■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
SIRI 711 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan...
Poin 9: Melihat alam jinn syaitan bukan suatu keistimewaan
Orang awam yang dapat melihat jinn syaitan bukan suatu keistimewaan, bukan kemuliaan dan bukan kasyaf seperti sangkaan kebanyakan orang. Sebaliknya yang demikian itu hanyalah dampingan Jinn syaitan kepada orang tertentu yang terpedaya. Beberapa golongan yang terpedaya dengan dampingan jinn syaitan ini.
Pertama:
Orang yang sering khayal berkenaan dunia keruhanian, lalu terkena ilusi syaitan, jinn atau Iblis akibat khayalan yang melampau.
Kedua:
Orang yang mewarisi jinn keturunan yang dipanggil saka dan bersungguh-sungguh menyambung tradisi tersebut.
Ketiga:
Tukang sihir, ahli nujum, bomoh, dukun, pawang, ahli silat dan lain-lain sepertinya yang sekutu dengan jinn syaitan untuk mendapat berbagai pertolongan dan kelebihan dunia yang hina.
Poin 10 : Kasyaf batil adalah ilusi Jinn Syaitan
Kasyaf batil adalah "Ilusi atau gambaran palsu" yang diterbitkan oleh Iblis, syaitan dan jinn ke dalam minda manusia. Misalnya Iblis boleh masukkan ilusi cahaya-cahaya atau ilusi alam ghaib yang hebat-hebat lalu memperdayakan mereka kepada kesesatan tanpa disedarinya. Atau Iblis sendiri menyamar menjadi "Tuhan" atau menjadi "Wali Allah" lalu pamerkan diri di hadapannya.
Poin 11: Kasyaf yang sebenar adalah terbuka mata-hati memandang Ketuhanan
Kasyaf yang sebenar yang di-Kehendaki pada Agama adalah "terbuka mata-hati" menyaksikan Af'al, Asma', Sifat dan Zat Allah Yang Maha Agung, iaitu Tauhid yang hakiki, Tauhid yang sebenar yang terpancar dari hati yang telah disucikan. Hal ini hanya terjadi kepada Salikin yang mujahadah pada Jalan Allah dengan pimpinan Guru Pewaris Nabi yang benar-benar Arif. Peringkat Kasyaf tertinggi adalah ketika seseorang Salikin sampai ke Maqam Tauhid Zat yang tahqiq. Dan inilah setinggi-tinggi Ilmu, iaitu Ilmu Mukasyafah.
Kasyaf berupa pandangan kepada dunia Ghaib, alam Barzakh dan sekalian alam yang tersembunyi hanya terjadi kepada hamba-hamba Allah yang telah sampai kepada Maqam Tauhid Zat yang sudah teguh pendiriannya. Hal ini merupakan kemuliaan Allah Ta'ala kepada mereka. Ia dikatakan Kemuliaan Kurnia Allah kepada mereka kerana mereka tidak terpesona dengannya sebaliknya tetap Agungkan Allah Ta'ala. Mereka tetap tunaikan Amanah Allah dan tidak akan sewenang-wenang membuka rahsia Ketuhanan kepada orang awam.
Orang awam yang tidak memahami haqiqat kasyaf dan Ilham kepada Ahli Ma'rifat, memadai sekadar mengakui kebenarannya. Jangan sesekali menjadi penentang.
SIRI 712 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan...
Prinsip ke-20:
Sunnat Menyambut Maulidur-Rasul ﷺ
Ulama Ahlus Sunnah sepakat bahawa Menyambut Hari Kelahiran Junjungan Besar Rasulullah ﷺ adalah Sunnat, diberi ganjaran besar bagi sesiapa Mengagungkan Baginda dengan mengadakan berbagai Solawat atas Baginda, membacakan Kisah Perjuangan Baginda, serta meriahkan Majlis tersebut dengan hidangan jamuan kepada para hadirin.
Sejak kurun ke-3 Hijriyyah sampai ke saat ini, sekalian Ulama Ahlus Sunnah yang Arif, Auliya Allah memuji amalan Sambutan Maulidur-Rasul bahkan mereka sendiri turut serta di dalam Majlis-Majlis menyambut Kemuliaan dan Kebesaran yang Allah Ta'ala Kurniakan kepada Baginda:
(1) Istighfar memohon keampunan Allah.
(2) Berzikir memuji Allah:
Berkumpul, berjemaah memuji Allah dengan pujian yang sebanyak-banyaknya atas Kemurahan-Nya mendatangkan seorang Rasul yang menerangi setiap pelusok langit dan bumi.
(3) Bacaan Solawat atas Nabi ramai-ramai secara berjemaah:
Menurut Fatwa Ulama Ahlus Sunnah, siapa yang paling banyak solawatnya maka dia bersama Rasulullah ﷺ di Akhirat dan di dunia lagi dia akan di-Kurniakan Ma'rifat (Tauhid) yang tinggi mengatasi manusia lain (apabila dia menepati syarat-syarat Ma'rifat).
(4) Membaca qasidah atau Barzanji:
Membaca bait-Bait Sya'ir yang mengandungi puji-pujian kepada Junjungan Rasulullah ﷺ, pujian kepada Ahlul Bayyit Baginda serta sekalian isteri-isteri Baginda yang suci. Dalil bagi hal ini juga teramat banyak. Dalil paling umum adalah sambutan penduduk Madinah ketika Baginda Hijrah ke Madinah Al-Munawwarah. Penduduk Madinah berdiri berbaris dan menyanyikan syair yang sangat indah memuji Rasulullah ﷺ.
“Telah datang kepada kami bulan purnama (Nabi Muhammad)
Lahir di antara dua lembah
Wajib bagi kita bersyukur dan bahagia Utusan Allah di tengah kita. Wahai Rasul yang diutus Pembawa amanat suci
Engkau datang membawa kemuliaan ke kota ini
Selamat datang sebaik-baik utusan”.
(5) Membaca sejarah perjuangan Rasulullah ﷺ:
Amalan membaca dan mengenang kembali sejarah Perjuangan Rasulullah ﷺ dan mengambil i'tibar serta kekuatan ruh perjuangan Baginda adalah amalan yang sangat dituntut.
(6) Menjamu makanan atau sedekah makanan dan dimakan secara berjemaah:
Dalil yang menganjurkan “memberi makan” kepada manusia berulang- ulang di dalam Kalam Allah dan Sunnah Rasul-Nya.
(7) Doa kebaikan dan keselamatan untuk seluruh Ummat:
Memohon kepada Allah Ta'ala agar seluruh orang beriman di-Kurniakan kemenangan dan kesejahteraan.
Fatwa Imam As-Suyuthi Radhiallahu anhu, Mujaddid Kurun ke-9 Hijriyyah:
Sambutan Maulid Nabi ﷺ itu adalah berkumpulnya manusia, membaca apa yang dirasakan mudah pada al-Qur’an, Riwayat hadith-hadith berkenaan permulaan kelahiran Nabi ﷺ serta hal-hal yang terjadi dalam kelahiran Baginda, kemudian mereka menjamu makanan dengan beberapa hidangan. Selanjutnya mereka pulang setelah menikmatinya tanpa ada tambahan-tambahan lain, hal tersebut termasuk bid’ah Hasanah (bid’ah yang terpuji) yang diberi pahala bagi orang yang merayakannya kerana ia bertujuan untuk mengagungkan kedudukan Nabi ﷺ serta menampakkan rasa gembira atas kelahiran yang mulia Nabi Muhammad ﷺ.
[Al-Haawi-Lil- Fatawi]
Fatwa Imam Al-Haytami Radhiallahu anhu. Mujaddid Kurun ke-12 Hijriyyah:
“Kesimpulannya bahawa mengadakan Sambutan Maulidur-Rasul adalah bid’ah hasanah, sepakat Ummat akan anjurannya, dan amalan Maulid serta berkumpulnya manusia untuknya demikiannya juga dinilai bid’ah hasanah (perkara baru yang terpuji)."
[Fatawa Al-Hadithiyyah]
SIRI 713 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan...
Prinsip ke-21:
Harus Tawassul kepada Rasulullah ﷺ atau Auliya Allah yang telah wafat
Ahlus Sunnah berpegang bahawa Tawassul kepada Rasulullah ﷺ atau kepada Auliya Allah yang telah wafat adalah harus. Pengertian Tawassul secara ringkas adalah:
Dari segi bahasa:
Perkataan Tawassul (تَوَسُّل) berasal dari kata wa-sa-la (وَسَل) bermaksud: "jalan, alat, media, pesawat, perkakas, "
Dari segi istilah:
Perkataan Tawassul (تَوَسُّل) adalah memohon Pertolongan Allah dengan mengingat atau menyebut nama sesuatu yang di-Kasihi Allah.
Tiga bentuk Tawassul:
Pertama:
Memohon kepada Allah dengan keberkatan Rasulullah ﷺ atau Auliya Allah.
Contoh: "Ya Allah aku memohon Pertolongan Engkau dengan keberkatan Rasulullah , ﷺ" sembuhkanlah penyakitku ini."
Kedua:
Memohon kepada Allah dengan Tawassul dengan sebutan "Ya Rasulullah", "ya wali Allah", wahai Kekasih Allah
Contoh: "Ya Rasulullah, bantulah saya" (dengan niat tetap permohonan tersebut tetap kembali kepada Allah jua. Tetap yakin hakikat pertolongan daripada Allah)
Ketiga:
Memohon pertolongan Allah dengan mengingat Wajah Rasulullah ﷺ atau wajah para Auliya Allah ketika doa. Hanya dengan mengingat sahaja pada kekasih Allah, seseorang yang benar Imannya akan dapat pertolongan Allah dari berbagai arah yang tiada disangka-sangka.
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Orang yang terbaik di kalangan kamu ialah orang yang apabila dilihatnya, dapat mengingatkan kamu kepada Allah, percakapannya menambahkan ilmu kamu, perbuatannya (amalannya) mendekatkan kamu kepada akhirat.”
[Imam Al-Haakim ]
Fatwa Imam Romli Radhiallahu anhu:
Amalan istighathah ( Tawassul ) kepada para Nabi, Rasul, Wali Allah, Ulama dan orang-orang soleh adalah merupakan perkara yang harus. Para Rasul, Nabi, Wali dan orang-orang soleh mempunyai ighathah ( إغَاثَة ) iaitu kelayakan untuk memberi pertolongan selepas kewafatan mereka. Ini kerana mukjizat para Nabi dan karamah para Wali Allah tidak terputus dengan kewafatan mereka. Bagi para Nabi, mereka benar-benar hidup di alam kubur dalam keadaan mendirikan solat dan menunaikan haji sepertimana yang telah dinyatakan dalam riwayat berkenaan perkara ini. Hal ini menunjukkan kelayakan dalam memberi pertolongan ini merupakan antara salah satu mukjizat mereka. (Demikian hal yang sama terjadi kepada para Auliya Allah, mereka hidup di Sisi Allah dengan secara istimewa seperti yang dijelaskan).
[Fatawa Imam ar-Romli]
SIRI 714 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan...
Dalil-dalil Tawassul yang pernah dilakukan oleh para Sahabat
Dalil Pertama
"Beberapa waktu selepas kewafatan Rasulullah ﷺ, Sayyidina Abdullah Ibnu Umar berada di Najd lalu suatu hari kaki beliau kebas. Seseorang berkata kepada beliau, "Ingat seseorang paling kamu cintai" Lalu Ibnu Umar berkata : "Ya Muhammad ( Ya Rasulullah) kemudian kaki beliau terus sembuh dari kebas."
[Imam Bukhari di dalam Kitab Adab Al-Mufrad]
[Imam Nawawi di dalam Al-Azkar]
Dalil ke-2:
"Ketika pemerintahan Sayyidina Abu Bakr as-Siddiq, terjadi peperangan terhadap Nabi palsu Musailamah Al-Kazzab. Ketika peperangan memuncak, kaum Muslimin terasa hilang kekuatan. Ketika itu Khalid Ibn Al-Walid dan para sahabat lain menyeru, " Ya Muhammad" kemudian mereka mara dan memenangi pertempuran tersebut.
[Bab Musailamah Al-Kazzab - Kitab Al Kamil Fit-Tarikh : Imam Ibnu Athir]
Dalil ke-3:
Berkata Imam Nawawi Radhiallahu anhu:
"Sayyidina Ibnu Abbas juga pernah terjadi keadaan yang sama seperti yang terjadi kepada Ibnu Umar, iaitu kaki beliau menjadi kebas. Seseorang berkata kepada beliau supaya ingat kepada seseorang yang paling beliau cintai, lalu Ibnu Abbas berkata: "Ya Rasulullah" kemudian kakinya yang kebas segera pulih.
[Imam Nawawi, Al-Azkar.]
Kesimpulan ringkas:
1. Sesungguhnya banyak lagi kisah-kisah lain yang telah terjadi sepanjang zaman semasa hayat Rasulullah ﷺ dan juga selepas kewafatan Baginda yang kami tidak nukilkan di sini.
2. Imam-Imam Ahlus Sunnah yang membawa kisah-kisah tersebut berhujjah :
Inilah dalilnya harus menyeru nama Rasul dengan sebutan Ya Muhammad, Ya Rasulullah, Ya Habibullah, Wahai kekasih Allah dan lain-lain selepas kewafatan Baginda.
3. Ternyata dari kisah-kisah tersebut terlihat "penyembuhan" suatu penyakit dengan menyebut nama "Muhammad" Atau "Rasulullah".
Ternyata ini semua adalah mukjizat bagi Nabi dan karomah bagi Auliya Allah.
4. Kisah di atas juga menjadi i'tibar.
Menyeru nama seseorang Auliya Allah yang telah wafat, bukanlah bermakna kita mempercayainya ada kuasa dengan sendirinya. Tetapi seruan pada mereka adalah supaya mereka tolong memohon kepada Allah kebaikan dan keampunan dan kesembuhan penyakit kita. Inilah pendirian Ahlus Sunnah, bukan i'tiqad manusia berkuasa dengan sendirinya. Orang beriman mana pun tahu, makhluq tak ada kuasa apa-apa.
5. Golongan yang menuduh amalan menyeru nama Rasulullah atau nama Wali Allah itu syirik, bermakna mereka telah menuduh sahabat Nabi, Ibnu Abbas dan Ibnu Umar sebagai Musyrik? Inilah kebodohan mengikut nafsu dan syaitan yang membawa kesesatan. Wal Iyazubillah
SIRI 715 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan...
Prinsip ke-22:
Tabarruk (mengambil barakah) dengan Rasulullah ﷺ, Auliya Allah, teman soleh
Menurut pendirian Ahlus-Sunnah Wal Jama'ah Tabarruk (mengambil barakah) Rasulullah ﷺ dan sekalian Auliya Allah merupakan tradisi unggul menuju kejayaan dunia Akhirat. Melalui limpahan keberkatan Rasulullah ﷺ serta sekalian Ahli Silsilah Baginda, pendokong-pendokong Ahlus Sunnah memperoleh ribuan kebaikan, keselamatan dan kebahagiaan dunia Akhirat, sejak dahulu hingga ke hari ini.
Tiada seorang pun membantah hakikat ini, iaitu kamu memperoleh keberkatan di dalam keimanan dan kehidupan kamu seluruhnya adalah daripada Barakah Junjungan Rasulullah ﷺ
serta sekalian masyaikh, Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq turun-temurun sepanjang zaman.
Adapun yang membantah hakikat ini hanyalah orang fasiq dan sesat.
Mari perhatikan penjelasan ringkas haqiqat barakah:
Fakta 1: Definisi Barakah secara ringkas:
Dari segi bahasa:
Berasal dari kata ba-ra-ka ( بَرَكَ ) bermaksud tetap, kembang, bertambah, berlutut (unta), menderum (unta)
Dari segi istlah:
Perkataan ba-ra-ka ( بَرَكَ ) tetap kebaikan, berkembangnya kebaikan, bertambahnya Nikmat dari Allah.
Fakta 2: Maksud mengambil barakah — mohon dan harap Limpahan Nikmat Rahmat Allah
Mengambil barakah adalah bermaksud mengharapkan daripada Allah 3 unsur:
Pertama : Tetapnya Nikmat Allah,
Kedua : Berkembangnya Nikmat dan Rahmat Allah di dalam kebaikan,
Ketiga : Bertambahnya Nikmat Allah kepada kebaikan.
Ketika kamu mengambil barakah seseorang sama ada ianya keberkatan Junjungan Rasulullah ﷺ atau sekalian Auliya Allah atau juga keberkatan ibu bapa sendiri bermaksud, kamu mengharapkan pertolongan Allah Kurniakan kamu Nikmat yang Allah telah Kurniakan kepada kamu, kamu mohon berkembangnya Nikmat tersebut di dalam kebaikan dan kamu mengharapkan bertambahnya Nikmat Allah tersebut.
Fakta 3: Limpahan Rasulullah ﷺ serta sekalian Auliya tidak terhenti dengan kewafatan mereka
Keberkatan dari Rasulullah ﷺ serta sekalian Pewaris Nabi, Auliya Allah tidak terhenti dengan kewafatan mereka kerana mereka hidup di Sisi Allah dengan memperoleh rezeki secara istimewa. Barang siapa percaya janji Allah ini, mereka akan mencapai keberkatan yang banyak dalam hidupnya. Barang siapa meragui, menafikan, menentang haqiqat ini akan menemui hari-hari malang dan kebinasaan.
Fakta 4: Orang beriman memperoleh keberkatan berperingkat-peringkat
Sekalian orang beriman memperoleh keberkatan di dalam hidup berperingkat-peringkat:
Pertama : Barakah ibu bapa
Kedua : Barakah teman-teman soleh
Ketiga : Barakah Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Keempat : Barakah Rasulullah ﷺ
Fakta 5: Syarat memperoleh keberkatan adalah ketaatan, khidmat dan adab
Allah Ta'ala menetapkan syarat bagi memperoleh keberkatan. Ertinya seseorang memperoleh ketetapan Nikmat, kembangnya Nikmat dan bertambahnya Nikmat dengan mematuhi syarat-syarat berikut :
1. Ta'at
2. Berkhidmat
3. Memelihara adab
SIRI 716 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan...
Fakta 6: Kejayaan sekalian Mursyid, Mujaddid, Mujtahid adalah hasil keberkatan
Sejarah menukilkan, sekalian Mursyid Pewaris Nabi yang lahir ke muka bumi turun-temurun wasilah mereka daripada Junjungan Rasulullah ﷺ, mencapai kedudukan mereka yang istimewa di Sisi Allah melalui tabarruk kepada Rasulullah ﷺ serta Guru Mursyid mereka masing-masing.
Fakta 7: Setiap Mujaddid dan Mujtahid, tabarruk kepada Rasulullah ﷺ serta Mursyid mereka masing-masing.
Demikian juga mereka yang memperoleh kedudukan sebagai Mujaddid dan Mujtahid juga daripada tabarruk kepada Rasulullah ﷺ serta Mursyid mereka masing-masing. Belum pernah lahir seorang Ulama Ahlus Sunnah yang masyhur nama beliau sebagai Ulama terpercaya, yang taqwa, yang diakui ilmunya.... melainkan beliau tabarruk kepada Rasulullah ﷺ serta Guru Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.
Imam Ja'afar Siddiq, Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani, Imam Ghazali, Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi'e, Imam Hambali, Imam Sayuthi, Imam Ibn Hajar Haytami... bahkan sekalian Auliya Allah datang dari barakah Rasulullah ﷺ serta Mursyid mereka masing-masing.
Fakta 8: Dua Golongan _Ghuluww_ (pelampau — melampaui batas Agama)
Dua golongan yang ghuluww (melampaui batas Agama) berhubung dengan tabarruk adalah:
1. Golongan ghuluww ingkar terus tabarruk, nafikan dengan tuduhan syirik bid'ah....kufur.. sembah berhala. Mereka ini adalah Golongan bid'ah sesat Wahhabiyyah dan Yahudi.
2. Golongan ghuluww mengakui tabarruk tetapi menyeleweng kepada kepentingan nafsu dan duniawi. Mereka adalah golongan batiniah sesat, pendokong ilmu hakikat palsu.
Fakta 9: Orang awam yang berjaya hasil keberkatan Ibu bapa
Secara umum, jika diperhatikan orang-orang awam Islam yang berjaya juga datang dari barakah ibu bapa masing-masing.
Fakta 10: Mereka yang ingkari hakikat Barakah adalah orang jahil dan sesat
Tidak syak lagi orang-orang yang menuduh amalan mengambil barakah sebagai bid'ah sesat, syirik, kufur, penyembah berhala dan lain-lainnya adalah manusia jahil dan sesat. Mereka tidak menyedari perbuatan mereka adalah ingkari segala Kurnia Allah dan ingkari sekalian wasiat Rasulullah ﷺ.
SIRI 717 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan...
Dalil-dalil Allah Kurniakan kelebihan kepada Auliya Allah dan orang-orang Pilihan Allah
Sesetengah golongan terpelajar lulusan Universiti, profesor, PhD, Drs, Kiyai, mufti.. ingkar dan nafikan Kurnia Allah pada Auliya Allah dan insan-insan Pilihan Allah. Pada pendapat mereka tiada lagi keberkatan selepas zaman Nabi. Sedangkan yang benar adalah: Keberkatan Rasulullah ﷺ serta sekalian Sahabat Baginda akan terus mengalir hingga Qiamat.
Cahaya kebenaran serta jalan lurus akan terus diwarisi dan terpancar pada sekalian Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq. Orang beriman yang benar Imannya akan dapat melihat "cahaya" pada diri Kekasih-Kekasih Allah ini dan menjadi pengikut-pengikut mereka. Sebaliknya orang yang mempunyai penyakit hati tertutup daripada melihatnya.
Firman Allah di dalam Hadith Qudsi:
Dari Abu Hurairah Radhiallhu anhu beliau berkata, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhya Allah Ta’ala berfirman:
"‘Barang siapa yang memusuhi Wali-Ku maka Aku telah mengisytihar perang dengannya. Tidak ada taqarrubnya seorang hamba kepada-Ku yang lebih aku cintai kecuali dengan beribadah dengan apa yang telah Aku fardhukan kepadanya. Dan hamba-Ku yang selalu mendekatkan diri kepada-Ku dengan nawafil (perkara-perkara sunnat) maka Aku akan mencintainya dan apabila Aku telah mencintainya maka Aku adalah pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar, penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangannya yang digunakannya untuk memukul dan kakinya yang digunakan untuk berjalan. Jika dia meminta kepada-Ku niscaya akan Aku berikan dan jika dia minta perlindungan dari-Ku niscaya akan Aku lindungi.’ ”
[Imam Bukhari]
Rasulullah ﷺ bersabda:
مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالسَّوْءِ كَحَامِلِ الْمِسْكِ وَنَافِخِ الْكِيرِ ، فَحَامِلُ الْمِسْكِ إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً ، وَنَافِخُ الْكِيرِ إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَة
“Perbandingan teman duduk yang soleh dan buruk adalah seperti penjual minyak wangi dan tukang besi. Adapun penjual minyak wangi, boleh jadi ia akan memberikan kamu minyak wangi, atau kamu akan membeli darinya atau kamu akan mendapat bau harum darinya. Adapun tukang pandai besi, boleh jadi ia akan membuat pakaianmu terbakar atau kamu akan mendapat bau yang tidak sedap darinya.”
[Imam Bukhari dan Imam Muslim ]
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesungguhnya ada sebahagian manusia menjadi kunci kebaikan dan penutup kejelekan, dan ada pula sebahagian manusia yang menjadi kunci kejelekan dan penutup kebaikan. Maka beruntunglah bagi siapa saja yang Allah jadikan kunci-kunci kebaikan berada di tangannya, dan celakalah bagi siapa saja yang Allah jadikan kunci-kunci kejelakan berada di tangannya.”
[Imam Ibnu Majah]
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Orang yang terbaik di kalangan kamu ialah orang yang apabila dilihatnya, dapat mengingatkan kamu kepada Allah, percakapannya menambahkan ilmu kamu, perbuatannya (amalannya) mendekatkan kamu kepada akhirat.”
[Imam Al-Haakim ]
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sebaik-baik kamu adalah apabila dia dilihat, membawa mengingat Allah.”
[Imam Ibnu Majah]
SIRI 718 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan...
Prinsip ke-23
Dilarang keras menuduh Muslim lain sebagai Musyrik, Kafir, Fasiq
Ahlus Sunnah berpegang mana-mana Muslim menuduh Muslim lain sebagai fasiq, kafir, musyrik, sesat atau ungkapan lain yang membawa maksud yang sama, maka segala tuduhan tersebut akan kembali kepada si penuduh sekiranya orang dituduh tidak demikian.
Jangan sesekali kamu berkata kepada seorang Muslim:
"Hai kafir", "Engkau kafir", "Hai ahli bid'ah sesat", "Wahai penyembah kubur", "Engkau fasiq", "Engkau munafiq" kerana tuduhan kekafiran atau kefasikan atau kemusyrikan itu akan kembali kepada kamu.
Rasulullah ﷺ bersabda:
أَيما رجُل قال لِأَخِيْهِ : يَا كَافِرُ, فَقَدْ بَاءَ بِهَا أَحَدُهُمَا , فَإِنْ كَانَ كَمَا قَالَ وَ إِلاَّ رَجَعَتْ عَلَيْهِ)
“Apabila seseorang menyeru kepada saudaranya: Wahai kafir, maka sungguh akan kembali sebutan kekafiran tersebut kepada salah seorang dari keduanya. Bila orang yang disebut kafir itu memang kafir adanya maka sebutan itu layak untuknya, bila tidak maka sebutan kafir itu kembali kepada yang mengucapkan.”
[Imam Bukhari dan Imam Muslim]
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Tidaklah seseorang melempar tuduhan kepada orang lain dengan kefasikan dan tidak pula menuduh dengan kekafiran melainkan (tuduhan itu) akan kembali kepadanya, jika saudaranya tidak seperti itu.”
[Imam Bukhari]
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Siapa yang menyeru kepada seseorang dengan sebutan kekafiran atau ia mengatakan: Wahai musuh Allah, sementara yang dituduhnya itu tidak demikian maka sebutan tersebut kembali kepadanya.”
[Imam Muslim]
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Sesungguhnya perkara yang aku khuatirkan ke atas kamu semua adalah seseorang yang telah membaca Al-Quran sehingga apabila telah nampak kepandaiannya dalam Al-Quran dan dia telah menjadi pendokong Islam, tiba-tiba sahaja dia merubahnya kepada sesuatu yang dikehendaki oleh Allah Ta'ala, maka ia pun terlepas dari Al-Quran dan melemparkannya ke belakang serta mengancam tetangganya dengan pedang sambil melemparinya dengan tuduhan syirik. Aku (Huzaifah Ibn Yaman) bertanya : Wahai Nabi Allah, mana di antara keduanya yang lebih patut dianggap melakukan kesyirikan? Orang yang dituduh ataukah yang melemparkan tuduhan? Nabi ﷺ menjawab : Yang melemparkan tuduhan."
[Imam Ibn Hibban, Imam Ath-Thabrani]
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesungguhnya aku takut ke atas kamu sekalian seorang lelaki yang membaca Al-Quran sehingga apabila telah terlihat pada dirinya seri Al-Quran itu, dan dia sebagai pembantu bagi agama Islam, dia pun mengasingkan diri sehingga masa yang dikehendaki Allah, lalu dia keluar kepada jirannya dengan pedang, serta melontarnya dengan tuduhan syirik”.
[Imam Ibn Hibban]
SIRI 719 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan...
Penjelasan ringkas:
(1) Secara umum, orang kafir yang jelas kekafirannya maka dihukumkan kafir. Ertinya tidak boleh meragui kekafiran orang yang sememangnya kafir kerana meragui kekafiran orang kafir adalah meragui Perintah Allah dan Rasul-Nya.
(2) Dilarang keras memanggil seorang Muslim yang sudah diketahui Islamnya, sebagai kafir, fasiq, munafiq, sesat atau sebagainya. Barang siapa memanggil Muslim lain sebagai kafir, munafiq, fasiq, bid'ah sesat dan lainnya sedangkan dia tidak demikian, maka segala tuduhan akan kembali kepada orang yang menuduh.
(3) Kelayakan mengeluarkan fatwa akan kekafiran seseorang atau satu kumpulan manusia adalah hak Ulama yang benar-benar memegang otoriti. Dengan demikian orang awam tidak berhak bahkan berdosa besar mengeluarkan fatwa sesuka hati fasiq, kafir, munafiq dan sebagainya.
(4) Sekiranya seseorang melafazkan kata-kata yang boleh menjerumuskannya kepada kekafiran, maka perlu diselidiki kata-katanya dan diselidiki kondisi (hal ehwal) dirinya sebelum menjatuhkan hukuman ke atasnya. Dilarang menghukum tanpa usul periksa.
(5) Pada zaman permulaan golongan Wahhabiyyah menguasai Tanah Arab, mereka sewenang-wenang membunuh pendokong Ahlus Sunnah kerana menuduh syirik, bid'ah sesat, penyembah berhala. Mereka ulangi perangai nenek moyang mereka Khawarij yang memerangi Sayyidina Ali Radhiallahu anhu dan Ummat Islam seluruhnya. Tidak syak lagi Golongan wahhabiyyah yang mengikut jejak langkah khawarij adalah anjing-anjing Neraka.
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Khawarij adalah anjing-anjing neraka.”
[Imam Ibn Majah]
Rasulullah ﷺ bersabda:
“(khawarij) Anjing-anjing neraka, (mereka) seburuk-buruk yang terbunuh di bawah kolong langit,dan sebaik-baik yang terbunuh adalah yang mereka bunuh.” Lalu Abu Umamah berkata: "Sekiranya aku tidak mendengar hadith ini sekali, dua kali sampai tujuh kali, aku tidak akan memberitakannya kepada kalian."
[Imam Tirmizi]
(6) Pada zaman ini setengah golongan cerdik pandai termasuk di dalam orang bergelar "mufti" gemar melemparkan kata-kata bid'ah sesat, kufur, syirik, fasiq, penyembah kubur dan lain-lainnya terhadap amalan Sambutan Maulidur-Rasul ﷺ, amalan Tawassul, ziarah kubur dan lain-lain amal soleh Ahlus Sunnah. Mereka adalah golongan Wahhabiyyah yang mengikuti perangai Khawarij yang pernah menuduh Sayyidina Ali Radhiallahu anhu dan Ummat Ahlus Sunnah sebagai kafir. Golongan ini benar-benar bodoh dan jahil. Segala tuduhan kekafiran mereka akan kembali kepada mereka.
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Sesungguhnya perkara yang aku khuatirkan ke atas kamu semua adalah seseorang yang telah membaca Al-Quran sehingga apabila telah nampak kepandaiannya dalam Al-Quran dan dia telah menjadi pendokong Islam, tiba-tiba sahaja dia merubahnya kepada sesuatu yang dikehendaki oleh Allah Ta'ala, maka ia pun terlepas dari Al-Quran dan melemparkannya ke belakang serta mengancam tetangganya dengan pedang sambil melemparinya dengan tuduhan syirik. Aku (Huzaifah Ibn Yaman) bertanya : Wahai Nabi Allah, mana di antara keduanya yang lebih patut dianggap melakukan kesyirikan? Orang yang dituduh ataukah yang melemparkan tuduhan? Nabi ﷺ menjawab : Yang melemparkan tuduhan."
[Imam Ibn Hibban, Imam Ath-Thabrani]
SIRI 720 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan...
Prinsip ke-24:
Orang beriman yang berdosa tidak kekal di Neraka
Ahlus Sunnah berkeyakinan orang-orang beriman, walaupun Imannya sebesar _zarrah_, tidak akan kekal di Neraka.
Maksudnya adalah:
Manusia yang berdosa besar dan banyak dosanya mengatasi amal kebaikannya atau tidak langsung mempunyai kebaikan, tetapi dalam hatinya ada Iman, walaupun sekecil-kecil Iman sekalipun, akan dikeluarkan dari Neraka setelah selesai menerima hukumannya dan dimasukkan ke Syurga, dengan Kemurahan dan Rahmat Allah.
Pendirian ini berdasarkan Hadith Rasulullah ﷺ.
Rasulullah ﷺ bersabda:
حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ، قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ، عَنْ عَمْرِو بْنِ يَحْيَى الْمَازِنِيِّ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، رضى الله عنه ـ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " يَدْخُلُ أَهْلُ الْجَنَّةِ الْجَنَّةَ، وَأَهْلُ النَّارِ النَّارَ، ثُمَّ يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى أَخْرِجُوا مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ مِنْ إِيمَانٍ. فَيُخْرَجُونَ مِنْهَا قَدِ اسْوَدُّوا فَيُلْقَوْنَ فِي نَهَرِ الْحَيَا ـ أَوِ الْحَيَاةِ، شَكَّ مَالِكٌ ـ فَيَنْبُتُونَ كَمَا تَنْبُتُ الْحِبَّةُ فِي جَانِبِ السَّيْلِ، أَلَمْ تَرَ أَنَّهَا تَخْرُجُ صَفْرَاءَ مُلْتَوِيَةً ". قَالَ وُهَيْبٌ حَدَّثَنَا عَمْرٌو " الْحَيَاةِ ". وَقَالَ " خَرْدَلٍ مِنْ خَيْرٍ ".
"Apabila ahli Syurga masuk Syurga dan ahli Neraka masuk Neraka, Allah akan memerintahkan orang-orang yang beriman seberat biji sawi untuk dikeluarkan dari Neraka. Maka mereka akan dikeluarkan tetapi (ketika itu) tubuh mereka hitam legam bagaikan arang (hangus). Kemudian mereka akan dimasukkan ke dalam sungai Haya' (hujan) atau Hayyat (kehidupan) , (Perawi ragu mana istilah yang tepat) dan mereka akan hidup semula seperti biji-bijian yang tumbuh di tepi tebing saluran banjir tidakkah kamu melihat bahawa ia keluar kuning dan berpintal".
[Imam Bukhari]
Rasulullah ﷺ bersabda:
وعن ابن مسعود رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : "إني لأعلم آخر النار خروجاً منها، وآخر أهل الجنة دخولاً الجنة، رجل يخرج من النار حبوا؛ فيقول الله عز وجل له: اذهب فادخل الجنة، فيأتيها، فيخيل إليه أنها ملأى، فيرجع فيقول: يا رب وجدتها ملأى، فيقول الله عز وجل له: اذهب فادخل الجنة، فيرجع ، فيقول: يا رب وجدتها ملأى، في سورة يقول الله عز وجل له : اذهب فادخل الجنة ، فيأتيها، فيخيل إليه أنها ملأى، فيرجع، فيقول: يا رب وجدتها ملأى! فيقول الله عز وجل له: اذهب فادخل الجنة، فإن لك مثل الدنيا وعشرة أمثالها أو إن لك مثل عشرة أمثال الدنيا، فيقول: أتسخر بي، أو تضحك بي وأنت الملك” قال: فلقد رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم ضحك حتى بدت نواجذه فكان يقول: "ذلك أدنى أهل الجنة منزلة" ((متفق عليه)).
"Sesungguhnya aku benar-benar mengetahui penghuni Neraka yang terakhir dikeluarkan dari sana dan yang terakhir masuk ke dalam Jannah. Dia adalah seorang lelaki yang akan keluar dari Neraka dengan merangkak. Maka Allah, Tuhan yang memiliki Kemuliaan akan berkata kepadanya: "Pergilah dan masuklah ke dalam Jannah". Dia akan pergi ke sana dan mengira bahawa ia telah penuh dan dia akan kembali dan berkata: "Wahai Tuhanku, ia telah penuh." Allah Memerintah: "Pergilah dan masuklah ke dalam Jannah." Dia akan pergi lagi dan mengira bahawa ia telah penuh, maka dia akan kembali ke belakang. Maka Allah Memerintah: "Pergilah dan masuk ke dalam Jannah. Sesungguhnya untuk engkau seperti dunia dan sepuluh kali gandanya."
Dia akan berkata: "Adakah Engkau memperolok-olokkan aku sedangkan Engkau adalah Raja?" Pada saat ini aku (Ibn Mas'ud) melihat Rasulullah ﷺ ketawa sehingga gigi geraham Baginda kelihatan dan Baginda bersabda, "Orang seperti itu akan menjadi penghuni Jannah yang paling rendah pangkatnya."
[Imam Bukhari dan Imam Muslim]
Maka syaratnya bagi pembebasan ini adalah :
Iman yang benar menurut Ahlus Sunnah.
Bersambung siri 721 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
_____________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment