MENGAPAKAH ULAMA PEWARIS NABI YANG SIDDIQ (BENAR) MENJAUHI POLITIK DAN PEMERINTAHAN NEGARA?

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah


 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


MENGAPAKAH ULAMA PEWARIS NABI YANG SIDDIQ (BENAR) MENJAUHI POLITIK DAN PEMERINTAHAN NEGARA?


Selepas Sayyidina Hasan Radhiallahu anhu menyerahkan Jawatan Khalifah kepada Muawiyah sebagai usaha perdamaian dan jauhkan penumpahan darah di kalangan ummat, Sekalian Ulama Pewaris Nabi yang siddiq (yang kemudiannya dikenali sebagai Mursyid, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat, Ulama Mu'tabar) menjauhkan diri daripada pertelagahan dan perebutan kuasa di kalangan orang Islam.

Ulama Warisatul Anbiya hanya menumpukan kepada Pembinaan Peribadi Mu'min yang benar² bertaqwa berdasarkan Sistem Tarbiyyah unggul yang diwarisi dari Junjungan Besar Rasulullah turun- temurun yang terpelihara keaslian dan kemurniannya.

Sehinggalah ke hari ini, tiada seorang pun Ulama Pewaris Nabi yang siddiq ini mencampuri urusan politik dunia dan Pemerintah² Negara.   Dan akan berlangsung keadaan seperti ini sampailah kedatangan Imam Mahdi Alaihis salam.

Mengapakah demikian?

Mengapakah Ulama Pewaris Nabi yang siddiq tidak masuk campur dalam urusan politik dunia dan Pemerintah² dunia? 

Mereka hanya menasihati Pemerintah² dan kadangkala berikan amaran sesuai dengan perlakuan Pemerintah.

Apakah sebabnya?

Kunci:

Di sini ada beberapa kunci memahami hal ini yang boleh dijadikan panduan:

(1) Menurut ta'rif Al Imam  Al- A'zham Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu, Imam Ghazali, Imam Abu Hasan Asy-Syazili dll. Ulama Warisatul Anbiya yang sebenar adalah Ahli Sufi yang dikenali juga sebagai Mursyid, Ahli Ma'rifat, Ulama Mu'tabar. Merekalah Sahabat dan Khalifah Rasul

Ulama selain dari mereka, hanyalah disebut  Alim Fiqh. 

 

(2) Harta terpenting yang tiada  ternilai adalah Iman dan Taqwa, bukan kuasa politik atau kuasa ekonomi, atau lainnya.


(3) Warisatul Anbiya yang Siddiq mewarisi Tradisi Keilmuan zahir dan batin dari Junjungan Besar Rasulullah sedangkan Ulama fiqh, ustaz, kiyai, Muallim hanya mengetahui ilmu syari'at semata².


(4) Para Ulama Pewaris Nabi yang benar hanya meneruskan Sistem dan Pendidikan keruhanian yang diwarisi turun-temurun dari Rasulullah bagi membentuk peribadi² Taqwa.


(5) Rasulullah menyebut Period ketiga Pemerintahan orang Islam sebagai " مُلْكًا عَاضًا"  (Kerajaan Menggigit)

Fasa Ketiga: مُلْكًا عَاضًا

Period Pemerintahan Mulkan Addhan,  Kerajaan Menggigit iaitu Kerajaan Zalim.  Pemerintah2nya memakai nama Khalifah, Amirul Mu'minin, Raja, Sultan dsb namun kebanyakan mereka memerintah dengan kezaliman.  Undang2 islam dikuatkuasakan atas rakyat namun mereka sendiri hidup berfoya2, bermewah2, minum arak, zina, membunuh orang2 Islam dengan sewenang2nya serta berbagai kezaliman dan kefasikan.  

Fasa ini bermula dari Kerajaan Umayyah sehingga runtuhnya Kerajaan Uthmaniyyah pada awal abad ke 20 Masihi.

Cuba fahami dari kunci² ini.

 

Moga memperoleh petunjuk.

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...