■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
SIRI 61 ;
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.9 Dosa Besar ke-8: Rasa Aman Dari Kemurkaan Allah
sambungan...
Ketiga:
Hendaklah waspada pada setiap perbuatan, perkataan dan lintasan di dalam hati — Jangan sesekali meremehkan apa jua dosa dengan anggapan ianya dosa kecil. Memandang enteng sebuah dosa merupakan dosa besar.
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْمُؤْمِنَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ قَاعِدٌ تَحْتَ جَبَلٍ يَخَافُ أَنْ يَقَعَ عَلَيْهِ وَإِنَّ الْفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَذُبَابٍ مَرَّ عَلَى أَنْفِهِ فَقَالَ بِهِ هَكَذَا (رواه البخاري)
“Sesungguhnya seorang mu'min (ketika) dia melihat dosa-dosanya, adalah bagaikan dia duduk di lereng sebuah gunung, dan dia sangat bimbang gunung itu akan menimpanya. Sedangkan seorang fajir (ahli ma'siat), ketika dia melihat dosa-dosanya adalah seperti ia melihat seekor lalat yang hinggap di batang hidungnya, kemudian dia mengusirnya seperti ini lalu terbang.
[Imam Bukhari]
Kata Imam Ghazali :
Setiap dosa yang dinilai besar oleh pelakunya, lalu disertai dengan penyesalan sesudahnya secara mendalam, maka dosa itu menjadi kecil pada pandangan Allah. Sebaliknya, jika dia menganggap remeh suatu dosa, hal itu dapat menjadi besar pada padangan Allah. Dosa itu menjadi besar disebabkan oleh kerana hati pelakunya tidak menolak dan tidak membencinya.'
[Ihya Ulumuddin]
Keempat :
Hendaklah sentiasa takut kepada Ujian dan dugaan Allah yang datang dari berbagai arah dan bentuk. Jangan sesekali rasa aman dari dugaan Allah Ta'ala:
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
اَللَّهُمَّ اقْسِمْ لَنَا مِنْ خَشْيَتِكَ مَاتَحُوْلُ بَيْنَنَا وَبَيْنَ مَعْصِيَتِكَ وَمِنْ طَاعَتِكَ مَا تُبَلِّغُنَابِهِ جَنَّتَكَ وَمِنَ الْيَقِيْنِ مَاتُهَوِّنُ بِهِ عَلَيْنَا مَصَائِبَ الدُّنْيَا
“Ya Allah, Anugerahkan kepada kami rasa takut kepada-Mu yang membatasi antara kami dengan perbuatan maksiat kepadamu dan Kurniakanlah kami keta'atan (taufiq untuk melakukan keta'atan) yang dapat menghantarkan kami ke Syurga-Mu dan Anugerahkanlah kami keyakinan (Tauhid yang teguh) sehingga menjadi ringan bagi kami segala musibah di dunia ini.”
[Imam At-Tirmizi, Imam An-Nasai]
Berkata Imam Ibnu Hajar Al-Haythami :
"Dikisahkan apabila Iblis mendapat ujian, Jibril dan Mikail menangis. Allah Berfirman : "Apa yang menyebabkan kamu menangis?" Keduanya menjawab : "Kami tidak akan selamat dari ujian-Mu" Allah Ta'ala Berfirman : " Begitulah kamu berdua tidak akan selamat dari Ujian-Ku"
[Az-Zawaajir]
Kelima:
Lazimkan diri amal dengan doa "Tetap Iman" yang Rasulullah ﷺ ajarkan, bahkan Baginda insan paling Agung juga menjadi contoh unggul amalkan doa ini sampai akhir hayat Baginda.
✨🕌✨ Hadith Rasulullah ﷺ :
كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ: يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، آمَنَّا بِكَ وَبِمَا جِئْتَ بِهِ فَهَلْ تَخَافُ عَلَيْنَا؟ قَالَ: نَعَمْ، إِنَّ القُلُوبَ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللهِ يُقَلِّبُهَا كَيْفَ يَشَاءُ.
(Berkata Sayyidina Anas Radhiallahu anhu) : Adalah Rasulullah ﷺ selalu mengucapkan:
“يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِك”
(Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas Agama-Mu). Kemudian aku (Anas) pun bertanya: "Wahai Rasulullah, kami beriman kepadamu dan kepada apa yang engkau bawa, lalu apakah engkau masih bimbang kepada kami?"
Baginda menjawab: "Ya, kerana sesungguhnya hati manusia berada di antara dua jari Allah yang Dia bolak-balikkan menurut yang dikehendaki-Nya."
[Imam At-Tirmizi, Imam Al-Baihaqi, Imam Imam Ahmad]
Berkata Imam Ibn Hajar Al-Haythami Radhiallahu anhu:
"Adapun pengertian "di antara dua jari" sebagaimana tersebut di dalam Hadith adalah dua seruan menuju dua perkara yang saling bertentangan. (dua seruan yang bertentangan di dalam hati iaitu Keimanan dan Kekufuran).
[Az-Zawajir]
Perhatikanlah dari hati yang dalam :
Rasulullah ﷺ sendiri lazimkan doa mohon pertolongan Allah Ta'ala agar ditetapkan hati dalam Iman dan jauh daripada segala kekufuran sedangkan Baginda adalah Insan Pilihan Teragung yang dijamin oleh Allah. Apa lagi manusia2 kerdil seperti kita yang sentiasa bergelumang dengan berbagai dosa dan kekejian. Adakah kita insan kerdil merasa aman dari "Makar" Allah Ta'ala?
Jangan!
Jangan sesekali tunjuk berani dengan dosa2, walau sekecil mana pun dosa. Jangan rasa aman dan hebat kerana harta, kekayaan, pangkat kedudukan yang kita miliki di atas muka bumi. Bahkan jangan rasa hebat disebabkan amal yang banyak sekalipun. Sebaliknya sentiasa rasakan diri lemah, dhaif dan kekurangan diri. Di sisi lain tetap harapkan Rahmat Allah Ta'ala bahawa Dia pasti menolong hamba2-Nya yang lemah, dhaif dan sentiasa mengharap Rahmat-Nya.
Moga Allah Ta'ala tetapkan hati kita di dalam Keimanan dan Tauhid yang teguh sampai akhir nafas.
SIRI: 62
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.10 Dosa Besar ke-9: Kufur Ni'mat Allah
Definisi :
Kufur Ni'mat bermaksud mengengkari segala Ni'mat Pemberian Allah Ta'ala, dan tidak menggunakan pada jalan yang diRedhai Allah sebaliknya menggunakannya pada jalan yang diMurkai-Nya.
Larangan Kufur NI'mat ini terbentang luas dalam Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya. Orang2 yang Kufur Ni'mat diancam dengan Kemurkaan Allah dan azab yang amat pedih.
✨🕌✨ Firman Allah :
فَٱذۡكُرُونِىٓ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡڪُرُواْ لِى وَلَا تَكۡفُرُونِ
"Oleh itu ingatlah kamu kepada-Ku (zikir pada-Ku sebanyak2nya) , supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah (Gunakan segala kurnia Allah pada Jalan Allah) kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur (akan nikmat-Ku)"
[Al Baqarah (2) : ayat 152]
✨🕌✨ Firman Allah :
وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَٮِٕن شَڪَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡۖ وَلَٮِٕن ڪَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ۬
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu Berfirman: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih."
[Ibrahim (14) : ayat 7]
✨🕌✨ Firman Allah :
وَءَاتَٮٰكُم مِّن ڪُلِّ مَا سَأَلۡتُمُوهُۚ وَإِن تَعُدُّواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ لَا تُحۡصُوهَآۗ إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَظَلُومٌ۬ ڪَفَّارٌ۬
"Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung Nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat zalim lagi kufur (Kufur Ni'mat Allah)"
[Ibrahim (14) : ayat 34]
Perkataan "kufur" dalam ayat2 di atas adalah Kufur Ni'mat, iaitu lalai dari bersyukur kepada Allah, tidak pedulikan segala Ni'mat Allah kepadanya, lupakan Allah dan tenggelam dalam kelazatan dunia. Kufur Ni'mat adalah berlawanan dengan Syukur Ni'mat.
Orang yang sentiasa menggunakan sekalian pemberian Allah kepadanya pada jalan yang diRedhai dan diKasihi Allah adalah dikatakan orang yang bersyukur. Sebaliknya orang yang enggan ucap Syukur kepada Allah dan sewenang2 menggunakan Ni'mat Allah kepada hal2 yang tidak diRedhai-Nya adalah dikatakan Kufur Ni'mat.
Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu :
"Dan pengertian kufur Ni'mat ialah : Lawan kepada yang demikian (lawan kepada Syukur). Ada kalanya dengan meninggalkan pemakaian Ni'mat atau menggunakannya pada tempat yang tidak di- Kasihi-Nya."
[Ihya Ulumuddin]
Huraian kepada Syukur Ni'mat dan lawannya Kufur Ni'mat mempunyai hubungan rapat dengan Iman / Tauhid / Ma'rifat seseorang kepada Allah Ta'ala. Dalam ertikata lain sifat Syukur Ni'mat Allah adalah tanda2 menunjukkan Keimanan yang tinggi sementara kufur kepada Ni'mat Allah adalah tanda2 kelemahan Iman atau kerosakan Iman pada diri seseorang Islam, Wal Iyazubillah.
SIRI 63 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.10 Dosa Besar ke-9: Kufur Ni'mat Allah
sambungan....
Tiga keadaan kufur Ni'mat:
Kufur Ni'mat meliputi sekalian hal ehwal kehidupan manusia — dirangkumkan menjadi tiga :
Kufur pada lisan
Kufur pada perbuatan
Kufur dalam Hati
Pertama : Engkar Ni'mat Allah dengan Lisan:
Enggan mengucap Syukur Alhamdulillah. Lidah keras mengucap ungkapan "Alhamdulillah". Jika ada ucapan "Alhamdulillah" pun hanya sekadar adat seperti yang biasa dilakukan oleh manusia, dan BUKAN dari hati yang sedar akan Ni'mat2 tersebut. Atau menafikan terus sesuatu Ni'mat itu dari Allah...dan ini lebih berat.
Kedua : Engkar Ni'mat Allah dengan Perbuatan:
Menggunakan segala Ni'mat Allah Ta'ala pada jalan diMurkai Allah. Setiap hari manusia menderhakai Allah dengan menggunakan Ni'mat Allah pada jalan yang salah, jalan yang diMurkai Allah. Contoh2nya amat banyak sekali.
Ketiga: Engkar Ni'mat Allah dalam hati:
Ertinya tidak akui dalam hati segala Ni'mat yang dia peroleh dalam kehidupan. Pada anggapan orang ini, segala kelebihan dan ni'mat2 hidup seperti kesihatan, kekayaan, harta benda, wang ringgit, kepandaian, kedudukan, pangkat dan lain2nya adalah usaha dia sendiri. Orang ini lupa akan Allah, lupa bahawa semua itu pemberian dan Anugerah Allah. Dia lupa kepada Rabb yang sentiasa anugerahi segala macam Ni'mat keperluan hidup dia. Inilah kekufuran paling berat. (di suatu sudut pandang ini yang dikatakan Syirik hati, syirik tersembunyi dalam hati)
Ketiga2 jenis Kufur Ni'mat ini berlaku pada semua orang awam Islam. Mereka lalai dari Syukur kepada Allah. Mereka jarang sekali mengucap Syukur kepada Allah dengan penuh kesedaran Iman. Mereka salah gunakan Ni'mat Allah pada perkara2 yang berlawanan dengan Kehendak Allah.
Bentuk2 kekufuran:
Kekufuran yang dilakukan oleh orang beriman terbahagi dua bentuk : Satu yang berupa Kufur Ni'mat Duniawi dan yang kedua Kufur Ni'mat Ukhrawi.
Bentuk Pertama : Kufur Ni'mat harta benda dunia
Kufur Ni'mat harta benda dunia bermaksud mengengkari sekalian pemberian Allah berupa keperluan bagi kesinambungan hidup seperti yang telah disebutkan termasuk udara, air, cahaya Matahari dll.
Bentuk kedua : Kufur Ni'mat Akhirat :
Kufur Ni'mat Akhirat adalah bermaksud mengengkari Ni'mat Iman, hidayah dan Taufiq untuk melakukan segala ibadah. Umumnya Allah Ta'ala Kurniakan Hidayah — Petunjuk kepada seseorang untuk beriman dan Kurniakan Taufiq — kekuatan untuk beramal soleh. Maka kufur Ni'mat sini bermaksud seseorang mensia-siakan Kurniaan Keimanan. Tidak peduli dengan Perintah Allah Ta'ala. Tak pedulikan Solat, Puasa, Zakat, Zikir dll.
Hamba2 Allah yang ditunjukki jalan Ma'rifat memperolehi lebih banyak Ni'mat Akhirat ini. Mereka diKurniakan ketinggian Zikrullah, Solawat, Istighfar dan ibadah2 lainnya. Mereka diKurniakan khusyu dalam Solat. Mereka diKurniakan jiwa yang benar2 suci. Mereka terhindar dari Sifat2 keji dan Syirik hati. Mereka diKurniakan "Syurga yang disegerakan di dunia" iaitu ketenangan luar biasa berserta Allah yang tidak akan didapati oleh orang awam.
Semua ini merupakan Ni'mat Allah Ta'ala yang bersifat Akhirat yang tidak ternilai harganya, TIDAK dapat ditukarkan oleh seluruh kekayaan atas muka bumi. Bahkan jika ditambah dengan kekayaan demikian berlipat2 beribu kali ganda sekalipun, ia TIDAK akan menyamai satu saat mengerjakan Zikrullah pada Jalan Ma'rifat. Dengan demikian keengkaran kepada segala Ni'mat Allah yang bersifat ukhrawi ini merupakan dosa besar yang amat berat sekali.
SIRI 64 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.10 Dosa Besar ke-9: Kufur Ni'mat Allah
sambungan....
Contoh2 Kufur Ni'mat:
Contoh 1:
Salah guna harta kekayaan seperti habiskan wang ringgit pada tempat yang sia-sia dan melalaikan. Misalnya mendirikan pentas2 hiburan dan nyanyian yang melalaikan.
Contoh 2:
Berlebih-lebihan pada menghias tempat kediaman. Berlebihan pada membeli aksesori kenderaan atau membeli pakaian baru silih berganti sedangkan pakaian lama masih elok dan boleh dipakai. Bukanlah larangan menghias rumah atau memasang aksesori kenderaan atau memakai pakaian baru... namun apabila berlebih2an maka jadilah pembaziran dan kufur Ni'mat.
Contoh 3:
Enggan memberi makan kepada faqir miskin dan orang2 yang susah sedangkan dia seseorang yang berharta. Orang yang berharta tetapi tidak pedulikan anak yatim dan faqir miskin. Ini kufur Ni'mat.
Contoh 4:
Berlebih-lebihan pada makanan sehingga membazir. Contoh lazim yang terjadi adalah semasa berbuka puasa bulan Ramadhan, makanan yang dibeli terlalu banyak sehingga akhirnya dibuang. Contoh terbaru adalah semasa pengumuman PKP, ramai orang yang kaya membeli makanan berlebihan namun tak digunakan. Akhirnya dibuang.
Contoh 5:
Habiskan masa sia2 dengan permainan atau hiburan yang melalaikan. Hiburan pada asasnya adalah harus dengan syarat tidak bertentangan dengan hukum. Namun apabila seseorang habiskan masa terus- menerus dalam permainan atau hiburan, maka ini termasuk kufur Ni'mat. Dikatakan kufur Ni'mat kerana pada setiap saat terdapat Ni'mat Allah yang akan dituntut.
Contoh 6:
Salah guna kuasa. Sesungguhnya Kuasa Pimpinan atau Pemerintahan adalah Amanah Allah yang amat besar. Sesiapa yang diberi kuasa kemudian dia menggunakan kuasa tersebut sewenang2nya mengikut kehendak nafsu untuk melakukan kerja2 fasiq dan menzalimi manusia, maka dia telah menjerumuskan diri ke dalam kekufuran yang amat berat.
Contoh 7:
Tidak Syukur (terima masih) kepada hamba2 Allah yang menjadi asbab manusia mendapat berbagai Rahmat dan Pertolongan Allah. Di antara hamba2 Allah yang menjadi asbab seseorang memperoleh berbagai Ni'mat Allah adalah kedua Ibu bapanya, Guru2 sekolah, Saudara2 kandungnya dan Sahabat2nya yang banyak membantu dalam menempuh kehidupan. Tidak bersyukur kepada mereka sama seperti tidak bersyukur kepada Allah.
Contoh 8 :
Tidak Syukur (terima kasih) kepada Pewaris Nabi yang siddiq (Mursyid yang siddiq) yang memimpinnya. Jika seseorang diKurniakan oleh Allah seorang Pewaris Nabi yang Siddiq (Mursyid yang siddiq) sebagai pembimbingnya kepada Allah Ta'ala, maka ini adalah suatu Ni'mat yang terlebih besar manfaatnya, bahkan jauh lebih besar dari sekalian dunia dan seisinya, kerana dengan pimpinan mereka, seseorang Muslim dapat meningkatkan Keimanannya kepada peringkat yang paling tinggi menjadi insan2 yang bertaqwa dan diKasihi Allah.
Contoh 9 :
Sia-siakan Agama. Tidak mensyukuri Ni'mat Allah Ta'ala yang menjadikannya seorang Islam yang beriman. Kufur Ni'mat Iman bermaksud abaikan ibadah dan perintah Allah yang lain. Tidak mempedulikan ajaran Islam. Tidak mempedulikan ajaran Rasulullah ﷺ. Kehidupannya dipenuhi dengan falsafah kehidupan jahiliah dan kefasikan. Ini manusia paling rugi.
Lain2:
Banyak lagi contoh2 lain dalam kehidupan manusia yang boleh dijadikan perbandingan. Namun memadailah dengan beberapa contoh2 umum ini bagi manusia yang beraqal memikirkannya dan mengambil i'tibar.
SIRI 65 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.10 Dosa Besar ke-9: Kufur Ni'mat Allah
sambungan....
Cara Merawat:
Berikut adalah cara merawat hati yang terkena penyakit ini bagi orang Islam awam dan Salikin yang masih di peringkat permulaan perjalanan.
Pertama :
Sentiasa mengulang-ulang dalam ingatan dan hati, bahawa diri sendiri dan segala keperluan kehidupan yang Allah Kurniakan merupakan Ni'mat Allah Ta'ala yang wajib disyukuri. Ambil sedikit masa, duduk di suatu sudut rumah atau Masjid... merenung sebentar sekalian Ni'mat tersebut.
Kedua :
Ambil sedikit masa menahan nafas beberapa ketika sehingga timbul keinsafan bagi menghargai Ni'mat nafas yang Allah Ta'ala Kurniakan. Renungi betapa Allah Ta'ala jadikan udara sebagai penyambung nafas. Dengan hanya satu "butang", apabila nafas ini ditutup, maka segala yang dikecapi akan berakhir.
Ketiga:
Sesekali melatih diri uzlah jauh dari rumah di mana susah mendapat air. Ketika itu akan timbul kesedaran betapa besarnya nilai air yang Allah Kurniakan.
Keempat :
Dalam sebulan, peruntukkan beberapa hari (misalnya 3 hari) makan nasi dan sayur rebus sahaja sepanjang tiga hari itu. Jauhkan makan banyak lauk. Paksa diri memakan makanan orang faqir miskin sehingga timbul keinsafan betapa diri telah sia-siakan makanan yang Allah Ta'ala Kurniakan.
Kelima :
Bergaul dengan faqir miskin dan orang2 yang dipandang hina oleh masyarakat sehingga timbul keinsafan akan Kurnia Allah memberikan kelapangan hidup untuk kita.
Keenam:
Ziarahi orang sakit seminggu sekali agar datang keinsafan betapa kesihatan yang Allah Ta'ala Kurniakan telah disia-siakan. Barangkali orang sakit akan menceritakan begini, "Dahulu saya sihat tapi saya lalai dan abaikan perintah Allah. Saya habiskan masa dengan sia2. Sekarang saya insaf tapi tak mampu nak bergerak. Saya menyesal." Atau seseorang yang lumpuh mungkin berkata begini, "Saya dah buat dosa besar, saya zalim pada manusia. Saya gunakan kuasa untuk menzalimi manusia. Sekarang Allah Ta'ala balas kejahatan2 saya."
Ketujuh:
Banyakkan Zikrullah, Solawat atas Nabi ﷺ, dan Taubat dengan penuh keinsafan.
Kelapan:
Berserta di dalam Majlis Zikir dan Solawat.
Kesembilan :
Syukurlah kepada sekalian hamba Allah yang menjadi asbab pertolongan Allah sampai kepada kita. Orang yang bersyukur kepada manusia yang menjadi asbab pertolongan Allah sampai kepadanya bererti dia telah syukur kepada Allah. Sebaliknya orang tidak bersyukur adalah sama seperti kufur Ni'mat Allah.
✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ :
Yang paling bijak (baik dan banyak) bersyukur kepada Allah adalah orang yang paling bijak (baik dan banyak ) bersyukur kepada manusia.”
[Iman Ath-Thabrani]
✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ :
لاَ يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لاَ يَشْكُرُ النَّاسَ
“Tidak dikatakan bersyukur pada Allah bagi siapa yang tidak bersyukur (berterima kasih) pada manusia.”
[Imam Abu Dawud, Imam Tirmizi]
Kesepuluh:
Selalu ingat mati, yang menjadi pemutus segala Ni'mat Allah bahkan seluruh kehidupan.
✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ :
أَكْثِرُوا ذِكْرَ هَاذِمِ اللَّذَّاتِ
"Perbanyaklah mengingat penghancur kelazatan (iaitu kematian)”
[Imam At-Tirmizi]
SIRI 66 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.11 Dosa Besar ke -10: Berdusta Atas Nama Allah dan Rasul
Definisi:
"Berdusta atas Nama Allah dan Rasul bermaksud menggunakan nama Allah dan Rasul-Nya dengan cara yang batil. Mencipta hukum sendiri lalu sandarkan pada Allah dan Rasul atau menyelewengkan maksud Firman Allah dan Hadith kepada kesesatan atau mentafsirkan Ayat Qur'an atau Hadith menurut sangkaan dan pemikiran sendiri."
Penjelasan:
Maksud di sini, mereka yang berdusta atas Nama Allah dan Rasul-Nya BUKAN menafikan terus Ayat Qur'an atau Hadith Rasulullah ﷺ sebaliknya mereka akui Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya kerana mereka adalah orang Islam, tetapi mereka menyelewengan kandungannya kepada kebatilan dan kesesatan,
lalu berkata : "Ini dari Allah dan Rasul-Nya"
atau berkata : "Ini Kehendak Allah dan Rasul-Nya"
atau berkata : "Ini halal dan ini haram"
atau berkata : "Ini yang diRedhai Allah"
Sedangkan sekalian yang mereka dakwa itu adalah dusta. Mereka cuma menggunakan nama Allah dan Rasul untuk kepentingan diri sendiri, untuk memperoleh habuan dunia atau kerana kepentingan golongannya, atau kerana kepentingan politik kufur dan menipu daya atau kerana menyenangkan hati Penguasa2.
Orang2 yang berdusta atas Nama Allah dan Rasul-Nya diancam dengan Kemurkaan Allah dan balasan Neraka. Wal Iyazubillah.
✨🕌✨Allah Ta’ala berfirman :
وَلاَ تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَذَا حَلاَلٌ وَهَذَا حَرَامٌ لِّتَفْتَرُوا عَلَى اللهِ الْكَذِبَ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللهِ الْكَذِبَ لاَ يُفْلِحُونَ
Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung.
[An-Nahl (16): Ayat 116]
✨🕌✨Allah Ta’ala berfirman :
وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُوْلاَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولاً
"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggunganjawabnya.
[Al-Isra’ (17) : Ayat 36]
✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda :
"Barang siapa berkata-kata tentang Al-Qur'an (tafsir dan ta'wilkan Al-Qur'an) tanpa ilmu, maka hendaklah ia menempati tempat duduknya di Neraka"
[Imam Tirmidzi]
✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda :
"Takutlah kalian berbicara tentang sesuatu yang berasal dariku melainkan pada apa yang telah kalian ketahui. Siapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyimpan tempat duduknya di dalam Neraka, Dan barang siapa yang menafsirkan Al-Qur'an dengan aqal fikirannya, maka hendaklah ia menyiapkan tempat duduknya di dalam Neraka" [Imam Ahmad, Tirmizi, Nasai]
✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda :
“Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah dia menyediakan tempatnya di dalam Neraka”.
[Imam Bukhari, Muslim]
✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda :
“Barangsiapa menghuraikan Al Qur’an dengan aqal fikirannya sendiri dan merasa benar, maka sesungguhnya dia telah berbuat kesalahan”.
[Imam Ahmad]
✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda :
"Di dalam agama itu tidak ada pemahaman berdasarkan aqal fikiran, sesungguhnya agama itu dari Tuhan, perintah-Nya dan larangan-Nya.”
[Imam Thabarani]
Berkata Imam Ibn Hajar Al-Haythami Radhiallahu anhu :
"Dua hal di atas (berdusta atas nama Allah dan berdusta atas nama Rasul) termasuk dosa besar. Keterangan yang disampaikan itu sangat jelas. Bahkan Imam Abu Muhammad Al-Juwaini mengatakan : Pendustaan dengan menggunakan nama Nabi ﷺ (dengan keyakinan dalam hati), adalah kafir."
[Az-Zawaajir]
SIRI 67 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.11 Dosa Besar ke-10: Berdusta Atas Nama Allah dan Rasul
sambungan....
Sejarah manusia berdusta atas nama Allah dan Rasul
Dosa besar yang sedang kita bincangkan ini bukanlah suatu yang baru. Bahkan sudah lama terjadi sejak Zaman Nabi2 terdahulu. Sebaik sahaja seorang Rasul itu wafat, maka segera bangkit cerdik pandai Agama mengubah kandungan kitab yang Allah Ta'ala turunkan.
Contoh2 yang amat jelas di dalam Al-Qur'an adalah kisah Pendeta Yahudi dan Nasrani mengubah kandungan kitab Allah dan berdusta atas nama Allah dan Rasul yang diutus kepada mereka. Ulama Yahudi dan Nasrani mengubah hukum Allah menurut nafsu mereka lalu persembahkan kepada ummat seolah2 ia dari Allah dan Rasul, sedangkan mereka berdusta. Mereka berkata : Ini halal dan ini haram menurut fatwa mereka yang sesat.
Maka La'nat Allah atas mereka sampai Qiamat. Wal Iyazubillah.
✨🕌✨Allah Ta’ala berfirman :
إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡتُمُونَ مَآ أَنزَلۡنَا مِنَ ٱلۡبَيِّنَـٰتِ وَٱلۡهُدَىٰ مِنۢ بَعۡدِ مَا بَيَّنَّـٰهُ لِلنَّاسِ فِى ٱلۡكِتَـٰبِۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ يَلۡعَنُہُمُ ٱللَّهُ وَيَلۡعَنُہُمُ ٱللَّـٰعِنُونَ
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu diLa'nat oleh Allah dan dila'nat oleh sekalian makhluk".
[Al-Baqarah (2) : Ayat 159]
Kemudian berlaku lagi setelah kewafatan Junjungan Rasulullah ﷺ dan berakhirnya Pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin.
" Ulama2 dunia " yang mendokong Pemerintah2 zalim mengeluarkan fatwa mengikut nafsu, mengikut kehendak Penguasa. Mereka berdusta atas nama Allah dan Rasul demi mempertahankan dunia mereka. "Ulama2 politik" yang menjadi penyokong Pemerintah2 Zalim ini mengubah2 hukum Allah menurut kehendak Sultan. Mereka berdusta atas nama Allah dan Rasul-Nya. Mereka menghalalkan sesuatu dan mengharamkan sesuatu mengikut perintah Penguasa.
Pada waktu yang seiring dengan hal ini, terbit lagi "Ulama2 sesat" dari kalangan Syi'ah (rafidhi), Khawarij (Wahhabbiyyah sekarang), Mu'tazilah, Jabariyyah, Mujasssimah dll. Golongan ini juga mengeluarkan berbagai fatwa yang berlawanan dengan Kehendak Allah dan Rasul-Nya. Mereka berdusta atas nama Allah dan Rasul-Nya.
Tradisi buruk "Ulama fasiq" dan "Ulama sesat" ini berkembang sampai ke zaman kita sekarang. "Ulama as-su', mengeluarkan berbagai hukum dan fatwa yang berlawanan dengan Kehendak Allah dan Rasul-Nya, Mereka berdusta atas nama Allah dan Rasul demi kepentingan duniawi. Wal Iyazubillah
✨🕌✨Allah Ta’ala berfirman :
وَإِنَّ مِنۡهُمۡ لَفَرِيقًا يَلۡوُۥنَ أَلۡسِنَتَهُم بِٱلۡكِتَٰبِ لِتَحۡسَبُوهُ مِنَ ٱلۡكِتَٰبِ وَمَا هُوَ مِنَ ٱلۡكِتَٰبِ وَيَقُولُونَ هُوَ مِنۡ عِندِ ٱللَّهِ وَمَا هُوَ مِنۡ عِندِ ٱللَّهِ وَيَقُولُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلۡكَذِبَ وَهُمۡ يَعۡلَمُونَ
“Dan Sesungguhnya ada segolongan di antara mereka yang memutar-mutar lidahnya membaca al-Kitab, supaya kamu mengira yang dibacanya itu sebagian dari al-Kitab, padahal ia bukan dari al-Kitab dan mereka mengatakan, ‘Ini dari Sisi Allah’, padahal ia bukan dari Sisi Allah. Mereka berkata dusta terhadap Allah, sedangkan mereka mengetahui.”
[Aali ‘Imran (3) : Ayat 78]
SIRI 68 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.11 Dosa Besar ke -10: Berdusta Atas Nama Allah dan Rasul
sambungan....
Tiga Pengertian Dusta Atas Nama Allah dan Rasul:
Ramai orang menyangka Pendustaan atas nama Allah dan Rasul itu satu macam sahaja iaitu reka cipta Ayat atau Hadith Palsu. Ini sangkaan yang salah. Bahkan di sana terdapat bentuk2 lain yang juga termasuk dalam rangkaian "berdusta atas nama Allah dan Rasul-Nya". Yang benar adalah : Segala bentuk penyelewengan, pengubahan, penambahan, pengurangan dan termasuk tafsiran batil terhadap Al-Qur'an dan Hadith Junjungan Rasulullah ﷺ adalah termasuk dalam pengertian " Berdusta atas Nama Allah dan Rasul".
Pertama : Sengaja mencipta Ayat atau Hadith palsu:
Pada zaman ini terdapat satu golongan "Ulama" sengaja mencipta Hadith palsu untuk mempertahankan pendapat mereka yang batil. Atau mereka menciptanya untuk memenuhi kehendak Penguasa. Golongan seperti ini diancam dengan Neraka Jahannam sepertimana diSabdakan oleh Nabi ﷺ :
✨🕌✨ Rasulullah bersabda :
مَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
“Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah dia menyediakan tempatnya di dalam Neraka”.
[Imam Bukhari, Muslim]
Kedua : Menuduh suatu ayat Qur'an atau Hadith Rasulullah ﷺ sebagai palsu:
Golongan cerdik pandai Agama yang sewenang2 menuduh suatu Hadith Nabi sebagai palsu semata2 kerana mempertahankan kelompok mereka. Mereka ini BUKAN Ulama Mujtahid tetapi dengan beraninya menghukum suatu Hadith sebagai palsu semata2 atas kajian sendiri. Mereka dan kelompok mereka binasakan diri sendiri.
✨🕌✨ Firman Allah :
وَيَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ تَرَى ٱلَّذِينَ كَذَبُواْ عَلَى ٱللَّهِ وُجُوهُهُم مُّسۡوَدَّةٌۚ أَلَيۡسَ فِى جَهَنَّمَ مَثۡوً۬ى لِّلۡمُتَكَبِّرِينَ
"Dan pada hari Qiamat, engkau akan melihat orang-orang yang berdusta terhadap Allah, muka mereka hitam legam; bukankah (telah diketahui bahawa) dalam Neraka Jahanam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang sombong takabbur?"
[Az-Zumar (39) : Ayat 60]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
Takutlah kalian berbicara tentang sesuatu yang berasal dariku melainkan pada apa yang telah kalian ketahui. Siapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyimpan tempat duduknya di dalam Neraka,"
[Imam Ahmad, Tirmizi, Nasai]
Ketiga : Mentafsirkan Ayat Qur'an atau Hadith dengan pendapat aqal sempit:
Al-Qur'an dan Hadith Rasulullah ﷺ adalah dua Sumber Agung yang menjadi panduan ummat Islam. Ia adalah Gedung Ilmu Allah yang Teragung. Al-Qur'an adalah Wahyu Allah, Kalamullah, BUKAN buku cerita yang dibuat main2. Hadith Rasul juga merupakan bayangan dari Wahyu Ilahi. Dengan demikian orang yang benar2 layak mentafsirkan segala rahsia yang tersimpan di dalam kedua2 Sumber Agung ini hanya mereka yang diberi Ilmu oleh Allah, iaitu Ulama yang telah mencapai taraf Mujtahid.
Dengan demikian orang yang belum mencapai taraf Mujtahid diharamkan mentafsir sendiri Ayat Qur'an atau Hadith. Sesiapa mentafsirkan Ayat Qur'an atau Hadith mengikut pendapat sendiri sedangkan dia TIDAK ada kelayakan sebagai Mujtahid, maka dia telah berdusta atas nama Allah dan Rasul-Nya. La'nat Allah atasnya sampai Qiamat. Wal Iyazubillah.
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
"Barang siapa berkata-kata tentang Al-Qur'an (tafsir dan ta'wilkan Al-Qur'an) tanpa ilmu, maka hendaklah ia menempati tempat duduknya di Neraka"
[Imam Tirmidzi]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
Dan barang siapa yang menafsirkan Al-Qur'an dengan aqal fikirannya, maka hendaklah ia menyiapkan tempat duduknya di dalam Neraka"
[Imam Ahmad, Imam Nasai]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
“Barangsiapa menghuraikan Al Qur’an dengan aqal fikirannya sendiri dan merasa benar, maka sesungguhnya dia telah berbuat kesalahan”.
[Imam Ahmad]
Dari penjelasan di atas fahamilah, berdusta atas Nama Allah dan Rasul bukan hanya reka-reka Hadith Palsu tetapi juga mentafsir Ayat Qur'an dengan pemikiran sendiri. Dan lagi mendustakan suatu Hadith Nabi sebagai palsu tanpa pengetahuan yang mendalam.
Apakah maksud pengetahuan yang mendalam?
Pengetahuan yang mendalam adalah bermaksud "Ilmu Mukasyafah" yang diilhamkan oleh Allah ke dalam batin seseorang yang sudah mencapai Maqam Mukasyafah Zat. Inilah rahsia istimewa seseorang Ulama bertaraf Mujtahid yang benar, iaitu Mujtahid yang benar2 menepati syarat2 Mujtahid Ahlus Sunnah. Mereka bukan saja mahir dalam segala macam Ilmu syari'at tetapi 'Arif mengenal Allah mencapai Ma'rifat yang tahqiq. Mereka sentiasa di dalam Pimpinan Allah dan Rasul-Nya. Hanya Mujtahid yang benar sahaja layak menentukan kebenaran suatu Hadith.
Ini bermakna seseorang yang belum memiliki syarat2 lengkap sebagai Mujtahid (syarat zahir dan syarat batin), maka JANGAN sesekali berani mengatakan Hadith ini palsu, Hadith itu palsu dan JANGAN sesekali berani tafsirkan Ayat Qur'an atau Hadith Nabi ﷺ.
SIRI 69 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.11 Dosa Besar ke-10: Berdusta Atas Nama Allah dan Rasul
sambungan....
Penjagaan dan Rawatan:
(1) Dosa berdusta atas Nama Allah dan Rasul ini secara umumnya terjadi kepada golongan terpelajar, cerdik pandai Agama, atau mereka yang memegang jabatan2 Agama berserta pengikut2 mereka. Mereka menyangka mereka sudah layak mentafsir Al-Qur'an, menentukan Hadith2 palsu serta keluarkan fatwa2 sedangkan kelayakan tersebut adalah hak Mutlaq seorang Mujtahid. Maka golongan cerdik pandai Agama ini wajib waspada, jangan terperangkap dengan tipu daya Iblis.
(2) Orang2 awam jangan terus sebarkan apa2 yang didengar berhubung dengan "Hadith Palsu" atau berkenaan dengan "tafsiran ayat2 Suci Al-Qur'an sebelum pasti ianya benar. Dosa penyebaran kenyataan2 palsu adalah sama seperti menciptanya.
(3) Jika seseorang berhajat menulis berkenaan Hadith, atau tafsir Al-Qur'an... pastikan ianya diambil dari sumber yang diyakini sebagai Ahlus Sunnah yang benar. Jangan sebarkan semata2 kerana ingin dikenali atau inginkan pahala. Segala ganjaran yang diharapkan akan musnah, bahkan berubah menjadi kebinasaan sekiranya ia berasal daripada Golongan yang menyalahi Ahlus Sunnah seperti Wahhabiyyah (khawarij), Syi'ah (rafidhi), Sekular (liberal) dll.
(4) Belajar matikan ego dan takabbur dengan banyakkan Zikrullah dan Solawat atas Baginda Nabi ﷺ. Rasa banyak ilmu, besar diri, rasa hebat dll seperti inilah yang merosakkan seorang yang " alim kitab." Jika orang2 alim ini mendapat bimbingan seorang Mursyid yang siddiq, maka ini terlebih baik bagi menghapuskan segala kekejian hati dan Takabbur.
(5) Jika ada yang bertanya status sesebuah Hadith, maka diamlah. Ini yang selamat kerana kalian belum ada ilmu yang cukup untuk bezakan kebenaran dan kebatilan.
Wallahu A'lam
SIRI 70 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.12 Dosa Besar ke-11: Jahat sangka kepada orang lain
Definisi :
Maksud Su-uzzon (jahat sangka) adalah pertuduhan di dalam hati akan wujudnya kejahatan pada diri orang lain atas andaian semata2 atau penglihatan atau pendengaran sendiri yang dipenuhi kesamaran atau semata2 kerana suatu khabar dari orang lain yang belum pasti akan kebenarannya.
Penjelasan :
1. Apabila seseorang menyangka Muslim lain sebagai jahat atau keji semata2 atas andaian sendiri, maka sesungguhnya dia telah berbuat dosa besar. Atau dia mendengar suatu khabar dari orang lain mengenai keburukan seseorang lalu terus percaya tanpa sebarang alasan kukuh, maka ini juga termasuk dalam jahat sangka yang membawa dosa besar.
2. Seseorang yang disangka sebagai jahat belum tentu jahat kerana terbitnya "sangkaan" itu sendiri adalah khayalan dusta daripada berita dusta yang tersebar di kalangan masyarakat.
3. Jika benar wujud suatu sifat buruk sekalipun pada diri seseorang yang disangka jahat, hendaklah menutup 'aibnya, jangan dihebohkan kecuali kejahatannya melarat kepada orang lain, misalnya dia pemabuk arak atau kaki judi atau kaki pukul orang, maka dalam hal ini harus didedahkan dengan tujuan penjagaan, BUKAN bertujuan menghina orang tersebut.
Setiap penglihatan sendiri yang kabur atau khabar yang diterima daripada kawan, adik beradik, suami, isteri sekalipun WAJIB dikaji akan kebenarannya dan diteliti sehalus2 pada pertimbangan hukum Syara' sebelum mengambi ketetapan sikap dan pendirian berkenaan berita tersebut.
Sekalian hal ini adalah termasuk kesamaran yang menyebabkan seseorang jatuh kepada dosa besar tanpa disedari.
✨🕌✨ Firman Allah :
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٌ۬ۖ مٌ۬
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa, ...."
[Al-Hujurat (49) : ayat 12]
✨🕌✨ Firman Allah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”
[Al Hujurat (49): ayat 6]
✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda :
إِيَّا كُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيْثِ وَلاَ تَحَسَّسُوا وَلاَ تَجَسَّسُوا وَلاَ تَحَاسَدُوا وَلاَتَدَابَرُوا وَلاَتَبَاغَضُوا وَكُوْنُواعِبَادَاللَّهِ إحْوَانًا
“Berhati-hatilah kamu dari jahat sangka, kerana jahat sangka adalah sedusta-dusta ucapan. Janganlah kalian saling mencari keburukan orang lain, saling mengintai, saling berdengki, saling membelakangi, dan saling membenci. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara”
[Imam Bukhari dan Imam Muslim]
✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda:
"Cukuplah seorang dikira sebagai penipu apabila dia menceritakan setiap perkara yang didengarinya."
[ Imam Muslim]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
"Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (jahat sangka, reka cerita, fitnah adu domba), akan dilempar ke Neraka sejauh antara timur dan barat."
[Imam Muslim]
Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu :
"Ketahuilah bahawa jahat sangka itu haram, seperti jahatnya perkataan. Maka sebagaimana diharamkan kepada engkau mengata orang lain dengan lidah engkau, dengan menyebut keburukan2 orang lain, maka demikian juga tidak diperbolehkan juga membicarakan keburukannya kepada diri sendiri atau di dalam hati, sehingga engkau berjahat sangka akan saudara engkau."
[Ihya Ulumuddin]
Bersambung siri 71 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment