Tuesday, August 29, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

( Siri 276)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar 36 :

Tidak Redha dengan Taqdir

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□



Definisi 

======


Definisi Taqdir:

Definisi Taqdir sudah diperincikan pada Bab Dosa Besar ke-32. Sila rujuk di sana. 


Definisi Tidak redha dengan Taqdir :

Tidak redha dengan Taqdir adalah bermaksud "menyalahkan suatu ketentuan Allah ke atas dirinya" atau "menyumpah-nyumpah suatu nasib yang tidak disenanginya" atau "keinginan yang kuat memiliki Taqdir orang lain" atau menganggap "Taqdir Allah yang terkena pada dirinya sebagai tidak adil".



Penjelasan

========


Pertama :

Perbincangan di sini berkenaan "Dosa besar akibat tidak redha dengan Taqdir Allah" adalah berbeza dengan perbincangan berkenaan "Dosa Dustakan Taqdir" pada no. 32.   


Tajamkan pandangan : Kedua-dua perbincangan ini jauh beza kerana Perbincangan pada Dosa Besar no. 32 adalah berkenaan berbagai kelompok yang sesat akibat "Mendustakan terus Qadha dan Qadar" iaitu enggan percaya kepada Taqdir Allah atau memahami Taqdir dengan cara yang batil.  


Sedangkan perbincangan di sini adalah di dalam kelompok Ahlus Sunnah sendiri.  Akibat daripada kejahilan, sebahagian pendokong Ahlus Sunnah sendiri terjatuh kepada Dosa Besar tanpa mereka sedari. 


Kedua :

Sebagaimana sudah disebutkan terdahulu, setengah daripada tanda orang beriman adalah meyakini sungguh-sungguh akan Taqdir /  Qadha Qadar / ketentuan Allah ke atas dirinya dan sekalian makhluq Allah atas muka bumi sejak Azali.  Iaitu memandang bahawa setiap peristiwa yang terjadi adalah pada haqiqatnya Af'al Allah (Perbuatan Allah) yang takluk (terhubung) kepada Ilmu, Iradat dan Qudrat Allah. 


Ketiga :

Setiap orang beriman WAJIB redha dengan sekalian ketentuan Allah ke atasnya ; sama ada yang di senanginya atau tidak disenanginya, sama ada Taqdir berupa kejayaan dan kemenangan atau Taqdir berupa kegagalan dan kerugian.


Bersambung siri   277  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 392) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...