AHLI MA'RIFAT

 

Susunan:

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al Kholidiyah


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



AHLI MA’RIFAT -  PENYAMBUNG CAHAYA NUBUWWAH (ULAMA WARISATUL ANBIYA’ SEBENAR)


Ini satu cabang perbincangan yang PALING PENTING ketika membicarakan hal  Ahli Ma’rifat @ Ulama Arif Billah @ Shaikh Sufi @ Mursyid @ Murabbi  yang siddiq (yang benar)

●Dikatakan penting kerana Ahli Ma’rifat adalah penyambung dan pewaris sebenar Risalah Rasulullah

●Dikatakan penting  kerana mereka adalah pendidik Ummat kepada Ketuhanan.

●Di katakan penting kerana mereka mewarisi hakikat “Nur Muhammad” yang menyinari seluruh pelusok bumi hingga hari Qiamat.

Ahli Ma’rifat di katakan “Arif Billah" kerana mengenal Allah dengan sebenar2 kenal melalui pandangan matahati dan ruh.

Ahli Ma’rifat juga di katakan  “Ulama Warisatul Anbiya”  kerana merekalah penyambung Risalah Muhammad

Ahli Ma’rifat di kenali sebagai “Ahli Sufi”, kerana suci nya hati mereka dari semua kesyirikan, sifat2 mazmumah dan dari dosa2.

Ahli Ma’rifat di katakan   “Mursyid” kerana mereka di beri oleh Allah sifat  rashid iaitu menyucikan batin murid2 nya.

Ahli Ma’rifat juga di kenali sebagai “Ahli Hikmah” kerana mereka memperoleh kebijaksanaan dari Allah dan menyebarkannya di tengah2 manusia.

Ahli Ma’rifat juga di panggil “Murabbi”  kerana mereka adalah pendidik, pembimbing dan pengasuh murid2 pada jalan Ma’rifat Ilahiyyah.

Demikianlah berbagai2 panggilan dan nama tetapi merujuk kepada orang Mu'min yang sama.

Ramai yang tak mengerti bahagian ini. Ramai beranggapan Ahli Ma'rifat seperti ahli silap mata membuat berbagai perkara ajaib yang mencengangkan manusia.  Masya Allah, betapa jauh nya dari fahaman sebenar.

Di satu sudut lain, ramai pula orang Islam tenggelam di dalam samudera kegelapan. Orang2 alim kitab (alim yang hanya tahu hukum fiqh), sibuk dengan kemegahan dan dunia yang hina. Hanya sebahagian kecil orang beriman terus menjadi pendokong “BAHTERA NABI” yang Nabi wariskan. Hanya sedikit dari yang sedikit ingin menaiki nya.   Kebanyakannya hanya melihat nya berlalu kerana pada sangkaan mereka, ia cuma “bahtera”  usang yang tiada nilai.

Alangkah ruginya mereka!

Alangkah nya ruginya orang yang telah melihat Nabi, tetapi tidak beriman kepada Nabi. Alangkah ruginya manusia2 yang melihat wajah Nabi yang mulia, tetapi terdinding dari melihat “cahaya Nubuwwah” pada Baginda.! 
Dan  kini, rugi juga mereka yang telah melihat  “bahtera Nubuwwah”  tetapi tiada melihat hakikat Nubuwwah di sebalik bahtera tersebut.

Firman Allah :

سُوۡرَةُ فَاطِر


ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ

“Kemudian Kami jadikan Al-Kitab (Al-Quran) itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata)

[Faathir (35) : Ayat 32]

Menurut  tafsiran Ulama Ahlus Sunnah  yang di maksudkan dengan “Kitab”   adalah Al-Qur’an, dan maksud ayat Allah  “yang Kami pilih dari kalangan hamba2 Kami”  adalah di tujukan kepada Ulama Warisatul Anibya, Ahli Ma’rifat, Ulama Arif Billah, Mursyid yang Kamil, Shaikh Murabbi yang benar2 kenal Allah dan mencapai martabat Tauhid yang hakiki (seperti perbincangan kita pada Siri ke 5.)

Berkata Imam Jilani,

“Orang2 yang berilmu dan hikmah  (Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi) adalah hamba Allah yang sejati yang di pilihNya untuk menerima  “Risalah-Risalah dari pengajaranNya”.   Allah melimpahkan mereka ilmu dan hikmah dan dengan ilmu hikmah itulah mereka menjadi manusia yang lebih tinggi darjatnya dari manusia lain. Mereka berhubung dengan Nabi melalui perasaan yang halus dan dengan aqal yang bijaksana. (baca : Kehalusan Ma’rifat Ilahiyyah atau di sebut juga kasyaf  Ilahiyyah)

Allah memuji mereka yang memiliki ilmu Hikmah dengan Firman Nya :

ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ

[Sirrul-Asrar Fi-ma-Yahtaju Iyahil-Abrar]

Maka fahamilah dengan penjelasan  ini bahawa istilah “ Ma’rifat “, “Ahli Ma’rifat”,  “Arif Billah”  dan seumpama nya BUKAN barang mainan, BUKAN sekadar gelaran, BUKAN lantikan manusia, BUKAN  ijazah university, BUKAN anugerah  Pemerintah2 Kerajaan dunia. 

Sebalik nya orang2 yang mencapai “maqam” tersebut  adalah hamba2 Mukmin pilihan Allah yang memegang AMANAH BESAR sebagai Pewaris Nabi, sebagai pembimbing dan pendidik Ummat, sebagai obor yang sentiasa menerangi alam dengan cahaya Tauhid dan Keimanan.

Sebagaimana Rasulullah memimpin para Sahabat kepada keimanan dan Ma’rifat sehingga mereka mejadi insan2 yang benar2 mengenal Allah, bertaqwa dan di redhai Allah, maka demikian lah tugas Warisatul Anbiya adalah memimpin Ummat kemudian dari kewafatan Rasulullah sehingga akhir zaman.  Pada setiap zaman akan tetap wujud Warisatul Anbiya’ yang benar ini bagi menyambung cahaya Islam yang telah di dirikan oleh Junjungan Besar Rasulullah .   Hakikatnya ia merupakan janji Allah sebagaimana Firman Nya :

يُرِيدُونَ لِيُطۡفِـُٔواْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَٲهِهِمۡ وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِۦ وَلَوۡ ڪَرِهَ ٱلۡكَـٰفِرُونَ

"Orang-orang kafir ingin memadamkan cahaya Allah  dengan ucapan-ucapan mereka, sedang Allah pasti menyempurnakan cahaya-Nya, sekali pun orang-orang kafir membencinya.”

[As-Saff ( 61): ayat 8]

Ketahuilah cahaya Islam tidak pernah padam dan tidak pernah malap.  Sejak obor2 Islam di naikkan oleh Junjungan Besar Rasulullah, cahaya Islam tetap menjulang tinggi setinggi2nya hingga Arasy, tiada pernah suram walau sesaat pun.  Apa yang terlihat oleh manusia sejagat sebagai kemunduran, kelemahan, kepincangan, kerosakan adalah diri orang2 Islam, diri penganut2 nya, diri pendokong2 nya… yang silih berganti antara yang lemah dan kuat.  Apa yang di kata orang sebagai “kejatuhan” dan “kebangkitan” Islam adalah cuma pada permukaan nya, BUKAN ”batin” nya, BUKAN “ruh” nya,  BUKAN “hakikat” nya, BUKAN “rahsia” nya.

Hakikatnya RUH Islam TIDAK pernah mundur apalagi jatuh…!

Islam TIDAK pernah suram atau padam, kerana wujudnya penyambung “cahaya Nubuwwah” dari kalangan kekasih2 Allah yang kita baru bicarakan tadi, mereka lah Ahli2 Ma’rifat yang mewarisi zahir dan batin Nabi. Mereka menanggung hakikat “Nur Muhammad”  di dada mereka, sehingga Islam tetap teguh bercahaya di seluruh Alam sepanjang zaman…!  Apabila wafat seseorang Ahli Ma’rifat ini, maka akan di gantikan oleh Allah dengan Mukmin yang lain.

Kata Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah:

“Bumi ini tidak akan kosong dari hamba-hamba Allah yang menegakkan agama Allah dengan penuh keberanian dan keikhlasan, sehingga agama Allah tidak akan punah dari peredarannya. Tetapi, berapakah jumlah mereka dan dimanakah mereka berada? Semua itu hanya Allah yang mengetahui tentang mereka.   Demi Allah, jumlah mereka tidak banyak, tetapi nilai mereka di sisi Allah sangat mulia. Dengan mereka, Allah menjaga agama-Nya dan syariat-Nya, sampai dapat diterima oleh orang-orang seperti mereka. Mereka menyebarkan ilmu dan ruh keyakinan. Mereka tidak suka kemewahan, mereka senang dengan kesederhanaan.  Meskipun tubuh mereka berada di dunia, tetapi ruhaninya membumbung tinggi ke alam malakut.  Mereka adalah khalifah-khalifah Allah di muka bumi dan para penda'wah kepada agama Allah yang lurus. Sungguh, betapa rindunya aku kepada mereka.”

[Al-Hilyatul Auliya]

Di sini mungkin ada yang musykil, siapa yang pilih mereka, siapa lantik mereka dan apa cara ummat Islam mengetahui kebenaran nya?

BAGAIMANAKAH PERLANTIKAN AHLI MA’RIFAT BERLAKU / SIAPA MELANTIK MEREKA?

Bagaimanakah perlantikan Ahli Ma’rifat berlaku?

Siapakah yang melantik mereka?

Adakah ianya pilihan Guru yang memimpin?

Perkara ini memerlukan suatu penjelasan yang sangat panjang.  Ini kerana ianya berkait dengan sejarah warisan Rasul kepada sahabah, turunnya Ilmu Warisan Nabi secara bai’at dan musyafahah, tingkatan perjalanan keruhanian Ma’rifat, Maqam2 Ma’rifat,  syarat2 Jamaah Sufi  dan banyak lagi

Secara ringkasnya kita katakan,…

Ahli Ma’rifat atau dikenali juga sebagai Ahli Sufi atau Shaikh Mursyid atau Murabbi adalah lantikan Allah yang diilhamkan oleh Allah kepada Pewaris2 Nabi turun-temurun sejak kewafatan Nabi. 

Apabila seseorang hamba Allah telah sampai kepada  Maqam Ma’rifat yang layakkan beliau menjadi Ahli Ma’rifat, maka akan sampai berbagai ilham kepada Gurunya untuk mengisytiharkan seseorang  Anugerah Allah tersebut. 

Inilah rahsia Ma’rifat, rahsia Ilmu Ahlus Sunnah yang turun-temurun, sambung-menyambung sejak kewafatan Nabi dari satu generasi kepada satu generasi berikutnya, dari Sahabat Rasulullah berpindah kepada Tabiin kemudian kepada Tabiit-Tabiin, kemudian kepada Imam2 berikutnya dan berikutnya sehingga ke zaman ini dan akan bersambung sampai Qiamat, tiada putus.  Tiada siapa boleh menggugatnya, dan tiada mana2 kuasa dunia mampu menghalangnya…!

Inilah juga satu2nya rahsia dan senjata tersembunyi yang tiada dapat dipintas oleh mana2 kuasa manusia.

Iaitu "kunci" senjata rahsia Islam  ini adalah pemilik nya Ahli Ma'rifat.  (Disebut juga Majlis Auliya Allah.)

Ahli Ma’rifat BUKAN lantikan manusia…!

BUKAN lantikan politik negara!

BUKAN juga pilihan Gurunya !

Tetapi ianya semata2 pilihan dan anugerah Allah!

Kemudian timbul persoalan lagi….

Bagaimanakah ummat boleh mengetahui kebenaran seseorang yang dikatakana Ahli Ma’rifat?

Bagaimanakah ummat boleh bezakan di antara Ahli Ma’rifat yang sebenar dengan yang palsu?

Bagaimanakah ummat mengetahui tanda2 kebenaran seseorang Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi @ Mursyid @ Ulama Warisatul Anbiya ?

Semua persoalan di atas adalah persoalan yang sangat penting bagi memastikan ummat ini tidak terpedaya dan tertipu dengan golongan2 palsu yang menyamar sebagai Ahli Ma’rifat, Ahli Sufi, Mursyid, Murabbi dsb.

Untuk menjawabnya....Penjelasan yang  terperinci  berkenaan hal ini telah kita paparkan pada tajuk "Syarat Shaikh Pewaris Nabi yang sebenar" – sila rujuk)

Bersambung siri ke 7… Insya Allah


MAJLIS TAZKIRAH JILANI
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳

 

SIRI 7

 

Bagaimanakah  Terbentuknya  Madrasah Ahli Sufi @ Ahli Ma’rifat?


Sepertimana kita telah menyebut pada beberapa kesempatan sebelum ini, Jalan Ma’rifat Ilahiyyah (Mengenal Ketuhanan melalui hati dan ruh) adalah Sistem Tarbiyyah (Pendidikan ) yang diambil dari sistem Pendidikan Rasulullah   terhadap para sahabat Baginda.  (ertinya bukan fikir aqal mereka, jauh sekali dari nafsu kepentingan dunia)


Para Ulama Arif telah mengambil dengan begitu cermat sekali setiap cetusan cahaya Al-Qur’an dan suluhannnya dari setiap langkah Rasul bagi menyusun suatu Madrasah Pendidikan Ma’rifat yang unggul mengatasi sekalian pendidikan lain yang difikir dan dibuat oleh manusia.

Madrasah suci ini, yang dibina oleh Rasulullah, kemudiannya diwarisi oleh para sahabah, kemudian di- warisi oleh para Tabiin, kemudian oleh Imam2, dan Shaikh2 kemudiannya mengambil bentuk dan sifatnya tersendiri  yang dikenali sebagai  Toriqat Ahli Sufi atau Madrasah Ahli Sufi atau Madrasah Ahli Ma’rifat. 

Mungkin ada yang bertanya, mengapakah tidak dinamakan Madrasah Rasulullah atau Madrasah Al –Qur’an?   Bukankah nama itu lebih tepat.?

Jawapannya:

Selepas kewafatan Rasulullah  ,   khususnya selepas kewafatan Sayyididina Ali Karramallahu Wajhah, Ummat Islam telah berpecah belah.  Masing2 mengeluarkan pendapat sendiri dan membentuk kelompok sendiri.   Masing2 mendakwa kelompok mereka yang benar sedangkan kebanyakan kelompok tersebut adalah kelompok serpihan yang  memisahkan diri dari Jamaah Muslimin umumnya (iaitu terkeluar dari “Al-Jamaah”) .

Perlu diingat kembali wasiat Rasulullah  , bahawa Ummat ini akan berpecah kepada berbagai golongan yang kesemuanya sesat kecuali satu iaitu yang tetap pada “Jamaah”.  

Maka demikian halnya,  para Ulama Arif yang menjadi penyambung Risalah Rasulullah    , mengambil bentuk dan pola  tersendiri yang kemudiannya dikenali sebagai  Toriqat Ahli Sufi @ Madrasah Ahli Sufi @ Madrasah Ahli Ma’rifat,   guna membezakan antara berbagai kelompok yang tersesat dari kebenaran dan menjadi pelopor Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Sistem Pendidikan mereka menjadi suatu Madrasah khusus yang kemudiannya  melahirkan ribuan  Ulama2 Ahlus Sunnah yang benar2 mempertahankan kesucian Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Bahkan adalah suatu fakta yang tiada siapa pun dapat menafikannya, bahwa setiap Ulama Mujtahid Ahlus Sunnah dan Mujaddid (Pembaharu kegemilangan Islam) adalah lahir dari Madrasah ini, seperti akan datang huraiannya. Insya Allah.

Wallahu A'lam

(PETIKAN SIRI 6 dan 7 : TAJUK : PEMBAHAGIAN TINGKATAN ORANG BERIMAN @ 

TAUHID )




LAHIRNYA MUJTAHID FIQH


Di antara tokoh2 Ulama Mujtahid Fiqh Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang ternama :

Imam Ja’afar Siddiq
Imam Hassan Al-Basri
Imam Abu Hanifah
Imam Malik,
Imam Muhammad Idris Asy- Shafi’e,
Imam Ahmad Ibn Hanbal,
Imam Izzudin Abdus Salam
Imam Nawawi,
Imam Sayuthi
Imam Rofi’e,
Imam Abnu Abideen
Imam an-Nabhani
Imam Subky,
Imam Haytami
Imam Romli
Imam Zaini Dahlan
Imam Raza Khan Barelwi
Shaikh Daud Fathoni
Shaikh Ahmad Fathoni
Shaikh Arsyad Al Banjari

Dan lain2 Ulama Mujtahid Fiqh Ahlus Sunnah sepanjang zaman yang kesemua mereka menerima asuhan dan didikan dari Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi.

Kesemua tokoh2 terkemuka Mujtahid Fiqh ini lahir dari Madrasah Ahli Ma’rifat, ertinya mereka memperoleh pengajaran2 berharga dari pendidikan Ma’rifat sehingga mereka juga akhirnya menjadi Ahli Ma’rifat yang sangat tinggi maqamnya yang melayakkan mereka menjadi ahli Mujtahid.

(Ingat kembali kualiti terpenting seseorang Mujtahid adalah pada “TAQWA nya, MUSYAHADAH WAJAH ALLAH, hampirnya dengan RUHANIYAH RASULULLAH, yang mana semua ini tidak mungkin diperoleh melainkan dari Madrasah Ahli Ma’rifat…!)

Cuba sebut saja mana2 Ulama Mujtahid dari keempat2 Mazhab Ahlus Sunnah, pasti di sana kita akan temui bahawa mereka adalah dari kalangan Ahli Sufi juga. Ini identity terpenting bagi membezakan antara Mujtahid Ahlus Sunnah dengan “ Ulama” tersesat golongan sesat Mu’tazilah, Jabariyyah, Khawarij, Syi’ah, Wahabiyyah dll. Dan kami sudah bentangkan secara jelas salah satu punca kesesatan “ulama2 batil”  ini adalah kerana mereka TIDAK memiliki Ilmu Ma’rifat, TIDAK mendapat didikan dari Madrasah Ahli Ma’rifat, maka menyebabkan mereka mentafsirkan Ayat Qur’an dan Hadith mengikut aqal pemikiran yang sempit atau bisikan Iblis La’natullah. Maka jadi mereka sesat dan menyesatkan. Wal Iyazubillah!

Hal ini, iaitu berkenaan Ulama Mujtahid Fiqh dari kalangan Ahlus Sunnah yang zahir dari Madrasah Sufi dipaparkan di dalam berbagai Kitab Ulama kemudian dari mereka seperti di dalam kitab2 :

Durrul Mukhtar (sebuah Kitab Klasik terkemuka Fiqh di dalam mazhab Hanafi) – Imam Alauddin Haskafi,

Kashful Khafa’ - Imam Ajluni,

Qutul Qulub – Imam Abu Talib Al Makki,

Risalah Qusyairiyyah – Imam Abdul Karim Al-Qushairi

Hasyiah Ibn Abideen – Imam Ibnu Abideen,

Ihya Ulumuddin – Imam Ghazali,

Tanwirul Qulub- Imam Amin Kurdi

Sirrus Salikin – Shaikh Abdus Samad Al Falimbani.

Risalah Ma'rifat - Shaikh Yahya Al Kholidi

Mari kita perhatian sebahgian dari kisah mereka :

Imam Abu Hanifah dan Imam Malik

Berguru dan menerima Ijazah Toriqah Sufi dari Imam Jaafar Siddiq. Imam Jaafar Siddiq adalah Tokoh Ilmuan Syari’at dan Marifat yang tiada tolok bandingnya pada zaman beliau. Perlu di tegaskan di sini, Imam Jaafar Siddiq adalah Ulama Ahlus Sunnah terkemuka dan BUKAN Syi’ah. Sepanjang hayat beliau, beliau TIDAK pernah mengaku Syi’ah, sebaliknya beliau mengutuk segala propaganda Syi’ah (rafidhi). Tetapi syi’ah (rafidhi) sememangnya manusia2 tak tahu malu mengaku Imam Jaafar Siddiq sebagai Imam mereka..!

Imam Shafie dan Imam Ahmad Ibnu Hambal

Berguru dan menerima Ijazah Sufi dari Imam Muza Kazim (anak Imam Jaafar Siddiq, seorang lagi tokoh Syari’at dan Ma’rifat ulung). Imam Shafie dan Imam Ahmad Ibnu Hambal juga menerima pendidikan keruhanian dari beberapa tokoh Ahli Sufi lain seperti Syaikh Syaiban dan Imam Ma’ruf Al-Kirkhi.

Kisah Imam Shafie dan Imam Ahmad Ibnu Hanbal berguru dengan Ahli Ma’riat @ Ahli Sufi di ceritakan oleh Imam Ghazali.

Kata Imam Ghazali di dalam Ihya :

"Imam Shafie pernah duduk di hadapan Shaikh Syaiban (Ulama Sufi) si pengembala, seperti duduknya seorang anak kecil di maktab, seraya bertanya : “ Bagaimana membuat itu dan ini?”

Maka di katakan kepada Imam Shafie : “Seperti engkau bertanya kepada badui ini?” Maka menjawab Imam Shafie :

“Sesungguhnya ini sesuai dengan apa yang kami lupakan.”

(Imam Shafie bertemu dengan Shaikh Syaiban, seorang Ahli Sufi untuk bertanyakan masalah agama)

Imam Ahmad bin Hambal dan Yahya bin Mu’in pula selalu pergi menjumpai Shaikh Ma’ruf Al-Kirkhi Radhiallahu Anh padahal dalam ilmu zohir tak adalah orang lain yang setingkat dengan keduanya.

Imam Ahmad dan Yahya menanyakan : “Bagaimana berbuat ini.” ( yakni mereka bertanyakan hal2 agama dengan Shaikh Ma’ruf Al-Kirkhi, seorang Ahli Sufi yang terkenal pada zaman itu, padahal kedua mereka adalah orang yang bijak didalam hal agama)

Sedang Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : ketika di tanyakan : Apa yang kami perbuat, apabila datang kepada kami suatu persoalan, yang kami tidak peroleh dalam kitab dan Sunnah?”

Maka Nabi menjawab :

“Tanyakan kepada orang2 soleh dan slesaikanlah dengan jalan bermusyawarah dengan mereka. (Tabarani dari Ibnu Abbas)

[Petikan dari kitab Ihya Ulumuddin]

[Penjelasan hampir serupa terdapat di dalam Qutul Qulub- Imam Abu Talib Al Makki dan Risalah Ma’rifat –Shaikh Yahya Al-Kholidi]

Imam Malik berkata :

"Barangsiapa amalkan fiqh tanpa bertasawwuf, maka ia fasiq, dan barangsiapa yang bertasawwuf tanpa memahami fiqh maka ia zindiq. Dan barangsiapa yang menghimpun antara keduanya, maka itu yang benar.”
[Ihya Ulumuddin, Sirrus Salikin, Risalah Ma’rifat]


Dinukil dari Diwan Imam Shafie:

Kata nasihat Imam Syafi’e kepada murid2nya :

“Berusahalah engkau menjadi seorang yg mempelajari ilmu fiqih dan juga menjalani Tasawwuf (jalan Ma’rifat – pent.) , dan janganlah kau hanya mengambil salah satunya. Sesungguhnya demi Allah saya benar-benar ingin memberikan nasehat padamu. Orang yag hanya mempelajari ilmu fiqih tapi tidak mau menjalani tasawwuf, maka hatinya tidak dapat merasakan kelazatan Taqwa. Sedangkan orang yg hanya menjalani Tasawwuf tapi tidak mau mempelajari ilmu Fiqih, maka bagaimana mampu dia menjadi baik.
[Diwan Imam Syafi’e]


Kata Imam Ahmad Ibnu Hanbal :

"Wahai anakku wajiblah diatas engkau mendampingi Ahli-Ahli Sufi itu, kerana mereka itu boleh menambahkan banyaknya Ilmu kita, menambahkan sifat takut dan taqwa kita kepada Allah Ta'ala dan Kasih kita kepada Allah Ta'ala."
[Risalah Qushairiyyah]


Imam Ajluni memetik kata2 Imam Shafie di dalam kitab beliau Kashful Khafa:

Berkata Imam Syafi’i “Saya berkumpul bersama orang-orang Sufi dan menerima tiga macam ilmu: Mereka mengajariku bagaimana berbicara, Mereka mengajariku bagaimana memperlakukan orang lain dengan kasih sayang dan kelembutan hati, Mereka membimbingku ke dalam jalan Tasawuf. (Jalan Ma’’rifat Ilahiyyah-pent)
[Kasyf al-Khafa - Imam ‘Ajluni]


Imam Ibnu Abideen, Ulama terkemuka Mazhab Hanafi menulis di dalam Hasyiah beliau :

“Ada seseorang datang kepada Imam Nawawi dan berkata : Aku datang dari Imam Abu Hanifah, maka Imam Nawawi berujar : "Engkau telah datang dari penduduk bumi yang sangat ahli ibadah”. Daripada sinilah kita dapat mengetahui bahwa para Imam Mujtahid dan ulama yang 'amilin mereka itu sebenarnya adalah orang-orang Sufi “
[Hasyiah Ibn Abideen ]

Memadailah dengan beberapa ungkapan kata2 Ulama Ahlus Sunnah ini, bahawa sesungguhnya kesemua Ulama Mujtahid Fiqh Ahlus Sunnah yang mengijtihadkan Fiqh, adalah sebenarnya telah memperoleh pendidikan didalam Madrasah Ahli Sufi dan akhirnya mereka juga menjadi Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi, iaitu Ulama Warisatul Anbiya’ yang muhaqqiq.

Kebanyakan ummat termasuklah penuntut2 muda akhir zaman ini hanya mengenal mereka sebagai Ulama Fiqh kerana mereka ijtihadkan hukum2 Fiqh sedangkan hakikatnya mereka semua adalah Ahli Ma’rifat yang tinggi kedudukannya di sisi Allah Ta’ala. (Akibat dari tidak mengenali Ulama2 Fiqh Ahlus Sunnah secara dekat dan benar, maka sering terjadi kepada anak2 muda kelulusan universiti ini terjebak kepada kefaham batil wahhabiyyah).


MAJLIS TAZKIRAH JILANI

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...