HAKIKAT IKHLAS (1)

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


    MEMAHAMI TUNTUTAN IKHLAS DAN HAKIKAT IKHLAS....!



MUQADDIMAH
□□□□□□□□□□□□□

Di mana-mana forum Islam, ceramah, diskusi, di dalam Majallah bercorak Islam, buku2 Islam,  kita sering mendengar perkataan Ikhlas.  Khususnya ketika bicara bab ibadah, para penceramah pasti tidak tertinggal untuk memperingatkan pentingnya "Ikhlas". Bahkan di dalam perbualan dan hubungan sesama orang Islam, perkataan "ikhlas"  sering digunakan ketika menuntut sesuatu daripada orang lain!

Tetapi....

Apakah makna "ikhlas" yang sebenar menurut Islam? 

Apakah hakikat "ikhlas" menurut Ilmu Tauhid? 

Apakah tuntutan Allah terhadap hamba2-Nya darihal "ikhlas"?


KEWAJIPAN IKHLAS
□□□□□□□□□□□□□□□□□

Ikhlas merupakan syarat batin (hati) yang paling utama bagi  setiap ibadah. 

✨🕌✨Firman Allah :

وَمَآ أُمِرُواْ إِلاَّ لِيَعْبُدُواْ اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدّينَ 

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, 

[Al-Bayyinah: 5] 

Ikhlas adalah pemisah di antara qabul dan tertolaknya amal.  Ini bermakna sekalian amal yang tiada ikhlas bersertanya, akan menjadi sia-sia dan tertolak...!

✨🕌✨Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : 

"Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah.

[Imam Abu Daud, Imam An-Nasa'i] 


HAKIKAT IKHLAS ADALAH TAUHID:
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□


Berdasarkan keterangan2 Ulama Arif Billah yang mengetahui rahsia2 Ketuhanan dan kehambaan, ikhlas membawa makna yang sangat murni terhadap kehambaan insan dan hakikat Tauhid.

Ikhlas merupakan cabang utama Tauhid dan pintu masuk kepada Hadrat Ilahi. Tanpa ikhlas seseorang hamba (insan) tidak akan menemui Tuhannya. Bahkan tidak mungkin dia menjadi hamba Allah! 


PEMBAHAGIAN IKHLAS
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Umumnya kita fahami, ikhlas adalah 

"mengerjakan suatu amal semata2 kerana Allah"

Tetapi pengertian ini perlu dihalusi secara Tauhid @ Ma'rifat supaya kita tak terkeliru dengan fahaman sempit.

Para Ulama Arifin, membahagikan ikhlas kepada beberapa peringkat seperti : 

1. Ikhlas orang awam 
2. Ikhlas orang abrar 
3. Ikhlas orang Arif 

Sebahagian lainnya memberikan perincian lebih halus dengan pembahagian berikut:

🍁 1. Ikhlas orang awam - 3 tingkatan 

🍁 2. Ikhlas salikin - 3 tingkatan 

🍁 3. Ikhlas Arifin - 1 tingkatan


Kita akan cuba memahami satu persatu 3 Tingkatan di atas,. Insya Allah.


IKHLAS ORANG AWAM
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□


Tingakatan Pertama (awam) : 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Melakukan amal  ibadah dengan qasad (niat) semata2 kerana Allah, tetapi pada masa yang sama mempunyai cita-cita di dalam hatinya kepada kesenangan2 syurga berupa bidadari, mahligai indah2, segala macam makanan enak dan hiburan syurga. 


Tingkatan ke-2 (awam) :
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Melakukan solat (dan juga ibadah lain) dengan qasad (niat) semata-mata kerana Allah dan TIDAK mempunyai cita2 di dalam hatinya (tiada menunut hatinya) kepada syurga dan segala kesenangannya. Tetapi hamba ini melihat dirinya melakukan amal ibadah (melihat kemampuan dirinya melakukan amal ibadah). 


Tingkatan ke-3 (awam) :
~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~

Melakukan amal ibadah  dengan qasad (niat) semata-mata kerana Allah, TIDAK mempunyai cita-cita kepada kesenangan syurga, TIDAK melihat dirinya melakukan amal ibadah, tetapi dia merasakan dirinya sudah ikhlas. 


Inilah 3 tingkatan ikhlas orang awam, iaitu mereka yang tidak melalui jalan Ma'rifat Ketuhanan. Tingkatan yang ke-3 lebih baik daripada tingkatan ke-2 dan tingkatan pertama. 

Pada sisi Fiqh, ketiga2 bentuk " ikhlas awam" ini adalah SAH, yakni sah amal ibadahnya dan terlepas daripada taklif syara' (kewajipan sebagai mukallaf)  Namun apabila direnungi pada sisi Tasawwuf /Ma'rifat, bentuk2 ikhlas ini masih belum bebas sepenuhnya daripada 'mempersekutukan' Allah. Ini kerana menuntut selain wajah Allah di dalam ibadah adalah suatu bentuk 'penyekutuan' kepada Ketuhanan. 

Seseorang yang melakukan sekalian syarat2 dan rukun menurut Fiqh dengan sempurna, maka sah ibadahnya pada sisi Fiqh kerana Fiqh hanya melihat pada zahir perbuatan hamba. Ia tidak melihat unsur2 dalam hati/jiwa hamba. Ia tidak membicarakan HAL hati, bagaimana sifatnya, bagaimana hadapnya dan bagaimana tuntutannya. 

Tetapi Tasawwuf melihat pada sisi hati insan. Bagaimana HAL dan rupanya. Tasawwuf/Ma'rifat melihat jauh ke dalam hati sanubari insan dan melakukan pemeriksaan teliti akan niat yang sebenar dengan kehalusan. Ini kerana hati insan sendiri menjadi rahsia Ketuhanan yang akan menjadi perhitungan di akhirat. 

✨🕌✨Firman Allah :

يَوْمَ لاَ يَنفَعُ مَالٌ وَلاَ بَنُونَ - إِلاَّ مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ 

Pada hari yang tiada berguna harta dan anak pinak kecuali mereka yang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera (daripada syirik). 

[Asy-syuara : 88,89] 

Jika anda bertanya bukan kah Allah Ta'ala menceritakan berbagai ni'mat syurga di dalam Al-Qur'an? Bukankah Hadith Nabi juga menceritakannya? 

Benar! 

Semua kejadian selepas kematian dikisahkan di dalam Al-Qur'an dan Hadith Nabi. Kesenangan yang akan diperoleh oleh orang2 beriman berupa syurga juga diceritakan di dalamnya. Tetapi ianya tidak bermaksud seseorang perlu menuntut2 atau mencari2 segala kesenangan tersebut. Atau dia menjadikan- nya sebagai matlamat sampingan. Apabila ada suatu selain Allah di sisi niat, maka ketika itu cederalah ikhlasnya. 

Jika anda bertanya lagi,  Apakah gunanya kisah2 tersebut jika bukan untuk dijadikan impian? 

Kita menjawab :

Memikirkan dan bercita2 kepada kesenangan syurga ketika melakukan ibadah adalah sebagai dorongan bagi kanak2 yang baru belajar mengenal Islam dan Iman. Atau bagi orang2 yang baru masuk Islam supaya jinak hatinya kepada Islam.  Namun ianya tidak patut terus-menerus di dalam keadaan tersebut.  

WALAU BAGAIMANAPUN kita tegaskan kesimpulannya : 

Tidak salah (pada sisi Fiqh) seseorang mempunyai cita-cita kepada syurga Allah Ta'ala. Tetapi perlulah dididik hati supaya meninggalkan sekalian cita2 tersebut, berpaling darinya dan tumpukan niat semata2 biWajhillah. (semata2 kerana Wajah Allah).

Jika kalian bertanya lagi:

Mengapakah orang yang berasa diri dia sudah ikhlas dianggap tidak ikhlas lagi?

Jawabnya :

Dia dikatakan belum ikhlas pada sisi Tauhid yang murni kerana dia masih terasa dia mempunyai daya upaya untuk melakukan ikhlas itu sedangkan kunci kepada ikhlas yang sebenar adalah menafikan sekalian keupayaan diri dan hanya melihat daya upaya Allah semata2. (akan datang keterangan lebih jelas ikhlas sebenar pada sisi Tauhid murni).

Bersambung Ikhlas Bahagian Kedua…..       Insya Allah

 

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

🌴🍁🍁🍁🍁🌴🌴🍁🍁🍁🍁🌴

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...