■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
ZIKIR ALLAH ALLAH (INGAT ALLAH TERUS-MENERUS DI DALAM HATI)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah
Al-Kholidiyah
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اَلْحَمْدُلِلّهِ الَّذِيْ أَنْعَمَنَا بِنِعْمَةِ اْلإِيْمَانِ وَالْمَعْرِفَة
وَالْاِسْتِقاَمَةَ عَلَى الشَّرِيْعَةِ وَالطَّرِيْقَةِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اَللّه عَلَيهِ وَسَلَّم
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أَغْلَقَ الْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ اَلنَّاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ الْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمَسْتَقِيْمِ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمٌَ
SIRI 1 :
1.0 Muqaddimah
2.0 Fakta Zikrullah — Zikir Allah Allah
3.0 Definisi / Pengertian Sebenar Zikir Allah Allah
4.0 Dalil Al-Qur'an Memerintah Zikir Allah Allah
5.0 Dalil Hadith Memerintah Zikir Allah Allah
6.0 Pendirian / Fatwa Ulama Mu'tabar
7.0 Zikir Allah Allah dan Jalan Ma'rifat
8.0 Kemusykilan dan Jawapan
9.0 Punca Kekeliruan / Kesesatan
10.0 Rumusan
1.0 Muqaddimah
============
Akhir2 ini terjadi kontroversi di kalangan Ummat Islam berhubung dengan "Zikir Allah Allah" akibat dari "fatwa" seorang bergelar "mufti" dan seorang lagi bergelar "profesor". Kata mereka :
"Zikir Allah Allah tiada dalil",
"Zikir Allah Allah tiada faedah",
"Zikir Allah Allah tak pernah diamalkan oleh Ulama"
"Zikir Allah Allah tak ada makna apa2 dan sia2",
dan lain2 ungkapan2 sepertinya.
Satu masa dahulu golongan ini sangat galak menuduh sambutan Maulid Nabi, Majlis Tahlil, Zikir kuat, Tasawwuf, Toriqat Rasulullah, Ziarah Kubur, Ziarah Maqam Rasulullah, dan lain2 sebagai bid'ah sesat. Kini mereka datang dengan dakyah baru, mempertikaikan zikir Allah Allah.
Anehnya kali ini mereka tidak lagi melempar istilah "bid'ah sesat" seperti tradisi dakyah mereka. Barangkali ini strategi baru, kerana strategi lama mengundang kecaman Ummat Islam. Orang2 yang sewenang2 melemparkan tuduhan sesat, khurafat, bid'ah sesat kepada amal ibadah Ahlus Sunnah sudah terkenal sebagai golongan Kaum muda / Najdiyyah / Wahhabiyyah / Khawarij moden, maka barangkali ini strategi baru... menyerang amal ibadah Ahlus Sunnah dengan istilah2 lain.
Apa yang jelas serangan mereka terhadap Ahlus Sunnah kali ini benar2 memperlihatkan kebodohan mereka, bahkan ini kebodohan melampau. Mereka "menggali kubur" sendiri apabila mereka mempertikaikan " Zikir Allah Allah" kerana "Zikir Allah Allah" itu pada hakikatnya adalah "Zikrullah", iaitu Zikir mengingat Allah di dalam hati terus-menerus. Dan ini merupakan Perintah Allah dan Sunnah Agung Rasulullah ﷺ yang tiada sebarang pertikaiannya. Ini bermakna tanpa disedari mereka telah menentang Allah dan Rasul-Nya.
Masih keliru? Perhatikan sekali lagi. Sama ada kamu menyebut perkataan "Zikir Allah", atau kamu sebut "Zikir Allah Allah", atau "Zikir Allah Allah Allah" atau kamu panjangkan lagi seberapa banyak pun kamu mahu, pengertiannya tetap sama saja kembali kepada maksud yang satu.... ZIKRULLAH...!
Apabila disebut "Zikrullah", maksudnya adalah " Zikir akan Allah" atau "mengingat Allah di dalam hati berulang2" atau "kamu ingat Allah terus-menerus tanpa putus". Inilah konsep Zikrullah yang dipegang oleh Ahlus Sunnah, yang menjadi pegangan dan amalan berkurun lamanya sampai ke saat ini, terus-menerus diamalkan oleh Ummat Islam seluruh dunia.
Menurut Ahli Ma'rifat, Kalimat "Allah" adalah Lafzul-Jalalah, Kalimat Paling Agung, Kalimat Paling sempurna, Kalimat Paling Tinggi, Paling Suci, yang membukakan pintu2 Tauhid, pintu Hadratul-Quddus dan Mukasyafah.
SIRI 2 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
2.0 Fakta-Fakta Penting Zikir Allah
Berikut adalah Fakta2 penting berhubung dengan Zikrullah, iaitu Zikir Allah Allah atau maksudnya : Ingat Allah terus-menerus di dalam hati.
Fakta 1: Perintah Allah yang Mutlaq
Allah Ta'ala Perintahkan orang beriman supaya Zikir kepada Allah dengan Zikir yang sebanyak2nya, ertinya Ingat Allah di dalam hati tanpa putus. (Akan datang penjelasan)
Fakta 2: Ingat Allah terus-menerus didalam hati
Menurut pendirian Ahlus Sunnah, yang dikehendaki dengan "Zikrullah" atau "Zikir Allah Allah" adalah : "mengingat Allah terus-menerus di dalam hati".
Fakta 3: Tanda Mu'min
Telah ijma' Ulama bahawa di antara tanda2 orang beriman adalah melakukan Zikrullah yang banyak, sedangkan orang yang malas berzikir atau sedikit zikirnya adalah tanda2 kemunafikan. Wal Iyazubillah.
Fakta 4: Tradisi Ahlus Sunnah turun-temurun
Berdasarkan kenyataan sejarah, sekalian Ahli Silsilah Rasulullah ﷺ amalkan Zikir Allah Allah, selain daripada Zikir La Ilaha Illallah serta zikir lain.
Fakta 5: Zikir Allah Allah — Ibadah Teragung
Zikir Allah Allah, ingat Allah di dalam hati terus-menerus merupakan Ibadah teragung kerana selain dari menjadi Ibadah yang tersendiri, ia meresap ke dalam setiap Ibadah dan menjadikannya "hidup". Ibadah yang tiada zikir (ingat Allah Allah) di dalamnya adalah Ibadah yang kosong hampa, tiada nilai di sisi Allah.
Fakta 6: Orang yang Zikir Allah orang yang hidup
Orang yang berzikir Allah adalah orang yang hidup (hatinya hidup menghadap Allah) sedangkan orang yang lalai dari Zikrullah adalah bagaikan orang yang mati (mati hatinya).
Fakta 7 : Zikir Allah sucikan hati
Zikir Allah Allah yang teguh di dalam hati menyucikan hati daripada sekalian kekotoran dan kekejian, terutama Syirik khafi dan sifat mazmumah yang menjadi punca kebinasaan orang islam. Zikrullah adalah pencuci bagi hati yang telah berkarat dengan dosa2.
Fakta 8 : Zikirullah membuahkan khusyu di dalam Solat
Zikir Allah terus-menerus menurut disiplin Toriqat / Jalan Ma'rifat akan menghidupkan hati dan menjadikan seseorang khusyu di dalam Solat.
Fakta 9 : Zikrullah Sampai kepada Allah
Telah sepakat Ulama Ahlus Sunnah, seseorang tidak akan sampai kepada Allah (sampai kepada Tauhid hakiki) melainkan melazimkan Zikrullah yang banyak menurut disiplin Jalan Ma'rifat.
Fakta 10: Silsilah pengambilan sampai Rasulullah ﷺ
Fakta ini adalah di antara hujjah2 terkuat menjadi bukti Zikir Allah. Sekalian Mursyid, Pewaris Nabi yang hidup masa ini mempunyai Silsilah pengambilan "talqin Zikir Allah Allah" diterima daripada Gurunya, dan daripada Gurunya kepada Gurunya sampai kepada Sayyidina Abu Bakar atau Sayyidina Ali Ridhwanullah dan akhirnya sampai kepada Junjungan Besar Rasulullah ﷺ yang Baginda menerima dari Sahbul Wahi Jibril Alahis Salam dan Jibril menerima Perintah Allah Jalla Jalaluh.
Ertinya khabarnya mutawathir, yang tidak boleh diengkari kerana wujudnya banyak sekali Mursyid2, Pewaris Nabi yang siddiq seluruh dunia, yang terpercaya, dan tak mungkin mereka berpakat untuk menipu.
Sekalian fakta2 ini akan dijelaskan pada lembaran2 akan datang. In shaa Allah. Baca dengan teliti dan cuba memahaminya.
SIRI 3 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
3.0 Definisi Zikir Allah
=================
Di dalam setiap Ilmu Agama, Ta'rif / Definisi adalah penentu kepada tujuan dan batas sebenar yang dikehendaki dengan ilmu tersebut. Ulama Ahlus Sunnah telah menentukan Ta'rif dan batas2 ini supaya matlamat ilmu dan ubudiyyah tercapai. Tanpa menetapkan hal ini, siapa sahaja akan bercakap, berbahas dan menghujjah mengikut selera nafsunya.
Definisi Zikrullah pada sudut bahasa:
Zikrullah terdiri dari dua rangkai kata : "Zikir " dan "Allah", maka keseluruhan pengertiannya adalah : Ingat Allah
Definisi Zikrullah pada sudut Istilah:
Zikirullah adalah mengulang2 Kalimah "Allah" atau Kalimah "La Ilaha Illallah" atau Asma' Allah (nama2 Allah yang Maha Agung dan Indah2) yang lain dengan lisan berserta ingatan kepada Allah di dalam HATI. Atau Semata2 mengingat Allah di dalam HATI terus-menerus.
Perhatian:
Orang yang melafazkan Kalimat Zikir dengan lidah tetapi hatinya lalai, tidak mengingat Allah, maka tidaklah dinamakan Zikrullah.
Zikir Hasanah;
ZIkir Hasanah adalah Zikrullah yang dilaksanakan tanpa sebarang kaifiyyat (cara), syarat dan adab tertentu. Ini adalah cara orang awam berzikir, iaitu tanpa peraturan khusus. Orang yang mengerjakan Zikir umum ini akan memperoleh pahala tetapi TIDAK meningkat Iman / Tauhid / Taqwanya,
Zikir Darjat :
Zikir Darjat adalah Zikir yang mempunyai kaifiyyat (cara), syarat, peraturan dan adab2 tertentu sebagaimana diterima dan diwarisi daripada Junjungan Besar Rasulullah ﷺ oleh sekalian Imam2 Ahlus Sunnah secara mutawatir. Zikir seperti ini (yang dilaksanakan dengan kafiyyat dan syarat2nya) akan membawa kepada kesucian hatinya, meningkatkan TAUHID / IMAN / TAQWA seseorang. Dia akan diKurniakan oleh Allah kefahaman yang mendalam tentang Agama, dia akan menjadi lebih khusyu di dalam solatnya serta memperoleh ketenangan di dalam seluruh kehidupannya. Inilah Zikir yang dituntut ke atas setiap orang beriman.
Fokus penting di sini yang kita ingin bincangkan adalah :
Dari definisi Zikrullah kita faham : Yang dikehendaki dengan "Zikir Allah Allah" adalah "Zikrullah", iaitu "mengingat Allah di dalam hati terus-menerus tanpa putus". Atau dikatakan : Mengulang2 Kalimat "Allah" di dalam hati terus-menerus. Dan ini perintah Allah yang wajib sebagaimana akan datang penjelasannya.
Maka sebagaimana kami terangkan pada awal risalah, hal ini bukan suatu yang pelik atau baru kerana Zikrullah atau Zikir Allah Allah adalah Tradisi Ahlus Sunnah turun-temurun, mulai daripada Rasulullah ﷺ, kemudian dilanjutkan oleh para Sahabat, kemudian Tabiin, kemudian Tabiit Tabiin, kemudian Imam2 Ahlus Sunnah sampai ke saat ini masih terus diamalkan oleh sekalian pendokong Ahlus Sunnah.
Bahkan, Zikrullah bukan suatu yang bersifat sampingan tetapi sebagai kewajipan setiap orang beriman sehingga dikatakan orang yang berzikir dengan zikir yang banyak adalah sebenar orang beriman sedangkan orang yang malas berzikir adalah menunjukkan wujudnya sifat munafiq di dalam hatinya atau dikatakan : Hatinya hampir mati akibat karat kekufuran dan kekejian. Wal Iyazubillah.
Jika kamu memahami hakikat ini, maka semua kekeliruan yang cuba dibangkitkan oleh Golongan jahil dapat dihapuskan.
SIRI 4 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
4.0 Dalil Al-Qur'an Perintah Zikir Allah
Dalil Al-Qur'an 1
✨🕌✨ Firman Allah Ta'ala :
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ ذِكۡرً۬ا كَثِيرً۬ا
"Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah serta sebutlah Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya.
[Al-Ahzab (33) : 41]
Berkata Ibn Abbas Radiallahu‘anhu :
"Allah Ta'ala tidak mewajibkan atas hamba-Nya hal-hal yang fardhu, kecuali yang telah diketahui olehnya. Dan orang yang meninggalkan fardhu-fardhu tersebut kerana alasan tertentu boleh dimaafkan, kecuali Zikrullah. Zikir kepada Allah tidak memiliki batas, dan tidak ada alasan bagi seseorang untuk meninggalkannya kecuali dia kehilangan aqal. Manusia diperintahkan untuk berzikir kepada Allah dalam segala kesempatan."
[Tafsir Ibnu Abbas}
Kata Imam Ibnu Jarir At-Tabari Radhiallahu anhu:
"Maksud ayat ini adalah, wahai orang-orang beriman, sebutlah Allah dengan hati, lidah, dan tubuh kalian dengan sebutan yang banyak. Janganlah tubuh kalian berhenti dari berzikir kepada-Nya menurut kesanggupan kalian."
[Tafsir Tabari]
Kata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu:
"Orang yang banyak berzikir kepada Allah itu adalah panggilan untuk seseorang yang berzikir secara tulus ikhlas dari hatinya, sedangkan orang yang sedikit berzikir (kepada Allah) adalah orang yang memiliki tanda2 orang munafiq. Kerana dia hanya berzikir dengan lisan dan bertujuan untuk dilihat oleh orang lain sahaja."
[Tafsir Qurtubi]
Kata _Al-Qutb Tajul Arifin_ Shaikh Yahya Radhiallahu anhu:
"Ya anakku, adapun hukum Zikir Allah itu adalah wajib, seperti Firman Allah didalam Surah Al-Ahzab, ayat 41."
[Risalah Ma'rifat ; bab Zikrullah]
Penjelasan:
(1) Perintah Allah di atas menyuruh orang2 beriman Zikir Allah dengah Zikir yang banyak. Zikir yang banyak bermaksud tiada had atau batas dan diperintah terus-menerus di dalam semua keadaan.
(2) Ayat ini perintahkan Zikrullah, ertinya Zikir ingat Allah, sama ada dengan lisan (berserta ingatan di dalam hati akan Allah) atau semata2 Ingat Allah di dalam hati.
(3) Perintah Allah ini menyebut Zikir kepada Allah dengan zikir yang banyak, ertinya apa saja lafaz Zikir yang membawa ingat kepada Allah. Sama ada kamu zikir dengan Ismuz-Zat, iaitu "zikir Allah" atau "La-ilaha-Illallah" atau kamu berzikir dengan ismus-Sifat, iaitu Sifat Allah dengan menyebut Asma Allah yang Maha Sempurna, seperti : Ya Latiff, Ya Qahhar, Ya Hayyu Ya Qayyum dll. semuanya menuju kepada hakikat Zikrullah, iaitu ingat Allah terus-menerus.
(4) Daripada Tafsiran Ibnu Abbas yang tersebut tadi, kita memahami adalah wajib atas setiap orang beriman melakukan Zikrullah dengan sebanyak2 nya dan di dalam semua keadaan. Bagaimanakah cara menyempurnakan kewajipan ini?
Pertama : Diperintah berzikir sebanyak2nya
Kedua : Diperintah Zikir di dalam semua keadaan. (ertinya ketika berjalan, duduk, berbaring, ketika makan minum, ketika bekerja cari rezeki... bahkan semua keadaan)
Apakah mungkin seseorang mampu berzikir dengan zikir yang banyak dan pada masa yang sama dilakukan di dalam semua keadaan?
Kedua2 ini tak mungkin dilakukan oleh seseorang melainkan dengan Zikir khafi, iaitu Zikir Allah Allah di dalam hati atau maksudnya : Ingat "Allah" terus-menerus di dalam hati."
Ini bermakna Zikrullah yang diwajibkan atas setiap orang beriman adalah Zikir Allah Allah di dalam hati.
(5) Menurut keterangan Ulama di atas juga, kita dapat faham ayat Allah ini berikan isyarat bahawa di antara tanda2 orang beriman dengan keimanan yang benar adalah dia melakukan Zikrullah dengan zikir yang banyak sementara orang berzikir sedikit atau malas berzikir adalah tergolong ke dalam orang yang mempunyai sifat munafiq.
SIRI 5 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
4.0 Dalil Al-Qur'an Perintah Zikir Allah
sambungan....
Dalil Al-Qur'an 2
✨🕌✨ Firman Allah :
وَٱذۡكُر رَّبَّكَ فِى نَفۡسِكَ تَضَرُّعً۬ا وَخِيفَةً۬ وَدُونَ ٱلۡجَهۡرِ مِنَ ٱلۡقَوۡلِ بِٱلۡغُدُوِّ وَٱلۡأَصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ ٱلۡغَـٰفِلِينَ
"Dan ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut ) dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai."
[Al-A'raf (7) : ayat 205]
Kalam Allah ini hampir serupa seperti Wahyu pertama yang memerintah : Sebut atau ingat Tuhanmu...!
Apakah nama bagi Rabb (Tuhan ) yang disuruh ingat / zikir padanya?
Apakah nama Paling Agung bagi Tuhan yang menciptakan ?
Nama Paling Agung atau disebut Ismul A'zhom iaitu "Allah" ...!
Maksud keterangan di sini :
" Zikirlah Allah di dalam hati terus-menerus.
Berkata Imam Fakhruddin Ar-Razi Radhiallahu anhu
(Mujaddid kurun ke-6 Hirriyyah) :
"Berdasarkan ayat 205 al-A’raf ini, Rasulullah ﷺ (dan Ummat Baginda) diwajibkan berzikir dalam hati (senyap —tanpa suara) dengan ingatan Allah, Allah, Allah terus-menerus sepanjang waktu siang dan malam. Kalimat ini " بِٱلۡغُدُوِّ " mewakili seluruh waktu siang dan kalimat " وَٱلۡأَصَالِ " mewakili seluruh malam"
[Tafsir Al-Kabir / Tafsir Ar-Razi]
Berkata Imam Ibn Jarir At-Tabari Radhiallahu anhu:
"Kata Mujahid, Ertinya adalah : Perintahkanlah kepada mereka (orang beriman) agar berzikir kepada Allah di dalam dada (hati) dengan sikap merendahkan diri dan perasaan dan takut. Kata Hasan bin Yahya : Allah berfiman, 'Jika hamba-Ku mengingat-Ku di dalam dirinya, maka Aku mengingatnya di dalam diri-Ku. Jika hamba-Ku mengingat Aku sendirian, maka Aku mengingatnya dalam kesendirian-Ku. Jika dia mengingat-Ku dalam kelompok, maka Aku mengingatnya dalam kelompok yang lebih baik dan lebih mulia dari mereka."
[Tafsir At-Tabari]
Berkata Al-Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Radhiallahu anhu
"Ya anakku, difahamkan pada ayat ini menyuruh oleh Allah (Zikrullah) dan akhirnya menegah daripada lalai. (lalai dari Zikir Allah) Adalah zikir khafi itu wajib sepenuh masa."
[Risalah Ma'rifat : bab Zikrullah]
Berkata Ibnu Kathir Radhiallahu anhu:
"Allah Memerintahkan agar Dia diZikirkan (ingat Allah) lebih banyak pada waktu pagi2 dan petang2"
[Tafsir Ibnu Kathir]
Tafsir Jalalain:
"Dan zikirlah kepada Allah di dalam diri kamu (hati kamu), iaitu secara senyap dan di dalam keadaan takut rendah diri."
[Tafsir Jalalain]
SIRI 6 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
4.0 Dalil Al-Qur'an Perintah Zikir Allah
sambungan....
Dalil Al-Qur'an 3
✨🕌✨ Firman Allah :
وَٱذۡكُرِ ٱسۡمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلۡ إِلَيۡهِ تَبۡتِيلاً۬
"Zikirlah akan nama Tuhanmu dan renunglah kepada-Nya dengan sungguh² renungan (muraqabah)"
[Al-Muzammil (73) : ayat 8]
Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu anhu :
"Perintah Allah ini juga bermaksud ingat kepada Allah (Zikrullah) dan ingat kepada Keesaan-Nya. Dan ikhlaslah di dalam solat, doa dan setiap ibadah yang kamu kerjakan."
[Tafsir Ibnu Abbas]
Berkata Imam At-Tabari Radhiallahu anhu :
"Allah perintahkan Rasululullah (dan sekalian orang beriman) : Sebutlah nama Tuhanmu, berdoalah dan ibadah kepada-Nya dengan penuh ketekunan."
[Tafsir Tabari]
Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu:
"Sebutlah nama Tuhanmu dan berdoalah dengan menggunakan nama2Nya yang Agung (Asmaul-Husna) dan gunakan seluruh waktumu untuk beribadah kepada Allah dan jangan sekutukan Allah dengan yang lain."
[Tafsir Qurtubi]
Berkata Al-Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu anhu:
"Dan sebut oleh kamu akan nama Tuhanmu (perintah zikir Allah) dan renungi olehmu kepada-Nya dengan sebenar2 renungan, ya'ni muraqabah, bukan fikir aqal."
[Risalah Ma'rifat : bab Zikrullah]
Berkata Imam Muhaddith Shaikh Thana-Ullah Uthmani Radhiallahu anhu:
"Ketahuilah ayat ini memerintahkan berulang² menyebut nama Tuhan Yang Maha Agung iaitu zikir Allah, Allah"
[Tafsir Mazhari]
SIRI 7 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
4.0 Dalil Al-Qur'an Perintah Zikir Allah
sambungan....
Dalil Al-Qur'an 4 :
✨🕌✨ Firman Allah :
وَلَذِكۡرُ ٱللَّهِ أَڪۡبَرُۗ
"...dan Zikir Allah itu sebesar-besar ibadah ..... "
[Al-Ankabut (29): Ayat 45] ۗ
Dalil Al-Qur'an 5 :
✨🕌✨ Firman Allah :
وَٱذۡكُرِ ٱسۡمَ رَبِّكَ بُكۡرَةً۬ وَأَصِيلاً۬
"Dan zikir akan nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang."
[Al-Insan (76) : ayat 25]
Dalil Al-Qur'an 6:
✨🕌✨ Firman Allah :
وَٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ا لَّعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ
"Dan ingatlah akan Allah banyak-banyak (terus-menerus tanpa henti siang malam), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)."
[Al-Jumu'ah (62) : ayat 10]
Dalil Al-Qur'an 7 :
✨🕌✨ Firman Allah :
قَدۡ أَفۡلَحَ مَن تَزَكَّىٰ (١٤) وَذَكَرَ ٱسۡمَ رَبِّهِۦ فَصَلَّىٰ
"Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan jiwanya, Dan zikir menyebut nama Tuhannya serta mengerjakan solat.
[Al-A'la ( 87: ayat 14-15]
Dalil Al-Qur'an 8 :
✨🕌✨ Firman Allah :
ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَـٰمً۬ا وَقُعُودً۬ا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَڪَّرُونَ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلاً۬ سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka".
[Aali Imran (3) : ayat 191]
Dalil Al-Qur'an 9 :
✨🕌✨ Firman Allah :
فَوَيْلٌ لِّلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُمْ مِّن ذِكْرِ ٱللَّهِ أُوْلَـٰئِكَ فِي ضَلاَلٍ مُّبِينٍ
"Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada zikrullah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata"
[Az-Zumar (39) : Ayat 22]
Dalil Al-Qur'an 10 :
✨🕌✨ Firman Allah :
يٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلاَ أَوْلاَدُكُمْ عَن ذِكْرِ ٱللَّهِ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ فَأُوْلَـٰئِكَ هُمُ ٱلْخَاسِرُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah. Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi."
[Al-Munafiqun (63) Ayat 9]
Penjelasan umum — Al-Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi
Kesemua Ayat Qur'an di atas menunjukkan Perintah suruhan berzikir Allah Allah di dalam hati sebanyak2nya dan berulang2 tanpa henti. Mereka yang lalai dari Zikrullah diancam dengan Neraka Wail.
Sama ada ayat2 ini menggunakan perkataan "Allah" secara jelas ataupun menggunakan ungkapan ismu Rabbika (nama Tuhanmu) ataupun menggunakan dhomir " Hua" semuanya tertuju kepada "Allah".
Sesungguhnya, Tiada sebutan lain yang lebih Agung, lebih Mulia dan yang memiliki sekalian kesempurnaan melainkan Kalimat "Allah". Dengan demikian mengulang2 Kalimat Agung " Allah " di dalam hati terus-menerus itulah yang dituntut atas setiap orang beriman.
SIRI 8 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
5.0 Dalil Hadith Perintah Zikir Allah
Dalil Hadith 1: ✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda:
مَثَلُ الَّذِيْ يَذْكُرُ رَبَّهُ وَالَّذِيْ لاَ يَذْكُرُ رَبَّهُ مَثَلُ الْحَيِّ وَالْمَيِّتِ
“Perbandingan orang yang berzikir kepada Allah dengan orang yang tidak berzikir kepada Allah adalah seperti orang yang hidup dan mati.”
[Imam Bukhari dan Imam Muslim]
Dalil Hadith 2: ✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda:
Dari ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata, “Rasulullah ﷺ selalu berzikir Allah (ingat Allah) pada setiap waktunya.”
[Imam Bukhari dan Imam Muslim]
Dalil Hadith 3: ✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda:
" Zikir yang tidak terdengar oleh malaikat pencatat amal ( zikir khafi Allah Allah — senyap di dalam hati) mengungguli atas zikir yang dapat didengar oleh mereka ( zikir Jihar ) sebanyak tujuh puluh kali ganda. "
[Imam Baihaqi ]
Dalil Hadith 4: ✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda:
"(Seseorang bertanya kepada Rasulullah ﷺ) Jihad manakah yang terlebih besar di dalam memperoleh pembalasan baik (keredhaan Allah) wahai Rasulullah ? Baginda menjawab, "Mereka yang paling banyak berzikir mengingat Allah". dia bertanya lagi, "Siapakah di kalangan orang berpuasa yang terlebih hebat? Baginda menjawab, "Mereka yang paling banyak berzikir mengingat Allah." Kemudian dia bertanya berkenaan solat, zakat, haji dan sedekah yang mana bagi setiap pertanyaan tersebut Baginda menjawab, "Mereka yang paling banyak berzikir mengingat Allah".
[Imam Ahmad]
Dalil Hadith 5: ✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda :
لا تقوم الساعة حتى لا يقال في الأرض الله الله
"Tidak akan tiba Qiamat hingga tidak ada yang mengucapkan di atas bumi (kalimat) Allah, Allah"
[Imam Muslim]
Dalil Hadith 6: ✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda :
"Di bumi terdapat orang yang menyebut "Allah Allah", kemudian apabila tiada lagi orang yang menyebut "Allah Allah" maka di saat itulah berlakunya Qiamat.
[Imam Muslim]
Dalil Hadith 7: ✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda :
"Islam tidak akan hilang sehingga tiada siapa lagi yang menyebut Allah Allah."
[Imam Ibn Abi Dunya]
Dalil Hadith 8: ✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda :
"Qiamat tidak akan dirasakan oleh orang yang mengucapkan (kalimat) Allah, Allah".
[Imam Muslim]
Berkata Imam Nawawi Radhiallahu Anhu:
"Perlu diketahui bahawa pada riwayat² tersebut (Hadith zikir Allah Allah) terdapat kesepakatan pengulangan lafaz Allah (zikir Allah Allah) pada dua riwayat tersebut. Demikianlah dicatat di dalam seluruh kitab² sahih.
[Syarah Muslim]
Catitan : Bahaya Penghinaan kepada Ulama Pewaris Nabi
Beberapa orang profesor menghina Ulama Mu'tabar sebagai "bodoh" kerana mentafsirkan Hadith Nabi di atas dengan makna Zikir Allah Allah. Barangkali budak2 profesor ini lebih hebat dari Imam Nawawi dan sekalian Mujtahid dan Mujaddid? Barangkali juga budak2 muda ini tak sedar menghina Ulama Pewaris Nabi batalkan Iman...? Budak2 ini menyangka diri mereka sudah menjadi hebat kerana sudah hafal satu dua Hadith Nabi, lalu sewenang2 berfatwa "ini halal, ini haram, ini bid'ah sesat, ini khurafat" mengikut nafsu dan syaitan. Mereka tak sedar mereka sedang menyeru kepada Neraka Jahannam...!
SIRI 9 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
6.0 Dalil Fatwa Ulama Mu'tabar
Berikut adalah fatwa Ulama Ahlus Sunnah berhubung dengan Zikir Allah Allah. Mereka adalah Mujtahid dan Mujaddid yang terpercaya sepanjang zaman. Mereka adalah Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq, yang tiada keraguan apa pun terhadap mereka. Mematuhi fatwa Pewaris Nabi adalah keselamatan dan menentang mereka membawa manusia kepada kesesatan, kefasikan dan kekafiran. Wal Iyazubillah.
(1) Toriqat Siddiqiyyah — Sayyidina Abu Bakr Radhiallahu anhu
Daripada riwayat yang sampai kepada Ulama Ahlus Sunnah melalui Silsilah Rasulullah ﷺ, Toriqat yang dinisbahkan kepada Sayyidina Abu Bakr Radhiallahu anhu adalah Toriqat Siddiqiyyah, mengambil sempena gelaran beliau " As-siddiq". Zikir yang diterima dari beliau turun-temurun oleh sekalian Masyaikh Ahlus Sunnah adalah "Zikir Allah Allah di dalam hati" (zikir khafi).
Pada zaman kemudian, Toriqat yang diamalkan oleh Sayyidina Abu Bakar (dan sekalian sahabat lain) itu dinamakan Toriqat Naqsyabandiah. Nama "Naqsyabandiah" diambil sempena nama "Shaikh Bahauddin Shah Naqsyabandi", silsilah Rasulullah ﷺ yang ke-16.
Sebagaimana ditegaskan oleh sekalian Ulama Mu'tabar, silsilah Rasulullah ini tidak boleh diengkari kerana khabarnya mutawathir, iaitu sejumlah besar Ulama Pewaris Nabi meriwayatkan hal yang sama sehingga tak mungkin mereka berpakat untuk berdusta. Barangsiapa menafikan Toriqat yang sahih dari Rasulullah ﷺ adalah dia mendustakan Nabi ﷺ, maka batal Imannya. Wal Iyazubillah.
(2) Imam Besar Ahlu Sunnah, __Imam at-Toriqat wal Haqiqat__, Imam Ja'afar As-Siddiq Radhiallahu Anhu
Beliau adalah cucunda Rasulullah ﷺ yang ke-5 dari jalur Sayyidina Husain Radhiallahu Anhu. Imam Ja'afar Siddiq menduduki posisi Agung sebagai Penyambung Risalah Rasulullah ﷺ, menduduki Maqam Auliya tingkatan tertinggi bergelar Ghawth.
Imam Ja'afar Siddiq digelar Imam Toriqat Wal Haqiqat kerana semua Toriqat Ahlus Sunnah yang sahih yang diterima dari Rasulullah ﷺ melalui tangan beliau. Salah satu dari Toriqat yang beliau wariskan adalah zikir asasnya "Zikir Allah Allah" di dalam hati, yang sekarang ini dinamakan Toriqat Naqsyabandiah.
(Penegasan penting : Imam Ja'afar Siddiq adalah Imam Ahlus Sunnah, dan bukan Syi'ah. Beliau tiada kaitan dengan dakwaan2 batil Syi'ah (rafidhi). Imam Ja'afar Siddiq telah mewariskan sejumlah besar Toriqat dari Nabi ﷺ dan TIDAK ada kaitan apa² pun dengan golongan syi'ah rafidhi sesat.)
(3) Imam Junaid Al-Baghdadi Radhiallhu anhu:
Beliau adalah Imam Ahlus Sunnah, Qadhi, Imam Fiqh, dan Auliya Allah yang ternama, mengajarkan murid² beliau dengan zikir Allah Allah.
[Rasail Al-Junaid - Risalah2 kecil Imam Junaid]
(4) Imam Fakhruddin Ar-Razi Radhiallhu anhu:
Beliau adalah Mujaddid Agung Ahlus Sunnah kurun 6 Hijriyyah, Imam Fakhruddin Ar Razi menyebut:
"Ketahuilah sekalian manusia, sesungguhnya aku menyebut sepanjang hidupku "Allah". Apabila mati, aku menyebut "Allah". Apabila disoal di dalam kubur aku menyebut "Allah". Apabila datang di Hari Qiamat aku menyebut "Allah" . Sewaktu aku mengambil suratan amalan aku menyebut "Allah". Sewaktu perhitungan amalan aku menyebut "Allah". Ketika melintasi titian aku menyebut "Allah". Apabila masuk ke syurga aku menyebut "Allah" hingga apabila melihat Allah aku juga menyebut "Allah"
[Tafsir Mafatih Al-Ghaib]
SIRI 10 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
6.0 Dalil Fatwa Ulama Mu'tabar
sambungan....
(5) Imam Ghazali Radhiallahu Anhu:
"Seseorang yang ingin berzikir hendaklah duduk pada suatu tempat yang sunyi, menutup segala pancaindera zahir, mencelikkan mata hati, pendengaran hati, dan dengan itu menjadikan hatinya sebagai wadah untuk menerima alam malakut Dalam pada itu hendaklah sentiasa menyebut Allah Allah Allah berterusan dengan hati bukan dengan lidah"
[Kimiya As-Sa'adah]
(6) Imam Asy-Sya'rani Radhiallahu Anhu:
"Kami telah menerima bai'at daripada Guru kami supaya berzikir menyebut lafaz "Allah Allah" sebanyak 24,000 kali sehari semalam"
[Uhud As-Sughra]
(7) Imam Ibn Hajar Al-Haythami Radhiallahu Anhu:
Beliau adalah Mufassir, Muhaddith, Imam besar Mazhab Syafi'e. Mujaddid kurun ke 10 Hijriyyah, Kata beliau :
"Amalan tersebut (zikir La-Ilaha Illallah ) perlu berterusan sehingga kesan zikir menjiwai dirinya dan pada ketika itu lebih utama bagi salik zikir "Allah Allah"
[Miftah Al Falah]
(8) Imam ummah Mufassir, Muhaddith Shaikh Thana-Ullah Uthmani:
Ketika mentafsir kan Firman Allah : " وَٱذۡكُرِ ٱسۡمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلۡ إِلَيۡهِ تَبۡتِيلاً۬ "
"Zikirlah akan nama Tuhanmu dan renunglah kepada-Nya dengan sungguh² renungan (muraqabah)" [Al-Muzammil (73) : ayat 8].... beliau berkata :
"Ketahuilah ayat ini memerintahkan berulang² menyebut nama Tuhan Yang Maha Agung iaitu zikir Allah, Allah"
[Tafsir Mazhari]
(9) Imam Nawawi Radhiallahu Anhu:
"Perlu diketahui bahawa pada riwayat² tersebut (Hadith zikir Allah Allah) terdapat kesepakatan pengulangan lafaz Allah pada dua riwayat tersebut. Demikianlah dicatat di dalam seluruh kitab² sahih.
[Syarah Imam Nawawi]
(10) Imam Ahmad ibn Muhammad Ibn Atha’illah As-Sakandari Radhiallahu Anhu:
Beliau adalah Pengarang kitab Hikam dan Guru Besar Syaziliyah berkata:
"Hendaklah kamu berzikir ismuz-Zat Allah Allah Allah atau hu, hu, hu di dalam hati tanpa menyebut di lidah."
[Miftah Al Falah]
(11) Berkata Muhaddith Ummah, Shaikh Zakariyya Kandahlawi Radhiallahu Anhu:
"Kaedah zikir ismuz-Zat (Zikir Allah Allah) adalah mengingat Allah dengan matlamat tiada lain di dalamnya melainkan Allah sebagai maqsudnya, yang ditujui dan di cintai. Dengan bentuk ini, ianya merupakan subjek yang tersembunyi di dalamnya predikat, yang mana menepati secara sempurna akan syarat² nahwu. (tatabahasa Arab) Bahkan ianya menepati secara sempurna Kalimat Al-Qur'an : قُلِ ٱللَّهُۖ ثُمَّ ذَرۡهُمۡ فِى خَوۡضِہِمۡ يَلۡعَبُونَ
"Katalah "Allah" dan tinggalkan mereka di tempat main2 mereka itu", [Al-An'am (6) : ayat 91] — di dalam Kalimat ini terdapat subjek yang mengandungi prediket yang tersembunyi di dalamnya.
[Himpunan Surat² Muhaddith Maulana Zakariyya Kandahlawi]
Bersambung siri 11 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment