Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
SEJUTA DOSA DI HUJUNG JARI
Evolusi internet membolehkan
pemindahan maklumat dengan pantas merentas dunia. Dengan hanya menekan beberapa
butang pada keyboard, ribuan bahkan jutaan infomasi dipindahkan dalam sesaat
kepada jutaan manusia. Sesuai dengan
kepantasan masa, teknologi internet membawa seribu Rahmat kepada Ummat Islam.
Namun di suatu sudut pandang lain, ia boleh menjerumuskan seseorang Islam
kepada seribu kecelakaan....!
Apakah benar demikian?
Jawapannya Benar...!
Sila ikuti seterusnya...
Pada hari ini, kami ingin membawa
sekalian Ummat merenung "bahaya" di sebalik budaya cnp (copy and
paste) risalah, artikel, fatwa, hukum-hakam dan infomasi berhubung dengan Islam.
Kelaziman yang terjadi di
kalangan Ummat Islam, apabila mereka menerima suatu maklumat berkenaan Agama,
mereka terus cnp (copy and paste) kepada keluarga, sanak saudara, kawan2 dan
lain2nya tanpa usul periksa. Sedangkan
maklumat yang mereka kongsikan itu belum tentu benar. Bahkan berdasarkan realiti yang terjadi di
dunia maya, banyak sekali infomasi
yang berlegar di internet itu berlawanan
Prinsip2 Ahlus Sunnah Wal Jama'ah yang benar (tulen).
Musuh2 Agama sedang giat berusaha
menyesatkan Ummat Islam melalui media baru ini.
Sebahagian musuh2 ini jelas kelihatan iaitu Yahudi dan Nasrani. Namun di
sana terdapat lagi musuh yang lebih bahaya — musuh di dalam selimut. Mereka memakai nama Islam, pakaian Islam,
bicara fasih Al Qur'an dan Hadith, namun mereka ini adalah musuh2 dalam
selimut. Tiga golongan musuh dalam
selimut yang paling bahaya pada zaman ini adalah Wahhabiyyah (Khawarij), Syi'ah
(Rafidhi) dan Sekular (Liberal).
Kebanyakan orang Islam tidak menyedari propaganda musuh2 dalam selimut
ini.
Apabila seseorang memindahkan / menyebarkan informasi yang salah (ilmu yang salah), yang
bertentangan Pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah melalui intenet — ws, tele, fb,
tweet, blog dsb, maka dia telah menjatuhkan diri ke dalam kebinasaan yang amat
besar. Orang ini bakal mendapat dosa
berganda2 yang tidak terkira banyaknya kerana menyebarkan kebatilan dan
kesesatan.
Bagaimanakah dia mendapat dosa
yang berganda2 ini?
Cuba perhatikan contoh mudah
ini.
Seorang bernama Zaid menerima
artikel Agama. Dia terus pindahkan artikel
tersebut kepada 100 kenalannya. Dengan
andaian100 orang kenalannya mempunyai 100 kenalan juga, maka 100 kenalan ini bakal memindahkan pengetahuan tersebut kepada 10,000
pembaca. Ini bermakna hanya dalam beberapa saat 10,000 orang mendapat maklumat
yang batil dan sesat.
Apabila 10,000 orang ini cnp
kepada 100 orang dalam kelompok masing2, maka dalam beberapa saat sahaja
1,000,000 (satu juta) orang mendapat ilmu yang batil berkenaan Agama.
Cuba bayangkan bagaimana halnya
jika setiap orang yang menerima itu memindahkan ilmu batil itu kepada 200 orang
atau 300 orang atau lebih, maka sudah pasti jutaan orang telah kongsikan
maklumat / ilmu yang batil dalam masa hanya beberapa saat. Cuba
bayangkan jika maklumat ini dipindahkan melalui cara yang sama kepada 4 atau 5
lapisan penerima seterusnya .. !
Bagaimanakah pula orang yang
membaca artikel tersebut amalkan isi kandungannya dengan sangkaan ianya dari
orang Islam yang dipercayai, sedangkan ianya batil?
Sudah pasti, orang yang bertanggungjawab menyebarkan
maklumat salah / batil ini akan menanggung dosa sebanyak mana orang yg
mengamalkannya. Kemudian orang yang memindahkan lagi sesudahnya, mendapat dosa
orang yang berikut dan berikutnya sampai akhir.
✨🕌✨Allah Ta’ala berfirman:
وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ
وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُوْلاَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولاً
"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai
pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya
itu akan diminta pertanggunganjawabnya.
[Al-Isra’ ( 17 ):
Ayat 36]
✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda :
مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ اْلأَجْرِ
مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ
دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنَ اْلإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ
لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا
"Barangsiapa menyeru kepada petunjuk, maka dia mendapatkan pahala
sebagaimana pahala-pahala orang yang mengikutinya, hal itu tidak mengurangi
pahala mereka sedikit pun. Dan barangsiapa menyeru kepada kesesatan, maka dia
mendapatkan dosa sebagaimana dosa-dosa orang yang mengikutinya, hal itu tidak
mengurangi dosa mereka sedikitpun.
[Imam Muslim]
"Golongan yang menyeru
kepada kesesatan" adalah : Mereka yang berkata2, bersyarah, berceramah,
berkata2 dengan lisan, menulis, mencari bahan,
menerbitkan dan menyebarkan kebatilan / fahaman2 sesat kepada orang lain. Semua golongan ini adalah bersubahat kepada
orang yang awal2 menjadi penggerak kepada kebatilan...! Kesemua mereka bukan
saja mendapat dosa sebarkan ilmu yang batil,
bahkan mereka mendapat dosa orang2 yang terpengaruh dan amalkan ilmu /
hukum yang salah /sesat...!
Apakah tindakan yang patut dilakukan?
Pertama:
Fahami dengan sebenar2nya bahawa
dosa sebarkan ilmu yang salah / batil / sesat atau apa yang bertentangan dengan
Ahlus Sunnah akan membawa dosa yang berganda2 sesuai dengan jumlah orang yang
terpengaruh dan amalkannya tanpa mengurangi dosa orang yang amalkannya.
Kedua :
Sedarilah bahawa ilmu salah /
batil / sesat yang dipindahkan melalui intenet mendatangkan berjuta2 dosa dalam
sesaat disebabkan penyebarannya yang amat pantas.
Ketiga:
Jangan sesekali sebarkan suatu
ilmu / fahaman / infomasi yang tidak tahu asal usulnya. Pastikan semua ilmu tersebut menepati
Pegangan dan I'tiqad Ahlus Sunnah yang benar (tulen) dan disampaikan oleh Guru
yang dipercayai. Jika tidak pasti sama ada
benar atau batil, diamkan diri. JANGAN sebarkan..!
Keempat:
Untuk mengetahui dan bezakan
antara Ilmu Ahlus Sunnah dengan Ilmu batil yang disebarkan oleh Golongan sesat
Wahhabiyah (khawarij), Syi'ah (rafidhi), Sekular (liberal) dll , dia perlu
mencari Guru Mursyid yang siddiq, iaitu Pewaris Nabi yang sebenar2nya. Jika belum bertemu Mursyid yang siddiq,
maka hendaklah cari Ustaz atau Muallim
yang pernah berguru dan mengambil ilmu dari Mursyid yang siddiq. Dengan cara ini dia akan terpelihara daripada
fahaman2 sesat. Seterusnya dia dapat
bezakan ilmu yang haq dan ilmu yang batil
Kelima:
Mereka2 yang telah melakukan
kesalahan2 menyebarkan fahaman salah / sesat, sama ada melalui lisan atau
melalui internet tanpa mereka sedari akibat kejahilan, hendaklah bertaubat segera. Seterusnya maklumkan di dalam mana2 kumpulan
yang dia pernah kongsikan risalah2 yang
batil / bertentangan dengan Ahlus Sunnah supaya mereka juga bertaubat.
Moga Allah Ta'ala pelihara
sekalian ummat beriman daripada malapetaka akhir zaman...!
Wallahu A'lam
No comments:
Post a Comment