."

[Sirrul Asrar]

Awas : Perlu difahami dengan benar!

"Cahaya Ketuhanan"  tidak sama seperti "cahaya" yang terlihat di dunia, tetapi "Cahaya-Nya" adalah  Laisa-Kamithlihi Syai'un yang tiada umpama sepertinya.  Tiada kata2 yang mampu huraikannya. Tiada tulisan mampu menggambarkannya.  Ia semata2 sebuah penglihatan mata hati dan mata rahsia yang disaksikan secara maknawiyyah oleh Salikin yang menuju Allah.

Cahaya Ketuhanan dikatakan sebagai "Petunjuk Allah" dan "Cahaya yang menerangi" ke dalam hati orang beriman. Lebih tinggi lagi ianya bermaksud Sirriyah —  Rahsia Ketuhanan yang bersemi di dalam ruh orang beriman. Semua ini gambaran kedudukan seseorang yang beriman — berbeza-beza dan bertingkat2 keimanannya dan kedudukannya di sisi Allah.

Firman Allah di atas merupakan ayat  Mutasyabihat, yang hanya difahami dengan tepat oleh Ahli Ma'rifat.  Orang awam atau cerdik pandai Agama yang awam tak mampu memahaminya, maka di- larang keras mentafsirnya dengan pemikiran sendiri.  Di sini kita tidak akan bincang mendalam, melainkan hanya sekadar mengambil manfaat berhubung dengan Cahaya Ilahi yang terpancar di dalam HATI orang BERIMAN.

Apabila Allah Ta'ala Menghendaki untuk Kurniakan IMAN kepada seseorang dari hamba2-Nya maka Dia (Allah) masukkan Cahaya-Nya ke dalam hatinya. Walau bagaimanapun, Anugerah Allah yang paling berharga ini TIDAK didapati secara percuma. Setiap manusia Muslim perlu sungguh2 mencarinya.

Setiap Muslim wajib sungguh2 mujahadah sungguh2 sehingga Allah Ta'ala Perkenan untuk Anugerahkan Ni'mat teragung ini.

Firman Allah :

وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَا‌ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

Dan orang2 yang bersungguh-sungguh pada jalan Kami nescaya Kami tunjukkan mereka jalannya. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang berbuat ihsan”

[Al-Ankaboot (29) : Ayat 69]

Apa yang kami katakan di sini, sungguh2lah mujahadah mencari Keimanan sejati. Ikuti panduan2 yang telah ditunjukkan oleh sekalian Masyaikh Ahlus Sunnah yang terpercaya sepanjang zaman.

Sungguh2lah memohon kepada Allah agar Dia menunjukki jalan kepada-Nya. Sungguh2 mohon kepada Allah agar Dia menunjukkan  "Pewaris Nabi yang Siddiq" yang akan membimbing kita kepada Allah dengan selamat. Tanpa "insan pilihan Allah " ini maka dikhuatiri seseorang terlena di dalam buaian lembut nafsu kejahatan atau tertipu dengan seruan2 syaitan.

Janganlah merasa diri sudah hebat dengan amal ibadah yang banyak.  Jangan merasa cukup dengan amal tahajjud yang banyak, ilmu syari'at yang banyak, sedekah yang banyak.  Semua amal ibadah itu memang sangat baik namun tanpa keimanan yang sejati di dalam diri, dikhuatiri ianya menjadi debu yang berterbangan. 

(Ingat :Berapa ramai orang alim fiqh, ahli ibadah, ahli Al-Qur'an, Ahli Kalam tertipu dengan penyamaran Iblis sehingga menjadi sesat mengikut Jalan Iblis, akibat tidak mempunyai "Pewaris Nabi yang Siddiq" sebagai Pemimpinnya Wal Iyazubillah.)

Fahamilah kata2 kami ini dari hati yang jernih. Moga memperoleh Petunjuk.

Ma'assalamah.



☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️



Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Kejadian Insan Berupa Jasad dan Ruh


Empat ribu tahun selepas diciptakan cahaya Muhammad, Allah ciptakan Arasy daripada cahaya mata Muhammad. Dia ciptakan makhluk yang lain daripada Arasy. Kemudian Dia hantarkan roh-roh turun kepada peringkat penciptaan yang paling rendah, kepada alam kebendaan, alam jirim dan badan.

ثُمَّ رَدَدْنَـهُ أَسْفَلَ سَـفِلِين

َ “Kemudian Kami turunkan ia kepada peringkat yang paling rendah”.
[Surah Tin : Ayat 5]

Dia hantarkan cahaya itu daripada tempat ia diciptakan, dari alam Lahut, iaitu alam kenyataan bagi Zat Allah, bagi keesaan, bagi wujud mutlak, kepada alam nama-nama Ilahi, kenyataan sifat-sifat Ilahi, alam bagi akal asbab kepunyaan roh yang meliputi (roh universal). Di sana Dia pakaikan roh-roh itu dengan pakaian cahaya. Roh-roh ini dinamakan ‘Roh Sultani (ruh pemerintah)’.

Dengan berpakaian cahaya mereka turun kepada alam malaikat. Di sana mereka dinamakan ‘roh rohani’.

Kemudian Dia arahkan mereka turun kepada alam kebendaan, alam jirim, air dan api, tanah dan angin dan mereka menjadi ‘roh manusia’.

Kemudian daripada dunia ini Dia ciptakan tubuh yang berdaging, berdarah.

مِنْهَا خَلَقْنَـكُمْ وَفِيهَا نُعِيدُكُمْ وَمِنْهَا نُخْرِجُكُمْ تَارَةً أُخْرَى 

“Kemudian Kami jadikan kamu dan kepadanya kamu akan dikembalikan dan daripadanya kamu akan dibangkitkan sekali lagi”.

[Surah Ta Ha : Ayat 55]

Selepas peringkat-peringkat ini Allah memerintahkan roh-roh supaya memasuki badan-badan dan dengan kehendak-Nya mereka pun masuk.

فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِى 

Maka apabila Aku sempurnakan kejadiannya dan Aku tiup padanya roh-Ku…”. 
[Surah Shad :  Ayat 72]

~ tamat petikan kitab ~




__________________________ 

 MAJLIS TAZKIRAH JILANI    

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳



☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️



Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

PENJELASAN: DI MANA ALLAH DAN PERSOALAN YANG BERKAITAN MENGIKUT AHLUS SUNNAH.

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
Semoga Allah menunjukki kita jalan kebenaran dan kesucian.

Persoalan ini.....

"DI MANA ALLAH?"

"ADAKAH ALLAH DI LANGIT"

"ADAKAH ALLAH DI BUMI?"

"ADAKAH ALLAH DUDUK DI ATAS?"

"BOLEHKAH KITA MENYEBUT  ALLAH DI MANA2?"

"ADAKAH ALLAH BERTEMPAT?"

"ADAKAH ALLAH DI DALAM DIRI INSAN?"

Ini adalah beberapa persoalan yang seringkali menjadi perbahasan ahli "Ilmu Kalam" iaitu mereka yang gemar berdebat tentang keTuhanan.  Pada sangkaan mereka perdebatan seperti itulah tauhid.

Perbahasan seperti ini mula timbul pada zaman tabiin. Mereka2 yang gemar dengan falsafah mula campur adukkan agama dengan falsafah sehingga lahirlah berbagai kelompok faham tauhid yang menyeleweng dari Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.

Pada zaman ini, golongan yang gemar menjadikannya bahan perdebatan adalah golongan wahabiyyah yang berpusat di Arab Saudi.  Kini pengikut2 wahabiyyah ini telah menular ke Malaysia, Indonesia dan negara2 orang Islam lain.

Mereka sebarluaskan idelogi pemikiran mereka berdasarkan pemikiran aqal sempit.  Yang PALING BAHAYA adalah : Mereka juga mengaku Ahlus Sunnah Wal Jamaah, mereka juga memetik kata2 Imam Ahlus Sunnah utk benarkan dakwaan mereka. Orang2 Islam awam yang tidak cukup ilmu sudah tentu terdedah kepada bahaya penyelewengan aqidah.


PENDIRIAN AHLUS SUNNAH YANG BENAR
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
●●●●●

Ulama2 Pewaris Nabi yang siddiq(yang benar), iaitu Ulama Ahlus Sunnah yang benar2 berpegang2 kepada manhaj Nubuwwah turun-temurun bersilsilah perguruan,  yang tetap teguh berpegang kepada Syari'at dan Toriqah Nabi secara amali, tidak mengambil bahagian di dalam perdebatan seperti yang di lakukan oleh golongan2 di atas. Ini kerana setengah daripada perdebatan tersebut membawa kepada riya', takabbur. Setengah lagi membawa kepada kesesatan fahaman jahmiyyah mujassimah dan mushabbihah. Wal Iyazubillah.


Panduan dan pegangan kita Ahlus Sunnah adalah sangat jelas.

Ada di antara persoalan2 yang  tersebut di atas perlu dijawab ringkas dari sudut aqli (pemahaman aqal) tanpa perbahasan.

Ada di antaranya yang lain perlu diberikan penjelasan berdasarkan hujjah Al Qur'an dan Hadith tanpa perbahasan panjang.

Dari sudut ilmiah, yang perlu kita i'tiqad berkenaan Ketuhanan adalah :

🔵Pertama:
~~~~~~~~
Allah wujud dan wujudnya ....
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ      

"Laisa Ka-mithli-hi syai 'un "  
ertinya  tiada umpama sesuatu seperti Nya.

Ini bermakna Dia (Tuhan Rabbul Jalil)  tidak dapat dimisalkan dengan sekalian makhluk. Allah Ta'ala berlainan sama sekali dari makhkuk-Nya.

Pegangan ini saja cukup utk menyatakan Allah Ta'ala tidak sama dengan sekalian yang baharu. Maka di tegah menyerupakan Tuhan sesuatu yang wujud dengan apa cara jua.


🔵Kedua:
~~~~~~~~
Jika ada yang bertanya di mana Allah?

Ulama kita mengajar beberapa cara menjawabnya:

PERTAMA:

Di petik dari Kitab Al Ghunyah karangan Imam Jilani
رضي الله عه :

Menurut pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, apabila ditanya di mana Allah, maka jawablah sebagaimana Allah Ta'ala menyebutkan dirinya di atas Arasy-Nya ....

Firman Allah:

ٱلرَّحْمَـٰنُ عَلَى ٱلْعَرْشِ ٱسْتَوَىٰ

Bermula (Allah), Ar-Rahman bersemayam di atas Arasy. 
[Surah Toha (20) : Ayat 5]


Berkata Imam Jilani
رضي الله عه :

"Al-kaif (caranya) Tuhan istiwa ( bersemayam) di atas 'Arasy tidak diketahui. Maka dilarang bertanya bagaimana Tuhan di Arasy.

Bertanya atau membincangkan atau membahaskan cara Tuhan bersemayam di atas Arasy adalah bid'ah kesesatan."

[Al Ghunyah Imam Jilani]

Inilah pegangan yang benar. Iaitu kita cuma meyakini /beri'tiqad bahwa Allah Ta'ala di atas Arasy tanpa membincangkan bagaimana caranya Dia di atas Arasy.

Jawapan ini adalah yang lebih baik dari jawapan lain kerana ianya lambang Ketinggian, Keagungan serta Kebesaran Allah Ta'ala di atas makhluk-Nya.  Bukanlah Allah memerlukan Arasy sebagai tempat singgahsananya. Tidak sama sekali!

Golongan mujassimah berbahas berkenaan cara Tuhan bersemayam atas Arasy lalu samakan Tuhan seperti makhluk duduk. Mereka tergolong daripada 72 puak yang tersesat dari kebenaran... Wal Iyazubillah.

Pada zaman ini golongan wahabiyyah mengambil konsep "mujassimah" tetapi mereka melakukan di dalam penyamaran (berlagak seperti Ahlus Sunnah) sehingga orang ramai jadi keliru.


ATAU KEDUA JAWAB :
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Allah berada sediakala seperti Dia sebelum menciptakan makhluk-Nya. 
Ertinya Dia, Allah ada pada zaman ini dan bila2 zaman pun sebagaimana Dia wujud tanpa permulaan. Dia tidak dibatasi / takluk oleh waktu, arah atau tempat.

Ini berdasarkan Sebagaimana Sabda Nabi 
:

"Allah ada tanpa sesuatu apa pun yang menyertainya. Di atasnya tidak ada sesuatu dan di bawahnya tidak ada sesuatu. Lalu Allah menciptakan Arasy di atas air.”
[Imam Tirmidzi].


ATAU KETIGA JAWAB:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Allah meliputi bagi segala sesuatu.

Sebagaimana Dia menyebut diri-Nya di dalam Al Qur'an :

Semua jawapan di atas adalah bersandarkan Firman Allah dan Hadith Nabi. Bukan dari pemikiran aqal.


🔵Ketiga:
~~~~~~~
Jika ada yang bertanya bagaimana mencari Allah jika kita tak tahu tempatnya.?

Jawapannya:
Allah Ta'ala tidak berjisim atau berarah, Dia tidak takluk kepada waktu dan tempat.  Maka soalan seperti....

"Bagaimana tuju kepada Allah jika tak tahu di mana Allah"  ...... adalah pertanyaan  tak layak bagi Tuhan.

Kita mencari Allah BUKAN seperti mencari kucing, BUKAN seperti mencari benda2.   Kita mencari Allah bermakna berusaha kembali kepada Allah, kembali kepada kesucian diri yang asal, kembali kepada kesucian ruh di alam Nur, kembali kepada kesedaran ruh ketika menghadap Rabbul Jalil. 


Inilah yang dikehendaki dengan mencari Allah, menuju Allah, berlari kepada Allah dll ungkapan seperti nya.

Ketika hati, aqal, nafas dan ruh telah suci sesuci2nya,  lalu terpancar cahaya Rabbaniyyah,  maka ketika itu akan nyata sifat2 Allah pada pandangan mahatati.  Inilah hakikat pertemuan dengan Allah dan hakikat Tauhid @ Ma'rifat yang di perlu difahami.

Dengan itu fahamilah....  Tuhan  berada seperti sediakala. Dia berada sama seperti Dia sebelum Dia ciptakan makhluk-Nya."

Cuma makhluk memerlukan arah dan tempat untuk menuju kepada makhluk.  Sedangkan Allah bersalahan dengan sekalian makhluk.  Maha Suci Allah dari bertempat, mengambil ruang, mengisi waktu, mengisi arah...  Maha Suci Allah dari segala yang demikian.

Dengan demikian dilarang mengatakan Allah di atas, di bawah, di tepi, di kiri, kanan, di dalam sesuatu seperti difahami aqal kerana ini semua sifat makhluk.

Orang tua2 kita dulu mengajar anak2 mengenai Allah dengan kata

"Tuhan di atas, Tuhan di langit "  atau seumpamanya.....

supaya anak itu faham bahawa Allah itu Maha Kuasa dan Maha Tinggi.  BUKANLAH tujuan mereka "menjisimkan Tuhan" dengan kata2 demikian.


🔵Keempat
~~~~~~~~~
Jika ada yang berkata :
Tuhan berada di dalam hati hamba-Nya yang berzikir...lalu dia beri'tiqad Tuhan wujud dalam hati... dalam bentuk jisim yang difahami aqal maka ini adalah pegangan batil dan sesat.


🔵
Jika ada yang bertanya...
Ada beberapa Hadith Qudsi seperti  ini...

"Allah berada di dalam hati Mukmin"

atau

"Allah berada di dalam hati hamba-Nya yang berzikir"

bagaimana cara memahaminya?

jawapannya:

Hadith2 ini TIDAK BOLEH difahami secara aqal.  Sebaliknya kata2 tersebut itu perlu di "muraqabahkan"  (merenung dari dalam hati mengikut disiplin Toriqat)  atau "dimusyahadahkan"   (memandang dari pandangan mata hati mengikut disiplin Toriqat)  untuk memperoleh maksud dan keyakinan.

Ayat2 Qur'an yang mengandungi kata2 seperti Tangan Tuhan, Kaki Tuhan, Wajah Allah dll sepertinya (anggota2 badan yang juga dipunyai makhluk), adalah DILARANG UNTUK DISERUPAKAN DENGAN MAKHLUK.  HENDAKLAH DIKEMBALIKAN MAKNA KEPADA ALLAH TA'ALA.

Ini yang selamat bagi orang awam, iaitu mereka yang belum mendapat Ma'rifat.



Wallahu A'lam

__________________________ 

 MAJLIS TAZKIRAH JILANI    

         🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳







☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️






بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


ALAMAT @ TANDA-TANDA IMAN AWAM (Belum ada cahaya matahati)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■



IMAN ORANG AWAM
…………………………

Iman orang awam terdiri dari tiga Golongan:

Iman Taqlid

● Iman berserta dalil

● Iman Mutakallimun (alim Kitab)

IMAN itu terselindung di dalam HATI sehingga tiada dapat diketahui hal hati tersebut pada umum.

Walau bagaimanapun “hal hati” tidak terpendam selamanya kerana setiap perkataan, perbuatan, sikap, tanggapan, pegangan, pengalaman seseorang akan menjadi tanda / menjadi bukti “rahsia” yang tersimpan di dalam hatinya. Di dalam perkataan lain semua itu adalah cerminan bagi hati. 

Untuk muhasabah diri sendiri, masing2 periksalah jika tanda2 ini ada pada diri sendiri.


Tanda2 Iman Awam adalah : 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

🌷Pertama: SYIRIK KHAFI

Orang pada tingkatan Iman awam seringkali dikuasai  syirik khafi (syirik tersembunyi) seperti riya’, sum’ah, ujub dan takabbur dan tawakkal pada makhluq.

Orang2 alim kitab, orang kaya, orang berpangkat, berjawatan, orang yang kuat tubuh badannya dsb yang mempunyai suatu kelebihan dari kelebihan dunia atau agama, lebih banyak terdedah kepada sifat2 bahaya syirik ini. 

🌷Kedua: MAZMUMAH

Seringkali dikuasai sifat2 mazmumah seperti hasad, pemarah,  gemar mengumpat, melakukan fitnah, gemar adu domba, khianat,  gemar makan banyak, gemar tidur banyak dll. 

🌷Ketiga: TIADA KHUSYU

Orang2 pada tingkatan ini sedikit sekali khusyu’ atau langsung tiada khusyu' di dalam solatnya.

🌷Keempat: DOSA BERTERUSAN

Gemar buat dosa kecil berterusan dan tak taubat.   Atau taubat juga, tetapi sering melakukan dosa. Dia tak dapat lepaskan diri dari berbuat dosa kerana cengkaman nafsu yang kuat.

🌷Kelima: TIADA IKHLAS

Kurang ikhlas atau bercampur campur niatnya di dalam Ibadah solat, sedekah, da’wah dll.
Ertinya keikhlasannya belum sampai kepada kemurnian niat yang menafikan af'al diri. Dia masih melihat dirinya mempunyai keupayaan untuk melakukan taat dan ubudiyah.

Seseorang yang masih melihat keupayaan dirinya untuk ibadah, ketaatan dan kebaikan...masih begelumang di dalam syirik khafi.

(rujuk Ikhlas Tingkatan Pertama pada Tauhid yang murni)

🌷Keenam: CINTA DUNIA  DAN MAKHLUK

Orang beriman pada tingkatan ini amat cintai dunia - Hubbud-dunya iaitu cita2 dan Mengejar pangkat dunia, kemasyhuran, mengejar kemewahan dunia.

Atau sekurang2nya dunia belum dapat dibebaskan dari ingatannya kerana kuatnya cengkaman / cita2 kepada kemasyhuran, kemuliaan atau mengumpul kekayaan dunia.

…………………………………………………

Demikian di antara tanda2 yang ada pada orang2 beriman pada peringkat Iman orang awam.

Namun tidaklah semua sifat2 tersebut berhimpun pada seseorang. Mungkin orang lain, lain gabungan sifat2nya. 

Walau bagaimanapun kebanyakan sifat2 tersebut ada dan akan menguasai seseorang pada Tingkatan Iman awam.

Keadaan ini berlaku juga kepada orang2 alim kitab (yang hanya faham dan amal ilmu fiqh semata2).

Mereka sedar ianya salah tetapi mereka tak dapat membuangnya / melepaskan diri dari sifat2 tersebut kerana cengkaman nafsu dan bisikan syaitan yang masih menguasai hatinya (contoh yang paling unggul dalam sejarah Islam adalah Imam Ghazali sepertimana yang telah dipaparkan kisahnya).


Maka perlulah setiap orang Muslim menginsafinya dan mengambil jalan kembali kepada kesucian dirinya.

Ketika seseorang memperoleh TAUHID yang SUCI MURNI, sekalian sifat2 di atas musnah dan di ganti dengan sifat2 kemuliaan iaitu yang berlawanan dengan sifat2 awam.

Untuk memperoleh TAUHID dan IKHLAS yang SUCI MURNI seseorang perlu mencari  Wasilah / Rabitah  iaitulah  Guru Mursyid  @ Ahli Ma'rifat @ Murabbi yang siddiq yang akan memimpinnya untuk memperoleh Cahaya Ma'rifat Ilahiyyah tersebut.

Jika belum bertemu Mursyid @ Murabbi yang siddiq amalkan dulu wirid2 ringkas yang telah dibekalkan. Mudah-mudahan akan ditunjukki oleh Allah akan orang yang memimpinnya.
Insya Allah.
Alhamdulillah...

___________________________ 

 MAJLIS TAZKIRAH JILANI    

         🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳





☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️





بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Kisah Imam Ghazali – Mencari Ikhlas dan Taqwa
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□


Pada fasa awal perjuangan, Imam Ghazali adalah seorang alim fiqh.

Beliau menguasai seluruh bidang Syari'at sehingga bergelar "Hujjatul Islam"  - satu gelaran yang jarang2 diperoleh oleh Ulama.

Beliau telah  menguasai Al Qur'an  (hafal Qur'an  ketika umur 6 tahun), menguasai ilmu hadith, hafal ratusan ribu hadith, menguasai ilmu2 Islam yang banyak, mengusai ilmu usul fiqh, nahwu sarf, balaghah, mantiq, bayan, badi',  sirah Nabawiyah dll.

Di samping itu beliau sangat hebat berpidato kalahkan lawan, sehingga tiada siapa mampu menandingi hujjah2 beliau.

Beliau menjadi Guru Besar Universiti Nizamiyah Baghdad, pentuntut dari seluruh dunia datang belajar dan memandang beliau dengan pandangan hebat....  !

Dengan semua kelebihan yang beliau miliki ini, sudah pasti dunia memandang beliau dengan pandangan kekaguman, kehebatan dan kesempurnaan pada Agama.
 
Tetapi apa terjadi?

Ternyata dari pengakuan beliau sendiri, di dalam Kitab Munqiz Min-Adh-Dholal, beliau mengaku terjadi riya di dalam diri beliau. 

Dan ternyata  beliau belum ikhlas di dalam melakukan keta'atan, ertinya tersembunyi niat2 lain selain Allah di dalam hatinya. 

Beliau juga tidak khusyu di dalam solat kerana sering memikirkan tentang hukum-hakam fiqh ketika solat.

Berikut adalah pengakuan Imam Ghazali sendiri di dalam Kitab Beliau Munqiz Min-Ala-Dhalal:

“Aku lihat diriku tenggelam dalam samudera godaan dan rintangan. Segala pekerjaanku dan yang terbaik ialah mengajar dan mendidikku tinjau sedalam-dalamnya. Jelas, aku sedang memperhatikan beberapa ilmu yang tidak penting untuk perjalanan ke akhirat. Apa niat dan tujuanku dengan mengajar dan mendidik, nyatalah tidak sebenarnya ikhlas yang murni kerana Allah Taala, melainkan dicampuri oleh pengaruh ingin kepada kedudukan dan kemasyuran. Maka terasalah kepadaku bahwa aku sedang berdiri di pinggir jurang yang curam , di atas tebing yang hampir gugur. Aku akan jatuh ke neraka jika tidak segera merubah sikap. "

[Munqiz Min-Adh-Dholal]

Penjelasan kata2 Imam Ghazali di atas:

● Imam Ghazali di kelilingi godaan nafsu, dunia, makhluk disebabkan kemasyhuran beliau.

● Beliau sedang berkecimpung di dalam beberapa ilmu yang tidak penting untuk akhirat

● Mengajar dan mendidik tidak ikhlas kerana Allah. Bermaksud  dalam hati ada tujuan selain     Allah seperti pujian makhluq, kedudukan, kemasyhuran, ujub dan riya.

● Mengaku berasa diri berdiri di tebing kehancuran ke neraka.

● Merasa diri mesti berubah segera untuk memperoleh keselamatan dari kecelakaan yang          sedang mengelilingi hati dan perasaan.

Ajaib!

Dengan kelebihan beliau menguasai Al Qur'an, menguasai Ilmu  Hadith dan sekalian ilmu2 yang hebat2 ternyata beliau tidak mampu memperoleh ikhlas... Mengapa?

Dengan semua kehebatan Ilmu Syari'at, beliau tak mampu tundukkan nafsu syahwat dunia dan kemasyhuran. Mengapa?

Dengan semua kehebatan Ilmu Syari'at, Imam Ghazali tak mampu khusyu di dalam solat. Mengapa?

Sangat hairan seorang Alim besar fiqh tak mampu khusyu dan tak mampu ikhlas dalam ibadah?  Sedangkan kedua2  unsur ini (ikhlas dan khusyu) unsur terpenting di dalam menentukan Taqwa dan nilai Ibadah seseorang ! 

Justru di manakah kesilapannya?

Apakah kekurangannya sehingga beliau tidak dapat khusyu dan tidak ikhlas?  

Di mana kekurangannya sehingga beliau tak mampu meraih taqwa walaupun sudah memiliki ilmu syari'at setinggi gunung?

Ringkaskan kisah:

Selama 6 bulan Imam Ghazali kegelisahan mencari penawar, sehingga akhirnya diilhamkan oleh Allah Ta'ala untuk menuntut ilmu dari Ahli Sufi @ Shaikh Mursyid.

Maka dengan penuh azam dan tekad yang kuat, Imam Ghazali meninggalkan Naisabur, yang menjanjikan seribu kemasyhuran dan kemuliaan.  Beliau meninggalkan jawatan besar Guru Besar Universiti Nizamiyyah, beliau meninggalkan ribuan murid yang sentiasa menerima ilmu beliau.

Ringkaskan kisah lagi..

Selama 11 tahun (sebelas tahun)  Imam Ghazali berkhidmat dan bersahabat dengan Shaikh Mursyid @ Ahli Sufi. Beliau bersuluk (uzlah ) menurut disiplin Ahli Sufi.

Dikatakan beliau sungguh2 zikrullah menurut Disiplin Ahli Sufi dan mujahadah  menundukkan hawa nafsu serta istiqamah dengan nasihat dan pengajaran2 Guru Mursyid beliau.

Ajaib.!

Di sini terjadi satu lagi keajaiban  yang menjadi bukti kebenaran Ahli Sufi.  Alim ulama sehebat Imam Ghazali yang terkenal satu dunia, menuntut ilmu daripada Shaikh Mursyid yang TIDAK langsung terkenal di mata dunia.

Apakah keajaiban ini?

Sesungguhnya ini adalah Keagungan Allah Ta'ala menunjukkan "rahsia" tersembunyi Ma'rifat BUKAN pada peribadi yang terserlah pada mata dunia.  Sebaliknya ia berada di dada Warisatul Anbiya yang siddiq, sedang mereka tidak dikenali oleh orang awam.

Setelah bersungguh2 mujahadah menudukkan nafsu2 rendah, lalu beliau memperoleh Ikhlas dan Tauhid yang suci murni, suci bersih dari syirik khafi (syirik tersembunyi),  suci bersih dari mazmumah dan angan2 kosong.

Kini beliau adalah insan baru, insan suci, insan yang telah telah menerima pancaran Cahaya Ilahi yang gilang-gemilang. 

Beliau bukan lagi Ulama fiqh yang cuma pandai bersyarah dan berdebat ilmu syari’at semata2, tetapi beliau adalah Ahli Ma’rifat yang mencapai posisi yang sangat tinggi di Dunia Ma’rifat. 

Sekembalinya dari khilwah / tempat persulukan beliau selama 11 tahun di bawah  asuhan disiplin Ahli Sufi @ Ahli Ma’rifat @ Mursyid, beliau menzahirkan ungkapan berharga yang menjadi pengajaran cukup berharga.

Berkata Imam Ghazali di dalam Kitab Munqiz min-Adh Dholal  :

"Selama waktu berkhilwah (uzlah mengikut disiplin Ahli Sufi @ Ahli Ma’rifat) itu terbukalah bagiku rahsia yang tak terhitung jumlahnya,tak mungkin di istiqsa  ( membahas sesuatu sejauh-jauhnya dan sedalam-dalamnya ) Yang kukatakan untuk mengambil manfaatnya – ialah aku benar2 yaqin, kaum Sufi (Ahli Ma'rifat @ Shaikh @ Mursyid ) itulah yang benar2 telah menempuh jalan yang dikehendaki Allah Ta’ala.

Merekalah golongan yang paling utama cara2 hidupnya, paling tepat tindak lakunya dan paling tinggi budi pekertinya.

Bahkan andaikata aqal para uqala, hikmah para hukama, dan ilmu para ulama yang tahu rahsia syara’, semua itu dihimpun untuk menciptakan suatu cara yang lebih utama dari cara Ahli Sufi itu, tiada akan memberi hasil; sebab segala gerak geri mereka (ahli Sufi) baik zahir maupun batin, diterangi cahaya Kenabian.
Pendeknya barangsiapa yang belum dikurnia Tuhan mengalaminya belumlah ia mengenal haqiqat Kenabian lebih dari namanya belaka.

[Munqiz min-Adh Dholal ]

Rumusan kata2 Imam Ghzali di atas:

1⃣Ahli Ma'rifat @ Shaikh Mursyid @ Ahli Sufi  itulah yang benar2 telah menempuh jalan yang di kehendaki Allah Ta’ala.

Merekalah golongan yang paling utama cara2 hidupnya, paling tepat tindak lakunya dan paling tinggi budi pekertinya.

2⃣ Sungguh banyak rahsia2 Ketuhanan dan rahsia kehambaan yang telah beliau peroleh sewaktu di dalam khilwah (suluk / uzlah) beliau, tetapi tidak dapat dihuraikan kerana tinggi dan sulitnya ilmu tersebut untuk difahami oleh orang awam.

3⃣Jika seluruh orang2 alim fikah, ahli usuluddin, ahli fikir, ahli falsafah, pakar Hadith, pakar Al-Qur’an dihimpun dan cuba dibuat satu cara yang lebih baik dari Jalan Ma’rifat @ Ahli Sufi, maka mereka TIDAK akan mampu melakukannya, kerana Shaikh Mursyid dilimpahi cahaya Nubuwwah, hakikat Nur Muhammad.

4⃣ Imam Ghazali  memperoleh Ikhlas yang suci murni dan Taqwa yang hakiki setelah berbai'at dan berguru  kepada Shaikh Mursyid @ Ahli Sufi.

Walaupun sebelumnya beliau sudah bergelar Hujjatul Islam, mahir di dalam ilmu syari'at, namun ianya TIDAK membantu beliau mengenal Allah serta Taqwa kepada-Nya.

Renungkanlah...

🍀🌹🌹🌹🍀





☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️





بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


PENGERTIAN SEBENAR MAKHLUK DOAKAN ORANG ALIM.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Rasulullah
bersabda:

إن الله وملائكته وأهل السماوات والأرض حتى النملة في جحرها ، وحتى الحوت ، ليصلون على معلم الناس الخير. رواه الترمذي (3685

“Sesungguhnya Allah dan malaikat, penghuni langit serta bumi sehinggakan semut yang berada di dalam lubangnya dan ikan-ikan (di lautan) solawat (berdoa) ke atas Orang alim(Alim Billah) yang mengajar kebaikan kepada manusia.”

[Imam Tirmizi]

Penjelasan sebenar dari maksud perkataan "orang alim"  pada hadith di atas adalah dituju kepada Alim Billah, Ahli Ma'rifat,  hamba2 Bertaqwa benar2 kenal Allah...!

Mereka BUKAN guru biasa.!

Rasulullah TIDAK bermaksudkannya kepada  guru2 biasa!

Demikian juga pengertian "solawat" pada hadith tersebut adalah "mendoakan" ertinya Malaikat dan makhluk2 lain atas mukabumi mendoakan kebaikan untuk Ahli Ma'rifat @ Ahlilillah yang sudah bicarakan tempoh hari.  Mereka BUKAN guru biasa, tetapi kekasih2 Allah.

Seluruh makhluk kenal Kekasih2 Allah kecuali manusia sedikit saja yang kenal.


Ada sebuah hadith lain :
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Rasulullah 
. bersabda :

وَإِنَّ الْعَالِمَ لَيَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِى السَّمَوَاتِ وَمَنْ فِى الأَرْضِ وَالْحِيتَانُ فِى جَوْفِ الْمَاءِ

“Dan sesungguhnya seorang ‘alim (Sohibul Ilm, atau Alim Billah) itu, akan memohonkan ampun baginya penduduk langit dan bumi, dan juga ikan dalam air.”

[Imam Ahmad , Imam  Abu Dawud]


Dan Firman Allah berkenaan doa Malaikat kepada Orang Mukmin
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Firman Allah :

الَّذِينَ يَحْمِلُونَ الْعَرْشَ وَمَنْ حَوْلَهُ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَيُؤْمِنُونَ بِهِ وَيَسْتَغْفِرُونَ لِلَّذِينَ آمَنُوا


“(Malaikat) yang memikul ‘Arsy dan yang di sekitarnya bertasbih dengan memuji Rabb mereka dan mereka beriman kepada-Nya, dan mereka memohonkan ampun bagi orang-orang yang beriman.”

[Ghafir (40) : ayat 7]

Malaikat yang memikul Arasy mendoakan orang Mu'min. 

Siapakah orang Mukmin?

Kita telah huraikan pengertian Mukmin sejati @ mukmin sebenar pada Tingkatan2 orang beriman..   iaitu mereka inilah Ahli Ma'rifat, kekasih2 Allah yang sebenar2.kenal Allah.

Apabila digabungkan semua tafsiran2 ini, maka akan nyatalah bahawa yang dimaksudkan oleh Rasulullah dengan kata : Makhluk langit dan bumi doakan kebaikan kepada "orang Alim"  adalah :

Alim Billah, mukmin sejati yang benar2 kenal Allah, Ahli Ma'rifat @ Warisatul Anbiya yang sebenar.  Mereka telah mencapai maqam TAQWA dan maqam IHSAN yang sempurna sehingga menjadi kekasih Allah serta dikenali oleh seluruh makhluk di langit dan bumi.

Wallahu A'lam









☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️






بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


KADAR FARDHU 'AIN YANG  WAJIB  ATAS MUKALLAF

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

(Ini penjelasan ringkas Syari'at dan Toriqat Rasulullah )


 

1. SYARI'AT ZAHIR (atau dikenali sebagai SYARI'AT sahaja)

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□


Pada peringkat Syari'at ~ biasa disebut juga Syari'at zahir, setiap Muslim wajib mempelajari dan amalkan 3 macam ilmu Islam.


Kadar fardhu 'ain  bagi setiap ilmu tersebut:

 

(1) Fiqh (fekah) :
~~~~~~~~~~~~~


●Mempelajari pengertian Kalimah Syahadah dan berusaha sungguh2 mendokong tuntutannya.


●Mempelajari berkenaan najis2, jenis2 air , cara bersuci.


●Mempelajari dan mendirikan ibadah solat, puasa, zakat, Haji dll.


●Mempelajari hukum Tajwid Al Qur'an dan amalkannya.


●Mempelajari hak ibu bapa dan tunaikannya.


●Mempelajari hak saudara mara, jiran tetangga, dan muslim lain, dan tunaikannya.


●Mempelajari asas2 da'wah - amar ma'ruf nahyi anil mungkar, asas2  jihad dll.


●Mempelajari hukum-hakam muamalah, jual beli yang asas, munakahat yang asas.


●Mempelajari hukum dan cara menutup aurat yang betul dan amalkannya.


●Mempelajari semua hukum-hakam lain yang asas dan dosa dan pahala secara umum.


 

(2) Usuluddin (Tauhid pada aqal):
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~


●Mempelajari prinsip2 Ahlus Sunnah Wal Jamaah (yang benar) dan berpegang teguh dengannya


● Mengenal Allah yang asas: dengan mempelajari dalil2  aqal dan naqal   berhubung dengan Af'al

 Allah, Asma'-Nya, Sifat-Nya dan Zat-Nya secara ijmali (ringkas)


●Mempelajari Sifat2 Wajib, Sifat Mustahil dan Harus bg Rasul.


●Mempelajari rukun2 Iman yang lain - Malaikat, Rasul2 lain, Kitab2, Qadha Qadar dan Qiamat


 

(3) Tasawwuf ( ilmu hati, aqal dan ruh dari segi teori):
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~


●Mempelajari sifat2 mahmudah (terpuji) pada hati dan jadikannya pakaian batin seperti ikhlas, sabar, syukur, khauf, raja', tawakkal, redha dll.


●Mempelajari sifat2 mazmumah (kekejian) pada hati, dan berusaha menjauhinya. Seperti pemarah, dengki, khianat, adu domba, fitnah, busuk hati, zalim dll.


●Mengetahui syirik khafi (syirik tersembunyi) dan berusaha keras menjauhinya.


●Mengetahui perkara2 yang jadikan khusyu di dalam solat dan berusaha keras memperolehnya.  Serta berusaha keras jauhi semua perkara yang bawa kelalaian.

🏻👳🏼
Semua ini dipanggil SYARI'AT atau biasa disebut juga syari'at zahir

 

 

PENTING:
~~~~~~
~~~


✅Semua ilmu di atas adalah memadai dipelajari sekadar yang perlu bagi umum orang Islam.  Kecuali mereka berazam untuk mendalami ilmu Agama secara khusus untuk mahirkan tiap2 ilmu tersebut sebagai fardhu kifayah.

 

✅Ilmu Usuluddin yang tersebut di atas adalah mengenal Allah, Rasul dan sekalian yang ghaib pada pemikiran aqal.

 

✅Ilmu Tasawwuf yang tersebut diatas adalah teori2 berkenaan kebaikan dan keburukan yang bersangkutan dengan hati, aqal dan ruh.

 

✅Kesemua ilmu tersebut di atas adalah masih berada pada batas aqal pemikiran dan luaran hati.  Hampir2 kesemua   kewajipan tersebut TIDAK dapat disempurnakan disebabkan oleh hatinya (orang awam) masih diselaputi oleh karat2 dunia, makhluq, nafsu dan Syaitan. 

 

💥Hati orang awam sentiasa berbolak-balik antara Iman dan Syirik, iaitu syirik khafi (syirik tersembunyi) --> ujub, riya, sum'ah, takanbbur dan tawakkal pada makhluq.


💥Hati orang yang Imannya peringkat Awam sentiasa diselubungi sifat2 mazmumah ... nafsu2 kejahatan.


💥Hati orang yang Iman Awam sentiasa diselubungi kelalaian dalam ibadah, khususnya didalam solat.


💥Ada ketika tertentu (orang2 yang pada Iman Awam) cuba berusaha untuk menetapkan hati tetapi selalunya gagal.


💥Atau ada masa dia berjaya sedikit menghambat nafsu2 kejahatan, tetapi sebentar kemudian dia diselubungi semula dengan sifat2 tersebut.


💥Atau ada masa dia dapat khusyu di dalam solat, tetapi itu sebentar saja. Kebanyakan solatnya berlalu di dalam kelalaian.


💥Ada masa dia dapat ikhlaskan hati dati ujub, riya, sum'ah dan takabbur tetapi kebanyakan masa hati nya diselubungi syirik2 khafi tanpa disedarinya.

 

Ini suatu hal yang amat berat.  Apabila seseorang TIDAK dapat tunaikan kewajipan2 yang fardhu ain, bermakna ini.masalah yang sangat besar baginya.


Dia perlu keluar dari semua kekejian, kekurangan, kepincangan tersebut.  Tetapi apakah caranya?


Apakah prinsip2 untuk menetapkan hati itu?


Apakah langkah2 untuk memperoleh hati yang suci dan bebas dari syirik khafi?


Apakah langkah2 untuk memperoleh ikhlas dan.Tauhid yang suci murni?


Apakah langkah2 untuk memperoleh Iman dan.Taqwa yang teguh dalam hati?


Apakah cara2 untuk memperoleh khusyu di dalam Solat?


 

JAWAPANNYA adalah TORIQAT


Maka di sini datangnya peranan Toriqat untuk menyempurnakan kesemua kewajipan tersebut agar menjadi orang2 yang benar2 beriman. Lihat penjelasan lanjut berikut.

 

 

2.  SYARI'AT BATIN (atau di kenali juga TORIQAT)
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
□□□□□

 

Ringkasnya... 


Ini adalah Ilmu mengerjakan zikrullah (mengingat Allah dengan adab dan cara tertentu)  


muraqabah  (merenung kepada Allah) dan..


musyahadah (melihat Allah dengan pandangan ruh)  


serta amal hati yang lain di dalam sebuah Madrasah  Pendidikan Keruhanian yang lengkap  yang 

diambil dari Rasulullah .    

 

Sistem pendidikan tersebut dipindahkan oleh Sahabat Ridhwanullah  kepada Tabiin, yang kemudian pindahkannya kepada Imam dan Shaikh2 sambung menyambung dari  satu generasi kepada generasi berikutnya secara musyafahah (menghadap Guru) dan bai'at  (ijazah untuk beramal).

 

Sebagai peringatan:

Kesemua Toriqat yang mu'tabar datang dari wahyu Allah.  Maka mengengkari mana2 Toriqat yang mu'tabar boleh bawa kepada Kekafiran.

Wal Iyazubillah.

 

Untuk  memperoleh kesucian hati, dan seterusnya Tauhid yang suci murni tanpa syirik,  memperoleh  kekuatan ibadah yang ikhlas dan khusyu', dan menyempurnakan sekalian kewajipannya sebagai orang beriman,  maka seseorang Muslim perlu berguru kepada Guru yang Arif (mengenal Allah dengan sebenar kenal) dengan cara  mengambil bai'at  (ijazah untuk beramal) daripadanya.

 

Guru yang arif ini dikenali sebagai Shaikh Mursyid @ Ahli Ma'rifat @ Murabbi yang siddiq, yang mewarisi Ilmu Rasulullah  zahir batin.

 

Shaikh @ Guru Mursyid  memimpin murid untuk menyucikan hatinya melalui Sistem Tarbiyyah yang  sistematik dan lengkap yang dicontohi dari Rasulullah mendidik para sahabat.

 

Sistem Tarbiyyah ini terdiri beberapa tingkatan zikrullah dan mujahadah2 khusus sehingga murid itu mendapat ketenangan hati, aqal dan ruh.  Seterusnya memperoleh kemanisan Iman dan keikhlasan ubudiyyah yang sebenar.

 

Ringkasnya,

Pada awal sistem tarbiyyah ini, hati si murid / salikin  akan diterangi oleh cahaya Zikrullah. Kegelapan dan karat2 jahiliah akan mula hilang musnah.

 

Kemudian datang cahaya Ketuhanan memenuhi hati, aqal dan ruhnya.

 

Semua ini berlaku beransur2...   sedikit demi sedikit  sehingga akhirnya hati, aqal dan ruh itu bebas sepenuhnya dari semua kegelapan mazmumah dan syirik.  Maka ketika itu murid berdiri sebagai hamba Allah yang penuh Imannya dan penuh Taqwanya.

 

Untuk keterangan lanjut baca Siri Pembahagian Tingkatan Iman.

Semoga diberi Rahmat oleh Allah.


 

3. JIKA TIDAK MENEMUI SEORANG SHAIKH @ GURU MURSYID YANG ARIF YANG SIDDIQ (YANG BENAR)
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
□□□□□□□□□

 

Pada akhir zaman ini amat sukar menemui seseorang Guru yang Arif yang siddiq (benar).

Sebagiannya yang mempunyai gelar "Sufi" bercampur aduk dengan ilmu2 batin yang sesat.  Sebahagian lagi sibuk dengan mencari karomah hissiyah untuk menunjukkan kehebatan diri. Sebahagian lagi bersahabat dengan jinn syaitan untuk menipu ummat yang jahil. Semua ini adalah sufi2 palsu.

 

Oleh kerana ini, telah wasiat sekalian guru2 yang siddiq dan soleh...Untuk memastikan Shaikh itu seseorang yang benar2 layak sebagai Mursyid @ Shaikh Pewaris Nabi, maka lakukanlah dua perkara ini.

 

(1) Lihat pada syarat2 seorang Mursyid @ Shaikh. Perhatikan sungguh2 akan sifat2 tersebut.


(2) Munajat pada Allah pada tengah malam Tahajjud agar ditunjjuki Guru Mursyid yang akan memimpinnya.

 

Jika belum berhasil menemui seorang Shaikh @ Mursyid yang siddiq, jangan putus asa, teruskan munajat di samping itu teruskan Istiqamah pada Syari'at dengan menyertai Umum Ummat Islam yang mempunyai ciri2 Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

 

Persoalannya :


Sudahkah kita berusaha sungguh2 mencarinya?

 

Moga Allah peliharakan kita semua dari malapetaka akhir zaman.


Wallahu A'lam















بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


BILAKAH JINN DIJADIKAN?

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□


Jinn dijadikan jauh lebih dahulu dari manusia.  Berdasarkan keterangan Ulama Ahlus Sunnah,  Bapak segala Jinn, - Al-Jannu, iaitu Jinn pertama di jadikan 2,000 (dua ribu) tahun sebelum di jadikan Nabi Adam.

Firman Allah :

وَٱلۡجَآنَّ خَلَقۡنَـٰهُ مِن قَبۡلُ

Dan jinn pula  (al-Jannu  iaitu bapak jinn) , Kami jadikan dia sebelum itu,…”

[Al-Hijr (15) : Ayat 27]

Menurut mufassirin  Maksud Firman Allah,

“Kami jadikan sebelum itu…”   adalah tertuju kepada kejadian “Al-Jannu “ – bapak segala Jinn yang di jadikan sebelum Adam di ciptakan. Dari banyak riwayat, Al-Jannu di ciptakan oleh Allah 2,000 tahun sebelum di ciptakan Adam Alyhis Salam.

Kata Ibnu Abbas:

“Dua ribu tahun sebelum Adam di ciptakan, di bumi sudah ada jinn dari anak keturunan Al-Jannu (bapak segala Jinn), lalu mereka membuat kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah”

[Imam Al-Haakim, di dalam Mustadraknya]

Berkata Amr Al-As,

“Jinn di ciptakan dua ribu tahun sebelum penciptaan Adam.

[Laqth Al-Marjan Fi Ahkamil Jann – Imam Sayuthi]



DALIL –DALIL  JINN  DIJADIKAN DARI “API”
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□


Tiada perselisihan di kalangan Ulama Ahlus Sunnah bahawa, Jinn  di jadikan dari api yang sangat panas. Diantara dalil2 nya adalah :


Dalil Pertama
=========


Firman Allah :

وَخَلَقَ الْجَآنَّ مِن مَّارِجٍ مِّن نَّارٍ

“Dan Dia (ALLAH) telah menciptakan jinn (al-jann iaitu bapak jinn) dari lidah api yang menjulang-julang”

[Ar-Rahman (55) : Ayat 15]

Maksud kata2 Allah  “Al-Jaann”   di dalam ayat di atas adalah merujuk kepada jinn yang awal2 di jadikan, asal usul jinn iaitu bapak segala jinn. sebagaimana Adam itu bapak segala manusia, demikian lah “Jann”  adalah bapak segala jinn.

Maksud kata2 Allah,      " maarij min-nar ”  adalah yang api yang marak menjulang yang tiada asap. (smokeless fire).  Dari sudut sains, api yang paling panas adalah api yang tiada asap kerana terjadi pembakaran lengkap (complete combustion).  Ini Bermakna Jinn yang pertama (Al-Jannu)  di jadikan oleh Allah Ta’ala dari api yang sangat panas.

Kata Imam Alusi ,  “maarij”  adalah api tulin yang tidak ada asap”

Kata Ibnu Abbas, al Jann, iaitu bapak segala Jinn di ciptakan dari api  yang sangat tulin dan yang paling cantik. (seperti api berwarna biru, hijau atau putih semuanya sangat cantik pada pandangan)


Dalil kedua
========


Firman Allah :

وَٱلۡجَآنَّ خَلَقۡنَـٰهُ مِن قَبۡلُ مِن نَّارِ ٱلسَّمُومِ

Dan jinn pula  (al-jann iaitu bapak jinn) , Kami jadikan dia sebelum itu, dari api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma

[Al-Hijr (15) : Ayat 27]

Di dalam ayat ini sekali lagi Allah Ta’ala menyebut  “al-Jann”  iaitu bapak segala jinn,  kejadian nya adalah dari api yang sangat panas.

Istilah   
ٱلسَّمُومِ         “samum”  di gunakan di dalam ayat ini untuk menunjukkan keadaan api yang sangat panas yang dari nya Jinn itu di jadikan.

Sebahgian Ulama menyebut “samum”  adalah api yang meresap ke dalam liang roma – menunjukkan api yang kepanasan nya mencapai dajrah yang amat tinggi.

Imam Alusi mengatakan “samum” adalah  api yang tiada asap dan bintang-bintang juga di jadikan dari api jenis itu”

Ibnu Abbas juga menyebut “samum” adalah api tulin yang tiada asap.

[Laqth Al-Marjan Fi Ahkamil Jann – Imam Sayuthi]


Dalil ketiga
=========

Rasulullah  bersabda :

“Para malaikat di cipta dari cahaya, jinn di ciptakan dari nyala api dan Adam di ciptakan dari apa yang di sifatkan pada kamu”

[Imam Muslim]

Ibnu Mas’ud berkata,

“Api yang panas yang menjadi penciptaan jinn merupakan satu bahagian dari tujuh puluh bahagian api. Sementara api kita ini satu bahagian dari tujuhpuluh bahagian apai yang panas itu”

[Imam Haakim, Imam Thabarani, Imam Baihaqi]

PERBINCANGAN JINN (DAN IBLIS)  DIJADIKAN DARI API :

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Menggabungkan kedua2 ayat Qur’an di atas yang menyebut tentang kejadian Jinn yang pertama, kita akan dapati makna “maarij “ dan “samum”  membawa maksud yang sama, iaitu api yang sangat tulin, tiada asap yang darjah kepanasan nya amat tinggi.  Maka di sini faham lah kita asal kejadian Jinn adalah di jadikan dari api tulin, api yang cantik dan api yang sangat panas menyambar.

Iblis menyangka dia di ciptakan oleh Allah Ta’ala dengan kemuliaan kerana di jadikan dari api yang sangat tulin dan sangat panas.  Dia menyangka api itu suatu kemuliaan dan kehebatan sedangkan “api yang marak menyala”  dan “api yang menjulang tinggi kepanasannya”  adalah menunjukkan kepada sifat membinasakan dan Sifat Kemurkaan Allah.

Dari pemerhatian kehidupan kita, api yang kecil dan terkawal adalah suatu Ni’mat Allah kepada manusia untuk mengambil manfaatnya pada ketika2 tertentu seperti untuk memasak, mengeringkan pakaian dan memanaskan badan. Di samping itu banyak kegunaan lain seperti meleburkan besi dan membuat peralatan2 logam.

Tetapi apabila api itu menjadi besar dan tak terkawal ianya menjadi pemusnah yang menghancurkan segala sesuatu di hadapannya. 

Banyak kejadian di muka bumi yang telah di saksikan ketika api menjadi besar dan tak terkawal, banyak jiwa terkorban dan kemusnahan harta benda berlaku.  

Contoh yang lain :  lava gunung berapi boleh membunuh ribuan manusia dan membinasakan tanaman, harta benda dan segala yang ada pada alirannya.

Di Neraka, api marak menjulang yang meleburkan kulit dan tulang. 

Jadi keseluruhannya sifat api yang marak menyala dan membakar adalah menunjukkan sifat yang “membinasakan”.   Ini lah sifatnya di jadikan Iblis, syaitan dan jinn.

Satu lagi hal yang menarik tentang “jenis api”  iaitu api yang angat tulin dan bersih ( ertinya tiada asap ketika pembakaran ), menunjukkan darjah kepanasan yang amat tinggi berbanding dengan api yang mempunyai asap ketika pembakaran berlaku.  

Api yang tulin warna nya putih, hijau dan ungu sementara api yang bercampur asap warnya merah dan kuning.

Iblis tidak mempunyai pengetahuan tetang kejadian dirinya yang mempunyai  sifat membakar dan membinasakan…!   Dia tidak tahu sifat “api tulin yang marak menjulang”   itu adalah sifat yang membinasakan yang menujukkan sifat Kemurkaan Allah.  

Pada sangkaan  Iblis, dia adalah mulia dan lebih baik dari Adam.   Salah sangka  dan takabburnya Iblis inilah yang akhirnya menjahanamkan dirinya sendiri, seperti akan datang keterangannya.

Berkata Ibn Abbas berkenaan hal ini:

“Iblis adalah penjaga syurga, sekaligus memimpin Malaikat langit dunia.  Dia di beri pemerintahan langit dan bumi. Dia malaikat dari golongan jinn yang sangat gigih dan sangat luas pengetahuannya. Dia selalu membisik apa yang ada di antara langit dan bumi. Maka dia pun menilai dirinya mulia dan   agung.  Inilah yang mendorongnya kepada kekafiran. Dia pun melakukan kemaksiatan kepada Allah, sehingga Allah menjadikannya syaitan yang terlaknat.

Jika kesalahan terjadi kerana kesombongan, maka jangan engkau mengharapkan keampunan Allah. Tetapi jika kesalahan itu kerana kemaksiatan, maka kamu boleh mengharap keampunan Allah.  Kesalahan Adam terjadi kerana kemaksiatan sedangkan kesalahan Iblis terjadi keranan kesombongan.”

[Tafsir Qurtubi, Al_baqarah (20) : Ayat 34]

Rumusan dan Pengajaran berharga :

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Untuk mengambil i'tibar dari kisah ini, kita akan dapati beberapa hal yang sangat menarik untuk dijadikan pengajaran :

🌷 Iblis (dan jinn seluruhnya ) dijadikan dari api yang sangat panas. Iblis menyangka api yang panas itu suatu kemuliaan sedangkan ianya terbalik.

🌷Iblis mempunyai ilmu yang sangat luas, namun ilmunya sekadar mengenal benda2 dunia dengan aqalnya.  Iblis  tak mengenal hakikat dirinya sendiri, apa lagi mengenal Allah dengan hakikat dan Ma’rifat, jauh sekali. (akan datang penjelasannya, Insya Allah)

🌷Iblis melakukan ibadah yang banyak, memimpin Malaikat dan menyangka dia lebih mulia dari Adam sehingga apabila datang perintah supaya sujud pada Adam, dia enggan dan takkabur, menyombong, cakap membesarkan dirinya  di hadapan Tuhan yang menciptakan dia sendiri.    Akibat kesombongan ini membawa kehinaan dirinya dan diLa'nat oleh.Allah dan seluruh makhluk sehingga Qiamat.
(akan datang penjelasan lanjut, Insya Allah).

🌷 Iblis tertipu dengan kejadian dirinya sendiri.  Dia menyangka segala keistimewaan yang Allah Taala beri dia itu sebagai  suatu kemuliaan sedangkan hakikatnya ia adalah ujian dan istidraj kepada dia. 

🌷Keseluruhanya Jinn dan Iblis adalah makhluk perosak yang gemar bunuh-membunuh dan membuat kerosakan atas muka bumi.  Sangat sedikit sekali yang beriman kepada Allah.  Setelah Adam diciptakan, Jinn dan Iblis yang sudah menaruh dendam pada Adam, menjadikannya keturunan Adam sebagai musuh utamanya.

- SELESAI-

Wallahu A'lam

🍂🔥🔥🔥🔥🔥🍂
















بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Firman Allah :


إِنَّ الشَّيْطَـنَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوّاً

“Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu,  maka jadikanlah ia musuh kamu…”
[Al- Faatir (35) : Ayat 6]



SIAPAKAH JINN YANG PERTAMA DIJADIKAN (BAPAK SEGALA KETURUNAN JINN)
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
□□□□□□□□□

🔥Apakah nama  Jinn pertama dijadikan?

🔥Adakah Jinn pertama itu “Al-Jannu”?

🔥Adakah Jinn pertama itu Azazil (Iblis)?

🔥
Jika kedua berlainan, apa pula kaitannya “Al-Jannu”  dengan Iblis?

Ulama Ahlus Sunnah berselisih pendapat, siapakah Jinn yang pertama di jadikan, adakah   “Al-Jannu” seperti yang di sebutkan di dalam Al-Qur’an  di beberapa tempat.  Atau adakah Iblis (nama asalnya Azazil atau Harith) itu bapak segala Jinn?  Adakah Iblis dan “Al-Jannu itu  sama”?  

Berbagai pendapat di kemukakan oleh Ulama.   Kita Cuma melihat tiga pendapat terkemuka daripadanya :


Pendapat Pertama :
~~~~~~~~~~~~~
"Al-Jannu"  dan Iblis adalah sama.
"Al-Jannu"  itu lah Iblis dan iblis itu lah " Al-Jannu"

Maksudnya "Al-Jannu" adalah nama bagi Jinn yang pertama di jadikan, dan dialah Iblis. 

Menurut pendapat ini,  Iblis hidup di kalangan Malaikat, dia hidup di dalam Syurga dan beribadat dengan ibadat yang sangat banyak.  Ketika itu nama  nya adalah di gelar  Azazil (Bahasa Ibrani)  dan di panggil Haris (Bahasa Arab)   Pada saat  dia menentang perintah Allah yang memerintah sujud pada Adam, dia di La’nat dan panggil Iblis.  Anak cucu keturunan nya di panggil Syaitan. 

Jika pendapat ini di terima, timbul suatu kemusykilan...

Bagaimana pula dengan jinn2 yang lain; iaitu Jinn2 yang lain yang ada di atas muka bumi ketika itu yang terdiri dari Jinn Islam dan Jinn  yang kafir?  Dari mana datangnya jinn2 itu ?"

Jawapan yang munasabah adalah :

“Al Jannu “(Iblis) telah berkembang biak di atas muka bumi dan sebahagian nya telah naik ke langit dan beribadat bersama Malaikat.

Pendapat Kedua :
~~~~~~~~~~~
Iblis adalah keturunan dari “Al-Jannu”.

Menurut pendapat ini, “ Al-Jannu “adalah bapak segala Jinn sementara Iblis adalah salah satu keturunan “Al-Jannu” dan Iblis bukan lah bapak segala Jinn / bukan Jinn yang pertama.   Ini bermaksud Iblis hidup pada satu zaman kemudiannya. Menurut pendapat ini Iblis yang ketika itu hidup bersama jin-jin lain di muka bumi (belum di berikan panggilan Iblis lagi) yang di panggil dengan nama Azazil (dan juga di gelar Harith), di bawa oleh Malaikat ke langit dan beribadah bersama Malaikat.

Tetapi di sebabkan kekafiran menentang Allah, Azazil ini di laknat dan di beri nama Iblis.

Pendapat ketiga:
~~~~~~~~~~~
Iblis dan “Al-Jannu”  adalah dua spesis jinn yang berlainan. 

Walaupun kedua2 nya di jadikan dari api, namun ada perbezaan nya pada jenis api di jadikan.

Menurut pendapat ini, Iblis termasuk makhluk hidup bersama para malaikat. Mereka (iblis) juga di sebut jinn dan di ciptakan dari api panas yang membara di antara Malaikat.    Pada awalnya nama Iblis adalah Azazil (Bahasa Ibrani) dan Haris (Bahasa Arab). 

Dia kemudiannya derhaka pada Allah.  Akibatnya dia di panggil Ibllis, iaitu yang berputus asa dari Rahmat Allah. Dia di la'nat oleh Allah dan di campak keluar dari Syurga.

Iblis dan seluruh keturunan nya adalah kafir semuanya dan akan di masukkan ke dalam Neraka tanpa hisab.

Sementara itu “Al-Jannu”  adalah bangsa jinn yang lain yang di jadikan dari nyalaan api sebagaimana di sebut di dalam Al-Qur'an.

Keturunan Al-Jannu ada yang  beriman, ada yang munafiq dan ada yang kafir. Mereka juga akan menerima balasan baik atau jahat menurut perbuatan mereka. Mereka akan mati, akan menghadapi soal jawab di dalam kubur, menghadapi padang Mahsyar sebagaimana juga manusia.   

Keturunan “Al-Jannu” yang beriman akan memperoleh balasan Syurga sementara yang kafir  akan mendapat balasan Neraka.

Berkata Ibnu Abbas,

“Jaann” adalah nenek moyang jinn dan mereka bukan syaitan. (keseluruhannya).  Syaitan adalah anak cucu Iblis. Mereka tidak akan mati melainkan bersama Iblis. Sedangkan jinn mati. Di antara mereka ada yang mukmin ada yang kafir. Adam adalah nenek moyang manusia, “jann” adalah nenek moyang jinn. Sedangkan Iblis adalah nenek moyang syaitan”

[Ringkasan dari Tafsir Qurtubi,    :  Al-Hijr (15) : ayat 27,  Al-Baqarah (2) :Ayat 34 dan  Al-Kahfi (18): Ayat 50 ]

Walaupun terdapat perbezaan pendapat Ulama terhadap  asal nenek moyang Jinn, namun ini tak perlu di jadikan perbahasan panjang, kerana yang lebih mustahak untuk di beri penumpuan dan perhatian adalah “wujudnya gangguan makhluk bernama iblis dan tentera2 dia dari kalangan syaitan dan jinn lain2 terhadap manusia.  Mereka semuanya adalah jahat (kecuali sedikit sahaja dari jinn beriman) dan bertujuan musnahkan kehidupan manusia seluruh nya.

Gangguan dan kerosakan yang dicetuskan oleh makhluk jahat ini pada manusia, ini yang perlu menjadi fokus utama perbincangan kita.





بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


DEIFINISI JINN

□□□□□□□□□□□□


"Al Jinnu" bermaksud suatu yang tersembunyi  atau suatu yang ditutupi.

Jinn adalah makhluk yang tersembunyi atau ditutupi dari pandangan manusia umumnya.  Walaupun jinn hidup bersama dan sering bersentuhan dengan dunia manusia, namun manusia terdinding dari melihat mereka.

Dengan demikian manusia  (umumnya) tidak dapat mengetahui  hal-hal bersangkutan dengan jinn. kecuali orang2 tertentu yang diberi izin oleh Allah melihatnya.

DEFINISI IBLIS
□□□□□□□□□□□□

Iblis adalah dari perkataan al-iblaas yang bermakna  “ putus “  iaitu putus asa dari Rahmat Allah.

Iblis telah berputus asa dari Rahmat Allah sejak  Allah Ta’ala melaknat dan mengusir dia dari Syurga, akibat penderhakaannya.  Sebagaimana sudah maklum, Iblis juga dari bangsa jinn. Nama asalnya Azazil ketika dia masih belum derhaka kepada Allah.   Sebaik sahaja di engkar perintah Allah dengan penuh takabbur, maka dia digelar Iblis.

DEFINISI SYAITAN
□□□□□□□□□□□□□□

Syaitan dalam bahasa Arab diambil dari kata "syatana"  yang berarti jauh.

Dengan itu Syaitan adalah bermaksud “makhluk yang jauh dari kebenaran, jauh dari Rahmat Allah dan yang kerjanya menjauhkan manusia dari kebenaran”. 

Syaitan adalah anak cucu Iblis, bermakna juga dari golongan jinn.

PENJELASAN  :TERTUTUP NYA JINN DARI PANDANGAN MANUSIA
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Ini satu bab yang sangat penting untuk diberi perhatian, kerana ramai yang tertanya-tanya bagaimana halnya Jinn, Iblis dan syaitan terlindung dari pandangan manusia.  Apakah yang menyebabkan mereka itu terlindung?  Tidakkah mungkin sains mempunyai cara untuk mengesan kehadirannya.

Golongan yang paling bingung adalah cerdik pandai filosof dan pakar kedoktoran.  Mereka tak menerima hakikat kewujudan jinn, iblis Syiatan yang tersembunyi dari pandangan dan juga tersembunyi dari dikesan oleh alat2 letronik canggih sekalipun.  Mereka hairan dan bingung...!

Jinn, Iblis dan syaitan sememangnya hidup bersama di dunia manusia tetapi pada dimensi yang yang berlainan (dimesi selari).  Mereka juga sentiasa dapat bersentuhan dengan manusia sedang manusia tidak menyedarinya.  Bahkan jinn syaitan membawa berbagai kecelakaan / petaka kepada bangsa manusia seperti yang akan disebutkan nanti, sedang mereka tidak sedari.

Jika kalian ingin tahu rahsia perkara ini,  Ini penjelasannya...

Berkata Ibnu Abbas, " Setelah Allah Ta'ala menciptakan JInn yang pertama ( dipanggil Al-Jannu atau di pangill Samum atau juga dipanggil Iblis) , yakni diciptakan dari nyala api, maka Allah berfirman, "Berharaplah",  maka dia berkata, "aku berharap dapat melihat namun tidak terlihat, kami dapat menghilang di dalam air, yang tua di antara kami tetap muda" Maka harapan itu dikabulkan, sehingga mereka dapat melihat namun tidak terlihat"
[Laqth Al-Marjan Fi Ahkamil Jann – Imam Sayuthi]

Dialog di atas sangat jelas bukan?  Jinn yang pertama dijadikan iaitu Al-Jannu atau juga disebut Samum, bapak segala keturunan Jinn memohon kepada Allah Ta'ala agar dia dapat melihat manusia sedang manusia terdinding dari melihat dia.  Dan Allah Ta'ala kabulkan permintaan tersebut.

Maka inilah sebabnya orang awam dan para doktor dengan segala kepakarannya tak mampu menjejaki kewujudan jinn dan syaitan, Bahkan tak dapat juga mengesan najis, racun  dan ancaman kuman yang di sebarkan oleh mereka.  walaupun jinn syaitan sentiasa mengerumuni mereka, namun mereka tak dapat melihat dan menjejakinya.

Kini mungkin sudah terbuka minda, menjawab beberapa perkara menjadi misteri kepada doktor, pakar perubatan dan juga orang awam seluruhnya.

Misterinya adalah :

Jinn, Iblis dan Syaitan  tak dapat dilihat melalui peralatan letronik walau macam mana hebat sekalipun disebabkan suatu pemberian Allah pada jinn, iblis dan syaitan atas permintaannya sendiri.  Dengan demikian mata kasar atau mata sains tak mampu melihatnya. 

Ada dua golongan sahaja yang Allah Taala berikan pembukaan kepada melihat  jinn dan alam jinn iaitu :

Pertama : Ahli Ma’rifat

Ahli Ma’rifat dibukakan  oleh Allah kepada alam jinn dan  kejahatannya untuk menghancurkan tipu dayanya dan juga menghancurkan jalan2 kesesatannya. Demikian juga mereka dapat menghalang berbagai gangguan Syaitan dari menghampiri murid2nya.

(Inilah salah satu kelebihan bagi mereka2 yang berguru kepada Shaikh yang siddiq. Namun ini bukan lah suatu jaminan.  Banyak lagi faktor2 lain yang perlu diperhatikan untuk memperoleh keselamatan)

Kedua : Ahli Sihir

Ahli Sihir juga diberi izin oleh Allah Ta’ala melihat jinn, iblis syaitan ini dan berinteraksi dengan mereka semua untuk mendapat pertolongan.  Tetapi izin Allah ini adalah sebagai suatu istidraj, iaitu kelangsungan dari Allah untuk membinasakannya... iaitu mereka binasakan diri sendiri.

Oleh kerana niat tukang sihir @ bomoh @ dukun @ pawang dll.  adalah  melakukan syirik dan kejahatan, maka mereka dilorongkan oleh Allah Ta’ala kepada kejahatan itu.

GHAIBNYA JINN, IBLIS DAN SYAITAN - BUKAN SUATU KEISTIMEWAAN...!
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Mungkin ada di antara manusia menyangka jinn memiliki keistimewaan kerana dapat ghaib dari pandangan manusia, dapat menembusi alam ghaib.  Sebenarnya tidak....!

Ghaibnya Jinn, Iblis dan syaitan tidak sama dengan ghaibnya malaikat,  tak sama juga  dengan ghaib nya alam Malakut, Alam Jabarut, Alam Lahut dan lain2 alam kesucian.  Jinn dan puak2nya sama sekali tak dapat menembusi alam keruhanian yang suci.  Bahkan jika mereka hampir saja pun, pasti terbakar hangus.

Jinn syaitan hanyalah ditutup dari pandangan manusia sedangkan mereka tetap di dunia seperti kita juga.   Kemungkinan mereka dapat memasuki alam ruh2 dan mencuri sesuatu yang diperlukan oleh sekutu2 mereka dari kalangan  bomoh, dukun dan pawang. (akan datang penjelasannya.)


Wallahu A'lam

🍂🔥🔥🔥🔥🔥🍂






☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️




بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


GANGGUAN SYAITAN TERHADAP MANUSIA
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□


PERTAMA : GANGGUAN SYAITAN  TERHADAP  IMAN DAN IBADAH (AMAL KEBAIKAN)
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●


Matlamat Iblis dan kuncu2nya,  syaitan dan jinn jahat adalah untuk menyesatkan manusia sehingga menjadi kafir.

Inilah gangguan pertama dan kerja  paling utama bagi syaitan  terhadap manusia iaitu cuba sedaya upaya memalingkan setiap manusia dari jalan Allah sehingga menjadi SYIRIK  dan  KAFIR. 

Jika syaitan  tak mampu  menjadikan seseorang itu kafir, maka dia akan berusaha supaya orang itu jadi FASIQ dan ZALIM. 

Jika tak berkuasa juga syaitan akan berusaha supaya orang itu melakukan SYIRIK KHAFI (syirik tersembunyi) .

Jika dia mampu juga, syaitan akan menjadikan orang itu hilang ikhlas dan MALAS IBADAH.  

Begitulah halusnya gangguan2 syaitan terhadap manusia, tidak akan berhenti sesaat pun dari berusaha menyesatkan nya.

Menurut Ahli Ma’rifat, terdapat empat anasir yang dijadikan oleh Allah Ta’ala di muka bumi menjadi  "Afat”, iaitu halangan yang membinasakan orang2 beriman.

Pertama   :  Nafsu

Kedua     :   Syaitan

Ketiga     :   Dunia

Keempat :   Makhluk

Syaitan menjadi penyokong kepada Nafsu2 kejahatan yang sedia ada di dalam diri manusia untuk menjatuhkannya kepada kefasikan dan kekafiran..!

Ini membawa maksud, setiap orang yang beriman wajib mempelajari dan  mengetahui  hal ehwal syaitan, cara2 dia masuk mengganggu Iman dan Ibadahnya. Seterusnya mempelajari sungguh2 langkah2 waspada terhadap bisikan2 jahat nya dan juga mengetahui cara2 memerangi syaitan sehingga syaitan tersungkur jatuh.     

Wallahu A'lam

🍂🔥🔥🔥🔥🔥🍂






☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️






بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


KEJADIAN IBLIS DAN SYAITAN DAN SIFAT2NYA

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□


(1)   Iblis adalah makhluk  bangsa Jinn,  iaitu di jadikan dari api.

(2)   Syaitan adalah anak cucu Iblis.  Ertinya Iblis adalah induk, sementara Syaitan adalah keturunan Iblis.  Ada juga pendapat lain bahwa Iblis adalah ketua sementara Syaitan tentera2nya.

(3)   Iblis dan syaitan mempunyai sifat2  kehidupan yang sama seperti Jinn pada umumnya kerana kejadiannya serupa ; dijadikan dari api– makan minum, kencing, bernafas, berfikir, beranak pinak,  bergerak pantas  dll.

(4)   Iblis dan semua syaitan adalah makhluk yang derhaka (kafir) kepada Allah, maka tiada hisab di akhirat tetapi dihumban terus ke Neraka…!

(5)   Penderhakaan Iblis adalah bermula sejak di jadikan Adam oleh Allah dan disuruh sujud (hormat) pada Adam.  Seluruh Malaikat dan Jinn sujud pada Adam, kecuali Iblis.

(6)   Iblis tidak mati sehingga Qiamat (ditangguhkan kematian oleh Allah Ta’ala)

(7)   Syaitan mungkin cacat dan mati.

(8)   Iblis dighaibkan dari pandangan manusia (manusia awam) oleh Allah Ta’ala, tetapi Iblis dan syaitan boleh melihat manusia.

(9)   Kerja Iblis dan syaitan adalah mendatangkan berbagai kesusahan, kesakitan dan was-was pada manusia.

(10) Iblis bersumpah kepada Allah Ta’ala yang dia akan sesatkan semua manusia.

(11) Iblis dan Syaitan boleh memasuki badan manusia,  mengalir bersama aliran darah serta melakukan berbagai gangguan pada otak, jantung (hati), paru2, tulang belakang, perut dan rahim (bagi wanita)

(12) Setiap manusia dan jinn dan haiwan yang tersangat jahat juga dipanggil Syaitan.

Demikianlah beberapa fakta penting yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah berkenaan kejadian dan Sifat2  umum Jinn, Iblis dan Syaitan.  Semua yang tersebut adalah berdasarkan dalil2 kukuh dari Al-Qur’an, Hadith Nabi dan tafsiran2 Ulama Mu’tabar (Ulama Ahlus Sunnah yang siddiq) yang akan di sebutkan nanti. 


Wallahu A'lam

🍂🔥🔥🔥🔥🔥🍂








☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️






بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


FAKTA2 PENTING PENDIRIAN AHLUS SUNNAH DARIHAL JINN, IBLIS DAN SYAITAN
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□


Berikut adalah pendirian Ahlus Sunnah berkenaan dengan Jinn, Iblis dan Syaitan:

KEJADIAN JINN DAN SIFAT2 NYA
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□


(1)   Jinn adalah makhluk yang dijadikan dari api.

(2)   Jinn dijadikan dua ribu tahun sebelum Adam dijadikan.

(3)   Jinn terdiri dari jasad, ruh, aqal dan hati

(4)   Tempat tinggal jinn adalah di tempat2 gelap dan kotor.

(5)   Jinn makan minum, bernafas, kencing, buang air besar dan  tidur dan juga bergerak pantas.

(6)   Makanan Jinn adalah tulang dan kotoran.

(7)   Jinn terdiri dari jenis laki2 dan jinn perempuan,  melakukan hubungan jantina dan beranak pinak.

(8)   Jinn dighaibkan dari pandangan manusia (manusia awam)  oleh Allah Ta’ala tetapi jinn boleh melihat manusia.

(9)   Jinn secara umumnya ditanggungkan taklif syara' (beban syari'at) sama seperti manusia.

(10) Jinn terdiri dari Jinn Islam dan jinn kafir tetapi kebanyakannya adalah fasiq dan kafir dan suka membuat kerosakan atas muka bumi  dan mendatangkan kesusahan pada manusia.

(11) Jinn boleh memasuki badan manusia,  mengalir bersama aliran darah serta melakukan berbagai gangguan pada otak, jantung (hati), paru2, tulang belakang, perut dan rahim (bagi wanita).

(12)  Jinn mati, akan menghadapi alam barzakh, hari Mahsyar Mizan (timbangan amal), Sirat (titian), Syurga dan Neraka sama seperti manusia.


Wallahu A'lam

🍂🔥🔥🔥🔥🔥🍂






☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️






بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


TAQWA

●●●●●●

(1) Setiap orang beriman perlu mempersiapkan dirinya dengan bekalan Taqwa, iaitu sebaik-baik bekalan menghadap Allah Rabbul Jalil. Jangan hanya berpuas hati dengan apa jua amalan2 biasa, tetapi sewajarnya bersungguh2 mujahadah memperoleh khazanah termulia ini.

(2) Taqwa itu pancaran cahaya hati  dan BUKAN sekadar ucapan lisan atau pengakuan semata. Dari Taqwa ini terpancar sekalian sifat2 kemuliaan - tawadhu, khusyu', halim,  takut, harap, qana'ah, tawakkal, sabar, syukur, redha dan kasih.

(3) Untuk memperoleh Taqwa paling rendah pun bukan suatu yang mudah.   Seseorang beriman perlu keazaman yang kuat serta mengikut Imam Penunjuk jalan, menurut Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

(4) Rasulullah  adalah sebaik baik contoh teladan Taqwa. Baginda adalah pakar keruhanian yang telah mendidik para Sahabat menjadi insan2 bertaqwa yang diredhai Allah.    Shaikh Mursyid  yang siddiq (benar) mewarisi kepakaran Rasulullah , bagi mendidik, mengasuh dan memimpin Ummat Islam sepanjang zaman sehingga Qiamat. Dengan demikian setiap Muslim berkewajipan mencari Shaikh Mursyid yang siddiq untuk mencapai kejayaan dunia akhirat.

(5) Orang-orang yang alim di dalam ilmu fiqh, penghafal Qur’an, penghafal Hadith,  wajib juga belajar mendidik hatinya dengan mengambil ubat, penawar dan rawatan dari Shaikh Mursyid. Tanpa ubat dan penawar yang diambil dari Shaikh Mursyid, seseorang alim sentiasa terdedah kepada kepincangan Tauhid /Iman,  syirik khafi (syirik tersembunyi), mazmumah (sifat keji) dan ghaflah  (kelalaian) yang menghalang terpacapainya Taqwa sejati

Semua ini terbukti dari pengalaman Ulama salaf soleh terdahulu.

(6) Seseorang yang memperoleh Taqwa, walaupun pada peringkat yang terendah sekalipun, akan merasai kemanisan Iman, kelazatan ubudiyyah, khusyu di dalam solat, serta ketenangan di dalam hidup, sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah Ta’ala.

(7) Peringkat tertinggi Taqwa adalah Taqwa Rasul, Nabi dan Auliya Allah. Tingkatan tertinggi Taqwa ini juga dikenali sebagai “Maqam Ihsan” , “Maqam Mukasyafah Zat yang sempurna”,  “Maqam Tajalli Zat”   yang merupakan kemuncak   taqarrub (hampir) kepada Allah Ta’ala. 


Muhasabah diri..




☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️




بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


ZUHUD

    ●●●●●●


Zuhud adalah salah satu sifat terpuji dalam Agama.  Ianya satu anjuran Allah dan Rasul-Nya yang sangat kuat.

Apakah makna zuhud?

Adakah zuhud itu mempunyai rumah buruk dan kenderaan kodok?

Adakah zuhud itu pakai pakaian lusuh dan kelihatan dhaif?

Adakah zuhud itu tinggalkan masyarakat dan tinggal di hutan?

Jika kita melihat seseorang menaiki kereta mewah, bolehkah kita kata dia tak zuhud secara pasti?

Jika seseorang berpakaian hebat seperti raja, bolehkah kita kata orang itu tak zuhud secara pasti?

Jika terlihat seseorang yg kaya-raya bolehkah kita hukumkan terus dia tak zuhud?

Apakah sebenarnya zuhud dan hakikat zuhud yang dituntut  pada Agama?

👳🏻





☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️





بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


TAUBAT NASUHA

■■■■■■■■■■■■■■


Setiap insan tidak terlepas dari kesilapan, kelalaian dan dosa!

Bahkan makna "insan" adalah tempat lupa dan lalai.  Oleh kerana sifat asal kejadian insan yang tidak terlepas dari dosa, maka  Allah Ta'ala sediakan jalan kembali kepada-Nya dengan bertaubat ....!

Bahkan Allah Ta'ala sangat mengasihi  hamba2-Nya yang bertaubat dan menyucikan hati- nya.

Firman Allah :

ُ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلتَّوَّٲبِينَ وَيُحِبُّ ٱلۡمُتَطَهِّرِينَ (٢٢٢)

"....Sesungguh nya Allah sangat menyukai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri"
[Al-Baqarah : 222]

Rasulullah
..memuji manusia2 yang berdosa yang segera bertaubat sebagai manusia terbaik....!

Sabda Rasulullah
. :

"Setiap anak Adam tidak terlepas daripada melakukan dosa dan sebaik-baik orang yang berdosa ialah yang bertaubat kepada Allah."
[Imam Tirmizi]

Namun hendaklah diingat setiap pekerjaan di dalam Agama ada hukum, syarat, peraturan dan adab tertentu.

Taubat yang sebenar iaitu "TAUBAT NASUHA"  adalah taubat yang diterima oleh Allah apabila ianya menepati syarat2nya.



SYARAT2 TAUBAT YANG MAQBUL:
○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○

(1) Segera berhenti dari melakukannya.

(2) Menyesal sungguh2 di atas perbuatannya.

(3) Berjanji tidak mengulangi dosa2 tersebut.

(4) Gantikan Haq Allah. Jika kesalahannya dengan haq Allah maka hendaklah "diqadha"           diganti segala kewajipan (fardhu) yang ditinggalkannya.
 
(5) Gantikan haq insan. Jika kesalahannya sesama manusia hendaklah dipulangkan haknya atau diminta halal darinya.

(6) Taubat dilakukan di dalam waktu yg diharuskan iaitu :

  (i)  Sebelum nyawa sampai halqum.

  (ii) Sebelum matahari terbit dari Barat.

(7) Ikhlas



🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷



Kebanyakan kita tahu dan sedar 3 perkara teratas.  Sedangkan Taubat yang sebenar dan kesempurnaan Taubat adalah menunaikan kesemua syarat2 tersebut.


Renung dan Fikirkan....





☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️





بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


PENGAMBILAN DALIL HAKIKAT  "NUR MUHAMMAD"  DARI KITABULLAH

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


DALIL PERTAMA:
□□□□□□□□□□□□□□

Allah Yang Maha Tinggi berfirman:

قَدْ جَآءَكُمْ مِّنَ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَـبٌ مُّبِينٌ

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu dari Allah, cahaya dan kitab yang menerangkan”.

[Al-Maaidah (5) :  ayat 15]



DALIL KE-2
□□□□□□□□□

Firman Allah :

۞
ٱللَّهُ نُورُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۚ مَثَلُ نُورِهِۦ كَمِشۡكَوٰةٍ۬ فِيہَا مِصۡبَاحٌ‌ۖ ٱلۡمِصۡبَاحُ فِى زُجَاجَةٍ‌ۖ ٱلزُّجَاجَةُ كَأَنَّہَا كَوۡكَبٌ۬ دُرِّىٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ۬ مُّبَـٰرَڪَةٍ۬ زَيۡتُونَةٍ۬ لَّا شَرۡقِيَّةٍ۬ وَلَا غَرۡبِيَّةٍ۬ يَكَادُ زَيۡتُہَا يُضِىٓءُ وَلَوۡ لَمۡ تَمۡسَسۡهُ نَارٌ۬‌ۚ نُّورٌ عَلَىٰ نُورٍ۬‌ۗ يَہۡدِى ٱللَّهُ لِنُورِهِۦ مَن يَشَآءُ‌ۚ وَيَضۡرِبُ ٱللَّهُ ٱلۡأَمۡثَـٰلَ لِلنَّاسِ‌ۗ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمٌ۬ (٣٥)

Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya-Nya adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.

[An-Nur (24) : Ayat 35]


DALIL KE-3
□□□□□□□□□

Firman Allah :

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ إِنَّآ أَرۡسَلۡنَـٰكَ شَـٰهِدً۬ا وَمُبَشِّرً۬ا وَنَذِيرً۬ا (٤٥) وَدَاعِيًا إِلَى ٱللَّهِ بِإِذۡنِهِۦ وَسِرَاجً۬ا مُّنِيرً۬ا (٤٦)

" Wahai Nabi, Sesungguhnya Kami mengutusmu untuk jadi saksi, dan pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan,dan untuk menjadi penyeru kepada agama Allah dengan izin-Nya dan untuk  jadi cahaya yang meneranginya" ( lampu yang menebarkan cahaya).

[Al-Ahzab (33) : Ayat 45]


Adalah dipersilakan semua di sini terutama yang benar2 ingin mencari kebenaran,  dan BUKAN PERDEBATAN SIA2, cuba cari tafsirnya dari Kitab2 Ulama Ahlus Sunnah yang terkemuka  seperti di bawah :

(1) Tanwir al-Miqbas  ibn ‘Abbas -   Sayyidina Ibnu Abbas, Pentafsir Ulung kalangan Ahlus Sunnah

(2) Tafsir Tabari -   Imam Ibn Jarir At Tabari

(3) Tafsir Qurtubi -  Imam Abu Abdullah Al Qurtubi

(4) Tafsir Al-Kabir :  Imam Fahruddin Ar-Razi,   Mujaddid kurun ke-6

(5) Tafsir Jalalyn ; Imam Sayuthi,  Mujaddid kurun ke-9

(6) Tafsir As-Syifa :   Imam Abu al-Fadl `Iyad (Qadhi 'Iyad)

(7) Tafsir Ruhul Ma'ani : Imam Al Alusi

(8) Tafsir Ibnu Kathir : Imam Ibnu Kathir

……………………………………………………

Cuba  baca dan renungi betul2 tafsir2 ini, kemudian baru kita beralih Hadith Nabi dan kemudian akhir sekali kepada pendapat dan fatwa2 Ulama Ahlus Sunnah keseluruhannya.

Insya Allah moga Allah menerangi hati kita dengan Taufiq.

Insya Allah.




☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️





بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


KISAH ISRA' MI'RAJ DAN KAITAN NYA DENGAN PERJALANAN SALIKIN PADA JALAN MA'RIFAT

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●

Kemungkinan ramai tidak sedar dan tidak tahu bahawa wujudnya kaitan antara Isra' Mi'raj Rasulullah dengan perjalanan Ahli Ma'rifat...!

Perjalanan Isra' Mi'raj Nabi adalah sebuah gambaran lengkap perjalanan "salikin"  yang menaiki bahtera keruhanian menuju Allah sebagaimana yang dilalui oleh semua Mursyid2 dan Wali2 Allah.

Sebagaimana destinasi akhir Rasul bertemu Allah di Hadratul Quddus, Hadrat Ketuhanan Yang Maha Suci di Arasy.   Maka demikian pula  destinasi akhir ahli Ma'rifat adalah terbuka mata hati dan mata ruhnya " melihat" Allah yang "Laisa Kamithlihi Syai'un" di Hadrat Ketuhanan Yang Maha Suci.

Satu perbezaan paling besar adalah :

Rasul kita Sayyidina Muhammad   (dan hanya Muhammad Rasulullah)  bertemu Allah di Arasy dengan jasad dan ruh.  Sementara sekalian Rasul, Anbiya dan Wali Allah hanya bertemu Allah di atas Arasy dengan "ruh" semata2.

Apabila dihuraikan satu persatu perjalanan keruhanian Ahli Ma'rifat maka di sana akan terlihat dengan nyata sebuah gambaran lengkap Isra' dan Mi'raj  Rasulullah 
ﷺ.


Wallahu A'lam

 






☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️






بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


BAHAYA BERSAHABAT DENGAN JINN

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sekadar peringatan semula....

👉🏽permulaannya cuma coba2 hampiri alam jinn syaitan

👉🏽lazimnya melalui bacaan2 kitab hakikat sesat.dan ilmu kebatinan sesat

👉🏽mula berkawan / berteman dengan jinn syaitan

👉🏽permulaannya seronok.. dapat macam2 bantuan / pertolongan

👉🏽jika sakit hati pada seseorang., boleh hantar jinn dia menyakiti orang tersebut

👉🏽jinn itu tolong bantu dengan duit harta

👉🏽mula percaya pada jinn

👉🏽buat perjanjian dengan jinn ... awalnya cuma janji tolong-menolong. 

👉🏽buat perjanjian sehidup semati dengan jinn iaitu  mempertuhankan Jinn, percaya pada jinn dan kafir kepada Allah

👉🏽jadi bomoh, dukun, pawang...  buat macam2 kejahatan, tinggal solat, tinggal zikir. 

👉🏽Wirid hariannya seru jinn syaitan yang jadi sahabat dia. puja puji dia.

👉🏽matahati tertutup, hati gelap, sekalian amalan ditolak.

👉
🏽lazimnya mati kafir, tak sempat taubat. kerana pada sakratul maut jinn datang janji palsu.  lidah tak mengucap kalimah Tauhid. Wal Iyazubillah

⛔ Sesiapa yang ada cadangan untuk bersahabat dengan jinn..  fikir2 dulu semua kronologi di atas. dan akhir kesudahannnya...!

⛔Jika kalian percaya pada jinn syaitan, lebih dari kepercayaan pada Ulama Arif,  dipersilakan berguru kepada jinn syaitan !





☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️





بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


PENYAKIT ANEMIA DAN KAITAN DENGAN MAKHLUK HALUS

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Anemia : Kekurangan sel darah merah dalam badan. Kekurangan sel darah merah membawa kepada :

👉🏽 kekurangan hemoglobin 👉🏽 kekurangan oksigen sampai ke tubuh terutama jantung dan paru2 (hypoxia)


🔵 kurang oksigen pada jantung
         
👉🏽 sakit dada
         
👉🏽 lemah jantung
         
👉🏽 serangan jantung

🔵 kurang oksigen pada paru-paru  :
        
👉🏽 sesak nafas
        
👉🏽 lemah badan
        
👉🏽 kurang semangat

🔵 kurang oksigen pada otak :
        
👉🏽 sakit kepala
        
👉🏽 pening
        
👉🏽 pitam /pengsan
        
👉🏽 kemurungan
        
👉🏽 meradang tanpa sebab

🔵 kurang oksigen pada otot2 dan urat :

       
👉🏽 otot2 kebas
       
👉🏽 sakit belakang
       
👉🏽 sakit belikat

Persoalan penting
~~~~~~~~~~~~~~~

Sampai saat ini pakar2 belum temui punca sel darah kurang dalam badan. Mereka beri alasan "pembawaan" atau "gen" atau "faktor keturunan".

Sejauh manakah kebenaran teori pakar2 ini ..?  Wallahu A'lam.

Dari pengalaman dan pemerhatian ustaz, punca sebenarnya kemungkinan besar adalah gangguan makhlus. Sama ada saka (jinn syaitan daripada nenek moyang) atau santau (jinn syaitan dari perbuatan khianat manusia)

Apa yang berlaku adalah : Jinn syaitan ini menyedut / hisap darah merah menyebabkan berlaku kekurangan sel darah ini dalam badan.

Sebab itu walaupun ditambah darah kepada pesakit anemia, darah tetap hilang.  Doktor2 pakar sampai belum dapat jawapan ke mana hilang darah tersebut.  Alat letronik juga tidak dapat mengesan sebarang aktiviti makhluk halus @  jinn syaitan.


Tetapi perlu disedari, aktiviti gangguan makhluk halus "hisap darah" ini tidaklah berlaku sekaligus.  Ia mungkin bermula dengan gangguan2 biasa  seperti gangguan pada jantung, otak dan otot2.

Bila tidak dirawat, ia lakukan aktiviti lebih serius seperti menyedut darah.

Wallahu A'lam





☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️





بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


TIGA MACAM MATA YANG TAK DI SENTUH NERAKA

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

🍁
Rasulullah
صلى الله عليه وسلم bersabda :

Tiga mata yang tidak akan melihat siksa neraka, iaitu mata yang terjaga saat perang di jalan Allah, mata yang menangis karena Allah dan mata yang terpelihara dari larangan Allah.”

[Imam At-Thabrani]


🍁
Rasulullah
صلى الله عليه وسلم bersabda :

“Tiga mata tidak akan melihat api neraka, iaitu mata yang tercungkil ketika perang di jalan Allah, mata yang meronda di jalan Allah dan mata yang menangis karena Allah.”

[Imam Al- Hakim]





☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️





بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


ORANG ISLAM CONTENG ARANG PADA WAJAH WALI ALLAH

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□


Auliya Allah @ Wali Allah adalah kekasih2 Allah yang dimuliakan oleh Alla Taala.

Mereka adalah penyambung tugas kenabian selepas kewafatan Nabi 
bagi mendidik dan memimpin Ummat ini iaitu pemimpin bagi Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Tetapi cuba lihat apa yang sedang berlaku..  cuba lihat betapa gambaran buruk dipalitkan ke atas nama Auliya Allah.

Apabila disebut saja kubur Auliya Allah, ziarah kubur, tawassul, tabarruk dengan Auliya Allah apa yang tergambar dalam pemikiran umum ummat adalah " puja kubur", bid'ah sesat dan syirik.

Inilah kata2 kotor dan jahat yang menjadi mainan mulut setengah orang  bernama Islam.  

Mengapakah ini berlaku?

Siapakah di sebalik semua dakyah2 jahat ini?

Mengapakah mereka melakukan dakyah ini?

Ini adalah kerja Golongan Yahudi dan Nasrani yang memang memusuhi Islam. Mereka tahu sumber kekuatan Islam ada pada Wali2 Allah iaitu Ahli Ma'rifat @ Mursyid yang siddiq. Maka mereka melakukan berbagai dakyah jahat sehingga nama Auliya Allah tercemar di kalangan Ummat Islam sendiri.

Kini Yahudi dan Nasrani disambung oleh golongan Wahhabi,  Syiah Rafidhi dan Sekular.

Mereka telah memalitkan wajah buruk pada nama Wali Allah sehingga apabila terdengar orang ziarah kubur Wali Allah, maka apa yang terbayang  di benak mereka adalah bid'ah sesat, syirik..,!

Seolah2 semua yang berkaitan dengan kubur Wali Allah adalah sesat, bid'ah, syirik  dan wajib dijauhi. ..   Wal Iyazubillah betapa sesat fahaman ini...!

Sebab itu kita berulangkali kata...   Kejahilan adalah punca berlakunya kekufuran yang tidak disedari.   Kejahilan adalah punca berlaku perbuatan menuduh syirik, bid'ah sesat tanpa usul yang haq.

Maka bergelumanglah ummat yang jahil ini di dalam kefasikan dan kekufuran.

Wal Iyazbulillah

Sedarlah betapa ummat Islam ini kini dalam permainan halus Iblis, Yahudi, Wahabi, Syiah dan Sekular.









☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️







بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


REZEKI, USAHA IKHTIAR RAWATAN, PENYEMBUHAN DAN HUBUNGAN NYA QADHA QADAR.

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


Persoalan usaha ikhtiar manusia, penawar bagi penyakit (ubat dan perubatan zahir tubuh dan perubatan masalah keruhanian), penyembuhannya serta hubungannya dengan Qadha dan Qadar seringkali menjadi kekeliruan di kalangan Ummat Islam dari dahulu sehingga kini.

🍁Kekeliruan sama ada perlu berusaha ikhtiar atau meninggalkan usaha ikhtiar ketika terjadi kesakitan @ penyakit.

🍁 Kekeliruan memahami "kuasa penyembuhan" yang diletakkan( ditaqdirkan) oleh Allah ke atas suatu ubat @ benda2 @ ayat Qur'an @ doa @ Zikir serta hubungannya dengan Kekuasaan Allah Taala.

🍁Kekeliruan pendirian @ i'tiqad ketika terjadi penyembuhan dari penyakit @ keselamatan dari bahaya @ terlepas dari musibah.

🍁 Kekeliruan  selepas suatu kejadian musibah atau terkena penyakit,  dengan kata2 penyesalan....

" jika aku tak buat begitu, tentu dah selamat"

atau...

" jika aku makan ubat, tentu aku tak sakit" 

dsb...

🍁Kekeliruan mengambil cara2 rawatan yang selain perubatan Islam yang sah. 

🍁Kekeliruan :  Menerima perubatan sains berkaitan pendinding @ kekebalan tubuh dari penyakit melalui  vaksinasi dan imunisasi. Tetapi di sisi lain menolak pendinding dari gangguan makhluk halus melalui ruqyah Islam.

Inilah di antara perkara2 penting berkaitan usaha ikhtiar, ubat, perubatan dan Qadha Qadar Allah Taala yang cuba ustaz bawa untuk perhatian  kerana kita sentiasa bersentuhan dengan masalah ini di dalam kehidupan. memahami mengikut Ahlus Sunnah Wal Jamaah

Mudah-mudahan kita memperoleh kefahaman mengikut pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Insya Allahu Taala. Aameen
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Persoalan pertama untuk difikirkan.

Apakah hukum  usaha ikhtiar pada sisi Ahlus Sunnah?

Wajib?

Sunnat?

Harus?

Untuk mudahkan perbincangan cuba lihat contoh2 berikut.

Contoh mudah 1:
~~~~~~~~~~~
~~

Tiap2 seseorang sudah ditentukan rezekinya dengan sukatan yangg cukup. Adakah ini bermakna duduk tunggu rezeki dengan alasan rezeki tak bertambah dengan usaha?


Contoh mudah 2:
~~~~~~~~~~~
~

Setiap seorang sudah ditentukan jodoh, adakah ini bermakna serah pada Tuhan dengan alasan sudah di ada dalam.Taqdir Azali jodohnya?


Contoh mudah 3:
~~~~~~~~~~~~~

Ahmad sakit jantung.  Perlu tak dia berusaha atau serah bulat2 pada Tuhan dengan alasan "ajal maut di tangan Tuhan"


Renung dan Fikirkan....






☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️




 

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


HUKUM USAHA IKHTIAR ? (WAJIB,SUNNAT, HARAM, MAKRUH, HARUS)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


Usaha ikhtiar yang tertanggung atas orang beriman ada 2 bahagian yang besar :

🍁PERTAMA :

WAJIB SECARA MUTLAK

🍁KEDUA :

USAHA IKHTIAR BERGANTUNG ATAS TUNTUTAN YANG BERUBAH2 / BERBEZA2

Penjelasan :
~~~~~~~~

PERTAMA: TUNTUTAN USAHA IKHTIAR WAJIB SECARA MUTLAK
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Usaha ikhtiar ini adalah yang bersangkutan dengan Ibadah

Ibadah terbahagi kepada tiga bahagian :

🌴 Ibadah khusus / khas
🌴 Ibadah umum / am
🌴 Ibadah terhasil dari muamalah harian

Ibadah khusus adalah amal ibadah yang telah ditentukan waktu, syarat, rukun dan adab2- nya. Solat fardhu lima waktu, puasa Ramadhan, Zakat dan Haji adalah ibadah2 yang termasuk di dalam bahagian ini.

Ibadah Am /Umum adalah sekalian ibadah yang telah diterangkan pada Syara' sebagai ibadah tetapi tidak ditentukan waktunya, rukun2nya,  syarat2 nya, adab2nya secara khusus. Ini adalah Zikrullah, membaca Qur'an, da'wah dll.

Ibadah yang terhasil dari muamalah kehidupan harian adalah setiap muamalah yang di- lakukan sesuai dengan tuntutan Syari'at bagi memperoleh keredhaan Allah.

Apabila muamalah tersebut benar2 menepati tuntutan Allah, maka jadilah ia Ibadah.

Sebaliknya setiap muamalah yang dilakukan tidak sesuai dengan tuntutan agama atau di lakukan berlawanan dengan hukum, maka jadilah ma'siat yang membawa kemurkaan Allah.

Dengan demikian fahamilah setiap pekerjaan kita sama ada ibadah khusus ( yang telah di- tentukan waktu dan syarat2nya) atau Ibadah umum, atau  mualmalah harian diwajibkan ke atas setiap orang beriman berusaha ikhtiar mencari keredhaan Allah dan Kasih-Nya.

Berusaha ikhtiar menyempurnakan kesemua  jenis ibadah ini adalah Wajib mutlak tanpa kecuali. 

KEDUA : USAHA IKHTIAR BERGANTUNG ATAS TUNTUTAN YANG BERBEZA-BEZA
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Usaha ikhtiar jenis ini adalah yang berkaitan dengan  muamalah pada ain @ zat pekerjaan itu sendiri berbeza2 atau berubah2 mengikut tuntutan atas individu pada satu2 ketika.

Ertinya tidaklah semua pekerjaan itu secara mutlaknya wajib dan tidak juga dikatakan harus melainkan berbeza2 mengikut tuntutan agama atas dirinya pada satu2 ketika.

Bagi menjelaskan perkara ini mari kita lihat beberapa contoh :

🌷Contoh :  Mencari Jodoh dan perkahwinan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hukum asal perkahwinan adalah Sunnah Nabi yang sunnat hukumnya itba' pada Nabi          

SUNNAT KAHWIN - Apabila syahwat seseorang lelaki wujud seperti manusia normal dan mempunyai keupayaan memenuhi tuntutannya sebagai suami, maka sunnat dia berusaha ikhtiar untuk mencari jodoh dan berkahwin.

Tetapi hukumnya berubah mengikut individu yang berlainan.

WAJIB KAHWIN apabila sudah ada dorongan nafsu yang kuat dan ditakuti jatuh kepada zina. Maka berusaha ikhtiar untuk mencari jodoh untuk berkahwin pada orang ini adalah wajib.

Alasan berlengah kerana belum mempunyai kemampuan kewangan tidak diterima syara'  kerana banyak dalil yang menunjukkan adanya jaminan rezeki oleh Allah bagi pasangan yang berkahwin.

HARAM KAHWIN jika seseorang tiada nafsu syahwat dan ditakuti dia akan berlaku zalim pada pasangannya. Maka tiada keharusan berusaha ikhtiar mencari jodoh pada orang seperti ini.


🌷Contoh : Mencari rezeki
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

HARUS berusaha ikhtiar mencari rezeki dalam keadaan biasa supaya dia tidak meminta2 atau mengharap dari orang lain.

WAJIB berusaha ikhtiar mencari rezeki bagi seseorang yang sudah ada tanggungan seperti anak isteri atau ibu bapa yang sudah tua.

HARAM berusaha mencari rezeki jika dia seorang yang berharta dan pekerjaannya menyebabkan dia lalai dari ibadah yang wajib.

SUNNAT berusaha mencari rezeki jika telah cukup rezekinya dan pekerjaannya tidak melalaikan ibadahnya yang wajib dan tidak membawa kepada ma'siat. Dan pada masa yang sama dia bercita2 membelanjakan hartanya pada fi sabilillah.


🌷Contoh  : Usaha iikhtiar bagi  penyembuhan sakit.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

HARUS berusaha ikhtiar bagi sakit / demam biasa yang diketahui akan sembuh berdasarkan pengalaman hidupnya.  Ertinya tidak wajib jika dia tahu penyakitnya itu penyakit lazim dan tiada terganggu ibadah atau urusan lain.

WAJIB berusaha ikhtiar bagi sakit / demam / gangguan makhluk halus yang menyebabkan ibadah terganggu atau menyebabkan kerjaya terganggu atau diketahui boleh membawa mudarat yang lebih buruk atau boleh membawa maut / kematian. (disahkan oleh pakar perubatan moden atau perubatan ma'rifat). 

Ertinya haram sengaja membiarkan diri lebih mudarat atau  membawa maut.

*****************************

Demikianlah hal2 yang lain di dalam kehidupan.  Masing2 bergantung kepada tuntutan ke atas dirinya pada satu2 ketika.  Semua yang demikian adalah bertujuan mencari redha Allah.

Moga mendapat manfaat.

Wallahu A'lam






☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️





بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



BIJAK,  BIJAKSANA DAN JAHIL

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●



Siapakah orang yang bijak?

Siapakah yang bijaksana?

Siapakah yang dikatakan jahil dan bodoh?

🍁ORANG BIJAK adalah orang yang sedar dirinya tidak tahu dan bersedia untuk belajar. Dia tak pernah berhenti untuk menerima nasihat dan teguran. Dia bersungguh2 belajar dan tak pernah  berhenti mencari kebenaran. Akhirnya dia jumpai kebenaran sejati dan menjadi Bijak.


🍁ORANG BIJAKSANA adalah Arif Billah yang kaya dengan Ilmu Hikmah dan Kebijaksanaan.  Namun beliau tak pernah melihat dirinya memiliki sesuatu apa pun melainkan dilihatnya semua itu  Kurnia Allah Yang Maha Agung.  Beliau sedar ilmu hikmah dan kebijaksanaanya yang Allah Kurniakan itu sebagai amanah untuk disebarkan pada Ummat.   Mereka inilah Rasul, Nabi, Ahli Ma'rifat ( Warisatul Anbiya').


🍁ORANG JAHIL yang sebenar jahil adalah orang yang tak sedar dirinya jahil, bahkan mengakui dirinya alim padahal sebenarnya jahil. Di cuma sombong dengan ilmu dia yang sedikit.  Dia menolak kebenaran dan enggan mencari kebenaran kerana penguasaan nafsu dan Iblis yang meraja di hatinya.

Orang jahil yang yang tak sedar dirinya jahil dan enggan mencari kebenaran dan enggan mengakui kebenaran, adalah dia sebenar2 jahil dan tersesat.  Wal Iyazubillah.

Moga kita di jauhkan dari golongan2 jahil yang tak sedar dirinya  jahil.


Muhasabah diri..

 







☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️






ـــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

BERDUSTA ATAS NAMA NABI / MENDUSTAKAN NABI

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

Sabda Rasulullah ..

“Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah dia menyediakan tempatnya di dalam neraka”.
[Imam Bukhari, Muslim]

Mendustakan Nabi mempunyai tiga pengertian :

(1) Mereka-reka hadith palsu.

Ini adalah perbuatan golongan Syi'ah.


(2) Menolak mana2 hadith yang thabit dari Nabi termasuk hadith dhoif.

Hadith dhoif dikatakan lemah kerana  perawinya yang lemah ; bukan lemah pada matannya.

Maka menolak hadith dhoif adalah kekufuran dan pengengkaran pada Nabi.

Ini adalah golongan anti Hadith.


(3) Mentafsirkan hadith mengikut aqal pemikiran sendiri.

Ini adalah golongan Khawarij dan kini golongan Wahabi.


Fahamilah dan ambillah pengajaran.  Jangan buat sewenang2 dalam hal agama ikut nafsu dan aqal.





☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️




بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


SIAPA KHALIFAH RASUL UNTUK MEMIMPIN UMMAT

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●



Sabda Rasulullah
صلى الله عليه وسلم

“Dahulu kaum Bani Isra’il dipimpin oleh para Nabi. Setiap seorang nabi meninggal dunia, maka diganti seorang nabi lainnya. Maka sesungguhnya tidak ada nabi yang menggantikan setelah aku meninggal dunia, Namun yang menggantikanku adalah khalifah-khalifah. Maka mereka banyak mempunyai pengikut-pengikut ”, Sahabat bertanya, “Wahai Rasul apa yang engkau perintahkan pada kami?” Rasul menjawab, “Laksanakan baiat seperti baiat pertama kali di hadapan mereka dan tunaikan hak-hak mereka, Kalian mintalah kepada Allah yang menjadi bagian kalian, karena Allah Ta’ala menanyakan tentang apa yang mereka pimpin.”

[Imam Bukhari, Imam Muslim]


Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم

"Tidak akan masuk neraka seorang muslim yang telah melihat dia akan daku. Dan tiada pula masuk neraka, mereka yang melihat ia akan orang yang melihat ia akan daku sehingga 70 lapisan wasitah sekalipun. Maka sesungguhnya mereka itulah khalifah-khalifahku (pewarisku) pada menyampaikan syariatku dan memimpin Ummatku pada jalan ketuhanan dan ubudiyyah yang sebenar. Dengan syarat mereka tetap pada syari'atku." 

[Imam Khatib daripada Abdur-Rahman bin Uqbah]

"Wakil Rasulullah"  itu adalah  "Khalifah Rasulullah"  bagi memimpin dan mendidik Ummat kepada  Allah Ta'ala.

Yang dimaksudkan dengan "pewaris"  dan  "khalifah" Rasul yang memegang amanah memimpin Ummat kepada Ketuhanan  BUKAN khalifah yang jadi pemerintah politik dunia..!

BUKAN juga orang2 alim yang hafal kitab semata2...!

BUKAN juga mufti atau qadhi di jabatan2 Agama...!

BUKAN juga takluk pada cerdik pandai agama memiliki pangkat PhD, Profesor, Drs, Dr, Master atau lain2nya...!

BUKAN juga penceramah, pakar motivasi yang pidatonya gegak gempita..!

Jika demikian siapa mereka, di mana mereka, apa sifat2 mereka, bagaimana mengenali mereka?

Mereka adalah "khalifah2" Rasulullah yang mempunyai keperibadian Rasulullah, Ilmu warisan Rasulullah, Ilmu yang meliputi zahir dan batin, syari'at dan haqiqat, Ilmu Ma'rifat Ilahiyyah.  

Mereka penyambung "Madrasah Rasulullah"  yang tidak akan pupus sehingga akhir zaman... !

Cahaya Deen Islam Rasul nyalakan akan terus terpancar ke seluruh muka bumi hasil dari tangan2 pewaris ini...  Insya Allah.

Mereka lah Shaikh Sufi @ Ahli Ma'rifat @ Murabbi @ Pewaris Nabi yang siddiq.  Dunia ini tidak akan kosong dari keberadaan mereka hingga ke saat Qiamat. ..

Dengan Kekuasaan Allah Yang Maha Perkasa....!




☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️





بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


TANDA2 ORANG SOLEH

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●


Jika kita huraikan makna orang soleh dan tanda2 orang soleh, terlalu banyak huraiannya dan berbeza2 tingkatannya bergantung kepada "soleh" yang bagaimana menjadi perbincangan.

Ringkasnya orang yang dikatakan soleh boleh dibahagi kepada 4 kelompok besar :

✅Rasul

✅Nabi

✅Auliya Allah @ Ahli Ma'rifat

✅Mukmin

Masing2 menduduki darjat Iman dan kesolihan masing2 menurut anugerah Allah Ta'ala.

Bagaimana mereka mencapai darjat soleh tersebut, kita sudah bincangkan beberapa kali pada bicara Tingkatan2  Tauhid dan Iman.

Cara2 mengenali orang soleh
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

✅Wajah mereka mempunyai cahaya Iman dan Taqwa

✅Perkataan mereka sangat teliti, lemah lembut dan mempunyai kesan yang mendalam kepada pendengarnya.

✅Setiap perdirian dan pegangan mereka berdiri teguh di atas PRINSIP dan DASAR Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

✅Setiap  perbuatannya tetap di atas ajaran Ahlus Sunnah.

✅Beliau terkenal sebagai orang yang benar dan bukan penipu.

Lebih kurang sebagai panduan


Wallahu A'lam





☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️




بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


BEBERAPA DASAR HUKUM DI DALAM PERSOALAN MAZHAB

(ringkasan sahaja)

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□



🍁 Telah Ijma'  Ulama (sepakat Ulama Ahlus Sunnah), bahwa mana2 Muslim yang awam (iaitu yang dipanggil Muqallid) yang belum sampai ke martabat Mujtahid, maka WAJIB baginya berpegang kepada salah satu dari empat mazhab  Ahlu  Sunnah  yang masyhur  (Hanafi, Maliki, Syafie, Hambali)  ketika beramal.  

Ini bermakna seseorang tidak dibenarkan mencampur adukkan pendapat berbagai mazhab pada satu amal tertentu.


Contoh :  Ibadah Solat.
~~~~~~~~~~~~~~~
~~~

Seseorang muslim yang pegang pada Mazhab Shafie hendaklah mengerjakan seluruh ibadah solat dan yang berkaitan dengan solat seperti  wudhu, syarat2  aurat,  syarat batalkan wudhu dan lain nya hendaklah mengikut Mazhab Syafie seluruhnya sehingga selesai. 

Jika seseorang mengambil wudhu mengikut Mazhab Shafie, rukun2 solat ikut Mazhab Hanafi,  batalkan solat ikut Mazhab Hambali,  maka ini adalah batil dan tertolak.   Ada Ulama kata ini perbuatan campur adukkan begini adalah fasiq.

🍁 Seseorang Muslim yang bermazhab Syafie boleh mengamalkan satu ibadah tertentu mengikut Mazhab Hanafi  dengan syarat dia benar2 faham semua perkara berkaitan kewajipan tersebut di dalam mazhab Hanafi. 

Maka hendaklah dia amalkan seluruhnya ibadah berkenaan mengikut mazhab Hanafi. (di larang campur adukkan berbagai pendapat mazhab dalam satu ibadah tersebut.)

Contoh :    Mustafa faham cara solat mengikut Mazhab Shafie dan juga Mazhab Hanafi.  Maka Mustafa boleh mengerjakan solat  ikut satu2 mazhab tersebut tetapi terpisah. (tidak bercampur mazhab )

Ini bermakna seseorang yang mahir di dalam Mazhab Syafie dan Mazhab Hanafi dalam bab solat boleh mengerjakan solat zohor mengikut Mazhab  Syafie dan melaksanakan solat asar mengikut Mazhab Hanafi...Kemudian solat maghrib mengikut Mazhab Hanafi.   Ini harus / halal dan SAH ... !

🍁 Seseorang yang lazimnya beramal mengikut Mazhab Syafie,  boleh taqlid mengikut mazhab lain dalam hal2 muamalah.


Contoh : Bayar zakat
~~~~~~~~~~~~~~
~~~

Seseorang yang solat mengikut fatwa Syafiiyah,  boleh bayar zakat mengikut  fatwa Hanafiyyah  atau taqlid kepada suatu  ketetapan yang telah ditentukan oleh Pemerintah Islam.

🍁 Talfiq ( campur aduk beberapa mazhab pada satu ibadah tertentu) yang dilarang  adalah :

1) Seperti yang dijelaskan awal2  tadi - menghimpunkan berbagai fatwa Mazhab pada ibadah khusus adalah batil dan tertolak

2) Memilih2  dari semua mazhab,  lalu dipilih mana yang paling  sesuai ikut kesukaan nafsu. Ini juga dilarang keras.


Wallahu A'lam




☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️




بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

HUKUM - AHLUS SUNNAH DARIHAL KEADAAN KEMATIAN DAN URUSAN KEMATIAN...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~


🍁Setiap orang yang beriman (ertinya yang taat dan tetap mengikut Ahlus Sunnah) yang akhir hayatnya dalam Kalimah suci, maka dia termasuk orang beriman dan dikapan, di solatkan,  dan dikuburkan mengikut Hukum Islam.

🍁Setiap orang Islam yang 'asi dan fasiq (melakukan ma'siat besar2 atau kezaliman) tetapi akhir hayatnya mati dengan Kalimah suci, dia juga dilakukan seperti orang beriman di atas.

🍁Orang Islam yang pura2 Islam - munafiq (namanya Islam tetapi sebenarnya tidak beriman),  maka ketika kematian dia, cara urusannya adalah sama seperti orang Islam lain.

🍁Orang Islam yang telah isytiharkan dirinya murtad dengan bahasa yang terang atau melalui isyarat, maka dia bukan Islam lagi, maka tiada kena mengena dengan Islam. Tiada mengena juga dengan bab kapan atau solat cara Islam.

🍁Orang yang terang2 kafir seperti Yahudi, Nasrani,, Majusi, Bahai, Budha, Hindu dll.   apabila mati dalam keadaan kafir, maka tiada kena mengena dengan cara pengurusan Islam.

🍁Jika orang kafir ini masuk Islam secara sukarela dengan mengucap dua Kalimah Syahadah dan nenyatakan hasrat dia, bahawa dia masuk Islam dengan keyakinan benarnya Islam, maka dia mati beriman.  Mayat dia diuruskan ikut cara orang beriman.

🍁Jika orang kafir, ketika di ambang kematian mengucap syahadah kerana dipaksa atau tanpa kerelaan hati atau kerana adat agama dia (seperti contoh kisah zul  di atas),  maksud nya bukan atas kemahuan dari dalam hati yang mengakui kebenaran Islam dan kebenaran Nabi Muhammad, maka tanpa wujud keadaan kesucian hati  ini....  Iman seperti ini tidak sah.

Kematian orang itu diurus oleh agama dia sendiri. Tiada kena mengena dengan orang Islam.  Membincangkan hal ini secara berlebihan adalah perbuatan sia2.

Harap jelas.

Wallahu A'lam





☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️





بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●



Antara taktik Yahudi, Wahabi, Syiah, puak Sekular untuk melemahkan kekuatan orang2 Islam adalah :

⛔ Menyeru supaya menyibukkan diri dengan perkara2 khilafiyah Ulama.

⛔Menyebarkan dakyah jahat dan menuduh bid'ah sesat terhadap  amalan Ahlus Sunnah turun-temurun seperti menyambut Maulid Nabi, Majlis solawat, Majlis Zikrullah, Ziarah kubur Wali Allah, bacaan Tahlil bagi mayyit, bacaan qunut dsb sedangkan semua ini sudah dijelaskan oleh Ulama Ahlus Sunnah dengan keterangan2 yang cukup banyak.

⛔Mencetak kitab2  Ahlus Sunnah palsu, sama ada dikarang sendiri oleh Orang Kafir atau Kitab asal Ahlus Sunnah diubah, dipadam, diganti ikut kefahaman batil seperti yang di- lakukan oleh golongan wahabiyah.

Maka masing2 ummat ini sibuklah mencari dalil untuk menjawab  hujjah2 kafir dan munafiq ini.

JANGANLAH  kalian menjadi sebahagian dari kaki tangan golongan2 "fujjar" ini.

Cukuplah asri perlis, asli yusop, rasul dahri dan kawan2 mereka buat kerja bagi pihak wahabiyah dan yahudi... ! Dia berani buat dia akan tanggung.

Urusan kita sendiri...  bersihkan dosa2,  melawan nafsu kejahatan sendiri, membuang syirik khafi dan lain2 pun terlalu banyak. Ini pula menyibukkan diri dengan kerja yang cuma untungkan kafir dan munafiq.

Bijaklah sebagai orang beriman...!

👳🏻👳🏻👳🏻




☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️




بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


MAKSUD FIRMAN ALLAH : GEMENTAR / GEGAR HATI DENGAN ZIKRULLAH

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●



Firman Allah :

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتۡ قُلُوبُہُمۡ وَإِذَا تُلِيَتۡ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتُهُ ۥ زَادَتۡہُمۡ إِيمَـٰنً۬ا وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ يَتَوَكَّلُونَ

“Sesungguhnya, (tanda) Orang-orang yang beriman (iaitu sebenar2 Iman) itu adalah orang-orang yang apabila disebutkan nama Allah maka gementarlah hati mereka. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya maka bertambahlah keimanan mereka. Dan hanya kepada Allah mereka berserah diri.”

[Al-Anfal : Ayat 2]


Penjelasan Pertama - sudut syari'at zahir
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Setiap orang yang beriman pasti ada getaran @ gementar dalam hatinya apabila mendengar kalimah "Allah" atau  ayat2 Allah.

Gementar @ getaran hati ini berbeza2 dari seorang kepada seorang bergantung kepada betapa besarnya cahaya Iman di dalam hatinya. 

Boleh jadi orang yang tersangat lemah Imannya, akan terasa gementar apabila mendengar ayat2 Allah, tetapi penguasaan nafsu dan iblis yang lebih dominan di dalam hati akan segera memadamkan getaran tersebut sehingga orang ini berlalu sahaja tanpa sebarang kesan pada dirinya.

Keadaan ini mungkin berbeza  jika seseorang beriman itu mempunyai Iman yang lebih teguh, sekira2nya cahaya Imannya lebih besar dalam hatinya. Kalimah  "Allah" dan ayat2 Allah yang didengarnya menggetarkan hati dan menyebabkan dia segera ingat kepada Allah.

Orang beriman lain mungkin terasa lebih banyak kesannya pada hati dan anggota tubuhnya yang lain, seperti datang perasaan takut,  menggeletar tubuhnya, mengalir air matanya, datang perasaan taubat dsb.  Masing2 ini bergantung kepada kekuatan cahaya Iman di dalam hatinya.

Dengan demikian pemahaman yang benar pada Firman Allah ini...

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُون

Sesungguh2 nya, orang2 beriman yang benar Imannya..   adalah ditujukan kepada mu'min yang tersebut di atas, iaitu yang menggetar hatinya sehingga takut akan Allah Taala, lisan dan hatinya bertaubat serta-merta dari segala dosa dan kadangkala disertai air mata mengalir tanpa disedarinya.

Ini satu segi kefahaman pada makna zahir.


Penjelasan Kedua -  Ahli Ma'rifat
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pada pandangan ahli ma'fifat, ayat tersebut mempunyai hubungan rapat dengan tingkatan2 salikin mencapai Ma'rifat @ Tauhid ...!

Pada sisi Ahli Ma'rifat,  maksud ayat tadi...

"apabila disebut nama Allah, maka gementarlah hati mereka" 

adalah bermaksud kepada :

Orang yang melakukan zikrullah menurut disiplin Ahli Ma'rifat akan terasa  getaran pada hatinya dengan getaran yang kuat dan berganda2 lagi getaran tersebut mengikut banyaknya zikir tersebut dan lamanya masa berzikir dan nilai Tauhid yang ada di dalam hatinya.

Hasil  getaran hati itu menghasilkan cahaya Iman yang menerangi seluruh dadanya.  Zikir yang terus-menerus akan menerbitkan cahaya Iman yang lebih  terang benderang dan lebih luas melimpah kepada seluruh tubuhnya ; meliputi darah daging, urat, tulang, aqal, nafas bahkan seluruh tubuhnya sekalian dipenuhi cahaya zikrullah yang memancar2.  

Ketika itu datang "warid"  cahaya Rabbaniyyah (cahaya Ketuhanan) ke dalam hatinya yang meliputi diri hamba Allah ini. Seterusnya cahaya Ketuhanan ini memancar memenuhi langit dan bumi. 
Mata hatinya terbuka luas ke alam Ketuhanan... sehingga terhasil Tauhid @ Iman yang kukuh.

Ringkasnya :

Hasil dari "sebut nama Allah" iaitu zikrullah tadi... menghasilkan getaran pada hati sehingga terbit cahaya memancar2 memenuhi langit dan bumi menerbitkan Ma'rifat @ Tauhid.

Hamba Allah yang sampai peringkat ini akan diberikan ayat2 Qur'an tertentu sebagai "kunci pembuka Ma'fifat "  (baca :  Kunci Tauhid).  Bagi setiap peringkat  Ma'rifat (Tauhid), ayat Qur'an yang menjadi kunci pembuka pintu Ma'rifat adalah berbeza2. 

Setelah membaca ayat ini, maka terbuka bagi salikin, beberapa rahsia Ma'rifat sehingga tambah2lah lagi Imannya.

ۥ زَادَتۡہُمۡ إِيمَـٰنً۬ا

"maka bertambah tambah lah Iman mereka..."


Perhatian penting:
~~~~~~~~~~~~
~


Semua penjelasan ini adalah pandang sudut Ahli Ma'rifat, bukan rekaan cerita penglipur lara. 

Ianya bukan suatu yang dapat difikir2kan atau diaqal2kan. Ia juga bukan bayangan atau khayalan. 

Sebaliknya ia semata2 anugerah Allah yang merupakan penghayatan hati dan ruh, yang di sebut "zuq" atau  "zauq"  di dalam istilah ma'rifat.

Setiap orang beriman yang "Salikin"  akan merasai semua kesan ini secara nyata jika dia benar2 mujahadah pada Jalan Ma'rifat Ilahiyyah.



Wallahu A'lam





☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️





بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Imam Zarruq - Mengapa  orang Islam memandang serong pada Ahli Sufi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~~~~

~~~


Imam Zarruq,  Ulama Sufi yang ternama di Dunia Tasawwuf dan Ma'rifat.   Beliau yang di anggap Mujaddid, berkata dalam kitab  beliau yang sangat masyhur,  Qawaid-Tasawwuf, dasar Tasawwuf yang ke 208 :

Kata Imam Zarruq,

"Ada lima sebab mengapa masyarakat  enggan menerima (memandang serong dan hilang keyakinan) terhadap Ahli Sufi, yang pertama adalah merujuk kepada kesempurnaan jalan mereka (Jalan Ma'rifat).

Apabila ahli Sufi meninggalkan kewajipan tertentu atau mereka berkelakuan tidak sopan atau lalai pada beberapa perkara (kewajipan) atau mereka melakukan suatu kesalahan, maka manusia akan menolak mereka (Ahli Sufi).  Ini kerana Ahli Sufi adalah golongan yang paling kuat berpegang teguh dengan ajaran suci Islam. Mereka tidak akan  tolak ansur dalam mendirikan hukum-hakam Syari'at.

[Qawaid-Tasawwuf]


Maksud kata2 Imam Zarruq adalah :

Setiap orang Islam yang berada pada barisan / Jamaah Ahli Sufi, supaya sangat berhati2 dan sungguh2 menjaga hukum-hakam syari'at, menjaga adab2 kerana Ahli Sufi menjadi perhatian Ummat.  Apabila mereka melakukan sedikit kesalahan atau melanggar hukum Syara' ,  maka mereka akan dipandang serong, tidak benar, pembohong dll.


Maka hilanglah keyakinan mereka pada Ahli Sufi, yang ini berpunca dari pengikut2 Ahli Sufi sendiri.

Wallahu A'lam




☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️




سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


(Tiga istilah yang sering menjadi kekeliruan)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~



Pertama:


TORIQAT AHLI SUFI atau  disebut  juga  Jalan Ahli Ma'rifat atau disebut juga  Madrasah Ahli Ma'rifat adalah suatu Manhaj Tarbiyyah Lengkap meliputi Zahir dan Batin, Syari'at dan Haqiqat, Fiqh dan Tasawwuf dan mempunyai identiti  tersendiri berdasarkan Manhaj Pendidikan Rasulullah . Sistem Pendidikan lengkap ini diwarisi turun-temurun dari Rasulullah dari satu generasi kepada generasi Imam2 berikutnya tanpa putus. Pemimpin kepada "Institusi Warisan Rasul" ini  dipanggil Shaikh @ Mursyid @ Ahli Sufi @ Ahli Ma'rifat @ Murobbi @ Pewaris Nabi. Rantaian sambung-menyambung perguruan ini dipanggil Silsilah Rasulullah atau Silsilah Cahaya Nubuwwah.


Kedua:


ILMU TASAWWUF adalah ilmu yang menerangkan  sifat2 mazmumah dan mahmudah (keji dan terpuji) dalam HATI, menjelaskan pengertian syirik2 khafi dan bahayanya kepada IMAN. Ia juga menjelaskan gangguan2 yang terjadi pada hati akibat dari godaan2 nafsu, syaitan, dunia dan makhluq sehingga seseorang muslim jatuh kepada kemunafikan dan kekafiran.

Selain itu, ia  menjelaskan matlamat kesucian hati yang patut dicapai oleh seseorang muslim untuk menjadi hamba2 Allah yang benar2 Mu'min yang memperoleh keredhaan Allah.


Ketiga:


IILMU TORIQAT (semata2) : Adalah Ilmu mengerjakan zikrullah, muraqabah dan musyahadah dan lain2  ilmu praktikal berhubung dengan pendidikan hati, aqal dan ruh sehingga terpancar cahaya Tauhid dan ubudiyyah yang benar2 murni dan ikhlas.

……………………………………………………


Dalam bahasa lain, mengikut satu cara kefahaman mudah, Ilmu Tasawwuf adalah Ilmu teori berkaitan HATI dan IMAN dan menerangkan matlamat kesucian HATI dan IMAN yang ingin dicapai. Sementara ilmu Toriqat adalah medan praktikal untuk mencapai teori2  dan matlamat tersebut.

Toriqah Ahli Sufi @ Madrasah Ahli Sufi pula adalah Institusi Pendidikan  yang  menyeluruh meliputi  ilmu zahir dan batin, syari'at dan Toriqat.  Ertinya seorang Shaikh @ Mursyid @ Ulama Warisatul Anbiya yang siddiq dan sempurna BUKAN sahaja mendidik murid pada ilmu batin tetapi juga ilmu syari'at sebagai suatu kesempurnaan mencapai  Iman, Islam dan Ihsan.

Inilah menunjukkan keunggulan Institusi Pendidikan Ahli Sufi @ Ahli Ma'rifat mengatasi sekalian sistem2 pendidikan @ jalan @ manhaj lain.

Wallahu A'lam












~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Mungkin ramai dari kita tak tahu wujudnya praktis rawatan dengan hanya sentuhan tangan.

Namanya "reiki"

Asalnya reiki adalah amalan kaum petapa Buddha di India., kemudian berkembang ke Jepun, China dan kini di Malaysia dan Indonesia.



CARA LATIHAN REIKI
………………………….

Ringkasnya reiki adalah menyerap "tenaga" dari universe, terutama dari gunung, langit.dan planet2.

Pelatih akan melakukan upacara meditasi sambil duduk simpuh (seperti petapa yang biasa terlihat).  Dia akan menyerap tenaga dari alam dan menyimpannya di cakera (istilah petapa untuk pusat2 tenaga tubuh manusia).  Apabila telah cukup tenaga, pelatih akan berhenti.



CARA RAWATAN
……………………


Cara rawatan reiki dikatakan sangat ajaib.  Dengan hanya menyentuh pesakit, atau mengusapnya, kesakitan akan terus hilang.

Apakah yang berlaku?

Perawat reiki akan menyalurkan tenaga dalaman yang telah disimpan sebelumnya ke dalam tubuh pesakit sehingga pesakit sembuh segera.



ORANG ISLAM DAN REIKI
~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~


Reiki telah diterima oleh orang2 Islam.  Master reiki beragama Islam ubah2 cara meditasi dengan selitkan ayat2 Qur'an.

Ringkasnya master reiki beragama Islam berjaya mengislamisasikan reiki.  Banyak sekali yayasan.dan pertubuhan reiki di Indon dan malaysia.
=================================

Demikianlah secara ringkas gambaran rawatan reiki.....

Apa yang kalian nampak di sini....  rawatan penyembuhan dengan hanya sentuhan... 

Cuba renungkan.

👳👳👳





☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️




بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَ


TANDA2 TERKENA WABAK TAKABBUR

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□


👉🏽 Susah menerima nasihat, teguran atau kritikan daripada orang lain.

👉🏽Rasa diri sendiri sahaja benar sedangkan pendapatnya hanya pikir aqal sendiri.

👉🏽Susah minta maaf walaupun sedar dia sudah buat kesalahan

👉🏽Selalu menyebut2 serta bermegah-megah dengan suatu unsur dunia maupu

     kelebihan ibadah.

👉🏽 Suka marah - marah serta  membentak - bentak berlebih2an pada orang  yang tidak tahu.

👉🏽Merasa diri lebih baik, lebih hebat, lebih sempurna dari orang lain.

👉🏽Suka memaksakan kehendak dan pendapat sendiri.  Jika tak diterima dia terus bermusuh.

👉🏽 Sangat gemar dipuji, dimuliakan dan disanjung tinggi.

👉🏽 Hanya  bergaul dan berteman dengan orang2 setarafnya.

👉🏽 Memandang rendah dan hina orang lain

👉🏽Menolak kebenaran (iaitu kebenaran yang datang dari Ahlus Sunnah)

 

Wallahu A'lam




☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️




 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَ


RAMAI HILANG NILAI PUASA AKIBAT DOSA HATI...

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□


Ramai yang berpuasa tetapi hilang nilainya meskipun mereka berlapar dahaga sampai ke petang.


Ramai dari kita kempen sana sini menceritakan kelebihan puasa Ramadhan dengan berbagai poster menawan.  Tidak kurang yang menceritakan kelebihan sedekah, kelebihan solat sunnat, kelebihan baca Qur'an dll di bulan Ramadhan.  Maklumat disebarkan sepantas kilat fast forward..  fast forward... fast forward.. melalui ws, tele, fb, ig dll. Alhamdulillah perbuatan yang sangat baik.


Bahkan ramai dari kita mendirikan Tahajjud, banyakkan solat Dhuha, Solat Tarawih,  banyak sedekah serta kebajikan lainnya di bulan Ramadhan.  Alhamdulillah. 


Tetapi sedarkah kita, segala amal ibadah dan kebaikan2 tersebut akan musnah dan hilang akibat dosa2 hati?  Sedarkah kita dosa2 berkaitan dengan hati batalkan nilai puasa sehingga tiada apa2 nilai di Sisi Allah? Jauh sekali memperoleh Keredhaan Allah.


Ketika ummat Islam menghidupkan Ramadhan dengan berbagai amal ibadah, tanpa sedari mereka merosakkannya dengan melakukan dosa2 hati.  Di antara dosa2 hati yang lazim dilakukan oleh orang Islam awam adalah  su-uzzon, tajassus, kazib, namimah,  Ghibah dan Fitnah yang menyebabkan sekalian ganjaran puasa musnah.


Contoh Su-uzzon di bulan Ramadhan:

Melihat seseorang membeli roti dan air di Pasaraya lalu menyangka orang itu tak puasa.  Ini Su-Uzzon (jahat sangka) kerana boleh jadi orang itu membeli makanan untuk isterinya yang uzur atau anak2 yang masih kecil.


Contoh Tajassus di bulan Ramadhan:

Mengekori orang yang disangkanya tak puasa tadi untuk memeriksa sama ada benar dia makan dan minum.  Ini adalah dosa Tajassus (mengintai2 kesalahan orang).


Contoh  Kazib dan Ghibah di bulan Ramadhan:

Menceritakan kepada orang lain bahawa dia telah melihat si fulan tak puasa sedangkan itu cuma sangkaan.  Di sini dia telah melakukan tiga dosa besar :  Kazib (dusta),   Fitnah (menuduh dusta) dan Ghibah (mengumpat).


Semua perlakuan tersebut bukan saja membawa dosa besar yang amat berat bahkan Nilai Puasanya bagaikan hampas, tiada apa2 di Sisi Allah melainkan dosa semata2.  Maka kesudahannya bukan ganjaran yang diperolehnya sebaliknya dosa yang menimpa2nya.


Hal seperti ini cuma satu contoh kecil yang berlaku di kalangan masyarakat Islam orang awam.  Banyak lagi perkara lain berlaku di jalanan, di pejabat2 yang melibatkan dosa2 hati yang musnahkan nilai puasa.  Semua ini mempunyai hubungan dengan hati yang berpenyakit serta hasutan nafsu jahat dan jinn2 jahat.


✨🕌 ✨ Rasulullah ﷺ bersabda :

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِى أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ

“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta malah mengamalkannya, maka Allah tidak memerlukan dari rasa lapar dan haus yang dia tahan.”

[Imam  Bukhari ] 


✨🕌 ✨ Rasulullah ﷺ bersabda :

لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الأَكْلِ وَالشَّرَبِ ، إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ ، فَإِنْ سَابَّكَ أَحَدٌ أَوْ جَهُلَ عَلَيْكَ فَلْتَقُلْ : إِنِّي صَائِمٌ ، إِنِّي صَائِمٌ

“Puasa bukanlah hanya menahan makan dan minum saja. Akan tetapi, puasa adalah dengan menahan diri dari perkataan melalaikan dan ucapan keji. Apabila ada seseorang yang mencelamu atau berbuat gangguan padamu, katakanlah padanya, “Aku sedang puasa, aku sedang puasa”.

[Imam  Ibnu Majah ]

 

✨🕌 ✨ Rasulullah ﷺ bersabda :

رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الجُوْعُ وَالعَطَشُ

“Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya tersebut kecuali rasa lapar dan dahaga.”

[Imam At- Thabaroni]


Maksud di sini, Nilai puasa hilang bukan sahaja disebabkan ucapan keji atau perbuatan sia2, tetapi jauh lebih merosakkan nilai puasa adalah dosa besar yang terbit dari hati.  Sentiasalah waspada dan ingat2 .... Iman dan amal seseorang dinilai oleh Allah Ta'ala berdasarkan dua prinsip pokok:

Pertama : Hati yang ikhlas dan bersih dari penyakit2 hati (bersih dari syirik hati dan mazmumah)

Kedua   :  Menepati Hukum yang telah ditentukan oleh Ahlus Sunnah yang Mu'tabar


Tidak memadai satu sahaja.  Tidak memadai ikhlas semata2 sedangkan amalnya bertentangan dengan hukum.   Dan tidak memadai juga amalnya sesuai dengan hukum tetapi tidak ikhlas.  Kedua2nya binasa.  Orang yang selamat adalah orang yang kekal ikhlas dan bersih hatinya dan amal ibadahnya juga menepati Hukum hakam menurut Ahlus Sunnah.


Untuk memperoleh hati yang benar² suci serta bimbingan kepada Allah menurut hukum, setiap Muslim wajib berpegang kepada Warisatul Anbiya' yang siddiq (dikenali juga sebagai Mursyid, Ahli Ma'rifat, Ahli Sufi).  Tanpa bimbingan Pewaris Nabi yang siddiq, seseorang akan tinggal di dalam kekeruhan hati, kerosakan hati, syirik hati yang mengakibatkan keroskan Iman dan amal ibadahnya.


Ada orang bertanya :

Mengapakah masih berlaku kejahatan meskipun Syaitan diikat di bulan Ramadhan?                                                    

Ringkasnya jawapan yang munasabah adalah: Yang diikat adalah Iblis dan anak cucunya Syaitan.  Ada pun bangsa jinn tidak diikat kerana jinn mempunyai taklif (beban syari'at) sama seperti manusia.  Jinn juga wajib mengerjakan solat dan puasa dan lain2nya sama seperti manusia. 


Di kalangan jinn ini ada yang tersangat jahat perangainya sama seperti Iblis — iaitu  jinn fasiq, jinn sesat dan jinn kafir.  Semua jinn jahat inilah yang bekerja menghasut hati manusia menggantikan Iblis dan syaitan pada bulan Ramadhan.  Hujjah yang kuat menyokong alasan ini adalah :  


(1) Di dalam puasa Ramadhan juga berlaku sihir, rasuk, sampuk, histeria dll.  yang mana semua ini adalah perbuatan jinn2 jahat.


(2) Di dalam Ramadhan ini juga orang Islam yang solat tetap lalai dalam solatnya.   Sedangkan kelalaian ini terkait kepada bisikan2 jinn syaitan.


Moga sekalian pembaca Tazkirah ini diAmpuni dan diRahmati Allah.  Jagalah hati di samping menjaga lisan dan perbuatan agar sentiasa menepati kehendak Allah. Moga kita semua memperoleh puasa Mabrur serta Keredhaan Allah Ta'ala.


Wallahu A'lam












بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَ



NAFSU YANG TERSEMBUNYI


Beberapa pakar sejarah Islam meriwayatkan sebuah kisah menarik, kisah Imam Ahmad bin Miskin, seorang ulama abad ke-3  dari kota Basrah, Iraq. 


Beliau bercerita:


Aku pernah diuji dengan kemiskinan pada tahun 219 Hijriyah.

Waktu itu, aku sama sekali tidak memiliki apa-apa pun, sementara aku harus menafkahkan seorang isteri dan seorang anak. 

Himpitan hebat rasa lapar terbiasa mengiringi hari-hari kami.

Maka aku bertekad untuk menjual rumah dan pindah ke tempat lain. Aku pun berjalan mencari orang yang bersedia membeli rumahku.

Bertemulah aku dengan sahabatku Abu Nashr dan kuceritakan keadaanku. 

Lantas, dia malah memberiku 2 lembar roti isi manisan dan berkata: 

“Berikan makanan ini kepada keluargamu.”

Di tengah perjalanan pulang, aku berselisihan dengan seorang wanita faqir bersama anaknya. Tatapannya jatuh di kedua lembar rotiku. 

Dengan nada yang sayu dia memohon:

“Wahai Tuan, anak yatim ini belum makan, tidak terdaya kerana terlalu lama menahan rasa lapar yang menghimpit diri. 

Tolong berikan dia sesuatu yang boleh dia makan. Semoga Allah Ta'ala merahmati Tuan.”

Sementara itu, si anak menatapku tekun dengan tatapan yang tidak akan kulupakan sepanjang hayat. 

Tatapan matanya menghanyutkan fikiranku dalam khayalan ukhrawi, seolah-olah syurga turun ke bumi, menawarkan dirinya kepada siapa pun yang ingin meminangnya, dengan mahar mengenyangkan anak yatim miskin dan ibunya ini.

Tanpa ragu sedetik pun, kuserahkan semua yang ada di tanganku. “Ambillah, beri dia makan”, kataku pada si ibu.

Demi Allah, padahal waktu itu tidak sesen pun dinar atau dirham yang aku miliki.

Sementara di rumah, keluargaku sangat memerlukan makanan itu.

Spontan, si ibu tidak dapat membendung air matanya (menangis) dan si kecil pun tersenyum indah bak purnama.

Kutinggalkan mereka berdua dan kulanjutkan langkah kakiku, sementara beban hidup terus bergelutan di fikiranku.

Sejenak, kusandarkan tubuh ini pada sebuah dinding, sambil terus memikirkan perancanganku untuk menjual rumah. 

Dalam keadaanku seperti itu, tiba-tiba Abu Nashr dengan kegirangan mendatangiku.

“Hei, Abu Muhammad...! 

Kenapa kau duduk-duduk di sini sementara limpahan harta sedang memenuhi rumahmu?”, tanyanya.

"Masyaallah....!”, jawabku terkejut. 

“Dari mana datangnya?”

“Tadi ada seorang lelaki datang dari Khurasan. 

Dia bertanya-tanya tentang ayahmu atau siapapun yang mempunyai hubungan kerabat dengannya. 

Dia membawa berduyun-duyun kenderaan barang penuh berisi harta,” ujarnya.

“Jadi?”, tanyaku kehairanan.

“Dia itu dahulu saudagar kaya di Basrah ini. Kawan ayahmu, dulu ayahmu pernah memberikan kepadanya harta yang telah ia kumpulkan selama 30 tahun. 

Lantas dia rugi besar dan bangkrap. Semua hartanya musnah, termasuk harta ayahmu. Lalu dia lari meninggalkan kota ini menuju Khurasan. 

Di sana, keadaan ekonominya beransur-ansur baik. Bisnesnya meningkat dan berjaya. Kesulitan hidupnya perlahan-lahan pergi, berganti dengan limpahan kekayaan. 

Lantas dia kembali ke kota ini, ingin meminta maaf dan memohon keikhlasan ayahmu atau keluarganya atas kesalahannya yang lalu.

Maka sekarang, dia datang membawa seluruh harta hasil keuntungan perniagaannya yang telah dia kumpulkan selama 30 tahun berniaga dan ingin berikan semuanya kepadamu, berharap ayahmu dan keluarganya berkenan memaafkannya.”

Ahmad bin Miskin melanjutkan ceritanya:

“Kalimah puji dan syukur kepada Allah Ta'ala  meluncur dari lisanku. 

Sebagai bentuk syukur. 

Segera kucari wanita faqir dan anaknya tadi. 

Aku menyantuni dan menanggung hidup mereka seumur hidup.

Aku pun terjun di dunia perniagaan seraya menyibukkan diri dengan kegiatan sosial, sedekah, memberi bantuan dan berbagai bentuk amal soleh. Adapun hartaku, terus bertambah melimpah ruah tanpa berkurang.

Tanpa sedar, aku merasa TAKJUB dengan amal solehku. 

Aku MERASA, telah MENGUKIR lembaran catatan malaikat dengan hiasan AMAL KEBAIKAN.

Ada semacam HARAPAN PASTI dalam diri, bahawa namaku mungkin telah TERTULIS di sisi Allah Ta'ala dalam daftar orang-orang yang SOLEH. 

Suatu malam, aku tidur dan bermimpi.

Aku lihat, diriku tengah berhadapan dengan hari kiamat. 

Aku juga lihat, manusia bagaikan berombak lautan. 

Aku juga lihat, badan mereka membesar. 

Dosa-dosa pada hari itu berwujud dan berupa, dan setiap orang memikul dosa-dosa itu masing-masing di punggungnya.

Bahkan aku melihat, ada seorang pendosa yang memikul di punggungnya beban besar seukuran kota Basrah, isinya hanyalah dosa-dosa dan hal-hal yang menghinakan.

Kemudian, timbangan amal pun ditegakkan, dan tiba giliranku untuk perhitungan amal.

Seluruh amal burukku diletakkan di salah satu sisi timbangan, sedangkan amal baikku di sisi timbangan yang lain. 

Ternyata, amal burukku jauh lebih berat daripada amal baikku..!

Tapi ternyata, perhitungan belum selesai. 

Mereka mulai meletakkan satu persatu berbagai jenis amal baik yang pernah kulakukan.

Namun alangkah ruginya aku. Ternyata di balik semua amal itu terdapat "NAFSU TERSEMBUNYI". 

Nafsu tersembunyi itu adalah riya', ingin dipuji, merasa bangga dengan amal solehku. 

Semua itu membuat amalku tak berharga. Lebih buruk lagi, ternyata tidak ada satu pun amalku yang terlepas dari nafsu-nafsu itu. 

Aku putus asa.

Aku yakin aku akan binasa. 

Aku tidak punya alasan lagi untuk selamat dari seksa neraka.

Tiba-tiba, aku terdengar suara, “Masihkah orang ini mempunyai amal baik?”

“Masih...”, jawab suara lain. 

“Masih berbaki yang ini.”

Aku pun menjadi tidak tentu, amal baik apakah gerangan yang masih berbaki? 

Aku berusaha melihatnya.

Ternyata, itu HANYALAH dua LEMBAR ROTI isi manisan yang pernah kusedekahkan kepada wanita fakir dan anaknya.

Habis sudah harapanku... 

Sekarang aku benar-benar yakin akan binasa sebinasanya.

Bagaimana mungkin dua lembar roti ini menyelamatkanku, sedangkan dulu aku pernah bersedekah 100 dinar sekali sedekah dan itu tidak berguna sedikit pun. 

Aku merasa benar-benar tertipu habis-habisan.

Segera 2 lembar roti itu diletakkan di timbanganku. 

Tak kusangka, ternyata timbangan kebaikanku bergerak turun sedikit demi sedikit, dan terus bergerak turun sehingga lebih berat sedikit dibandingkan timbangan keburukanku.

Tidak sampai di situ, tenyata masih ada lagi amal baikku. 

Iaitu berupa AIR MATA wanita faqir itu yang mengalir saat aku berikan sedekah. 

Air mata tak terbendung yang mengalir kala tersentuh akan kebaikanku. 

Aku, yang kala itu lebih mementingkan dia dan anaknya di banding keluargaku.

Sungguh tak terbayang, saat air mata itu diletakkan, ternyata timbangan baikku semakin turun dan terus memberat. 

Hingga akhirnya aku mendengar suatu suara berkata, “Orang ini selamat dari seksa neraka...!

Masih adakah terselit dalam hati kita nafsu ingin dilihat hebat oleh orang lain pada ibadah dan amal-amal kita..????!!!

Allahuakbar!!! 

Aku bermohon ke hadrat Allah Tuhan Pemilik Hari Pembalasan agar diriku, keturunanku juga sahabat²ku semua dijauhkan dari sifat dan juga amal dari Nafsu Yang Tersembunyi.

Sumber tazkirah telah dipetik dari kitab "KISAH TAULADAN"

"Ar-Rafi’i dalam Qalam (2/153-160)".

Semoga kita diberi faham untuk amal dan beroleh manfaat.





☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️




بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَ


BEBAS DARI BALA KEMURKAAN ALLAH :   HAPUSKAN FAHAMAN LIBERAL, LGBT


Apabila kemungkaran berleluasa dan Pemerintah mendiamkan diri..

Setengah dari asbab turunnya Azab Kemurkaan Allah adalah disebabkan orang Islam berdiam diri terhadap kemungkaran yang terjadi di hadapan mereka.  

Allah Ta'ala melaknat mereka yang "memejamkan mata" serta "memekakkan telinga"  tanpa sebarang usaha untuk membenteras segala kemungkaran yang terjadi di hadapan mereka. 


✨🕌✨ Firman Allah :

لُعِنَ ٱلَّذِينَ ڪَفَرُواْ مِنۢ بَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُ ۥدَ وَعِيسَى ٱبۡنِ مَرۡيَمَ‌ۚ ذَٲلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّڪَانُواْ يَعۡتَدُونَ (٧٨)ڪَانُواْ لَا يَتَنَاهَوۡنَ عَن مُّنڪَرٍ۬ فَعَلُوهُ‌ۚ لَبِئۡسَ مَا ڪَانُواْ يَفۡعَلُونَ (٧٩)

 “ Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan ‘Isa putera Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batasan. Mereka satu sama lain tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat itu. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka lakukan itu.”

[Al-Ma’idah (5) : ayat 78-79]


Allah Ta'ala meratakan Azab nya apabila orang Islam mendiamkan diri terhadap kemungkaran.

Apabila kemungkaran telah berleluasa  terang2an, dan TIADA ummat mencegahnya,  maka Allah Ta'ala akan meratakan bumi dengan Azab-Nya....


✨🕌 ✨Firman Allah :

وَٱتَّقُواْ فِتۡنَةً۬ لَّا تُصِيبَنَّ ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنكُمۡ خَآصَّةً۬‌ۖ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ

“Dan peliharalah diri kamu dari fitnah yang tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu secara khusus, (akan tetapi menimpa secara umum) dan ketahuilah bahwa Allah Amat Keras siksaan-Nya.” 

[ Al-Anfaal (8) : ayat 25]


✨🕌 ✨Rasulullah    ﷺ bersabda :

 “Sesungguhnya jika manusia melihat seseorang melakukan kezaliman, kemudian mereka tidak mencegah orang itu, maka Allah akan meratakan adzab kepada mereka semua. 

[Imam Dawud, Imam At-Tirmizi]


✨🕌✨ Rasulullah    ﷺ bersabda :

 “Perumpamaan orang yang sungguh2 mendirikan hukum  terhadap ketentuan-ketentuan Allah dan orang yang melanggarnya adalah seperti sekelompok orang yang menumpangi sebuah kapal. Sebagian mereka berada di bagian atas, dan sebagian yang lain berada di bagian bawah. Jika orang-orang yang di bawah ingin mengambil air, mereka harus melewati orang-orang yang di atas mereka. Lalu mereka berkata: ‘Seandainya kita lubangi saja (kapal ini) pada bagian kita, kita tentu tidak akan menyusahkan orang-orang yang di atas kita’. Jika hal tersebut dibiarkan oleh orang-orang yang di atas, padahal mereka tidak menghendakinya, niscaya binasalah mereka semua, dan jika mereka mencegahnya, maka selamatlah semuanya.”

[Imam Bukhari]


Mereka yang mencegah kemungkaran akan diKurniakan Keselamatan


Orang2 Islam yang beriman yang berusaha benteras segala kemungkaran sekuasa2 mereka, maka mereka akan di selamatkan oleh Allah dengan berbagai jalan rahsia.


✨🕌✨ Firman Allah :

فَلَمَّا نَسُواْ مَا ذُڪِّرُواْ بِهِۦۤ أَنجَيۡنَا ٱلَّذِينَ يَنۡہَوۡنَ عَنِ ٱلسُّوٓءِ وَأَخَذۡنَا ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ بِعَذَابِۭ بَـِٔيسِۭ بِمَا كَانُواْ يَفۡسُقُونَ

"Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasiq (derhaka)"

[Al-A'raf  (7) : ayat 165]


Sekurang2 mencegah Kemungkaran

Kewajipan mencegah kemungkaran adalah mengikut keupayaan serta kemampuan yang Allah Ta'ala Kurniakan kepada seseorang.   Tiga jalan mencegah kemungkaran adalah :

(1) Mencegah Kemungkaran Dengan Tangan / Kuasa

Ini adalah khusus kepada Pemerintah atau Pemimpin yang diberi Amanah memimpin manusia.  Mereka WAJIB menggunakan kuasa mereka untuk mencegah segala kemungkaran / kekejian / kejahatan di dalam daerah mereka masing2.

(2) Mencegah Kemungkaran Dengan lisan

Ini adalah kewajipan Umum ke atas seluruh Ummat.  Sekalian Ummat Islam yang mempunyai keupayaan untuk bercakap atau menulis WAJIB beri nasihat, berda'wah, mengajak Ummat kepada kebaikan dan cegah kemungkaran yang terlihat.

(Pada zaman ini, media da'wah yang paling besar adalah Dunia Maya Internet, maka WAJIB bagi setiap mereka yang mempunyai kelayakan ilmu mencegah kemungkaran yang terjadi di dunia maya bahkan juga yang terjadi di dunia nyata.)

(3) Mencegah Kemungkaran dengan Benci di dalam Hati.

Seseorang yang beriman yang TIDAK memiliki kuasa dan TIDAK juga pandai bicara di sebabkan kurang ilmu nya, maka sekurang2 "mencegah kemungkaran"  adalah "membenci segala kemungkaran yang terjadi di hadapannya".   Dan ini adalah selemah2 Iman.  Tiada lagi Iman selepas itu.  Ertinya seseorang Islam yang melihat kemungkaran, hanya berdiam diri tanpa sedikit pun rasa kebencian terhadap kemungkaran tersebut didalam hatinya, maka tiada lagi Iman di dalam hati nya.  Wal Iyazubillah.


Kewajipan Ummat pada Saat ini:

Di antara kemungkaran yang mengundang laknat Allah adalah Perbuatan kaum Lut yang mengadakan hubungan Lesbian dan Homoseks sehingga Allah Ta'ala turunkan Azab dihujani batu musnahkan sekaliannya. 

Pada zaman ini yang popularkan perbuatan ini adalah  Amerika Syarikat, Italy,  Germany, Sepanyol, Perancis, England dll.  (cuba lihat pada senarai Negara2 yang terkena bala Wabak pada masa sekarang)

Negara Malaysia juga TIDAK ketinggalan di dalam persoalan ini.

Sebelum terbentuknya kabinet baru pimpinan Tan Sri Muhyiddin,  Negara Malaysia ini menjadi huru- hara dengan bangkitnya laungan hidupkan "LGBT",  maka akibatnya kita sedang merasakannya sekarang.

Dengan demikian menjadi kewajipan seluruh  Ummat bangkit membenterasnya, terutama Pemerintah yang diberikan Kuasa Memerintah,  WAJIB menangkap semua pihak yang terlibat dan suruh mereka bertaubat ;  sama ada mereka yang terlibat itu orang awam atau pegawai atau menteri2 sekalipun, WAJIB ditangkap dan disuruh Taubat.

HARAM dan BERDOSA BESAR berdiam diri terhadap kemungkaran besar ini.  Berdiam diri dengan kemungkaran adalah sama seperti meredhainya, dan ini kecelakaan. 

Orang yang meredhai kemungkaran sama seperti orang yang memperbuatnya walaupun dia sendiri tidak melakukannya.


Diringkaskan Kewajipan Memerangi LGBT ini:

______________________________________


Tugas Pemerintah

Wajib bertindak hapuskan pengaruh LGBT dari akar umbinya dengan Kuasa yang ada pada mereka.  Kita percaya pimpinan baru yang ada sekarang adalah yang benar2 beriman serta mampu membenterasnya sebagai menjunjung tinggi Amanah Allah kepada mereka.


Tugas Ulama

Ulama serta penda'wah yang mempunyai Ilmu, perlu berikan nasihat, tunjuk ajar dan ancaman2 kepada seluruh Ummat


Orang Awam

Orang Islam awam yang tidak mempunyai pengetahuan mendalam dan tak mampu berhujjah, memadai lah membenci didalam hatinya.   Dan ini adalah selemah2 Iman.  


✨🕌✨ Rasulullah   ﷺ  bersabda:

” من رأى منكم منكرا فليغيره بيده، فإن لم يستطع فبلسانه، فإن لم يستطع فبقلبه، وذلك أضعف الإيمان “

( رواه مسلم )

“ Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran hendaklah mengubah dengan tangannya, jika tidak mampu, maka dengan lidahnya dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.”

[Imam Muslim]



Wallahu A'lam




☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️




بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَ


KITA YANG TERTIPU

....................................


Ramai yang tertipu dengan amal 

 lalu mereka menghitung amal 

 bagaikan kanak-kanak yang menghitung 

 nilai wang dinilai dengan bilangan

 sedangkan ia hanya timbunan 

 duit satu sen sahaja…


    🌾Ramai yang tertipu 

      kerana mereka beramal dengan apa yang 

      disukai 

      bukannya dengan apa yang Allah suka 

      setiap tahun dia mengerjakan umrah 

      kerana dia menyukainya 

      sedangkan Allah menyukai dia 

      membantu golongan yang memerlukan 

      sumbangan kewangan mereka

      begitulah kias bagi mereka yang mahu 

      mengerti…


     ⚘ Ramai yang tertipu

      dengan amal yang mereka lakukan

      mereka menyangka apa yang  mereka 

      lakukan tinggi nilainya

      sedangkan di sisi Allah adalah 

      amat rendah nilainya

      mereka bermuzakarah ilmu sehingga 

      timbul kehebatan diri 

      sedangkan bersama ahli maksiat 

      yang merendah diri 

      adalah lebih mulia dari majlis mereka 

      begitulah kias bagi mereka yang 

      mahu memahami…


    🌾 Ramai yang tertipu

      sehingga mereka merungut dengan musibah

      lantaran tiada mereka dapat beribadah

      lalu mereka mahu keluar dari musibah itu

      sedangkan Allah mahu mereka 

      beribadah dalam musibah itu 

      dengan redha, sabar dan bersangka baik 

      tetapi mereka tiada mengerti

      lantaran  jiwa yang gelap untuk mengerti…

  

    ⚘ Ramai yang tertipu

    dengan amal mereka

    lantaran tiada makrifat pada Tuhan-Nya

    jahil memahami apa kecintaan Allah

    mereka beramal dengan kecintaan mereka   

    sehingga mereka menjadi sesat

    lantaran hati yang semakin tebal dengan hijab…

    

    ⚘ Demi sebuah cinta

    tinggalkan dirimu

    bangunkan dalam jiwamu cinta

    cinta hanya pada Allah

    cinta hanya pada kehendak-NYA

    cinta hanya pada pandangan-NYA

    cinta hanya pada matlamat pada-NYA

    cinta hanya pada mentauhidkan-NYA

    cinta kepada sekelian kekasih-NYA

    agar kamu selamat daripada kebodohanmu

    lantaran kamu menyintai nafsumu dalam ibadah pada-Nya…     


    🌾Janganlah tertipu lagi

    dengan bisikan nafsu dan hasutan dengki iblis yang menguasai diri

    tinggalkanlah

    carilah guru yang benar

    guru yang boleh membersihkan hati

    dari segala penyakit hati dan hijab diri

    dialah Guru Mursyid Yang Siddiq

    yang pada dirinya ada vaksin segala penyakit zahir dan batin manusia....



    BicaraKasihAyah





☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️





بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَ


BENTUK2 TAWASSUL

■■■■■■■■■■■■■■■■■



Mungkin ada kekeliruan bab Tawassul lagi...   

Tawassul menurut Ahlus Sunnah ada beberapa bentuk.

🍁 (1)  Tawassul dengan  menyebut kata2 ini ....

"dengan barakah Nabi atau Wali Allah tolong kami Ya Allah" 



🍁 (2)  Tawassul dengan menyeru terus nama Nabi seperti

"Ya Muhammad"

"Ya Rasulullah"

(dalam hati tetap mengingat Allah yang berikan pertolongan)

seperti yang dilakukan oleh Ibn Abbas dan Ibnu Umar ketika kebas kaki.



🍁 (3) Tawassul dengan menggunakan suatu yang ada pada tubuh Nabi atau pakaian Nabi.

Contoh : seperti yang dilakukan oleh Ummu Salamah memerah jubah Nabi untuk jadi penyembuhan demam dengan barakah Nabi.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bila seseorang mohon dengan seru nama Ya Muhammad, atau Ya Rasulullah atau Ya Abdul Qadir Jilani atau seru nama2 wali yang lain, BUKAN bermakna mereka i'tiqad Nabi atau wali Allah itu berkuasa.   Mereka hanya mohon dengan barakah himmah Nabi atau Wali Allah agar  Nabi atau Wali Allah itu tolong mohon pada Allah agar Allah berikan Rahmat.

Lebih kurang maknanya begini...

Ya Nabi tolonglah doakan pada Allah untuk kebaikan kami.

Ya Abdul Qodir, tolonglah pohon pada Allah kebaikan untuk kami

Susah sangat nak faham bentuk2 tawassul ini?

Jika susah, elok kita tutup dulu jangan bincang masalah ini.  Nanti ramai yang cedera aqidah.

Macam mana?

👳👳👳




☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️




بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا


■■■■■■■■■■■■■■■■■■



Dalil No. 1
□□□□□

Beberapa waktu selepas kewafatan Rasulullah, Abdullah Ibnu Umar berada di Najd lalu suatu hari kaki beliau kebas. Seseorang berkata kepada beliau, "Ingat seseorang paling kamu cintai" Lalu Ibnu Umar berkata : "Ya Muhammad ( Ya Rasulullah) " kemudian kaki beliau terus sembuh dari kebas."

[Bukhari di dalam Kitab Adab Al-Mufrad]

[Imam Nawawi  di dalam  Al-Azkar]

[Imam Shaukani di dalam Tuhfah Az-Zakirin]



Dalil No. 2:
□□□□□

Ketika pemerintahan Sayyidina Abu Bakr as-Siddiq, terjadi peperangan terhadap Nabi palsu Musailamah Al-Kazzab. Ketika peperangan memuncak, kaum Muslimin terasa hilang kekuatan. Ketika itu Khalid Ibn Al-Walid dan para sahabat lain menyeru, " Ya Muhammad " kemudian mereka mara dan memenangi pertempuran tersebut

[Bab Musailamah Al-Kazzab -     Kitab Al Kamil Fit-Tarikh :   Imam Ibnu Athir]

[Kisah Musailamah Al Kazab -    Kitab Bidayah Wan Nihayah : Imam Ibn Kathir]

[Kisah Musailamah Al Kazzab -  Kitab Tarikh Tabari  :  Imam Ibnu Jarir At- Tabari]



Dalil No. 3:
□□□□□

Imam Nawawi dan Ibnu Taimiyyah juga membawakan kisah yang sama seperti itu yang terjadi kepada Abdullah Ibnu Abbas.

"Abdullah Ibnu Abbas juga pernah terjadi keadaan yang sama seperti yang terjadi kepada Ibnu Umar, iaitu kaki beliau menjadi kebas. Seseorang berkata kepada beliau supaya ingat kepada seseorang yang paling beliau cintai, lalu Ibnu Abbas berkata: "Ya Rasulullah" kemudian kakinya yang kebas segera pulih.

[Imam Nawawi, Al-Azkar.]

[Ibnu Taymiyyah, Al-Kalim Tayyib]



Dalil No. 4:
□□□□□

Di dalam Tabaqat, Imam Ibnu Sa'ad menulis:

"Selepas beberapa waktu kewafatan Nabi, Urwah Binti Abdul Mutalib (Radhiallahu Anha) berkata: : "Ya Rasulullah! Engkaulah tempat harapan kami"

[Ibnu Sa'ad, Tabaqat Ibn Saad]


Kesimpulan dari kisah2 di atas :
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~


🍁Imam Imam Ahlus Sunnah yang membawa kisah2 tersebut berhujjah :

Ini lah dalilnya harus menyeru nama Rasul dengan sebutan Ya Muhammad, Ya Rasulullah, Ya Habibullah,  Wahai kekasih Allah dll selepas kewafatan Baginda.

🍁Ternyata dari kisah2 tersebut yang menjadi perhatian bukan sahaja diharuskan menyeru nama Rasul, bahkan di sana terlihat "penyembuhan" suatu penyakit dengan menyebut nama "MUHAMMAD"  atau "RASULULLAH"

Ini yang kita sebut dahulu mengambil manfaat penyembuhan penyakit dari "nama Nabi"   "pakaian Nabi"  dan "tubuh jasmani Nabi"  dan belum sampai tapi sudah pun terbuka rahsia di sini.

Ternyata ini semua adalah MUKJIZAT bagi Nabi dan KAROMAH bagi Auliya Allah.

🍁 Kisah di atas juga menjadi i'tibar : Menyeru nama seseorang Auliya Allah yang telah wafat, bukanlah bermakna kita mempercayainya ada  kuasa dengan sendirinya.  Tetapi seruan pada mereka adalah supaya mereka tolong memohon kepada Allah kebaikan untuk kita.

Inilah fahaman yang betul.

BUKAN i'tiqad kubur Nabi atau Wali Allah itu berkuasa dengan sendirinya.

Orang bodoh yang paling jahil dari ummat ini pun tahu, makhluk tak ada kuasa apa2.  Apa lagi orang cerdik pandai, sepatutnya lebih cerdas otaknya...! 

Wallahu A'lam





☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️




بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


CAHAYA MA'RIFAT TIDAK AKAN PADAM SAMPAI QIAMAT...

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●


WALAUPUN kafir buat rencana, munafiq buat rencana, Yahudi dan Nasrani buat rencana, Iblis jinn syaitan buat rencana...  adakah semua rencana jahat puak2 jahat2 ini dapat halang Zikir dan Ma'rifat?

Adakah gerakan puak2 iblis ini mampu menghalang gerakan Ahli Ma'rifat @ Shaikh Sufi @ Mursyid Murabbi?

Tidak sekali2.. !

Semua rencana jahat puak2 jahat TIDAK akan dapat padamkan cahaya Zikrullah, cahaya Tauhid, Cahaya Ma'rifat yang terbit daripada Jamaah Ahli Ma'rifat seluruh dunia.

Walaupun bilangan Ahli Ma'rifat ini kecil, hanya beberapa orang satu negeri, namun cahaya yang terpancar dari mereka memancar segenap pelusok dunia, memenuhi langit dan bumi... !

Tiada satu kuasa pun dapat memadamkannya.  Kalian tahu sebabnya?

Kerana Ma'rifat adalah pada hakikatnya pancaran Cahaya Ilahi.  Hakikatnya cahaya itu dari Kuasa Allah Yang Maha Menerangi Alam.  Jika demikian adakah suatu kuasa dapat memadamkan cahaya Ma'rifat ini?

Mana2 kebatilan yang terbit dari manusia2 kufur atau dari Iblis jinn syaitan dan sekutu2nya... semua akan hangus terbakar semuanya.  Sebab itu Iblis jinn syaitan sangat takut dengan Ahli Ma'rifat.

Sekarang barangkali kalian dapat sedikit gambaran, apakah itu hakikat Islam yang tersembunyi yang tidak dapat dipadam sampai Qiamat?


Cuba renung dan halusi sebaik baiknya.


👳🏻👳🏻👳🏻

 



☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️




بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


ISLAM AKAN MEMERINTAH DUNIA SEHINGGA QIAMAT....

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●


Berikut adalah mutiara hikmah Ghawthul A'zam Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani 
رضي الله عه  berkenaan Ilmu Rahsia Ma'rifat dan Kerajaan Ilahi atas muka bumi.


Berkata Imam Jilani :

"Ilmu tersebut  (iaitu Ilmu Rahsia yang tersangat rahsia) dimasukkan kepada Nabi   pada malam Baginda  Mi'raj kepada Tuhannya. Rahsia itu tersembunyi di dalam diri Baginda di balik tiga ribu tabir hijab. Baginda tidak membuka rahasia tersebut melainkan kepada sebahagian pengikut Baginda yang sangat cinta dengan Baginda. Melalui penyebaran dan keberkatan Rahasia inilah Islam akan terus memerintah sehingga ke hari Qiamat."

[Sirrul Asrar Fi-ma-Yahtaju Ilayhil Abarar]

Pertanyaan :

Ada sesiapa di sini pernah dengar syarah pada kalam hikmah ini dari Mursyid kalian?

Kita dapati yang memerintah dunia sekarang bukan sistem Islam tetapi sistem jahiliah dan kafir. Jadi apakah maksud Imam dengan kata2 beliau,  "Islam akan perintah hingga Qiamat" ?

Rahsia Ilmu apakah yang sebenarnya Imam ingin sampaikan kepada kita?

Siapakah yang beliau maksudkan Baginda tidak membuka rahsia tersebut melainkan orang yang mencintai Baginda.  Siapakah mereka.?


Cuba renungkan....




☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️




بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


HUKUM BUGHAT (MELAWAN PEMERINTAH)

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□


Pendirian Ahlus Sunnah pada memerangi pemerintah :

(1) Memerangi pemerintah yang 'ADIL DAN TAQWA (yang memerintah mengikut Undang2 Allah) adalah HARAM dan KUFUR.

(2) Memerangi pemerintah yang fasiq (yang fasiqnya tidak melampau)  tetapi masih kekalkan UNDANG2 ALLAH adalah HARAM memerangi mereka.

(3) Memerangi pemerintah fasiq yang melaksanakan UNDANG2 KAFIR tetapi tidak menghalang Ibadah yang wajib2, maka ini berbeza pendapat Ulama.

(4) Memerangi pemerintah fasiq yang melaksanakan UNDANG2 KAFIR, dan menghalang ibadah yang fardu,  maka di sini ada 2 pilihan :

👉🏽 Memerangi pemerintah dengan kekuatan senjata jika mampu (ada kekuatan Iman dan Pemimpin Taqwa)

👉🏽 Hijrah ke negeri lain jika tiada kuasa memerangi mereka.


🍀Di Malaysia,  walaupun undang2nya jelas berlawanan dengan Hukum Islam, orang Islam masih boleh beribadah, berzikir,  amr ma'ruf nahi mungkar dan laksana kewajipan2 pokok yang lain.  Dengan itu kita di sini belum sampai ke tahap memerangi dengan kekuatan senjata. 

Wallahu A'lam.




☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️




بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


ANTARA TAHU (PENGETAHUAN AKAL FIKIR) DENGAN MERASAI (MERASAI DENGAN HATI DAN PERASAAN)...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Tahu  MADU dan merasai kelazatan MADU.

Antara "TAHU" berkenaan madu melalui khabar atau cerita orang dengan  "KENAL" madu melalui melihat sendiri madu dan merasai madu dengan lidah dan perasaannya adalah perbezaannya antara langit dan bumi...!


1⃣ Orang yang tahu madu dan pernah belajar berkenaan sifat2 madu akan dapat bayangkan pada aqal fikirannya apa yang dikatakan madu itu.

2⃣ Orang yang tahu madu pada pengetahuan, kemudian menjumpai madu, merasainya dengan lidah, akan yaqin secara pasti apa itu madu, sifat2nya dan rasanya.


1⃣ Orang yang cuma tahu "madu" pada khabar atau dari lisan seseorang....

keyakinannya TIDAK penuh...

➡ hati diselubungi keraguan...

➡ sifat2 yang diketahuinya hanya pada sangkaan..

Semua ini terjadi kerana dia TIDAK melihat madu dan TIDAK merasai kelazatannya. 


2⃣ Sedangkan orang yang sudah melihat dan merasai kelazatan madu...

➡ Tiada keraguan lagi kerana sudah disaksikannya secara nyata dengan matanya...

➡ Sifat2 madu diketahuinya dengan merasainya dengan lidah, maka dia penuh yaqin tentang sifat2 madu yang sebenar....

➡ Keyakinannya tentang madu tak dapat digoyang lagi kerana sifat2 tersebut sudah sebati pada perasaannya.  Tiada lagi mampu menggugatnya....

……………………………………………………

Ini suatu ibarat antara orang beriman kepada Allah berdasarkan bukti dan dalil dengan orang yang "melihat Allah" dari dalam hatinya....

Cuba renungkan....

Wallahu A'lam




☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️




بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


KUNCI MEMAHAMI JALAN MA'RIFAT

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□


Apakah yang difahami dengan Jalan Ma'rifat Ketuhanan?

Apakah matlamatnya?

Apakah wasilahnya?

Mengapakah diperintah berguru dengan Guru yang arif lagi siddiq?

Mengapakah si salik diperintah jauhi segala bisikan2 halus walau dari mana pun bisikan tersebut?

Mengapakah si salik dilarang terpesona / asyik dengan segala keindahan yang terlihat?

Mengapakah si salik diperintah dengan adab2 yang sangat halus dan garang?

Sebabnya....

Semua ini ada kaitannya dengan keselamatan si salik, keselamatan dunia akhiratnya, keselamatan Tauhidnya,.keselamatan Ma'rifatnya... !

Si salik adalah umpama bayi yang baru menyusu, bertatih, merangkak, menangis, ketawa, mengesot, meniti, belajar berjalan, makan, minum dan bercakap.

Si anak kecil perlukan bimbingan dan pimpinan. Dia perlu ditunjuki jalan. Dia perlu ditunjuki jalan selamat dan jalan bahaya. Dia perlu diajar siapa teman siapa musuhnya. Dia perlu tahu jalan2 kebaikan dan keselamatan.

SALIK yang baru menempuh jalan Ma'rifat adalah umpama bayi di pangkuan ibunya.  Si Salik diperingatkan supaya TETAP INGATANNYA  kepada Allah.  Jangan sesekali palingkan wajah nya dari menuntut wajah Allah.

🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁

Maka berkata Guru yang arif kepada muridnya :

🍁
"Wahai anak, pegang tanganku kuat2 (tangan ruhani).  Tetapkan wajahnya pada Allah sahaja. Dan hanya pada Allah semata2.

🍁
Kosongkan hatimu dari selain Allah. Buang jauh2 segala "aghyar"  yang mengikat hatimu, lepaskan segala bebanan yang mengganggumu.

🍁
Jangan sesekali terleka atau terpesona dengan segala yang ghaib2 , yang ditunjukkan pada mu.

🍁
Jangan sesekali asyik dengan segala pandangan2 indah yang dihidangkan padamu.

🍁
Jangan sesekali melayan segala bisikan2 halus yang meniup.

🍁
Ini kerana semua peristiwa itu sama ada yang indah2 atau suatu yang tak disenangi hanya lah cobaan Allah sejauh mana ketulusan HATIMU mengharap wajah-Nya.

🍁
Segala bentuk pembukaan kepada ghaib BUKAN menunjukkan ketinggianmu, sebaliknya ia penuh dengan tipu daya dan cobaan Keimanan.

🍁
Ketika engkau mengerjakan zikrullah atau muraqabah atau musyahadah, TETAPKAN INGATAN PADA ALLAH SAHAJA,  JANGAN sesekali terleka kepada yang lain.  Jika datang kepadamu suatu bisikan halus atau suatu gambaran atau suatu cahaya yang gemilang, maka bacalah munajat tiga kali...

"Ilahi anta maqsudi wa Ridhaka Matlubi"
(3x)

Sekiranya gambaran / cahaya / bisikan itu hilang, maka yang demikian was-was Iblis. Jika gambaran / cahaya itu tak hilang, maka itu adalah petunjuk yang haq. 


TETAPI AWAS..!

JANGAN asyik / paling pandangan kepada gambaran itu walaupun ianya haq, sebaliknya hendaklah engkau teruskan zikir, hadapkan wajah dan ingatan terus kepada Allah , JANGAN pedulikan yang lain2 yang datang."


🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁


Demikianlah penegasan 'Guru yang arif  kepada si salik pada semua peringkat. 
Mereka TIDAK sesekali dibenarkan menyibukkan diri dengan segala gambaran / pandangan / bisikan apa jua pun.

SEBABNYA....

Mereka belum mengenal alam yang  sedang ditempuh.   Mereka belum mahir di dalam memahami segala bisikan dan gambaran. Mereka belum kenal antara Gerbang Allah dan Gerbang Iblis...!

Jika mereka mendengar dan patuh nasihat ini nescaya akan selamat.  Insya Allah.

Jika mereka engkar, Iblis  dan konco2nya sedia menanti dengan jambatan emas berlian.

Ini kunci...!

TETAPKAN HATI MENGHADAP ALLAH SEPANJANG PERJALANAN DAN JANGAN PEDULIKAN SEKALIAN KEINDAHAN YANG MENJELMA.. !

Inilah pesanan semua Guru yang arif sebagaimana wasiat mereka di dalam kitab2 mereka.

Jika kalian dapat memahami kunci ini, maka kalian sudah mendapat kunci kepada perjalanan yang haq kepada Ma'rifatullah...  !

Wallahu A'lam




☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️




بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


ORANG YANG BERIMAN / BERTAUHID KEPADA ALLAH ADA DUA PEMBAHAGIAN BESAR

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●



(1) Beriman kepada Allah berdasarkan fikir aqal. 
……………………………………………………



Tiga golongan termasuk di dalam kategori ini...

Pertama   : Semata2 Taqlid

Kedua     :  Dengan Dalil aqli dan naqli

Ketiga     :  Dengan menghujjahkan dalil.

Ketiga2 golongan ini beriman kepada Allah berdasarkan fikir aqal,  sama ada melalui khabar atau dalil yang terlihat...  peringkat ini penuh dengan syubhah kerana hati diselubungi mazmumah dan syirik2 khafi.

Setinggi2 orang alim yang hafal kitab dan hadith pun hanya dapat sampai ke peringkat ZONN ( Iman bercampur2 dengan syirik khafi)

Walaupun hafal seribu kitab, takkan mampu menyucikan batin dari mazmumah dan syirik secara total.

Ini bermakna setinggi2 " alim kitab"  yang mahir berbagai disiplin ilmu pun, belum dapat bebaskan hati nya dari mazmumah dan syirik khafi.

[Lihat bukti yang sudah dibentang pada kisah Imam Ghazali]



(2) Beriman  / Bertauhid kepada Allah dengan "melihat" dari dalam hati.
…………………………………………………......


Dua golongan termasuk di dalam kategori ini ...

Pertama : Salikin yang berma'rifat

Kedua : Arif Billah

Kedua2 kumpulan orang beriman ini adalah beriman kepada Allah dengan cara  "penglihatan matahati" "penglihatan ruh", "penglihatan sirr".....  bukan lagi fikir aqal. 

Martabat ini hanya diperoleh oleh mereka2 yang memasuki dunia Tasawwuf dan Toriqat di bawah bimbingan " Master Keruhanian"  iaitu Mursyid @ Shaikh @ Murabbi yang telah tahqiq dan siddiq.

Pemimpin keruhanian itu mesti telah menyelami Lautan Ahadiyyah secara "zauqi"   (pemerasaan darah daging, hati dan ruh ) BUKAN semata2 khabar,  BUKAN teori,  BUKAN hasil bacaan... !

Beliau mesti orang yang telah sampai ke Hadratul Quddus, Hadrat TuhanYang Maha Suci.

Ertinya dengan melalui kaedah2 Toriqah dan Tasawwuf yang ditentukan oleh Ulama Ahlus Sunnah ini, seseorang akan dapat menyucikan batinnya dari mazmumah dan syirik2 khafi secara mutlak dan keseluruhan.  Sehingga.akhirnya  matahatinya bercahaya melihat Ketuhanan dari dalam hati.

Insya Allah

Sepintas lalu, secara ringkas sahaja.

👳🏻



☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️




بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


MANA YANG LEBIH BAHAYA ? BERHALA FIZIKAL atau BERHALA HATI ?

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●



Manakah yang lebih bahaya kepada orang2 beriman :

Sembahan pada berhala fizikal  atau sembahan kepada berhala hati?

Kunci di sini :
Bahaya kepada orang beriman.

Menurut pandangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, "berhala"  yang dijadikan sembahan ada dua bahagi besar.  Setiap satu mempunyai pembahagian kecil yang lain.

Dua macam berhala tersebut yang menjadi sembahan manusia adalah :


⏺BERHALA FIZIKAL  yang nyata  'ain (zatnya) yang terlihat dan terasa oleh panca indera yang dijadikan sembahan seperti :

👉🏽menyembah matahari

👉🏽menyembah patung

👉🏽menyembah bulan dan bintang

Semua macam berhala ini terang nyata dan orang yang menyembah makhluk2 tersebut juga terang nyata perbuatannya sungkur sujud di hadapan benda2 itu sebagai tanda dia jadikan- nya sebagai Tuhan.


⏺BERHALA HATI iaitu "berhala"  yang tersembunyi di dalam hati.  Fizikalnya tidak kelihatan seperti :

👉🏽menyembah nafsu

👉🏽menyembah syaitan

👉🏽menyembah dunia

👉🏽menyembah kuasa, pangkat, kekayaan, kedudukan

👉🏽menyembah undang2 buatan manusia

👉🏽menyembah diri sendiri

Semu jenis "berhala" ini tidak kelihatan pada mata kasar lantaran sifatnya adalah maknawi - "berhala" yang tersembunyi di dalam hati.

Tidak berlaku perbuatan fizikalnya " sujud " atau "sungkur"  di hadapan unsur2 tersebut, tetapi penyembahan kepada "berhala2 hati" ini berlaku di dalam hati. Namun kesannya / tanda2 "penyembahannya"  kepada "berhala" tersebut akan terlihat pada perkataan, perbuatan dan tingkah laku seseorang yang melakukan penyembahan tersebut.

……………………………………………

Dari kedua dua jenis berhala ini, yang manakah lebih berbahaya kepada orang beriman?

Dalam kata lain, dari kedua2 jenis sembahan ini, sembahan manakah yang lebih ditakuti bahayanya kepada orang beriman?

……………………………………………



Moga kita sama2 muhasabah diri.  



☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Jadilah Pendokong Atau Penyokong Ahli Sufi @ Ahli Ma'rifat, Jangan Jadi Yang Ketiga

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Ada manusia muslim seboleh2nya mahu menafikan dan mengengkari kenyataan bahawa Ahli Sufi dan Madrasah Ahli Ma'rifat itu sebagai jalan keselamatan yang sebenar2nya mengikut Petunjuk Allah dan Rasul, maka mereka membuat berbagai sangkaan, tuduhan dan propoganda jahat supaya orang2 Islam memandang serong dan menjauhi institusi ini. 

Ada saja helah tersembunyi mereka untuk menafikan kebenarannya.

Propoganda paling jahat adalah datangnya dari Golongan Wahabiyyah (Khawarij, Mujassimah, maka ada orang2 Muslim terpengaruh dengan propoganda ini secara mereka tidak sedari.

Mereka ini adalah manusia2 yang berpenyakit, hatinya penuh dengan was-was Iblis dan nafsu. 

Imam Ghazali menyebut golongan engkar ini sebagai orang yang buta mata hati dan mendapat la'nat Allah :


Kata Imam Ghazali :
~~~~~~~~~~~~~~~

"Di luar mereka (di luar dari mereka yang menjadi Pendokong Ahli Sufi atau penolong2 mereka)  adalah orang2 jahil menolak semua itu dari dasarnya dan merasa hairan mendengar kisahnya. Mendengar sambil mengejek dan menganggapnya sebagai omong kosong.  Tentang mereka itu Allah Taala berfirman ;

وَمِنۡہُم مَّن يَسۡتَمِعُ إِلَيۡكَ حَتَّىٰٓ إِذَا خَرَجُواْ مِنۡ عِندِكَ قَالُواْ لِلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ مَاذَا قَالَ ءَانِفًا‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ طَبَعَ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِہِمۡ وَٱتَّبَعُوٓاْ أَهۡوَآءَهُمۡ

*"Dan di antara mereka yang mendengar ajaranmu (dengan sambil lewa), sehingga apabila mereka keluar dari sisimu berkatalah mereka (secara mengejek-ejek) kepada orang-orang yang diberi ilmu ; Apa yang dikatakan oleh Muhammad tadi? Mereka itu ialah orang-orang yang telah dimeteraikan Allah atas hati mereka dan ialah orang-orang yang menurut hawa nafsunya.*
[Muhammad (47) : Ayat 16]


dan firman-Nya :

أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ لَعَنَهُمُ ٱللَّهُ فَأَصَمَّهُمۡ وَأَعۡمَىٰٓ أَبۡصَـٰرَهُمۡ

*(Orang-orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka dan dibutakan penglihatannya (23)*

[Muhammad (47) : Ayat 23]

[Tamat petikan kitab]


Kesimpulannya :
~~~~~~~~~~~~

Jadilah salah seorang dari dua ini....

(1) Pendokong Ahli Sufi @ Ahli Ma'rifat

(2) Penyokong Ahli Sufil @ Ahli Ma'rifat...

maka JANGANLAH kalian menjadi yang ketiga... iaitu penentang dan pemfitnah... maka akibat keburukan amat dahsyat sekali...!

Akibatnya yang paling buruk adalah hilangnya Rahmat Allah dan tercabutnya Iman. Wal Iyazubillah...!

Moga Allah selamatkan kita...!



☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


KESIMPULAN BAB  TAUHID @ IMAN @ MA'RIFAT

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□


🍁 Seseorang dikatakan bertauhid @ beriman apabila dia mengucap dua kalimah syahadah dan berazam sungguh2 di dalam hati untuk menyempurnakan segala tuntutan Allah dan Rasul-Nya.


🍁 Orang beriman terdedah kepada dua bentuk syirik :

  * Syirik Jali (terang)

  * Syirik Khafi (tersembunyi)

Syirik Jali menghantarkan seseorang menjadi murtad @  gugur Iman @ keluar dari Tauhid.

Syirik Khafi TIDAK menjadikan seseorang itu murtad.  Tetapi Iman @ Tauhidnya cedera.  Dia wajib perbaiki Imannya yang cedera itu dengan cara2 yang ditunjukkan oleh Ulama Ahlus Sunnah.

🍁 Syirik Jali terjadi apabila seseorang terang2an sembah berhala (yang bentuk batu atau lainnya), atau menafikan syari'at Allah atau engkari Nabi  atau menghina salah satu hukum Allah atau Sunnah Nabi.

🍁 Syirik khafi terjadi apabila ada pada seseorang itu perkara2 berikut :

(1) Takabbur 

(2) Riya'

(3) Sum'ah

(4) 'Ujub 

(5) Tawakkal pada makhluk



Syirik Khafi TIDAK batalkan iman @ Tauhid tetapi  Iman menjadi ROSAK.

🍁Ulama syaratkan setiap orang beriman mencari tabib yang merawat hati, iaitu seorang Shaikh Mursyid @ Ahli Sufi @ Ahli Ma'rifat yang akan merawatnya sehingga dia lepas bebas dari semua macam Syirik Khafi.

🍁 Jika seorang beriman belum bertemu seorang pun Shaikh  Mursyid @ Ahli Sufi @ Ahli Ma'rifat, maka ketika wajib bagi dia lakukan dua perkara ini sungguh2 agar dia tidak terus-menerus di dalam Syirik Khafi.

(1) Taubat sungguh2 di atas Syirik Khafi yang telah terjadi

(2) Banyakkan zikir La Ilaha Illallah.

Mudah2an dengan itu tidaklah terus-menerus di dalam  dosa besar.



Wallahu A'lam



☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


DUA MACAM ORANG ISLAM  YANG TERTIPU DAN BERDOSA BESAR. 

SATU GOLONGAN YANG SELAMAT

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



🍁Pertama :
…………....


Orang Islam yang hanya mengambil dan amalkan Syari'at Zahir (Fiqh) tetapi menolak / menafikan / engkar / meremehkan Syari'at Batin (Tasawwuf , Toriqah, Ma'rifah)


🍁Kedua:
………….


Orang Islam  yang hanya mengambil dan amalkan Syari'at batin (Tasawwuf, Toriqah, Ma'rifah) sedangkan mereka engkar / nafikan / meremehkan Syari'at Zahir (Fiqh)


✅ Golongan yang selamat
………………………….......

Golongan yang selamat adalah menerima dan amalkan kedua2 bahagian syari'at ~ Zahir (Fiqh) dan Batin (Tasawwuf, Toriqah, Ma'rifah)

Jika seseorang Muslim belum dapat amalkan Syari'at Batin (Tasawwuf , Toriqah, Ma'rifah) sepenuhnya kerana belum bertemu seorang Shaikh @ Mursyid @ Murabbi yang siddiq (benar) tetapi dia tetap akui kemuliaan dan kewajipan amalkan ilmu tersebut, dia pun termasuk golongan selamat.  Insya Allah.



Inilah Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.




☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️




بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


SULUK / KHILWAH/ UZLAH dalam Islam ikut Hindu?

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●



Ada beberapa orang cerdik pandai agama yang hanya pandai syari'at berkata begini...

"Kenapa orang dalam suluk./ khilwah/ uzlah ada pantang makan daging, ayam, ikan macam tu..   ini macam ajaran Hindu je...  "

Pendek kata ikut  kata orang2 " cerdik"  itu, Ahli Sufi tiru Hindu.

Betul ke macam tu?
Betul ke Ahli Sufi dan Tasawwuf ikut ritual Hindu?


Ini Jawapannya....



Persoalan Pertama :
~~~~~~~~~~~~~
~~~

Bilakah mulanya Ilmu Tasawwuf, Ma'rifat dll.  Dan bilakah pula mulanya ajaran Hindu?

Siapakah yang terbitkan Ilmu Sufi dan Tasawwuf.?

Siapakah  pula yang terbitkan ajaran Hindu?

Semua Rasul dan Nabi membawa Tauhid yang satu, sembahan yang satu, kesucian hati dan ruh mengabdi setulus hati pada Allah Ta'ala serta jauhi semua macam syirik.

Inilah hakikat Tasawwuf dan kesufian.

Sedangkan Hindu, Budha dll  itu adalah ajaran sesat dari bisikan Iblis.   Apabila seorang Rasul wafat, maka Iblis sesatkan manusia dan buat agama2 baru.  

Iblis selewengkan orang2 yang minat pada  Ilmu keruhanian supaya jadi rahib, petapa di gua2.  Maka timbul golongan2 petapa hindu dan budha yang sesat.

Maka di sini, kamu dapat faham dengan mudah....  yang sebenarnya Hindu adalah agama sesat yang datang kemudian dari  kewafatan Rasul atau Nabi iaitu kemudian dari ilmu Tasawuf yang dibawa oleh Rasul dan Nabi.



Persoalan ke-2 :
~~~~~~~~~~~
~~

Jika dikaitkan antara yang meniru dan yang ditiru... tentu yang ditiru datang dulu...!  Yang meniru datang kemudian…!

Dalam hal ini,  mana satu dulu,   khilwah Rasul atau pertapaan Hindu, Budha dll.?

Sejarah Rasul dan Nabi2, setiap kali sebum seseorang diangkat jadi Rasul,  beliau di- ilhamkan oleh Allah untuk khilwah / suluk / uzlah...  jauhkan diri masyarakat beberapa waktu tertentu.

Dalam khilwah / suluk yang dibuat oleh Rasul2 ...  mereka menahan diri dari pergaulan makhluk, menahan makan makanan tertentu yang boleh ganggu ibadah serta tumpukan ibadah dan hati kepada Allah semata2.

Inilah khilwah semua Rasul2 dan Anbiya dahulu.... sampailah kepada junjungan Besar Nabi kita Muhammad  Rasulullah .
Ulama Ma'rifat mengambil pendekatan khilwah Rasul2 ini dan jadikannya sebahagian dari Silibus Tarbiyyah Keruhanian.  Ertinya seseorang yang memasuki dunia tasawwuf dan Toriqat akan melalui proses penyucian hati melalui suluk / khilwah.

Amalan "menahan diri dari memakan daging dan seumpamanya terhad untuk masa suluk itu saja.  ..  bukan sepanjang masa.. !
Mereka BUKAN jadikannya amalan berterusan sepanjang hayat... ! 

Jalan ini yang kemudian ditiru oleh petapa2 Hindu, Budha dll.  Mereka jadikan amalan itu sebagai satu cara hidup berterusan.  Mereka terus-menerus jauhkan diri masyarakat dan haramkan makan daging sepanjang hayat.  ..  Ini jelas penyelewengan dari ajaran asal Islam.

Oleh itu, ajaran mana yang datang dulu?  Tasawwuf dan Ilmu suluk Sufi atau ajaran pertapaan  Hindu?

Siapa tiru siapa?



Persoalan ke-3 :
~~~~~~
~~~~~~~

Adakah kerana Hindu mempunyai beberapa persamaan dengan amalan Ahli Sufi maka terus dikaitkan dengan Hinduism?

Sungguh bodoh pendirian seperti ini... !

Jika  demikian pegangan kamu,  macam mana dengan Syiah, Khawarij dan sekta sesat lain juga solat seperti  kamu Ahlus Sunnah?  Adakah kamu Ahlus Sunnah sesat kerana sekta2 sesat ikut solat sama seperti kamu solat?

Contoh yang lebih jelas...  cuba pergi ke kuil hindu dan tengok cara Hindu sembahyang tokong dia.   Dia ada ruku dan sujud macam orang Islam..  jadi adakah kamu ikut Hindu?

Adakah kamu ikut Hindu kerana Hindu sembah ruku dan sujud macam kamu sujud?

Ini jelas pemikiran jahil dungu daripada orang mengaku alim...


Cuba renung dan halusi sebaik baiknya.



☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


FAKTA: PUNCA KESESATAN MANUSIA SEJAK NABI ADAM

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●.



🍁 Punca kesesatan Ummat terdahulu BUKAN kerana mereka tiada Kitab Allah dan Sunnah Rasul mereka, tetapi mereka menjadi sesat (setelah kewafatan seorang Rasul) kerana mereka tiada Wakil Allah yang siddiq / benar.

Mereka menjadi sesat kerana mentafsirkan Kitabullah dengan akal fikiran mereka. 

Pendeta2 mereka mengubah dan membuang kandungan Kitabullah dan mentafsirkan Kitabullah itu mengikut nafsu mereka. Atau kerana tuntutan pemimpin2 mereka.

🍁 Punca kesesatan 72 Golongan yang tersesat dari Ummat Nabi Muhammad BUKAN kerana tiada Kitabullah dan Sunnah Rasul.  Bahkan Kitabullah dan Kitab Hadith memenuhi kutub khanah.

Punca sebenar 72 golongan tersesat adalah kerana :

⛔ Mereka tafsirkan Al Qur'an dan Hadith mengikut aqal pemikiran dan nafsu mereka.

⛔ Ulama2 mereka mentafsirkan Al Qur'an mengikut aqal fikiran dan nafsu mereka.

⛔Mereka  TIDAK ada pemimpin Rabbani @ Ulama Warisatul Anbiya yang siddiq @ Ahli Ma'rifat @ Shaikh Mursyid @ Murabbi yang siddiq.

🍁Fakta terkuat ini...  punca kesesatan Ummat Manusia khususnya Ummat Islam adalah kerana mereka TIDAK ada Pemimpin yang bertaqwa yang menjadi rujukan mereka adalah hujjah terkuat mengesahkan kesesatan. 

Mereka TIDAK ada pemimpin yang menempati "maqam" Nubuwwah,  Pemimpin yang jiwa dia hidup dan sentiasa "musyahadah" wajah Allah dan setiap masa di dalam pimpinan  Rasulullah.  Mereka tidak ada pemimpin dan Ulama seperti ini.  

🍁Dengan demikian wujudnya golongan wahabiyyah, syiah rafidhi, golongan sekular,  penceramah2 sesat sekular, pakar motivasi sekular, guru sufi palsu, mursyid palsu adalah berpunca dari ketiadaan Shaikh Yang Siddiq sebagai pemimpin mereka dan  kedegilan mereka tidak mahu berpegang kepada TIGA DASAR POKOK Ahlus Sunnah.

Cuba renung dan halusi sebaik baiknya.



☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


FAKTA  MANUSIA, KEMANUSIAAN, DUNIA DAN AKHIRAT

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●


🍁Dunia akan diwarnai oleh kebaikan dan kejahatan sejak jinn dan manusia dijadikan.

🍁Keimanan dan Kekufuran akan sentiasa berlawanan sampai Qiamat.

🍁Allah dan Rasul-Nya  telah menjelaskan dengan terang, akan adanya pertentangan antara cahaya dan kegelapan, antara kebaikan dan kejahatan, antara petunjuk dan kesesatan, antara keimanan dan kekafiran... !

🍁Ahlus Sunnah berkeyakinan satu2nya golongan yang selamat dunia akhirat adalah Ahlus Sunnah wal Jamaah. Selain dari itu, iaitu 72 golongan yang menyalahi Ahlus Sunnah adalah semuanya tersesat dan tiada jaminan syurga.

🍁Yang dikehendaki dengan Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah golongan yang berpegang teguh kepada Ulama Warisatul Anbiya yang siddiq.

🍁Yang dikehendaki dengan Ulama Warisatul Anbiya yang siddiq adalah hamba2 Allah yang mukmin sejati, kekasih2 Allah yang mewarisi Ilmu Nabi zahir dan batin. Mereka tidak sesekali menipu. 

🍁Pegangan Ahlus Sunnah (yang diwarisi oleh Ulama Warisatul Anbiya yang siddiq dan ummat Islam seluruhnya ) berpegang teguh dengan TIGA DASAR POKOK Agama Allah :


✅Al Qur'an

✅As Sunnah

✅Ijma' dan Qias Ulama

Maka demikian, sesiapa sahaja...

sama ada dia...

Ulama atau Umara'...

Pemerintah atau rakyat...

Guru atau murid...

Pemimpin atau pengikut....

Bijak pandai atau jahil...

siapa saja ...  jika mereka tinggalkan salah satu dari DASAR POKOK tersebut, (apalagi menentang atau berlawanan dengannya), maka mereka BUKAN Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

🍁Sesiapa yang engkar akan ketetapan tersebut dan cuba melawannya, maka mereka musuh Allah dan Rasul-Nya.

🍁Sesiapa yang cuba mentafsirkan Al Qur'an dan Sunnah melalui akal pemikirannya, maka dia telah meruntuhkan agama dalam diri dia dan menempah tempat duduk dalam neraka.

Wallahu A'lam



☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


RAHSIA AQAL

□□□□□□□□□□□


Aqal menerima pancaran dari cahaya HATI.   Sifat dan keadaan AQAL bergantung kepada jenis pancaran yang sampai padanya.


Jika pancaran yang diterima dari HATI itu cahaya IMAN yang cemerlang, maka AQAL akan bertindak kepada kebaikan dan ketaqwaan.

Sebaliknya jika pancaran yang diterima itu dari hawa nafsu rendah dan Iblis, maka AQAL itu akan bertindak membelakangkan TAUHID, menentang Tuhan dan membuat kerosakan atas muka bumi.

HATI itu ibarat Raja.  AQAL dan jawahir manusia yang lain adalah ibarat tentera bagi HATI. 

Jika AQAL dikuasai oleh "Raja" yang Taqwa, maka amanlah dirinya dan dunia, sebaliknya Raja yang fasad, akan menggunakan AQAL untuk "binasakan dirinya"  dan cuba binasakan dunia.


MAJLIS TAZKIRAH JILANI

✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳


PERBEZAAN OTAK, AQAL DAN CAHAYA AQAL

■■■■■■■■■■■■


Aqal dan otak adalah dua jisim yang berbeza walaupun terdapat kaitan antara kedua2nya.


OTAK
□□□

Otak adalah jisim kasar di dalam tempurung kepala yang dapat dilihat oleh pancaindera (atau melalui alat letronik)

Otak dimiliki oleh manusia, jinn dan haiwan.

AQAL
□□□

"Aqal" adalah jisim halus di dalam "batin otak".

Ia tidak dapat dilihat oleh mata kasar atau melalui peralatan2 sains.   Ia hanya dapat dilihat dengan "ainul basirah " @ "matahati" yang dibukakan oleh Allah Ta'ala.

"Aqal" secara umumnya dimiliki oleh manusia dan jinn sahaja. Iaitu memiliki daya fikir untuk menentukan baik jahat, suci dan kotor, mulia dan hina! Maka jatuh taklif syara' atas mereka dan akan menerima balasan baik dan jahat di akhirat nanti - berupa syurga atau neraka!

Pada hakikatnya haiwan tidak mempunyai 'aqal" tetapi cuma mempunyai "naluri" atau "gerak hidup" atau dipanggil "ruh idhafi" pada istilah Ma'rifat.

Melalui "naluri" inilah haiwan melakukan aktiviti, makan, minum, hubungan jantina dll. 

Haiwan tidak dapat berfikir, maka tiada "taklif syara" atasnya. Di akhirat nanti sekalian haiwan akan menjadi debu.


PEMBAHAGIAN AQAL
□□□□□□□□□□□

Aqal itu 4 macam:

🍁AQAL MAAD
~~~~~~~~~~~~

Aqal ini aqal bangsa yang hanya memikirkan tentang kehidupan di atas dunia semata-mata. Ini mempunyai beberapa bahagian yang boleh membawa kebaikan kepada dunia material atau pun boleh merosakkannya.

Aqal jenis ini tidak terikat dengan wahyu dan tidak mendapat pancaran cahaya Ketuhanan.


🍁AQAL MAASH
~~~~~~~~~~~~~

Ini aqal  yang mula memikirkan soal2  Ketuhanan,.akhirat  dan pembalasan. 

Mula timbul kecenderungan untuk memikirkan hal-hal ketuhanan, kebaikan keburukan, akhirat, syurga, neraka! Aqal jenis ini sudah menerima pancaran cahaya matahati (cahaya keKetuhanan.) Atau boleh disebut Aqal bangsa Iman.


🍁AQAL NUR
~~~~~~~~~~~

Aqal yang menerima pancaran "Cahaya Ruhaniyyah" dari hati pada peringkat lebih tinggi. Ini aqal darjat orang Mu'minin dan Solihin.


🍁AQAL SIRR (RAHSIA)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aqal peringkat tertinggi yang menerima pancaran "Cahaya Rabbaniyyah yang mutlaq" dimiliki oleh Rasul, Nabi dan Aulia Allah.  Ia menerima Ilmu Hikmah dan Ladunni.

Aqal bangsa ini tidak dipengaruhi oleh nafsu2 kejahatan atau iblis.  Ia telah bebas merdeka dari semua bentuk pengaruh duniawi.  Ia hanya memikirkan soal Ummat dan Ma'rifat Ketuhanan.

Inilah peringkat aqal Ulama Ahli Mujtahidin, yang bertanggungjawab menerbitkan 
hukum-hakam Agama. 

Maka faham kita tentang Hadith Nabi yang melarang menggunakan Aqal pemikiran untuk mentafsirkan Qur'an.  Yang Nabi maksudkan aqal itu adalah tiga macam aqal yang tersebut    di atas.  Ada pun Aqal sirr inilah aqal yang suci murni tiada tercemar dengan apa jua unsur nafsu kekejian,.dunia, makhluk dan iblis...  semuanya telah binasa.

MAJLIS TAZKIRAH JILANI
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳ 



CAHAYA RUHANI MENERBITKAN CAHAYA NURANI - CAHAYA AQAL

□□□□□□□□□□□□□□□□


Kita telah menyebut bagaimana terjadi "cahaya Ruhaniyyah" di dalam hati. Iaitu hasil dari zikrullah yang istiqamah.


"Cahaya Ruhani" ini pula akan naik ke batin otak menerbitkan cahaya suci aqal dipanggil  "Cahaya Nurani"  .

Apabila ini berlaku, Aqal itu bukan lagi aqal biasa tetapi ianya menjadi Aqal yang mempunyai kebijaksanaan. Ia menjadi Aqal yang mengenal ketuhanan dan memiliki kehalusan Iman dan Ma'rifat. Ini yang dimaksudkan dengan Imam Jilani رضي الله عه sebagai "Aqal yang bijaksana".

"Aqal yang bijaksana" ini mempunyai beberapa tingkatan menurut ketinggian Ma'rifat seseorang. Tingkatan tertinggi adalah Aqal yang diberi kepada Rasul, Nabi dan Aulia Allah.

Jika kita benar2 menghalusi huraian ini, maka kita akan faham pada hakikatnya bukan aqal itu berdiri sendiri melainkan ianya menerima pancaran daripada hati.

Dengan perkataan lain "aqal" akan bersifat dan bertindak mengikut pancaran / isyarat yang  diterima dari hati.

Jika pancaran yang sampai kepada hati itu "cahaya ketuhanan" (cahaya Ruhaniyyah) maka aqal itu berperanan sebagai "Aqal yang bijaksana" yang mempunyai Iman dan Ma'rifat - memikirkan kepada Ketuhanan. Jika pancaran yang diterima itu berupa keduniaan, maka aqal akan bertindak untuk memikirkan hal-hal keduniaan sahaja. Demikian pula apabila aqal menerima pancaran hati berupa nafsu syahwat dan bisikan Iblis, maka ia akan berperanan sebagai "ejen nafsu dan Iblis" untuk merosakkan dirinya dan membawa kebinasaan kepada orang lain.

Anda perhatikan sekali lagi - bukan "aqal" itu berdiri sendiri. Bahkan ia menerima pancaran hati. Ia bertindak sesuai dengan isyarat dari hati. Ini yang dimaksudkan oleh Imam Ghazali رضي الله عه    bahwa 'HATI" itu "RAJA" sementara aqal dan anggota tubuh yang lain adalah "BALA TENTERANYA".

Apabila "RAJA" itu baik maka sekalian tenteranya akan bergerak kepada kebaikan. Apabila "RAJA" itu jahat dan zalim, maka dia akan memerintahkan segala TENTERANYA" kepada kejahatan dan kezaliman!

Moga membantu kefahaman.

Wallahu A'lam



☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


ILMU  USULUDDIN (Ilmu Tauhid pada peringkat pemikiran Aqal)  - KADAR WAJIB ATAS MURID

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


Guru2 kita yang arif telah berpesan dan menetapkan bahawa kadar menuntut ilmu Usul @ Ilmu Tauhid pada peringkat aqal, iaitu mengenal Allah melalui dalil2 Aqli (akal pikiran) dan dalil2 Naqli (Al-Qur'an dan Hadith) memadai menuntutnya sekadar ijmali (ringkas), iaitu sekadar fardhu 'ain yang memadai baginya mengenali Af'al Allah, Asma'-Nya, Sifat-Nya dan Zat-Nya secara ringkas tanpa perbahasan panjang.  Demikian juga mengenali Malaikat, Rasul, Kitab, Qadha Qadar dan Hari Qiamat secara ringkas sekira-kira tidak terjadi Syirik.

Berlebih2an dan berpanjangan melibatkan diri di dalam perbahasan berhubung dengan Sifat2 Ketuhanan seperti yang dilakukan oleh golongan Ahli Ilmu Kalam yang tersesat jalan, hanya akan menjadikan kecelaruan pemikiran dan kegoncangan Iman...!

Oleh sebab inilah Guru2 kita yang Arif melarang keras murid2 mereka melibatkan diri dalam hal2 seperti itu.

Adapun untuk menghadapi golongan ahli Kalam yang tersesat jalan, serahkan kerja tersebut kepada Ulama2 yang memang pakar di dalam hal tersebut.

Salah satu sebab munculnya Asya'ariyah adalah bertujuan menghadapi dan membenteras golongan extreme pada Aqidah (peringkat aqal pemikiran). Imam Abu Hassan Asy'ari dan Abu Mansur Maturidi telah ijtihadkan suatu ilmu lengkap bagi menghadapi golongan sesat Mu'tazilah, Jabariyah, Syi'ah, Khawarij.dll.  

Kerja menghadapi golongan2 sesat ini terserah kepada Ulama yang benar2 mahir di dalam bidang ini. 

Murid2 adalah dilarang melibatkan diri di dalam perdebatan2 tersebut kerana akan terganggu perjalanannya pada jalan Ma'rifat  - iaitu akan terganggu Zikrullah, Mujahadah dan pemusatan hatinya kepada Allah Ta'ala.

Sedangkan tujuan murid adalah mencari TAUHID YANG SUCI MURNI yang terhasil dari penghayatan hati dan ruh.  Jika aqal dan pemikirannya terarah kepada perdebatan atau asyik dengan pemikiran2 aqal, maka ini akan menjejaskan perjalanannya.

Ada segelintir murid tidak memahami tuntutan ini, lalu mengatakan aqal itulah pokok pangkal insan, maka mereka berhempas pulas menggunakan aqal pemikiran untuk membahaskan sifat2 Tuhan.  Mereka ini adalah golongan "ghurur" (tertipu) dan tersesat jalan...!

Perkara ini telah dijelaskan dengan terperinci oleh Imam Ghazali dalam dua kitab beliau :  Ihya Ulumuddin dan Munqiz Min-Adh-Dholal.

Awas : Tipu daya nafsu dan Iblis cukup halus....Jangan menjadi golongan tertipu dan tersesat...!

Wallahu A'lam



☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️



UKURAN KEBENARAN / SYARAT DI JALAN BENAR

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Jika kalian bertanya pada Syiah, mereka akan katakan mereka yang benar, yang lain ahli neraka.

Jika ditanya pada Wahhabi mereka akan jawab mereka saja Islam yang lain2 adalah kafir masuk neraka.

Jika ditanya pada Khawarij, mereka juga akan jawab sama.

Bahkan jika kalian bertanya pada Sami Budha, Hindu, Kristian, Zoroaster, Majusi dll yang kafir,  semuanya akan mengaku mereka betul dan benar...!

Jika demikian apakah cara menentukan kebenaran? 

Apakah jalan menentukan jalan yang benar dari yang batil?

Apakah ukuran dan piawaian menentukan kebenaran dari kesesatan?

AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH mempunyai pendirian yang jelas berdasarkan Al Qur'an dan Hadith Nabi.

  Satu-satunya agama yang diterima ️ oleh Allah adalah Deen Islam yang dibawa oleh semua Rasul dan Nabi bermula dari Nabi Adam sehinggalah kepada Junjungan Besar Muhammad .

✳ Satu-satunya  golongan yang selamat di kalangan Ummat Muhammad adalah Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang memiliki tiga Khazanah :

(1) Al Qur'an

(2) Hadith Nabi

(3) Ulama Warisatul Anbiya yang benar.

Khazanah yang ketiga itu adalah "pemisah"  dan "pemutus"  yang membezakan Ahlus Sunnah dari kelompok lain. 

Ulama Warisatul Ambiya yang siddiq adalah kekasih2 Allah yang mewarisi Ilmu Nabi zahir dan batin. Mereka  itu hampir dengan Allah dan di dalam pimpinan tangan Rasulullah 

Mana2 Jamaah @ kelompok @ perkumpulan memiliki ketiga2 khazanah tersebut , maka merekalah Ahlus Sunnah sebenar yang mendapat jaminan Rasul .

Orang2 kafir, orang2 fasiq, khawarij, syiah, wahabi,  sufi palsu, ... boleh menyamar sebagai Ahlus Sunnah tetapi mereka tak dapat membuktikan mereka memiliki khazanah ketiga di atas. 

️ Untuk bertemu jalan kebenaran dan Pemimpin Warisatul Anbiya ini,  seseorang Islam WAJIB melakukan tiga perkara penting :

(1) Niat ikhlas

(2) Bersungguh2 mohon pada Allah menunjukki jalan kebenaran yang diredhai Allah.

(3) Bersungguh2 perhatikan syarat2 yang telah ditentukan oleh Ulama A.Sunnah sebelum mengambil keputusan menyertainya.


Semua keterangan di atas telah kita sebutkan dalam siri2 tazkirah yang lalu.  Imam Jilani, Imam Ghazali dan Imam Ahlus Sunnah seluruhnya telah berikan garis panduan yang jelas tentang hal ini.
………………………………………………...........

Pada bila2 masa apabila salah satu syarat batal atau hilang atau ditukar, maka terbatallah kebenarannya.  ...  walaupun pada awalnya syarat2 telah cukup... .namun ini BUKAN jaminan.

Contohnya seseorang Islam telah ditaqdirkan bertemu seorang Shaikh dan berbaiat dengan beliau.  Shaikh itu dikatakan menepati syarat2 sebagai Shaikh menurut syarat2 Shaikh di dalam Ahlus Sunnah.

Selang berapa lama kemudian, Shaikh itu didapati melanggar syarat2 sebagai Shaikh...
misalnya dia melakukan kemungkaran terang-terangan.  Misalnya lagi dia anjurkan majlis tari menari laki perempuan, atau galakkan muridnya buka aurat,  atau umumnya menyalahi salah satu dari hukum yang telah sepakat Ulama (menyalahi ijma' ulama Ahlus Sunnah).

Atau Shaikh itu menyalahi mana2 bahagian adab2 Toriqat dan Ma'rifat.

Maka di dalam hal2 yang demikian, wajiblah murid itu jauhkan diri @ pisahkan diri dengan guru tersebut.  Haram bersama dengannya atau berada  di dalam Jamaahnya lagi. 

Wallahu A'lam






بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَ


ILMU PENUNDUK SUAMI ADALAH SIHIR DAN SYIRIK YANG NYATA

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■



Di dunia melayu satu ilmu tertentu untuk menundukkan lawan atau menjinakkan seseorang supaya tunduk kepada kemahuannya  dikenali dengan nama  "ilmu penunduk" ...!

"Ilmu penunduk"  diamalkan oleh seseorang dengan tujuan supaya "lawannya"  akan tunduk patuh kepada kata2nya tanpa soal.   Orang yang "ditundukkan"  akan melakukan apa sahaja mengikut kehendak "tuannya"  termasuk melakukan perkara2 yang bertentangan dengan hukum agama.

Orang yang " ditundukkan " ini tidak akan menyedari dia sedang dipergunakan oleh "lawannya" di sebabkan "mantera"  yang menguasai mindanya sehingga dia terlupa dia dikuasai.  Ini kerana semua nya kelihatan "semulajadi"  dan "biasa".

"Ilmu penunduk"  ini adalah sebahagian dari ilmu sihir yang menyebabkan syirik dan boleh menjerumuskan orang yang melakukannya kepada murtad, keluar dari agama. Wal Iyazubillah.

Rasulullah 
bersabda :

”Sesungguhnya tawar jampi, tangkal azimat, ilmu guna-guna (ilmu pengasih untuk menambatkan suami kepada isterinya atau hati isteri kepada suaminya) adalah syirik.” 

[Imam Ahmad dan Imam Abu Daud ]

Menurut syarah ulama, maksud Hadith Nabi ini :

(1) semua jenis mantera, jampi, ruqyah yang menggunakan bacaan2 asing dan syirik (tidak menggunakan ayat Qur'an atau doa2 atau zikir ) adalah HARAM dan SYIRIK.

(2) Semua jenis ruqyah, tangkal, azimat yang menggunakan ayat Qur'an, doa2 dan Zikir asma Allah adalah HALAL (HARUS) digunakan pada tujuan yang baik @ ma'ruf seperti  untuk membantu seseorang yang sakit.

Tetapi, sekiranya seseorang menggunakan ruqyah yang baik ini  pada tujuan terlarang seperti isteri ingin menundukkan suaminya, maka ini haram dan masuk kepada syirik.


BENTUK2 ILMU PENUNDUK
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□


Ilmu penunduk diamalkan oleh orang2 yang sesat sejak berkurun2 lamanya.   Bentuk2 ilmu penunduk sangat banyak.  Kita sebutkan di sini, bentuk2 ilmu penunduk yang lazim

🍁Pertama :
~~~~~~~~~

Amalan Baca ayat2 Al-Qur'an tertentu untuk menundukkan seseorang yang dia kehendaki.  Zahirnya kelihatan baik kerana ada unsur "Al. Qur'an"  tetapi hakikatnya telah berubah kerana niat kepada kejahatan. . Setiap niat kepada kejahatan akan dimasuki oleh pengaruh syaitan. Maka yang berperanan adalah  syaitan dan bukan Al Qur'an.

🍁Kedua:
~~~~~~~

Saka.  Ada sejenis saka  (jinn keturunan nenek moyang) yang dibela untuk menundukkan seseorang.  Jinn syaitan ini akan mempengaruhi pemikiran orang yang ditundukkan dan mengikut sahaja apa yang diarahkan.

🍁Ketiga :
~~~~~~~

Tangkal, azimat yang TIDAK dibaca ayat Qur'an,  sebaliknya dibaca mantera2 dan ucapan2 syirik. Mantera2 ini pada hakikatnya adalah pengaruh syaitan.

🍁Keempat :
~~~~~~~~~

Petua tertentu nenek moyang atau bomoh.  Mereka gunakan "nasi kangkang"  atau "nasi haid"  dsb  untuk disajikan pada seseorang agar dapat menguasainya.   Unsur di sebalik perbuatan ini adalah juga syaitan.

🍁Kelima:
~~~~~~~

Ilmu silat dan Ilmu Kebatinan.  Lazimnya ilmu2 silat dan ilmu kebatinan sesat ini mengamalkan suatu amalan tertentu untuk menjadi kuat dan nampak hebat pada pandangan lawannya.

Hakikatnya yang kelihatan seperti hebat dan kuat adalah syaitan yang menghiasi orang yang amalkan nya.

………………………………………………………

Inilah beberapa bentuk "ilmu penunduk"  yang pada hakikatnya digerakkan oleh iblis syaitan yang terkutuk. 

Akibat inginkan kesenangan dan keseronokan duniawi, akhirnya jatuh kepada.kesesatan dan kekufuran..  Wal Iyazubillah.

ADAKAH ORANG YANG GUNA ILMU INI SEDAR AKAN DOSANYA?
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□


Kebanyakan orang yang amalkan "ilmu penunduk " ini sedar bahawa apa yang mereka amal itu syirik dan salah.

Tetapi ada juga yang tak menyedarinya syirik terutama para isteri yang membaca ayat2 tertentu dengan niat menundukkan suami mengikut kemahuannya. Inilah bahaya tersembunyi dan tertipu dengan iblis syaitan. 

Jika mereka tak bertaubat segera, nescaya akan gelap terus hati dan mati susah mengucap kalimah .  Ini kerana pada sakaratul maut, Iblis syaitan ini memegang lidahnya dari mengucap.  Wal Iyazubillah.


========================


Menjawab pertanyaan tadi mengenai isteri yang amalkan ayat Qur'an tertentu supaya suaminya ikut.  Ini jawapan nya....!



ILMU PENUNDUK SUAMI
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□


Ada sebahgian isteri menggunakan ayat2 Qur'an dengan tujuan supaya suaminya tunduk kepada kemahuannya.  Perbuatan ini tergolong kepada sihir dan syirik.

Mungkin ada yang musykil, bagaimanakah boleh jadi syirik jika guna ayat Qur'an?

Di sini lah orang tertipu.  Mereka sangka Al Qur'an itu boleh digunakan untuk apa saja termasuk kejahatan tundukkan suami. 

Mereka dikatakan tertipu kerana menggunakan cara2 yang baik kepada kebatilan dan kesesatan.

Sedarilah kalian, setiap perbuatan dinilai benar  berdasarkan dua unsur :

(1) Niat yang benar kerana Allah

(2) Cara melakukannya mematuhi hukum


Maka wahai para isteri dan juga para pengamal ilmu penunduk lainnya, jauhilah semua jenis ilmu penunduk sihir ini.  Bertaubatlah segera dan minta keampunan suami.


Wallahu A'lam




☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️




بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


PENGALAMAN MERAWAT PESAKIT GANGGUAN MAKHLUK  HALUS

(Punca dan Cara Gangguan)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


BENTUK2 GANGGUAN

□□□□□□□□□□□


Gangguan makhluk halus datang dalam berbagai bentuk :

(1) Sihir - iaitu bomoh / dukun / pawang yang menjadikan jinn sebagai khadamnya untuk menggangu manusia.

Manusia2 berniat jahat sering menggunakan khidmat bomoh2 ini untuk melakukan perkara buruk kepada orang lain.


(2) Saka - ini adalah jinn yang diwarisi dari nenek moyang yang telah meninggal.  Lazimnya dia akan mencari anak atau cucu unruk dijadikan teman.  Ertinya saka ini mendampingi anak cucunya sebagai kawan tetapi kemudiannya melakukan berbagai kerosakan. Antaranya mengganggu ibadah, menjadikannya pemalas,  sering sakit2.dll gangguan dalam hidup.


(3) Rasuk dan sampuk - Ini adalah jinn umumnya yang mengganggu manusia tanpa suruhan dari manusia.

Histeria - emosi berlebihan secara tiba2. Penyakit2 misteri adalah antara kesan2 perbuatan jinn.


PUNCA GANGGUAN

□□□□□□□□□□


Pada keseluruhannya, punca kesekalian gangguan seperti di atas adalah daripada bangsa jinn dan syaiton.

Jinn dan syaiton adalah dua makhluk halus yang sentiasa menunggu peluang merosakkan kehidupan manusia. Sama ada merosakkan pemikirannya, hatinya atau juga menggangu fizikal tubuh badannya sehingga terganggu ibadah dan kerja2 harian.

Kebanyakan kita sedar dan tahu penyakit2 tubuh badan seperti demam, selsema, batuk dll disebabkan oleh virus dan bakteria yang terdapat di dalam udara.

Tetapi adakah kalian sedar, sebahgian dari kuman2 dan racun tersebut disebarkan oleh jinn ?

Kuman2 dari jinn ini tersebar pada manusia melalui ludah, hingus, kencing dan berak makhluk halus itu.  Tetapi oleh kerana sifatnya yang ghaib,  sekalian gangguan disebabkan jinn tadi (racun dan kuman)  tak dapat dikesan melalui alat2 letronik moden. 

Dari pengalaman kita, pesakit2 yang kebanyakannya mengadu berbagai kesakitan pada perut, kepala, belakang, bahu dll telah melakukan berbagai pemeriksaan di hospital termasuk MRI, CT scan, X-ray dll tetapi doktor tak dapat kesan apa2 masalah pada pesakit. Biasanya mereka akan kata "bersih" tak ada apa2 masalah.


SASARAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□


Bangsa jinn terutama jinn ifrit  (jinn yang paling jahat) menyerang dan mengganggu siapa sahaja dari kalangan manusia.

Lazimnya yang menjadi mangsa adalah :


(1) Kanak2 yang baru lahir. 

Jinn syaitan mengerumuni bayi ini dan menunggu masa untuk menyerang apabila tiada siapa yang menjaganya. Ataupun ada penjaga tetapi tidak dibacakan ruqyah pada anak tersebut. Maka mudah jinn masuk mengganggunya. 

Inilah sebabnya para salaf dahulu membuat berbagai ruqyah pendinding daripada ayat Qur'an, doa, asma Allah atau zikir guna melindung anak tersebut dari terkena gangguan jinn syaiton.   Tetapi zaman ini ramai tak pedulikannya bahkan ada yang berani menuduhnya sebagai syirik.   Ini suatu kejahilan yang melampau yang akibatnya masing2 merasai sekarang.


Catatan:

Akan datang penjelasan bab ini.  Jangan terkejut nanti apabila dikatakan punca banyak anak2 rosak bila dewasa seperti rosak  mental, degil, susah hafal, mudah kena rasuk (perempuan) adalah berpunca dari gangguan2 jinn semasa kecilnya tetapi dibiarkan tanpa perhatian.


(2) Wanita yang haid atau baru bersalin.

Wanita yang haid atau baru bersalin tubuhnya sangat lemah.

Jika tiada bantuan yuqyah pendinding dari kejahatan makhluk halus, maka mudah terkena gangguan.


(3) Orang yang selalu tertekan perasaan disebabkan tekanan hidup, terlalu banyak berfikir, terlampau takut dsb.  Ketika ini jiwanya sangat lemah. Jika  masalah ini tidak diatasi segera, maka keadaan jiwa yang lemah ini akan dimanupulasi oleh jinn syaiton. Ertinya jinn syaiton mengambil kesempatan untuk masuk ke dalam badan dan  mendatangkan lebih banyak gangguan pada pesakit.


(4) Orang yangg sering demam panas dan tak menerima sewajarnya terdedah kepada gangguan jinn syaiton.


(5) Orang yang sering meninggalkan ibadah dengan dengaja.



GANGGUAN MAKHLUK HALUS (JINN DAN SYAITAN) DAN PENDIRIAN AHLUS SUNNAH

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


Menghadapi unsur2 makhluk halus dan gangguan berupa penyakit2 dan lain2  yang timbul akibat dari gangguannya, ada tiga golongan di kalangan Muslim :
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

(1) Tidak mempercayai langsung wujud gangguan2 tersebut.  Bagi mereka itu semua khurafat, karut dan tiada asas.

(2) Golongan yang berlebih2an di dalam menanggapi kesan2  makhluk halus sehingga sedikit saja gangguan biasa pun dikaitkan dengan makhluk halus.

(3) Mereka yang sederhana di dalam menghadapi persoalan makhluk halus.  Mereka percaya wujud makhluk jinn syaitan dan percaya wujudnya kesan2 buruk akibat  gangguan2 tersebut tetapi tidak berlebih-lebihan sehingga mengaitkan setiap suatu perkara pelik dengan makhluk halus. 


☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

                                                                                                                                                   Kelompok yang ke-3 inilah pegangan Ahlus Sunnah yang sebenar.


Mereka sedar dan percaya wujudnya makhluk2 halus ini yang dijadikan oleh Allah Taala sebagai "mihnah" cobaan dan ujian bagi orang beriman.

Mereka juga percaya banyak penyakit zahir tubuh dan penyakit batin boleh berpunca dari hembusan nafas, ludah, peloh dan najis jinn syaitan ini.

Mereka berusaha mencari penawar kepada cara2 yang diharuskan sama ada perubatan sains moden (yang halal) dan juga menerima rawatan berdasarkan ruqyah tradisi yang menggunakan ayat2 Al Qur'an, zikir dan doa.

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

                                                                                                                                                Golongan (1) di atas adalah golongan yang engkar dan kufur kerana mengengkari keterangan2 yang jelas di dalam Al Qur'an dan Hadith2 sahih. 


Terlalu banyak keterangan Al Qur'an dan Hadith serta Ulama darihal jinn syaitan dan besarnya gangguan yang d timbulkan oleh kedua2 ekor makhluk halus ini ke atas manusia.

Bahaya gangguan paling besar adalah membawa manusia kepada kesesatan dan kekafiran.   Masih ada yang ingin menafikan?


☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆


Golongan (2) di atas adalah golongan "ghurur" (tertipu) dengan bisikan iblis dan jinn.  Mereka ini mudah tertipu dengan mainan syaitan dan jinn.



☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


TANDA2 TERKENA GANGGUAN JINN @ SAKA@ SIHIR

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□



Di antara tanda2 seseorang terkena gangguan jinn @ syaitan @saka @sihir.  adalah:

1. Sering sakit kepala menyucuk2 tanpa sebab2 yang munasabah terutama mulai waktu maghrib

2. Sering sakit perut tanpa sebab2 yang munasabah terutama waktu malam.

3. Sering tekak rasa loya dan mahu muntah tapi tak jadi muntah.

4. Makan banyak lebih dari kadar biasa tetapi tiada kesan pada badan.

5. Langsung tak lalu makan.

6. Makanan yang dimakan sering dimuntahkan kembali tanpa sebab2 kesihatan.

7. Sering mimpi yang menakutkan sehingga berpeluh2.

8. Sering mimpi dikejar oleh seseorang.

9. Sering mimpi berada di tebing tinggi / tempat tinggi yang menakutkan.

10. Mimpi digigit anjing hitam.

11. Mimpi dibelit ular yang menakutkan.

12. Sangat susah tidur malam.... sering terjaga / terkejut.

13. Mimpi berada di tempat kotor / busuk.

14.  Sering sakit dada / susah bernafas.

15. Selalu sendawa tanpa sebab ( bukan sebab mengantuk)

16. Cepat naik marah dan gemar bertengkar walaupun perkara kecil.

17. Malas ibadat / baca Qur'an / zikir

18. Dengar bisikan2 halus.

19. Selalu terasa ditindih / dihimpit benda berat ketika tidur.

20. Jika sudah berkahwin.... susah mendapat kepuasan di dalam jima' / atau selalu terhalang melakukan jima' / atau hilang selera jima' walaupun masih muda.

21. Terasa seperti ada orang mengikut padahal anda keseorangan.

22. Terasa seperti ada yang perhatikan anda walaupun anda keseorangan.

23. Boleh melihat dan bercakap2 dengan makhkuk halus.

24. Berkawan dengan makhluk halus yang berikan berbagai pertolongan ketika anda dalam bahaya.

25. Muntah darah tanpa sebab2 kesihatan fizikal.


Itulah di antara tanda2 yang boleh dijadikan panduan...!

Setengah dari tanda2 tersebut mungkin juga disebabkan oleh kuman / virus / bakteria / cuaca / lain2 anasir fizikal.  

Jadi untuk kepastian awal.... anda perlu lihat gabungan sebab2nya....

Contoh :

Gabungan Tanda-tanda 1,2, 5, 6, 10, 18, 21 dan 25 adalah menunjukkan SANTAU BERAT  buatan orang.

Gabungan Tanda-tanda 1,2, 4,5,9,12,15, 16, 23, 24 adalah SAKA.

Gabungan Tanda  1, 2, 7, 9, 10, 12, 14 ,19 adalah tanda2  awal gangguan SAMPUK DAN RASUK.

Mudah-mudahan ada manfaatnya.

Wallahu A'lam



☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


SYARAT MURSYID @ SHAIKH @ MURABBI @ AHLI SUFI @ AHLI MA'RIFAT

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


Berikut adalah Syarat2 Seorang Mursyid / Shaikh / Murabbi / Ulama Warisatul Anbiya' yang siddiq - diambil dari  kata2 Ulama2 tersohor Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Amati sungguh2 semua syarat2 ini, dan ambillah pengajarannya.


PERTAMA:
~~~~~~~
~~


Beliau termasuk didalam 'rantaian' pewaris Nabi iaitu yang dipanggil silsilah keruhanian Nabi.

Ini bermakna beliau telah menerima Ijazah kebesaran Shaikh daripada Shaikhnya yang telah menerima daripada Shaikhnya dan seterusnya ke atas dan ke atas sehingga bertemu Rahmat-Al-Alameen, Sayyidina Wa Maulana Muhammad صلى الله عليه وسلم.


Ini merupakan salah satu tanda kebenaran seorang Shaikh Pewaris Nabi. Sebagaimana kami pernah sebut dahulu, 'cahaya silasilah' bukan rekaan dan buat-buatan manusia. Ianya adalah pancaran "cahaya Nur Muhammad" yang memancar ke dalam hati para Pewaris Nabi. Dengan pancaran Nur inilah mereka memimpin manusia lain kepada Allah Ta'ala. Seseorang Guru yang tidak mempunyai silsilah keruhanian ini tidak akan mampu memimpin manusia kepada Hadrat ketuhanan kerana mereka sendiri tak pernah dipimpin dan tidak pernah sampai ke Hadrat ketuhanan, bagaimana mungkin mereka boleh memimpin orang lain....!


Seluruh Pewaris Nabi yang siddiq, yang terkenal dan diakui seluruh Ahlus Sunnah Wal Jamaah, adalah mereka itu dari satu silsilah keruhanian tertentu yang akhirnya sampai kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Ianya bukan rekaan dan buatan Pewaris2 ini.


Dengan demikian Silsilah yang benar ini akan tetap terpelihara sehingga akhir zaman. Dan orang2 yang menentangnya akan binasa. Wal Iyazubillah!


Sementara itu seseorang Guru yang mengaku Mursyid, tetapi tidak dapat membuktikan dengan menunjukkan silsilah keruhaniannya, maka pengakuan ini tidak dapat diterima. Dan kemungkinan orang ini adalah pendusta yang berpura2 menjadi Guru Mursyid. 

💫🕌💫 Berkata Ghawthul A'zaham Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anhu:

" Seseorang yang menjadi Shaikh kerohanian mesti memiliki lima syarat, jika tidak dia adalah penipu yang hanya memimpin kepada kebodohan. Dia mesti sangat mahir di dalam Syari'at, sementara sangat dalam pengetahuannya di dalam haqiqat. Dia mestilah sangat lemah lembut dalam perkataan dan tingkah lakunya kepada yang berhajat, selalu memuliakan tetamu2 yang datang kepadanya dengan penuh kasih sayang. Dia juga mestilah sangat 'alim dalam halal dan haram. Dia memimpin si salik pada jalan ma'rifat, sebagaimana dia sendiri telah dipimpin oleh Shaikhnya, sempurna di dalam kemurahan hatinya."

[Qala'id Al-Jawahir]


💫🕌💫 Berkata Shaikh Muhammad An-Nazili Radhiallahu Anh :

" Orang yang silsilahnya /sanadnya tidak bersambung ke hadrat Nabi صلى الله عليه وسلم  itu terputus dari pancaran ruhaniah dan bukanlah ia Pewaris Rasulullah صلى الله عليه وسلم, (bukan Murshid) serta tidak boleh membai'at dan tidak boleh memberi ijazah."

[Khazinah Al-Asrar]

💫🕌💫 Berkata Shaikh Syeikh Ahmad al-Kamashkhanawi Radhiallahu Anh :

" Semua Ulama salaf sepakat bahawa orang yang silsilahnya tidak bersambung kepada Guru2 Toriqah (sehingga Rasulullah صلى الله عليه وسلم) dan tidak mendapat izin untuk memimpin Ummat di majlis Toriqah, tidak boleh menjadi Mursyid, tidak boleh membai'at dan tidak boleh mengajarkan zikir dan amalan2 lain di dalam Toriqah."

[Jami' Usul Fil Aulia]

Demikianlah jelasnya setiap Guru Murshid wajib mempunyai silsilahnya sampai Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan beliau sendiri pernah dipimpin pada Toriqah Sufiyyah di bawah pimpinan Shaikhnya sehingga wusul kepada Allah.



SYARAT ke-2 :
~~~~~~~~~~~

Alim di dalam Syari'at - Ilmu Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf serta mahir di dalam Ilmu Al-Qur'an dan Hadis Nabi .

Seorang Shaikh yang benar dan sempurna adalah seorang yang sangat mahir di dalam hukum-hakam agama dan beliau dapat membezakan di antara Ilmu Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf.

Demikianlah apabila kita melihat sejarah hidup Ulama Pewaris Nabi ini, semuanya mahir di dalam selok belok agama dan mampu memberikan fatwa di dalam masalah2 yang dihadapi oleh kaumnya.

💫🕌💫 Berkata Sayyid-At-Tariqah As-Sufiyyah Shaikh Junaid Al-Baghdadi Radhiallahu 'Anh :

" Ilmu kami, ahli Tasawwuf diikat dengan Al-Qur'an dan Sunnah Nabi. Jika seseorang tidak menghafal Hadis Nabi dan tidak menulisnya di dalam kitab2 dan tidak menghafal Al-Qur'an, dan tidak mahir di dalam hukum2 syaria't dan tidak pula 'alim di dalam ahwal perjalanan kerohanian, maka orang itu tidak layak diikuti sebagai pemimpin Ma'rifat ketuhanan. Maka jangan kamu mengambil ilmu daripadanya. "


SYARAT ke-3 :
~~~~~~~~~~~

Mahir di dalam Ilmu Ma'rifat Ketuhanan serta mampu mendidik jiwa manusia kepada ketuhanan.

Seorang Pewaris Nabi yang sebenar adalah beliau terdidik dengan Ilmu keruhanian di bawah bimbingan Guru / Shaikhnya sehingga beliau mendapat curahan berbagai Hikmat Ilahiyyah serta kebijaksanaan. Beliau telah sampai kepada Maqam Mushahadah (penyaksian wajah ketuhanan) serta sentiasa di dalam bimbingan Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Sila rujuk kata2 Imam Jailani pada perkara 1.


SYARAT ke-4 :
~~~~~~~~~~~

Sentiasa berpegang teguh dengan Syari'at Nabi.

Sifat ini merupakan penjagaan.

Seorang Shaikh wajib mematuhi hukum2 yang termaktub di dalam Al-Qur'an dan Sunnah Nabi. Beliau sama sekali tidak boleh melanggar hukum Syari'at ; sama ada pelanggaran tersebut dilakukan oleh dirinya secara terang2an atau mengadakan / anjurkan perkara2 yang bertentangan dengan hukum Islam dalam. (Ini adalah bermaksud kepada hukum2 yang telah disepakati oleh Ulama2 Mu'tabar, bukan masalah khilafiyah).

Apabila seorang Shaikh melakukan perkara ma'siat terang2an atau menggalakkan muridnya melakukan ma'siat atau merelakan mereka melakukan perkara ma'siat, maka orang seperti ini tidak layak diikuti sebagai Shaikh. Bahkan para Imam kita menggelarkan mereka sebagai penipu dan pengikut Iblis dan Istidraj! Wal Iyazubillah!

💫🕌💫 Berkata Shaikh Hujweri Radhiallahu Anh :

" Seorang Murshid (Shaikh) wajib mematuhi hukum Syariat dengan tegas tanpa berbelah bahagi. Tugas beliau adalah untuk menerangi jalan mereka yang telah tersesat kepada kebenaran dan pimpinan yang haq. Seorang Murshid (Shaikh) yang tidak menghormati hukum Syari'at serta mematuhinya adalah diri sendirinya dalam kegelapan dan mustahil dapat menerangi jalan orang yang dipimpinnya. Orang seperti ini bukanlah Murshid (Shaikh) tetapi pengikut Syaitan dan musuh Islam."

[Kashful Mahjoob]

Dengan demikian WAJIB menjauhkan diri daripada orang yang mengaku Mursyid tetapi melakukan penyelewengan di dalam Syari'at. Bahkan HARAM mengikutinya lagi.


SYARAT ke-5 :
~~~~~~~~~~~~

Tabligh dan Menjalankan Amr Ma'ruf nahyi Anil Mungkar.

Ini merupakan salah satu ciri penting iaitu beliau hendaklah seorang yang sentiasa menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah daripada melakukan kejahatan, melalui nasihat2, teguran2 dan amaran2 kepada murid2nya, masyarakat dan juga terhadap penguasa-penguasa negeri.

Sepanjang sejarah islam, Para Pewaris Nabi ini telah terkenal dengan Da'wah mereka kepada Ummat islam. Mereka sering memberi amaran2 kepada semua termasuk pemerintah2 yang melakukan pelbagai kezaliman.


SYARAT ke-6 :
~~~~~~~~~

Bersifat siddiq (benar) dalam perkataan dan perbuatannya.

Beliau hendaklah seorang yang sentiasa BENAR di dalam perkataan dan perbuatannya. Seorang Shaikh atau Murshid bukanlah seorang pendusta atau penipu kerana penipuan dan pendustaan adalah sifat orang munafiq.


SYARAT ke-7 :
~~~~~~~~~~

Kurang dunianya, iaitu tidak mencintai dunia atau mengejar dunia .

Hidup beliau penuh di dalam kesederhanaan. Beliau bukan seorang yang mengejar pangkat, kemewahan atau kedudukan. Sebaliknya hidup beliau menjauhkan segala urusan yang menghambatnya kepada keduniaan. Pandangan dan perjuangan beliau adalah seperti perjuangan Nabi صلى الله عليه وسلم, bersifat sederhana dan memadai dengan pemberian Allah dan tiada berhenti menyeru manusia kepada Kalimah Tauhid! Demikianlah mereka mencontohi kehidupan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Seseorang yang mengaku Murshid tetapi mengumpul2 kekayaan atau hidup mewah di atas harta yang ditagih dari murid2nya, tidak boleh dikatakan Murshid yang haq, sebaliknya dia adalah hamba dunia dan nafsu!

Dia tiada layak sedikit pun duduk di atas sejadah kemuliaan Murshid!

Sedikit Catitan : Kemungkinan juga sebahagian Shaikh atau Murshid diberi kekayaan oleh Allah Ta'ala (tetapi bukan hasil dari harta yang ditagih dari murid2nya) namun kekayaan tersebut tidak sedikitpun mengganggu Ubudiyyah dan Khidmatnya kepada Allah!


SYARAT ke-8 :
~~~~~~~~~
~~

Memiliki sifat halim (lemah lembut) kepada manusia di dalam pergaulan serta mencontohi segala akhlaq Nabi.

Beliau memiliki sifat2 Nabi seperti sifat halim dan sifat2 kemuliaan yang lainnya. Beliau mencontohi Rasul di dalam mendidik Ummat kepada ketuhanan. Beliau sangat penyabar dan lemah lembut di dalam pergaulan sesama manusia tanpa mengira pangkat atau darjat manusia. Walau bagaimanapun beliau sangat tegas di dalam mendirikan hukum agama.

Beliau mungkin memarahi seseorang yang melanggar hukum Agama. Namun beliau bukanlah orang yang selalu di dalam keadaan demikian. Inilah yang disebut oleh Imam Jailani dengan kata beliau:

"Dia (Murshid) mestilah sangat lemah lembut dalam perkataan dan tingkah lakunya kepada yang berhajat, selalu memuliakan tetamu2 yang datang kepadanya dengan penuh kasih sayang." 


SYARAT ke-9 :
~~~~~~~~~~~~

Wajahnya, serta perlakuannya memberi kesan yang mendalam ke dalam hati orang yang melihatnya.

Sesungguhnya ini salah satu tanda yang besar menunjukkan ketinggian dan kemuliaan beliau di sisi Allah dan juga menunjukkan tanda kebenarannya sebagai seorang Aulia Allah yang mewarisi Nabi.

Orang yang memandang beliau akan membawanya kepada ingat akan Allah Ta'ala. Bahkan hanya dengan mengingat2 akan wajahnya membawa kepada seribu Rahmat Allah di dalam kehidupan dan menolakkan pelbagai kesusahan!


SYARAT ke-10 :
~~~~~~~~~~~~

Terkenal di tempat jauh.

Seorang Shaikh yang benar akan dikenali oleh mereka2 yang jauh dari tempatnya. Allah Taala akan memberikan ilham dan petunjuk kepada manusia untuk mencari Shaikh ini walaupun dari jauh.

Ulama2 meletakkan syarat ini sebagai membezakan dengan Guru palsu atau penipu. Ini kerana lazimnya Guru yang penipu akan sedaya upaya mengawal muridnya supaya tidak terbocor rahsia kejahatannya. Salah satu cara adalah dengan mengongkong mereka dengan dakwaan2 palsu. Diantaranya :

📌 Kononnya dia seorang Murshid sebenar, tiada lagi Murshid di dunia ini lagi.

📌 Guru ini mendakwa dia sudah wusul kepada Allah, maka tiada lagi takluk kepada Syari'at.

📌 Guru ini juga sering mengugut sesiapa yang meninggalkannya akan jatuh Murtad dan munafiq.

Ini di antara taktik2 kejahatan Guru palsu....!

Oleh sebab inilah seseorang murid perlu terbuka fikirannya dan jauh pandangannya. Jangan biarkan diri dikongkong oleh perasaan fanatik buta kepada seseorang yang mengaku dirinya Murshid. Perlulah kaji sedalam2nya dengan berdasarkan panduan2 Ulama Mu'tabarah. Ini adalah soal hidup mati. Soal syurga neraka! Soal redha atau Murka Allah Ta'ala! 


Demikianlah yang kami himpunkan syarat2 yang wajib ada pada seorang Mursyid / Shaikh / Ulama Warisatul Anbiya'. Moga bermanfaat.

Wallahu A'lam


Catatan :
………..

Rujuk juga Tajuk tajuk ini :

👉 🏽72 Golongan tersesat dari Aqidah dan Syari'ah.

👉 🏽11 kelompok tersesat pada jalan keruhanian / Toriqah

👉 🏽Sifat2 Toriqah Ahlus Sunnah yang sahih

👉 🏽Sufi Benar dan Sufi Palsu



☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


MENGAPA ORANG BERIMAN PERLUKAN IMAM @ SHAIKH @ MURSYID @ PEMIMPIN KERUHANIAN


■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
■■■■■


Ulama Ahlus Sunnah telah sepakat bahawa setiap orang beriman hatta dia telah menjadi alim (di dalam memahami kitab), alim dalam berbagai ilmu2 Islam atau hafiz Qur'an sekalipun...  WAJIB bagi dia mencari Guru Mursyid yang akan memimpin dia kepada Allah Ta'ala.


💫🕌💫Berkata Imam Jilani Radiallahu Anh :

"Apa yang perlu seseorang lakukan ialah mencari Guru yang mempunyai pandangan dalam (basirah) yang mata hatinya celik, dan cetusan serta perangsang daripada orang yang seperti ini adalah perlu. Guru yang demikian, yang dapat memupuk pengetahuan orang lain, mestilah seorang yang hampir dengan Allah dan berupaya menyaksikan alam mutlak (Maqam Mukasyafah - pent). 

[Qalaid Al-Jawahir]

Penjelasan :
~~~~~~~~

Maksud kata2 Imam Jilani di atas adalah :

Setiap muslim perlu mencari Guru Keruhanian yang benar, iaitu matahatinya bersinar dengan Tauhid. Ruhnya telah menyaksikan Wajah Allah di Arasy.  Hatinya hidup dan mampu hidupkan hati manusia2 lain (dengan Inayah Allah).  Beliau dapat memimpin manusia2 yang hatinya rosak, cedera dan keras ke jalan2 hidayah dan kelembutan Tauhid kepada Allah. 

💫🕌💫 Berkata pula Imam Ghazali :

“Di antara hal yang wajib bagi seorang salik (murid) yang menempuh jalan kebenaran adalah bahawa dia WAJIB mempunyai seorang Mursyid dan pendidik(murabbi) spiritual yang dapat memberinya petunjuk dalam perjalanannya,serta melenyapkan akhlak-akhlak yang tercela dan menggantikannya dengan akhlak-akhlak yang terpuji.


💫🕌💫 Berkata Ghawthul A'zham Shaikh Abdul Qadir Jilani 
رضي الله عه :

Takabbur, kemunafikan dan ego,  adalah panah syaitan yang tertuju pada hati kamu.  Kamu perlu siapkan satu strategi mempertahankan diri dari serangan2 ini.


Formula strategi tersebut telah diterangkan dan telah dibuktikan oleh Mashaa'ikh (guru Mursyid). Kamu perlu mendengar baik2  arahan mereka dan mematuhinya.

Mereka akan pimpin kamu pada jalan Allah kerana mereka telah pun melalui jalan tersebut. 

Mintalah pada mereka nasihat2 berkenaan nafsu2 (yang rendah dan jahat), dan kelemahan2 lainnya,  kerana mereka juga pernah mengalami kesulitannya dan menghadapi kesan akibat darinya.  Mereka sangat sedar dan mengetahui bahaya dan ancaman dari nafsu2 kejahatan.

Mereka telah menempuh jalan yang panjang memerangi (nafsu2 tersebut) dengan demikian mereka boleh menghalang, mengawal dan mengalahkan semua kejahatan itu.

[Fathur-Rabbaniy Wa Faid ar -Rahmaniy]


Penjelasan :

~~~~~~~~

Imam Jilani berikan nasihat kepada orang2 Islam bahawa mereka sentiasa terdedah kepada beberapa ancaman terhadap IMAN @ TAUHIDnya.

Ancaman tersebut adalah dari dalam diri mereka sendiri, iaitu nafsu2 kejahatan yang menjadi punca segala kejahatan. 


Orang Islam tak sembah berhala dan tokong, tetapi mereka sembah "berhala dalam hati".  Berhala hati inilah yang dikatakan syirik khafi, syirik yang tersembunyi.

Syirik khafi ini akan memakan semua amal seperti api makan sekam dan juga merosakkan TAUHID @ IMAN ke akar umbinya. 


Mereka menyangka mereka telah hebat dengan amal banyak sedangkan amal2 itu terbakar hangus dengan ucapan dan tingkah laku sombong takabbur. Wal Iyazubillah.

Mereka tak sedar dan tidak tahu mereka terkena penyakit2 hati ini lantaran ianya tersembunyi dalam hati.

Inilah yang dimaksudkan oleh Shaikh, bahwa kamu wajib mencari Guru yang boleh merawat penyakit hati kamu.  Mereka tahu cara2 mengesan dan hapuskan sifat2 kekejian itu.  Mereka akan berikan kamu formula2 untuk hapuskan sifat2 keji dan syirik dalam hati kamu.

Bagaimanakah mereka tahu?

Mereka jadi arif berkenaan hal kerana mereka sudah menjalani jalan Ma'rifat untuk waktu yang panjang.  Mereka telah mengalami sendiri segala gangguan2 tersebut dan tahu cara2 mengalahkannya.

Sebab itulah kamu wajib mencari dan berguru dengan Guru Mursyid ini.

Guru Mursyid bukan orang lain tetapi ahli Ma'rifat yang menjadi pewaris Rasulullah 
 untuk memimpin manusia kepada Allah.

[Fathur-Rabbaniy Wa Faid


PENJELASAN:

…………………


Imam Jilani ضي الله عه, memulai kalam hikmah beliau dengan suatu tamsilan (ibarah).  (Pendekatan ini adalah salah satu cara mendidik manusia yang telah dicontohkan oleh Rasul dan diikuti oleh Auliya Allah bagi mendidik ummat -pent).

Kata Imam Jilani dengan ibarah beliau yang sangat indah, memberi perbandingan antara "hati" dengan "ladang sawah untuk bercucuk tanam." 

Jika seseorang petani, pesawah, pekebun mengharapkan hasil tanaman yang baik bersih, bermutu dan banyak,  maka dia perlu membersihkan tanah nya terlebih dahulu dengan cara membuang lalang dan musnahkan haiwan perosak. 

Kemudian peladang itu perlu membajak dan menyirami tanahnya dengan baik. Kemudian dia perlu memilih benih2 pohon yang bermutu, baik dan tiada penyakit untuk ditanam di ladangnya itu. 

Setelah itu peladang memagari ladangnya dengan sempurna serta  menjaga tanaman itu sungguh2 sehingga ia berputik, membesar dan berbuah.

Apabila seseorang peladang berbuat susunan baik seperti itu maka hasil tanaman yang dapat dituainya sangat banyak dan bermutu.

Beginilah lumrah hasil dunia... apabila seorang pakar pertanian mengusahakan suatu ladang, maka hasilnya sangat memuaskan dan bahagiakan kehidupannya.


Seterusnya Imam Jilani, membandingkan pula dengan keadaan ini dengan "ladang akhirat" Iaitu "hati" itu diibaratkan sebagai ladang akhirat yang disediakan oleh Allah bagi orang2 beriman bercucuk tanam dan menuai hasilnya di akhirat nanti.

Jika seseorang beriman mengharapkan " hasil tuaian"  yang suci bersih, bermutu dan  banyak hasilnya di akhirat, maka dia perlu menyucikan hati itu terlebih dahulu dengan mencabut segala akar2 jahiliah, dia mesti mencabut segala anasir syirik dan mazmumah dari hati itu.  Kemudian dia mesti sirami hati itu dengan banyak2 zikrullah, solawat atas Nabi, baca Qur'an, sedekah, da'wah dan amal2 kebaikan yang lain.   Dia mesti sungguh2 mengamalkannya dengan penuh ikhlas.

Kemudian dia mesti pagari iman dan semua amal kebaikan itu dengan adab zahir dan adab batin.

Jika seseorang beriman melakukan seperti itu, nescaya hasilnya sangat lumaian di akhirat.  Dia akan senang lenang ketika orang lain " kelaparan dan kehausan".


Bagaimanakah kamu boleh mengetahui semua cara2 ini?


Kata Imam Jilani tadi,

" Jangan kamu fikir pendapat kamu memadai. Belajarlah daripada pakarnya hati"

Ertinya belajarlah ilmu pertanian  "ladang hati" itu dengan pakarnya iaitu lah Ahli Ma'rifat @ Shaikh  Mursyid @ Murabbi yang sangat arif mengetahui rahsia-rahsia hati dan perladangan akhirat.

Jangan kamu fikir ilmu yang ada pada kamu itu memadai.  Jangan kamu fikir kamu sudah lulus universiti kamu sudah bijak.  Jangan kamu fikir kamu sudah ada Ijazah, Master, Dr, PhD, Profesor ... jangan fikir kamu sudah hebat.  Belum lagi.  Kamu terlalu jauh dari hidayah jika kamu mempunyai pendapat demikian.

Imam beri amaran : Kedegilan dan kesombongan hanya akan menyebabkan hati menjadi keras dan tertutup mati...!

Imam, menutup kata2 hikmah beliau dengan Hadith Nabi, "carilah pertolongan pada setiap pekerjaan dengan merujuk kepada pakarnya" adalah wasiat tersirat yang menyuruh kita mencari Guru keruhanian yang siddiq yang mewarisi Ilmu Nabi zahir batinnya, jika kita ingin mencapai hasil tuaian yang banyak di kampong akhirat...!



☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


KHADAM AYAT QUR'AN ??? 

KHADAM ASMAUL HUSNA???

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●


Sejak kewafatan Rasul, bermacam-macam faham, falsafah, ajaran,  masuk ke dalam pegangan orang Islam.

Sebahgian lagi menggunakan medan ilmu2 kebatinan, ilmu kesihatan diri, ilmu pertahanan diri, dsb sebagai batu loncatan untuk menyelinap ke dalam pemikiran orang Islam.

Orang2 Islam yang lemah Imannya, kurang ilmunya menganggapnya sebagai suatu kebaikan, pembaharuan, inovasi dan kemajuan... akhirnya adaptasikan ilmu2 asing ini ke dalam ajaran Islam. 


Mereka2 ini adalah cerdik pandai Islam yang mahir di dalam bahasa Al Qur'an dan Hadith tetapi sangat lemah atau tiada langsung Ma'rifat mengenal Allah.

Mereka cuba menggali dari Al Qur'an apa2 yang boleh mereka sesuaikan dengan pegangan baru mereka. Maka di sinilah bermulanya firqah2 sesat, golongan2 keruhanian yang sesat,  ilmu2 kebatinan dan perubatan yang sesat. 

Di sini lahir 72 golongan sesat aqidah, termasuk dalam golongan ini adalah wahabiyyah najdiyyah pada zaman ini.

Di sini lahir 11 golongan ilmu batin yang sesat termasuk dalam ini adalah bahai, rafidhi, qadyani dll pada zaman ini.

Di sini juga lahir berbagai iaitu Ilmu pertahanan diri, kesihatan diri, perlindungan diri yang sesat.   Termasuk dalam ini adalah reiki, budi suci, kundalini, cakra alam, kungfu, taoisma, taichi, silat, yoga, ilmu nafas dll pada zaman ini.  "Zahirnya kelihatan suci dan baik untuk kesihatan, tetapi di dalam nya terselit unsur2 pemujaan jinn syaitan yang sangat halus. Cuma marshal2 atasan saja yang mengetahui rahsia2 pemujaan jinm syaitan ini.

Kesemua mereka terkeluar dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Khadam Al Qur'an?
Khadam Asmaul Husna?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ini satu lagi penipuan Iblis dan konco2nya daripada manusia.

Al Qur'an itu Kalamullah, kata2 Allah Yang Maha Agung.   Al Qur'an itu bukan tunggangan kamu...!

Demikian juga Asma' Allah, nama2 Allah Yang Maha Cantik.  Tujuannya adalah untuk kamu menzikirkannya, memperoleh kekuatan Iman dan cahaya Ma'rifat mengenal Allah dengan sesungguhnya.  Bukannya kamu menjadikannya sebagai khadam ikut nafsu.

Amat jelas kebatilan dan kesesatan orang2 mempunyai pegangan seperti ini.. !

Wal Iyazbillah



☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


 

PENYAKIT AHLI ILMU  KEBATINAN SESAT / AHLI HAKIKAT SESAT

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●



Salah satu Penyakit besar kepada orang2 yang berminat kepada jalan keruhanian yang menuntut ilmu tanpa guru yang betul (tanpa pimpinan Mursyid yang siddiq) adalah jatuh menjadi pengamal ilmu kebatinan sesat.

Golongan ilmu kebatinan sesat sengaja mereka-reka cerita menyedapkan telinga agar "kelihatan hebat".

Mereka2 ini gemar menonjolkan "kehebatan diri"  dan sangat kagum dengan " karomah hissiyah" iaitu karomah mencarikkan adat.

Jika ada khabar bahawa seseorang yang pelik boleh buat perkara2 ajaib, mereka segera rasa kagum, rasa hebat dan anggap dia Wali Allah.

Mereka juga gemar campur adukkan antara syari'at dan haqiqat sedangkan mereka sendiri tak faham apa itu ilmu "haqiqat"  Mereka baca buku2 karangan orang "ahli kebatinan sesat"  lalu menganggapnya sebagai haqiqat dan merasai diri mereka sudah mendapat haqiqat.

Sedangkan amat jauh antara langit dan bumi dari apa yang mereka sifatkan sebagai ilmu haqiqat.  Mereka cuma khayal dalam bisikan nafsu dan Iblis.

Inilah antara kebodohan "pengamal ahli hakikat sesat"  atau dikenali juga sebagai "ahli kebatinan sesat"

Di dalam Ahlus Sunnah tiada tempat untuk mereka. Mereka telah tersesat jauh dari kebenaran masuk kepada sifat2 orang zindiq.  Wal Iyazubillah...

💫🕌💫 Inilah sebabnya Ulama2 kita berpesan:

LISAN dan AF'AL (perkataan dan perbuatan) WAJIB berdiri kepada syari'at ...!

HATI wajib berdiri pada HAQIQAT...!

JANGAN campur adukkan keduanya atau terbalikkan salah satu darinya dan jangan juga tinggalkan salah satu darinya.

Sentiasa ingat kata2 Imam Malik  (yang telah sepakat Ulama menerima ungkapan tersebut) :

"Fiqh tanpa Tasawwuf adalah fasiq.  Tasawwuf tanpa fiqh adalah zindiq.  Menghimpunkan kedua nya (secara haq) itu lah yang benar"

Wallahu A'lam



☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️




بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●

Karomah Hissiyyah yang terjadi pada Wali Allah BUKAN suatu yang diusahakan dengan kemahuan diri.   Ianya semata2 anugerah Allah kepada  kekasih2-Nya pada saat2 tertentu.

Karomah Hissiyyah adalah pada "zatnya"  sama seperti Mukjizat yang berlaku pada Rasul dan Nabi.  Mereka BUKAN melakukan dengan kemahuan mereka sesuka hati.  Tetapi mukjizat "terjadi"  atau "dijadikan" oleh Allah terhadap Rasul mengikut Kehendak Allah pada saat2 tertentu.

Umpamanya Nabi Musa diperintah oleh Allah melempar tongkat Baginda. Tongkat tersebut menjadi ular besar dan menelan semua ular buatan ahli sihir.

Sedangkan Nabi Musa tidak mempunyai pengetahuan tentang apa yang akan terjadi.  Baginda tahu setelah diilhamkan oleh Allah.  Inilah bukti yang cukup nyata.... BUKANLAH Rasul dan Nabi melakukan suatu mukjizat. Sebaliknya ia adalah " terjadi"  / "dijadikan"  oleh Allah pada saat2 tertentu yang dikehendaki-Nya. Tujuannya membuktikan kebenaran Rasul dan Nabi serta mengalahkan sekalian kebatilan.

Demikian halnya Karomah Hissiyyah yang mengalahkan sihir manusia adalah semata2 anugerah Allah kepada kekasih2-Nya.

Jika seseorang boleh usahakan sesuatu "perkara luas biasa"  yang mencengangkan manusia dengan kemahuan dia sendiri, maka ini adalah SIHIR yang sudah pasti SYIRIK. Ia BUKAN karomah (kemuliaan) dari Allah.

Dengan demikian hati2lah pada orang2 yang gemar menunjukkan kehebatan terbang, menyelam dll...  tipu daya syaitan amat halus.

Harap ambil kefahaman.

Wallahu A'lam



☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️



DALIL SAKIT 'AIN (SAKIT KENA MATA KEJAHATAN) DAN RAWATANNYA

○○○○○○○○○○○○○○○○○○


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


✨🕌✨ Rasulullah bersabda :

“Penyakit ‘ain (kena mata jahat) adalah benar, disertai syaitan dan hasad anak Adam”.
[Imam Bukhari]

Ibnu Hajar berkata dalam menjelaskan hadith "Penyakit ‘ain (kena mata jahat) adalah benar".

Hal ini kadang kala membingungkan sebahagian manusia. 

Mereka berkata, ‘Bagaimana ‘ain bekerja dari jauh sehingga mampu memudaratkan orang yang dilihat’. 

Banyak orang yang menderita sakit dan kekuatan tubuhnya melemah hanya kerana sebab dipandang.

Semua ini karena apa yang Allah ciptakan di dalam ruh (ruh syaitan) dari pengaruh dan karena sangat besarnya keterkaitannya dengan mata, maka dinasabkan kepada mata. 

Sebenarnya yang mempengaruhi bukan mata akan tetapi pengaruhnya dari ruh. Pandangan yang keluar dari mata orang yang melihat adalah anak panah secara maknawi, apabila mengenai badan orang yang tidak ada pelindungnya akan mempengaruhinya, jika ada pelindungnya, anak panah tersebut tidak boleh menembus bahkan di kembalikan kepada pemiliknya sebagaimana anak panah sebenarnya.
[Fathul-Bari]


DALIL 2 :
~~~~~~~

✨🕌✨ Rasulullah 
 bersabda :

"   'Ain (sakit kerana mata jahat)  itu benar adanya. Seandainya ada sesuatu yang dapat mendahului taqdir, tentu akan didahului oleh ‘ain. Apabila kalian diminta untuk mandi, maka mandilah.”

[Imam Muslim]


Syarah Hadith :

Imam Nawawi  mengatakan, hadith ini menjelaskan bahwa segala sesuatu terjadi dengan taqdir Allah , dan tidak akan terjadi kecuali sesuai dengan apa yang telah Allah taqdirkan serta didahului oleh ilmu Allah tentang kejadian tersebut. Sehingga, tidak akan terjadi bahaya ‘ain ataupun segala sesuatu yang baik maupun yang buruk kecuali dengan takdir Allah . Dari hadith ini pula terdapat penjelasan bahwa ‘ain itu benar-benar ada dan memiliki kekuatan untuk menimbulkan bahaya.

[Syarh Sahih Muslim]


DALIL 3 :
~~~~~~~

Dari Ummu Salamah  Radhiyallahu ‘anha berkata:

“Rasulullah 
  pernah melihat seorang anak perempuan di rumah Ummu Salamah yang pada wajahnya ada kehitam-hitaman. Baginda pun berkata, ‘Ruqyahlah dia, kerana dia tertimpa ‘ain’.”

[Imam Bukhari, Imam Muslim]

…………………………………………………

Al-'Ain adalah kesakitan yang terjadi pada seseorang akibat dari "pandangan mata kejahatan"    iaitu kerana seseorang memuji orang lain tanpa berserta Tauhid di dalamnya, ertinya syirik (syirik)  maka kesyirikan ini dijadikan panahan oleh syaitan terhadap orang yang dipuji.

Kesakitan yang terjadi kemungkinan kecil dan mungkin juga besar. 

Ini bukti nyata, manusia boleh terkena gangguam syaitan sehingga jadi penyakit. Rasul perintahkan ruqyah bagi kesakitan akibat gangguan syaitan.

Wallahu A'lam




☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️



PERTOLONGAN ALLAH KEPADA MAKHLUK

■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


ٱللَّهُ خَـٰلِقُ ڪُلِّ شَىۡءٍ۬‌ۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ وَكِيلٌ۬ (٦٢)


"Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu dan Dialah Yang Maha Memelihara (menjaga dan memberi rezeki)  serta menguasai segala-galanya."
[Az-Zumar (39) : Ayat 62]

Ulama Mufassir berikan pengertian bahawa Allah Ta'ala menciptakan seluruh makhluk-Nya dan Dia juga sentiasa berikan Pertolongan-Nya. Manusia, jinn, haiwan sekaliannya adalah sentiasa di dalam urusan tadbir Allah Ta'ala. 

Ini adalah isyarat bahawa Pertolongan Allah berlaku pada semua makhluk sama ada mereka memohon atau tidak, Pertolongan Allah tetap sampai kepada mereka sebagaimana Ketentuan-Nya. 

Namun melihat dari sudut asbab perbuatan makhluk, di sana akan terlihat wujudnya Pertolongan Allah berdasarkan suatu usaha ikhtiar makhluk. 

Mengambil contoh manusia.   Manusia yang berusaha lebih di dalam mencari rezeki  akan memperoleh rezeki lebih.  Pelajar yang berusaha sungguh2 akan memperoleh keputusan lebih baik berbanding dengan pelajar yang kurang berusaha. Pesawah yang mempunyai sawah yang lebih luas dan di usahakan nya, akan memperoleh lebih banyak hasil nya berbanding dengan yang mempunyai sawah yang kecil.  Pedagang yang memiliki syarikat yang besar lazimnya memperoleh lebih banyak keuntungan dari mereka yang mengusahakan syarikat yang kecil. 

Semua yang tersebut di atas adalah keadaan lazim yang berlaku menurut ketentuan Allah berubung dengan "usaha ikhtiar" manusia dan Pemberian / Pembalasan Allah kepada yang berusaha dengan suatu pekerjaan. 

Tetapi keadaan di atas tidak selalunya berlaku.  Ada kalanya seseorang yang kurang usaha nya mendapat hasil yang lebih.  Adakala nya orang yang berusaha siang malam tetapi hasil nya tidak lumayan.  Adakalanya seseorang hamba Allah mendapat sesuatu rezeki dengan cara yang tidak terduga.

Semua ini, sama ada hasil yang diperoleh dengan berusaha atau mendapat sesuatu tanpa di- sangka2 adalah takluk kepada Ilmu dan Kehendak Allah.   Ringkasnya Pemberian Pertolongan Allah berupa rezeki makan minum, atau pemberian Iman, Tauhid, Ma'rifat atau pertolongan terlepas dari suatu musibah, semua ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian besar :

(1) Pertolongan Allah yang berupa ketentuannya yang umum pada semua makhluk yang berkait dengan asbab usaha ikhtiar.


(2) Pertolongan Allah yang datang secara tiba2  tanpa diusahakan atau disangka2

Perkara yang kedua di atas yang lazim manusia menyebutnya sebagai "keajaiban",  "miracle" ,  "blessing in disguise"   dsb  menujukkan kepada suatu  keadaan mendapat "rezeki"  yang tidak disangka2 atau hasil tanpa diusahakan menurut adat biasa.   Atau mungkin juga di- usahakan menurut adat biasa, tetapi hasilnya menakjubkan dan mencengangkan seperti Ilmu sihir, kerja bomoh dsb  (akan datang penjelasannya Insya Allah)

Perkara  yang disebut "miracle",  "kejaiban" ini  adala pada  hakikatnya dari Allah Ta'ala jua.  Bukan suatu yang terjadi sendiri...!  Hakikatnya ia adalah dari Pertolongan Allah kepada makhluknya.   Sama ada Pertolongan Allah itu di dalam keredhaan-Nya atau di dalam Kemurkaan-Nya...  ini yang perlu kepada penelitian dan i'tibar.

Pertolongan Allah yang "tertentu" ini boleh dibahagikan kepada bererapa bahagian :


🍁Pertolongan Allah kepada sekalian makhluk yang melata di bumi dan langit.   👈🏼 ini adalah RAHMAT ALLAH

🍁Pertolongan Allah kepada makhluk Allah yang beriman. 👈🏼 ini adalah KASIH SAYANG ALLAH

Pertolongan Allah kepada mukmin ada tiga macam :

️Mukjizat - tertentu bagi Rasul dan Nabi

️Karomah - tertentu bagi Auliya Allah.

️Ma'unah - umum bagi semua mukmin yang benar2 beriman.


🍁Pertolongan Allah kepada Iblis, jinn jahat dan ahli sihir 👈🏼 ini adalah ISTIDRAJ @ MURKA ALLAH.


Wallahu A'lam



☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


MAKNA PEGANG TEGUH DENGAN AL QUR'AN @ JANGAN TINGGALKAN QUR'AN

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Apakah makna perintah Allah dan Rasul-Nya supaya pegang teguh dengan Al Qur'an?

Ringkasnya ia meliputi 3 perkara ASAS :

(1) Meyakini Al Qur'an Kalamullah yang Qadim sebagaimana faham Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

(2) Tadabbur Al Qur'an. 

Makna Tadabbur adalah membaca Al Qur'an dengan penuh adab, mengikut hukum tajwid serta menghayati bacaannya dengan penuh ta'zim kepada Allah Ta'ala.

Ini bermakna membaca Al Qur'an dengan penuh kesalahan, tidak akan mendapat syafaatnya melainkan dila'nat orang yang membacanya.

Untuk itu Imam2 kita nasihat begini :

Bacalah surah2 yang kita sudah yaqin akan benar sebutannya setelah mushafahah dengan guru.  Mana2 ayat @ surah yang belum kita talaqi dengan guru, JANGAN sesekali membaca- nya kerana dikhuatiri salah baca yang merobah maknanya.  Merobah makna Al Qur'an ketika membaca adalah HARAM dan  BERDOSA BESAR...!

(3) Mengakui, menerima dan amalkan sungguh2 seluruh ajarannya sebagaimana huraian Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Ini semua bermakna seseorang yang rajin membaca Al Qur'an dan sampai peringkat Hafiz sekali pun, tetapi gagal memelihara adab2 zahir batin ketika menghadapi Al Qur'an seperti yang diajar oleh guru2 kita hanya mencelakakan dirinya.

💢 Menganut fahaman bid'ah sesat seperti khawarij,  mujassimah, mu'tazilah, jabariyyah,  syiah (rafidhi), wahabiyyah.dan sepertinya dari 72 golongan sesat.

💢Orang yang hanya baca di mulut tetapi tidak berkesan pada hati dan ruhnya.

💢
Orang yang hafiz Qur'an tetapi enggan menerima ajaran2nya dan enggan amalkan ajaran2 nya.

Kesemua ini adalah golongan2 tertipu yang membawa kepada kebinasaan.



Sebagai renungan  :
~~~~~~~~~~~~~
~~~


Jika kita akui Al Qur'an itu hukum Allah yang tertinggi, kita akui ajarannya wajib dipatuhi, dan di unjung setinggi2 nya ... BUKAN sekadar membacanya, apakah ajaran yang paling penting bagi setiap diri Muslim, laki2 dan perempuan, tua muda, kaya miskin... iaitu suatu amalan yang menjadi keselamatan bagi sekalian IBADAH dan TAUHID...?

Jawapannya ada pada Perintah Al Qur'an yang pertama2 di turun pada Nabi :

"Iqra"

"Bacalah"

Salah satu pengertian terpenting dari "bacalah"  adalah...  

"Berzikirlah"

Berzikirlah mengingat Allah"

"Ingat Allah di dalam diri kamu dan isytiharkan kalimah Allah pada seluruh dunia dengan lidah kamu"

Ini pengertian yang sudah dilupakan sedangkan ini perintah Allah yang pertama dan penyelamat segala  Iman dan amal.



Kesimpulan nya :
~~~~~~~~~~~
~~~

Baca lah Al  Qur'an dengan penuh penghayatan.  BUKAN sekadar jadikan nya simbol.   Jika ianya sekadar simbol,maka orang Yahudi yang hafal Qur'an lebih layak di puji.

Penghayatan penuh terhadap Al Qur'an akan menjadi kenyataan jika seseorang berpegang teguh dengan Ulama Warisatul Anbiya yang siddiq.

Wallahu A'lam



☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️



LARANGAN TAFSIR AL QUR'AN DAN HADITH MENGIKUT PEMIKIRAN SENDIRI

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Ulama Ahlus Sunnah telah berfatwa bahawa haram, berdosa besar dan dikhuatiri jatuh kepada kekafiran,   sesiapa yang mentafsirkan Ayat Qur'an atau Hadith berdasarkan pemikirannya sendiri kerana perbuatan tersebut jelas menunjukkan penentangan  terhadap Allah dan Rasul-Nya.


Ini berdasarkan Ayat Qur'an dan Hadith2 Nabi yang banyak.  Antaranya :


Dalil Pertama:
~~~~~~~~~
~~

✨🕌✨Allah Ta’ala berfirman :

هُوَ الَّذِى أَنزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَـبَ مِنْهُ آيَـتٌ مُّحْكَمَـتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَـبِ وَأُخَرُ مُتَشَـبِهَـتٌ فَأَمَّا الَّذِينَ فى قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَـبَهَ مِنْهُ ابْتِغَآءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَآءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلاَّ اللَّهُ وَالرَسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ ءَامَنَّا بِهِ كُلٌّ مِّنْ عِندِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُوْلُواْ الأَلْبَـبِ

"Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing). Adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang mempunyai kefahaman."    ِ
[Aali-Imran (3) : Ayat 7]


Dalil ke-2:
~~~~~~
~

✨🕌✨ Allah Ta’ala berfirman :

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُوْلاَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولاً

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggunganjawabnya.                                                                                                            [Al-Isra’ : 36]                                                                                                         


Dalil ke-3:
~~~~~~
~~

✨🕌✨ Allah Ta’ala berfirman :

وَلاَ تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَذَا حَلاَلٌ وَهَذَا حَرَامٌ لِّتَفْتَرُوا عَلَى اللهِ الْكَذِبَ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللهِ الْكَذِبَ لاَ يُفْلِحُونَ

Dan janganlah kamu mengatakan terhadapa apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung.
[An-Nahl (16):  Ayat  116]


Dalil ke-4:
~~~~
~~~~

Ibnu Abbas Radhiallhu Anhuma berkata,

✨🕌✨ Rasulullah bersabda :


"Barang siapa berkata-kata tentang al-Qur'an (tafsir dan ta'wilkan Al-Qur'an) tanpa ilmu, maka hendaklah ia menempati tempat duduknya dari neraka"
[Imam Tirmidzi]


Dalil ke-5:
~~~~~~
~~

Dari Ibnu Abbas Radhiallahu Anhuma,  

✨🕌✨ Rasulullah bersabda :


"Takutlah kalian berbicara tentang sesuatu yang berasal dariku melainkan pada apa yang telah kalian ketahui. Siapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyimpan tempat duduknya di dalam neraka, Dan barang siapa yang menafsirkan al-Qur'an dengan akal pikirannya, maka hendaklah ia menyiapkan tempat duduknya di dalam neraka." [Imam Ahmad, Tirmizi, Nasai]


Dalil ke 6:
~~~~~~
~~

✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ :

“Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah dia menyediakan tempatnya di dalam neraka”.
[Imam Bukhari, Muslim]


Dalil ke 7:
~~~~~~
~~

✨🕌✨ Rasulullah   bersabda :

“Barangsiapa menguraikan Al Qur’an dengan akal fikirannya sendiri dan merasa benar, maka sesungguhnya dia telah berbuat kesalahan”. [Imam Ahmad]


Dalil ke-8:
~~~~~~
~~

Dari Ibnu ‘Abbas رضي الله عنه  katanya, 

✨🕌✨ Rasulullah  bersabda :


"Di dalam agama itu tidak ada pemahaman berdasarkan akal fikiran, sesungguhnya agama itu dari Tuhan, perintah-Nya dan larangan-Nya.”
[Imam Thabarani]


PERHATIKANLAH.....

Walaupun apa yang ditafsirnya kebetulannya benar, dia tetap salah dan berdosa...!

Oleh kerana ini Ulama2 tedahulu sangat berhati2 sebelum mengeluarkan fatwa.

Di kalangan Sahabat2 Nabi sendiri, cuma sebahagian Sahabat Nabi yang sampai ke taraf Mujtahid.  

Selepas zaman Sayyidina Ali Karramallah, apabila seseorang datang minta fatwa, lazimnya sahabat itu akan arahkan orang yang bertanya kepada Ibnu Abbas, Ibnu Umar, Ibnu Mas'ud dan beberapa sahabat lain.

Tetapi cuba lihat betapa beraninya orang2 jahil zaman ini.. sewenang2 kutip hadith dan keluar fatwa sesuka hati.

Moga Allah jauhkan kita dari golongan juhala seperti ini.



☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


QUR'AN ITU QADIM DAN BUKAN MAKHLUK

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■



Ahlus Sunnah Wal Jamaah mempunyai pegangan:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~



"Al-Qur'an itu Qadim, BUKAN makhluk."



Muktazilah dakwa :
~~~~~~~~~~~~~


"Al Qur'an itu makhluk."


Perbincangan :
~~~~~~~~~~

🍁Muktazilah dakwa Al Qur'an itu makhluk kerana :



1.  Kalamullah itu makhluk bukan Qadim.

2. Lembaran kertas itu pada kitab itu makhluk.

3.Tulisan dakwat itu makhluk.

4. Bahasa Arab itu makhluk.

Maka demikian mereka simpulkan Al Qur'an itu makhluk.



🍁Bagaimanakah kita menetapkan pada pegangan dan keyakinan yang pasti Al Qur'an itu Qadim dan bukan makhluk?

Yang dikatakan Al Qur'an Kalamullah itu yang mana?

Jika fikir aqal logik,  hujjah Muktazilah itu betul.  Apakah cara kita benteras fahaman tersebut.


…………………………………………………


Penting:


Tujuan kita di sini BUKAN debat dengan muktazilah atau mujassimah.

Tujuan kita adalah untuk keyakinan kita sendiri agar kita yakin pada Al Qur'an itu Qadim dengan dalil2 yang pasti, bukan taqlid.

Harap faham.




☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️




بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


SEDEKAH : PANJANGKAN UMUR, MURAH REZEKI, DOSA TERHAPUS & MATI DALAM IMAN

〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️


Kisah2 seperti yang diceritakan berkenaan kesembuhan penyakit ibunya berkat sedekah tidak mustahil, bahkan sudah banyak berlaku dalam sejarah ummat ini.

✨Cuma kadangkala setengah orang Islam kurang percaya. Jika percaya pun kurang beri perhatian untuk mencontohinya.  Jika ada yang mencontohinya pun tidak dapat istiqamah.

✨Jika beri makan kepada haiwan pun memperoleh ganjaran besar, apa lagi berbuat ihsan sesama manusia, sudah tentu ianya lebih di tuntut.

✨Alhamdulillah kita di sini kebanyakannya dimurahkan rezeki...  Alhamdulillah dapat makan minum dengan baik. Tempat tidur pun sangat selesa.  Setengah lagi dapat melancong sana sini dengan belanja yang banyak.  Alhamdulillah itu semua Ni'mat Allah juga pada kita.

✨Pada masa yang sama mari kita renungi sebahgian saudara2 kita yang sangat miskin.  Janganlah kita berlebih-lebihan dalam gunakan Ni'mat Allah untuk diri sendiri saja. Fikirkanlah juga terhadap mereka yang terbiar, yatim piatu, mereka yang lemah, mereka yang  tua serta tiada sudara mara dsb.

✨Shaikh sendiri menjaga dan salurkan bantuan kepada  rumah anak yatim dan faqir miskin di beberapa pusat  anak yatim, faqir miskin dan sekolah tahfiz. Seringkali tak cukup perbelanjaan.  Tapi Alhamdulillah mereka cukupkan saja apa yang ada.

✨Wang dan harta yang kita belanjakan untuk diri sendiri belum tentu perhitungan kebaikannya tetapi setiap harta sedekah yang kita belanjakan untuk mereka yang memerlukan sudah pasti mendapat ganjaran kebaikan dunia akhirat.

✨🕌✨ Rasulullah  bersabda :

“Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk  dan Allah Taala pula menghapuskan dengan sedekah itu sifat sombong, takabbur dan membanggakan diri.”

[Imam Bukhari]

Wallahu A'lam



☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


    MUTIARA AGAMA YANG HAQ 

〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️


🍁
Tariqat, Tasawwuf dan Ma'rifat berakar umbi daripada  Nabi yang pertama, Adam Alayhis salam kerana Nabi Adam membawa AJARAN TAUHID,  ajaran ISLAM yang murni yang berpaksi pada HAKIKAT MUHAMMAD.

Penyempurnaannya di tangan Khatamun Nabi, Muhammad Mustofa Rasul ﷺ.

🍁
Tariqat, Tasawwuf dan Ma'rifat adalah intipati perjuangan sekalian Anbiya dan Mursalin.

🍁
Tariqat, Tasawwuf dan Ma'rifat adalah penghayatan hati, aqal dan ruh berhubung Keimanan dan Ketaqwaan.

Ianya BUKAN sekadar ucapan zahir mulut.  BUKAN  falsafah pemikiran manusia, BUKAN juga khayalan kebatinan pengkhayal2 alam ruh.

Sebaliknya ia adalah TAUHID yang Murni, mereguk air mata air asli dari sumbernya yang jernih, membawa kepada penghayatan TAQWA yang hakiki, menjadi UBUDIYYAH zahir batin setulus hati.

🍁
Nabi MUHAMMAD    adalah penyempurna  dan pemegang "KUNCI"  ILMU MA'RIFAT KETUHANAN.

🍁
Jika seseorang belum menghirup air kesucian Tauhid dan Ma'rifat di Lautan Ahadiyyah,  maka tidaklah layak dia berfatwa berkenaan TAUHID dan MA'RIFAT.

Jika dia cuba jugak berbuat demikian, maka akan terjadilah pendustaan dan penyelewengan.


Wallahu A'lam


 

☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️



🎀Ada sesiapa pernah dengar kisah wanita tua beriman pada Nabi Nuh?

🎀
Ini kisahnya...


🎀Ketika telah tersebar berita, banjir besar akan melanda dunia yang tenggelamkan seluruh dunia, orang2 kafir tertawa pada Nabi Nuh. 

🎀Tetapi orang2 beriman pada Nabi Nuh percaya pada berita itu. Masing2 takut apa yang akan bakal menimpa mereka.

🎀Ketika Nabi Nuh sedang siapkan kapal, tiba2 datanglah seorang wanita tua yang beriman pada Nabi Nuh.

🎀"Ya Nabiyallah, aku ini sudah tua dan tinggal jauh di luar kota.  Tak ada siapa pun kenal aku. Nanti bila nak jadi musibah banjir, jangan lupakan aku"
Kata wanita tua penuh sayu.
Nabi Nuh pun mententeramkan hati wanita itu dan janji akan jemput beliau.

🎀Ketetapan Allah berlaku sebagaimana  janjinya. Banjir besar tenggelamkan seluruh dunia.  Maka matilah golongan kafir yang telah engkar pada Nabi Nuh.

🎀Sebaik saja banjir surut dan kapal Nabi Nuh mendarat, barulah Nabi Nuh teringat pesanan wanita tua yang datang jumpa Baginda sebelumnya.

🎀Nabi Nuh bergegas ke pondok wanita tua dalam keadaan runsing dan gelisah. 

🎀Ketika sampai di sana, kebetulan wanita tua yang beriman itu pun keluar dari pondok beliau dan bertanya, " Wahai Nabi Allah, bila akan terjadi banjir"

🎀Alangkah terkejutnya wanita itu apabila disampaikan berita banjir telah berlaku dan telah pun surut. Masya Allah.

🎀
Allah Ta'ala penyelamat orang2 yang beriman teguh pada-Nya. Dia tidak pernah sia-siakan harapan dan doa mereka.  Walaupun Nabi Nuh terlupa, Allah Ta'ala Maha Pemelihara.


Moga kisah ini jadi i'tibar untuk kita.

Wallahu A'lam

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...