■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
■■■■■■■■■■■■■■■■■
SIRI 261 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-33 : Bercakap yang sia-sia
sambungan....
Contoh 2 : Cerita pengalaman musafir
Setengah daripada perkataan sia-sia adalah cerita seorang kepada orang lain barang yang tiada faedah pada kehidupan dan yang tidak bermanfaat pada Akhirat, bahkan sebaliknya boleh menimbulkan perselisihan dan pertengkaran. Misalnya seorang musafir yang baru kembali menceritakan pengalamannya yang berjela2 sehingga menceritakan setiap hal ehwal perjalanannya yang remeh temeh, umpamanya cerita makan minum, cerita barang2 yang dia beli, pemandangan sepanjangan jalan dsb.
Contoh 3 : Sembang kedai kopi
Hal ini merupakan kegemaran ramai, terutama mereka yang sudah tua dan tiada kerja apa2. Mereka pesan kopi secawan tetapi sembang sampai tengahari. Sebahagian daripada perkataan mereka mungkin benar dan ada kebaikannya namun sebahagian besar daripadanya menjadi sia-sia kerana ucapan-ucapan yang tiada manfaat pada Akhirat dan tiada pula membawa sebarang kebaikan dunia yang bawa kebaikan Akhirat. Bahkan yang lebih buruk adalah ketika mereka mula mengumpat. Sila baca pengertian mengumpat dan hakikat mengumpat. Segalanya bermula daripada perkataan yang sia-sia.
Contoh 4 : Debat Berkenaan Ketuhanan
Hal ini bukan perkara baru. Ia bermula pada permulaan Zaman Tabiin. Mereka yang jahil atau mereka berilmu zahir syari'at sahaja habiskan masa berdebat berkenaan Ketuhanan. Sedangkan debat berkenaan Ketuhanan tiada membawa sebarang manfaat sebaliknya menimbulkan permusuhan dan kesesatan.
Contoh 5 : Debat Politik
Banyaknya kemungkaran yang terjadi di kalangan Ahli politik dan pendokong2 mereka yang habiskan masa dengan bicara politik yang tiada faedah pada Akhirat dan tiada juga manfaat pada dunia yang membawa kepada Akhirat. Bahkan ucapan2 mereka lebih banyak menjurus kepada dosa2 besar — fitnah, namimah, dusta dan ucapan2 kufur.
Contoh 6 : Pejuang youtube, fb dll
Dari satu sudut "media sosial" boleh menjadi alat yang bermanfaat pada hubungkan persaudaraan dan sebarkan kebaikan. Namun pada saat ini, media sosial seperti youtube, fb dll sepertinya bukan sekadar medan bercakap yang sia-sia, tetapi sudah menjadi "kegilaan" masyarakat dunia untuk sebarkan pendustaan. kekufuran dan kesesatan.
Barangkali ada yang membantah. Tetapi sekiranya mereka muhasabah diri, mereka akan sedar bahawa mereka sedang menghimpunkan dosa yang menggunung tinggi hanya bermula dari berkata yang sia-sia.
SIRI 262 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-33 : Bercakap yang sia-sia
sambungan....
Batas perkataan sia-sia
=================
Sesungguhnya terdapat garis pemisah yang sangat halus di antara "perkataan yang bermanfaat, yang di Redhai Allah" dengan "perkataan yang sia-sia, yang mengheret manusia kepada kemungkaran, kefasikan dan kekufuran." Hal ini tidak disedari. Mengetahui perbezaaannya juga amat sukar. Sehingga sebahagian daripada "perkataan" yang disangka sebagai "baik" sebenarnya "buruk" yang membawa kebinasaan.
Garis pengukur untuk membezakan perkataan sia-sia dengan yang bermafaat adalah dua perkara :
(1) Jika kamu berdiam diri daripada menyebut perkataan tersebut, maka tiada mendatangkan sebarang mudarat kepada Keimanan kamu dan tiada mudarat kepada harta benda kamu. Maka tinggalkan perkataan tersebut adalah jalan keselamatan.
(2) Perkataan yang diucapkan itu tidak menambah keimanan dan tiada membawa sebarang manfaat kepada urusan kehidupan yang telah diyakini sebagai perkara yang diRedhai Allah. Misalnya Tidak menambah pengetahuan yang baik2, tidak menambahkan silatur-rahim, atau tidak menambahkan keakraban sesama manusia untuk kebaikan dunia Akhirat.
Inilah pemisahnya ;
■ Tidak membawa bermanfaat pada dunia (yang terpuji) dan tiada bermanfaat pada Akhirat (Keimanan dan Ketaqwaan) jika perkataan tersebut diucapkan.
■ Tidak membawa mudarat atau kerugian pada dunia (yang terpuji) dan tiada kerugian pada Akhirat (Keimanan dan Ketaqwaan) jika perkataan tersebut ditinggalkan.
Di dalam bahasa lain istilah ringkas bagi keadaan ini adalah "harus". Namun ramai yang tidak mengetahui secara terperinci pengertian "harus" dan tidak mengetahui batas pemisah yang membezakan di antara kebenaran dan kebatilan yang terhasil daripadanya.
Maka para Masyaikh Ahlus Sunnah menegaskan :
Tinggalkan perkara yang bersifat "harus" adalah jalan keselamatan bagi orang yang beriman. Ini kerana "ucapan yang harus" seringkali mengheret kepada "ucapan sia-sia yang dilarang" atau mengheret kepada "berbangga2 diri dan kesombongan" atau mengheret kepada "pendustaan" atau "ucapan2 kufur" dan lain2nya.
Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu
"Batas perkataan yang tidak penting (sia-sia) bagi engkau, ialah : Bahawa engkau berkata dengan perkataan, di mana sekiranya engkau diam dari perkataan tersebut, nescaya engkau tidak berdosa. Dan tiada mendatangkan mudarat kepada engkau di dalam hal Akhirat atau harta apa pun."
[Ihya Ulumuddin]
SIRI 262 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-33 : Bercakap yang sia-sia
sambungan....
Punca berkata sia-sia
================
Di antara sebab-sebab yang mendorong seseorang kepada bercakap perkataan-perkataan yang sia-sia adalah :
(1) Kejahilan
Tidak mengetahui bahawa apa yang diucapkan itu sia-sia dan membawa kepada dosa2 besar yang lain.
(2) Menunjuk-nunjuk kelebihan.
Gemar bercakap berlebih-lebihan daripada kadar yang perlu untuk menunjukkan kelebihan dan kepetahannya bercakap.
(3) Gemar bercakap banyak
(4) Gemar berdebat
Kegemaran untuk berdebat di kalangan golongan terpelajar mengheret kepada perkataan yang sia-sia yang membawa dosa-dosa besar.
(5) Mencari-cari kesalahan orang
Suka mencari kesalahan orang dan menegurnya sedangkan diri sendiri jahil.
(6) Kesombongan dan kemegahan
Sifat kesombongan yang wujud di dalam hati seseorang mendorong kepada bercakap banyak dan sia-sia.
(7) Terpengaruh dengan Fahaman batil dan sesat
Orang yang telah terpengaruh dengan fahaman2 batil dan sesat seperti Syi'ah (rafdhi), Wahhabiyyah (Khawarij), Sekular (liberal) dan fahaman2 batil yang lain... ke sana kemari menyalahkan Ummat Islam.
Akibat ucapan sia-sia
================
Percakapan dan perkataan (berupa tutur kata atau tulisan atau kata2 di dalam hati) yang bersifat sia-sia amat banyak sehingga tiada terhitung banyaknya. Demikianlah akibat buruk daripadanya juga bercabang2 dan amat banyak.
Di antara perkataan sia-sia yang mengheret kepada berbagai dosa besar adalah :
(1) Pendustaan
(2) Pertengkaran
(3) Permusuhan
(4) Putus silatur-rahim
(5) Tuduh menuduh
(6) Mengumpat
(7) Fitnah
(8) Adu domba
(9) Pujian berlebihan
(10) Caci maki
SIRI 264 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-33 : Bercakap yang sia-sia
sambungan....
Pengecualian — Bukan sia-sia
======================
Terdapat beberapa perkara yang tidak termasuk di dalam ucapan sia-sia meskipun terkadang kelihatan pada zahirnya seperti sia-sia. Walau bagaimanapun ianya tidak terkeluar dari asas pokok Agama yang berpaksikan Al-Qur'an, Sunnah dan Ijma' Qias Ulama.
(1) Membantah golongan kafir dan sesat dengan bijaksana
✨🕌✨ Firman Allah تَعَالَى :
ٱدْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلْحِكْمَةِ وَٱلْمَوْعِظَةِ ٱلْحَسَنَةِ وَجَٰدِلْهُم بِٱلَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِٱلْمُهْتَدِينَ
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan Hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk”
[An-Nahl (16): ayat 125]
Asal hukum menyebut larangan berbantah2 dan bertengkar. Namun ketika menghadapi golongan kafir atau golongan sesat, maka diharuskan membantahnya sesuai dengan kadar pemikiran aqal orang yang dida'wahkan dengan menggunakan hujjah Al-Qur'an, Hadith serta IJma Qias Ulama.
Maka di dalam hal ini menggunakan ucapan tertentu untuk menyanggah hujjah2 batil golongan sesat tidak termasuk perkara sia-sia, sebaliknya terpuji dengan syarat : Semua ucapan tersebut menepati hukum dan adab2 yang telah ditetapkan oleh Masyaikh Ahlus Sunnah.
(2) Mengajar, berda'wah dan mendidik dengan perbandingan
Mengajar manusia dengan contoh2 perbandingan tidak dikatakan sia-sia. Ertinya harus mengajar dan mendidik manusia dengan berikan contoh2 perbandingan sebelum menyebut maksud sebenar.
Allah dan Rasul-Nya seringkali mengajar manusia dengan perbandingan2 sebelum menyebut suatu hukum atau suatu matlamat.
✨🕌✨ Firman Allah تَعَالَى
إِنَّ ٱللَّهَ لاَ يَسْتَحْى أَن يَضْرِبَ مَثَلاً مَّا بَعُوضَةً فَمَا فَوْقَهَا فَأَمَّا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ فَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ وَأَمَّا ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ فَيَقُولُونَ مَاذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِهَـٰذَا مَثَلاً يُضِلُّ بِهِ كَثِيراً وَيَهْدِي بِهِ كَثِيراً وَمَا يُضِلُّ بِهِ إِلاَّ ٱلْفَٰسِقِينَ
"Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan benda ini? (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan ramai orang sesat dengan sebab perbandingan itu dan akan menjadikan ramai orang mendapat petunjuk dengan sebabnya dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasiq."
[Al Baqarah (2) : ayat 26]
Dengan demikian mengajar dan mendidik manusia dengan contoh2 perbandingan atau misalan bukanlah suatu yang sia-sia.
(3) Mengulangi ucapan untuk memberikan kefahaman yang benar
Mengulangi suatu ucapan pada pekerjaan tertentu (yang sukar difahami) sebanyak tiga kali dengan tujuan pendengar memperoleh kefahaman yang benar tidak dikatakan sia-sia, sebaliknya ia terpuji.
✨🕌✨ Hadith Rasulullah ﷺ
عَنْ أَنَسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ كَانَ إِذَا سَلَّمَ سَلَّمَ ثَلَاثًا وَإِذَا تَكَلَّمَ بِكَلِمَةٍ أَعَادَهَا ثَلَاثًا
Dari Anas Radhiallahu anhu, dari Nabi ﷺ, bahwa Nabi ﷺ apabila memberi salam, diucapkan oleh Baginda sebanyak tiga kali dan apabila berbicara dengan satu kalimat Baginda ulangi sebanyak tiga kali.
[Imam Bukhari]
SIRI 265 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-33 : Bercakap yang sia-sia
sambungan....
(4) Menyoal sebelum menjawab
Salah satu uslub da'wah yang berkesan di dalam menyampaikan pengajaran2 Agama adalah dengan menyoal pendengar. Hal ini tidak termasuk berkata2 berlebihan dan TIDAK termasuk istilah "sia-sia." Sebaliknya pendekatan ini memberi kesan yang lebih kepada orang yang menerima da'wah.
Kaedah ini merupakan Manhaj Al-Qur'an dan Sunnah Baginda di dalam menyampaikan Da'wah kepada manusia.
Satu contoh :
Rasulullah ﷺ bertanya kepada Sahabat :
“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?”
Contoh lain:
Rasulullah ﷺ bertanya kepada Sahabat:
"Tahukah kamu, seandainya ada sebuah sungai di dekat pintu rumah salah seorang dari kamu, lalu dia mandi dari air sungai itu setiap hari lima kali, apakah akan tersisa kotoran tubuhnya walau sedikit?
Pendekatan ini membangkitkan jiwa dan pemikiran kepada tajuk yang diutarakan untuk sungguh2 mencari jawapan. Setelah memperoleh jawapan, kesannya lebih mendalam menguasainya. Maka pertanyaan2 seperti ini ketika menyeru manusia TIDAK di katakan sia-sia. Sebaliknya ucapan2 seperti ini amat terpuji.
(5) Bacakan kisah Ummat terdahulu sebelum menyampaikan maksud
Jika seseorang membacakan kisah2 ummat terdahulu sebelum menyampaikan maksud sebenar yang ingin disampaikannya, maka ini TIDAK termasuk di dalam pengertian sia-sia, sebaliknya ia sangat bermanfaat bagi Ummat.
Allah Ta'ala menceritakan Kisah ummat terdahulu di dalam Al-Qur'an sebagai pengajaran yang amat berkesan kepada seluruh Ummat manusia bagi mengambil i'tibar dan pengajaran. Misalnya kisah Fir'aun, Namrud, Abu Jahal, Abu Lahab dll yang derhaka kepada Allah Ta'ala dan akibat daripada perbuatan mereka memberi kesan yang mendalam ke dalam hati.
Kemudian, Kisah insan2 memperoleh Kemuliaan yang tinggi dari Allah Ta'ala seperti sekalian Nabi-Nabi, kisah Auliya Allah, kisah Pemuda yang beriman kepada Allah dan larikan diri daripada pemerintah zalim dll sepertinya menjadi dorongan kuat bagi orang beriman.
(6) Berbual yang baik-baik untuk silatur-rahim
Ucapan-ucapan atau perbualan di antara dua orang atau beberapa orang untuk tujuan merapatkan persaudaraan BUKAN sia-sia meskipun ianya mempunyai unsur2 berkaitan dunia. Ini kerana mengukuhkan silatur-rahim di antara saudara mara atau teman di dalam Agama adalah di antara anjuran Agama.
SIRI 266 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-33 : Bercakap yang sia-sia
sambungan....
(7) Suami isteri berbual untuk kasih sayang
Suami isteri yang sering berbual dan meluahkan kata-kata manis dengan tujuan kasih sayang, TIDAK termasuk ucapan sia-sia. Sebaliknya terpuji. Rasulullah ﷺ sendiri adalah contoh terbaik di dalam hal ini.
(8) Guru yang Arif berkata2 banyak bertujuan mendidik
Seorang Guru yang Arif (Pewaris Nabi yang siddiq) berkata2 banyak untuk tujuan mendidik dan membimbing manusia kepada Allah, tidak terlarang dan bukan sia-sia. Ini kerana seorang Pewaris Nabi yang siddiq sememangnya diamanahkan untuk bercakap menyampaikan Risalah Rasul kepada Ummat manusia dan diamanahkan mendidik serta membimbing mereka kepada Allah Ta'ala dengan selamat. Sedangkan murid diperintahkan banyak diam, mendengar dan ta'at.
(9) Bertanya kepada ahli zikir jika kamu tak tahu
Bertanya suatu hukum Agama atau bertanya cara mengerjakan suatu ibadah kepada ahlinya TIDAK dikatakan sia-sia. Adapun yang sia-sia dan larang keras adalah sengaja bertanya banyak sedangkan dia sudah tahu cara2nya. Atau dia sengaja mengulang2 suatu pertanyaan tanpa keperluan pada Agama, maka ini yang tercela sebagaimana yang telah dihuraikan pada awal bab ini.
Allah Ta'ala Perintahkan kepada ummat manusia supaya "bertanya" kepada orang yang Arif (ahli zikir) — ertinya mempelajari Agama atau apabila kamu menghadapi suatu kesulitan dan tiada jalan keluar, maka bertanyalah kepada mereka... In shaa Allah mereka akan menunjukki jalannya.
Ahli Ma'rifat adalah hamba2 Pilihan Allah yang sentiasa menghadap Allah dan di dalam Pimpinan Ruhaniyyah Rasulullah ﷺ. Dengan demikian bertanya kepada mereka soal hukum-hakam Agama dan penyelesaian bagi suatu masalah rumit yang sedang dihadapi adalah terpuji sesuai dengan Perintah Allah.
✨🕌✨ Firman Allah تَعَالَى
فَٱسْأَلُواْ أَهْلَ ٱلذِّكْرِ إِن كُنْتُم لاَ تَعْلَمُونَ
“Bertanyalah kepada ahli Zikir (ahli Ma'rifat atau orang yang memiliki pengetahuan) jika kamu tidak tahu."
[Al-Nahl (16) : ayat 43]
Kemudian keizinan untuk "bertanya" dibatasi dengan hal-hal yang perlu pada Agama, atau perlu pada urusan dunia yang terpuji (yang menghubung kepada Akhirat), atau hal2 yang menghubungkan persaudaraan, atau untuk berbuat kebajikan kepada manusia.
Perkara yang tidak berkaitan dengan Agama (tiada manfaat pada Akhirat dan tidak manfaat pada sisi dunia yang terpuji) dan tiada kaitan dengan persaudaraan dan tiada kaitan dengan kebajikan untuk ummat manusia... semua ini perlu dijauhkan. Apa lagi ucapan2 yang terang2 membawa kepada sia-sia, permusuhan, pergaduhan atau kesesatan, inilah yang terlarang terkandung didalam Amaran Nabi ﷺ.
✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ :
فَإِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِيْنَ مَنْ قَبْلَكُمْ كَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَاخْتِلاَفُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ
“Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu binasa kerana banyak bertanya dan berselisih dengan para Nabi”
[Imam Bukhari dan Imam Muslim]
SIRI 267 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-33 : Bercakap yang sia-sia
sambungan....
Rawatan dan Penjagaan
=================
Sesungguhnya memelihara lidah daripada ucapan2 yang membawa kepada dosa2 besar amat sukar.... sama ada yang berupa ucapan terang-terangan maupun yang berupa samar2 seperti ucapan sia-sia yang sedang dibincangkan sekarang. Namun kesan daripada yang samar-samar itu lebih sulit dan lebih bahaya. Ini kerana kebanyakan orang akan menganggapnya remeh. Tiada yang selamat daripada bahaya ucapan2 yang berbentuk samar2 ini melainkan mereka yang benar2 memperoleh Rahmat dan Pertolongan Allah.
Berikut adalah beberapa langkah penjagaan berserta rawatan sebagai ikhtiar menjauhkan segala kesamaran ini.
(1) Tuntut Ilmu berkenaan bahaya penyakit2 hati dari Guru yang benar2 Arif
Ini di antara yang terpenting bagi orang beriman. Pelajari ucapan yang boleh menjerumuskan seseorang kepada kefasikan, kesesatan atau kekufuran, terutama ucapan2 yang sifatnya samar-samar, yang mengheret seseorang kepada kepada kefasikan, kesesatan atau kekufuran walaupun pada asalnya ia cuma sebuah ucapan biasa.
(2) Waspada dengan ucapan bersifat gurauan dan pujian
Sentiasa waspada dengan ucapan berbentuk gurauan, pujian berlebihan, pujian tanpa Tauhid, ucapan yang membuat orang lain ketawa (kecuali dengan cara yang benar). Ini kerana ucapan2 demikian mengandungi racun kekufuran.
(3) Jauhi pergaulan sia-sia
Jauhkan pergaulan yang tiada bermanfaat pada Akhirat atau pada dunia (yang terpuji) kerana kebanyakan ucapan sia-sia yang membawa dosa besar bermula dengan pergaulan yang sia-sia.
(4) Jauhi perdebatan
Tinggalkan orang2 awam (walaupun dia bertaraf Profesor) yang suka berdebat berkenaan Ketuhanan atau hal hukum- hakam sedangkan dia bukan Ulama Mujtahid.
(5) Berkata yang baik-baik atau diam
Bercakap apabila benar2 perlu sahaja, hal-hal yang berhubung dengan Akhirat atau hal dunia yang sangat diperlukan untuk kesinambungan kehidupan. Di antara yang sangat dituntut adalah Mengajar suatu ilmu yang bermanfaat, dirikan Amr bil Ma'ruf nahyi anil Mungkar, atau hal-hal mendatangkan kebaikan kepada Ummat dan seluruh manusia.
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda:
“Barang siapa beriman pada Allah dan hari Akhirat hendaklah berkata baik atau diam [Imam Bukhari dan Imam Muslim]
(6) Lazimkan berserta ahli Zikir
Langkah bijak orang beriman adalah sentiasa berserta ahli zikir, iaitu mereka yang kekalkan hati berzikir kepada Allah dan mereka yang mengingatkan manusia kepada Allah dan hari Akhirat.
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالسَّوْءِ كَحَامِلِ الْمِسْكِ وَنَافِخِ الْكِيرِ ، فَحَامِلُ الْمِسْكِ إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً ، وَنَافِخُ الْكِيرِ إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَة
“Perbandingan teman duduk yang soleh dan buruk adalah seperti penjual minyak wangi dan tukang besi. Adapun penjual minyak wangi, boleh jadi dia akan memberikan kamu minyak wangi, atau kamu akan membeli darinya atau kamu akan mendapat bau harum darinya. Adapun tukang pandai besi, boleh jadi dia akan membuat pakaianmu terbakar, atau kamu akan mendapat bau yang tidak sedap darinya.”
[Imam Bukhari dan Imam Muslim]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati."
[Imam Hakim]
Pada zahirnya Hadith2 ini kelihatan merujuk kepada siapa saja orang berzikir. Tetapi hakikatnya ia merujuk kepada Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq. Ini kerana tiada manusia mampu berzikir sepanjang masa melainkan Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq, yang telah di Kurniakan Rahmat oleh Allah Ta'ala.
SIRI 268 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 34 : Berkata-kata yang batil
□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Definisi Batil
===========
Definisi Batil Menurut bahasa:
Batil berasal dari istiilah arab ( بَطَل، يَبْطُلُ، باَطِلً ) yang membawa beberapa pengertian : kosong, lompong, batal, sesat, palsu, rosak, salah jalan, tidak sah, cacat, tidak terpakai, tak laku, berlawanan dengan kebenaran, menyeleweng dari jalan lurus.
Definisi Batil Menurut istilah :
Batil adalah setiap sesuatu yang berlawanan dengan yang haq (kebenaran), menyeleweng dari jalan lurus, terkeluar dari Ahlus Sunnah Wal Jama'ah yang benar (tulen).
Penjelasan:
=========
(1) Telah menjadi Ijma' Ulama Mu'tabar, bahawa satu2nya Jalan yang benar yang di Redhai Allah adalah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah yang yang tetap berpegang teguh pada Jalan Allah dan Rasul-Nya. Dengan demikian setiap golongan atau puak atau ajaran atau doktrin yang bertentangan dengan Ahlus Sunnah adalah golongan batil yang membawa ajaran batil.
(2) Termasuk ke dalam penganut kebatilan adalah :
Pertama : Penganut Agama2 ciptaan manusia. (Hindu, Budha, Kristian, Yahudi, Majusi dll)
Kedua : Penganut Aliran, Ajaran, doktrin, falsafah yang tercipta daripada aqal fikir dan nafsu manusia yang jelas bertentangan dengan Al-Qur'an, Sunnah dan Ijma' Qias Ulama Mu'tabar.
Ketiga : Kelompok2 Islam yang yang terkeluar dari Aqidah Ahlus Sunnah berjumlah 72 golongan — Syi'ah (rafidhi), Khawarij (Wahhabiyyah), Mujassimah, Mu'tazlilah, Jabbariyyah dll.
Keempat : Golongan kelompok keruhanian (haqiqat batil) yang sesat. (Menurut Fatwa Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu 11 kelompok)
Kelima : Golongan yang memperolok2, mengejek2, menghina Allah dan Rasul-Nya dan Ulama Billah.
Keenam : Tukang sihir dan ahli nujum atau sesiapa sahaja bersubahat dengan jinn syaitan.
(3) Penganut2 kebatilan seringkali berkumpul, berbincang dan merencanakan berbagai kejahatan terhadap Ummat Islam. Mereka merencanakan cara2 untuk melakukan fitnah, penindasan, kezaliman dan pembunuhan terhadap orang2 beriman. Sebahagian lagi memperolok2 dan mengejek2 Allah dan Rasul-Nya. Sebahagian lagi mengejek2 Sunnah Nabi. Sebahagian lagi mempertikaikan undang2 Allah. Kesemua ungkapan dan kata2 ini termasuk "Berkata2 dengan kebatilan".
(4) Orang yang mengungkapkan kata2 kebatilan dan duduk berserta dengan pembuat kebatilan diancam dengan Neraka Saqar, ertinya larangan dan ancaman keras.
(5) Duduk berserta dengan golongan2 batil dan menyokong kata2 mereka sahaja pun sudah termasuk dosa besar. Ini kerana subahat kepada kejahatan sama seperti berbuat kejahatan meskipun dia sendiri sekadar mendengar dan saksikannya.
(6) Menurut Imam Ghazali Radhiallahu anhu berkata2 mengenai kecantikan wanita yang menggiurkan nafsu, cerita keadaan minuman keras, tempat berkumpul orang-orang fasiq, keperkasaan Raja2 (fasiq), sebarkan pembohongan, umpatan, dan kekejian adalah termasuk di dalam berkata2 yang batil yang menjerumuskan kepada dosa besar.
Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu:
"Berkata2 pada perkara2 ma'siat seperti menceritakan keadaan wanita, hal keadaan tempat minuman khamar, tempat orang fasiq, kesenangan orang-orang kaya, keperkasaan Raja-Raja, tempat resmi mereka yang tercela dan hal ehwal mereka yang tidak disukai. Maka semua itu haram. Dan masuk pula yang demikian bercakap bohong pada perkara-perkara bid'ah (sesat) dan aliran2 yang sesat."
[Ihya Ulumuddin]
SIRI 269 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 34 : Berkata-kata yang batil
sambungan.....
Dalil-Dalil :
=========
Firman Allah:
وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ ٱلُخَآئِضِينَ
"(Berkata orang yang dimasukkan ke Neraka Saqar) : Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang batil, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya."
[Al-Muddathir (72) : ayat 45]
Kata Ibn Abbas Radhiallahu anhu:
"(Sebahagian dari sebab-sebab manusia menjadi Penghuni Neraka Saqar) adalah kerana mereka bicarakan perkara2 yang batil bersama orang yang membicarakannya dari kalangan penganut-penganut kebatilan."
[Tafsir Ibnu Abbas]
Kata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu
"Ya'ni, bergaul dengan orang-orang yang selalu berbuat kebatilan dan ikut dalam kebatilan mereka."
Ibnu Zaid Radhiallahu anhu mengatakan:
"Yang dimaksud dengan ayat di atas adalah : ikut serta bersama orang-orang yang mengejek Nabi, dan menggelar Baginda dengan gelaran buruk dan jahat seperti gila, penyair, ahli sihir"
As-Suddi Radhiallahu anhu mengatakan:
"Makna ayat ini adalah: kami selalu menyebarkan kebohongan bersama dengan para pembohong."
Qatadah Radhiallahu anhu menafsirkan :
"Makna ayat ini adalah: setiap kali orang-orang yang sesat melakukan kesesatannya maka kami ikut bersama dengan mereka."
[Tamat nukilan Kitab Tafsir Qurtubi]
Firman Allah :
وَقَدۡ نَزَّلَ عَلَيۡڪُمۡ فِى ٱلۡكِتَـٰبِ أَنۡ إِذَا سَمِعۡتُمۡ ءَايَـٰتِ ٱللَّهِ يُكۡفَرُ بِہَا وَيُسۡتَہۡزَأُ بِہَا فَلَا تَقۡعُدُواْ مَعَهُمۡ حَتَّىٰ يَخُوضُواْ فِى حَدِيثٍ غَيۡرِهِۦۤۚ إِنَّكُمۡ إِذً۬ا مِّثۡلُهُمۡۗ
"Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintah-Nya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: Apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek, maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka."
[An-Nisa (4) : ayat 140]
Sabda Rasulullah ﷺ
"Manusia yang paling besar dosanya pada Hari Qiamat adalah orang yang paling banyak turut campur (terjerumus) ke dalam hal yang batil."
[Imam Ath-Thabrani]
Amaran Allah dan Rasul-Nya di dalam keterangan diatas sudah cukup untuk menggambarkan balasan buruk yang bakal menimpa mereka yang duduk berserta dengan golongan Batil dan bercakap2 dengan ungkapan2 kebatilan, pembohongan dan penghinaan terhadap Agama Allah.
Pada zaman hayat Rasulullah ﷺ, tentu yang dimaksudkan adalah pendeta2 Yahudi, Nasrani dan pembesar2 Kafir Quraisy yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya. Pada zaman2 kemudian, mereka yang mendokong kebatilan bukan sahaja terdiri dari Muballigh2 Kristian dan Yahudi, tetapi juga orang2 Islam sendiri yang menyeleweng dari Jalan kebenaran, iaitu mereka yang menyeleweng dari Manhaj Ahlus Sunnah yang benar2 mewarisi Baginda. Mereka jatuh kepada penganut2 kebatilan tanpa mereka sedari. Mereka tertipu dengan tipu daya halus Syaitan. Maka sesiapa sahaja duduk berserta golongan batil ini adalah termasuk di dalam ancaman Allah dan Rasul-Nya.
SIRI 270 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 34 : Berkata-kata yang batil
sambungan.....
Contoh kata2 kebatilan :
==================
Contoh kebatilan dan perkataan kebatilan amat banyak. Kita cuma sebut sebahagiannya.
Contoh 1
=======
Mereka mengatakan Allah mempunyai tangan, kaki, mata, duduk, turun, naik seperti manusia. Ini adalah i'tiqad batil Golongan Mujassimah dan Wahhabiyyah (khawarij). I'tiqad batil ini lebih kurang sama seperti kata2 batil orang kafir yang mengatakan "Allah mempunyai anak".
Contoh 2
=======
Seseorang mengatakan tak perlu solat, puasa, zakat dan lain2 kewajipan apabila seseorang sudah menjadi Wali. Ini dakwaan batil golongan batiniah atau haqiqat PALSU atau kaum zindiq. Mereka mengolok2 dan menyelewengan Ilmu Tasawwuf dan Ilmu Haqiqat murni warisan Rasulullah ﷺ kepada kebatilan.
Contoh 3:
=======
Mereka mendakwa untuk mencapai kejayaan cemerlang di dunia, seseorang mesti yakin pada diri sendiri, mesti mengulang2 perkataan "aku boleh", "aku kuat", "aku hebat" dan ungkapan2 lain seumpamanya. Ini adalah pegangan ahli falsafah moden yang menjadi pakar motivasi dan kaunseling. Mereka mendakwa inilah cara untuk membangkitkan semangat juang dan kejayaan mencapai dunia. Semua ungkapan tersebut adalah ungkapan batil yang jelas berlawanan dengan Tauhid. Orang beriman diperintah berpegang kepada Allah, Tawakkal kepada Allah sepenuhnya setelah berusaha mengikut kemampuan. Orang beriman diperintah Agungkan Allah setiap waktu dan merendah diri kepada Allah dan sesama manusia, BUKAN mengungkap kata2 Takabbur. Apabila kamu berkata dalam hati : "aku hebat", "aku kuat", "aku mampu" dan seumpamanya maka kamu telah menentang Kalimah Tauhid "La Hawla Wala Quwwata Illa Billah". Pakar motivasi dan ahli falasafah seperti ini membawa manusia kepada kekufuran.
Contoh 4 :
=======
Mereka mengatakan undang2 Allah itu ketinggalan zaman, zalim dan tak berperikemanusiaan. Ungkapan seperti ini bukan sahaja batil tetapi juga mejerumuskan kepada kekafiran. Wal Iyazubillah.
Contoh 5:
=======
Ada di kalangan pemimpin2 bernama Islam menghina Jubah Nabi, Serban Nabi dan Janggut Baginda. Mereka berkata ianya bukan ajaran islam tetapi tradisi Arab.Mereka ini bukan sahaja pendokong kebatilan tetapi pendokong kekafiran. Wal Iyazubillah
Contoh 6:
=======
Mereka mengatakan Ilmu Toriqat, Tasawwuf, Haqiqat, Ma'rifat dan sekalian yang berhubung dengannya adalah bid'ah sesat. Mereka engkar dan menafikan terus ianya dari Rasulullah ﷺ. Ungkapan2 ini adalah kata2 batil golongan wahhabiyyah (khawarij).
Sebagaimanan kami sebut pada awal, contoh2 kata2 kebatilan tersangat banyak sehingga tidak terhitung banyaknya. Duduk berserta dengan golongan batil meskipun tanpa berkata apa2 akan menerima La'nat Allah. Apa lagi seseorang menyambung lidah kebatilan. Apa lagi menjadi pendokong dan penyokong mereka.
Bersambung siri 271 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment