Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
IMAN, TAUHID, MA'RIFAT
Ungkapan Iman, Tauhid, Ma'rifat
dan juga beberapa ungkapan yang berkaitan seperti Aqidah, Yaqeen dll. boleh
jadi mengelirukan bagi kebanyakan orang awam.
Bahkan Salikin yang baru mula mujahadah juga akan mendapati
kepayahan didalam mencernakannya dengan tertib. Di sini kita cuba berikan
panduan awal secara ringkas.
Ungkapan Iman, Tauhid, Ma'rifat
mempunyai hantaran maksud yang sama, iaitu merujuk kepada "Suatu
kepercayaan teguh di dalam hati akan kewujudan Allah, Tuhan Yang Maha Esa yang
tiada sekutu baginya, Tuhan yang Menciptakan sekalian makhluq dan Maha
Mentadbir menurut Kehendak-Nya, Tuhan Yang Maha Kuasa dan Maha Perkasa atas
setiap sesuatu, Dia Menggerakkan
sekalian Planet, bumi, matahari, bulan, bintang2 dan Lautan, Dia menjadikan
Lautan dan biarkan bahtera belayar di atasnya, Dia menciptakan manusia, jinn
dan pohonan dan biarkan mereka menikmatinya sampai waktu yang di tentukan. Dialah Tuhan yang Maha Agung, Istiwa di atas 'Arasy tanpa kaifiyyat
dan bentuk, yang tiada umpama sesuatu sepertinya, Maha Menaungi sekalian Ciptaan-Nya."
Perbezaan antara ketiga2 istilah ini adalah : Kaedah pendekatan dan
cara huraian dari sudut ilmiah yang berbeza-beza bersesuaian dengan bentuk2
kefahaman aqal manusia dan bentuk2 tahqiq di dalam hati seseorang yang
beriman.
IMAN:
Iman berasal dari kata ( آمَنَ
) = "aamana" yang bererti percaya, yakin, aman, tenang, damai.
terpercaya.
Maka Iman adalah kepercayaan yang
teguh terhadap Allah dan segala yang ghaib yang Allah Ciptakan.
TAUHID:
Tauhid berasal dari kata ( أَحَد ) = "ahada" yang ertinya Esa,
tunggal, Satu, Penyatuan, Ke-Esaan, Tiada Tandingan .
Maka maksud "Tauhid"
pada sudut Syara' adalah : Esakan Allah
Ta'ala, Jazamkan (tetapkan) di dalam hati bahawa Allah adalah
Tuhan Yang Maha Esa, yang tiada sekutu bagi-Nya, Yang Maha Mentadbir dengan
sendirinya. Esakan Allah Ta'ala pada Af'al-Nya (PerbuatanNya). Asma'-Nya
(Segala nama2-Nya yang Agung dan Indah) Sifat-Nya dan Zat-Nya.
MA'RIFAT :
"Ma'rifat" berasal dari
kata ( عَرَفَ ) = 'arafa yang membawa maksud tahu,
mengetahui, kenal dengan cara mendalam.
Maka Ma'rifat pada sisi Syara'
adalah pengetahuan yang sangat mendalam akan Ketuhanan.
Pengetahuan ini bukan fikir aqal,
bukan hujjah atau dalil2 aqal, tetapi benar2 suatu pandangan batin hati yang
terpancar dari Cahaya Ilahiyyah (Ketuhanan.)
Ilmu ini diperolehi oleh hamba2
Allah yang telah mujahadah, melawan nafsu pada waktu yang sangat panjang
dengan amalkan kedua² bahagian Agama — Syari'at dan Tariqat Rasulullah ﷺ.dengan pimpinan Guru yang benar2 Arif.
Ma'rifat terdiri dari 5
tingkatan :
(1) Maqam Ma'rifat Af'al
(2) Maqam Ma'rifat Asma'
(3) Maqam Ma'rifat Sifat
(4) Maqam Ma'rifat Zat
(5) Maqam Kesempurnaan Ma'rifat
(Tajalli)
Penting :
Ma'rifat sebenar adalah Ma'rifat yang di peroleh dengan penghayatan
hati, ruh dan Sirr. Adapun Ma'rifat yang dicapai sebelumnya hanya
latihan untuk mencapai Ma'rifat sebenar
ini.
TINGKATAN ORANG BERIMAN /
BERTAUHID
Ulama Ahlus Sunnah membagikan
orang beriman kepada beberapa tingkatan sesuai dengan Cahaya Ketuhanan yang
wujud di dalam hatinya
Pertama :
Iman / Tauhid berdasarkan Hujjah
Aqal dan dalil-dalil. Ini adalah Iman
orang awam.
Kedua :
Iman / Tauhid berdasarkan
penghayatan hati dan ruh. Ini adalah
Iman orang salikin.
Ketiga :
Iman / Tauhid berdasarkan
penghayatan hati, ruh dan sirr (rahsia Ketuhanan yang sangat
dalam). Ini adalah Iman Arifin.
Ungkapan "Iman" dan
"Tauhid" lazimnya digunakan secara umum untuk sekalian orang beriman
; samada Iman orang awam, Iman Salikin
atau Iman Arifin.
Sementara ungkapan "Ma'rifat"
digunakan secara khusus untuk Ahli Ma'rifat yang telah mengenal Allah dengan
pengenalan yang tahqiq tanpa keraguan apa pun.
Dari suatu sudut pandang....
"Ma'rifat" inilah yang
dikatakan "Iman sejati" atau
"Tauhid yang hakiki" iaitu
Iman atau Tauhid yang terbit dari hati
yang benar2 suci bersih, yang tiada bercampur dengan Syirik khafi, mazmumah,
ghaflah atau aghyar.
Hati hamba2 Allah ini telah bebas
dari segala cengkaman dunia yang hina dan terus menerus menghadap Allah pada
sekalian pekerjaannya. Merekalah insan2 pilihan yang dikasihi Allah sebagaimana
yang diisyaratkan oleh Allah melalui Firman-Nya:
Hadith Qudsi :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
: إِنَّ اللهَ تَعَالَى قَالَ : مَنْ عَادَى لِيْ وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ،
وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِيْ بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُهُ عَلَيْهِ،
وَلاَ يَزَالُ عَبْدِيْ يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ، فَإِذَا
أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِيْ يَسْمَعُ بِهِ وَبَصَرَهُ الَّذِيْ يُبْصِرُ
بِهِ، وَيَدَهُ الَّتِيْ يَبْطِشُ بِهَا، وَرِجْلَهُ الَّتِيْ يَمْشِيْ بِهَا، وَلَئِنْ
سَأَلَنِيْ لأُعْطِيَنَّهُ، وَلَئِنِ اسْتَعَاذَنِيْ لأُعِيْذَنَّهُ
Dari Abu Hurairah Radhiallhu anhu beliau berkata, bahawa
Rasulullah ﷺ
bersabda : “Sesungguhya Allah Ta’ala berfirman :
"‘Barangsiapa yang memusuhi Wali-Ku maka Aku telah mengisytihar
perang dengannya. Tidak ada taqarrubnya seorang hamba kepada-Ku yang lebih aku
cintai kecuali dengan beribadah dengan
apa yang telah Aku fardhukan kepadanya. Dan hamba-Ku yang selalu mendekatkan
diri kepada-Ku dengan nawafil (perkara-perkara sunnat) maka Aku akan
mencintainya dan apabila Aku telah
mencintainya maka Aku adalah pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar,
penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangannya yang digunakannya
untuk memukul dan kakinya yang digunakan untuk berjalan. Jika dia meminta kepada-Ku niscaya akan Aku
berikan dan jika dia minta perlindungan dari-Ku niscaya akan Aku lindungi. ”
[Imam Bukhari]
Wallahu A'lam
🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻
IMAN TIDAK AKAN MASUK KE DALAM HATI YANG KOTOR
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
IMAN atau TAUHID atau disebut MA'RIFAT itu adalah
cahaya Rabbaniyyah (Ketuhanan) di dalam hati.
IMAN / TAUHID MA'RIIFAT yang benar hanya masuk ke
dalam HATI yang suci bersih.
Cahaya Ketuhanan TIDAK akan masuk ke dalam HATI
yang dipenuhi kekotoran / kekejian.
Allah Ta'ala adalah Zat Yang Maha Suci,... Dia hanya
menerima yang suci bersih.
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesungguhnya Allah itu Maha baik (Maha Suci) dan tidak menerima, kecuali yang baik
(yang suci-suci).
[Imam Muslim]
- Setiap
Muslim yang inginkan kemenangan abadi di Akhirat....
- Setiap
Muslim yang ingin memperoleh Iman dan Taqwa yang benar,
- Setiap
Muslim yang ingin mencapai Ma'rifat,
WAJIB terlebih dahulu sucikan
HATINYA daripada kekotoran ma'nawiyyah (bangsa ruh) dan mazmumah (kekejian
hati).
Apabila HATI itu telah
benar2 bersih dari cengkaman karat2
jahiliyah, dan benar2 bersih dari kekotoran syirik khafi dan mazmumah,
maka ketika itu barulah Cahaya Rabbaniyyah akan masuk ke dalam HATI nya, maka ketika itu
cemerlang Imannya dan bersinar Taqwanya.
Iman TIDAK akan masuk ke dalam
hati yang dipenuhi kekotoran dan kekejian.
Tauhid yang benar / hakiki TIDAK
akan diperolehi oleh orang yang hatinya bergelumang dengan syirik (syirik
khafi - syirik tersembunyi), mazmumah (sifat keji).
Jauh sekali untuk memperoleh
Ma'rifat kepada Allah seandainya HATI itu masih dikuasai oleh syirik khafi
dan mazmumah.
IMAN / TAUHID juga TIDAK akan diperoleh
dengan cara bacaan kitab atau semata2 atau teori semata2.... melainkan sekalian
teori, kajian, perbincangan, seminar, forum, ceramah dsb WAJIB diikuti dengan
usaha menyucikan HATInya sehingga benar2 bersih bersinar.
IMAN / TAUHID juga TIDAK akan diperoleh
dengan cara hafalan atau perbahasan sifat 20 atau Sifat 40 atau dikenali sifat
50 semata2... sebaliknya sekalian Teori
Ketuhanan pada aqal itu WAJIB diikuti dengan Tarbiyyah melatih di dalam
Sistem Penyucian jiwa menurut Ahlus
Sunnah.
Dengan demikian langkah pertama
bagi orang mula sedar bahawa dia akan kembali kepada Allah pada Hari Perhitungan
WAJIB bagi dia sucikan HATInya /
mendidik Hatinya agar benar2 suci bersih daripada kekotoran ma'nawiyyah
- syrik khafi dan mazmumah (kekejian) dan ghaflah
(kelalaian)
Dari penjelasan ringkas di atas
barangkali sudah mula kelihatan bayang2nya.... apakah Sistem Tarbiyyah yang
telah dilalui oleh para Sahabat sehingga mencapai kecemerlangan IMAN dan
TAQWA dan juga mula menyedari apakah ibadah
yang lakukan oleh mereka selama 10 tahun di Makkah sebelum turun fardhu solat.
Persoalan untuk direnungkan
sedalam2nya:
(1) Apakah Sistem Tarbiyyah yang mampu menyucikan HATI dan RUH
sehingga benar2 sedia
menerima
Cahaya Rabbaniyyah ?
(2) Apakah Sistem Tarbiyyah khusus yang dilakukan oleh Rasulullah ﷺ terhadap para Sahabat
sehingga
mereka mencapai Keimanan dan Taqwa yang begitu tinggi?
(3) Siapakah yang mewarisi khazanah Rasulullah ﷺ bagi mendidik HATI manusia sehingga benar2
suci bersih kemudian dari
kewafatan Baginda?
Kenalilah jalan lurus / jalan
benar / Ahlus Sunnah yang benar (tulen) supaya selamat mengikutinya serta memperoleh
TAQWA dan kenalilah sifat2 golongan sesat serta
jauhi daripada tergolong di dalam golongan tersebut, hati2 supaya tidak
terjatuh kepada golongan sesat tanpa disedari.
No comments:
Post a Comment