■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 748)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan...
Penjelasan ringkas
(1) Setiap orang Islam wajib melakukan menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran menurut keupayaannya.
(2) Pemimpin negara serta pemimpin-pemimpin peringkat bawahnya wajib mendirikan kerja-kerja menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran.
(3) Orang yang mempunyai kuasa wajib mencegah kemungkaran dengan kuasa yang ada padanya, tidak boleh sekadar lisan dan tidak cukup sekadar benci dalam hati.
(4) Orang yang mempunyai ilmu, wajib bercakap, menasihati, memberi amaran sesuai dengan orang di-da'wahkan. Maka orang yang mempunyai ilmu ini tidak cukup sekadar benci di dalam hati kerana Allah Ta'ala telah Kurniakan Ilmu padanya.
(5) Orang yang tiada kuasa apa-apa dan tidak mempunyai hujjah yang cukup untuk mencegah suatu kemungkaran, maka wajib bagi dia sekurang-kurang mencela perbuatan tersebut di dalam hatinya. Sekurang-kurang bermaksud... jangan sesekali diam diri langsung tidak tergerak hati membenci perbuatan yang mungkar. Apa lagi kalau dia subahat atau redha dengan kemungkaran, maka dia akan mendapat dosa subahat — dosa sama dengan pelaku kemungkaran walaupun dia sendiri tidak melakukannya. Dan ini juga tanda Imannya sedang menuju kebinasaan. Wal Iyazubillah.
Garis panduannya adalah ucapan Nabi ﷺ (hadis di atas). Maka ke atas seseorang untuk mengubah kemungkaran dengan setiap bentuk yang dia mampu. Tidak cukup sekadar memberi peringatan bagi sesiapa yang mampu mengubah dengan tangannya. Tidak boleh juga berpada dengan membenci dari hati bagi sesiapa yang mampu menghalang dengan lisan.
(6) Apabila kemungkaran berlaku secara terang-terangan dan tidak ada ummat sedia untuk mencegah kemungkaran tersebut, maka akan turun bala Kemurkaan Allah. Apabila bala Kemurkaan Allah ini turun, tiada siapa mampu menahannya, semuanya akan terkena musibah bala Kemurkaan Allah itu termasuk mereka yang bergelar ustaz, kiyai, menteri Agama, pegawai Agama yang berdiam diri tidak cegah Kemugkaran.
(7) Mereka yang terselamat hanyalah mereka yang tetap istiqomah melakukan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar dengan berbagai cara yang bijaksana.
(8) Kemungkaran dan Kejahatan akan tetap ada di atas muka bumi sampai Qiamat. Nafsu dan Iblis akan sentiasa bekerjasama untuk musnahkan manusia dan menariknya kepada kebinasaan. Tetapi selagi ada Ummat yang sedar insaf terus-menerus melakukan Da'wah maka akan terselamatlah seluruh Ummat.
(9) Paling lemah pada mencegah kemungkaran adalah membencinya kerana Allah. Maka bagi mereka yang tidak ada sedikit pun rasa kebencian kepada kemungkaran, kefasikan, kezaliman, kekufuran.. maka ini tandanya tiada lagi cahaya Iman!
Bersambung siri 749 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
__________________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment