SIRI 41
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)
Dalil 12: Firman Allah:
أَرَءَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَـهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلاً
“Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?”
[Al-Furqan, (25) : ayat 43 ]
Dalil 13: Firman Allah:
إِنَّ ٱلنَّفۡسَ لَأَمَّارَةُۢ بِٱلسُّوٓءِ
"Sesungguhnya nafsu ammarah itu sentiasa menyeru kepada kejahatan..."
[Yusuf (12) : ayat 53]
Dalil 14: Rasulullah ﷺ bersabda:
"Sejahat-jahat musuh kamu ialah nafsu kamu sendiri yang berada antara dua rusuk kamu. (di dalam dada)”
[Imam al-Baihaqi]
Dalil 15: Rasulullah ﷺ bersabda:
"Kita kembali dari jihad kecil kepada jihad besar. Para sahabat bertanya, apakah jihad besar itu ya Rasulullah?" Baginda menjawab, "Jihad melawan nafsu"
[Imam Baihaqi]
Setengah orang menyangka ayat ini ditujukan kepada orang kafir lalu mereka menyangka mereka selamat. Sedangkan maksud sebenarnya BUKAN hanya orang kafir bahkan termasuk orang Islam. Dan hantarannya adalah kepada HATI. Bererti ianya berkaitan dengan Ilmu Tasawwuf.
Realitinya ramai sekali orang Islam "jatuh tersungkur" kerana mengikuti hawa nafsu kejahatannya ; ada yang jatuh menjadi derhaka, ada yang menjadi sesat, ada yang jatuh menjadi fasiq dan tidak kurang juga kafir tanpa disedari...! Na'uzubillah.
SIRI 42
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)
Dalil 12, 13, 14, 15
sambungan....
Apakah maksud "orang yang jadikan hawa nafsu itu tuhan yang dipuja"?
Mengapakah "hawa nafsu" itu dikaitkan dengan "tuhan" yang dipuja?
Bagaimanakah "hawa nafsu" dikaitkan dengan "tuhan" sedangkan ianya terlindung di dalam qalb (batin hati) dan lataif-lataif (yang halus pada ruh)?
Apakah itu nafsu?
Apakah hakikat nafsu?
Ada berapakah macam nafsu di dalam diri manusia?
Di manakah tempat duduk nafsu- nafsu tersebut dan bagaimanakah mengetahuinya?
Manakah satu nafsu baik dan manakah satu nafsu jahat?
Bagaimanakah cara mengenal nafsu baik dan nafsu jahat?
Berapakah jenis nafsu jahat?
Apakah ukuran dan batasnya?
Siapakah yang menentukan had dan ukurannya?
Bagaimanakh cara memerangi nafsu-nafsu jahat?
Siapakah yang mahir mengenal nafsu-nafsu jahat dan nafsu-nafsu baik?
Siapakah doktor ruhani yang arif mengenal jalan-jalan untuk mengalahkan nafsu kejahatan?
Siapakah doktor ruhani yang mampu pimpin manusia mengenal nafsu-nafsu jahatnya dan memimpinnya untuk mengalahkan nafsu-nafsu jahat itu?
Semua persoalan rumit dan halus ini adalah berkait rapat dengan HATI dan terangkum di dalam Ilmu Toriqat dan Tasawwuf. Ulama Ahli Ma'rifat telah menjelaskan maksud bagi semua persoalan tersebut. Mereka telah menyediakan cara dan jalan-jalan untuk memerangi dan menghapuskan nafsu-nafsu kejahatan dan kekejian.
Ilmu ini tidak terdapat dalam kitab Fiqh atau kitab Usuluddin atau kitab Tajwid atau lain-lainnya. Semua ilmu berkaitan hal ini hanya terdapat di dalam Ilmu Toriqat (Tasawwuf).
Jika seseorang Islam tidak mempelajari Ilmu Toriqat (Tasawwuf ) dari ahlinya, tidak belajar cara-cara memerangi nafsu-nafsu kejahatannya dari ahlinya, dan dia sendiri tidak terjun ke medan berjuang melawan nafsunya, sudah pasti dia akan tertewas di dalam perjalanan hidupnya sebagai orang beriman. Dia akan menjadi "penyembah" kepada hawa nafsunya sendiri tanpa dia sedar. Dia akan menjadikan "hawa nafsu" sebagai "tuhan" yang dia puja. Na'uzubillah.
Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu anhu:
Takabbur, kemunafikan dan ego, adalah panah syaitan yang tertuju pada hati kamu. Kamu perlu siapkan satu strategi mempertahankan diri dari serangan-serangan ini. Formula strategi tersebut telah diterangkan dan telah dibuktikan oleh Mashaa'ikh (guru-guru Mursyid). Kamu perlu mendengar baik-baik arahan mereka dan mematuhinya. Mereka akan pimpin kamu pada Jalan Allah kerana mereka telah pun melalui jalan tersebut. Mintalah pada mereka nasihat-nasihat berkenaan nafsu-nafsu (yang rendah dan jahat), dan kelemahan-kelemahan lainnya, kerana mereka juga pernah mengalami kesulitannya dan menghadapi kesan akibat darinya. Mereka sangat sedar dan mengetahui bahaya dan ancaman dari nafsu-nafsu kejahatan. Mereka telah menempuh jalan yang panjang memerangi (nafsu-nafsu tersebut) dengan demikian mereka boleh menghalang, mengawal dan mengalahkan semua kejahatan itu.
[Fathur-Rabbaniy Wa Faid ar -Rahmaniy]
SIRI 43
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)
Dalil 16: Firman Allah:
Firman Allah:
الَ فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِى لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَٲطَكَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (١٦) ثُمَّ لَأَتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَيۡمَـٰنِہِمۡ وَعَن شَمَآٮِٕلِهِمۡ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِينَ (١٧)
"Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus; Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur. "
[Al-A'raf (7) : ayat 16-17]
Matlamat Iblis adalah menyesatkan manusia dari jalan Allah sehingga menjadi kafir. Dia akan datang dari segala arah dan dengan segala senjata ghaib untuk memerangi keturunan Adam. Disebabkan dendam kesumat kepada Nabi Adam dan sifat takabburnya, Iblis akan melakukan apa saja tipu daya untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah. Dia ingin menarik sebanyak kawan yang menjadi temannya di dalam Neraka.
Langkah-langkah Iblis syaitan menyesatkan manusia:
(1) Memasuki jantung hati dan bisikkan kekufuran ke dalam hati. Sehingga akhirnya orang itu menjadi KAFIR.
(2) Jika tak berjaya langkah kedua adalah : Bisikkan ke dalam hati supaya riya', takkabur, 'ujub dan lain-lain syirik khafi agar IMAN ROSAK dan IBADAH TERHAPUS.
(3) Jika tak berjaya juga langkah ketiga adalah : Bisikkan ke dalam hati supaya malas dan bosan di dalam mengerjakan amal ibadah sehingga IBADAH LUMPUH.
(4) Jika kesemua di atas tidak berjaya langkah terakhir adalah: Memasuki urat-urat darah, pernafasan, otak, perut dan faraj lalu mengganggu seluruh perjalanan sistem biologi sehingga mendatangkan berbagai penyakit-penyakit yang pelik dan kronik.
Cuba perhatikan baik-baik, yang keempat itu adalah lazim berlaku ke atas orang-orang yang kuat ibadah solat, puasa, sedekah dan lain-lain kerana lazimnya syaitan gagal menyesatkan orang-orang yang kuat Ibadahnya. Tetapi dia takkan putus asa menyesatkannya dengan cara-cara lain. Cara terakhir Iblis atau syaitan ini cuba menyesatkan orang beriman adalah dengan cara membawa berbagai penyakit-penyakit sehingga orang itu menjadi lemah beribadah, kehidupan terganggu dan habis masa memikirkan merawat penyakitnya.
Iblis menggunakan segala bala tenteranya dari kalangan anak cucunya, dari kalangan jinn dan manusia untuk menggoda dan menyesatkan manusia. Jika dia gagal menyesatkan seseorang dengan bisikan-bisikan dia akan datang dalam rupa kawan, teman, sahabat, Ibu bapa untuk menghalang dia dari jalan Allah. Iblis TIDAK akan berhenti dan TIDAK akan putus asa sehingga dia berjaya tumpaskan "manusia" terutama orang beriman.
SIRI 44
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)
Dalil 16: Firman Allah:
sambungan....
Beberapa contoh Iblis membisikkan kesesatan, bukan sahaja kepada orang jahil tetapi juga kepada orang-orang bergelar Ulama (fiqh).
Contoh 1:
Banyak khalifah-khalifah Kerajaan Islam dan panglima memerintah kerajaan Islam menjadi zalim, fasiq dan jahat seperti syaitan. Antaranya Yazid bin Muawiyah dan Hajjaj yusuf As Saqafi yang membunuh dan menzalimi orang-orang Islam yang tidak berdosa.
Contoh 2:
Golongan khawarij yang terdiri daripada orang yang HAFIZ Qur'an, rajin beribadah sehingga berbekas dahi mereka lantaran sujud yang lama, (orang abid yang kuat ibadah) tetapi mereka ini menerima La'nat Allah akibat mengikut bisikan Syaitan sehingga menjadi sesat.
Contoh 3:
(Golongan ( syiah rafidhi) yang mengangkat Sayyidina Ali sehingga ke taraf menjadi Tuhan atau menjadikan beliau sebagai Nabi terakhir.
Contoh 4:
Pemimpin 72 Golongan sesat (yang mufaraqah) dari Jalan Allah yang sebenar adalah terdiri dari orang yang cerdik pandai Agama.
Perhatikan baik-baik.. Golongan yang disesatkan oleh Iblis seperti di atas adalah orang-orang Islam, yang beramal, setengahnya hebat hafal Al Qur'an...!
Semua kesesatan tersebut tidak terjadi melainkan wujudnya peranan syaitan dan nafsu, menggoda dan terus menggodanya sehingga menjadi fasiq, zalim dan setengahnya jadi kafir. Wal Iyazubillah.
Cara-cara untuk menghadapi jinn syaitan, strategi melawan bisikannya, perisai dari gangguannya dan kaedah-kaedah hapuskannya ada pada Mursyid yang Siddiq (benar), Pewaris Nabi yang sebenar.
Mursyid yang Siddiq adalah hamba-hamba Allah yang lama terlatih memerangi Iblis dan kuncu-kuncunya pada waktu yang panjang. Mereka telah mendapat latihan dan keberkatan dari pimpinan Guru mereka yang juga Mursyid yang bersilsilah sampai Rasulullah ﷺ. Dengan demikian mereka (Mursyid yang Siddiq) mahir mengenali tipu daya syaitan dan cara-cara memerangi jinn syaitan. Allah Ta'ala Kurniakan mereka Ilmu khusus dari sisi-Nya untuk mematahkan segala tipu daya syaitan dan hancurkan sekalian bala tenteranya.
Inilah sebab terpenting mengapa sekalian Masyaikh (jamak bagi Shaikh - Imam-Imam Ahlus Sunnah) terdahulu berfatwa bahawa WAJIB bagi setiap Muslim mencari Mursyid yang Siddiq (benar) dan berpegang kepada mereka. Dengan sentiasa mendampingi mereka dan menerima nasihat-nasihat mereka, sekalian tipu daya jinn syaitan yang datang dalam berbagai wajah yang licik dapat ditumpaskan. Tanpa pimpinan Guru yang arif ini, manusia Muslim akan sentiasa tewas kepada bisikan Iblis atau lebih buruk lagi dia akan terkena serangan Jinn syaitan secara sembunyi masuk ke dalam jantung dan aliran darah untuk mendatangkan berbagai gangguan terhadap tubuh sehingga menggugat IMAN dan ibadah.
Adakah masih ada di sini mendakwa Ilmu Tasawwuf, Toriqat dan pemimpinnya Mursyid yang Siddiq tidak penting bagi Agamanya? Adakah di sini masih lagi mendakwa Ilmu Toriqat (Tasawwuf) itu bukan dari Allah dan Rasul?
Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu:
"Jalan agama sangatlah samar, (tak dapat bezakan haq dan batil) dan jalan-jalan syaitan sangat banyak dan jelas (terbuka luas untuk dimasuki oleh siapa sahaja). Oleh kerana itu, jika seseorang yang tidak mempunyai Shaikh yang membimbingnya, maka pasti syaitan akan menggiringnya (memimpinnya) menuju jalannya (kepada kesesatan). Barang siapa berjalan di jalan yang berbahaya tanpa petunjuk, maka dia telah menjerumuskan dan membinasakan dirinya.”
[Ihya Ulumuddin]
SIRI 45
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)
Dalil 17: Firman Allah:
ٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا لَعِبٌ۬ وَلَهۡوٌ۬ وَزِينَةٌ۬ وَتَفَاخُرُۢ بَيۡنَكُمۡ وَتَكَاثُرٌ۬ فِى ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَوۡلَـٰدِ كَمَثَلِ غَيۡثٍ أَعۡجَبَ ٱلۡكُفَّارَ نَبَاتُهُ ۥ ثُمَّ يَہِيجُ فَتَرَٮٰهُ مُصۡفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَـٰمً۬ا وَفِى ٱلۡأَخِرَةِ عَذَابٌ۬ شَدِيدٌ۬ وَمَغۡفِرَةٌ۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَرِضۡوَٲنٌ۬ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُورِ (٢٠)
"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta Keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu..”
[Al-Hadiid (57) : Ayat 20 ]
Dalil 18: Rasulullah ﷺ bersabda:
" Demi Allah, bukan kemiskinan yang aku khuatirkan akan menimpa diri kalian. Akan tetapi, aku khuatir jika dunia ini dibentangkan untuk kalian sebagaimana ia dibentangkan untuk orang-orang sebelum kalian sehingga kalian berlumba sebagaimana mereka berlumba, dan akhirnya kalian binasa sebagaimana mereka binasa.”
[Imam Bukhari, Imam Muslim]
Dalil 19: Rasulullah ﷺ bersabda:
"Dunia itu adalah dilaknat, dilaknat apa yang ada di dalamnya, kecuali zikrullah dan sesuatu yang di-Kasihi Allah, atau orang yang mengajar (al-Alim Billah) atau pun orang yang belajar".
[Imam Tirmidzi ]
Dalil 17 -19 adalah Perintah Allah dan Rasul-Nya berhubung dengan dunia dan kebinasaannya. Ulama Ahli Ma'rifat meletakkan "dunia" sebagai salah satu dari 4 afaat (anasir yang membawa kebinasaan atau halangan yang membinasakan) bagi manusia mencapai Keredhaan Allah. Tiga lagi afaat lain adalah Nafsu, Makhluq dan Syaitan. Manusia akan sentiasa diheret, ditarik, ditumpaskan oleh keempat-empat afaat ini kepada lembah kehinaan dan kedurjanaan.
●Apakah definisi dunia?
●Adakah semua "dunia" itu dikeji secara mutlaq?
●Dunia yang bagaimanakah dilaknat dan dikeji?
●Dunia bahagian manakah yang dipuji?
●Adakah salah menjadi kaya-raya?
●Kaya bagaimanakah yang dipuji?
●Kaya bagaimanakah yang membawa kebinasaan pada diri?
Sesungguhnya dunia itu dijadikan sebagai dugaan bagi orang beriman. Sebahagian Ulama Ma'rifat ibaratkan dunia seperti "ular yang sangat lembut tetapi amat berbisa apabila terkena patukannya". Berapakah ramai manusia dan masyarakat dan negara bangsa binasa dan dibinasakan oleh Allah Ta'ala kerana dunia dan kekayaannya? Berapakah ramai manusia Muslim yang tewas apabila dibentangkan kekayaan di hadapannya? Berapakah ramai Pemerintah Islam sendiri menjadi rakus, tamak, fasiq dan zalim disebabkan harta kekayaan yang melimpah ruah dan akhirnya binasa?
Orang beriman mesti belajar cara-cara yang tepat bagaimana menangani dunia agar jangan sampai dunia masuk ke dalam HATI. Mereka mesti belajar erti "dunia" dan cara-cara hadapi "dunia". Mereka mesti belajar cara-cara membersihkan HATI dari "cinta dunia" agar tidak terjatuh ke dalam Laknat Allah.
Semua pembelajaran dan didikan ini hanya ditunjukkan di dalam Toriqat (Tasawwuf) yang dipimpin oleh Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) yang mewarisi Nabi ﷺ . Dunia berkait rapat dengan "Iman" dan kesudahannya di Akhirat. Dunia berkait rapat dengan kejayaan atau kebinasaan. Maka setiap Muslim wajib mempelajari cara-cara menangani mengikut Kehendak Allah dan Rasul-Nya.
Sekali lagi....Ini dalil dan bukti Ilmu Tasawwuf-Toriqat dan kewajipan menuntut Ilmu Tasawwuf.
SIRI 46
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)
Dalil 17, 18, 19:
sambungan...
Contoh-contoh kebinasaan akibat cinta dunia
Berikut adalah beberapa contoh "cinta dunia" dan "kemegahan dunia" yang berlaku pada zaman dahulu yang berakhir dengan kebinasaan.
Contoh 1 : Kisah kaum 'Aad
Ini adalah kisah kaum 'Aad yang leka, lalai, tenggelam di dalam kemewahan dan kekayaan dunia serta lupa kepada Allah, bermegah-megah dengan pembangunan negara yang serba maju, megah dengan kekuatan dan kekuasaan.... akhirnya menerima kebinasaan akibat kekafiran mereka. Wal Iyazubillah.
Kaum 'Aad adalah generasi ke-empat keturunan Nabi Nuh Alaihis Salam. Mereka tinggal di Jazirah 'Arab di bahagian Utara Hadramaut, Yemen. Allah Ta'ala Mengurniakan kekayaan dan kemewahan melimpah ruah kepada kaum 'Aad. Mereka hidup senang-lenang dan makin lupa kepada Allah Ta'ala. Segala Ni'mat dunia berupa bangunan-bangunan mewah, makanan yang mewah-mewah, kebun-kebun subur yang terbentang luas menjadikan mereka kufur. Ketika Nabi Hud diutus oleh Allah untuk memperingatkan mereka, hanya sedikit yang beriman kepada Baginda. Kebanyakannya menentang. Akibatnya Allah Ta'ala menurunkan 'Azab yang berat, angin kencang yang amat sejuk melanda kaum 'Aad sehingga mereka mati bagaikan kayu yang reput.
Firman Allah:
وَأَمَّا عَادٌ۬ فَأُهۡلِڪُواْ بِرِيحٍ۬ صَرۡصَرٍ عَاتِيَةٍ۬ (٦) سَخَّرَهَا عَلَيۡہِمۡ سَبۡعَ لَيَالٍ۬ وَثَمَـٰنِيَةَ أَيَّامٍ حُسُومً۬ا فَتَرَى ٱلۡقَوۡمَ فِيہَا صَرۡعَىٰ كَأَنَّہُمۡ أَعۡجَازُ نَخۡلٍ خَاوِيَةٍ۬ (٧) فَهَلۡ تَرَىٰ لَهُم مِّنۢ بَاقِيَةٍ۬
"Adapun 'Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya. Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompong. Dengan yang demikian, dapatkah engkau melihat lagi sisa-sisa mereka (yang masih hidup)?
[Al-Haqqah (69) : Ayat 6-8 ]
I'tibar : Akibat cintakan dunia dan lupakan Akhirat, akibat tenggelam di dalam kenikmatan dunia dan lupakan Yang Empunya Kurnia, akibat bermegah-megah dengan kelebihan dunia dan lupakan Allah Yang Maha Pemurah .... maka dibinasakan semuanya di dalam sekelip mata. Wal Iyazubillah.
Contoh 2: Kisah Namrud
Alla Ta'ala Kurniakan kepandaian, kepintaran dan berbagai kelebihan dunia kepada Namrud, bahkan menjadikannya Raja yang sangat berkuasa di Negeri Babylon (negeri Iraq sekarang). Namun dia tidak bersyukur sebaliknya menjadi kafir. Kekayaan harta benda dan duniawi yang melimpah-limpah bukan sahaja menjadikan dia kafir bahkan lebih jahat lagi dia mengaku dirinya Tuhan. Namrud memaksa rakyatnya agar menyembahnya sebagai Tuhan.
Kesudahan kisahnya... Allah Ta'ala binasakan Namrud dengan mengirimkan seekor nyamuk ke dalam otaknya. Namrud menggelupur kesakitan setiap kali nyamuk tersebut menggigit otaknya. Setiap kali Namrud menggelupur kesakitan, kepalanya terpaksa dipukul dengan sepatu (kasut) untuk meredakannya sebentar. Kemudian berulang lagi kesakitan dan dipukul lagi kepalanya dengan kasut. Demikian keadaannya sampai dia mati di dalam keadaan sangat hina.
I'tibar : Kepandaian duniawi, kepintaran, kecekapan aqal fikiran dan intelek yang tinggi menjadikan manusia merasa dirinya hebat dan lupa kepada Tuhan Rabbul Jalil Yang Mengurniakannya. Kerajaan besar, negeri yang kaya-raya... menjadikan manusia sombong takabbur... lupa kepada Allah Ta'ala... maka matilah manusia di dalam kehinaan. Wal Iyazubillah.
SIRI 47
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)
Dalil 17, 18, 19:
sambungan...
Contoh 3 : Kisah Fir'aun
Kisah Fir'aun sudah masyhur serata dunia. Allah Ta'ala berikan dia kerajaan yang besar dan kekayaan yang banyak, namun dia tidak bersyukur, sebaliknya mencabar Allah Ta'ala. Fir'aun mengaku dirinya Tuhan yang tinggi dan memerintah manusia agar menyembahnya. Kesudahannya dia dimatikan di dalam keadaan hina di Laut Merah. Ketika air laut sudah sampai ke paras hidung, dia menjerit meminta pertolongan, Waktu itu baru dia insaf dan menjerit:
"aku beriman kepada Tuhan Musa"....!!!
Namun sudah terlambat kerana apabila nyawa sudah sampai halqum, maka Taubat tidak diterima lagi. Maka matilah Raja angkuh yang mengaku dirinya Tuhan itu di dalam penuh kehinaan. Kerajaan yang besar dan megah, menteri-menterinya yang ramai, hulubalangnya yang kuat tidak mampu memberi manfaat sedikit pun kepada Fir'aun.
Firman Allah:
فَٱنتَقَمۡنَا مِنۡہُمۡ فَأَغۡرَقۡنَـٰهُمۡ فِى ٱلۡيَمِّ بِأَنَّہُمۡ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا وَڪَانُواْ عَنۡہَا غَـٰفِلِينَ
“Maka Kami pun membalas mereka, lalu Kami menenggelamkan mereka (Fri'aun dan pengikutnya) di laut dengan sebab mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.”
[Al-A'raf (7) : Ayat 136]
Di dalam kisah-kisah ini tersimpan peringatan dan amaran keras.... bukan sahaja kepada kaum Namrud dan Fir'aun tetapi kepada sekalian Pemerintah, Raja, Sultan, Amir, Khalifah, Perdana Menteri, Menteri-menteri besar atau siapa saja orang yang berkuasa memerintah ...yang datang sesudahnya, agar jangan sesekali sombong dengan kuasa yang ada pada kamu, jangan besar diri dengan segala Kurnia Allah Ta'ala yang ada pada kamu, Jangan jadi orang zalim dan kufur kerana akibatnya sama seperti Namrud dan Penguasa lain yang telah menerima kebinasaan...! Wal Iyazubillah.
I'tibar: Sesungguhnya Dunia, harta kekayaan, pangkat, kedudukan dan Kuasa... membutakan mata hati, menjadikan manusia lupa diri, menjadi sombong, bongkak, zalim, fasiq dan kafir. Wal Iyazubillah
Contoh 4 : Kisah pemerintah-pemerintah cinta dunia dan lupakan Allah
Setelah kewafatan Sayyidina Ali Radhiallahu anhu, pemerintah-pemerintah Islam sesudahnya tenggelam di dalam kelazatan dunia. Mereka habiskan masa dengan berfoya-foya dengan minuman keras, muzik dan wanita. Mereka lalai dan leka dengan berbagai kemewahan yang melimpah-limpah. Mereka lupa kepada Allah dan asyik dengan dunia. Bahkan tidak kurang dari penguasa-penguasa ini menjadi fasiq, zalim dan sesat. Mereka kekalkan kuasa dengan bantuan Ulama-ulama as-su yang memberi fatwa sesat dan menyesatkan. Mereka tidak menerima nasihat dan tunjuk ajar Ulama Pewaris Nabi yang haq.
Tentera Monggol menyerang Baghdad pada 656H, dan hancurkannya dalam masa beberapa hari sahaja. Khalifah dan hulubalangnya dibunuh. Kitab-kitab Ulama yang amat bernilai dibakar dan dibuang ke Sungai Tigris sehingga airnya menjadi hitam dari dakwat kitab. Sebuah kerajaan Agung yang dimegah-megahkan musnah dalam sekelip mata akibat kelalaian dan tenggelam di dalam keasyikan dunia.
I'tibar : Apabila orang-orang Islam asyik dengan kelazatan dunia, berfoya-foya dengan berbagai kenikmatan dunia, sibuk mengumpul-ngumpul kekayaan dunia, lupa kepada Allah, lupa Perintah Allah, abaikan hukum-hakam Allah sehingga menjadi fasiq dan zalim, maka tiada lagi kekuatan di dalam diri. Apabila cahaya Iman telah padam atau malap, maka orang kafir melihat mereka bagaikan debu yang dipijak-pijak. Wal Iyazubillah.
SIRI 48
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)
Dalil 17, 18, 19:
sambungan...
Contoh 5: Kisah Bal'am Ba'urah yang menjual Agamanya
Inilah kisah Bal'am Baurah, seorang alim (pandai di dalam ilmu syariat) dan abid (orang yang rajin ibadah) di kalangan Bani Israel yang maqbul doanya. Namun dia salah gunakan ilmunya. Bal'am Ba'urah bersekutu dengan Penguasa negerinya untuk menentang Nabi Musa Alaihis Salam. Dia rela menggadaikan Agamanya demi dunia yang hina. Maka Allah Ta'ala melaknat orang alim seperti ini dan menggelarnya dengan panggilan "anjing yang menjelir lidahnya".
Firman Allah:
وَلَوۡ شِئۡنَا لَرَفَعۡنَـٰهُ بِہَا وَلَـٰكِنَّهُ ۥۤ أَخۡلَدَ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ وَٱتَّبَعَ هَوَٮٰهُ فَمَثَلُهُ ۥ كَمَثَلِ ٱلۡڪَلۡبِ إِن تَحۡمِلۡ عَلَيۡهِ يَلۡهَثۡ أَوۡ تَتۡرُڪۡهُ يَلۡهَث ذَّٲلِكَ مَثَلُ ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا فَٱقۡصُصِ ٱلۡقَصَصَ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ (١٧٦) سَآءَ مَثَلاً ٱلۡقَوۡمُ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا وَأَنفُسَہُمۡ كَانُواْ يَظۡلِمُونَ
"Dan kalau Kami Kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-matian cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya; Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya; Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka pula berlaku zalim kepada diri mereka sendiri."
[Al-A'raf (7) : Ayat 176-177]
I'tibar : Orang alim, kiyai, ustaz, cerdik pandai Agama, khusunya Mufti, Qadhi, Hakim — yang menjual Agama demi dunia, pangkat kedudukan dan jawatan, membuat fatwa menurut kehendak nafsu pemerintah, adalah mereka itu manusia-manusia yang menerima La'nat Allah. Wal Iyazubillah.
Contoh 6: Kejar dunia tinggal solat
Tidak kurang orang Islam meninggalkan fardhu solat 5 waktu dengan alasan kerja, atau kerana alasan tugas, atau atas alasan menjaga keselamatan atau lain-lainnya sedangkan waktu untuk menunaikan Solat hanya 10 minit. Setengah daripada golongan seperti ini menyangka "masa muda" adalah masa untuk mencari kekayaan sebanyak-banyaknya dan mereka akan tunaikan solat apabila sudah pencen atau apabila sudah masa lapang atau ketika usia sudah lanjut... semua sangkaan-sangkaan ini hanyalah bisikan Syaitan yang memperdaya untuk menjahanamkan mereka sedang mereka tidak menyedarinya.
Firman Allah:
مَا سَلَڪَكُمۡ فِى سَقَرَ (٤٢) قَالُواْ لَمۡ نَكُ مِنَ ٱلۡمُصَلِّينَ
"Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam Saqar (neraka Saqar)? Orang-orang yang bersalah itu menjawab: Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mendirikan solat"
[Al-Muddathir (74) : Ayat 42]
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Batas pemisah di antara seseorang dengan kekafiran adalah meninggalkan solat”
[Imam Bukhari dan Imam Muslim]
BSIRI 49
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)
Dalil 17, 18, 19:
sambungan...
Contoh 7: Cinta dunia enggan bayar zakat
Ini penyakit orang berharta yang cintakan dunia. Mereka tersangat cinta kepada harta kekayaan dunia sehingga tidak mempedulikan kewajipan zakat sedangkan zakat hanyalah 2.5 % daripada harta yang dimilikinya. Misalnya dia memiliki harta bernilai RM 100,000, bayaran zakat hanya RM 2,500. Meskipun masih banyak lagi tersisa namun mereka rasa berat untuk mengeluarkannya.
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesiapa yang di-Kurniakan oleh Allah harta dan tidak mengeluarkan zakatnya, maka hartanya pada hari Qiamat dijadikan seekor ular yang mempunyai dua taring, dan kepala yang tidak berbulu kerana terlalu banyak bisanya. Ia akan membelit dan menggigitnya dengan kedua-dua rahangnya sambil berkata: Akulah hartamu! Akulah simpananmu.”
[Imam Bukhari ]
Contoh 8 : Bakhil — enggan belanja harta pada fi sabilillah
Setengah hartawan sanggup bermewah-mewah dan bermegah dengan hartanya namun sangat bakhil untuk membelanjakan sebahagiannya kepada fi sabilillah dan faqir miskin.
Firman Allah:
وَلاَ يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَآءَاتَاهُمُ اللهُ مِن فَضْلِهِ هُوَ خَيْرًا لَّهُمْ بَلْ هُوَ شَرُّ لَّهُمْ سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُوا بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَللهِ مِيرَاثُ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضَ وَاللهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرُُ
“Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka, bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan di lehernya kelak pada hari Qiamat. Dan kepunyaan Allah-lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan”
[Ali Imran (3) : Ayat 180].
Contoh 9 : Menipu, khianat untuk merebut tanah dan harta
Demi memenuhi dorongan nafsu cinta kepada dunia, ada golongan manusia sanggup menipu daya dan khianat kepada ahli keluarga sendiri atau teman kongsi perniagaan. Mereka ingin membolot segala harta kekayaan untuk diri mereka sendiri, sedangkan semua harta yang mereka ambil dengan paksaan atau penipuan walaupun sejengkal tanah, maka dia akan menerima hukuman yang amat berat.
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Siapa yang pernah berbuat aniaya sejengkal saja (dalam perkara tanah) maka nanti dia akan dibebani (dikalungkan pada lehernya) tanah dari tujuh petala bumi.”
[Imam Bukhari ]
Contoh 10: Kecintaan kepada dunia membawa permusuhan dan berbunuh-bunuhan
Hal ini bukan perkara baru tetapi sudah diketahui umum. Kecintaan manusia kepada dunia membawa kepada fitnah memfitnah, adu domba, khianat, mungkir janji, permusuhan, peperangan dan pembunuhan. Segolongan manusia "elit" yang berkuasa dan kaya-raya saling bermusuhan untuk merebut-rebut kekayaan dunia. Jika boleh mereka ingin menguasai seluruh dunia dan menjadi Pemerintah dunia. Inilah ketamakan manusia paling buruk yang timbul dari nafsu syaitan. Ketamakan manusia tiada kesudahannya.
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Andai anak Adam diberi emas satu lembah, ia ingin mendapat dua lembah. Tidak ada yang dapat membungkam mulutnya selain tanah, dan Allah mengabulkan taubat hamba-Nya yang bertaubat”.
[Imam Bukhari, Imam Muslim]
Contoh-contoh di atas memberikan gambaran pengaruh "cinta dunia " kepada manusia sehingga penyakit ini bukan sahaja memudaratkan diri tetapi juga menimbulkan bencana besar kepada seluruh kemanusiaan.
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Cinta kepada dunia itu pangkal setiap kejahatan.“
[Imam Ahmad]
Oleh kerana ini menjadi kewajipan atas setiap Muslim amalkan Toriqat (Tasawwuf) sehingga menjadi bersih dan jauh sifat-sifat mengejar dunia.
SIRI 50
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)
Dalil 20: Firman Allah:
وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ إِلَىٰ رَبِّهَا نَاظِرَةٌ
“Dan wajah-wajah (orang-orang Mukmin) pada hari itu berseri-seri.” Kepada Rabb (Tuhan) mereka melihat.”
[Al Qiyamah (75) : Ayat 22-23]
Dalil 21: Firman Allah:
فَمَنْ كَانَ يَرْجُوا لِقَآءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَالِحًا وَلاَ يُشْرِكُ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
"Barang siapa yang mengharap pertemuan dengan Tuhannya maka hendaklah mengerjakan amal soleh dan janganlah dia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya.”
[Al-Kahfi (18) : Ayat 110]
Dalil 22: Firman Allah:
لاَ تُدْرِكُهُ اْلأَبْصَارُ وَهُوَ يُدْرِكُ اْلأَبْصَارَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ
"Dia (Allah) tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala penglihatan itu dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui.”
[Al An’aam (6) : Ayat 103]
Dalil 23: Rasulullah ﷺ bersabda:
”Sesungguhnya kamu akan melihat Tuhan kamu sebagaimana kamu melihat bulan (bulan purnama), tidak ada yang menghalangimu untuk melihat-Nya, kalau kamu mampu tidak meninggalkan solat sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya maka lakukanlah.”
[Imam Bukhari, Imam Muslim]
Dalil 24: Rasulullah ﷺ bersabda:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ اللهَ تَعَالَى قَالَ : مَنْ عَادَى لِيْ وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ، وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِيْ بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُهُ عَلَيْهِ، وَلاَ يَزَالُ عَبْدِيْ يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ، فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِيْ يَسْمَعُ بِهِ وَبَصَرَهُ الَّذِيْ يُبْصِرُ بِهِ، وَيَدَهُ الَّتِيْ يَبْطِشُ بِهَا، وَرِجْلَهُ الَّتِيْ يَمْشِيْ بِهَا، وَلَئِنْ سَأَلَنِيْ لأُعْطِيَنَّهُ، وَلَئِنِ اسْتَعَاذَنِيْ لأُعِيْذَنَّهُ
Dari Abu Hurairah ra., beliau berkata, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhya Allah Ta’ala berfirman:
"‘Barang siapa yang memusuhi Wali-Ku maka Aku telah mengisytihar perang dengannya. Tidak ada taqarrubnya seorang hamba kepada-Ku yang lebih Aku cintai kecuali dengan beribadah dengan apa yang telah Aku fardhukan kepadanya. Dan hamba-Ku yang selalu mendekatkan diri kepada-Ku dengan nawafil (perkara-perkara sunnat) maka Aku akan mencintainya dan apabila Aku telah mencintainya maka Aku adalah pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar, penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangannya yang digunakannya untuk memukul dan kakinya yang digunakan untuk berjalan. Jika dia meminta kepada-Ku niscaya akan Aku berikan dan jika dia minta perlindungan dari-Ku niscaya akan Aku lindungi.”
[Imam Bukhari]
Dalil 25: Rasulullah ﷺ bersabda:
أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ
"Ihsan ialah engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia (Allah) melihat engkau"
[Imam Muslim, Imam Abu Dawud, Imam Tirmizi, Imam Ahmad]
SIRI 51
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)
Dalil 20, 21,22, 23, 24, 25
sambungan.....
Dalil dari 20-25 adalah Hujjah-hujjah berhubung dengan kemuncak pencapaian Tauhid -Darjat di dalam Toriqat (Tasawwuf), iaitu Kemuncak Kesucian, Kemuncak Mengenal Allah, Kemuncak Pencapaian Ma'rifat, Kemuncak Ubudiyyah yang sempurna iaitu hal keadaan seseorang hamba Allah " bertemu" dan "melihat" dan "berserta" Zat Allah Yang Maha Suci.
Maksud "Pertemuan dan Penyaksian" kepada Allah ini "pandangan keruhanian" dan ianya berlaku ketika dia masih di dunia ini lagi, iaitu yang terkhusus kepada hamba-hamba Pilihan Allah yang telah benar-benar suci bersih hatinya hasil mujahadah pada waktu yang sangat panjang dengan asuhan dan bimbingan Shaikh Mursyid yang Siddiq, Pewaris Nabi yang sebenar.
Sesungguhnya "pertemuan dan penyaksian" kepada Zat Allah tersebut (ketika di dunia) adalah pertemuan dan pandangan keruhanian, BUKAN pertemuan fizikal dan BUKAN pandangan dengan mata kepala. Pandangan kepada Allah dengan mata kepala hanya berlaku di akhirat besok.
Inilah yang disebut " Syurga Ma'rifat" — Syurga yang disegerakan kepada Kekasih-Kekasih Allah. Syurga melihat Allah, berserta dengan-Nya dan berkasih-kasih dengan-Nya. Syurga yang di dalamnya tidak ada istana atau bidadari, tetapi yang wujud hanya Zat Allah Yang Maha Agung.
Bagi orang awam, apabila disebut Syurga apa yang terbayang di dalam kepala mereka adalah istana hebat, bidadari, makan minum lazat-lazat dan segala sesuatu yang disukai. Tetapi bagi Ahli Ma'rifat semua itu tidak menjadi tujuan atau keinginan. Mereka telah karam di dalam Lautan Ilahi. Sudah hilang segala cita-cita.... Harapan mereka hanya satu — Melihat Wajah Allah yang Maha Suci... dan inilah haqiqat Syurga.
Berkata Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu berkata:
"Itulah umpama satu Syurga padanya tidak ada taman dan kebun, tidak ada sungai madu dan susu. Itulah Syurga memandang hanya Wajah Allah.
[ Sirrul Asrar Fi Ma Yahtaju Ilaihil Abrar]
SIRI 52
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)
Dalil 20, 21,22, 23, 24, 25
sambungan.....
Mari kita perhatikan sekali lagi Dalil 20-25 yang menyimpan rahsia Agung berhubung dengan pertemuan dan penyaksian Ahli Ma'rifat kepada Wajah Allah Yang Maha Suci.
Ungkapan — إِلَىٰ رَبِّهَا نَاظِرَةٌ — "Kepada Rabb (Tuhan) mereka melihat.”
Pengertian zahirnya adalah Ahli Syurga melihat Allah di akhirat.
Pengertian hakikatnya adalah Ahli Ma'rifat melihat Allah ketika di dunia lagi (sebelum mati).
Ungkapan — لِقَآءَ رَبِّهِ — "Pertemuan kepada Rabb (Tuhan Rabbul Jalil)"
Pengertian zahirnya adalah Ahli Syurga diberi kemuliaan bertemu Allah.
Pengertian hakikatnya adalah Ahli Ma'rifat diberi kemuliaan bertemu Allah ketika di dunia lagi (sebelum mati).
Maksud "Pertemuan" adalah Pertemuan Ruh kepada Zat Allah.
Ungkapan — أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ — "Sembahlah Allah seakan-akan Engkau melihat-Nya"
Lafaz dan pengertian ini memilki hanya satu makna, dan makna khusus, sebagai isyarat bahawa "melihat Allah" ketika masih di dunia adalah benar. Dan ianya Anugerah Allah kepada Ahli Ma'rifat.
●Apakah maksud "Ihsan" yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya?
●Apakah maksud "sembah Allah seakan-akan kamu melihat-Nya?"
●Bagaimanakah Jalan untuk mencapainya?
●Bolehkah ianya dibuat-buat atau direka sesuka hati?
●Apakah ianya boleh didapati dengan berangan²?
●Adakah ianya teori teori aqal?
●Apakah ianya dipelajari di kelas, kuliah, seminar, diskusi, perbahasan atau sebagainya?
Di sini kita cuma terangkan secara ringkas akan wujudnya hamba-hamba Pilihan Allah yang sampai ke Maqam Ihsan — Maqam kesempurnaan Ma'rifat (Mengenal Allah dengan sebenar kenal) dan Kesempurnaan Ubudiyyah berserta-Nya. Demikian lagi ia bertujuan menjelaskan bukti-bukti amat jelas berkenaan Ilmu Tasawwuf di dalam Kitabullah dan Sunnah Rasul ﷺ .
Bukti-bukti terakhir yang dibentangkan di atas BUKAN saja menunjukkan kepada bukti Toriqat (Tasawwuf), tetapi bukti kukuh berhubungan dengan misi atau perutusan sekalian Rasul ke muka bumi bagi memenuhi dunia dengan Kalimah Allah, dan kesinambungan misi tersebut oleh Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) — Ahli Ma'rifat — Ahli Sufi.
Sebagai pengetahuan umum, di sini kita sebutkan beberapa maksud dan tanda-tanda hamba Allah yang di-Kurniakan Maqam tersebut, sebagaimana dijelaskan oleh sekalian Masyaikh Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
بِسْــــــــــــــــــمِ
ﷲ
الرَّحْمَنِ
الرحيم
اَلسَّلاَمُ
عَلَيْكُمْ
وَرَحْمَةُ
اللهِ
وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)
Dalil 20, 21,22, 23, 24, 25
sambungan.....
(1) Maqam ini adalah pencapaian
tertinggi hamba-hamba Allah — Maqam
Ma'rifat tertinggi (Maqam Tauhid tertinggi) dan Ubudiyyah yang sempurna. Pada
setiap saat mereka di dalam ketaatan dan ubudiyyah yang tinggi. Pada setiap
masa dan keadaan mereka berdiri teguh pada hukum syari'at dan adab-adab Toriqat
— Suatu kesempurnaan yang hanya mampu
dilakukan oleh hamba-hamba Pilihan Allah.
(2)
Qalb (hati), Ruh (roh) dan Sirr
(Rahsia yang sangat dalam) mereka telah disucikan sehingga bercahaya-cahaya
memenuhi langit dan bumi. Sekalian
syirik khafi (tersembunyi), mazmumah (sifat keji), ghaflah (kelalaian), aghyar
(selain Allah) telah musnah.
(3)
Allah Ta'ala mengangkatnya (hamba Pilihan-Nya) ke Arasy, menghadap
Hadratul Quddus, tanpa kaifiyyat (cara), menyaksikan Wajah-Nya yang Maha Suci.
Pada setiap masa dan keadaan, mereka
tetap menghadap Wajah Allah Yang Maha Suci.
Dan pada waktu yang sama mereka menghadap makhluq (manusia) untuk
memimpin mereka kepada Allah Ta'ala.
Bagaimanakah mungkin ini terjadi?
Ini adalah kemuliaan khusus Anugerah Allah kepada hamba-hamba
Pilihan-Nya.
(4) Penglihatan, pendengaran, gerak dan
diamnya di-Limpahi Rahmat Allah, Keredhaan dan Kasih Sayang-Nya. Tidaklah dia berkata-kata, bergerak atau diam
melainkan semuanya dari Gerak Allah Yang Maha Agung. Tidaklah dia melihat
melainkan setiap penglihatannya menembus dari penglihatan Allah. (pengertian rahsia haqiqat yang lebih
mendalam tidak disebut di sini)
(5) Hamba-hamba Allah yang di-Kurniakan
oleh Allah kepada Maqam tertinggi ini tidak ada kekhuatiran, tiada takut
sesuatu pun selain Allah, tiada
kebimbangan apa pun terhadap dunia. Di
hati mereka hanya wujud Allah. Setiap
amal ibadah hanyalah mencari Redha dan Kasih-Nya.
(6) Demikian hampirnya kepada Allah
sehingga tidak ada unsur nafsu jahat dapat memasukinya. Tidak ada bisikan jinn syaitan mampu
menghampirinya. Tidak ada godaan dunia
atau makhluq mampu merosakkannya kerana dia sentiasa di dalam Pemeliharaan
Allah Ta'ala.
(7) Maqam Kesucian yang tertinggi ini
juga disebut dengan berbagai istilah iaitu:
Maqam Tauhid Yang Sempurna,
Maqam Tasawwuf Yang Sempurna,
Maqam Mukasyafah,
Maqam Taqwa,
Maqam Ihsan dan
Maqam Tajjali.
(8) Secara umum inilah Maqam sekalian Rasul dan Nabi. Ertinya semua Rasul dan Nabi adalah Ahli
Ma'rifat yang tinggi. Namun secara
khusus, penjelasan ini adalah berkait dengan Ahli Ma'rifat atau Ahli Sufi yang
menyambung Warisan Rasulullah ﷺ — Shaikh Mursyid yang Siddiq.
(9) Pencapaian Maqam tertinggi ini semata-mata Anugerah Allah kepada
hamba-hamba Pilihan-Nya yang benar-benar
ikhlas mencari-Nya, benar-benar mujahadah melawan nafsu-nafsu rendah pada waktu
yang sangat panjang dengan pimpinan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq. Ianya BUKAN barang mainan atau khayalan yang
didapati dalam sekelip mata..!
(10) Kurnia Allah kepada hamba-hamba
Pilihan-Nya ini datang dengan "Amanah yang berat". Ia bukan hadiah yang boleh dibuat sesuka
hati. Ahli Ma'rifat — Murysid Pewaris
Nabi yang Siddiq mewarisi Maqam Nubuwah (Maqam Kenabian) mempunyai tugas,
tanggungjawab dan amanah besar bagi memimpin Ummat (Ahlus Sunnah ) sampai
Qiamat.
بِسْــــــــــــــــــمِ
ﷲ
الرَّحْمَنِ
الرحيم
اَلسَّلاَمُ
عَلَيْكُمْ
وَرَحْمَةُ
اللهِ
وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)
Dalil 20, 21,22, 23, 24, 25
sambungan.....
Pada siri 20-25, kami telah bentangkan
kesudahan Ilmu Tasawwuf — suatu gambaran umum berkenaan dengan keindahan hati,
kecemerlangan Iman atau Tauhid atau Ma'rifat, Kelazatan Ubudiyyah, Keredhaan
Allah, Kasih Allah dan kebahagiaan hidup seluruhnya — yang dijanjikan kepada
hamba-hamba Allah yang benar-benar mujahadah "mencari jalan kembali kepada
Allah " dengan penuh Adab mematuhi Disiplin Jalan Ma'rifat pada waktu yang
panjang.
Maksud Jalan Ma'rifat adalah gabungan
Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
(huraian lanjut pada Risalah Tingkatan Iman)
dengan pimpinan Shaikh Mursyid yang Siddiq — Pewaris Nabi sebenar.
Sehingga apabila telah nyata akan
"kebenaran dirinya" maka di sana Allah Ta'ala berkenan
Mengurniakannya Maqam Mahmud (terpuji), Maqam Qurbah (kehampiran) dan Maqam
Mahabbah (kasih).
Persoalan yang lazim bangkit...
● Adakah mungkin mencapai Maqam
tertinggi ini?
● Apakah semua orang Islam layak atau
berpeluang mencapainya?
●Bagiamanakah mencapainya? Apakah Jalannya, apakah wasilahnya? Apakah
syarat dan peraturannya?
● Bolehkah mencapainya (kecemerlangan
Tauhid hakiki atau Ma'rifat atau Taqwa)
dengan bacaan kitab yang banyak semata-mata?
● Bolehkah mencapainya (kecemerlangan Tauhid hakiki atau Ma'rifat
atau Taqwa) dengan perdebatan atau diskusi atau seminar atau kursus dan
sebagainya.
● Bolehkah mencapainya (kecemerlangan
Tauhid hakiki atau Ma'rifat atau Taqwa) dengan jalan sendiri tanpa pimpinan
Guru yang arif?
● Jika wajib ikut seorang pemimpin,
siapakah yang memimpinnya?
● Jika Wajib mematuhi Prinsip, syarat,
Adab, Jalan-jalan khusus, apakah cara mengetahuinya?
● Bagaimanakah cara memastikan seseorang
Muslim itu tidak menyeleweng kepada kebatilan atau kesesatan?
Sesungguhnya keseluruhan Perjalanan ini
berserta istilah-istilahnya, Prinsip-prinsipnya, Adabnya, Peraturannya,
Maqam-Maqam Pencapaiannya, telah diterangkan sejelas-jelasnya oleh Masyaikh
Ahlus Sunnah. (Ulama bertaraf Auliya Allah)
Demikian lagi mereka telah menjelaskan
penyimpangan golongan Sufi palsu,
golongan keruhanian yang tertipu,
golongan keruhanian menyeleweng dari Jalan Ahlus Sunnah.
Kesemua ini diterangkan oleh Masyaikh di
dalam Kitab Tasawwuf.
Dengan menuntut Ilmu Toriqat (Tasawwuf
)dari Guru yang arif -- Mursyid yang Siddiq, seseorang akan tahu bahawa untuk
mencapai kecemerlangan tersebut, dia mesti mencari Penunjuk Jalan yang
sebenar-benar arif -- Mursyid yang
Siddiq, Pewaris Nabi yang sebenar.
Jika seseorang tidak menuntut Ilmu
Toriqat ( Tasawwuf ) dan tidak berserta dengan Musyid yang Siddiq — Pewaris
Nabi yang sebenar, maka TIDAK mungkin dia mencapai kesemua kecemerlangan Iman
atau Tauhid atau Ma'rifat tersebut. Bahkan TIDAK mungkin dia memperoleh
perkara-perkara ASAS kesucian sekalipun tanpa menuntut Ilmu
Toriqat (Tasawwuf) dari Ahlinya (Mursyid yang Siddiq).
TIDAK mungkin dia memperoleh khusyu’ di
dalam solat, TIDAK mungkin dia dapat melawan
sekalian waswas bisikan nafsu syaitan, TIDAK mungkin dia dapat hapuskan
semua syirik khafi (syirik tersembunyi) yang bersarang di dalamnya, TIDAK
mungkin dia mampu membersihkan hati dari sifat mazmumah (kekejian), TIDAK mungkin dia hilangkan
ghaflah (kelalaian), TIDAK mungkin dia
memperoleh sekalian ketenangan yang dijanjikan.
Semua ini telah disebut dan dibuktikan oleh sekalian Masyaikh
(Shaikh-Shaikh Pewaris Nabi terdahulu)
SIRI 55
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 6: Fakta-Fakta Penting Toriqat (Tasawwuf)
Dua Belas Fakta Penting Toriqat (Tasawwuf)
Berikut adalah 12 Fakta Terpenting berhubung dengan Toriqat (Tasawwuf) yang wajib diketahui oleh setiap Muslim Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar. Penjelasan ini dikirakan sebagai rumusan berhubung dengan Toriqat (Tasawwuf).
Fakta 1:
Ahlus Sunnah Yang Benar (tulen) Berpegang kepada kedua-dua Ilmu — Ilmu Syari'at (fiqh) dan Toriqat (Tasawwuf)
Ahlus Sunnah yang tulen (benar) menerima, mewarisi dan berpegang teguh kepada dua bentuk ilmu dari Rasulullah ﷺ iaitu:
Pertama : Syari'at Rasulullah ﷺ
Kedua : Toriqat Rasulullah ﷺ
●Ilmu Syari'at disebut juga sebagai ilmu zahir, ilmu syari'at zahir, ilmu fiqh.
●Ilmu Toriqat disebut juga sebagai llmu Batin Hati, Ilmu Haqiqat, Ilmu Ma'rifat, Ilmu Tasawwuf, Ilmu Ihsan dan Ilmu Taqwa.
(Intisari dari kedua-dua ilmu ini terkandung di dalam Wahyu pertama
(" Iqra' " ).
Fakta 2:
Syari'at Berkait Ilmu dan Amal Zahir. Toriqat Berkait dengan Ilmu dan Amal batin — hati.
●Syari'at Rasulullah ﷺ adalah sekalian ilmu dan amal yang takluk kepada anggota zahir - seperti solat, puasa, zakat, da'wah, jihad, muamalah jual beli, nikah kahwin, ekonomi, politik pemerintahan negara dan lain-lain.
●Toriqat Rasulullah ﷺ adalah sekalian ilmu dan amal yang takluk kepada anggota batin (hati, ruh dan sirr) iaitu melakukan riadah melawan nafsu kejahatan, menyucikan hati dengan zikrullah, tawajjuh (zikir berjemaah), khilwah (uzlah yang khusus) dan lain-lain yang berkaitan - bertujuan menyucikan hati dari berbagai penyakit yang menyebabkan kekufuran, kekejian dan kelalaian.
(Kandungan kedua-dua ilmu ini adalah keseluruhan Manhaj Al Qur'an dan Sunnah Rasulullah ﷺ )
Fakta 3:
Setiap Mukallaf Wajib (Fardhu 'Ain) amalkan Syari'at (fiqh) dan Toriqat (Tasawwuf)
Menurut Ijma Ulama Ahlus Sunnah, WAJIB atas setiap orang Muslim yang mukallaf (akil baligh) amalkan kedua-dua ilmu tersebut (syari'at dan Toriqat). Meninggalkan salah satu darinya boleh menjerumuskan kepada kefasikan, kesesatan atau kekufuran kerana kedua-duanya bersumber dari Wahyu Ilahi.
Fakta 4:
Pembahagian Ilmu Syari'at (Fiqh) dan Toriqat (Tasawwuf ) adalah Ijtihad Ulama Ahlus Sunnah.
Syari'at dan Toriqat wujud di zaman Rasulullah ﷺ dalam bentuk yang menyeluruh atau bersatu tanpa terpisah-pisah. Ketika itu belum ada pembahagian ilmu Islam sebagaimana yang wujud pada zaman ini. Pembahagian tersebut zahir pada kurun pertama Hijriyyah, berdasarkan Ijtihad Ulama Ahlus Sunnah bertaraf Auliya Allah.
Apa yang dikenali dan diamalkan oleh para sahabat hanyalah dua sumber ilmu iaitu Al-Qur'an dan As Sunnah. Para sahabat adalah faqih (mahir di dalam fiqh dan sekaligus sangat arif mengenal Allah) sehingga digelar Arif Billah. Ini bermakna para sahabat adalah pakar di dalam ilmu fiqh (fekah) dan sekaligus pakar di dalam Ilmu Ma'rifat, TIADA pemisahan antara keduanya.
Berbeza dengan zaman kemudiannya, timbul orang alim yang hanya pelajari ilmu fiqh semata-mata dan meninggalkan ilmu tasawwuf, sehingga dia dikenali sebagai alim fiqh sahaja (atau alim kitab). Hal ini yang kemudiannya membawa kepada kepincangan dan penyelewengan Ummat.
SIRI 56
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 6: Fakta-Fakta Penting Toriqat (Tasawwuf)
sambungan....
Fakta 5:
Mursyid Pewaris Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Warisatul Anbiya' (pewaris Nabi) yang dikenali sebagai "Mursyid" mewarisi kedua-dua Ilmu; Syari'at dan Toriqat. Ilmu dan amal Rasulullah ﷺ tersebut diwarisi dengan kaedah yang sangat berdisiplin, tertib, penuh rahsia dan terpelihara keasliannya. Sehingga setiap Ilmu yang dicurahkan oleh Mursyid yang Siddiq (benar) adalah seolah-olah menerima dari Rasulullah ﷺ , disebabkan kesinambungan keruhanian yang tiada putus.
Allah Ta'ala memilih mereka dan Kurniakan mereka kelengkapan hati dan ruh sehingga mereka mampu menunaikan amanah warisan Rasulullah ﷺ ... memimpin manusia kepada Allah Ta'ala. Dengan ini juga menjadi isyarat bahawa mencari dan mengikut Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) adalah wajib atas setiap Muslim yang mukallaf.
(Sila rujuk tajuk Risalah: Mursyid Pewaris Nabi Yang Sebenar)
Fakta 6:
Tauhid Yang Sebenar Terhasil dengan Amalkan Kedua-dua Syari'at dan Toriqat
Setiap Muslim yang amalkan kedua-dua ilmu tersebut (Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ) dengan mematuhi disiplin-disiplinnya dengan pimpinan Guru Mursyid, maka akan terbitlah cahaya hati yang membuahkan Tauhid yang suci murni. Tauhid yang suci murni ini yang dipanggil Ma'rifat.
Fakta 7:
Tasawwuf adalah Matlamat, Toriqat menunjuk Jalan
Hubungan (kaitan) di antara Toriqat dan Tasawwuf adalah:
●Tasawwuf adalah permata atau buahnya atau matlamat yang ingin dicapai sedang Toriqat menunjukkan jalan-jalan bagi mencapai kecemerlangan tersebut.
●Tasawwuf menyebut kesucian hati dan ketinggian akhlaq, sedangkan Toriqat mengatur langkah mencapai kesucian tersebut.
●Tasawwuf menyebut kewajipan setiap mukallaf bersihkan hati dari syirik khafi (syirik tersembunyi), mazmumah (sifat keji) ghaflah (kelalaian), aghyar (segala suatu selain Allah) sedang Toriqat menyusun amal soleh yang terdiri dari zikrullah, mujahadah, khilwah (uzlah) dan lain-lain untuk menjadikannya kenyataan pada diri setiap insan yang menuju Allah.
● Tasawwuf menyebut berkenaan kewajipan mencapai Tauhid serta Ubudiyyah yang suci murni, sedang Toriqat menunjuk jalan bagi mencapai kesucian Tauhid dan Ubudiyyah.
Ini kenyataan mutlaq:
Haqiqat Tasawwuf dan Tauhid yang suci murni tidak akan terhasil melainkan melalui Toriqat.
SIRI 57
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 6: Fakta-Fakta Penting Toriqat (Tasawwuf)
sambungan....
Fakta 8:
Tasawwuf Adalah Penghayatan Hati dan Ruh, Bukan Sekadar Teori
Tasawwuf adalah penghayatan qalb (hati), ruh (roh) dan sirr (rahsia diri yang sangat dalam) BUKAN semata-mata lafaz pengakuan lisan atau sekadar teori yang diulang-ulang.
Tasawwuf TIDAK terhasil semata-mata dengan bacaan buku, syarahan, diskusi, seminar atau sekadar teori semata-mata. Tetapi untuk memperoleh Tasawwuf, seseorang mesti menempuh perjalanan keruhanian menurut peraturan, adab, disiplin Toriqat dengan pimpinan Mursyid yang siddiq (benar).
Fakta 9:
Semua Rasul dan Nabi menyeru dan amalkan Tasawwuf
Tasawwuf (kesucian hati) diamalkan oleh kesemua Anbiya mulai dari Nabi Adam Alaihis-Salam sehingga kepada Nabi kita Sayyidina Maulana Muhammad ﷺ, Yang benar adalah : Baginda adalah "sumber Tasawwuf", Baginda adalah "pencetus Ilmu Tasawwuf" dan Baginda juga menjadi "penyempurna kepada Tasawwuf".
Fakta 10:
Syariat (fiqh) dan Toriqat (Tasawwuf ) Berdiri kukuh atas Kitabullah, Sunnah dan Ijma Qias Ulama bertaraf Auliya Allah
Fahami sungguh-sungguh haqiqat ini:
Syari'at (fiqh) dan Toriqat (Tasawwuf) yang hakiki, suci murni yang diterima daripada Rasulullah ﷺ , serta diwarisi oleh sekalian Masyaikh (Guru-Guru Mursyid yang mewarisi Nabi) adalah berdiri kukuh atas Kitabullah, Sunnah Rasul dan Ijma' Qias Ulama bertaraf Auliya Allah. Para Masyaikh telah menyusun Disiplin, Peraturan, Syarat-syarat dan Adab tersendiri berdasarkan Petunjuk Allah dan pimpinan ruhaniah Rasululullah ﷺ.
Fakta 11:
Ilmu Toriqat (Tasawwuf) tiada kaitan dengan Ilmu Silat, Ilmu Bela Diri, Ilmu Falsafah dan Ilmu Kebatinan Sesat
Toriqat (Tasawwuf) TIDAK ada kaitan atau gabungan dari mana-mana ilmu falsafah, pemikiran ahli fikir, ilmu silat, ilmu bela diri, ilmu kebatinan sesat atau ilmu hakikat batil. Mereka yang mengaitkan Ilmu Toriqat (Tasawwuf) yang murni atau campur adukkannya dengan ilmu-ilmu tersebut jelas menyeleweng dari Jalan Kebenaran Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan melakukan jenayah terhadap Ilmu Suci Rasulullah ﷺ.
SIRI 58
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 6: Fakta-Fakta Penting Toriqat (Tasawwuf)
sambungan....
Fakta 12:
Semua Imam-Imam Mazhab Fiqh amalkan Toriqat (Tasawwuf) berserta Syari'at (Fiqh)
Sebahagian orang Islam yang cetek pengetahuannya menyangka para Imam Mazhab yang empat tidak mengamalkan Toriqat (Tasawwuf) kerana pada anggapan mereka Ulama besar mazhab fiqh adalah Imam Fiqh sahaja yang tiada kaitan dengan Tasawwuf-Toriqat.
Bahkan, lebih buruk lagi, ada pula berani menuduh Tasawwuf-Toriqat sebagai bid'ah sesat. Ternyata mereka ini sesat dan menyesatkan. Ini kerana kesemua Ulama Mazhab adalah pengamal Syari'at (fiqh) dan sekaligus Tasawwuf-Toriqat.
Menukil penjelasan _Al Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al Kholidi Radhiallahu anhu menyebut di dalam Risalah Naqsyabandiah:
"Berdasarkan keterangan Ulama Ahlus Sunnah, Guru Mursyid kepada Imam Abu Hanifah (Mazhab Hanafi) dan Imam Malik (Mazhab Maliki) adalah Imam Ja’afar Siddiq (Imam Besar Ahlus Sunnah yang bergelar Imam At-Toriqah Wal Haqiqat). Sementara Guru Mursyid kepada Imam Asy-Syafi’e (Mazhab Syafi'e) dan Imam Ahmad Ibn Hambal (Mazhab Hambali) adalah Imam Ma’ruf Al Kirkhi."
[Risalah Ma’rifat, Allamah Al Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi]
Menukil kata-kata:
Imam Ghazali menyebut kisah Imam Syafi'e, Imam Ahmad Ibnu Hambal dan Imam Yahya bin Muin berkhidmat kepada Imam Ma'ruf Al Kirkhi dan Shaikh Syaiban untuk memperoleh Ilmu Tasawwuf.
Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu:
"Imam Shafie pernah duduk di hadapan Shaikh Syaiban (Ulama Sufi) si pengembala, seperti duduknya seorang anak kecil di maktab, seraya bertanya:
“ Bagaimana membuat itu dan ini?”
Maka dikatakan kepada Imam Shafie : “Seperti engkau bertanya kepada badui ini (Shaikh Syaiban Ahli Sufi)?”
Maka menjawab Imam Shafie:
“Sesungguhnya ini sesuai dengan apa yang kami lupakan.”
[Ihya Ulumuddin]
SIRI 59
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 7: Wahyu Pertama Iqra' dan Hubungannya dengan Syari'at danToriqat (Tasawwuf):
Ini suatu cabang penting menyatakan hubungan Wahyu Pertama " اقْرَأْ " (iqra') dengan keseluruhan Agama — Risalah yang dibawa oleh Junjungan Rasulullah ﷺ.
Sedarilah, Agama Islam bukan semata-mata da'wah di dalam pengertian sempit, bukan semata-mata ibadah tertentu, bukan semata-mata amal zahir, bukan semata-mata amal batin. Sebaliknya Islam adalah sebuah Kehidupan Agung zahir dan batin, Risalah Pengabdian makhluq kepada Tuhan yang Maha Agung, Undang-undang Universal yang menuntut Penyerahan kepada _Al-Haqq_, dan Pernyataan _Rabbaniyah_ meliputi seluruh alam.
Kenyataan 1:
Wahyu Pertama " اقْرَأْ " (iqra') " dan Pengisytiharan Agung
Semua yang tersebut di atas.....
Pengisytiharan Kehidupan Agung ini,
Undang-undang Universal ini,
Pernyataan Ketuhanan ini,
dibuka dengan Kalimat Agung " اقْرَأْ " (iqra')
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Amat Mengasihani.
Firman Allah:
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَق (1)
خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَق (2) اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ(3)الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ (4) عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ(5)"
"Iqra’ (bacalah) dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah Menciptakan manusia dari segumpal darah. Iqra’ (bacalah), dan Tuhanmu lah yang Maha Pemurah, Yang Mengajar (manusia) dengan perantaraan Kalam. Dia Mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
[Al ‘Alaq (96) : Ayat 1-5]
Kalimat " اقْرَأْ " (iqra’) lazim diertikan secara umum sebagai "baca". Ini kita semua tahu dan kenal. Walau bagaimanapun Kalimat ini tidak hanya terbatas pada makna "baca" menurut pengertian sempit. Tetapi ianya suatu "pengisytiharan Agung" yang mengandungi makna yang sangat mendalam.
WAHYU Pertama kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad ﷺ ....Kalimat Allah Yang Maha Agung yang menjadi GERBANG PEMBUKAAN kepada suatu perubahan peradaban manusia sejagat...!
●Apakah rahsia Kalimat " اقْرَأْ " (iqra') ?
●Apakah hikmah disebalik kalimah " اقْرَأْ " (iqra') ?
●Apakah kandungan Perintah kalimah " اقْرَأْ " (iqra') ?
Apakah maksudnya Allah Memerintah kepada Nabi "bacalah" sedangkan Allah Maha Mengetahui Nabi kita tak pernah belajar membaca? (dan menulis)!
Apakah yang patut dibaca?
Apakah rahsia membaca?
Bagaimanakah cara membacanya?
Nabi tidak tahu membaca, lalu Allah Ta'ala mengajar Nabi "Rahsia membaca" sehingga Nabi telah "membacanya" dengan sempurna. Kemudian Nabi mengajar dan mendidik Ummat Baginda "membaca" dengan sempurna.
Apakah yang dibaca?
Bagaimanakah "membaca"?
Apakah hakikat "membaca"?
Menurut Ulama Arif Billah, Kalimat Allah Yang Maha Agung ini membawa perutusan makna yang sempurna bagi menunjukkan suatu cara kehidupan agung Rabbaniyyah. (yang bersifat Ketuhanan)
Kalimat " Iqra' " (bacalah) mengandungi pengertian abstrak sebagai Isyarat kepada dua macam Ilmu Allah yang wajib didukung oleh Nabi ﷺ serta Ummat Baginda bagi mencapai kejayaan dan kemenangan Abadi di Sisi Allah Yang Maha Agung..!
SIRI 60
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 7: Wahyu Pertama Iqra' dan Hubungannya dengan Syari'at dan Toriqat (Tasawwuf):
sambungan...
Kenyataan 2:
Wahyu Pertama dan Dua macam Ilmu
Kalimat " اقْرَأْ " (iqra') lazimnya ditafsirkan dengan makna "baca" sedangkan pengertian sebenarnya melangkaui pengertian baca yang difahami umum. Sebagaimana huraian terdahulu, Kalimat Agung ini mengandungi pengertian abstrak sebagai Isyarat kepada dua macam Ilmu Allah yang wajib didukung oleh Nabi serta Ummat Baginda bagi mencapai kejayaan dan kemenangan Abadi di Sisi Allah Yang Maha Agung..!
Apakah dua macam Ilmu tersebut?
Yang Pertama adalah : " اقْرَأْ " (iqra') — bacalah dengan pengertian ilmu syari'at zahir — ilmu yang membicarakan hukum-hakam yang takluk kepada anggota zahir insan yang kemudiannya dikenali juga sebagai Ilmu Syari'at atau Ilmu Fiqh.
Yang Pertama adalah: " اقْرَأْ " (iqra') — bacalah dengan pengertian ilmu syari'at batin — ilmu yang membicarakan hukum-hakam yang takluk kepada hati dan ruh yang kemudiannya diberi nama Ilmu Toriqat dan Ilmu Tasawwuf.
Perhatikan baik- baik.
Kedua-dua ilmu ini wujud dan hanya wujud di dalam Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar (tulen). Jika kalian baru pertama kali mendengar perincian dua macam ilmu ini, kalian perlu tarik nafas panjang, memandang jauh kepada Al-Haqq, tenang sebentar bersama ketenangan alam yang bertasbih dan bertahmid memuji Allah. Jangan cepat melatah, bersangka buruk atau membuat tuduhan tanpa ilmu.
Sebagaimana biasa kita sampaikan semua ini BUKAN ilmu baru bahkan ilmu Ahlus Sunnah yang benar tetapi ianya tenggelam bersama arus kejahilan akhir zaman...!
Dengar dan fahamilah baik-baik..!
Para Ulama Ahlus Sunnah membicarakan hal ini secara terprinci di dalam kitab-kitab mereka yakni pengertian serta kewajipan amalkan kedua-dua Ilmu ini dan BAHAYA meninggalkan salah satu dari Ilmu tersebut.
Sejak kurun kedua Hijrah bermulanya ijtihad Ulama bagi mengumpulkan berbagai disiplin Ilmu Islam, kedua-dua bahagian Ilmu ini telah mendapat dukungan yang sungguh-sungguh dari kalangan Ulama Ahlus Sunnah. Mereka telah sungguh-sungguh menda'wahkan, mengajar serta mendidik Ummat kepada dua ilmu tersebut.
Sedangkan selain dari Golongan Ahlus Sunnah, Ilmu-ilmu ini diabaikan sama ada mereka abaikan salah satu darinya atau abaikan kedua-dua sekali. Akibat dari perbuatan ini membawa mereka kepada kesesatan dan penyimpangan dari Jalan Rasul, penyimpangan dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Wal Iyazubillah.
SIRI 61
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 7: Wahyu Pertama Iqra' dan Hubungannya dengan Syari'at dan Toriqat (Tasawwuf):
sambungan...
Kenyataan 3:
Wahyu Pertama dan Rahsia Tarbiyyah Rasulullah ﷺ
Kita semua sedia maklum, sejak Kalimat Agung yang pertama
" اقْرَأْ " (iqra') diturunkan, Nabi kita telah bersungguh-sungguh memikul AMANAH ALLAH iaitu untuk melaksanakan Misi Baginda atas muka bumi — mendirikan Kalimah Suci La Ilaha Illallah, dengan cara menyeru manusia kepada Tauhid yang benar dan menjauhi segala macam kesyirikan (syirik Jali dan Syirik Khafi), kemunafikan dan kekafiran. Kemudian Baginda mendidik mereka supaya manusia menjadi hamba-hamba yang sebenar — bertauhid mengenal Allah dengan sebenar kenal dan mendirikan Ubudiyyah menjadi hamba-hamba yang di-Redhai Allah.
Ringkasnya Baginda menggalas dua tugas besar:
(1) Da'wah secara umum kepada semua manusia.
(2) Tarbiyyah (didikan) khusus kepada para sahabat Baginda.
Yang pertama adalah lebih umum, yang kedua adalah lebih khusus dan inilah fokus Utama Rasulullah ﷺ
iaitu melahirkan seberapa banyak Sahabat Nabi yang cemerlang, mencapai Ma'rifat yang tinggi dan sanggup mempertahankan kesucian Agama dengan harta dan nyawa mereka. Sungguh ini suatu TUGAS yang amat berat.
Dalam jangka masa perjuangan 10 tahun (sebelum turun kewajipan Solat), Baginda telah berjaya membentuk sejumlah insan-insan yang bertaqwa — ahli Ma'rifat yang tinggi yang benar-benar kenal Allah, berubudiyyah tulus ikhlas kerana Allah, serta sanggup mati kerana Allah. Dalam hati mereka tiada lain melainkan Allah. Mereka berdiri menghadap Allah dengan penuh khusyu'. Mereka berdiri menghadap musuh-musuh Allah bagaikan singa yang berani. Matlamat mereka tiada lain melainkan Allah...!
Pernahkah kita bertanya apakah dia Tarbiyyah yang Nabi lakukan ke atas para Sahabat Baginda?
Pernahkah kita mengkaji sungguh-sungguh jalan yang ditempoh oleh insan-insan yang mendapat Tarbiyyah Baginda?
Pernahkah kita bertanya apakah rahsia didikan Baginda sehingga terbentuknya Sahabat-sahabat yang cemerlang zahir batin?
SIRI 62
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 7: Wahyu Pertama Iqra' dan Hubungannya dengan Syari'at dan Toriqat (Tasawwuf):
sambungan...
Kenyataan 3:
Wahyu Pertama dan Rahsia Tarbiyyah Rasulullah ﷺ
sambungan....
Renungi fakta ini sungguh-sungguh ....
Selama 10 tahun itu Nabi ﷺ sungguh-sungguh mendidik para sahabah dengan suatu sistem Tarbiyyah khusus sehingga para sahabah menjadi manusia-manusia terunggul. Pernahkah kita selidik apakah rahsia didikan Nabi ﷺ ini?
Renungi fakta ini sungguh-sungguh...
Dalam masa 10 tahun tersebut, tiada satu pun Syari'at (zahir) diturunkan — Solat belum diturunkan. Puasa, Zakat, Haji belum diturunkan. Belum ada kewajipan jihad qital (memerangi musuh dengan senjata). (Ibadah syari'at yang pertama adalah fardhu Solat yang diwajibkan oleh Allah pada tahun Ke-10 Kenabian pada malam Isra' Mi'raj. Jika demikian, apakah ibadah Rasulullah ﷺ dan para sahabah selama 10 tahun tersebut? Tidak mungkin mereka cuma duduk goyang kaki tak berbuat apa-apa.
Renungi fakta ini sungguh-sungguh...
Tempoh 10 tahun adalah suatu masa yang sangat panjang. Dalam tempoh itu Nabi ﷺ telah mendidik para sahabat sehingga mencapai keimanan dan Ma'rifat yang amat tinggi (baca : TAUHID yang amat tinggi). Apakah Sistem Tarbiyyah Baginda sehingga terbentuk satu generasi insan yang sangat hebat, beriman teguh bertaqwa?
Renungi fakta ini sungguh-sungguh...
Bagaimanakah caranya para Sahabat mencapai keimanan yang tinggi? Tidak mungkin para sahabat cuma duduk tak berbuat apa-apa lalu mencapai kecemerlangan Iman atau Tauhid atau MA'rifat. Tidak mungkin.
Memang benar — tidak mustahil bagi Allah untuk anugerahkan seseorang dengan Keimanan tanpa usaha, tetapi ianya mustahil pada hukum ketentuan Allah demikian. Ini kerana Allah Ta'ala melakukan setiap sesuatu dengan hukum, peraturan, syarat dan adab serapi-rapinya. Allah Ta'ala menjadikan setiap sesuatu dengan asbab dan musabbab. Allah Ta'ala menjadikan sekalian makhluq saling berkait dan bergantung kepada yang lain. Jika bodoh, dan kamu ingin pandai, maka wajiblah kamu menuntut ilmu. Jika lapar berusahalah cari rezeki. Jika ingin anak, berkahwin dan bersatulah dengan isteri kamu.
Inilah ketentuan Allah Ta'ala sebagai hukum Sunnatullah atas muka bumi.
Sebahagian orang Islam mendakwa para sahabat mencapai keimanan yang tinggi dengan membaca kelebihan-kelebihan amal dan pahala-pahala.
Sebahagian orang Islam menyangka para Sahabat mencapai kecemerlangan kerana ekonomi.
Sebahagian lagi menyangka para Sahabat menjadi insan pilihan kerana mereka pandai berpolitik.
Yang akhir sekali ada yang beranggapan, para sahabat tak berbuat apa-apa, cuma duduk diam terus mendapat Iman yang tinggi.
Semua pendapat ini adalah pendapat nafsu dan tertolak. Semua dakwaan tersebut hanyalah dakwaan tanpa sebarang bukti. Ataupun dakwaan yang ditiup dari sangkaan longgar berdasarkan profession seseorang...! Apakah rahsia sebenarnya?
SIRI 63
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 7: Wahyu Pertama Iqra' dan Hubungannya dengan Syari'at dan Toriqat (Tasawwuf):
sambungan...
Kenyataan 4:
Wahyu Pertama dan Ilmu Toriqat
Telah sepakat sekalian Arif Billah (Ulama Mu'tabar Ahlus Sunnah atau Ulama bertaraf Auliya Allah) bahawa sesungguhnya yang membangkitkan Generasi Pertama yang paling cemerlang, Generasi Sahabat yang paling istimewa, Generasi Rabbaniyyah yang terulung adalah tazkiyyatun-nafs — Ilmu menyucikan JIwa dan ruh. Ilmu dan amal soleh yang dilakukan oleh Rasulullah ﷺ dan para Sahabat selama 10 tahun setelah turunnya Wahyu pertama " اقْرَأْ " (iqra') adalah Ilmu Menyucikan Jiwa — jelasnya iaitu Ilmu mengerjakan zikrullah dan mujahadah melawan nafsu-nafsu rendah, nafsu kejahatan yang kemudian dinamakan Ilmu Toriqat.
Maksudnya mulai dari saat Peristiwa Agung Kenabian Sayyidina Muhammad Rasulullah ﷺ diangkat menjadi Rasul dengan turunnya Wahyu pertama " اقْرَأْ " (iqra') sampai 10 tahun lamanya Rasulullah ﷺ mendidik jiwa para sahabat dengan Ilmu tertentu yang sangat istimewa — dengannya para sahabat menjadi manusia yang suci, mulia, di-Redhai dan di-Kasihi Allah. Dengan ilmu yang khusus ini para sahabat menjadi insan-insan cemerlang, memperoleh Taqwa yang tinggi, menjadi Ahli Hikmah dan Ahli Ma'rifat yang tinggi.
Dalil yang menguatkan keterangan tersebut bersumber dari Kalimat Allah yang Maha Agung ini.
Firman Allah:
هُوَ ٱلَّذِى بَعَثَ فِى ٱلۡأُمِّيِّـۧنَ رَسُولاً۬ مِّنۡہُمۡ يَتۡلُواْ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتِهِۦ وَيُزَكِّيہِمۡ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَإِن كَانُواْ مِن قَبۡلُ لَفِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ۬
“Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, dan menyucikan mereka serta mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam Rahsia-Rahsia Ketuhanan dan kehambaan) dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad ﷺ ) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.”
[Al-Jumu’ah (62) : Ayat 2]
Terdapat faedah yang amat besar dari Kalimat Allah Yang Maha Agung ini, hampir serupa dengan kalimat
pertama " اقْرَأْ " (iqra') yang mengandungi dua pengertian Agung:
Pertama : يَتۡلُواْ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتِهِ — yang membacakan kepada mereka Ayat-ayat Allah
Kedua : وَيُزَكِّيہِمۡ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ — Menyucikan mereka serta Mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam Rahsia-rahsia Ketuhanan dan kehambaan)
Kalimat yang kedua itu mengandungi pengertian berkenaan Tarbiyyah khusus kepada para sahabat, sehingga mereka benar-benar menjadi insan suci, insan mulia di Sisi Allah Ta’ala.
Ungkapan… وَيُزَكِّيہِمۡ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ
( "…..dan menyucikan mereka, serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah…” )
mendokong perutusan khusus ini, iaitu para sahabat adalah golongan terpilih yang diasuh, dididik, dipimpin oleh Rasulullah ﷺ dengan ilmu yang sehingga mereka menjadi manusia istimewa. Rasulullah ﷺ mendidik para sahabat sungguh-sungguh sehingga hati mereka suci bersih dari semua macam syirik (syirik jali dan syirik khafi), bersih dari mazmumah (sifat keji), ghaflah (kelalaian) dan keluarkan mereka dari segala suatu selain Allah. Maka terbentuklah di sana satu generasi Ahli Ma’rifat yang mengenal Allah dengan sebenar kenal, serta ubudiyyah dengan tulus ikhlas.
SIRI 64
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 7: Wahyu Pertama Iqra' dan Hubungannya dengan Syari'at dan Toriqat (Tasawwuf)
sambungan...
Kenyataan 4:
Wahyu Pertama dan Ilmu Toriqat
sambungan...
Ungkapan… وَيُزَكِّيہِمۡ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ
( "…..dan Menyucikan mereka, serta Mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah…” )
Mendokong perutusan khusus ini, iaitu para sahabat adalah golongan terpilih yang diasuh, dididik, dibimbing dan dipimpin oleh Rasulullah ﷺ dengan ilmu yang sehingga mereka menjadi manusia-manusia istimewa. Rasulullah ﷺ mendidik para sahabat sungguh-sungguh sehingga hati mereka suci bersih dari semua macam syirik (syirik jali dan syirik khafi), bersih dari mazmumah (sifat keji), ghaflah (kelalaian) dan keluarkan mereka dari segala suatu selain Allah. Maka terbentuklah di sana satu generasi Ahli Ma’rifat yang mengenal Allah dengan sebenar kenal, serta ubudiyyah dengan tulus ikhlas.
Kenyataan dari Al-Qur'an yang telah dijelaskan memberikan kita fakta terpenting pendidikan Rasulullah selama 10 tahun di Makkah:
Pertama : Jawapan kepada pertanyaan sebelum ini, apakah amalan Rasulullah dan sahabat selama 10 tahun sebelum turunnya fardhu Solat, maka jawapannya yang terang tanpa keraguan adalah : Rasulullah ﷺ mendidik para sahabat dengan Ilmu Sucikan Jiwa — Ilmu Toriqat selama 10 tahun.
Kedua : Ilmu Toriqat — iaitu ilmu menyucikan jiwa diturunkan terlebih dahulu sebelum diturunkan ilmu Syari'at.
Al Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi menjelaskan perkara ini:
"Ya anakku, terdahulu syari'at yang batin (Ilmu Toriqat untuk menyucikan jiwa) diturunkan untuk mendidik hati dan ruh Nabi dan sahabat iaitu 10 tahun sebelum Mi'raj dan Syari'at zahir diturunkan selepas Mi'raj (iaitu bermula dengan diwajibkan fardhu Solat)
[Risalah Ma'rifat, Jilid 1, ms 6]
Apakah Ilmu mendidik jiwa ini?
Apakah dia Ilmu Menyucikan jiwa?
Bagaimanakah Rasulullah ﷺ melakukan penyucian tersebut?
Bagaimanakah kaifiyyat (cara) melakukan penyucian jiwa ini?
Ketahuilah ilmu Menyucikan jiwa tersebut adalah Ilmu mengerjakan Zikrullah (dan amal lain yang berkaitan dengannya — akan dijelaskan kemudian) serta berbagai latihan melawan nafsu-nafsu rendah dan nafsu kejahatan. Para Ulama Ahlus Sunnah yang Mu'tabar (Ulama bertaraf Auliya Allah) mengambil dalil-dalil dari Kitabullah dan Sunnah Rasul dan melakukan ijtihad menyusun kaifiyyat (cara-cara) mengerjakan Zikrullah dan cara-cara memerangi nafsu-nafsu jahat sehingga terbentuk lah Suatu Sistem Tarbiyyah atau Tazkiyyah yang lengkap dinamakan Toriqat Rasulullah.
Ilmu Toriqat diturunkan terlebih dahulu untuk membersihkan hati para sahabat dari segala kekufuran, kesyirikan, mazmumah dan ghaflah sehingga hati mereka bersinar bagaikan mutiara yang sangat cemerlang. Pendidikan Rasulullah ﷺ benar-benar berkesan di dalam hati mereka sehingga mereka menjadi Kekasih Allah.
SIRI 65
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 7: Wahyu Pertama Iqra' dan Hubungannya dengan Syari'at dan Toriqat (Tasawwuf)
sambungan...
Kenyataan 4:
Wahyu Pertama dan Ilmu Toriqat
sambungan...
Beberapa Rumusan Penting yang perlu diperhatikan di sini adalah:
(1) Selama 10 tahun di Makkah, Rasulullah ﷺ mendidik jiwa para sahabat dengan Ilmu Tazkiyyatun-nafs — yang kemudiannya dinamakan Toriqat Rasulullah ﷺ. Ini adalah BUKTI KUKUH berkenaan ilmu Penyucian Jiwa atau Ilmu Toriqat yang diwarisi turun-temurun oleh Sekalian Mursyid — Pewaris Nabi yang sebenar.
(2) Ilmu mendidik jiwa — Ilmu Toriqat diturunkan terlebih dahulu dari Ilmu Syari'at bertujuan mendidik jiwa sahabat menjadi suci bersih dan bersedia menanggung Amanah Besar — Amanah Syari'at. Ini menunjukkan keutamaan pendidikan jiwa dan nafs sehingga hati dan ruh ditundukkan untuk menjadi hamba-hamba Allah yang sebenar. Tanpa pendidikan kejiwaan ini, manusia tidak akan memperoleh sifat kehambaan dan ubudiyyah sebenar. Tanpa pendidikan melalui Ilmu Toriqat Rasulullah ﷺ , tidak mungkin bagi seseorang memperoleh Iman sejati, Taqwa dan Ihsan.
(3) Selama proses penyucian tersebut (10 tahun di Makkah) tidak ada satu pun Perintah Syari'at diturunkan. Tidak diperintahkan Solat, puasa, zakat, haji atau lain-lainnya. Ibadah Syari'at yang pertama difardhukan kepada Rasulullah ﷺ dan Ummat Baginda adalah Ibadah Solat yang diterima oleh Rasulullah ﷺ pada Peristiwa Isra' Mi'raj. Hal ini BUKAN menunjukkan Syari'at tidak penting, bahkan menurut Ulama Mu'tabar kedua-duanya sama penting dan WAJIB didokong oleh semua orang beriman.
(4) Bagi ummat Islam selepas turun perintah Solat, kedua-dua Ilmu menjadi Wajib serentak. Maksudnya WAJIB amalkan Syari'at dan Toriqat Rasulullah serentak, tanpa meninggalkan salah satu darinya. Ertinya dilarang meninggalkan syari'at dan semata-mata menumpukan kepada Toriqat dengan alasan sirah Rasul demikian. Ini kerana apabila Agama telah sempurna turun, maka WAJIB secara mutlaq bagi setiap orang yang aqil baligh memperlajari dan amalkan kedua-duanya (syari'at dan Toriqat) sekaligus.
(5) Ulama Mu'tabar Ahlus Sunnah telah sepakat bahawa sesiapa meninggalkan salah satu dari Ilmu tersebut, maka adalah dia termasuk ke dalam golongan fasiq atau zindiq — sebagaimana peringatan terdahulu. Wal Iyazubillah
(6) Barangkali kini sudah terbuka sedikit minda orang-orang Islam awam yang selama ini keliru, ragu-ragu, musykil dan tertanya-tanya berkenaan Ilmu Toriqat. Barangkali selepas membaca keterangan ini terbuka kefahaman berkenaan jalan sebenar Rasulullah ﷺ — Jalan Lurus kepada Allah. Orang awam telah sekian lama dikelirukan dengan dakyah propaganda yang amat keji bahawa semua Toriqat adalah bahaya, syirik, bid'ah sesat. Iblis dan kuncu-kuncunya dari bangsa jinn dan manusia Yahudi Nasrani, kafir asli, munafiq dan golongan sesat terus berusaha momokkan nama "toriqat" dengan wajah yang amat buruk sehingga banyak orang Islam menjadi mangsa kepada dakyah jahat tersebut.
Semua ini terjadi kerana beberapa faktor kejahilan diri dan dakyah musuh-musuh Allah seperti yang telah disebutkan terdahulu.
SIRI 66
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 7: Wahyu Pertama Iqra' dan Hubungannya dengan Syari'at dan Toriqat (Tasawwuf)
sambungan...
Kenyataan 5:
Wahyu Pertama dan Zikir Allah Allah Allah
Pada beberapa siri yang lalu, kita telah menjelaskan hubungan erat di antara Wahyu Pertama dengan Toriqat. Matlamat Toriqat adalah untuk menyucikan batin (hati dan ruh) daripada semua macam kekotoran maknawiyah (yang tersembunyi) sehingga jiwanya benar-benar suci bersih. Iaitu suci bersih daripada syirik khafi (syirik tersembunyi), mazmumah (kekejian) dan ghaflah (kelalaian) sehingga apabila jiwa itu telah benar-benar suci bersih, maka di sana akan bercahayalah hati dengan Cahaya Iman, Tauhid yang benar-benar bersih — dipanggil Ma'rifat.
Baik..
Persoalan sekarang apakah amalan yang terkandung di dalam Toriqat Rasulullah ﷺ itu?
Apakah amalan yang diwahyukan kepada Baginda? Apakah amalan yang dilaksanakan oleh Rasulullah ﷺ untuk mendidik jiwa supaya amalkannya sungguh-sungguh untuk mencapai Keimanan yang teguh?
Jawapannya terkandung di dalam Wahyu pertama [ ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ ] — "Iqra' bismi Rabbikallazi khalaq" (bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan)
Menurut penjelasan Ahli Ma'rifat, pengertian kedua bagi ayat tersebut iaitu:
Maksud "Bacalah itu adalah:
"Sebutlah nama Tuhanmu"
"Sebutlah nama Allah,"
"Sebutlah Allah Allah banyak-banyak"
"Zikirlah Allah Allah terus-menerus"
"Ingatlah kepada Allah terus-menerus di dalam hati".
Berkata _Al-Qutb Tajul Arifin_ Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu anhu:
"Ya anakku, Wahyu permulaan Risalah (Iqra') adalah menyuruh Zikr akan Kalimah Allah. Kerana makna Iqra' dan zikir bersamaan jua. (pada pengertian kedua — pent) — yakni Kalimah yang muradif — berlainan lafaz bersatu makna."
[Risalah Ma'rifat : Siri 1, ms 26]
Intisari dari penjelasan ini adalah:
(1) Wahyu pertama memerintahkan — Zikirlah Allah Allah Allah di dalam hati — terus-menerus tanpa henti siang dan malam.
(2) Inilah Toriqat Pertama yang diwahyukan kepada Rasulullah ﷺ iaitu Toriqat yang amalannya asasnya melakukan Zikir Allah Allah di dalam hati.
(3) Toriqat yang pertama diwahyukan kepada Rasulullah ﷺ dikenali sebagai Toriqat Naqsyabandiah pada zaman ini.
Adakah dalil sokongan lain bagi semua keterangan ini?
Dalil yang menyokong keterangan ini amat banyak sekali di dalam Kitabullah, Hadith serta fatwa Ulama Mu'tabar Ahlus Sunnah (Ulama bertaraf Auliya Allah).
SIRI 67
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 7: Wahyu Pertama Iqra' dan Hubungannya dengan Syari'at dan Toriqat (Tasawwuf)
sambungan...
Kenyataan 5:
Wahyu Pertama dan Zikir Allah Allah Allah
Sambungan...
Sekali lagi diberi peringatan:
Maksud daripada "Zikir Allah Allah Allah di dalam hati" sebagaimana yang dituntut adalah bermaksud:
"Terus-menerus mengingat Allah di dalam hati tanpa putus"
Jika kamu dapat memahami maksud ini dan kaitannya dengan Wahyu Pertama [ ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ ] maka kamu sudah mendapat faedah besar di dalam memahami pengertian Zikir Allah Allah Allah dan memahami maksud Toriqat Rasulullah ﷺ yang paling awal ini.
Dalil-dalil Al-Qur'an yang memerintahkan Zikir Allah Allah di dalam hati (Ingat Allah terus-menerus di dalam hati):
Dalil 1: Firman Allah:
وَٱذۡكُر رَّبَّكَ فِى نَفۡسِكَ تَضَرُّعً۬ا وَخِيفَةً۬ وَدُونَ ٱلۡجَهۡرِ مِنَ ٱلۡقَوۡلِ بِٱلۡغُدُوِّ وَٱلۡأَصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ ٱلۡغَـٰفِلِينَ
Dan ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai."
[Al-A'raf (7) : Ayat 205]
Kalam Allah ini hampir serupa seperti Wahyu pertama yang memerintah:
Sebut atau ingat Tuhanmu...!
Apakah nama bagi Rabb (Tuhan ) yang di-Perintahkan zikir padanya?
Apakah nama Paling Agung bagi Tuhan yang menciptakan?
Nama Paling Agung atau disebut Ismul A'zhom iaitu nama:
"Allah"
Maksud keterangan di sini:
" Zikirlah Allah Allah di dalam hati terus-menerus"
Imam Fakhruddin Ar-Razi (Mujaddid kurun ke 6 Hirriyyah) mentafsirkan ayat ini:
"Berdasarkan ayat 205 al-A’raf ini, Rasulullah ﷺ (dan Ummat Baginda) diwajibkan berzikir dalam hati (senyap —tanpa suara) dengan ingatan Allah, Allah, Allah .... terus-menerus sepanjang waktu siang dan malam.
Kalimat ini " بِٱلۡغُدُوِّ " mewakili seluruh waktu siang dan " وَٱلۡأَصَالِ " mewakili seluruh malam"
[Tafsir Al-Kabir / Tafsir Ar-Razi]
Dalil 2: Firman Allah:
وَلَذِكۡرُ ٱللَّهِ أَڪۡبَرُ
"....dan Zikir Allah itu sebesar-besar ibadah ...."
[Al-Ankabut (29) : Ayat 45]
Menurut Tafsiran Ibnu Abbas dan Ahli Ma'rifat lain-lainnya:
(1) Zikrullah (ingat Allah di dalam hati, sebut nama Allah, tafakkurkan nama Allah) adalah sebesar-besar Ibadah. Orang yang tekun mengerjakan ibadah Zikrullah (ingat Allah ) siang malam tanpa berhenti dengan penuh ikhlas dan menurut adab, hukum dan kaifiyyatnya, maka dia akan memperoleh darjat kedudukan paling tinggi di Sisi Allah.
(2) Setiap ibadah yang dikerjakan dengan Zikrullah (ingat Allah) di dalamnya, maka ibadah tersebut adalah ibadah yang terlebih baik, sempurna yang memperoleh Redha Allah. Ibadah yang tiada zikir di dalamnya adalah "kosong" dan "kerugian".
(3) Ingatan Allah terhadap hamba-hamba-Nya yang Zikrullah (mengingat Allah) adalah lebih utama. Ertinya Limpahan Rahmat dan Inayah (pertolongan Allah) terhadap hamba-hamba-Nya yang zikrullah adalah jauh lebih hebat dari ingatan hamba kepada Tuhannya. Hamba cuma buat sedikit tetapi Allah Ta’ala melimpahkan Rahmat yang banyak.
Dalil 3: Firman Allah:
وَٱذۡكُرِ ٱسۡمَ رَبِّكَ بُكۡرَةً۬ وَأَصِيلاً۬
"Dan Zikir akan nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang."
[Al-Insan (76) : Ayat 25]
Ayat ini adalah ayat amr — Perintah — Suruhan yang wajib — amalkanlah.. Zikirkanlah nama Allah terus-menerus atau ingat nama Allah terus-menerus di dalam hati.
Sekali lagi Perhatikanlah sungguh-sungguh:
Sama maksudnya apabila disebut:
Zikirlah kamu Allah Allah Allah di dalam hati kamu sebanyak-banyaknya — ingatlah Allah terus-menerus tanpa henti siang dan malam.
SIRI 68
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 7: Wahyu Pertama Iqra' dan Hubungannya dengan Syari'at dan Toriqat (Tasawwuf)
sambungan...
Kenyataan 5:
Wahyu Pertama dan Zikir Allah Allah Allah
Sambungan...
Dalil 4: Firman Allah:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ ذِكۡرً۬ا كَثِيرً۬ا
"Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya"
[Al-Ahzab (33) : Ayat 41]
Dalil 5: Firman Allah:
وَٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ا لَّعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ
"Dan ingatlah akan Allah banyak-banyak (terus- menerus tanpa henti siang malam), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)."
[Al-Jumu'ah (62) : Ayat 10]
Dalil 6: Firman Allah:
قَدۡ أَفۡلَحَ مَن تَزَكَّىٰ (١٤) وَذَكَرَ ٱسۡمَ رَبِّهِۦ فَصَلَّىٰ
"Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan jiwanya, dan zikir menyebut nama Tuhannya serta mengerjakan solat."
[Al-A'la ( 87 : Ayat 14 -15]
Dalil 7: Firman Allah:
ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَـٰمً۬ا وَقُعُودً۬ا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَڪَّرُونَ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلاً۬ سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ
"(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka".
[Aali Imran (3) : Ayat 191]
Perintah Allah di dalam Kalimat-Kalimat Agung di atas ini sangat nyata — perintah Wajib supaya ingat Allah banyak-banyak iaitu apabila dikatakan Zikirlah kamu akan Allah atau ingatlah kamu akan Allah dengan ingatan yang banyak — Zikir Allah Allah di dalam hati atau terus-menerus mengingat di dalam hati adalah ibadah tersendiri yang agung.
Sekali lagi Perhatikanlah sungguh-sungguh:
Semua keterangan ini membawa maksud:
Zikirlah Allah Allah Allah di dalam hati kamu sebanyak-banyaknya — ingat Allah terus-menerus tanpa henti siang dan malam.
SIRI 69
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 7: Wahyu Pertama Iqra' dan Hubungannya dengan Syari'at dan Toriqat (Tasawwuf)
sambungan...
Kenyataan 5:
Wahyu Pertama dan Zikir Allah Allah Allah
Sambungan...
Dalil 8: Firman Allah:
مَثَلُ الَّذِيْ يَذْكُرُ رَبَّهُ وَالَّذِيْ لاَ يَذْكُرُ رَبَّهُ مَثَلُ الْحَيِّ وَالْمَيِّتِ
“Perbandingan orang yang berzikir kepada Allah dengan orang yang tidak berzikir kepada Allah adalah seperti orang yang hidup dan mati.”
[Imam Bukhari dan Imam Muslim]
Dalil 9: Rasulullah ﷺ bersabda:
Dari ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata, “Rasulullah ﷺ selalu berzikir Allah (ingat Allah) pada setiap waktunya.”
[Imam Bukhari dan Imam Muslim]
Dalil 10: Rasulullah ﷺ bersabda:
" Zikir yang tidak terdengar oleh malaikat pencatat amal ( zikir khafi — senyap di dalam hati) mengungguli atas zikir yang dapat didengar oleh mereka ( zikir Jihar ) sebanyak tujuh puluh kali ganda. "
[Imam Baihaqi ]
Dalil 11: Rasulullah ﷺ bersabda:
"(Seseorang bertanya kepada Rasulullah ﷺ) Jihad manakah yang terlebih besar di dalam memperoleh pembalasan baik (ke-Redhaan Allah) wahai Rasulullah? Baginda menjawab, "mereka yang paling banyak berzikir mengingat Allah". Dia bertanya lagi, "siapakah di kalangan orang berpuasa yang terlebih hebat? Baginda menjawab, "mereka yang paling banyak berzikir mengingat Allah." Kemudian dia bertanya berkenaan solat, zakat, haji dan sedekah yang mana bagi setiap pertanyaan tersebut Baginda menjawab, "mereka yang paling banyak berzikir mengingat Allah"
[Imam Ahmad]
Dalil 12: Rasulullah ﷺ bersabda:
لا تقوم الساعة حتى لا يقال في الأرض الله الله
"Tidak akan tiba Qiamat hingga tidak ada yang mengucapkan di atas bumi (kalimat) Allah, Allah"
[Imam Muslim]
Dalil 13: Rasulullah ﷺ bersabda:
"Di bumi terdapat orang yang menyebut "Allah Allah", kemudian apabila tiada lagi orang yang menyebut "Allah Allah" maka di saat itulah berlakunya Qiamat.”
[Imam Muslim]
Dalil 14: Rasulullah ﷺ bersabda:
"Islam tidak akan hilang sehingga tiada siapa lagi yang menyebut Allah Allah."
[Imam Ibn Abi Dunya]
Dalil 15: Rasulullah ﷺ bersabda:
"Qiamat tidak akan dirasakan oleh orang yang mengucapkan (kalimat) Allah, Allah".
[Imam Muslim]
Zikirlah Allah Allah Allah di dalam hati kamu sebanyak-banyaknya — ingat Allah terus-menerus tanpa henti siang dan malam.
SIRI 70
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 7: Wahyu Pertama Iqra' dan Hubungannya dengan Syari'at dan Toriqat (Tasawwuf)
sambungan...
Kenyataan 5:
Wahyu Pertama dan Zikir Allah Allah Allah
Sambungan...
Dalil 16 : Fatwa Ulama Mu'tabar Ahlus Sunnah:
(1) Imam Besar Ahlu Sunnah, Imam at-Toriqat wal Haqiqat, Imam Ja'afar As-Siddiq Radhiallahu Anhu
Beliau adalah keturunan Rasulullah ﷺ yang ke-5 dari jalur Sayyidina Husain Radhiallahu Anhu. Imam Ja'afar Siddiq posisi Agung sebagai Penyambung Risalah, penyambung warisan Ahlus Sunnah yang haq, menduduki Maqam Auliya tingkatan tertinggi bergelar Ghawth.
Imam Ja'afar Siddiq digelar Imam Toriqat Wal Haqiqat kerana semua Toriqat Ahlus Sunnah yang sahih yang diterima dari Rasulullah ﷺ melalui tangan beliau. Khususnya Toriqat pertama yang diwahyukan — yang memerintah zikir Allah Allah di dalam hati atau bermaksud Ingatan di dalam hati yang berterusan kepada Allah tanpa henti-hentinya sepertimana telah dijelaskan sebelum ini. Pada zaman ini Toriqat pertama yang diwahyukan kepada Rasulullah ﷺ itu dinamakan Toriqat Naqsyabandiah.
(Peringatan : Imam Ja'afar Siddiq adalah Imam Ahlus Sunnah dan TIDAK ada kaitan apa-apa pun dengan golongan syi'ah rafidhi sesat.)
(2) Imam Junaid Al-Baghdadi Radhiallahu anhu:
Beliau adalah Imam Ahlus Sunnah, Qadhi, Imam Fiqh, Ahli Sufi dan Auliya Allah yang ternama, mengajarkan murid-murid beliau dengan zikir Allah Allah.
[Rasail Al-Junaid - Risalah-risalah kecil Imam Junaid]
(3) Imam Fakhruddin Ar-Razi Radhiallahu anhu:
Beliau adalah Mujaddid Agung Ahlus Sunnah kurun-6 Hijriyyah, Imam Fakhruddin Ar Razi menyebut:
"Ketahuilah sekalian manusia, sesungguhnya aku menyebut sepanjang hidupku "Allah". Apabila mati, aku menyebut "Allah". Apabila disoal di dalam kubur aku menyebut "Allah". Apabila datang di Hari Qiamat aku menyebut "Allah" . Sewaktu aku mengambil suratan amalan aku menyebut "Allah". Sewaktu perhitungan amalan aku menyebut "Allah". Ketika melintasi titian aku menyebut "Allah". Apabila masuk ke Syurga aku menyebut "Allah" hingga apabila melihat Allah aku juga menyebut "Allah".
[Tafsir Mafatih Al-Ghaib]
(4) Imam Ummah, Qadhi, Mufassir, Muhaddith Shaikh Thana-Ullah Uthmani:
Ketika mentafsirkan Firman Allah : " وَٱذۡكُرِ ٱسۡمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلۡ إِلَيۡهِ تَبۡتِيلاً۬ "
"Zikirlah akan nama Tuhanmu dan renunglah kepada-Nya dengan sungguh-sungguh renungan (muraqabah)"
[Al-Muzammil (73) : ayat 8] beliau berkata :
"Ketahuilah ayat ini memerintahkan berulang-ulang menyebut nama Tuhan Yang Maha Agung (ismuz-Zat — nama bagi Zat) iaitu zikir Allah, Allah"
[Tafsir Mazhari]
SIRI 71
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 7: Wahyu Pertama Iqra' dan Hubungannya dengan Syari'at dan Toriqat (Tasawwuf)
sambungan...
Kenyataan 5:
Wahyu Pertama dan Zikir Allah Allah Allah
Sambungan...
(5) Imam Nawawi Radhiallahu Anhu:
"Perlu diketahui bahawa pada riwayat-riwayat tersebut (Hadith zikir Allah Allah) terdapat kesepakatan pengulangan lafaz Allah pada dua riwayat tersebut. Demikianlah dicatat di dalam seluruh kitab-kitab sahih.
[Syarah Imam Nawawi]
(6) Imam Ghazali Radhiallahu Anhu:
"Seseorang yang ingin berzikir hendaklah duduk pada suatu tempat yang sunyi, menutup segala pancaindera zahir, mencelikkan mata hati, pendengaran hati dan dengan itu menjadikan hatinya sebagai wadah untuk menerima alam malakut. Dalam pada itu hendaklah sentiasa menyebut Allah Allah Allah berterusan dengan hati bukan dengan lidah"
[Kimiya As-Sa'adah]
(7) Imam Asy-Sya'rani Radhiallahu Anhu:
"Kami telah menerima bai'at daripada Guru kami supaya berzikir menyebut lafaz "Allah Allah" sebanyak 24,000 kali sehari semalam"
[Uhud As-Sughra]
(8) Imam Ibn Hajar Al-Haythami Radhiallahu Anhu:
Beliau adalah Mufassir, Muhaddith, Imam besar Mazhab Syafi'e. Mujaddid kurun ke-10 Hijriyyah,
Kata beliau:
"Amalan tersebut (zikir La-Ilaha Illallah ) perlu berterusan sehingga kesan zikir menjiwai dirinya dan pada ketika itu lebih utama bagi salik zikir "Allah Allah"
[Miftah Al Falah]
(9) Imam Ahmad Ibn Muhammad Ibn Atha’illah As-Sakandar Ibn Atha illah Radhiallahu Anhu:
Beliau adalah Pengarang kitab Hikam dan Guru Besar Syaziliyah berkata:
"Hendaklah kamu berzikir ismuz-Zat Allah Allah Allah atau hu, hu, hu di dalam hati tanpa menyebut di lidah."
[Miftah Al Falah]
(10) Berkata Muhaddith Ummah, Shaikh Zakariyya Kandahlawi Radhiallahu Anhu:
"Kaedah zikir ismuz-Zat (Zikir Allah Allah) adalah mengingat Allah dengan matlamat tiada lain di dalamnya melainkan Allah sebagai maqsudnya, yang ditujui dan dicintai. Dengan bentuk ini, ianya merupakan subjek yang tersembunyi di dalamnya predikat, yang mana menepati secara sempurna akan syarat-syarat nahwu. (tatabahasa Arab). Bahkan ianya menepati secara sempurna Kalimat Al-Qur'an : قُلِ ٱللَّهُ ثُمَّ ذَرۡهُمۡ فِى خَوۡضِہِمۡ يَلۡعَبُونَ
"Katalah "Allah" dan tinggalkan mereka di tempat main-main mereka itu", [Al-An'am (6) : ayat 91] — di dalam Kalimat ini terdapat subjek yang mengandungi prediket yang tersembunyi di dalamnya.
[Himpunan Surat-surat Muhaddith Maulana Zakariyya Kandahlawi]
SIRI 72
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 7: Wahyu Pertama Iqra' dan Hubungannya dengan Syari'at dan Toriqat (Tasawwuf)
sambungan...
Kenyataan 5:
Wahyu Pertama dan Zikir Allah Allah Allah
Sambungan...
Dalil 17: Dalil Terbesar: Warisan Silsilah Rasulullah ﷺ di tangan Mursyid (Ahli Ma'rifat) zaman ini:
Sesungguhnya ini adalah Hujjah teragung untuk menunjukkan kebenaran Toriqat pertama yang diwahyukan kepada Rasulullah ﷺ dan amalan Zikir Allah Allah atau Zikir mengingat Allah berterusan di dalam hati, seperti huraian terdahulu. Maksudnya adalah: Sekalian Mursyid yang Siddiq (benar) yang wujud pada zaman ini yang mewarisi Ilmu dan Keruhanian Rasulullah ﷺ menjadi hujjah yang tiada tolok bandingnya kerana mereka adalah " Hadith " yang hidup.
Diri mereka sendiri(Mursyid yang Siddiq pada zaman ini) adalah menjadi bukti kukuh akan Warisan Rasulullah ﷺ yang dipindahkan dari generasi kepada generasi berikutnya dengan penuh rahsia, tertib dan beradab mulai dari Sahabat Baginda kemudian Mursyid seterusnya yang menyambung wasilah sampai ke saat ini. Khabar dari mereka (iaitu mengambil ilmu warisan Rasulullah ﷺ daripada mereka) adalah menempati khabar yang mutawatir iaitu khabar yang sahih lagi marfu' yang tidak mungkin ada kecelaan atau kecacatan dan tidak mungkin mereka berpakat untuk berdusta.
Maksudnya dilihat dari pandangan atas, khabar ini ( amal Zikir Allah Allah) ini seolah-olah diambil terus dari lisan Rasulullah ﷺ disebabkan wujudnya rantaian pengambilan dan penerimaan ijazah amal dari generasi Sahabat, kemudian Generasi Mursyid yang Siddiq (benar) — turun-temurun sampai ke saat ini tanpa putus. (disebut Silsilah Rasulullah ﷺ )
Semua Mursyid yang Siddiq (benar) yang wujud pada zaman ini mempunyai Silsilah Warisan Ilmu Rasulullah ﷺ iaitu mereka mewarisinya daripada Guru mereka yang juga Mursyid yang Siddiq (benar) dan mereka juga mengambil warisan tersebut daripada Guru mereka yang Mursyid — begitu bersambung ke atas sehingga menerima warisan dari Sayyidina Abu Bakr, atau Sayyidina Ali, atau Sayyidina Umar atau Sayyidina Uthman, Ridhwanullah — yang mereka mewarisinya dari Junjungan Besar Sayyidina Wa Maulana Muhammad ﷺ.
Di seluruh dunia pada saat ini wujud Mursyid-Mursyid Naqsyabandiah (Ingat semula : Nama "Naqsyabandiah" adalah nama yang terbit pada zaman kemudiannya bagi Toriqat yang pertama diwahyukan) yang mengamalkan Zikir Allah Allah di dalam hati (iaitu zikir ingat Allah berterusan di dalam hati) dan mereka mengajarkan kepada ummat akan zikir ini — wujud di seluruh dunia, di Barat dan Timur — dari benua Amerika di Barat sehingga ke Negeri Cina dan Jepun terdapat Mursyid-Mursyid yang mewarisi dan amalkan Toriqat Rasulullah ﷺ yang pertama ini, dengan Prinsip-Prinsip ASAS yang sama, kaifiyyat (asas) yang sama, dengan adab-adab yang sama dan dengan matlamat yang sama.
Sesungguhnya ini adalah rencana rapi Ilahi yang Maha Agung, rencana yang tidak dapat dipintas oleh mana-mana kuasa dunia atau kerajaan dunia. Ianya merupakan suatu Pancaran Keabadian Alam Alwiyyah yang akan bertahan sampai Qiamat...!
SIRI 73
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 7: Wahyu Pertama Iqra' dan Hubungannya dengan Syari'at dan Toriqat (Tasawwuf)
sambungan...
Kenyataan 5:
Wahyu Pertama dan Zikir Allah Allah Allah
Sambungan...
Rumusan : Wahyu Pertama (Iqra' ) dan Zikir Allah Allah:
Rumusan 1:
Rasulullah ﷺ mendidik para Sahabat dengan Kalimat Suci ini — "Zikir Allah Allah di dalam hati " atau kita katakan "Berzikir mengingat Allah berterusan di dalam hati tanpa henti-hentinya" (menurut kaifiyyat, peraturan dan adab-adab tertentu), sehingga hati mereka menjadi suci bersih dari sekalian syirik atau kekejian atau kelalaian.
Rumusan 2:
Apabila jiwa telah suci bersih dari kekotoran _ma'nawiyyah_, maka terpancarlah cahaya Ketuhanan di dalamnya. Jiwa dan jasad mereka dikuasai dan diliputi oleh Cahaya Zikrullah dan Cahaya Tauhid yang suci murni. Jiwa mereka sentiasa karam di dalam ingatan kepada Allah. Pandangan, pendengaran, perasaan semuanya lebur di dalam Bahr Ahadiyyah (Lautan Keesaan). Bahkan mereka sentiasa muwajihah (menghadap wajah) kepada Allah Ta'ala. Iaitu mereka sampai kepada Maqam Qurbah, Mardhiyah, Mahabbah sehingga tiada lagi hijab antara mereka dengan Allah Ta'ala (Maqam Ma'rifat yang tinggi, Tauhid yang suci murni )
Rumusan 3:
Inilah tarbiyyah (didikan) yang dilakukan oleh Rasulullah ﷺ terhadap para Sahabat Ridhwanullah sebagai persediaan kembali kepada Allah, iaitu kembali (ruh) kepada Allah sebelum jasad kembali kepada Allah dengan berakhirnya kehidupan dunia dengan kematian. Mereka telah "mati" sebelum mati, maka jadilah kehidupan dunia ini hanya tempat persinggahan yang TIDAK menggugat keimanan mereka. Apabila diturunkan perintah Solat, Puasa, Zakat dan lain-lain semua itu disambut oleh para Sahabat dengan wajah gembira dan menyempurnakannya dengan ruh kelazatan. Inilah sebenar jiwa Ma'rifat, jiwa yang telah musyahadah akan Wajah Allah, jiwa yang terbentuk dengan didikan Zikrullah — zikirkan nama Allah terus-menerus di dalam hati atau ingat Allah terus-menerus di dalam hati..!
SIRI 74
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 7: Wahyu Pertama Iqra' dan Hubungannya dengan Syari'at dan Toriqat (Tasawwuf)
sambungan...
Kenyataan 5:
Wahyu Pertama dan Zikir Allah Allah Allah
Sambungan...
Rumusan 4:
Apabila mereka mendirikan solat, jiwa mereka terus-menerus berzikir ingat Allah dan _musyahadah_ kepada Allah — maka jadilah solat mereka ikhlas sebenar ikhlas yang suci dan khusyu’ sepanjang solat mereka.
Apabila mereka berpuasa, jiwa mereka terus-menerus berzikir ingat Allah dan musyahadah kepada Allah — maka jadilah puasa mereka ikhlas sebenar ikhlas yang suci dan tunduk khusyu’ sekalian anggota. (bukan semata-mata jaga perut)
Apabila mereka tilawah Al-Qur'an, hati mereka tidak lalai. Jiwa mereka terus-menerus berzikir ingat Allah dan musyahadah kepada Allah — maka jadilah bacaan itu suci ikhlas semata-mata kerana Allah dan bercahaya-cahaya bacaannya.
Apabila mereka berda'wah, berjihad, jiwa mereka terus-menerus berzikir ingat Allah dan musyahadah kepada Allah — maka jadilah jihad mereka ikhlas sebenar ikhlas yang suci dan tunduk khusyu’ semata-mata kepada Allah. Mereka telah serahkan jiwa mereka kepada Allah.
Apabila mereka bermuamalah, bergaul ke dalam masyarakat, nikah kahwin, makan minum dan lain-lain jiwa mereka terus-menerus berzikir ingat Allah dan musyahadah kepada Allah — maka jadilah setiap perbuatan dan perkataan mereka memperoleh ke-Redhaan Allah, tiada yang sia-sia walau sedikit pun.
Apabila diberi amanah memerintah negara atau wilayah atau daerah... mereka sempurnakan amanah tanpa mengambil walau satu sen dari hak rakyat.
Apabila datang perintah Jihad, mereka berlumba-lumba untuk mati syahid.
Rumusan 5:
Dalil-dalil Al-Qur'an, Hadith dan Fatwa Ulama lebih dari cukup sebagai bukti-bukti kukuh menguatkan hujjah "Zikir Allah Allah Allah di dalam hati" sebagaimana Perintah Zikir yang terkadung di dalam Wahyu pertama : [ ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ ]
Rumusan 6:
Sebagaimana kita sebut awal-awal tadi, inilah Toriqat Pertama yang diwahyukan kepada Rasulullah ﷺ untuk diamalkan oleh Baginda dan para Sahabat. Iaitu Toriqat yang di dalamnya diperintah amalkan Zikir Allah Allah berterusan di dalam hati atau di dalam perkataan lain "Ingat Allah berterusan tanpa henti siang dan malam.
Rumusan 7:
Menurut keterangan Al-Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu anhu, Toriqat pertama ini dikenali sebagai Toriqat Ilahiyyah Muhammaddiyyah. Pada zaman kemudiannya ia kenal sebagai Toriqat Siddiqiyyah (nisbah kepada Sayyidina Abu Bakar Radhiallahu anhu), kemudian dinamakan Jaafariyyah (nisbah kepada Imam Jaafar Siddiq Radhiallahu anhu), kemudian dinamakan Taifuriyyah (Imam Abu Yazid Bustami Radhiallahu anhu), Junaidiyyah (Shaikh Junaid Al-Baghdadi Radhiallahu nahu), Ghazaliyyah (Imam Ghazali Radhiallahu anhu) dan akhir sekali Naqsyabandiah (nisbah kepada Imam Baha 'Uddin Shah Nqsyabandiah. Sehinggalah ke saat ini dipegang teguh oleh sekalian Mursyid Naqsyabandiah. Dan ianya tetap akan bertahan sampai Qiamat.
SIRI 75
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 7: Wahyu Pertama Iqra' dan Hubungannya dengan Syari'at dan Toriqat (Tasawwuf)
sambungan...
Kenyataan 6:
Wahyu Pertama Iqra' dan Ma'rifat
Definisi Ma'rifat (مَعْرِفَة ):
Dari segi bahasa:
Perkataan Ma'rifat ( مَعْرِفَة ) berasal dari kata ( عَرَفَ - يَعْرِفُ ) bermaksud:
pengetahuan, pengenalan, pelajaran, keakraban, kearifan, mengetahui, mengenal, menyadari, kenal, tahu dengan yaqin.
Dari segi istilah:
Ma'rifat ( مَعْرِفَة ) adalah Ilmu mengenal Allah (Ilmu Tauhid peringkat tinggi) dengan yaqin yang jazam (yaqin yang putus, tanpa sedikit pun keraguan) dari dalam qalb (hati), ruh(roh), sirr (rahsia yang sangat dalam), serta Ubudiyyah (pengabdian diri) kepada Allah, setelah hatinya disucilkan daripada Syirik khafi (syirik tersembunyi di dalam hati), mazmumah (kekejian hati), ghaflah (kelalaian) dan aghyar (segala sesuatu selain Allah) sehingga bercahaya-cahaya hatinya dengan Nur Rabbaniyyah (Cahaya Ketuhanan).
Penjelasan:
Penjelasan berikut amat penting bagi memahami istilah Ma'rifat. Sila tumpukan perhatian untuk mengelakkan kekeliruan atau tertipu dengan maklumat-maklumat batil dan sesat.
Penjelasan 1: Ma'rifat adalah Tauhid haqiqi, Sejati, Suci murni
Ma'rifat adalah pada haqiqatnya Tauhid dan Ubudiyyah yang suci murni tanpa disertai sebarang syirik khafi (syirik tersembunyi), mazmumah (sifat keji), ghaflah (kelalaian), aghyar (setiap suatu selain Allah) di dalamnya.
Ini bermaksud, dari sudut pemahaman yang mudah dan ringan;
Ma'rifat pada haqiqatnya adalah Tauhid — Tauhid haqiqi, Tauhid Suci murni, Tauhid sejati —mengenal dan mengesakan Allah dari dalam hatinya, iaitu penghayatan Qalb (hati), ruh (roh), sirriyah (rahsia yang sangat dalam) mengikut darjat pencapaian masing-masing.
Penjelasan 2: Tiga kunci penting
Tiga makna haqiqat ini penting bagi memahami definisi ini, iaitu:
(1) Mengenal Allah dengan Qalb (hati), ruh (roh), sirriyah (rahsia yang sangat dalam) dengan yaqin yang jazam (tiada keraguan sedikit pun).
(2) Ubudiyyah (pengabdian diri) tulus ikhlas tanpa syirik (syirik khafi) sedikit pun di dalamnya.
(3) Proses mencapainya (Ma'rifat) dengan cara mujahadah (bersungguh-sungguh) menempuh sendiri perjalanannya melalui Sistem Tarbiyyah yang khusus dengan pimpinan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar).
Penjelasan 3: Dua tingkatan Tauhid
Menurut keterangan Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:
Tauhid terbahagi dua:
1. Tauhid atau Iman orang awam
2. Tauhid atau Iman Arifin @ Ahli Ma'rifat
Imam Ghazali Radhiallahu Anhu membahagikan orang beriman kepada 3 tingkatan. Tetapi apabila dihalusi dua tingkatan jua seperti keterangan Imam Jilani Radhiallahu anhu, kerana Tingkatan Iman Mutakallimin (ahli Ilmu Kalam) sama jua dengan Iman orang awam yang diliputi dengan waham, syak, zonn. (akan datang keterangan lanjut)
1. Tauhid atau Iman orang awam
2. Tauhid atau Iman Mutakallimin (Ilmu Kalam)
3. Tauhid atau Iman Arifin @ Ahli Ma'rifat
■■■■■■■■■■■■■■■■■
KEWAJIPAN AMAL
SYARI'AT DAN TORIQAT
RASULULLAH ﷺ
(Siri 76)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 7: Wahyu Pertama Iqra' dan Hubungannya dengan Syari'at dan Toriqat (Tasawwuf)
sambungan...
Kenyataan 6:
Wahyu Pertama Iqra' dan Ma'rifat
sambungan....
Penjelasan 4: Huraian ringkas dua tingkatan Tauhid
Iman Awam
Ini adalah tingkatan seseorang beriman pada Allah berdasarkan bukti keterangan @ dalil aqli (bukti terlihat pada alam) dan dalil naqli (dalil-dalil Al Qur'an, Hadith dan Ulama)
Dia percaya wujud Allah berdasarkan dalil-dalil Al Qur'an atau Hadith yang menyebut Wujud Allah. Atau dia yaqin berdasarkan bukti-bukti pemikiran aqal.
Iman Mutakallimin (Ahli Ilmu Kalam)
Ini adalah orang-orang yang beriman kepada Allah sama seperti kumpulan orang awam; iaitu berdasarkan bukti keterangan dan dalil-dalil juga. Tetapi mereka memerah pemikiran untuk mencari keyakinan berdasarkan dalil-dalil tersebut. Mereka memperdebatkan dalil-dalil tersebut untuk mencari keyakinan.
Menurut Imam Ghazali, golongan Mutakallimun ini tiada jauh bezanya dengan golongan Iman orang awam di atas kerana mereka semata-mata menggunakan daya fikir untuk mendapat keyakinan. Sedangkan aqal pemikiran terbatas kemampuannya untuk menjangkau ke alam Ghaib. Allah Ta'ala bersifat ghaib. Maka yang mengenal Allah adalah dengan suatu yang bersifat ghaib juga, iaitu hati.
Tauhid atau Iman Arif Billah
Tauhid atau Iman Ahli Ma'rifat adalah beriman kepada Allah dari penglihatan hati yang disucikan daripada sekalian aghyar (segala sesuatu selain Allah) bukan lagi semata-mata berdasarkan dalil-dalil atau hujjah-hujjah aqal tetapi dari penglihatan hati yang terbuka pandangannya kepada Allah.
Ini adalah tingkatan Iman yang tertinggi. Kemuncak Tauhid, kemuncak Maqam Ma’rifat Ketuhanan, kemuncak MengEsakan Allah Ta'ala dengan penyaksian kepada Tuhan Rabbul Jalil di Arasy-Nya Yang Maha Agung. Penyaksian ini kepada Hadratul Quddus (Hadrat Tuhan Yang Maha Suci) tanpa hijab apa pun. Sekalian tabir cahaya yang menghijabkannya telah terangkat, maka ruh hamba menyaksikan Zat Allah tanpa kaifiyyat (cara) dan tanpa asbab (sebab-sebab) dan tanpa burhan (keterangan dalil) apa pun, hanyasanya ia suatu penyaksian mutlak akan Zat Allah Yang "Laisa Kamithlihi Syai'un" (Tiada umpama sesuatu seperti-Nya).
Ertinya pertemuan itu suatu sangat Quddus (sucI), penuh Sirr (rahsia yang sangat rahsia), tersangat indah yang di luar dari bahasa kemanusiaan. Tiada lukisan dapat menggambarkannya , tiada lafaz dapat mengungkapnya, tiada aqal dapat memikirkannya… ia semata-mata “perhimpunan” antara kekasih (insan) dengan yang dikasihi (Tuhan Rabbul Jalil) yang dilimpahi kelazatan melebihi segala kelazatan yang dicipta oleh Allah di dunia…!
Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:
“Hal ini hanya dapat difahami oleh siapa yang sudah di-Anugerahi kefahaman oleh Allah hasil kesucian ruhaniyyahnya sempurna di dalam batinnya. Bagi orang yang terhijab (terhalang dari melihat) daripada rahsia-rahsia Ketuhanan ini, dia akan tinggal jahil selama tidak terarah kepada mensucikan kebatinannya.
[Sirrul Asrar]
Kata Imam Jilani lagi;
“Apabila matlamat tersebut dicapai dengan perasaan berdampingan dengan Allah, maka minda keduniaannya akan tunduk kepada perasaan yang timbul dari pencapaian matlamat tersebut. Maka hatinya akan merasa ta’jub (kehairanan), lidahnya kelu. Dia tiada upaya menceritakan keadaan ini kepada orang lain kerana Allah tidak serupa dengan segala sesuatu dan tiada dapat diibaratkan atau diumpamakan dengan sesuatu apa pun. Dia (Tuhan Rabbul Jalil) tidak ada sama-Nya; sesuai dengan apa yang di-Firmankan oleh-Nya di dalam Al-Qur’an : لَيْسَ كَمِثْلِهِۦ شَىْءٌ
“Tiada umpama sesuatu seperti-Nya”
[Sirrul Asrar]
SIRI 77
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 7: Wahyu Pertama Iqra' dan Hubungannya dengan Syari'at dan Toriqat (Tasawwuf)
sambungan...
Kenyataan 6:
Wahyu Pertama Iqra' dan Ma'rifat
sambungan....
Penjelasan 5: Dalil Ma'rifat secara ringkas
Firman Allah:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
“Dan tidaklah Aku ciptakan Jin dan Manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku”
[Adz-Dzaariyaat (51) : Ayat 56]
Kata Ibnu Abbas Radhiallahu Anhu:
"Yang dikehendaki dengan Kalam Allah "يَعْبُدُون " (Ya'budun) pada ayat di atas adalah sebenarnya " يعرفون " (ya'rifun) iaitu Mengenal Allah (di dalam Pengertian mendalam disebut Ma'rifat).
[Tafsir Ibnu Abbas]
Sekalian Ulama Arif Billah sepakat dengan pengertian ini.
Maka maksud Perintah Allah di atas adalah:
"Tidaklah Allah Ta'ala ciptakan jinn dan manusia melainkan untuk mengenal Allah, Ma'rifat dengan sebenar kenal dan kemudian melakukan Ubudiyyah — ketaatan kepada Allah dan beribadah kepada-Nya dengan tulus ikhlas.
Ungkapan Ubudiyyah itu pada hakikatnya adalah "Perhambaan" dan bukan semata-mata ibadah. Pengertian "ibadah" membawa maksud umum kerana pekerjaan "ibadah" dikerjakan juga oleh manusia lain yang menganut agama lain, atau tegasnya orang kafir dan Musyrik. Berbeza dengan Ubudiyyah, ia membawa pengertian yang amat suci dan mulia — penyerahan diri sebagai hamba yang faqir di hadapan Allah.
Oleh yang demikian pengertian "Ma'rifat" (Mengenal Allah dengan sebenar kenal) dan "Ubudiyyah" (Perhambaan sempurna) itulah sebenarnya yang dikehendaki oleh Allah Ta'ala ke atas manusia, (tujuan penciptaan manusia).
Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu menjelaskan darihal ayat ini:
"Ada dua macam ilmu yang diturunkan kepada kita.
Pertama Ilmu Zahir, disebut Syari'at.
Kedua Ilmu Batin, disebut Ma'rifat.
Syari'at untuk jasad kita dan Ma'rifat (yang terbit dari Toriqat) adalah untuk batin. Kedua -duanya WAJIB dipadu dan dari perpaduannya membuahkan haqiqat. Seperti halnya pohon dan daunnya yang menghasilkan buah. Sebagaimana Firman-Nya di dalam Surah Ar Rahman : ayat 19 ( مَرَجَ ٱلۡبَحۡرَيۡنِ يَلۡتَقِيَانِ )
Dengan ilmu zahir sahaja, manusia tidak akan mencapai Haqiqat dan tidak akan sampai kepada Matlamat Ubudiyyah. Ubudiyyah yang benar dan sempurna hanya akan wujud oleh perpaduan antara ilmu zahir (Syari'at Rasulullah ﷺ) dan ilmu batin (Toriqat Rasulullah ﷺ). Dengan ini dapat menyempurnakan tuntutan Ma'rifat dan Ubudiyyah sebagaimana Firman Allah "وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ".
[Tamat Nukilan dari Kitab Sirrul Asrar]
SIRI 78
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 7: Wahyu Pertama Iqra' dan Hubungannya dengan Syari'at dan Toriqat (Tasawwuf)
sambungan...
Kenyataan 6:
Wahyu Pertama Iqra' dan Ma'rifat
sambungan....
Penjelasan 6: Dalil-Dalil Lain Ma'rifat
Sebagaimana dijelaskan Ma'rifat adalah pada haqiqatnya "Tauhid peringkat tinggi" yang merupakan curahan Ilmu Allah ke dalam dada hamba-hamba-Nya yang benar-benar beriman dan yang mujahadah sungguh-sungguh pada Jalan Ma'rifat dengan pimpinan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.
Firman Allah:
وَعَلَّمۡنَـٰهُ مِن لَّدُنَّا عِلۡمً۬ا
"....dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami."
[Al-Kahfi (18 ) : Ayat 65]
Firman Allah:
وَاتَّقُواْ اللَّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللَّهُ
"Bertaqwalah kepada Allah, nescaya Allah akan Mengajar kamu.”
[Al-Baqarah(2) : Ayat 282]
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Takutilah firasat orang mu' min kerana mereka melihat dari Cahaya Allah.”
[Imam Tirmizi]
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Barang siapa yang beramal dengan ilmu yang dia tahu, Allah akan pusakakan padanya ilmu yang dia tidak tahu.”
[Imam Abu Nuaim]
Sebagaimana kami sebut berulangkali sebelum ini, Ma'rifat (Tauhid seperti ini) dicapai dengan mematuhi Disiplin Ilmu Toriqat dan mematuhi hukum Syari'at dengan pimpinan Guru yang arif — Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar). Perkara ini telah disentuh sepintas lalu di beberapa bahagian Risalah sebelum ini. Di sini kita mengkhususkan kaitannya dengan Wahyu Pertama "Iqra' ".
Fahamilah dengan penjelasan ringkas ini bahawa berusaha sungguh-sungguh mencapai Ma'rifat, iaitu mencapai Tauhid suci murni, mencapai Tauhid Penghayatan Hati dan Ruh, Mengenal Allah dengan sebenar kenal dari dalam hati dan ruh adalah WAJIB — Fardhu Ain atas setiap orang yang benar-benar beriman.
Adapun pengajian sifat 20 di dalam Usuluddin adalah permulaan mengenal Allah pada pemahaman aqal. Ia bukan kesudahan pencapaian Tauhid. Ini kerana pemahaman Tauhid pada aqal tidak sunyi dari waham, syak dan zonn. Setiap amal ibadahnya tidak akan sunyi dari kemasukan Syirik tersembunyi — 'ujub, riya', sum'ah, takabbur dan pergantungan hati kepada makhluq.
Seseorang wajib menempuh perjalanannya kepada Allah melalui Jalan Ma'rifat dengan Pimpinan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) untuk sucikan hatinya dari sekalian Syirik khafi (syirik tersembunyi), mazmumah (kecelaan hati), ghaflah dan aghyar (segala sesuatu selain Allah) dan seterusnya mencapai Tauhid haqiqi, Tauhid Sejati, Tauhid suci murni.
Berkata Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu:
"Dengan ilmu zahir sahaja, manusia tidak akan mencapai Haqiqat dan tidak akan sampai kepada Matlamat Ubudiyyah. Ubudiyyah yang benar dan sempurna hanya akan wujud oleh perpaduan antara ilmu zahir (Syari'at Rasulullah ﷺ) dan ilmu batin (Toriqat Rasulullah ﷺ). Dengan ini dapat menyempurnakan tuntutan Ma'rifat dan Ubudiyyah sebagaimana Firman Allah "وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ".
[Tamat Nukilan dari Kitab Sirrul Asrar]
■■■■■■■■■■■■■■■■■
KEWAJIPAN AMAL
SYARI'AT DAN TORIQAT
RASULULLAH ﷺ
(Siri 79)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 7: Wahyu Pertama Iqra' dan Hubungannya dengan Syari'at dan Toriqat (Tasawwuf)
sambungan...
Kenyataan 6:
Wahyu Pertama Iqra' dan Ma'rifat
sambungan....
Penjelasan 7: Dua golongan orang beriman ketika hayat Rasulullah ﷺ
Ketika hayat Rasulullah ﷺ terdapat dua macam golongan manusia yang bai'at dengan Baginda yang benar Iman mereka tetapi berbeza pada Tingkatan Iman, Tauhid, Ma'rifat mereka.
Golongan Pertama:
Sahabat ( Khalifah, Pewaris Nabi ) — yang telah meresap Imannya ke dalam hati atau teguh Tauhid atau Ma'rifat.
Mereka adalah insan yang benar-benar beriman kepada Baginda serta sungguh-sungguh berjuang bersama Baginda sampai mati. Sekalian harta mereka, dinar dan dirham bahkan jiwa mereka semuanya mereka korbankan untuk Allah dan Rasul-Nya. Dalam hati mereka tiada lain hanya Allah. Setiap urat nadi dan nafas mereka hanya Allah. Mereka mendapat kedudukan di Sisi Allah sebagai Kekasih Allah disebabkan Keimanan, Ma'rifat dan Taqwa mereka yang amat tinggi.
Firman Allah:
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ذَٰلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ
"Allah Redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut (Taqwa) kepada Tuhannya.”
[Al Bayyinah (98) : Ayat 8]
Golongan Kedua:
Orang Islam awam — yang beriman pada lafaznya tetapi Imannya belum meresap ke dalam hatinya.
Mereka adalah orang-orang Islam yang berbai'at kepada Nabi juga tetapi belum teguh Imannya dalam hati. ... ertinya cahaya Iman belum meresap ke dalam hati. Dalil yang mengesahkan hal ini adalah Kalam Allah Yang Maha Agung:
Firman Allah:
۞ قَالَتِ الْأَعْرَابُ آمَنَّا قُلْ لَمْ تُؤْمِنُوا وَلَٰكِنْ قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمَانُ فِي قُلُوبِكُمْ وَإِنْ تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَا يَلِتْكُمْ مِنْ أَعْمَالِكُمْ شَيْئًا إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Orang-orang "A`raab" (yang dimaksud adalah orang Badwi ) berkata: Kami telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad): Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian, tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu) berkatalah sahaja: Kami telah Islam dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[Al-Hujurat (49) : Ayat 14]
Ini bermakna manusia yang berbai'at kepada Nabi TIDAK semuanya sama hal keadaan Hati dan Imannya, TIDAKlah semuanya menjadi Sahabat Nabi, TIDAKlah semuanya mencapai Ma'rifat yang tinggi... melainkan ada yang mencapai Ma'rifat Keimanan dan Taqwa yang tinggi (dan ini yang tergolong ke dalam Sahabat Nabi) dan ada yang lemah Imannya atau di dalam perkataan lain Iman belum benar-benar meresap ke dalam jiwa mereka. (mereka ini yang dikenali sebagai Orang Awam, Imannya iman orang Awam)
Ketahuilah....
Kedua-dua golongan beriman yang wujud pada Zaman Rasulullah ﷺ itu memiliki Ma'rifat, Keimanan, Taqwa yang jauh beza, tetap wujud pada zaman kemudiannya sampailah ke zaman ini. Ini bermakna sekalian huraian Masyaikh kita berhubung dengan Tingkatan Iman atau Tauhid Orang Khawas, orang Salikin dan orang Awam BUKAN rekaan tetapi benar-benar berdasarkan Fakta Warisan Rasul.
Pertama : Ahli Ma'rifat berserta pengikut-pengkut mereka yang setia berpegang teguh dengan Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ — disebut Jalan Ma'rifat Ilahiyyah.
Kedua : Orang Islam awam yang hanya amalkan Syari'at semata-mata dan abaikan Toriqat Rasulullah ﷺ — Mereka adalah orang Islam awam. Termasuk di dalam golongan awam ini adalah sekalian cerdik pandai Agama bergelar PhD, Drs, Profesor, Kiyai dan lain-lain tetapi mereka hanya berpegang pada Syari'at sedangkan mereka abaikan Toriqat.
SIRI 80
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 8: Syarat Toriqat Mu'tabar Ahlus Sunnah
Berikut adalah Syarat-syarat yang mesti ada pada sesebuah Toriqat yang Sahih yang benar sampai kepada Junjungan Rasulullah ﷺ.
(1)Pemimpinnya Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)
Setiap Jamaah Ahli Ma'rifat wajib mempunyai Pemimpin keruhanian, Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) yang memiliki sifat-sifat yang layak sebagai Mursyid seperti yang telah ditentukan oleh Ulama Mu'tabar. (10 syarat Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq)
Jika dia khalifah sahaja (belum layak ke maqam Mursyid) yang diamanahkan memimpin, maka wajib juga memiliki syarat-syarat minima sebagai seorang pemimpin yang layak di bidang keruhanian.
(2) Mempunyai Manhaj Tarbiyyah (silibus pendidikan) dan Sistem Tarbiyyah yang jelas
Setiap Jemaah Ahli Ma'rifat Mempunyai Manhaj Tarbiyyah (silibus pendidikan) dan Sistem Tarbiyyah (peraturan, syarat, adab dan kaifiyyat) yang jelas menepati Al Qur'an, Sunnah dan Ijma' Ulama Ahlus Sunnah Mu'tabar, sebagaimana ditentukan oleh Masyaikh terdahulu.
Ini bermaksud, secara garis kasarnya, sistem pendidikan dan silibusnya tidak boleh lari dari sistem yang telah ditunjuk dan ditentukan oleh Ulama Mu'tabar. Teknik atau kaedah atau cara pendekatan boleh jadi berbeza, ini tiada halangan kerana guru yang Arif lebih mengetahui kesesuaian pemakaian sesuatu adab atau peraturan yang beliau terima dari Petunjuk Allah.
Di antara silibus penting Tarbiyyah Jamaah Toriqah adalah:
1. Zikrullah fardiyyah (sendiri)
2. Solawat atas Nabi
3. Baca Qur'an
4. Tawajjuh (zikir berjamaah)
5. Latihan tazkiyyah nafs umum
6. Suluk (khilwah)
7. Yang lain-lain yang termaktub dari warisan Gurunya.
(3) Mematuhi Prinsip Asas, Peraturan, Syarat, Adab
Mematuhi semua prinsip asas, peraturan, syarat dan adab Toriqat yang telah ditetapkan oleh Ulama Mu'tabar terdahulu seperti Imam Jilani, Imam Ghazali, Imam Junaid Baghdadi, Imam Rifai, Imam Sazili, Imam Haddad, Imam Ibn Arabiy, Imam Ahmad Kamashkhanawi, Imam Sayuthi, Imam Haithami dan lain-lain.
(4) Matlamat mencari Redha Allah
Mempunyai matlamat yang jelas iaitu matlamat seluruh perjalanan ini adalah membawa manusia kepada Allah, mengenal Allah, ubudiyyah setulus hati, taqarrub untuk memperoleh redha dan kasih-Nya.
Ini yang terkandung di dalam cogankata murid pada Toriqah Ahli Sufi:
"Ilahi anta Maqsudi wa Ridhaka Matlubi"
(Ya Allah Engkaulah maksud ku dan Keredhaan Engkau yang aku tuntut)
Sebelum Bai'at dengan Mursyid pastikan beliau menepati syarat-syarat sebagai Mursyid yang Siddiq (benar) dengan melihat syaratnya dan tanda-tanda yang terlihat padanya.
(5) Jauhi segala bentuk Ilmu kebatinan sesat
Jemaah Toriqat (Jemaah Ahli Ma'rifat) tiada kena mengena dengan ilmu silat, ilmu kebatinan sesat, ilmu hakikat palsu, ilmu silat batin, reiki, budisuci, kundalini, cakra dan yang lain-lain berlawanan dengan syari'at.
(6) Jauhi bersekutu dengan semua jinn syaitan
Jemaah Ahli Ma'rifat adalah Jemaah suci murni, jauh dari segala bentuk sekutu, menyeru jinn syaitan dalam apa jua amalan.
(7) Tidak mencari-cari Karomah Hissiyyah
Jemaah Ahli Ma'rifat jauhi sama sekali segala niat mencari _karomah hissiyah._ (karomah berupa perkara mencarik adat, menembusi hukum alam dan sebagainya) atau memperoleh kekuatan atau bercita-cita menjadi wali Allah dan niat lain yang menyimpang dari syari'at.
Bersambung siri 81 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
____________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment