DA'WAH, TARBIYYAH DAN JIHAD

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah

Al-Kholidiyah


 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


DA'WAH, TARBIYYAH DAN JIHAD

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Seluruh Rasul dan Nabi diturunkan oleh Allah Ta'ala ke muka bumi untuk menyeru kepada Tauhid "La-Ilaha-Illallah"

Kalimah Tauhid ini dilaksanakan melalui da'wah (seruan), tarbiyyah (pendidikan) dan jihad (memerangi dengan kekuatan). Ungkapan2 ini masing2 mempunyai tafsiran dan penjelasan terperinci.

Ada orang Islam menganggap Islam itu mesti selalu lembut.  Yang lain berpendapat Islam mesti dengan kekerasan dan kekuatan. Bagaimanakah pendirian Ahlus Sunnah?

Yang benar pada sisi Ahlus Sunnah Wal Jamaah, pendekatan terhadap tiga bentuk perjuangan yang di- wajibkan oleh Allah Ta'ala ke atas ummat manusia iaitu DA'WAH, TARBIYYAH DAN JIHAD untuk mendirikan TAUHID,  TIDAKLAH satu cara semuanya... melainkan ianya berperingkat2.

Maksudnya perjuangan Islam TIDAK semata2 LEMBUT dan TIDAK semata2 KERAS. 

Ada kalanya lemah lembut dan perkataan yang menyejukkan itu yang utama. Di waktu lain ketegasan, kata2 mengancam dan zahirkan kekuatan itu yang utama.

Ringkasnya cara yang paling tepat menurut Manhaj Al-Qur'an dan Sirah Nabawiyyah adalah :

Da'wah, Tarbiyyah dan Jihad  dilaksanakan berperingkat2 bermula dari yang paling lembut, diplomasi dan tolak ansur.  Kemudian meningkat kepada nasihat2 tegas, tetapi masih dalam batas memujuk. Kemudian meningkat lagi kepada amaran dan ancaman Allah dan Rasul-Nya.  Jika tiada berhasil semua cara yang lemah lembut, diplomasi, pujukan dan amaran... maka langkah terakhir adalah menundukkan dengan kekuatan yang ada, bergantung kepada dimensi kemungkaran / keengkaran / kejahatan / kekufuran yang dilakukan oleh seseorang atau segolongan manusia atau pemerintah...!

Semua ini dapat diperhatikan dari tiga hujjah.

✅PERTAMA:
Hadith Nabi  
  yang perintah supaya mengajar anak solat.

●Diajar lemah lembut sebelum usia 7 tahun. Anak kecil dibelai lembut. Tidak sesekali menggunakan kata2 kesat atau kemarahan. Walaupun dia bermain2 ketika solat, dibiarkan tanpa teguran kerana sesuai dengan aqalnya.

●Diajar dengan sedikit nasihat dan peringatan ketika sampai 7 tahun agar mendirikan solat.

●Diancam dengan balasan Allah dan di pukul jika tak solat pada usia kanak2 itu sudah sampai 10 tahun.

●Diusir dari rumah jika tak solat juga ketika sampai usianya akil baligh. (lazimnya sekitar 11~15 tahun)

●Ditangkap dan di penjara oleh pemerintah jika dia tinggalkan solat berterusan. Dan disuruh bertaubat.

●Jika dia enggan taubat, maka dihukum pancung.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ini satu contoh tipikal dalam Islam menunjukkan peringkat2 da'wah dan tarbiyyah berlaku di peringkat keluarga - unit terkecil dalam masyarakat.

Ini adalah model terkecil yang dijadikan panduan di dalam mendekati manusia di medan luas masyarakat untuk menyampaikan da'wah, tarbiyyah dan jihad.

Jika diambil pandangan satu kelompok yang mendakwa bahawa Islam sentiasa lemah lembut sahaja, maka sudah tentu Rasulullah  tak suruh pukul anak yang enggan solat ketika umurnya 10 tahun. 

Demikian juga, kewajipan pemerintah menangkap dan menghukum orang yang tidak mendirikan solat, menjadi bukti lebih tegas...  da'wah dan tarbiyyah TIDAK sentiasa lemah lembut. Sebaliknya, istilah yang tepat adalah :

Kelembutan atau kekerasan bergantung kepada beberapa faktor kemanusiaan, kesediaan penerima dan sifat2 orang yang di da'wah dan ditarbiyyahkan.

Jika kita lanjutkan perbicaraan ini kepada tingkatan2 Jihad, maka di sana akan lebih terang nyata, bahawa jihad itu TIDAK selamanya diplomasi dan lemah lembut.   Ada ketikanya jihad dengan senjata adalah menjadi kewajipan yang wajib atas setiap ummat Islam.

Semua ini memerlukan huraian yang terperinci.

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...