B76 : PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


SIRI 751 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Perkara-perkara yang termasuk pengertian "Mungkar" atau "Maksiat",  adalah perkara-perkara yang jelas "mungkar" menurut hukum.... ertinya telah sepakat Ulama Ahlus Sunnah sebagai "Mungkar" atau "Maksiat" atau “Dosa”.  Sebaliknya jika suatu hal tidak sepakat Ulama akan keharamannya, maka tidak boleh dihukumkan sebagai maksiat atau kemungkaran. Fahami baik-baik apa yang kami katakan ini.


Contoh 1 : Kemungkaran di dalam keluarga

■ Tidak menutup aurat menurut hukum ketika keluar rumah.

■ Bergaul bebas saudara mara lelaki perempuan ajnabi.

■ Memakai bejana emas atau perak untuk makan minum atau lainnya.

■ Mengambil harta saudaranya secara zalim.


Contoh 2 : Kemungkaran di Masjid

■ Imam atau makmum tidak menepati syarat sah solat.

■ Mengganggu orang yang sedang solat.

■ Melarang solat di Masjid kerana berlainan parti politik.

■ Bergaduh dan bertengkar di dalam Masjid.

■ Jual beli di dalam Masjid. 

(kecuali jual beli di luar Masjid yang tidak termasuk di dalam pengertian Masjid)

■ Cerita hal dunia yang tiada hubungan dengan Agama. 

■ Tukang ceramah berfahaman sesat seperti Syi'ah (rafidhi), Wahhabiyyah (khawarij), Sekular (liberal).

■ Lelaki perempuan bergaul bebas di dalam majlis-majlis.

■ Wanita bersolek berwangi-wangian di dalam Masjid.

■ Mengotori Masjid dengan makan minum atau lainnya. 


Contoh 3 : Kemungkaran di pasar

■ Penjual menipu daya dengan berbagai helah — menipu harga, timbangan, sukatan, jenis barang.

■ Penjual menyorok barang keperluan asasi seperti beras, gandum, gula, garam.

■ Lelaki perempuan ajnabi bergaul bebas.

■ Permainan dan muzik yang melalaikan dan yang membawa kepada perkara haram.

■ Wanita dijadikan model mempertontonkan kecantikannya.

■ Penyanyi-penyanyi wanita menyanyi di hadapan lelaki.

■ Wanita bersolek dan memakai wangi-wangian.


Contoh 4: Kemungkaran di Majlis Perkahwinan dan Majlis perhimpunan lain

■ Pengantin lelaki atau wanita dedahkan aurat.

■ Pengantin lelaki memakai sutera.

■ Pengunjung dedahkan aurat.

■ Lelaki perempuan ajnabi bergaul bebas.

■ Tari menari campur lelaki perempuan.

■ Muzik yang melalaikan.

■ Wanita menyanyi di hadapan lelaki.

■ Wanita memakai wangi-wangian.

■ Menyajikan makanan di dalam bejana perak atau emas.

■ Membentangkan tikar emas atau perak.


Contoh 5: Kemungkaran Ulama jahat

■ Membawa fahaman yang bertentangan dengan Ahlus Sunnah yang benar.

■ Mengeluarkan fatwa-fatwa sesat.

■ Bersubahat dengan Pemerintah untuk menindas rakyat.


Contoh 6: Kemungkaran Pemimpin-Pemimpin Negara

■ Menipu daya rakyat dengan berbagai agenda jahat.

■ Memakan harta rakyat secara haram.

■ Menyusahkan kehidupan rakyat dengan berbagai cukai yang membebankan.

■ Hidup mewah dan berfoya-foya dengan hiburan.

■ Menghimpun harta untuk diri sendiri sedangkan rakyat hidup di dalam kemiskinan.

■ Menghalang kebenaran.

■ Menghalang solat di Masjid-masjid tanpa sebab yang diharuskan oleh Syara'.

■ Menakut-nakutkan penda'wah dengan berbagai ugutan, tangkapan.

■ Menggunakan orang alim dan cerdik pandai Agama untuk kepentingan politik.

■ Mempertahankan undang-undang kafir,  politik jahat dan keji .


SIRI 752 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Prinsip ke-38 : Imam Mahdi Alaihis-Salam Mendirikan ( خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ  ) Khilafah 'Ala- minhaj An Nubuwwah


Imam-Imam Ahlus Sunnah sepakat bahwa kedatangan Imam Mahdi Alaihis Salam itu benar. Tiada keraguan pada kedatangan beliau kerana Hadith-Hadith yang warid adalah Hadith-Hadith Mutawathir.


Beliau akan memenuhi Dunia dengan Pemerintahan Adil dan Taqwa, iaitu sebagaimana Pemerintahan Rasulullah ﷺ. Beliau akan mendirikan Undang-undang Islam menurut Ahlus-Sunnah dan akan hapuskan sekalian undang-undang Jahiliyah, kafir, munafiq.


Rasulullah ﷺ bersabda:


تَغْزُونَ جَزِيرَةَ الْعَرَبِ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ ثُمَّ فَارِسَ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ   ثُمَّ تَغْزُونَ الرُّومَ

فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ ثُمَّ تَغْزُونَ الدَّجَّالَ فَيَفْتَحُهُ اللَّهُ


“Kamu akan perangi Jazirah Arab sehingga Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian (kamu akan perangi) Farsi sehingga Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian kamu akan perangi Ruum sehingga Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian kamu perangi Dajjal sehingga Allah menangkan kalian atasnya.” 

[Imam Muslim]


Rasulullah ﷺ bersabda:


لاَ تَذْهَبُ الدُّنْيَا حَتَّى يَمْلِكَ الْعَرَبَ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي


"Dunia tidak akan berlalu pergi sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki dari kalangan Ahlul-Bayyitku yang namanya bersamaan dengan namaku."

[Imam Tirmizi]


Rasulullah ﷺ bersabda:


‏ لَوْ لَمْ يَبْقَ مِنَ الدُّنْيَا إِلاَّ يَوْمٌ لَطَوَّلَ اللَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ  حَتَّى يَبْعَثَ فِيهِ رَجُلاً مِنِّي  أَوْ ‌‏ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي وَاسْمُ أَبِيهِ اسْمَ أَبِي ‏يَمْلأُ الأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ ظُلْمًا وَجَوْرًا

"Sekiranya tidak berbaki daripada dunia itu melainkan hanya satu hari nescaya Allah akan memanjangkan hari tersebut sehinggalah Dia mengutuskan seorang lelaki pada hari tersebut yang mana lelaki itu dari kalangan aku – atau dari Ahlul-Bayyitku – Namanya berbetulan dengan namaku dan nama bapanya berbetulan dengan nama bapaku. Dia akan memenuhi bumi dengan penuh adil dan saksama sebagaimana ia (bumi) dahulunya dipenuhi oleh kegelapan dan kezaliman.

[Imam Abu Dawud]


Rasulullah ﷺ bersabda:


‏ الْمَهْدِيُّ مِنِّي أَجْلَى الْجَبْهَةِ أَقْنَى الأَنْفِ يَمْلأُ الأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا يَمْلِكُ سَبْعَ سِنِينَ


" Al-Mahdi dariku. Dahinya luas dan hidungnya mancung. Dia akan memenuhkan bumi dengan keadilan sebagaimana ia dahulunya dipenuhi dengan kezaliman dan dia akan menguasai selama tujuh tahun.

[Imam Abu Dawud]



Rasulullah ﷺ bersabda:


‏ الْمَهْدِيُّ مِنَّا أَهْلَ الْبَيْتِ يُصْلِحُهُ اللَّهُ فِي لَيْلَةٍ 


"Al-Mahdi dari kalangan kami  Ahlul-Bayyit, yang Allah perbaiki dirinya pada satu malam.

[Imam Ibn Majah]


SIRI 753 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Penjelasan ringkas:


(1) Ahlus Sunnah berkeyakinan penuh bahwa penzahiran Imam Mahdi Alahis-salam menjelang akhir zaman adalah persoalan Aqidah kerana banyaknya riwayat daripada Rasulullah ﷺ yang sehingga sampai ke peringkat mutawathir. Ertinya  mengengkari kedatangan beliau akan binasakan Iman seseorang. 


(2) Imam Mahdi Alaihis-Salam adalah berbangsa Arab dan daripada keturunan Rasulullah ﷺ , iaitu daripada Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah dan Sayyidatina Fatimah Ridhwanullah. Maka tak mungkin beliau datang dari kalangan orang melayu, pakistan, india atau indonesia atau lain-lainnya.   


(3) Wajah Imam Mahdi mirip kepada Wajah Rasulullah ﷺ. Wajah beliau bercahaya-cahaya gemilang seperti Wajah Rasulullah ﷺ. Nama beliau juga seperti Rasulullah ﷺ, Muhammad Ibnu Abdullah.


(4) Akhlaq dan keperibadian beliau sama seperti Rasulullah  ﷺ


(5) Golongan yang benar-benar mengenali beliau adalah Ahli Ma'rifat.  Orang Mukmin sejati juga mengenali beliau, Adapun orang Islam awam (termasuk Ulama-ulama zahir)  tidak mengenal beliau. Akibatnya ramai akan menjadi penentang Imam Mahdi.


(6) Sebelum Imam Mahdi Alaihis-Salam yang sebenar menzahirkan diri, akan datang 70 Mahdi palsu. Yang menyokong Mahdi palsu adalah orang-orang awam yang jahil dan juga Golongan sesat (72 goongan). Sehingga kini, semua orang yang mengaku Imam Mahdi hanyalah Mahdi palsu, semua sudah mati. 


(7) Beliau akan menzahirkan diri menurut Perintah Allah ketika seluruh dunia dipenuhi kefasikan dan kekafiran — Undang-undang kafir — Sistem Demokrasi, Sistem Otokrasi (Diktator), Sistem Kapitalis, Sosialis, komunis dan lain-lainnya sedang berkuasa di seluruh dunia.


(8) Beliau akan memerangi orang-orang kafir, fasiq, sesat dan Memerintah menurut Undang-undang Islam yang sebenar. Turutannya menurut Hadith:


■   Beliau akan memerangi Jazirah Arab dan mengalahkan mereka. 

■   Kemudian beliau memerangi Farsi (Iran dan Iraq) dan mengalahkan mereka.

■   Kemudian beliau akan memerangi Ruum (Rom, Itali, bangsa orang putih) dan mengalahkan mereka.

■   Kemudian beliau akan memerangi Pemerintah-Pemerintah fasiq dan kafir dan mengalahkan mereka. 


(9) Menurut keterangan Al-Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi _Radhiallahu anhu_  ( wafat pada 11 Syawal 1409 Hijriyyah, bersamaan 17 Mei 1989 Masihi), Imam Mahdi sudah ada pada zaman ini dan menetap di suatu tempat  tersembunyi di sekitar Masjid Nabawi. Hanya Ahli Ma'rifat mengenali beliau. Ini mengesahkan keterangan Ulama-Ulama terdahulu seperti Imam Ghazali, Imam Sayuthi, Imam Haythami dan lain-lain bahawa Imam Mahdi sudah lahir namun disembunyikan oleh Allah sampai suatu masa yang hanya Dia Yang Maha Mengetahuinya.


(10) Menurut keterangan Al-Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu anhu lagi, ketika Imam Mahdi menzahirkan diri di Hijr Ismail, Makkatul Mukarramah, sekalian Auliya Allah seluruh dunia sudah berhimpun di sana dan mereka berbai'at kepada beliau dan berperang di bawah pimpinan beliau. Kemudian akan disusuli  oleh sekalian Khalifah-Khalifah Toriqat.  Bagaimana cara berlaku semua ini adalah sebahagian rahsia Ketuhanan yang tiada siapa tahu.


SIRI 754 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



(11) Salah faham orang awam:

Akhir-akhir ini berlaku banyak penyelewengan oleh orang-orang jahil. 


■ Ada yang persiapkan kuda dan senjata-senjata untuk perang.

■ Ada yang heboh mengatakan kita mesti duduk tanah tinggi seperti gunung dan bukit.

■ Ada yang kumpulkan orang islam dan berhimpun di Kaabah kerana kata mereka Imam Mahdi akan datang.

■ Kempen suruh simpan makanan banyak-banyak takut nanti kebuluran.


Semua pendapat ini hanya angan-angan mereka atau tipu daya sahaja. Fahamilah kedatangan Imam Mahdi _Alahis-salam_ adalah suatu peristiwa keajaiban yang berhubung dengan Ketuhanan. Tiada yang mengetahui kedatangan beliau melainkan ahli Ma'rifat, Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq manakala Orang Islam awam, orang alim, ustad-ustad dan kiyai-kiyai tidak mengetahui rahsia-rahsia kedatangan beliau.


(12) Persiapan sebenar:

Apa yang perlu dilakukan oleh orang Islam adalah teguhkan Iman, istiqamah Zikir zahir dan batin mengikut jalan Ma'rifat. Jika tidak kamu dibimbangi masuk kepada golongan penentang — golongan Syi'ah (rafdhi) atau Khawarij (wahhabiyyah), golongan sekular, munafiq dan lain-lain. 


Berkata Tajul  Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu anhu

"Ya anakku! 

Makna Imam Mahdi Alaihis-Salam menzahirkan dirinya itu ialah menzahirkan seruan Islam dan Tauhid selepas pada umumnya manusia fasiq di atas muka bumi. Bukan bererti baru lahir. Hal demikian kerana mengikut faham daripada Hadith-Hadith Rasulullah ﷺ dan kata-kata Ahli Kasyaf, Imam Mahdi Alaihis-Salam sudah ada pada zaman ini dan zaman dahulu. Tetapi beliau dijadikan tersembunyi daripada manusia di dalam satu gua tidak jauh daripada Madinah dan tidak siapa tahu akan tempat itu. Ada kalanya beliau datang solat di dalam Masjid Nabawi tetapi tidak ada siapa mengenali beliau. 


Awal permulaan Imam Mahdi Alaihis-salam menzahirkan diri adalah dengan berdiri antara Maqam Ibrahim dan Pintu Baitullah dalam keadaan memakai tengkolok hitam dan serban putih di dalamnya sedang di tangan beliau ada pedang. Beliau mendirikan panji-panji hijau tertulis Kalimah Syahadah yang bercahaya-cahaya, dan tiba-tiba berhimpunlah segala wali-wali Allah yang memakai tengkolok hitam semuanya. Ketika itu beliau menyeru kepada Agama Islam dan menyuruh mentauhidkan Allah. Kemudian datanglah sekalian Khalifah Toriqat mengikut beliau memerangi segala manusia yang ingkar di seluruh muka bumi dari Masyriq ke Maghrib. Kemudian aman sentosalah manusia atas muka bumi beberapa tahun."

[Risalah Ma'rifat siri 3]


SIRI 755 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Prinsip ke-39:

Hari Qiyamat dan beberapa peristiwa yang mendahuluinya


Ahlus Sunnah meyakini akan berlakunya hari kehancuran seluruh alam dengan tiupan sangkakala oleh Malaikat Israfil.  Sekalian makhluq — manusia, jinn,  cekerawala, bulan, bintang, semuanya akan musnah dalam sehari (kecuali 7 makhluq, tidak akan menerima kebinasaan sebagaimana Kehendak Allah).  Pada tiupan sangkakala kedua manusia akan dibangkitkan semula daripada kuburnya untuk menerima pembalasan.



Firman Allah:


فَيَوۡمَٮِٕذٍ۬ وَقَعَتِ ٱلۡوَاقِعَةُ (١٥) وَٱنشَقَّتِ ٱلسَّمَآءُ فَهِىَ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ وَاهِيَةٌ۬ (١٦) وَٱلۡمَلَكُ عَلَىٰٓ أَرۡجَآٮِٕهَا‌ۚ وَيَحۡمِلُ عَرۡشَ رَبِّكَ فَوۡقَهُمۡ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ ثَمَـٰنِيَةٌ۬ (١٧) يَوۡمَٮِٕذٍ۬ تُعۡرَضُونَ لَا تَخۡفَىٰ مِنكُمۡ خَافِيَةٌ۬ 


Maka pada saat itu berlakulah hari Qiamat. (15) Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh). (16) Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu. (17) Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi"

[Al-Haqqah (69) : Ayat 15-18]


Firman Allah:


وَيَوۡمَ تَشَقَّقُ ٱلسَّمَآءُ بِٱلۡغَمَـٰمِ وَنُزِّلَ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ تَنزِيلاً


"(Ingatlah) hari (ketika) langit pecah mengeluarkan kabut putih dan malaikat diturunkan (secara) bergelombang.”

[Al-Furqan (25) : Ayat 25]


Firman Allah:


يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ ۚ إِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَيْءٌ عَظِيمٌ ﴿١﴾ يَوْمَ تَرَوْنَهَا تَذْهَلُ كُلُّ مُرْضِعَةٍ عَمَّا أَرْضَعَتْ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَى النَّاسَ سُكَارَىٰ وَمَا هُم بِسُكَارَىٰ وَلَـٰكِنَّ عَذَابَ اللَّـهِ شَدِيدٌ


"Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari Qiamat itu suatu perkara yang amat besar.  Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan.”

[Al-Hajj (22) : Ayat 1-2]



Firman Allah:


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

ٱلۡقَارِعَةُ (١) مَا ٱلۡقَارِعَةُ (٢) وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا ٱلۡقَارِعَةُ (٣) يَوۡمَ يَكُونُ ٱلنَّاسُ ڪَٱلۡفَرَاشِ ٱلۡمَبۡثُوثِ (٤) وَتَكُونُ ٱلۡجِبَالُ ڪَٱلۡعِهۡنِ ٱلۡمَنفُوشِ (٥) فَأَمَّا مَن ثَقُلَتۡ مَوَٲزِينُهُ ۥ (٦) فَهُوَ فِى عِيشَةٍ۬ رَّاضِيَةٍ۬ (٧) وَأَمَّا مَنۡ خَفَّتۡ مَوَٲزِينُهُ ۥ (٨) فَأُمُّهُ ۥ هَاوِيَةٌ۬ (٩) وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا هِيَهۡ (١٠) نَارٌ حَامِيَةُۢ (١١)


Hari yang menggemparkan, (1) Apa dia hari yang menggemparkan itu? (2) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu? (3) (Hari itu ialah: Hari Qiyamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran, (4) Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan. (5) Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); ada pun orang yang berat timbangan amal baiknya; (6) Maka dia berada dalam kehidupan yang senang-lenang.  (7) Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya; (8) Maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah". (9) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Haawiyah" itu? (10) (Haawiyah itu ialah): Api yang panas membakar. (11)

[Al-Qori'ah (101) : Ayat 1-11]


SIRI 756 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...


Penjelasan ringkas:


(1) Hari Qiyamat ialah Hari kehancuran alam. 


(2) Malaikat Israfil akan meniup sangkakala dua kali: Pertama isyarat kehancuran alam. Kedua kebangkitan semula dari kubur masing-masing untuk pembalasan.


(3) Saat berlakunya tidak diketahui oleh siapa pun.  Tetapi wajib meyakininya. Barang siapa tidak percaya, maka batal Imannya.  Wal Iyazubillah


(4) Keadaan berlakunya Qiyamat amat mengerikan. Semua planet-planet berlaga dan hancur musnah.  Bintang-bintang berguguran.  Sekalian cakerawala musnah.


(5) Manusia dan jinn sekaliannya akan berlari ke sana sini seperti orang mabuk disebabkan dahsyat hari itu.


(6) Sebelum terjadi Qiyamat, di sana akan berlaku beberapa tanda akan kedatangan Qiyamat - Tanda kecil dan tanda besar.

 

(7) Tanda kecil Qiyamat:

■ Zina Berleluasa.

■ Megah dan berbangga-bangga dengan alat-alat Muzik.

■ Bermegah-megah dengan Masjid yang dihias-hias.

■ Perkataan keji, memutuskan persaudaraan, biadab dengan Jiran.

■ Ramai Ulama Pewaris Nabi benar wafat.

■ Orang hina diberi kemuliaan.

■ Banyak wanita berpakaian tetapi telanjang.

■ Enggan memberi Salam.

■ Bulan kelihatan besar.

■ Keluarnya ramai pendusta. 

■ Keluarnya ramai saksi palsu.

■ Negara Arab kembali menjadi padang rumput.


(8) Tanda besar Qiyamat:

■ Kedatangan Imam Mahdi Alaihis Salam.

■ Kedatangan Dajjal.

■ Nabi Isa Alahis-salam turun membunuh Dajjal.

■ Binatang besar keluar di Bukit Safa Makkah.

■ Gempa bumi di Timur.

■ Gempa bumi di Barat.

■ Gempa bumi di Semenanjung Arab.

■ Keluar Dukhan (asap).

■ Keluarnya Ya'juj dan Ma'juj membuat kerosakan.

■ Matahari terbit dari Barat.


(9) Semua tanda kecil Qiyamat sudah pun terjadi.  Sekarang menunggu kedatangan tanda-tanda besar Qiyamat.


(10) Menurut pandangan Ahli Ma'rifat, sekalian Auliya Allah dan Mukmin sejati akan diwafatkan serentak sebelum terjadi Qiyamat, ertinya mereka tidak merasakan huru-hara Qiyamat. 


Dalil Hadith 1:  

Rasulullah   ﷺ  bersabda:


لا تقوم الساعة حتى لا يقال في الأرض الله الله


"Tidak akan tiba Qiyamat hingga tidak ada yang mengucapkan di atas bumi (kalimat) Allah, Allah" 

[Imam Muslim]


Dalil Hadith 2:  

Rasulullah   ﷺ  bersabda:


"Di bumi terdapat orang yang menyebut "Allah Allah", kemudian apabila tiada lagi orang yang menyebut "Allah Allah" maka di saat itulah berlakunya Qiamat.”

[Imam Muslim]


Dalil Hadith 3:  

Rasulullah   ﷺ  bersabda:

"Islam tidak akan hilang sehingga tiada siapa lagi yang menyebut Allah Allah."

[Imam Ibn Abi Dunya]


Dalil Hadith 4:  

Rasulullah   ﷺ  bersabda:

"Qiyamat tidak akan dirasakan oleh orang yang mengucapkan (kalimat) Allah, Allah".

[Imam Muslim]


SIRI 757 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Berkata Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu anh:


"Tafsiran Ha, Mim, 'Ain, Siin, Qaf" (حم عسق) mengikut Tafsiran Ibnu Abbas dan pandangan ahli Kasyaf:


Tafiran huruf Ha   (ح):

Ya anakku, tafsiran huruf  (ح) itu ialah Harbud-dunya, erinya peperangan akhir zaman yang berlaku pada kurun ke-14 hingga kesudahan dunia.  Yang dikehendaki dengan Perang Akhir Zaman ialah Perang Jerman pada tahun 1918 dan Peperangan Jepun dengan Cina pada tahun 1937 sehingga beberapa peperangan yang tiada henti di sana sini hingga zahir Imam Mahdi Alaihis-salam, Dajjal dan Nabi 'Isa Alaihis-salam.


Tafsiran Huruf Mim  (م ):

Ya anakku tafsiran huruf Mim (م) itu ialah "Mahdi", yakni Imam Mahdi Alaihis-salam dizahirkan untuk menyeru manusia kepada Agama Islam dan Mentauhidkan Allah, setelah umum fasiq manusia dan syiriknya mereka di atas muka bumi.


Tafsiran Huruf 'Ain ( ع ):

Ya anakku, tafsiran huruf 'Ain ( ع ) itu ialah Nabi Allah Isa Alaihis-salam akan turun daripada langit ke bumi (pada masa Dajjal), sebagai penyambung kerajaan Imam Mahdi Alaihis-salam serta menyeru kepada Islam dan Tauhid.


Tafsiran Huruf Siin ( س ):

Ya anakku, tafsiran huruf "Siin"  ( س ) ialah Angin Silsilatur-Rayhan, iaitu angin yang sangat kuat sebelum angin sangkakala.


Tafsiran Huruf Qaf (  ق  ):

Ya anakku, tafsiran huruf “qaf”( ق ) ialah Quhuth ( قحوط ) ertinya kelaparan, suatu masa sebelum Dajjal sehingga masuk Dajjal.  Tidak ada tumbuhan pun berbuah sehingga manusia kebanyakannya terpaksa memakan daun-daun kayu dan lumut-lumut batu.  Pada masa inilah Dajjal keluar dengan makanan berupa Syurga dan Neraka padahal Syurga (yang dibawa Dajjal) itu pada hakikatnya Neraka dan Neraka (yang dibawa Dajjal) itu pada hakikatnya Syurga.


SIRI 758 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...


Prinsip ke-40:

Masuk Syurga Tanpa Hisab


Ahlus-Sunnah meyakini bahawa Allah Ta'ala akan masukkan sebahagian kecil dari orang-orang beriman ke dalam Syurga tanpa hisab.  Mereka adalah hamba-hamba Allah yang Mukmin yang menepati janji mereka dengan Allah.


Firman Allah:


إِنَّ ٱلَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ ٱللَّهَ يَدُ ٱللَّهِ فَوۡقَ أَيۡدِيہِمۡ‌ فَمَن نَّكَثَ فَإِنَّمَا يَنكُثُ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦ‌ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِمَا عَـٰهَدَ عَلَيۡهُ ٱللَّهَ فَسَيُؤۡتِيهِ أَجۡرًا عَظِيمً۬ا


“Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad), mereka hanyasanya memberikan pengakuan ta'at setia kepada Allah; Tangan Allah atas tangan mereka (Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu untuk membalasnya).  Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar”

[Al-Fath (48) : Ayat 10]


Penjelasan Ringkas:


Penjelasan 1:

Ketika sekalian manusia di dalam keadaan huru-hara menghadap hari Mahsyar, ada satu golongan kecil Ummat beriman mendapat Rahmat Allah memasuki Syurga tanpa hisab.


Penjelasan 2: 

Mereka yang memperoleh Rahmat Allah memasuki Syurga tanpa hisab adalah:

(1) Rasul-Rasul

(2) Nabi-Nabi 

(3) Ahlul Bayyit Rasulullah ﷺ

(4) Sekalian Sahabat Nabi ﷺ

(5) Sekalian Pewaris Nabi ﷺ 

(6) Pengikut-pengikut mereka yang Mukmin.  


Penjelasan 3:

Maksud Pewaris Nabi adalah sekalian Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) yang telah memperoleh limpahan Cahaya Ketuhanan dan limphan Nur Muhammad di dalam dada mereka.  Mereka menerima Amanah Allah memerintah dunia sampai Qiyamat.


Firman Allah:


قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ


“Katakanlah: ‘Inilah jalanku, yang aku dan orang-orang yang mengikuti daku menyeru (manusia) kepada Allah dengan basirah (penyaksian yang jelas, penyaksian mata hati).  Maha Suci Allah! Dan bukanlah aku dari golongan musyrikin” 

[Surah Yusuf (12) : Ayat 108]


Tafsiran Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

Sulton Auliya,  Ghawthul A'zham Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anh mentafsirkan ayat tersebut dengan kata beliau:

"Dalam ayat ini yang dimaksud dengan "orang yang mengikuti daku" adalah manusia sempurna, Guru Kerohanian yang sebenar (Mursyid yang Siddiq) yang akan datang selepas Nabi Muhamamd ﷺ  yang akan mewarisi ilmu batin Baginda dan kebijaksanaan Baginda dan yang akan berada hampir dengan Allah.  (dikenali sebagai Mursyid, Ahli sufi, Ahli Ma'rifat)

Manusia yang demikian digambarkan sebagai ‘pelindung dan pembimbing sebenar’.  ( وَلِيًّا مُّرۡشِدً۬ا  =  Wali Mursyid)

[Surah al-Kahfi (18) ‌: Ayat 17] 


SIRI 759 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Firman Allah:


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَكُونُواْ مَعَ ٱلصَّـٰدِقِينَ


"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang Siddiq (benar)."

[At-Taubah (9) : Ayat 119]


Siapakah yang dimaksudkan dengan orang yang Siddiq seperti Firman Allah di atas?


Al-Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya mentafsirkan yang dimaksudkan dengan "orang-orang Siddiq" di dalam Firman Allah di atas adalah ditujukan kepada Shaikh Mursyid, Warisatul Anbiya yang diamanahkan untuk memimpin Ummat.  Shaikh Mursyid yang sebenar Mewarisi Nabi adalah orang-orang yang benar, mereka bukan pendusta.  Mereka adalah pemegang Amanah Allah dan Rasul di atas muka bumi.  Maka Allah Perintahkan supaya kamu orang-orang beriman berserta dengan Shaikh Mursyid dan mengikut petunjuk yang diberikan oleh mereka adalah orang-orang yang benar.

[Risalah Naqsyabandiah Siri Ma'rifat] 



Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu:

“Murid memerlukan seorang Mursyid atau guru keruhanian yang dapat diikutinya, agar dia menunjukkannya ke jalan yang lurus. (jalan benar yang di-Redhai Allah)  

Jalan agama sangatlah samar, (tak dapat bezakan haq dan batil, benar atau salah) dan jalan-jalan syaitan sangat banyak dan jelas (terbuka luas untuk dimasuki oleh sesiapa sahaja).  Oleh kerana itu, jika seseorang yang tidak mempunyai Shaikh Mursyid yang membimbingnya,maka pasti syaitan akan menggiringnya (memimpin dan memujuknya) menuju jalannya. 

[Ihya Ulumuddin Bab Ilmu]


Imam Fakhruddin Ar-Razi Radhiallahu anh:

“Seorang murid tidak memiliki jalan untuk sampai ke maqam-maqam hidayah (Iman, Taqwa, Tauhid yang murni) dan mukashafah, kecuali dia mengikuti Mursyidnya yang menunjukkannya ke jalan yang lurus serta menghindarkannya dari titik-titik kesalahan dan jalan yang sesat.” 

[Tafsir Mafatih Al-Ghaib]


SIRI 760 :


Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Penjelasan 4:

Maksud pengikut Mursyid yang Mukmin adalah mereka yang berbai'at menurut syarat-syaratnya dan sungguh-sungguh mempertahankan Tauhid sampai mati dalam Kalimah Allah.


Penjelasan 5:

Jumlah mereka yang memperoleh Rahmat Allah memasuki Syurga tanpa hisab adalah 70,000 (tujuh puluh ribu) orang.  Kemudian ditambah lagi 1,000 orang bagi setiap orang masuk Syurga tanpa hisab.


Rasulullah ﷺ bersabda:


وَعَدَنِى رَبِّى عَزَّ وَجَلَّ أَنْ يُدْخِلَ الْجَنَّةَ مِنْ أُمَّتِى سَبْعِينَ أَلْفاً بِغَيْرِ حِسَابٍ وَلاَ عَذَابٍ مَعَ كُلِّ أَلْفٍ سَبْعُونَ أَلْفاً


“Tuhanku ‘Azza wa jalla telah menjanjikan padaku bahawa 70,000 orang dari ummatku akan dimasukkan Syurga tanpa hisab dan tanpa siksa.  Setiap 1000 dari jumlah tersebut terdapat 70,000 orang lagi.” 

[Imam Ahmad]


Penjelasan 6:

Berdasarkan Hadith Rasulullah ﷺ dan penjelasannya oleh Masyaikh Ahlus sunnah, sekalian Ummat beriman yang masuk syurga tanpa hisab, akan sambung-menyambung berpegangan tangan satu dengan lainnya.  Ertinya mereka masuk Syurga berantai-rantai atau bertali-tali. Ini yang disebut ahli jemaah Silsilah keruhanian Rasulullah ﷺ.


Rasulullah ﷺ bersabda:


لَيَدْخُلَنَّ الجَنَّةَ مِن أُمَّتي سَبْعُونَ ألْفًا، أوْ سَبْعُ مِئَةِ ألْفٍ - لا يَدْرِي أبو حازِمٍ أيُّهُما قالَ - مُتَماسِكُونَ، آخِذٌ بَعْضُهُمْ بَعْضًا، لا يَدْخُلُ أوَّلُهُمْ حتَّى يَدْخُلَ آخِرُهُمْ، وُجُوهُهُمْ علَى صُورَةِ القَمَرِ لَيْلَةَ البَدْرِ


“Sungguh, tujuh puluh ribu (70,000) atau tujuh ratus ribu (700, 000) dari ummatku akan masuk Syurga (tanpa hisab). Mereka saling berpegangan satu sama lain, tidaklah yang terdepan masuk syurga sehingga yang belakang turut masuk.  Wajah mereka seperti bulan malam purnama’.”

[Imam Bukhari]


Rasululllah ﷺ bersabda :


عَجِبَ اللَّهُ مِنْ قَوْمٍ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ فِى السَّلاَسِلِ. 


“Ajib (Hairan) oleh Allah dengan orang-orang yang masuk syurga berantai-rantai ( bertali-tali).” 

[Imam Bukhari]


Bersambung siri 761 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

__________________________________

        MAJLIS TAZKIRAH JILANI

            🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 769) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...