SIRI 56
بِسْــــــــــــــــــمِ
ﷲ
الرَّحْمَنِ
الرحيم
اَلسَّلاَمُ
عَلَيْكُمْ
وَرَحْمَةُ
اللهِ
وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 6: Fakta-Fakta Penting Toriqat
(Tasawwuf)
sambungan....
Fakta 5:
Mursyid Pewaris Syari'at dan Toriqat
Rasulullah ﷺ
Warisatul Anbiya' (pewaris Nabi) yang dikenali sebagai "Mursyid"
mewarisi kedua-dua Ilmu; Syari'at dan Toriqat.
Ilmu dan amal Rasulullah ﷺ
tersebut diwarisi dengan kaedah yang sangat berdisiplin, tertib, penuh rahsia
dan terpelihara keasliannya. Sehingga
setiap Ilmu yang dicurahkan oleh Mursyid yang Siddiq (benar) adalah seolah-olah
menerima dari Rasulullah ﷺ
, disebabkan kesinambungan keruhanian
yang tiada putus.
Allah Ta'ala memilih mereka dan
Kurniakan mereka kelengkapan hati dan ruh sehingga mereka mampu menunaikan
amanah warisan Rasulullah ﷺ
... memimpin manusia kepada Allah Ta'ala.
Dengan ini juga menjadi isyarat bahawa mencari dan mengikut Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)
adalah wajib atas setiap Muslim yang mukallaf.
(Sila rujuk tajuk Risalah: Mursyid
Pewaris Nabi Yang Sebenar)
Fakta 6:
Tauhid Yang Sebenar Terhasil dengan
Amalkan Kedua-dua Syari'at dan Toriqat
Setiap Muslim yang amalkan kedua-dua
ilmu tersebut (Syari'at dan Toriqat
Rasulullah ﷺ)
dengan mematuhi disiplin-disiplinnya dengan pimpinan Guru Mursyid, maka akan
terbitlah cahaya hati yang membuahkan Tauhid yang suci murni. Tauhid yang suci murni ini yang dipanggil
Ma'rifat.
Fakta 7:
Tasawwuf adalah Matlamat, Toriqat
menunjuk Jalan
Hubungan (kaitan) di antara Toriqat dan
Tasawwuf adalah:
●Tasawwuf adalah permata atau buahnya
atau matlamat yang ingin dicapai sedang Toriqat
menunjukkan jalan-jalan bagi mencapai kecemerlangan tersebut.
●Tasawwuf menyebut kesucian hati dan
ketinggian akhlaq, sedangkan Toriqat mengatur langkah mencapai kesucian
tersebut.
●Tasawwuf menyebut kewajipan setiap
mukallaf bersihkan hati dari syirik
khafi (syirik tersembunyi), mazmumah (sifat keji) ghaflah (kelalaian), aghyar
(segala suatu selain Allah) sedang Toriqat menyusun amal soleh yang terdiri
dari zikrullah, mujahadah, khilwah
(uzlah) dan lain-lain untuk menjadikannya kenyataan pada diri setiap insan yang
menuju Allah.
● Tasawwuf menyebut berkenaan kewajipan
mencapai Tauhid serta Ubudiyyah yang suci murni, sedang Toriqat menunjuk jalan
bagi mencapai kesucian Tauhid dan Ubudiyyah.
Ini kenyataan mutlaq:
Haqiqat Tasawwuf dan Tauhid yang suci
murni tidak akan terhasil melainkan melalui Toriqat.
Bersambung siri 57 اِ نْ
شَآ
ءَ
اللّه
____________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment