B65 : PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (10)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


SIRI 641 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan.....



(3) Fatwa Imam Ibnu Hajar Al-Haithami Radhiallahu anhu:

Imam Ibn Hajar Al-Haythami adalah Mujaddid Kurun ke-12 Hijriyyah, Mufti Agung, Auliya Allah.  Fatwa beliau yang termasyur di dalam Mazhab Syafie'.


Beliau (Ibn Hajar Al-Haytamy) ditanya : "Adakah mungkin bertemu Nabi ﷺ di dalam keadaan sedar (jaga) ?" 

Imam Ibnu Hajar menjawab: 

"Ya? Benar.  Melihat dan bertemu Nabi ﷺ di dalam keadaan sedar adalah mungkin (harus) hukumnya." 


"Telah dikhabarkan kepada kami bahawa ianya adalah Karamah para Auliya Allah oleh Al-Ghazali, Al-Barizi, Al-Taj Al-Subki, dan Al-Yafi`i, dari kalangan Asy-Syafiiyah dan al-Qurtubi and Ibn Abi Jamra dari kalangan Malikiyah." 


Imam Ibnu Hajar menegaskan: 

"Sesiapa yang menafikannya, adalah dia tersesat.  Mereka yang menafikannya adalah mereka menafikan kebenaran Nabi ﷺ dan menafikan Kekuasaan Tuhan serta menafikan juga Karamah Auliya Allah yang telah dibuktikan oleh Sunnah yang sahih ." 

[Fatwa Hadithiyyah, Ibnu Hajar Al-Haytahmi] 



(4) Fatwa Shaikh Waliyullah Ad-Dahlawi Radhiallahu anhu:

Berkata Imam Mujaddid Shah Waliyullah Dahlawi, 

“Ayahanda saya As Shaikh Abdul Rahim juga dari segi kerohaniannya pernah bertemu dan berguru terus kepada Rasulullah ﷺ melalui jalan rohani.  Hal ini berlaku pada suatu masa ayahanda saya pernah bertemu dengan Rasulullah ﷺ dalam mimpi gembira di mana dalam mimpi itu Rasulullah ﷺ telah menerima bai’ahnya dan telah mengajar beliau cara-cara berzikir kalimah nafi dan isbat” 

[Al- Qaulul Jamil, Syeikh Waliyullah] 



(5) Fatwa Imam Ash-Sha'rani Radhiallahu anhu:

"Hukum-hukum yang mereka (imam yang empat) keluarkan adalah bersumberkan Al Qur’an, Sunnah Nabi, perkataan sahabat, Imam mujtahid dan kasyaf.  Kasyaf itu ialah bertemu langsung dengan ruhaniyah Rasulullah ﷺ dan bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah ini (suatu Hadith) dari engkau atau tidak?” 

[Al-Mizan, Shaikh Abdul Wahab Sha'rani] 


SIRI 642 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan.....



(6) Al-Imam Abu Thana Shihabuddin Sayyid Mahmud Ibn Abdullah Husayni Al-Alusi Al Baghdadi:

"Terdapat bukti-bukti kukuh dari hal bolehnya bertemu Nabi ﷺ .  Ini bukanlah perkara baru, bahkan ramai orang soleh dari kalangan Ummah ini telah melihat Baginda Nabi ﷺ di dalam keadaan sedar dan menerima Ilmu dari Baginda. 

[Ruhul Ma'ani, Al-Alusi] 



(7) Fatwa Imam Tajuddin Ibn Atha Illah As-Sakandari:

"Jika aku tidak melihat Nabi ﷺ di dalam satu kerdipan mata, maka aku tidak menganggap diriku Muslim pada saat tersebut." 

[Lataiful Minan, Imam Ibn Atha Illah] 


Antara Imam-Imam Ahlus Sunnah yang memberikan pengertian serupa seperti yang telah diriwayatkan adalah:


(8) Imam Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fathul Bari.


(9)  Imam al-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim.


(10) Imam Ibn ‘Ato illah al-Sakandari  dalam kitab Lata’if al-Minan.


(11) Imam ‘Izzuddin  Ibn ‘Abdus-Salam dalam al-Qawa'id al-Kubra.


(12) Imam al-Ghazali dalam al-Munqiz min al-Dhalal.


(13) Imam Al-Munawi dalam Faidh al-Qadir.


(14) Imam Syihabuddin al-Qarafi.


(17)  Imam al-Qastallani dalam kitab al-Mawahib al-Laduniyyah.


Kesemua Imam Ahlus Sunnah yang benar tanpa kecuali telah membenarkan perkara tersebut.  Mengakuinya adalah kewajipan dan mengingkarinya adalah kekufuran.


Seringkali timbul persoalan:

Bagi orang awam, persoalan yang seringkali menjadi pertikaian adalah:  Bagaimana cara memastikan ianya diri Rasulullah  ﷺ atau Auliya Allah... ini adalah suatu persoalan lain yang dijelaskan pada helaian akan datang. Persoalan ini perlu dijelaskan kerana tidak dinafikan wujudnya orang-orang tertentu mengaku bertemu Rasul atau Wali sedangkan mereka hanyalah penipu yang menyamar untuk mengaut keuntungan dunia. 


Perkara terpenting sekarang adalah I'tiqad dan pengakuan berkenaan Firman Allah, Hadith dan Fatwa para Ulama Ahlus Sunnah terpecaya.  Beriman dan mengakuinya adalah keimanan dan ingkarinya adalah kekufuran.


SIRI 643 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan......



Berikut adalah dalil-dalil kukuh di dalam Kitabullah dan Sunnah dan Hadith Rasul-Nya yang menjadi sandaran Fatwa Masyaikh Ahlus Sunnah yang tidak siapa pun berani ingkarinya.


Dalil 1: Firman Allah:


 وَلاَ تَحْسَبَنَّ ٱلَّذِينَ قُتِلُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ أَمْوَاتاً بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ.

فَرِحِينَ بِمَآ آتَاهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِٱلَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُواْ بِهِم مِّنْ خَلْفِهِمْ أَلاَّ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ

 يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَضْلٍ وَأَنَّ ٱللَّهَ لاَ يُضِيعُ أَجْرَ ٱلْمُؤْمِنِينَ


"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur) pada Jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di Sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (Dan juga) mereka bersukacita dengan Kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurnia-Nya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman." 

[Aali -Imran : Ayat 169 -171]


Penjelasan umum:

Ayat Allah ini memiliki suatu yang sangat unik dan menyentuh hati... 

وَلاَ تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُواْ فِى سَبِيلِ اللَّهِ 

Dimulai dengan Amaran Allah dan penegasan-Nya: 

Jangan kamu mengira, jangan kamu menyangka bahawa mereka yang "syahid" itu mati padahal mereka itu "hidup" di Sisi Allah secara istimewa dengan mendapat rezeki.


Mengapakah Allah mulai dengan Amaran dan penegasan? 

Jawapannya:

Sudah menjadi kelaziman, manusia memahami bahawa apabila berpisah ruh dari jasad, maka manusia itu dikatakan "mayyit" atau "mayat" ...! Manusia yang sudah menjadi mayat ini tidak lagi disebut mempunyai "kehidupan". Tetapi ayat di atas memberikan pengecualian iaitu mereka yang "mati pada Jalan Allah" itu tidak mati, sebaliknya mereka "hidup" secara istimewa di Sisi Allah....!  Maka Allah memberikan Amaran-Nya "jangan sekali-kali kamu anggap kematian mereka itu sama seperti kematian manusia biasa" bahkan mereka itu luar biasa dan istimewa di sisi Allah, mereka tetamu Allah...!


SIRI 644 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan......



Menurut Ahli Ma'rifat:

Ayat di atas ditujukan khusus kepada para syuhada di perang Uhud.  Tetapi makna umumnya adalah ditujukan kepada seluruh Mujahidin yang berjuang bersungguh-sungguh bagi mendirikan Kalimah Allah di atas muka bumi mulai dari zaman Nabi sehinggalah ke akhir zaman.  Iaitu mereka yang benar-benar beriman kepada Allah dan bertaqwa kepada-Nya.


Dengan demikian maksud Firman Allah : ‌ بَلۡ أَحۡيَآءٌ عِندَ رَبِّهِمۡ يُرۡزَقُونَ   — "(Mereka tidak mati) bahkan hidup di Sisi Allah secara istimewa dengan mendapat Rezeki"  meliputi sekalian Mujahid sama ada mereka yang syahid di medan Perang Fi-Sabilillah atau di Medan Da'wah Fi-Sabililllah atau di Medan Tarbiyyah Fi-Sabilillah.   Sesungguhnya  mereka telah mencapai Keredhaan Allah dan kasih-Nya ketika hayat mereka di dunia.  Sudah pasti maqam ini hanya akan tercapai setelah berusaha sungguh-sungguh berjuang pada Jalan Allah sehingga mereka di-Angkat oleh Allah ke Maqam yang tinggi di Sisi-Nya. (untuk penjelasan lanjut akan hal ini, sila baca Tajuk Risalah kami "Taqwa Menurut Ahlus Sunnah")


Jika kamu bertanya, bagaimana Ahli Ma'rifat mengetahui sekalian hal tersebut, maka jawapannya:

Selain dari keterangan Al-Qur'an dan Hadith Rasulullah ﷺ mereka diperlihatkan oleh Allah Ta'ala akan sekalian hal ehwal yang terjadi kepada si mati khususnya sekalian Kekasih-Kekasih Allah.  Mereka melihat dari pandangan matahati dan ruh dan Sirr (rahsia yang sangat dalam) kehidupan istimewa para Rasul, Nabi dan para Auliya Allah terdahulu. 


Cabang : Definisi "mati pada Jalan Allah"

Umum memahami bahawa "mati pada Jalan Allah" sebagai mereka yang syahid pada jihad di medan perang memerangi musuh-musuh Allah! 

Zahir ayat di atas seolah-olah memberikan gambaran bahawa mereka yang mati di medan jihad menentang musuh sebagai syuhada, namun para Ulama Ahlus Sunnah meluaskan makna tersebut pada semua orang Mukmin yang berjuang mendirikan Da'wah serta berjihad sungguh-sungguh dengan harta dan jiwa mereka sepanjang zaman sehingga hari Qiamat!    


Dengan demikian siapa sahaja di kalangan Ummat Rasulullah ﷺ berjuang mendirikan Agama Allah dengan hati yang suci menurut prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah termasuk "Jalan Allah" dan mati pada jalan tersebut adalah termasuk "mati di Jalan Allah".   


Penegasan Ulama ini adalah berdasarkan keterangan ayat yang sama pada penghujung ayat tersebut iaitu .... 


وَأَنَّ اللَّهَ لاَ يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ 


".....dan sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman."


SIRI 645 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan......



Berkata Ibn Abbas Radhiallahu anhu:

"Jangan buat andaian mereka yang terbunuh pada Perang Badar dan Uhud itu mati seperti kematian orang lain yang mati.  Tetapi mereka adalah sebenarnya seperti orang-orang yang masih hidup dan diberi hadiah istimewa oleh Allah."

[Tanwir Al-Miqbas min Tafsir Ibnu Abbas]


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

"Jangan kamu mengira orang yang gugur di Jalan Allah mengorbankan ruh mereka di jalan fana' agar mereka meraih kemuliaan baqa, mati berputus dari hidup dan gerak sebagaimana mayat-mayat lainnya, sebenarnya mereka itu hidup, memiliki sifat-sifat dan nama-nama azali dan abadi dan didekatkan di sisi Tuhan mereka yang menghimpun semua sifat dan nama, mereka diberi rezeki dengan semua itu dari Sisi-Nya.  Mereka bergembira dengan apa yang Allah Anugerahkan kepada  mereka berupa jamuan Ma'rifat dan Ihsan, dengan keduanya mereka mendapat Kurnia yang besar dari Allah selamanya; mereka abadi di dalamnya."

[Tasir Jailani]


Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu:

Ketika mentafsirkan ayat 169-171 Aali Imran ini, Qurtubi menyoal begini: 

"Semua manusia sama ada Muslim atau bukan Muslim tahu bahawa ruh orang mati akan terus hidup dan akan melalui proses soal jawab di kubur, yang beriman akan mendapat hawa dari syurga sementara mereka yang kafir dan orang Islam yang banyak dosanya akan merasai azab di kubur.  Ini terbukti dari banyak ayat Qur'an dan Hadith Nabi ﷺ.  Jadi apakah istimewanya kematian orang mati “di Jalan Allah" menurut ayat di atas itu??? 


Jawapannya diberikan pada ayat pertama lagi, iaitu ketika Tuhan menyatakan bahawa para syuhada (mereka yang mati pada Jalan Allah) mendapat "rezeki".  Rezeki dan penjagaan diperlukan oleh kehidupan!  Di sini kita faham bahawa "kehidupan" para syuhada ini bermula sebaik sahaja mereka syahid, meninggalkan "alam nyata" ini dan berpindah ke dunia lain, suatu kehidupan yang istimewa di sisi Tuhan.... berbeza dengan pengalaman kematian biasa yang diketahui umum. 


Tidak ada suatu penjelasan khusus apa makna "kehidupan istimewa" yang Allah sebutkan di dalam ayat di atas.  Cukuplah dengan memahami bahawa mereka telah mendapat tempat istimewa di Sisi Allah.  Ini terbukti dari banyak kenyataan yang dapat dilihat umpamanya jasad mereka tidak reput bahkan sentiasa seperti ketika ditanam. 

[Jami' Al-Ahkam, Qurtubi]


SIRI 646 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan.....




Berkata Imam Tabari Radhiallahu anhu:

Firman Allah,  " وَلَا تَحۡسَبَنَّ " maknanya adalah; "Janganlah kalian menduga!"

Firman Allah "  ٱلَّذِينَ قُتِلُواْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ  "   — orang-orang yang gugur pada Jalan Allah," maknanya adalah, "Wahai Muhammad, janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang terbunuh di

Uhud, dari kalangan sahabat Rasulullah ﷺ, adalah mati. Tidak, mereka hidup di Sisi-Ku, menikmati segala rezeki yang Aku berikan.  Mereka berbahagia dengan Kemuliaan dan Kurnia yang Aku berikan kepada mereka.”


Dari  Ibnu Abbas, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda;

"Ketika kawan-kawan kalian mendapatkan musibah di Uhud (Syahid), Allah Ta'ala meletakkan roh mereka di tenggorokan burung hijau yang lalu-lalang di sungai-sungai Syurga dan makan dari buah-buahannya.  Ia hinggap pada lampu-lampu yang terbuat dari emas di bawah naungan Arasy.  Kemudian ketika mendapatkan nikmatnya minuman dan makanan, juga indahnya permintaan, mereka berkata, 

"Aduhai, seandainya kawan-kawan kami mengetahui apa yang Allah lakukan kepada kami, nescaya mereka akan semangat dalam berjihad dan tidak mundur ke belakang ketika di dalam peperangan".   Allah Ta'ala lalu berfirman; "Aku sudah sampaikan kepada mereka (pesan) kalian".  Allah Ta'ala kemudian menurunkan ayat-ayat ini kepada mereka." [Imam Abu Dawud]

[Tamat nukilan kitab Tafsir At-Tabari]


Dari Tafsir Jalalain:

(Janganlah kamu kira bahawa orang-orang yang gugur) dengan takhfif atau pakai tasydid (di Jalan Allah) maksudnya demi agama-Nya (mati), tetapi mereka itu (hidup di sisi Tuhan mereka).  Roh-roh mereka berada dalam kantong burung-burung hijau yang berterbangan dalam Syurga ke mana saja mereka kehendaki sebagaimana tersebut dalam sebuah Hadith (dengan mendapat rezeki) yaitu dengan memakan buah-buahan Syurga.

[Tafsir Jalalain]


Maksudnya....

Begitulah keadaan orang-orang mu'min yang syahid (sama ada mereka syahid di medan perang atau syahid mempertahankan Agama — zahir batin, syari'at dan Toriqat, jasmani dan ruhani).  Allah Ta'ala Kurniakan mereka kemuliaan di Sisi-Nya.  Mereka hidup bahagia, riang gembira di dalam Naungan Rahmat Allah.  Alangkah indahnya kehidupan Mu'min sejati....sebagaimana janji Allah pada ayat tadi.....  يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَضْلٍ وَأَنَّ ٱللَّهَ لاَ يُضِيعُ أَجْرَ ٱلْمُؤْمِنِينَ

Mereka bergembira dengan balasan Nikmat dari Allah dan limpah kurnia-Nya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman." 


SIRI 647 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan.....



Berkata Imam Ibn Kathir Radhiallahu anhu:

"Allah Ta’ala berfirman melalui ayat di atas bahawa walaupun para syuhada’ terbunuh di dalam kehidupan dunia ini, ruh mereka tetap hidup serta menerima rezeki di alam barzakh. 


Di dalam Sahihnya, Muslim mencatit bahawa Masruq mengatakan; “ Kami bertanya Abdullah berkenaan ayat ini, وَلاَ تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُواْ فِى سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَتاً بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ 

“Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada Jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di Sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;” 


Beliau berkata, kami bertanya pada Nabi  ﷺ, soalan yang sama, Baginda bersabda, 


«أَرْوَاحُهُمْ فِي جَوْفِ طَيْرٍ خُضْرٍ، لَهَا قَنَادِيلُ مُعَلَّقَةٌ بِالْعَرْشِ، تَسْرَحُ مِنَ الْجَنَّةِ حَيْثُ شَاءَتْ، ثُمَّ تَأْوِي إِلَى تِلْكَ الْقَنَادِيلِ، فَاطَّلَعَ إِلَيْهِمْ رَبُّهُمُ اطِّلَاعَةً فَقَالَ: هَلْ تَشْتَهُونَ شَيْئًا؟ فَقَالُوا: أَيَّ شَيْءٍ نَشْتَهِي وَنَحْنُ نَسْرَحُ مِنَ الْجَنَّةِ حَيْثُ شِئْنَا؟ فَفَعَلَ ذَلِكَ بِهِمْ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، فَلَمَّا رَأَوْا أَنَّهُمْ لَنْ يُتْرَكُوا مِنْ أَنْ يُسْأَلُوا، قَالُوا: يَا رَبِّ نُرِيدُ أَنْ تَرُدَّ أَرْوَاحَنَا فِي أَجْسَادِنَا حَتَّى نُقْتَلَ فِي سَبِيلِكَ مَرَّةً أُخْرَى، فَلَمَّا رَأَى أَنْ لَيْسَ لَهُمْ حَاجَةٌ، تُرِكُوا» 


Ruh mereka di dalam burung-burung hijau yang mempunyai lampu, bergantung di bawah Arasy Allah Ta’ala.  Dan mereka berterbangan di dalam Syurga bila-bila mereka sukai.  Allah melihat kepada mereka dan bertanya;


“ Adakah kamu mengharap apa-apa?”


Mereka menjawab, 


“Apa lagi yang kami boleh meminta, sedangkan kami boleh pergi ke mana saja kami suka di dalam Syurga.  Allah Ta’ala bertanya soalan ini tiga kali, dan apabila mereka menyedari bahawa Allah akan tetap terus bertanya sehingga mereka memberi jawapan, mereka pun berkata, “Wahai Tuhan kami, kami berharap ruh kami dikembalikan kepada tubuh kami agar dapat mati syahid di jalan Engkau lagi”.


Allah Maha Mengetahui mereka tidak mempunyai permintaan lain lagi....!!!



Anas dan Abu Sa`id menyebut perkataan yang sama. 


Imam Ahmad menyebut Ibn `Abbas meriwayatkan, Rasulullah ﷺ bersabda:   

    «الشُّهَدَاءُ عَلى بَارِقِ نَهْرٍ بِبَابِ الْجَنَّـةِ، فِي قُبَّةٍ خَضْرَاءَ، يَخْرُجُ عَلَيْهِمْ رِزْقُهُمْ مِنَ الْجَنَّـةِ بُكْرَةً وَعَشِيًّا» 


“Para syuhada berkumpul di tebing sungai berhampiran pintu Syurga, di dalam khemah berwarna hijau di mana rezeki mereka didatangkan dari Syurga siang dan malam.”


Dari catitan ini kita dapat gambaran bahawa terdapat ”bermacam-macam syuhada, setengah mereka berada di dalam Syurga, dan sebahagian lain tetap di tebing sungai berhampiran Syurga. Kemungkinan juga semua arwah para syuhada’ dihimpunkan dan diberi rezeki siang dan malam.  Allah lebih mengetahui. 


Ahmad dan Ibn Jarir meriwayatkan hadith ini, ianya mempunyai sanad yang baik. 


SIRI 648 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan.....



(sambungan Tafsir Ibn Kathir)

Imam Ahmad meriwayatkan sebuah Hadith yang mempunyai berita baik untuk setiap orang beriman bahawa ruh setiap Mu’min akan mengembara di dalam  Syurga, memakan buah-buahannya, meni’mati keindahannya dan merasai penghormatan yang telah disediakan oleh Allah untuknya.  Hadith ini mempunyai sanad yang unik dan sahih yang diriwayatkan melalui tiga orang Imam besar, Imam Ahmad meriwayatkan hadith ini dari Imam Shafi’e dari Imam Malik, dari Az-Zuhri, dari Abdur-Rahman bin Kaab bin Malik bahawa ayahnya menyebut, Rasulullah ﷺ  bersabda:


«نَسَمَةُ الْمُؤْمِنِ طَائِرٌ يَعْلُقُ فِي شَجَرِ الْجَنَّـةِ حَتَّى يَرْجِعَهُ اللهُ إِلى جَسَدِهِ يَوْمَ يَبْعَثُه»


“Ruh orang Mu’min akan menjadi burung yang meni’mati makanan pada pohonan di dalam Syurga, sehingga Allah menghantarnya kembali ketubuhnya pada hari Dia membangkitkannya kembali”.


Hadith ini menyebut bahawa ruh orang Mu’min adalah dalam bentuk burung di dalam Syurga.  Sementara ruh para Syuhada adalah di dalam burung berwarna hijau. Wallahu A'lam.


Firman Allah pada akhir ayat ini mengesahkan ini:


يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِّنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ وَأَنَّ اللَّهَ لاَ يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ


“Mereka bergembira dengan balasan Nikmat dari Allah dan limpah kurnia-Nya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman." 


Abdur-Rahman bin Zayd bin Aslam mengatakan, “Ayat ini meliputi semua orang beriman. Jarang sekali Allah Ta’ala menyatakan kebaikan serta pemberian yang di-Anugerah oleh Allah kepada para Rasul-Nya, tanpa mengikutinya dengan apa yang Dia Anugerahkan kepada orang Mu’min selepasnya”.  Wallahu A'lam.

— Tamat Nukilan Kitab Tafsir Ibnu Kathir —

[Tafsir Ibnu Kathir]



Penjelasan Tambahan:

Jika kamu memiliki matahati yang tajam, anda akan memahami penjelasan ini dengan sempurna....! 


Kalam Allah pada hujung ayat...... 


وَأَنَّ اللَّهَ لاَ يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ 


".....dan sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman." 


dan kemudian Hadith Nabi.... 


Rasulullah ﷺ. bersabda: 


«نَسَمَةُ الْمُؤْمِنِ طَائِرٌ يَعْلُقُ فِي شَجَرِ الْجَنَّـةِ حَتَّى يَرْجِعَهُ اللهُ إِلى جَسَدِهِ يَوْمَ يَبْعَثُه» 


“Ruh orang Mu’min akan menjadi burung yang meni’mati makanan pada pohonan di dalam Syurga, ......" 


menjadi bukti kukuh bahawa "hantaran" Firman Allah pada Surah Aali Imran tersebut adalah meliputi semua Mu'min yakni Rasul, Nabi, Auliya Allah dan juga orang soleh yang suci hati mereka! 


Ini bermakna kesemua mereka (Rasul, Nabi, Auliya Allah dan orang-orang soleh yang suci) yang mendapat Rahmat, Kurnia Allah itu apabila mereka hembuskan nafas terakhir di dunia, mereka segera berpindah ke alam lain di dalam keadaan yang istimewa, terus hidup di alam lain berserta Allah, tidak seperti kematian biasa yang diketahui umum ; tidak seperti keadaan manusia lain yang mati dan melalui soal mungkar nakir dan lainnya. 


Berbeza sama sekali! 


Inilah Anugerah istimewa Allah kepada hamba-hamba yang menjadi kekasih-Nya.  Mereka sudah mendapat khabar gembira di saat-saat kematian mereka ketika Allah memperlihatkan kebaikan-kebaikan yang disediakan untuk mereka di sisi-Nya....! 


Sungguh beruntunglah mereka-mereka yang sucikan hati dan ruh mereka (menurut Jalan Ma'rifat yang dipimpin oleh Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq), lalu berjuang bersungguh-sungguh menyebarkan Kalimah Allah di atas muka bumi dengan penuh keikhlasan!


SIRI 649 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan.....



Dalil 2: Firman Allah:


وَسۡـَٔلۡ مَنۡ أَرۡسَلۡنَا مِن قَبۡلِكَ مِن رُّسُلِنَآ أَجَعَلۡنَا مِن دُونِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ءَالِهَةً۬ يُعۡبَدُونَ


"Dan bertanyalah kepada Rasul-Rasul yang Kami telah utuskan sebelum-mu(wahai Muhammad); pernahkah Kami  menetapkan sebarang tuhan untuk disembah, selain dari Allah Yang Maha Pemurah?"

[Az-Zukhruf (43) : Ayat 45 ]


Berkata Ibn Abbas Radhiallahu anhu:

Ayat ini adalah Perintah Allah kepada Rasulullah ﷺ pada malam Isra' Mi'raj di mana Baginda mengimamkan 70 orang Pesuruh Allah (Rasul dan Nabi) di antara mereka adalah Nabi Ibrahim, Musa dan Isa Alaihis-salatu was-salam....!   Allah Perintahkan Baginda bertanya kepada mereka yakni para Nabi yang hadir di Masjid Al-Aqsa untuk solat berjemaah tadi, adakah Allah mengutuskan mereka selain dari menyeru kepada Tauhid kepada Allah Yang Maha Esa.

[Tanwir Al-Miqbas min Tafsir Ibnu Abbas]


Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu:

Menukil kata-kata Ibnu Abbas dan Ibnu Zaid berkata: "Ketika peristiwa Rasulullah ﷺ melakukan Isra' Mi'raj dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa - Masjid Baitul Muqaddis, Allah Memerintahkan Nabi Adam dan Rasul-Rasul yang lain berhimpun bersama Nabi  ﷺ di Baitul Muqaddis, di saat itu Jibril Alaihis Salam ada bersama Baginda.  Jibril kemudian melaungkan azan dan iqamah untuk melakukan Solat.  Jibril berkata: Berdirilah wahai Muhammad, majulah ke hadapan, solatlah dengan jadi Imam kepada mereka.”


Ibn Abbas berkata: "Mereka berjumlah 70 orang Nabi dan antara mereka adalah Nabi Ibrahim, Musa dan Isa.  Pada riwayat lain Ibn Abbas berkata; "Tujuh baris orang Nabi solat di belakang Rasulullah ﷺ.  Para Rasul berjumlah 3 baris dan pada Nabi berjumlah 4 baris dan di belakang Rasulullah ﷺ ialah Nabi Ibrahim Kekasih Allah, dan di sebelah kirinya ialah Nabi Ismail, dan di sebelah kirinya ialah Nabi Ishaq, kemudian Nabi Musa kemudian para rasul yang lain dan Rasulullah ﷺ telah mengimamkan mereka dua rakaat.  Ketika Rasulullah ﷺ beredar, Baginda berdiri dan berkata (kepada mereka): Sesungguhnya Tuhanku telah mewahyukan supaya aku bertanya kepada kamu, adakah salah seorang daripada kamu diutuskan untuk menyeru kepada beribadah kepada selain Allah?  Mereka (para Nabi dan Rasul) menjawab: Wahai Muhammad, kami bersaksi bahawa kami semua diutuskan dengan satu seruan, iaitu, Tiada Tuhan selain Allah dan apa yang disembah selain Allah adalah bathil, dan sesungguhnya kamu adalah Nabi yang terakhir dan penghulu sekalian Rasul, ini sudah jelas bagi kami dengan kamu mengimamkan kami tadi, dan tiada Nabi lagi selepas kamu hingga ke hari Qiyamah kecuali Isa ibn Maryam, sesungguhnya dia telah diperintahkan untuk mengikut (menjejaki) sunnahmu”

[Tafsir Qurtubi]


SIRI 650 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan.....



Penjelasan Tambahan:

Peristiwa Isra' Mi'raj mengandungi kejadian-kejadian bersertanya yang sangat mengagumkan.  Kejadian-kejadian ini mengalahkan seluruh aqal fikiran manusia.  Ianya merupakan salah satu Mu'jizat besar bagi Nabi ﷺ sebagai bukti kebesaran dan keagungan Allah Yang Maha Perkasa! 


Satu dari Bukti Agung adalah ayat Allah ini, iaitu Kisah Pertemuan Rasulullah ﷺ dengan para Rasul dan Nabi terdahulu.  Ayat Allah ini menjadi bukti nyata bahawa Rasulullah ﷺ benar-benar bertemu dengan para Rasul dan Nabi yang telah wafat ribuan tahun dahulu, berserta ruh dan jasad mereka.  Apa yang terjadi bukan mimpi, bukan khayalan, bukan bayangan tetapi pertemuan yang benar berserta jasad dan ruh.  Baginda menjadi Imam Solat mereka dan bertanya kepada mereka tentang Utusan Rasul dan hakikat Tauhid sebagaimana Allah Perintahkan.


Sebagaimana kami jelaskan pada awal, para Rasul, Auliya, orang Mu'min sejati tidak mati pada haqiqatnya, mereka sebenarnya hidup di Sisi Allah dengan cara yang sangat istimewa. 


Menurut logik aqal tak mungkin Rasul dan Nabi yang telah wafat beribu tahun lamanya dapat berhimpun di Masjid Al-Aqsa di dalam keadaan sempurna jasad mereka, dan seterusnya solat berjemaah di bawah pimpinan Nabi.  Bahkan Allah Perintahkan Nabi mushafahah dan berbicara dengan mereka...! 


Apakah maknanya semua ini? 


Di sinilah kita ingin menarik renungan kepada hakikat bahawa pertemuan di antara Mu'min yang hidup (Mu'min Sejati) dengan  Kekasih-Kekasih Allah yang sudah wafat harus terjadi....! 


Barang siapa yang menjadikan aqal sempit mereka sebagai Tuhan, pasti akan tersungkur dengan segala kenyataan ini kerana tak dapat menjawab peristiwa aneh ini yang benar-benar mengggugat pemikiran!  Mereka tidak dapat menerimanya sebagai kebenaran!  Berbeza dengan Mu'min Sejati yang benar-benar teguh Imannya, bersinar hatinya dengan cahaya Keimanan mampu jazamkannya tanpa sedikit pun keraguan.


Bersambung siri 651 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_____________________________

      MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 707) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...