Tuesday, August 29, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

( Siri 277)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar 36 :

Tidak Redha dengan Taqdir

.....Sambungan.....


Keempat:

Perbincangan berkenaan "Dosa Besar akibat Tidak redha dengan Taqdir" ini mempunyai hubungan erat dengan beberapa hal berkaitan dengan Penciptaan dan Kebijaksanaan Allah, di antaranya:


(1) Allah Ta'ala menciptakan sekalian makhluq dan mencukupkan segala keperluan hidupnya.


(2) Allah Ta'ala Maha Mentadbir sekalian alam tanpa sebarang kecacatan dengan penuh kebijaksanaan.


(3) Allah Ta'ala Mentadbir sekalian makhluq menurut Kehendak-Nya dan BUKAN menurut kehendak makhluq.


(4) Jika kamu menghitung Ni'mat Allah, nescaya kamu takkan mampu menghitungnya.


(5) Jangan melirik pandangan kepada rezeki yang Allah Kurniakan kepada manusia lain. 


(6) Jangan menilai Taqdir Allah berdasarkan sangkaan kamu. 

Kamu menyangka suatu hal itu baik sedangkan boleh jadi sebaliknya.


(7) Jangan harap dan menuntut-nuntut apa yang ada di tangan manusia lain.


(8) Allah tidak ditanya tentang apa yang Dia Perbuat, tetapi kamu akan ditanya tentang apa yang kamu perbuat.


(9) Sentiasa Syukur atas Nikmat Kurniaan Allah. Jangan sesekali Kufur Ni'matnya.


(10) Apa sahaja kesusahan hidup, kecelakaan, kekurangan harta, kematian seseorang yang kamu kasihi dan lainnya adalah mengandungi hikmah yang besar  yang hanya Allah Ta'ala Maha Mengetahui Rahsianya.


Kelima:

Barangsiapa serah diri kepada Allah dan sentiasa waspada dengan sekalian Taqdir yang terjadi ke atasnya, maka dia akan memperoleh Keredhaan Allah. Sedangkan orang yang sering mempertikaikan Taqdir Allah, atau menyalahkan Taqdir, atau menganggap Taqdir yang menimpanya sebagai tidak adil, atau lain-lain yang sama maksud dengannya. maka dia akan menanggung dosa yang amat besar, bahkan akan rosak Imannya.  Wal Iyazubillah.


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

"Jangan kamu salahkan Tuhan atas apa sahaja Taqdir-Nya bagimu dan atas ujian yang ditimpakan-Nya kepadamu. Sebutlah semua kebaikan yang Dia Limpahkan kepadamu. dan segala puji syukurmu atas semua itu.  Adakah ciptaan yang sunyi dari Rahmat Allah?  Allah Berfirman :

وَإِن تَعُدُّواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ لَا تُحۡصُوهَآ‌ۗ 


"Dan jika kamu menghitung-hitung Nikmat Allah, nescaya kamu tak dapat menghitungnya."

[Ibrahim (14) : ayat 34]


Apabila kamu mengeluh kepada Allah (akan Taqdir-Nya yang kamu tidak senangi), sedangkan kamu menikmati Rahmat-Nya, kamu menutup mata atas segala Kurnia-Nya, nescaya Allah Ta'ala Murka kepadamu dan mencabut kembali Nikmat-Nya dari kamu, melipatgandakan kesusahan, hukuman dan Kebencian-Nya kepadamu. Akibatnya kamu menjadi hina pada Pandangan-Nya."

[Futuhul-Ghaib]


Bersambung siri   278  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...