■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
KHILWAH / SULUK MENURUT AHLUS SUNNAH
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
SIRI 71 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
12.8 Fakta- Fakta Terpenting Maqam Tauhid Zat
sambungan...
Ke-5 : Setiap Muslim wajib mencari dan berpegang kepada Mursyid, Pewaris Nabi yang siddiq
Telah sepakat Ulama Mu'tabar bahawa mencari dan berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq adalah wajib / fardhu Ain.
✨🕌✨ Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani رضي الله عنه
Takabbur, kemunafikan dan ego, adalah panah syaitan yang tertuju pada hati kamu. Kamu perlu siapkan satu strategi mempertahankan diri dari serangan2 ini. Formula strategi tersebut telah di terangkan dan telah dibuktikan oleh Mashaa'ikh (guru-guru Mursyid). Kamu perlu mendengar baik2 arahan mereka dan mematuhinya. Mereka akan pimpin kamu pada jalan Allah kerana mereka telah pun melalui jalan tersebut. Mintalah pada mereka nasihat2 berkenaan nafsu2 (yang rendah dan jahat), dan kelemahan2 lainnya, kerana mereka juga pernah mengalami kesulitannya dan menghadapi kesan akibat darinya. Mereka sangat sedar dan mengetahui bahaya dan ancaman dari nafsu2 kejahatan. Mereka telah menempuh jalan yang panjang memerangi (nafsu2 tersebut) dengan demikian mereka boleh menghalang, mengawal dan mengalahkan semua kejahatan itu.
[Fathur-Rabbaniy Wa Faid ar -Rahmaniy]
✨🕌✨ Imam Fakhruddin Ar-Razi رضي الله عنه
“Seorang murid tidak memiliki jalan untuk sampai ke maqam-maqam hidayah (Iman, Taqwa, Tauhid yang murni) dan mukashafah, kecuali dia mengikuti Mursyidnya yang menunjukkannya ke jalan yang lurus serta menghindarkannya dari titik2 kesalahan dan jalan yang sesat.”
[Tafsir Mafatih Al-Ghaib]
✨🕌✨ Berkata Imam Ghazali :
“Murid memerlukan seorang Mursyid atau guru keruhanian yang dapat diikutinya, agar dia menunjukkannya ke jalan yang lurus. (jalan benar yang diredhai Allah). Jalan agama sangatlah samar, (tak dapat bezakan haq dan batil, benar atau salah) dan jalan-jalan syaitan sangat banyak dan jelas (terbuka luas untuk dimasuki oleh siapa sahaja) Oleh kerana itu, jika seseorang yang tidak mempunyai Shaikh ( Mursyid ) yang membimbingnya,maka pasti syaitan akan menggiringnya (memimpin dan memujuknya) menuju jalannya.
[Ihya Ulumuddid Bab Ilmu]
✨🕌✨ Berkata Imam Al-Ghazali رضي الله عنه
“Di antara hal yang wajib bagi seorang salik yang menempuh jalan kebenaran adalah dia wajib mempunyai seorang Mursyid dan pendidik spiritual yang dapat memberinya petunjuk dalam perjalanannya serta melenyapkan akhlak2 yang tercela dan menggantinya dengan akhlak2 yang terpuji.”
[Ihya Ulumuddin]
SIRI 72 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
13.0 Bukti2 Kebenaran sesebuah Persulukan
Apabila Sesebuah Persulukan menepati syarat2nya, iaitu Pemimpin Suluk itu benar2 seorang Pewaris Nabi yang siddiq, Toriqatnya Mu'tabar (diakui sahih menurut Ahlus Sunnah) dan Ahli Suluk itu benar2 ikhlas, beradab dan sungguh2 mujahadah mendekatkan dirinya kepada Allah, maka di sana akan terlihat bukti2 kebenarannya. Murid itu sendiri akan merasai kesan2 persulukan tersebut. Hati, perasaan, perkataan dan perbuatannya benar2 mula berubah kepada Ketaqwaan. Inilah bukti sebenar menepati Perintah Allah dan Rasul-Nya.
Sesungguhnya kesan2 yang kami senaraikan berikut ini sudah pun dirasai oleh Salikin sebaik saja mereka Bai'at dan terus mujahadah pada Jalan Ma'rifat. Namun Suluk adalah tersangat cemerlang. Kesannya kepada hati dan Keimanan amat luar biasa sehingga tiada kata2 mampu menggambarkannya. Betapa tidak, Suluk merupakan sebahagian dari "Taman Syurga" yang dilimpahi Cahaya Ketuhanan.
Bukti Pertama: Kemampuan melakukan Zikrullah dengan amat banyak
Ahli Suluk diluaskan hatinya oleh Allah untuk berzikir sebanyak2nya tanpa henti. Jika mereka lalai sebentar, mereka akan istighfar segera dan sambung dengan Zikrullah dan Solawat atas Nabi ﷺ. Inilah bukti paling besar dan agung kerana hanya dengan membanyakkan Zikrullah (berserta syarat dan kaifiyyat2nya) hati akan menjadi suci bersih dan bersinar dengan Cahaya Keimanan dan Ketaqwaan. Mereka diberi kekuatan untuk melakukan Zikrullah puluhan ribu atau lebih lagi sehingga mencapai ratusan ribu kali sehari semalam. Bahkan setengah dari mereka yang sudah mencapai Maqam Wuquf Qalbi berzikir kepada Allah tanpa ukuran dan hitungan.
Bukti kedua : Kemampuan Solawat dengan amat banyak
Ahli2 yang masuk Suluk dipermudahkan lagi membaca Solawat atas Nabi ﷺ dengan amat banyak. Lidah mereka dan hati mereka dilembutkan untuk membaca Solawat. Ertinya di samping berzikir tanpa henti, mereka juga dipermudahkan membaca Solawat yang amat banyak setiap hari.
Bukti ke-3: Taubat Istighfar terus-menerus:
Di luar suluk barangkali amat berat untuk melakukan solat Taubat walaupun sekadar dua rakaat, tetapi Ahli Suluk dipermudahkan oleh Allah melakukan solat Taubat setiap hari dan istighfar mohon keampunan Allah terus-menerus. Di samping zikrullah dan Solawat yang banyak, lidah mereka basah dengan istighfar berserta hati yang penuh keinsafan.
Bukti ke-4 : Jiwa menjadi tenang tenteram
Orang yang masuk Jalan Ma'rifat (Manhaj Rasulullah ﷺ mendidik para Sahabat) dan khususnya masuk Suluk benar2 akan faham dan mampu hayati maksud Kehendak Allah اَلَا بِذِكْرِ اللّٰهِ تَطْمَىِٕنُّ الْقُلُوْبُ "Ketahuilah, hanya dengan zikrullah hati menjadi tenang tenteram"
Bukti ke-5 : Lebih khusyu' di dalam Solat
Hamba2 yang bersuluk dengan ikhlas, bersungguh2 dan penuh adab, pasti merasai perbezaan besar khusyu' nya di dalam Solat. Orang awam tak mampu Khusyu' di dalam Solat kerana jiwanya tetap di bumi ketika mengangkat Takbiratul Ihram sedangkan ahli Suluk tidak demikian. Ketika Solat ruh mereka sedang "Mi'raj" kepada Allah. Tingkatan khusyu' setiap murid berbeza2 mengikut maqam Tauhidnya. (sila rujuk risalah Tingkatan orang Solat). Kesempurnaan " Khusyu' " takkan diperoleh dengan hanya bersuluk selama 10 hari, tetapi perlu mujahadah lama untuk mencapainya. Walau bagaimanapun Ahli Suluk pasti merasai perbezaan yang ketara di dalam solat setelah bersuluk. In shaa Allah.
SIRI 73 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
13.0 Bukti2 Kebenaran sesebuah Persulukan
....Sambungan...
Bukti ke-6 : Mengenal dan menghayati erti sebenar Ikhlas
Ahli Suluk yang sungguh2 berzikir menyucikan hati dan mujahadah melawan nafsu akan memperoleh keikhlasan sejati seiring dengan Tauhid yang hakiki. Ikhlas yang sebenar hanya tercapai ketika hamba Allah melepaskan segala "keakuan dirinya" dan hanya semata2 melihat Kurnia Allah kepadanya untuk melakukan segala ketaatan, ibadah dan kebajikan.
Ketika itu dia melihat dirinya yang faqir, yang tidak mempunyai apa2, lalu hatinya menyerah diri : لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّهِ "tiada daya dan tiada upaya, melainkan Allah"
Walau bagaimanapun Tauhid Hakiki dan keikhlasan yang sejati yang berserta dengannya hanya tercapai setelah mujahadah lama, tidak dapat dengan hanya suluk 10 hari. Sebahagian Masyaikh terdahulu mujahadah puluhan tahun semata2 untuk memperoleh Tauhid yang hakiki dan keikhlasan sejati ini.
Bukti ke-6 : Sifat takabbur, 'ujub, riya', sum'ah dan ananiyyah berkurangan
Ahli Suluk pasti merasai perbezaannya setelah bersuluk. Syirik khafi ini akan beransur hilang sedikit demi sedikit. Keseluruhan syirik khafi ini akan terhapus apabila dia sampai ke Maqam Tauhid Af'al sebagaimana yang telah kami jelaskan pada bab pencapaian Tauhid hakiki.
Bukti ke-7 : Sifat mazmumah (kekejian hati) makin berkurang
Sesungguhnya sifat2 kekejian hati ada pada setiap manusia meskipun banyak atau kurang dan darjat kekuatannya berbeza2 dari satu orang kepada orang yang lain. Sifat2 kekejian ini sangat keras melekat di dalam hati dan amat susah hapuskannya. Tetapi Ahli Suluk mampu mengatasinya sedikit demi sedikit sehingga akhirnya terhapus semua sekali menjadi manusia yang benar bersih hatinya. Dan kesan2 awal akan dapat dirasai oleh Ahli Suluk walaupun dia baru bersuluk pertama kali.
Bukti ke-8 : Lebih wara' daripada sebelum Suluk
Orang yang benar2 bersuluk dengan penuh keikhlasan akan lebih wara' setelah keluar suluk. Jika sebelum suluk dia kurang memerhatikan makan minum, bebas bergaul, habiskan masa dengan sia2 dsb, selepas suluk dia akan lebih berhati2 dan memilih yang benar2 menepati Kehendak Allah dan Keredhaan-Nya. Semua ini lahir dari hati yang mula berubah kepada kebaikan, bukan dibuat2.
Bukti ke-9 : Kurang cinta kepada dunia dan lebih dermawan
Latihan di dalam "Qubah" atau "kubur", benar2 menimbulkan keinsafan. Sepanjang persulukan dia menginsafi dirinya, "hilang" beberapa waktu antara dunia dan Akhirat, menghitung2 dirinya, menghitung2 amalnya.
Bukti ke-10 : Permulaan memahami erti Ahlus Sunnah yang benar
Sepanjang persulukan, Ahli Suluk akan mula memahami kebenaran di sebalik "Ahlus Sunnah Wal Jamaah" dan pendokong Ahlus Sunnah yang dijamin masuk Syurga. Mereka akan mula memahami pengertian "Jamaah Rasulullah", "pengertian Jalan Ma'rifat yang diwariskan oleh Baginda", pengertian Sahabat, Khalifah Rasulullah ﷺ, dan rahsia2 di sebalik pimpinan Pewaris Nabi yang siddiq. Semua ini akan makin terang, makin terang sehingga akhirnya terang bagaikan matahari.
Demikianlah kami sebutkan sebahagian dari bukti2 nyata yang akan dapat dirasai dan dihayati oleh setiap Ahli Suluk yang ikhlas, sungguh2 dan beradab.
Jika sebahagian besar bukti dan kesan ini tidak diperoleh oleh Ahli Suluk, maka di sana terdapat kepincangan — sama ada Guru itu PALSU atau murid itu yang bermasalah, atau kedua2nya batil dan tidak menepati Ahlus Sunnah.
SIRI 74 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
14.0 Kemusykilan dan jawapan
Berikut adalah persoalan / kemusykilan yang sering ditanyakan oleh orang awam berhubung dengan "Suluk", Zikrullah, Tawajjuh dan segala hal ehwal berkaitan Sistem Tarbiyyah yang diwarisi turun- temurun oleh sekalian Masyaikh Ahlus Sunnah daripada Junjungan Besar Rasulullah ﷺ, Orang awam sentiasa di dalam kebingungan kerana pemikiran mereka sentiasa dikelirukan oleh musuh2 Ahlus Sunnah sehingga mereka menuduh dan menghinanya sebagai amalan Hindu dan Majusi. Mereka menjadi penentang Allah dan Rasul-Nya tanpa disedari.
Semoga penjelasan2 berikut menjadi penyuluh kepada kemusykilan mereka. Semoga mereka yang terpengaruh dengan fahaman dan firqah2 sesat bertaubat dan kembali kepada Jamaah Ahlus Sunnah yang BENAR...!
Kemusykilan 1
Mengapakah kebanyakan orang Islam tidak tahu berkenaan Suluk / Khilwah Rasulullah ﷺ? Mengapakah kebanyakan ustad2 / kiyai / profesor2 juga tidak mengetahui kewujudan Sistem pendidikan Unggul Ahlus Sunnah ini? Bahkan ada di antara mereka terang2an menjadi penentang?
JAWAPAN :
Jika diusul, jawapan kepada kemusykilan ini amat panjang. Kita cuba jawab ringkas, sekira2nya memadai bagi menjawab pertanyaan tersebut.
Punca utama terjadi kepincangan ini adalah kerana:
(1) Propaganda musuh2 Islam yang terdiri dari Yahudi, Nasara dan sekutu2 mereka yang berusaha siang malam untuk memesongkan Ummat dari jalan yang benar. Mereka memberikan gambaran palsu berhubung dengan Suluk / Khilwah dan juga sekalian hal ehwal Tasawwuf dan Toriqat Rasul keseluruhannya. Mereka melakukan propaganda jahat agar orang Islam terpesong menjadi musuh kepada Ahlus Sunnah sendiri.
(2) Propaganda firqah2 sesat : Khawarij (wahhabiyyah), Syi'ah (rafidhi), Sekular (liberal), dan firqah2 sesat yang lain menimbulkan kekeliruan di kalangan Ummat Islam. Kebanyakan mereka pada zaman ini terdiri dari cerdik pandai Agama berkelulusan Universiti. Mereka ini bukanlah bertaraf Ulama, jauh sekali untuk mengatakan mereka ini sebagai Mujtahid tetapi mereka ini berlagak bagaikan Mujtahid, menghukum "ini haram", "Ini bid'ah sesat", "ini khurafat" berdasarkan aqal dan pemikiran sendiri. Siang malam mereka melakukan berbagai dakyah jahat melalui media elektronik — You Tube, Fb dll.
(3) Bisikan nafsu, Syaitan, dunia dan makhluq yang sentiasa membayangi orang Islam awam dan menarik mereka daripada kebenaran menuju kesesatan.
(4) Kelemahan dan Kejahilan Ummat Islam sendiri yang makin jauh dari jalan yang benar. Mereka tidak menuntut Ilmu Ahlus Sunnah yang benar daripada Pewaris Nabi yang benar. Akibatnya mereka sentiasa tertipu dengan propaganda jahat golongan kafir, munafiq dan firqah2 sesat. Wal Iyazubillah.
SIRI 75 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
14.0 Kemusykilan dan jawapan
..Sambungan...
Kemusykilan 2:
Bilakah bermulanya penentangan terhadap Suluk / Khilwah dan sekalian yang berhubung dengan Toriqat Rasul, Tasawwuf dan Ma'rifat? Adakah pada kurun ini?
JAWAPAN
Permusuhan terhadap Sistem Suluk / Khilwah, Toriqat Rasul, Ilmu Tasawwuf dan lain2 amalan Ahlus Sunnah BUKAN perkara baru. Ia telah berlaku berkurun lamanya sejak zaman Tabiin.
Sebaik sahaja kewafatan Rasulullah ﷺ, sebahagian Ummat Islam berpecah belah. Orang2 Islam yang berpecah2 ini berpisah dari Jalan Rasulullah ﷺ serta membina firqah tersendiri dan memerangi Ummat Islam dan Khulafa' Ar-Rasyidin. Dua firqah yang paling awal yang memisahkan diri adalah :
(1) Khawarij (Wahhabiyyah, Najdiyyah, Kaum Muda)
(2) Syi'ah (rafidhi)
Kebanyakan pendokong Firqah2 sesat ini terdiri dari orang2 yang baru masuk Islam dan tidak memahami hakikat Agama. Mereka cuma mengambil zahir Syari'at (Fiqh) dan abaikan batin Syari'at (Toriqat dan Tasawwuf). Pada pendapat mereka, ilmu Tasawwuf dan Toriqat menyusahkan dan bukan dari ajaran Islam. Wal Iyazubillah. Mereka ini adalah golongan fasiq.
Cerdik pandai Agama yang berfahaman falsafah pula membawa aliran tersendiri. Mereka sekadar bahas2 Sifat2 Ketuhanan, dan abaikan Ilmu berkenaan hati dan kesucian hati. Pada pendapat golongan ini cukup sekadar bahas sifat Ketuhanan untuk memperoleh Tauhid. Mereka ini kemudian menjadi Ahli Kalam yang sesat, iaitu Khawarij (wahhabiyyah sekarang), Syi'ah (rafidhi), Mu'tazilah, Jabariyah, Mujassimah, Musyabbihah dll semuanya berjumlah 72 golongan sesat. Wal Iyazubillah.
[Rujuk : Munqiz Min-Adh-Dholal]
Di suatu sisi lain, ada yang meminati bidang keruhanian, tetapi menjadi sesat dengan angan2 sendiri. Mereka mencipta jalan2 sendiri berdasarkan nafsu dan bisikan Syaitan. Mereka meninggalkan ilmu syari'at zahir (fiqh) dan cuma tumpukan kepada Ilmu keruhanian yang mereka cipta sendiri. Maka golongan ini pun terkeluar dari Ahlus Sunnah. Mereka adalah sufi PALSU dan termasuk golongan zindiq. Wal Iyazubillah. Menurut Fatwa Al-Iman Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu, jumlah golongan zindiq pada zaman beliau adalah sebanyak 11 golongan.
[Rujuk : Sirrul Asrar]
Semua macam golongan ini terkeluar dari Jalan Lurus, Jalan Rasulullah ﷺ kerana mereka mengambil sebahagian Ilmu Agama dan engkar kepada sebahagian yang lain. Mereka menjadi fasiq atau zindiq, kedua2nya di dalam kecelakaan. Wal Iyazubillah.
Golongan2 sesat ini masih wujud sehingga zaman ini, meskipun mereka membawa nama2 yang berbeza dengan dahulu. Misalnya Firqah Khawarij, kini dikenali dengan nama Wahhabiyah atau Najdiyyah atau Kaum Muda dll.
Ustad2 dan golongan terpelajar yang menganut fahaman2 sesat inilah yang memusuhi Ilmu Tasawwuf dan Toriqat Rasul ﷺ. Mereka cuma mengambil Ilmu Syari'at (fiqh) dan abaikan Toriqat / Tasawwuf. Mereka mendakyahkan fahaman2 sesat yang mereka anuti sehingga Ummat Islam awam menjadi keliru.
SIRI 76 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
14.0 Kemusykilan dan jawapan
..Sambungan...
Kemusykilan 3:
Kami hairan, bagaimana orang yang berpangkat mufti pun boleh menjadi pendokong fahaman sesat? Mana mungkin seorang mufti menuduh amalan Suluk / Khilwah dan sekalian yang berkaitan dengan Toriqat, Tasawwuf, Ma'rifat sebagai bid'ah sesat, ajaran majusi dan hindu? Siapakah melantik mereka menjadi mufti?
JAWAPAN
Setakat pengetahuan kami, orang bergelar mufti yang sentiasa memusuhi Suluk, Toriqat, Tasawwuf dan Ma'rifat cuma seorang sahaja di Tanah Melayu ini. Mufti2 lain kebanyakannya adalah penyokong kepada persulukan menurut Ahlus Sunnah. Meskipun mereka sendiri tidak masuk Suluk, tetapi fahaman, pegangan dan pendirian mereka adalah jelas — mendokong Ahlus Sunnah yang benar. Mereka tahu dan yakin bahawa Sistem Persulukan menurut Ahlus Sunnah adalah benar kerana ia merupakan Warisan Suci daripada Junjungan Besar Rasulullah ﷺ turun-temurun tanpa putus dan di dalam Pemeliharaan Allah Ta'ala.
Kemusykilan 4:
Bolehkah kami bersuluk kepada orang yang mengaku Mursyid tetapi dia tak dapat buktikan Silsilah beliau bersambung kepada Rasulullah? Dan dia tak dapat buktikan yang dia sudah mujahadah lama pada jalan Ma'rifat dengan pimpinan Gurunya yang juga Mursyid, Pewaris Nabi yang siddiq?
JAWAPAN
Sebagaimana kami telah pun huraikan Syarat2 seorang Mursyid, Pewaris Nabi yang siddiq, di antara Syarat utamanya adalah beliau mempunyai Silsilah perguruan dan pengambilan Ilmu turun-temurun daripada Junjungan Rasulullah ﷺ. Beliau juga mestilah seorang yang telah mujahadah lama dengan pimpinan Gurunya yang juga Pewaris Nabi yang siddiq. Mereka yang mengaku Mursyid tetapi tak dapat buktikan hal ini hanyalah pendusta yang mencari keuntungan duniawi. Mereka bukan Mursyid Pewaris Nabi dan dilarang memimpin Suluk.
Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anhu:
"Seseorang yang menjadi Shaikh kerohanian (Mursyid, Pewaris Nabi) mesti memiliki lima syarat, jika tidak dia adalah penipu yang hanya memimpin kepada kebodohan. Dia mesti sangat mahir di dalam Syari'at, sementara sangat dalam pengetahuannya di dalam haqiqat. Dia mestilah sangat lemah lembut dalam perkataan dan tingkah lakunya kepada yang berhajat, selalu memuliakan tetamu2 yang datang kepadanya dengan penuh kasih sayang. Dia juga mestilah sangat 'alim dalam halal dan haram. Dia memimpin si salik pada jalan ma'rifat, sebagaimana dia sendiri telah dipimpin oleh Shaikhnya, sempurna di dalam kemurahan hatinya."
[Qala'id Al-Jawahir]
Berkata Shaikh Muhammad An-Nazili Radhiallahu Anh :
"Orang yang silsilahnya / sanadnya tidak bersambung ke hadrat Nabi ﷺ, itu terputus dari pancaran ruhaniah dan bukanlah ia Pewaris Rasulullah ﷺ, (bukan Murshid) serta tidak boleh membai'at dan tidak boleh memberi ijazah."
[Khazinah Al-Asrar]
Berkata Shaikh Ahmad al-Kamashkhanawi Radhiallahu Anh :
"Semua Ulama salaf sepakat bahawa orang yang silsilahnya tidak bersambung kepada Guru2 Toriqah sehingga Rasulullah ﷺ dan tidak mendapat izin untuk memimpin Ummat di majlis Toriqah, tidak boleh menjadi Mursyid, tidak boleh membai'at dan tidak boleh mengajarkan zikir dan amalan2 lain di dalam Toriqah."
[Jami' Usul Fil Aulia]
SIRI 77 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
14.0 Kemusykilan dan jawapan
..Sambungan...
Kemusykilan 5:
Apakah dibenarkan melakukan Suluk sendrian tanpa pimpinan Mursyid, Pewaris Nabi yang siddiq?
JAWAPAN
Dilarang keras melakukan Suluk sendirian tanpa pimpinan Mursyid, Pewaris Nabi yang siddiq. Suluk / Khilwah menurut Ahlus Sunnah mempunyai peraturan, Syarat, hukum dan adab2 tersendiri yang wajib dipatuhi. Di antara syarat terpenting adalah WAJIB mempunyai Pemimpin keruhanian yang menepati syarat2 sebagai Pewaris Nabi yang Siddiq.
Barangsiapa tidak mematuhi syarat2 ini bukan sahaja tidak akan dapat sebarang hasil, sebaliknya akan tertipu dengan bisikan Iblis.
Sebahagian orang Islam yang ghairah dengan karomah hissiyyah, melakukan khilwah sendirian di Gunung2 dan mendakwa berjumpa dengan Wali2 Allah atau mendakwa mendapat berbagai cahaya yang hebat2. Bahkan sangat berani mendakwa dilantik menjadi Mursyid oleh Wali ghaib. Sesungguhnya mereka tertipu dengan godaan nafsu dan tipudaya Syaitan.
Sebagaimana kami huraikan hal ini di dalam Risalah : "Mengapa Orang alim, Imam Solat dan Hafiz Qur'an pun terkena gangguan Jinn Syaitan",... Iblis mempunyai seribu helah untuk menipu daya manusia termasuklah mereka yang alim fiqh, ahli ibadah, orang yang rajin solat, bahkan hafiz Qur'an sekalipun boleh terkena hembusan Iblis. Contoh2 Iblis menyesatkan orang2 bergelar "Ulama" sepanjang sejarah Ummat cukup untuk dijadikan pengajaran.
Satu2nya hamba Allah yang tak dapat ditipu oleh Iblis adalah Ahli Ma'rifat yang telah tahqiq pada maqam Tauhid Zat, iaitu Mursyid peringkat tertinggi (rujuk catitan2 berkenaan Maqam Tauhid Zat yang telah dihuraikan). Iblis tak mampu menipu daya Ahli Ma'rifat kerana mereka sudah mengenal siapa Iblis dan sangat arif mengetahui jalan2 dia masuk menyesatkan manusia. Ahli Ma'rifat telah menempuh perjalanan yang jauh merentasi dunia keruhanian yang terbentang luas tak bertepi. Dari Rahmat Kurniaan Allah, mereka mampu bezakan seruan Haq dengan seruan batil, dan mampu bezakan cahaya Ketuhanan dengan cahaya palsu Iblis. Ringkasnya, Allah Ta'ala Kurniakan Ahli Ma'rifat segala Kelengkapan bagi memimpin manusia dengan selamat kepada Allah.
Inilah sebabnya sekalian Masyaikh Ahlus Sunnah telah menetapkan bahawa barangsiapa tidak mempunyai seorang Mursyid yang siddiq sebagai Pemimpinnya di dalam Agama, kelak dia akan dipimpin oleh Syaitan. Maksudnya adalah : Setiap Muslim WAJIB mencari dan mengikut seorang yang Mursyid, Pewaris Nabi yang siddiq (benar) yang menepati syarat2nya, agar selamat Agamanya, selamat Aqidahnya, selamat sekalian amal ibadahnya daripada dicampuri fahaman2 batil dan sesat. Dan selamat dari tipu daya Iblis dan kuncu2nya yang sentiasa menunggu2 peluang untuk menyesatkan manusia.
✨🕌✨ Berkata Imam Ghazali :
“Murid memerlukan seorang Mursyid atau guru keruhanian yang dapat diikutinya, agar dia menunjukkannya ke jalan yang lurus. (jalan benar yang diredhai Allah) Jalan agama sangatlah samar, (tak dapat bezakan haq dan batil, benar atau salah) dan jalan-jalan syaitan sangat banyak dan jelas (terbuka luas untuk dimasuki oleh siapa sahaja) Oleh kerana itu, jika seseorang yang tidak mempunyai Shaikh ( Mursyid )yang membimbingnya,maka pasti syaitan akan menggiringnya (memimpin dan memujuknya) menuju jalannya.
[Ihya Ulumuddid Bab Ilmu]
SIRI 78 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
14.0 Kemusykilan dan jawapan
..Sambungan...
Kemusykilan 6:
Adakah setiap Sistem Persulukan berasal dari Junjungan Besar Rasulullah ﷺ atau ianya hasil pemikiran Ulama?
JAWAPAN
Suluk adalah kemuncak Tarbiyyah di dalam Toriqat, sedang Toriqat yang sahih adalah Warisan suci daripada Rasulullah ﷺ, maka tiada khilaf lagi dasar2 Suluk adalah bersumber dari Wahyu dan Sunnah Baginda. BUKAN hasil pemikiran Ulama.
Ulama Mujtahid hanyalah melakukan ijtihad dan istimbat hukum berdasarkan Al-Qur'an dan Sunnah. Ertinya mereka meneliti, mengkaji secara mendalam kedua2 Sumber Agung Agama (Al-Qur'an dan Sunnah) bagi menetapkan hukum-hakam, peraturan, syarat dan adab2nya. Kemudian mereka himpunkan setiap hukum, peraturan, syarat dan adab2 tersebut di dalam suatu bentuk tersusun rapi dan lengkap bagi menjalankan keseluruhan Toriqat.
Semua ini (ijtihad menetapkan hukum-hakam, peraturan, syarat dan adab) mereka lakukan dengan Petunjuk Allah dan pimpinan ruhaniyah Rasulullah ﷺ, BUKAN pendapat mereka sendiri. Meskipun mereka menghimpunkan sekalian dalil2 dan hujjah2 didalam Al-Qur'an dan Sunnah bagi menetapkan suatu hukum, mereka tidak terus mengeluarkan suatu fatwa berdasarkan pemikiran mereka, melainkan mereka menunggu Petunjuk Allah (Ilham Ketuhanan, kasyaf Ilahiyyah) dan bimbingan Rasulullah ﷺ. Apabila telah nyata Cahaya Rabbaniyyah atas suatu perkara yang hendak ditetapkan, barulah mereka mengeluarkan fatwa dan hukum.
✨🕌✨ Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:
"Seseorang tidak dapat dikatakan Sufi (Mursyid, Pewaris Nabi) sehingga dia sampai ke maqam di mana dia dianugerahi pandangan kepada Rasulullah ﷺ di dalam mimpinya dan diberi arahan dan tegahan. Jika keadaan ini terjadi maka hatinya akan dinaikkan ke Maqam lebih tinggi serta disucikan batinnya. Beliau seterusnya akan memperoleh kehampiran dengan Allah Ta'ala sementara tangannya di dalam pimpinan tangan Rasulullah ﷺ.
(Fath-Ar-Rabbaniy Wa Faidh Ar-Rahmaniy)
Inilah kemurnian Ilmu Ahlus Sunnah sejak zaman Tabiin, yang tetap terpelihara keaslian dan kesuciannya di tangan Pewaris Nabi yang siddiq sampai Qiamat. Ahlus Sunnah yang benar (tulen) tiada ternoda oleh pendapat "Ulama nafsu", "Mufti sesat" atau Pemerintah fasiq.
Ini sebabnya Imam Ghazali menegaskan (setelah bersuluk selama 11 tahun di bawah bimbingan Mursyid, Pewaris Nabi yang siddiq) :
✨🕌✨ Berkata Imam Ghazali Radhillahu anhu:
"Selama waktu berkhilwah itu terbukalah bagiku rahsia yang tak terhitung jumlahnya,tak mungkin di istiqsa ( membahas sesuatu sejauh-jauhnya dan sedalam-dalamnya ). Yang kukatakan untuk mengambil manfaatnya – ialah aku benar2 yaqin, kaum Sufi (Ahli Ma'rifat @ Mursyid, Pewaris Nabi yang siddiq ) itulah yang benar2 telah menempuh jalan yang diKehendaki Allah Ta’ala. Merekalah golongan yang paling utama cara2 hidupnya, paling tepat tindak lakunya dan paling tinggi budi pekertinya. Bahkan andaikata aqal para uqala, hikmah para hukama, dan ilmu para ulama yang tahu rahsia syara’, semua itu dihimpun untuk menciptakan suatu cara yang lebih utama dari cara Ahli Sufi itu, tiada akan memberi hasil; sebab segala gerak geri mereka (ahli Sufi) baik zahir maupun batin, di terangi cahaya Kenabian.
[Munqiz Min-adh-Dholal]
Kesimpulan mudah yang kami ingin katakan:
Keseluruhan Ilmu Ahlus Sunnah sama ada Syari'at dan Toriqat, fiqh dan tasawwuf, Islam, Iman, Ihsan... semuanya adalah Ijtihad, Ulama Pewaris Nabi yang siddiq bertaraf Mujtahid berdasarkan Al-Qur'an dan Sunnah serta Petunjuk Allah dan Bimbingan Rasulullah ﷺ. Oleh yang demikian Ahlus Sunnah akan tetap di atas Jalan Lurus dan sentiasa terpelihara daripada kesesatan.
SIRI 79 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
14.0 Kemusykilan dan jawapan
...Sambungan...
Kemusykilan 7:
Apakah perbezaannya Mursyid yang memimpin Suluk 10 hari dengan Mursyid yang pimpin Suluk 40 hari. Adakah ini disebabkan oleh maqam yang berbeza antara mereka?
JAWAPAN
Mursyid, Pewaris Nabi yang siddiq yang menerima Amanah Allah untuk memimpin ummat kepada Ketuhanan bukan satu peringkat semuanya, sebaliknya terdiri dari 4 tingkatan. Kedudukan mereka dan kelayakan mereka memimpin Suluk sesuai dengan pencapaian Maqam Tauhid mereka pada Jalan Ma'rifat.
Pertama : Mursyid Maqam Asma'
■ Ini serendah2 tingkatan Mursyid.
■ Maqam beliau adalah Maqam Tauhid Asma'
■ Diizinkan memimpin Jamaah Suluk selama 10 hari sahaja.
■ Mampu memimpin murid setinggi2nya kepada Maqam Tauhid Asma'.
Kedua : Mursyid Maqam Sifat
■ Ini Mursyid tingkatan ke-2.
■ Telah sampai Maqam Tauhid Sifat.
■ Diizinkan memimpin Jamaah suluk selama 20 hari sahaja.
■ Mampu memimpin murid sampai kepada Maqam Tauhid Sifat sahaja.
Ketiga : Mursyid Maqam Zat
■ Ini Mursyid tingkatan ke-3.
■ Telah sampai Maqam Tauhid Zat.
■ Diizinkan memimpin Jamaah suluk selama 40 hari penuh.
■ DiKurniakan kemampuan untuk memimpin murid sampai setinggi2 Tauhid, Maqam Tauhid Zat dengan Rahmat dan Kurnia-Nya Yang Maha Meliputi segenap alam semesta.
Keempat : Mursyid Maqam Tajjali Zat
Syarat2 dan peraturan sama seperti Mursyid pada maqam Tauhid Zat, namun Mursyid pada kedudukan ini mempunyai beberapa keistimewaan tersendiri. Jumlah mereka pada satu2 zaman amat sedikit sekali.
Beberapa catitan penting :
(1) Sebagaimana sudah maklum, Pemimpin Suluk mestilah seseorang yang telah mencapai taraf Mursyid, Pewaris Nabi yang siddiq. Dia mencapai taraf tersebut atas Kurnia Allah Yang Maha Pemurah setelah dia mujahadah lama menyucikan hatinya dan menempuh perjuangan yang panjang melawan nafsu dan syaitan dengan bimbingan Gurunya yang Arif (yang merupakan Pewaris Nabi yang siddiq), sehingga hati dan ruhnya mencapai kesucian mutlaq.
(2) Ditegaskan lagi di sini. Setiap Mursyid, Pewaris Nabi adalah pilihan Allah Ta'ala, dan BUKAN pilihan manusia, BUKAN pilihan Jabatan Agama, BUKAN mufti, BUKAN Pemerintah atau lain2nya. Gurunya cuma menzahirkan / isytiharkan petunjuk Allah kepada beliau. Beliau sendiri tiada kuasa apa2 menentukan seseorang yang sudah sampai ke Maqam Khalifah dan layak menjadi Mursyid.
(3) Perbezaan kelayakan dan kemampuan memimpin suluk (bilangan hari suluk yang berbeza2) adalah kerana perbezaan keruhanian mereka. Mursyid pada Tingkatan Maqam Tauhid Zat mempunyai keruhanian yang tinggi, maka layaklah mereka membawa Persulukan selama 40 hari terus-menerus.
(4) Kebanyakan Mursyid hanya mempunyai kelayakan dan kemampuan membawa Suluk selama 10 hari. Ini bermaksud mereka mesti khatamkan Suluk selepas tamat 10 hari persulukan. Kemudian mereka boleh buka persulukan lagi 10 hari pada masa kemudiannya.
(5) Mursyid pada Tingkatan Maqam Tauhid Zat boleh membuka Persulukan selama 40 hari. Kemudian dikhatamkan pada hari ke-40. Setelah itu beliau boleh buka lagi Persulukan selama 40 hari pada keesokannya atau boleh rehat beberapa hari dan buka lagi pada masa kemudiannya.
(6) Sistem Persulukan selama 10 hari atau 20 hari atau 40 hari adalah ijtihad Masyaikh Ahlus Sunnah berdasarkan Al-Qur'an dan Hadith. Ulama Mujtahid meneliti setiap perintah Allah dan Sunnah dan menyusun Sistem Persulukan yang rapi dan tersusun.
SIRI 80 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
14.0 Kemusykilan dan jawapan
...Sambungan...
Kemusykilan 8:
Beribadah dan zikir di dalam gelap. Golongan khawarij (wahhabiyyah, najdiyyah, kaum muda) menuduh ibadah dan zikir di dalam gelap itu bid'ah sesat. Apakah dalil dan hujjah beribadah dan berzikir di dalam suasana agak gelap atau cahaya suram?
JAWAPAN
Kita telah menegaskan berulang kali, Mursyid, Pewaris Nabi yang siddiq adalah sebenar2nya Pewaris Nabi yang memimpin Ummat kepada Jalan keselamatan. Pegangan, pendirian dan amal ibadah yang mereka bawa adalah bersumber dari Al-Qur'an, Sunnah dan Ijma' Qias Ulama.
Ungkapan yang tepat adalah :
Berzikir, munajat dan beribadah di dalam suasana cahaya yang kecil atau dikatakan gelap sedikit, BUKAN gelap terus sampai tak nampak rupa dan suasana keliling.
Ahli suluk dilatih berzikir, munajat dan ibadah di dalam suasana suram / gelap sedikit adalah kerana suasana begini akan membawa penumpuan yang lebih kepada ibadah dan kesan yang lebih kuat ke dalam hati.
Dalil 1 :
✨🕌✨ Firman Allah تَعَالَى
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡمُزَّمِّلُ (١) قُمِ ٱلَّيۡلَ إِلَّا قَلِيلاً۬ (٢) نِّصۡفَهُ ۥۤ أَوِ ٱنقُصۡ مِنۡهُ قَلِيلاً (٣) أَوۡ زِدۡ عَلَيۡهِ وَرَتِّلِ ٱلۡقُرۡءَانَ تَرۡتِيلاً (٤) إِنَّا سَنُلۡقِى عَلَيۡكَ قَوۡلاً۬ ثَقِيلاً (٥) إِنَّ نَاشِئَةَ ٱلَّيۡلِ هِىَ أَشَدُّ وَطۡـًٔا وَأَقۡوَمُ قِيلاً (٦)
"Wahai orang yang berselimut! Bangunlah sembahyang Tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil". (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya). Sesungguhnya ibadah malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih teguh bacaannya."
[Al-Muzzammil (73) : ayat 1-6]
Ayat ini memerintahkan Rasulullah bangun menghidupkan malam dengan berzikir, solat Tahajjud dan munajat. Ulama Ahlus Sunnah merumuskan bahawa ayat ini merupakan setengah dari dalil yang mewajibkan Rasulullah ﷺ melakukan Qiamullail sedangkan bagi Ummat Baginda ianya Sunnat yang sangat dituntut. Allah Ta'ala memerintah agar Baginda dan Ummat Baginda hidupkan waktu malam dengan beribadah kerana waktu malam (suasana gelap sedikit, cahaya yang suram) mempunyai kesan yang sangat kuat kepada hati.
Dalil 2:
Rasulullah ﷺ melakukan khilwah di Gua Hira — memberi isyarat akan keutamaan berzikir dan munajat di dalam keadaan gelap atau dikatakan suasana cahaya yang suram.
Dalil 3:
Wahyu yang pertama : " Iqra " diturunkan kepada Rasulullah ﷺ, ketika Baginda sedang munajat dan berzikir pada waktu malam di Gua HIra'.
Dalil 4:
✨🕌✨ Hadith Rasulullah ﷺ
Daripada Aisyah Radhiallahu anha, beliau berkta : "Di suatu malam aku merasa kehilangan Nabi dari tempat tidur Baginda, kemudian aku cari Baginda dengan meraba-raba (kerana keadaan gelap), ternyata tanganku menyentuh telapak kaki Baginda dan Baginda (ketika itu) sedang sujud dan kedua telapak kaki Baginda sedang ditegakkan."
[Imam Muslim]
Demikian sebahagian dalil dan hujjah berkenaan keutamaan berzikir dan beribadah di dalam suasana gelap sedikit / cahaya kecil. Seandainya beribadah di dalam gelap atau di dalam suasana cahaya yang suram dikatakan sebagai sesat dan khurafat, maka mereka telah menentang Allah dan Rasul-Nya.
Bersambung siri 81 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
______________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment