D2: MUHASABAH DIRI: TIGA TINGKATAN ORANG BERPUASA

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

MUHASABAH DIRI: TIGA TINGKATAN ORANG BERPUASA

(Siri 11)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


sambungan...


8.0 Tingkatan Pencapaian Kesucian dan Taqwa hasil Puasa Ramadhan


(3) Tingkatan Puasa Arif Billah 


Arif Billah BUKAN lagi di dalam latihan atau mujahadah.   Mereka telah sampai ke Hadratul Quddus, Hadrat Tuhan Yang Maha Suci, menyaksikan Wajah Allah Yang  Laisa Kamithlihi Syai'un. 

 

Mereka telah menempuh perjalanan yang jauh dan panjang.  Mereka telah menempuh berbagai dugaan, cobaan, halangan dari anasir2 nafsu jahat, godaan iblis dan telah bebas dari gangguan2nya.  Mereka telah mematahkan segala rintangan dan hijab sehingga akhirnya berada di sisi Allah menikmati keharuman Ma'rifat.  


Mereka telah bebas sepenuhnya dari syirik khafi  (syirik tersembunyi),  mazmumah  (sifat keji), ghaflah (kelalaian).  Bahkan telah fana (binasa wujud diri) dan kemudian baqa (kekal berserta Allah). 


Puasa mereka mencapai kemuncak kecemerlangan kerana mereka berpuasa dengan keseluruhan diri mereka.  Setiap urat nadi, setiap aliran darah, setiap turun naik nafas kesemuanya berpuasa.  


Puasa Ramadhan  bagi Arifbillah BUKAN suatu bebanan, sebaliknya kelapangan.  BUKAN  kesempitan tetapi keluasan.   Rahmat Allah.  Pada setiap saat mereka menikmati keindahan Ramadhan.  Pada setiap saat mereka di dalam "syurga yang disegerakan",  iaitu kehidupan yang diselubungi keharuman Ma'rifat.  


Tingkatan ini yang dimaksudkan oleh Imam Ghazali sebagai "Tingkatan Puasa Khawasul Khawas". 


Jika ditanya siapa saja mampu sampai kepada peringkat tertinggi itu?


Jawabannya:  Siapa saja di kalangan Ummat Islam, baik lelaki maupun perempuan. Baik Raja atau Rakyat. Baik dia kaya atau miskin, baik dia keturunan mulia atau hina, baik dia kulit putih atau hitam, baik dia Arab atau 'Ajam..  semuanya boleh mencapainya, tetapi dengan syarat....!


Apakah syaratnya?


Syaratnya kamu mesti bersedia mematuhi Peraturan dan Adab2 Jalan Ma'rifat.  


Apakah dia Peraturan dan Adab Jalan Ma'rifat?


Khazanah Jalan Ma'rifat ada pada Pewaris Rasulullah  ﷺ yang sebenar, iaitu Shaikh Mursyid yang siddiq yang mewarisi keseluruhan Agama dari Junjungan Besar Rasulullah ﷺ.


Mereka mewarisi  Ilmu Baginda zahir dan batin, turun-temurun bersilsilah perguruan sampai Rasulullah  ﷺ     .  


Kamu mesti merendahkan diri berguru kepada mereka.  Kamu mesti sedia membuang segala ego kesombongan diri walaupun kamu seorang yang sangat banyak ilmu syari'at serta sangat mahir pidato dan berhujjah. 


Kamu mesti bersedia menempuh perjuangan yang panjang.  (bukan setahun, bukan dua tahun, bahkan puluhan tahun).  Kamu mesti bersedia membuang segala kebiasaan2 kemanusiaan dan menjadi manusia "luarbiasa".     


Kamu mesti sanggup khilwah , / suluk (seperti khilwah Rasulullah  ﷺ di gua Hira')  asingkan diri dari dunia  masyarakat umum beberapa waktu, mujahadah melawan keinginan nafsu syahwat yang rendah -  kurangkan makan, kurangkan bercakap, kurangkan tidur.  Banyakkan Taubat, banyakkan zikrullah, banyakkan  solawat atas Baginda Nabi ﷺ , banyakkan solat sunnat. Semua ini dengan pimpinan Guru yang arif  (Shaikh Mursyid). 


Jika kamu benar2 ikhlas, mendirikan  hukum Sayri'at. memelihara  adab2 Jalan Ma'rifat  serta sungguh2 mujahadah mencari Dia,   maka di sana akan terbukalah Sinar Ilahiyyah.


Siri 12 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


9.0  Rahsia dan Hakikat  Idul Fitr


Setelah selesai puasa Ramadhan, seluruh ummat Islam menyambut Hari Raya Puasa yang di sebut juga 'Idul Fitr.


●Apa ada pada 'Idul Fitr?

●Bagaimanakah cara menyambut 'Idul Fitr?

●Bagaimanakah orang awam menyambut Idul Fitr? Apakah bezanya dengan cara sambutannya oleh Salikin dan Arifin?

●Apakah sebenarnya rahsia yang terkandung di dalam makna "menyambut" dan "sambutan" 'Idul Fitr menurut pertimbangan Ahlul Haqq?


Sesiapa sudah memahami makna Taqwa menurut pendirian Ahlus Sunnah sebagaimana yang telah di- jelaskan sebelum ini, dan sudah memahami juga puasa Ramadhan sebagai salah satu ibadah yang menerbitkan Taqwa,  maka mudah baginya memahami kaitan antara Ramadhan dan 'Idul Fitr.


Secara ringkasnya Rahsia  'Idul Fitr'  berkait rapat dengan hasil puasa Ramadhan.  Ia adalah adalah Hari Kemenangan bagi orang2 yang telah mencapai TAQWA hasil dari puasa 30 hari Ramadhan.  Atau meningkat TAQWA NYA dari peringkat yang rendah kepada peringkat TAQWA yang lebih tinggi.


Ungkapan  kata “Fitr”  adalah fitrah insan Iaitu  “suci bersih” laksana kain putih atau laksana “kapas putih” atau laksana “bayi” yang baru lahir.  


Ertinya orang yang telah menyempurnakan puasanya dengan mematuhi syarat2nya yang zahir dan batin, maka layaklah dia mencapai  kesucian tersebut,  kembali kepada fitrah kejadiannya sebagaimana di alam NUR, suci dari noda dan dosa…! 


Di alam Nur, ketika “ruh” insan masih berada di sisi Allah Ta’ala, ianya sangat suci murni, tiada noda, tiada dosa.   “Ruh” insan ini menghadap Allah Ta’ala dan memujinya setiap saat.  

Maka demikianlah keadaan hamba2 Allah yang telah suci “hati” dan “ruhnya” sebaik sahaja selesai menunaikan Ibadah Ramadhan.  Keadaannya sama!  Maha Suci Allah, betapa kemurahan Allah Ta’ala kepada Ummat Nabi Muhammad…!


Namun persoalannya, adakah kita telah mendapat rahsia ini?


Orang Arif dapat melihat tanda2 " kesucian ini " pada diri seseorang hamba Allah yang benar2 telah bersih hati nya hasil mujahadah di bulan Ramadhan.


Siri 13 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


10.0 Cara menyambut  'Idul Fitr’


Cara Ummat Islam menyambut ‘Idul Fitr berbeza2 mengikut darjat / tingkatan Imannya sebagaimana juga darjat dan nilai puasa seseorang bergantung kepada tingkatan Iman dan cara dia menyempurnakan Ramadhan.    


Bagi kebanyakan orang Islam, apabila tamat bulan Ramadhan, maka telah selesailah mujahadah. Masing2 akan berasa lega kerana tak perlu mengikat perut dan kemahuan /  keinginan diri. Masing2 akan terasa bebas tak perlu terikat dengan berbagai pantang larang. 

Ini berbeza sama sekali dengan tuntutan sebenar Idul Fitr. 


Bagi Arif Billah, Ulama yang mengenal Allah dan mengetahui rahsia2 Tauhid dan Ubudiyyah, ‘Idul Fitr adalah  tabir pembukaan bagi kesucian, melaluinya akan membawa hasil mujahadahnya berterusan sepanjang bulan2 berikutnya. Ramadhan tidak tamat dengan  ‘Idul Fitr sebaliknya  ‘Idul Fitr adalah sebuah lagi pintu bermulanya kehidupan istimewa  “kembali kepada fitrah”(kesucian).    

Ertinya hikmah Ramadhan bagi hamba2 Allah yang telah suci hatinya akan berlanjutan sepanjang tahun.  Tamatnya Ramadhan tidak memutuskan mujahadah bagi ahli salikin yang menuntut Wajah Allah. 


Orang yang benar2 memperoleh TAQWA dan kemanisan UBUDIYYAH akan melihat dan memperoleh kegembiraan hasil puasanya.


✨🕌✨Rasulullah   ﷺ  bersabda :

Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kegembiraan yaitu kegembiraan ketika dia berbuka dan kegembiraan ketika berjumpa dengan Tuhannya. 

[Imam Muslim ]


Zahir makna kegembiraan yang disebut oleh Nabi di dalam Hadith di atas biasa difahami adalah :


"mereka yang berbuka dapat meni’mati kelazatan makan minum."


Tetapi makna sebenar dari sudut keruhanian yang suci adalah sebagaimana digambarkan oleh Imam Jilani di dalam Kalam Hikmah nya :

Berkata Sulton Auliya Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani رضي الله عه, : 


“Puasa menurut Syari’at tertakluk kepada masa dan waktu, tetapi puasa rohaniyyah waktunya dalah sentiasa dan terus-menerus sepanjang hayat di dunia hingga akhirat. Inilah puasa yang hakiki seperti yang dikenal oleh orang2 yang bersih hati dan jiwanya.  Puasa itu adalah pembersihan atas pembersihan!  


Beliau berkata lagi :


Orang berpuasa mendapat 2 keseronokan.!  Orang awam berkata bahawa keseronokan pertama ialah dapat makan dan minum.  Maksud keseronokan ‘tatkala melihat’ adalah tatkala melihat anak bulan Syawal untuk berhari raya.  Bagi orang yang Arif dengan maksud yang batin dari puasa itu berkata, bahawa keseronokan berbuka puasa ialah tatkala si Mu’min memasuki syurga dan menikmati segala yang ada di dalamnya.  Adapun maksud ‘tatkala melihat’ itu pula ialah ; apabila mereka melihat Allah dengan mata hati yang batin!" 

[Sirrul Asrar]


Syarah /  Penjelasan kata2 hikmah Imam Jilani di atas:


Pengertian “berbuka”


Makna pertama  “berbuka”  yang biasa difahami iaitu semasa di dunia, orang yang berpuasa akan merasai kegembiraan dengan sebab menikmati makanan ketika “berbuka” (buka puasa).  dan seterusnya keseronokan dapat makan minum pada Hari Raya /  Idul Fitr 


Makna kedua, iaitu makna yang hakiki bagi orang Arif adalah :  “berbuka” adalah semasa mereka diberi ni’mat  kelazatan syurga di akhirat.


 Pengertian “melihat”


Makna “melihat” pada orang awam adalah : Melihat anak bulan dan kegembiraan Hari Raya.


Sedangkan makna “melihat” bagi pada sisi ahli TAQWA adalah :    Melihat Wajah Allah ketika hidup di dunia ini lagi, iaitu melihat Allah melalui pandangan mata hati dan pandangan ruh dan pandangan Sirr (menurut maqam masing2) .

Inilah yang dipanggil Tauhid yang hakiki, Tauhid sebenar yang terpancar dari jiwa yang suci.     Semua orang Islam mampu mencapainya. (Tauhid yang suci murni).    Bahkan wajib berusaha sungguh2 mencapainya kerana sebelum mencapai Tauhid yang suci murni ini,  hati seseorang itu sentiasa terumbang-ambing antara Tauhid dan syirik khafi   (syirik tersembunyi).


Siri 14 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


11.0  Realiti Zaman - Kebiasaan Menyambut Ramadhan yang Merugikan


Setiap perkara kebaikan, pasti ada musuh2 yang cuba menghalangnya. Akan timbul musuh2 di dalam diri manusia dan anasir-anasir  luar cuba hapuskan kebaikan dan kelebihan yang dijanjikan, dengan cara memesongkan orang beriman dari landasan kebenaran.


Perkara2 berikut ini perlu diperhatikan oleh setiap orang beriman agar kelebihan dan keutamaan Ramadhan yang dijanjikan oleh Allah tidak terhapus disebabkan kelalaian dan musuh2 yang tak disedari.


Pertama :

Berbuka puasa di Hotel /  Restoran Mewah dengan bayaran mahal. 


Satu ketika dahulu, Masjid dan surau mengadakan jamuan berbuka bagi ahli qariah setempat, musafir dan faqir miskin. Cara ini adalah amalan yang sangat terpuji. Berdasarkan berbagai sumber dalil Qur'an, Sunnah dan Fatwa Ulama, kita faham berbuka secara berjamaah seperti ini adalah sangat bermanfaat.


Namun dewasa ini, berbagai pihak menganjurkan cara berbuka puasa di hotel2 mewah atau di restoran mewah sehingga berhabisan ratusan ringgit bagi setiap orang.  

Adakah ini memenuhi syarat dan adab berpuasa?  Adakah ini caranya Allah Taala fardhukan puasa Ramadhan?  Agaknya dengan cara ini kita mampu meraih TAQWA?


Yang sebenarnya amalan seperti ini sangat merugikan ummat dipandang dari beberapa sudut pandangan.


(1) Hilang ruh puasa.


Salah satu tujuan puasa adalah melatih diri dengan  qanaah (berpada dengan yang ada), sedikitkan makanan,  banyakkan sedekah kepada faqir miskin dll.


Bayangkanlah wang yang dibelanjakan berjumlah beribu-ribu ringgit  untuk berbuka sedangkan jumlah tersebut dapat menampung perut ramai anak yatim dan faqir miskin.   Tetapi semua itu dihabiskan pada satu malam sahaja.   


(2) Menimbulkan riya' dan kesombongan


Berbuka puasa dengan bayaran mahal di hotel2 yang ternama akan menimbulkan sifat2 riya' dan takabbur. Sedangkan salah satu tujuan puasa adalah melatih diri hapuskan sifat riya' dan takabbur.


(3) Pembaziran

Berapa banyak seseorang yang dapat makan ketika berbuka? 


Mungkin separuh atau kurang dari makanan yang disediakan itu dapat dihabiskan.  Selebihnya akan terbuang begitu sahaja.  Maka jadilah pembaziran. Sedangkan membazir itu kawan syaitan. 


Kedua :

Buffet - Bercampur baur lelaki wanita


Bercampur aduk antara lelaki dan wanita ketika berbuka puasa secara “buffet”  atau berbuka ramai2 di tempat khas.  Sepanjang hari tahan lapar dan dahaga. Ketika berbuka secara “buffet”  campur aduk antara lelaki dan wanita, segala kelebihan puasa lebur bagai debu…!  


Ketiga:

Pesta Solek, Dedah aurat di Bazzar Ramadhan. 


Wanita muda (dan juga tidak ketinggalan sebahagian yang wanita tua)  berhias2 diri, bersolek, memakai pakaian dedah aurat, memakai  wangi2an ke Pasar Ramadhan.   Apa jadi kepada puasa?


Keempat:

Fitnah, Adu Domba, Mengumpat, Caci maki. 


Kebiasaan di luar Ramadhan seperti mengumpat, adu domba,  mencaci maki, memfitnah, berdusta yang diharamkan dll sepertinya tetap menjadi “makanan” di dalam Ramadhan bagi orang yang sudah terbiasa dengannya.   Dengan sifat seperti  ini, dapatkah meraih puasa mabrur dan TAQWA?


Kelima:

Kurang atau tiada sedekah kerana pentingkan diri sendiri. 


Kita dianjurkan  banyakkan sedekah dan memberi makan kepada orang berpuasa,  terutama kepada faqir miskin.  Bagaimana ini dapat berlaku jika masing2 sibuk mementingkan  makan minum yang mewah2?  


Keenam:

Kelalaian dengan muzik, drama, cakap  sia2, debat sia2.


Kelalaian dengan perkara2 yang tiada faedah,  seperti bercakap sia2,  debat sia2, menonton drama, asyik dengan muzik  dsb menghilang keberkatan dan nilai puasa.


Siri 15 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


12.0  Realiti Zaman - Menyambut Idul Fitr yang Merugikan


Oleh kerana tidak memahami hakikat puasa Ramadhan, hakikat Idul Fitr, maka sebahagian Ummat ini menyambut Idul Fitr dengan cara2 yang tidak mempunyai ruh agama. Sebahagian lagi menyambut degan cara2 yang terang-terangan berlawanan dengan Agama.                                                                                           

(1)      Makan minum tak terkawal.


Ada sebahagian ummat melepaskan perasaan dengan makan minum yang tidak terkawal sebaik mula Idul Fitr.    Nafsu yang dilatih dan diikat dengan beberapa latihan semasa Ramadhan, dilepaskan supaya dapat kepuasan maksimum.


(2)      Pembaziran pada pakaian, perhiasan dan makanan.   


Ramadhan melatih diri supaya “qanaah” (berpada), jimat cermat pada segala hal.  Tetapi pada Idul Fitr yang disebut sebagai Hari Raya, semuanya terbalik.  Wang ringgit yang berlebihan yang sepatutnya di- hulurkan kepada faqir miskin dihabiskan untuk kehebatan dan kemegahan.


Ada yang bermegah2 di dalam tv, internet menunjukkan kehebatan menempah berpuluh pasang pakaian.


Allah dan Rasul-Nya tidak melarang pakaian yang serba baru mengikut kemampuan masing2.  Tetapi berpadalah. Ingatlah kepada yang lebih memerlukan.


(3)      Bersiar-siar /melancong dengan perbelanjaan besar.


Sekali lagi, inilah salah satu penyakit ummat, terutama mereka yang mempunyai kewangan melimpah ruah.


Selepas terkurung selama sebulan , jiwa ingin mencari kedamaian di luar seperti bulan2 biasa.  Maka habislah puluhan ribu untuk tujuan melancong sahaja.


Tidaklah menjadi kesalahan untuk melancong, mengambil angin, bersiar2.  Tetapi berpadalah.  Walaupun kamu orang yang sangat kaya-raya,  jangan bakar wang sebegitu banyak semata2 untuk kepuasan diri.    Carilah yang sederhana.   Apalah salahnya bersiar2 ke tempat2 berdekatan yang tiada makan belanja besar?


4)      Berkumpul ramai2 campur  lelaki perempuan bukan mahram. 


Ini satu lagi tradisi masyarakat kita yang bertentang dengan ruh agama dan sekaligus hilangkan segala penat lelah Ramadhan.


(5)      Gambaran Negatif Media Letronik


Rancangan2 TV dan media letronik lain menggambarkan seolah2 Idul Fitr itu adalah hari perayaan yang perlu diraikan dengan berbagai hiburan campur aduk laki wanita sehingga hilang nilai2 yang diraih hasil puasa.


Siri 16 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


sambungan.....

12.0  Realiti zaman - Menyambut Idul Fitr yang merugikan.....


(6) Istilah Rumah Terbuka.(open house)


Istilah rumah terbuka (open house) adalah tidak sesuai dengan ruh agama.


Ini kerana, asalnya ia adalah tradisi orang bukan Islam yang menganjurkan pesta makan minum dan kebebasan pergaulan antara lelaki / wanita bukan mahram.   Maka sebahgian ummat Islam meniru konsep tersebut sehingga terjadi kerosakan.  


Jika Istilah rumah terbuka dikatakan sebagai jamuan Idul fitr, maka ini mungkin lebih munasabah dan lebih sesuai. Namun apa yang lebih mustahak adalah cara menyambutnya dan niat menyambutnya.


Sememangnya sangat baik berkunjung sanak saudara untuk eratkan siratur-rahim kerana itu setengah anjuran Agama.  Namun berhati hatilah...!   Janganlah sampai berlebih-lebihan atau sampai membazir.  


Janganlah jadikan jamuan idul Fitr sebagai medan selera "balas dendam"  puasa sebulan, makan minum sebanyak2nya sehingga di luar batasan.    Sebulan Ramadhan ikat nafsu, tetapi nafsu yang diikat tadi dilepaskan untuk memenuhi segalanya sepuas2nya.


Jika demikian, mana hasil Ramadhan?  Bukankah segalanya menjadi debu...?


Inilah di antara beberapa cara dan perlakuan yang membawa kepada kerugian.  Ada di antara mereka dapat mengawal diri pada bulan Ramadhan tetapi apabila sampai Idul Fitr, segalanya amal hangus terbakar disebabkan kerakusan nafsu menyambut “Hari Raya”.   Ada yang lain pula  tidak langsung  menghayati puasa, sudah tentulah Idul Fitr tiada makna apa2 pada mereka.


Perlakuan2 seperti ini bukan sahaja menyebabkan puasa tak diterima, sebaliknya membawa kemurkaan Allah Ta’ala.  


✨🕌✨Rasulullah   ﷺ  bersabda :

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِى أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ

“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta malah mengamalkannya, maka Allah tidak memerlukan dari rasa lapar dan haus yang dia tahan.”

[Imam  Bukhari ] 


 ✨🕌✨Rasulullah   ﷺ  bersabda :

لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الأَكْلِ وَالشَّرَبِ ، إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ ، فَإِنْ سَابَّكَ أَحَدٌ أَوْ جَهُلَ عَلَيْكَ فَلْتَقُلْ : إِنِّي صَائِمٌ ، إِنِّي صَائِمٌ

“Puasa bukanlah hanya menahan makan dan minum saja. Akan tetapi, puasa adalah dengan menahan diri dari perkataan melalaikan dan ucapan keji. Apabila ada seseorang yang mencelamu atau berbuat gangguan padamu, katakanlah padanya, “Aku sedang puasa, aku sedang puasa”.

[Imam  Ibnu Majah ]

 

✨🕌✨Rasulullah   ﷺ  bersabda :

رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الجُوْعُ وَالعَطَشُ

“Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya tersebut kecuali rasa lapar dan dahaga.”

[Imam At- Thabaroni]


Moga kita terhindar dari mengikuti jalan2 kebatilan dan kesesatan yang sudah pasti mengundang kemurkaan Allah Ta’ala.


Siri 17 - akhir :


 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


11.0 Rumusan Ringkas Hikmah Ramadhan dan Rahsia 'Idul Fitr :


💫🏆Bulan Ramadhan adalah bulan mulia penuh keberkatan,  Keampunan Allah dan Limpahan Rahmat yang tidak terhingga bagi orang2 Islam.   


💫🏆Bulan Ramadhan adalah medan mujahadah untuk menebus menebus dosa2 lalu  (dosa kecil).


💫🏆 Bulan Ramadhan adalah Madrasah menyucikan diri, peluang meningkatkan Tauhid peringkat awam kepada Tauhid hakiki yang  suci murni seperti yang dituntut oleh Allah. (Tauhid Salikin dan Arifin) 


💫🏆 Hamba2 Allah yang menunaikan puasa dan ibadah Ramadhan dengan benar ikhlas serta mematuhi sekalian syarat zahir dan batin, maka dia akan memperoleh kesucian hati, Tauhid suci murni dan Taqwa.


💫🏆Hakikat 'Idul Fitr adalah lambang kesucian insan yang kembali kepada fitrah dirinya yang suci.  Di dalam pengertian lain adalah mereka yang memperoleh TAQWA.


💫🏆Cara menyambut 'Idul Fitr yang terbaik yang dituntut adalah dengan membanyakkan zikr Allah dan memuji-Nya dan membesarkan-Nya di sebabkan anugerah Rahmat yang tidak terhingga kepada kita.


💫🏆 'Idul Fitr bukan penutup bagi Ramadhan, sebaliknya ianya adalah sebuah lagi pintu kesucian kepada suatu kehidupan penuh Keimanan yang diredhai Allah Ta’ala.


💫🏆 Jauhkan diri dari cara2 berpuasa dan menyambut Idul Fitri dengan jalan2 yang tidak diredhai Allah.   Cuba buat perubahan dari sekarang.   


💫🏆Orang2 abid yang gemar memikirkan / menuntut2  pahala2 bagi setiap amalnya perlu mengubah sikapnya terhadap Allah Ta'ala. Usahakan sungguh2 mencari ikhlas dan Redha Allah.


Ahli Ma'rifat berikan perumpamaan :


Orang yang menuntut2 pahala dari Allah Taala disebabkan amal ibadahnya adalah bagaikan buruh yang menuntut upah dari majikannya.  Sementara orang yang mencari redha dan Kasih Allah adalah umpama hamba yang menyerahkan dirinya kepada Allah tanpa soal. 


Setiap orang beriman perlu belajar berubah menjadi hamba Allah bukan kekal selamanya menjadi buruh yang meminta upah dari Allah. Sedangkan diri kita pun milik Allah..... bagaimana yang tiada memiliki apa2 menuntut sesuatu dari Yang Maha Pemilik, Yang Maha Memiliki segalanya?


💫🏆  Arif Billah mencapai hasil puasa Khawasul khawas yang tertinggi diikuti oleh salikin yang sampai / memperoleh Peringkat Khawas.


Jika kamu tak mampu meraih Taqwa peringkat tinggi, usahalah agar sampai Maqam  Taqwa yang pertama iaitu Maqam Tauhid Af'al. Jangan selamanya duduk peringkat orang awam.


            ✨🏆🏆🏆✨

______________________✍


Alhamdulillah atas Limpah Kurnia Allah bagi menyiapkan Risalah kecil ini.  Moga menjadi  panduan ummat memperoleh puasa yang mabrur, kesucian hati dan Taqwa.


َللهُمَّ اجْعَلْ لِىْ نُوْرًا فِىْ قَلْبِىْ وَنُوْارًا فِى قَبْرِىْ وَنُوْارً فِىْ سَمْعِىْ وَنُوْرًا فِىْ بَصَرِىْ وَنُوْرًا فِىْ شَعْرِىْ وَنُوْرًا فِىْ بَشَرِىْ وَنُوْرًا فِىْ لَحْمِىْ وَنُوْارً فِىْ دَمِىْ وَنُوْرًا فِىْ عِظَامِىْ وَنُوْرًا مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ وَنُوْرًا مِنْ خَلْفِىْ وَنُوْرًا عَنْ يَمِيْنِىْ وَنُوْرًا عَنْ شِمَالِىْ وَنُوْرًا مِنْ فَوْقِىْ وَنُوْرًا مِنْ تَحْتِىْ. اَللهُمَّ زِدْنِىْ نُوْرًا وَاَعْطِنِىْ نُوْرًا وَاجْعَلْ لِىْ نُوْرًا.


اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أَغْلَقَ الْخَاتِمِ   لِمَا سَبَقَ  اَلنَّاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ الْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمَسْتَقِيْمِ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ  حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمٌَ


اَلْحَمْدُلِلّهِ الَّذِيْ أَنْعَمَنَا بِنِعْمَةِ اْلإِيْمَانِ وَالْمَعْرِفَة

وَالْاِسْتِقاَمَةَ عَلَى الشَّرِيْعَةِ وَالطَّرِيْقَةِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اَللّه عَلَيهِ وَسَلَّم


         - Tammat -

_______________________

Bimbingan :

              Shaikh Sayyid Abu Tohir

        Mursyid, Silsilah Naqsyabandiah

                     Al Kholidiyah

            MAJLIS TAZKIRAH JILANI

🌴🍁🍁🍁🍁🌴🌴🍁🍁🍁🍁🌴🌴🍁🍁🍁🍁🌴

          

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...