■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
KHILWAH / SULUK MENURUT AHLUS SUNNAH
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
SIRI 21 :
ِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
8.0 Sendi2 Utama dan Kunci kejayaan
Sendi Ke-7 : Banyak Diam
Kurangkan bercakap atau banyakkan diam adalah satu lagi Kunci Kejayaan Salikin.
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda:
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik ataupun diam.”
[Imam Bukhari, Imam Muslim]
Umumnya manusia suka bercakap. Ketika "bercakap" maka terjadilah kesalahan2. Ketika seseorang banyak bercakap, maka banyaklah kesalahannya. Apabila banyak kesalahannya, maka banyaklah dosanya. Banyaknya dosa yang dilakukan terus-menerus membawa kepada kefasikan.
Maksud percakapan / ucapan / berkata2 yang membawa kepada kefasikan adalah "percakapan" yang tidak perlu atau "percakapan" yang sia2, iaitu perkataan / ucapan yang tiada bermanfaat untuk Akhirat. Adapun ucapan, percakapan, perkataan ikhlas dan suci, yang benar2 bermanfaat pada Akhirat tidak termasuk percakapan tercela, sebaliknya terpuji dan disanjung tinggi.
Pengertian banyak bercakap yang membawa kebinasaan juga bukan sekadar "mengeluarkan kata2 dengan lidah / lisan" tetapi merangkumi segala bentuk perhubungan melalui "penulisan". Bahkan pada zaman ini bentuk "penulisan" lebih banyak menguasai manusia. Setiap hari ucapan2 kesesatan, ucapan kekufuran, tuduhan2 jahat, adu domba, fitnah tersebar melalui "lidah penulisan". Implikasinya sama.
Imam Ghazali Radhiallahu anhu, menyebutkan "Bahaya lidah dan keutamaan diam" di dalam Ihya Ulumuddin. Beliau huraikan 20 dosa yang terbit dari banyak berkata2. Sebahagian besar daripadanya menjerumuskan kepada dosa besar dan kefasikan.
Oleh kerana besarnya bahaya "lidah" dan keutamaan "diam", maka Salikin dilatih banyakkan diam. Ketika bersuluk, tidak dibenarkan berkata2 melainkan 7 patah perkataan sahaja. Mereka yang bercakap lebih dari itu akan dikenakan dam.
Pengecualian:
Beri salam atau menjawab salam tidak termasuk di dalam larangan tersebut. Demikian lagi belajar dan mengajar apabila diarahkan oleh Guru, tidak termasuk larangan ini.
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda:
“Barangsiapa yang menjamin untukku apa yang ada di antara kedua rahangnya (lidah) dan apa yang ada di antara kedua kakinya (kemaluan) maka aku menjamin untuknya Syurga.”
[Imam Bukhari]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda:
"Barangsiapa ingin selamat, maka hendaklah dia melazimkan diam"
[Imam Bayhaqi]
Betapa besarnya bahaya lisan dan betapa pentingnya "diam" sehingga Baginda ﷺ menghubungkan "diamnya" seseorang dengan "keselamatan" dan "Keimanan". Inilah sebabnya Ahli Ma'rifat melatih ahli suluk dengan banyakkan diam. Salikin yang sungguh2 mematuhi adab ini akan mencapai faedah yang amat banyak, terutama faedah penyucian hati dan proses pembinaan Keimanan yang sejati / Tauhid yang suci murni.
(1) Banyakkan diam akan menjauhkan seseorang dari terjerumus ke dalam dosa besar
(2) Dengan banyakkan diam, hati akan lebih mudah bersinar dengan cahaya Zikrullah.
(3) Banyakkan diam akan mendatangkan keluasan hati dan mudahkan Salikin melakukan Muraqabah dan Musyahadah kepada Allah Ta'ala.
Semua kelebihan di atas akan membantu salik / murid pada keseluruhan perjalanannya mencapai Ma'rifat dan Ubudiyyah.
SIRI 22 :
ِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
8.0 Sendi2 Utama dan Kunci kejayaan
Sendi Ke-8 : Kurangkan tidur
Di antara latihan2 terpenting bagi salikin adalah kurangkan tidur. Iaitu tidur sebentar waktu malam dan bangun serta hidupkannya dengan Zikrullah, Taubat dan Tahajjud.
✨🕌✨ Firman Allah Ta'ala :
وَمِنَ ٱلَّيۡلِ فَتَهَجَّدۡ بِهِۦ نَافِلَةً۬ لَّكَ عَسَىٰٓ أَن يَبۡعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامً۬ا مَّحۡمُودً۬ا
"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajjud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari Akhirat di tempat yang terpuji"
[Al-Israa' (17) : Ayat 79]
Kurangkan tidur serta hidupkan malam dengan berbagai ibadah mempunyai kesan yang sangat mendalam kepada Salikin. Suasana sunyi, gelap dan tenang memberikan ruang kepada Salikin untuk tafakkur dan merenung kepada Allah Ta'ala dengan sempurna.
Sebagaimana Junjungan Besar Rasulullah ﷺ melakukan khilwah di Gua Hira' di dalam suasana gelap dan sunyi, maka demikianlah Ahli Suluk dilatih mencontohi Ibadah Rasulullah ﷺ, tersebut, namun kebanyakan orang awam tidak mengerti akan hal ini. Bahkan sebahagian orang jahil menuduh amal soleh ini sebagai amalan "rahib" atau "pendeta". Wal Iyazubillah.
Di antara Ibadah2 yang dianjurkan kepada Salikin:
1. Solat Taubat
2. Solat Tahajjud
3. Solat Witr
4. Zikrullah
5. Muraqabah (bagi yang layak sahaja)
6. Musyahadah (bagi yang layak sahaja)
Solat Taubat, Solat Tahajjud dan Witr adalah pembukaan kepada kesucian hati... sementara Zikrullah, Muraqabah dan Musyahadah (menurut disiplin Jalan Ma'rifat) benar2 menyucikan hati dan menerbitkan Cahaya di dalam hati yang membuka kepada pintu2 Tauhid yang hakiki / Iman Sejati / Ma'rifat yang suci murni.
Ahli suluk disyaratkan tidur 3 atau 4 jam sehari semalam. Tidak lebih. Paling banyak adalah 4 jam sahaja. Jika mereka tidur lebih dari 4 jam, maka dikenakan dam.
Kebanyakan murid tidur 3 jam waktu malam dan 1 jam waktu siang dan mendapati cukup sihat untuk memenuhkan waktu dengan beribadah kepada Allah. Mereka tidak merasa malas atau mengantuk untuk melakukan ibadah. Sebaliknya tubuh mereka lebih segar dan lebih bertenaga meskipun waktu tidur dihadkan.
Apakah rahsia hal ini?
Rahsianya adalah : Zikrullah
Zikir yang banyak (dan disertai Solawat dan Taubat) yang berterusan akan menghidupkan hati dan ruh dan menyinarinya dengan Cahaya Ketuhanan. Di dalam suasana demikian, Hati dan ruh akan berada di dalam keadaan "jaga" (ready-mode) pada setiap waktu atau kebanyakan waktu. Sesungguhnya suasana tersebut adalah "ibarah daripada suasana kenikmatan Syurga yang nyaman, tenang, diliputi Rahmat dan Kasih Sayang Ilahi". Dengan demikian tubuh hanya memerlukan sedikit waktu untuk mencari kerehatan.
Sebahagian orang kurang yakin mereka mampu bertahan dengan hanya tidur selama 3 jam. Tetapi setelah mereka masuk Suluk, dan mujahadah dengan ikhlas, barulah mereka sedar akan kebenarannya, bahawa segala syarat yang ditetapkan oleh Masyaikh adalah benar dan terbaik.
SIRI 23 :
ِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
8.0 Sendi2 Utama dan Kunci kejayaan
Sendi Ke-9 : Sedekah
Kelebihan sedekah pada jalan Allah sudah pun diketahui umum. Allah Ta'ala menjanjikan ganjaran berlipat kali ganda bagi mereka yang bersedekah fi sabilillah sehingga tiada had.
✨🕌✨ Firman Allah Ta'ala :
مَثَلُ الَّذِيْنَ يُنْفِقُوْنَ اَمْوَالَهُمْ فِىسَبِيْلِ اللهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ اَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فىِ كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ وَاللهُ يُضَاغِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللهُ وَاسِعٌ عَلِيْمٌ
"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah, seumpama suatu biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai seratus biji, dan Allah melipat gandakan bagi orang yang dikehendaki dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) dan Maha Mengetahui.”
[Al-Baqarah (2) : ayat 261]
Sedekah ketika bersuluk mempunyai nilai yang sangat tinggi di sisi Allah Ta'ala kerana orang bersuluk sedang melakukan "Jihad yang besar". Iaitu jihad menentang hawa nafsu, bisikan syaitan dan dorongan2 dunia yang membinasakan. Yang kedua, mereka sedang "jihad" menyucikan hati daripada segala kesyirikan (syirik tersembunyi di dalam hati), sifat2 mazmumah (sifat2 keji di dalam hati) serta dosa2 batin yang lain. Yang ketiga mereka sedang "jihad" yang sungguh2 mengisi hati dan ruh mereka dengan Zikrullah yang membuahkan Keimanan dan Ketaqwaan.
Hamba2 Allah yang bersedekah untuk mendirikan tempat2 persulukan dan sediakan berbagai kemudahan untuk orang suluk seperti bekalan air, bekalan Letrik dan kemudahan2 lain, maka ia menjadi amal jariah yang mengalir terus ganjarannya selama dimanfaatkan oleh manusia yang datang kemudian. Bahkan sekalian Ibadah yang dilakukan oleh semua orang yang datang ke tempat tersebut, mengalir kelebihannya kepada hamba2 tersebut.
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda:
إِنَّ مِمَّا يَلْحَقُ الْمُؤْمِنَ مِنْ عَمَلِهِ وَحَسَنَاتِهِ بَعْدَ مَوْتِهِ عِلْمًا عَلَّمَهُ وَنَشَرَهُ وَوَلَدًا صَالِحًا تَرَكَهُ وَمُصْحَفًا وَرَّثَهُ أَوْ مَسْجِدًا بَنَاهُ أَوْ بَيْتًا لاِبْنِ السَّبِيلِ بَنَاهُ أَوْ نَهْرًا أَجْرَاهُ أَوْ صَدَقَةً أَخْرَجَهَا مِنْ مَالِهِ فِي صِحَّتِهِ وَحَيَاتِهِ يَلْحَقُهُ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهِ
“Sesungguhnya di antara amalan dan kebaikan seorang mukmin yang akan menemuinya setelah kematiannya adalah: ilmu yang diajarkan dan disebarkannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf yang diwariskannya, masjid yang dibangunnya, rumah untuk ibnu sabil (musafir) yang dibangunkannya, sungai (air) yang dialirkannya untuk umum, atau sedekah yang dikeluarkannya dari hartanya di waktu sihat dan semasa hidupnya, semua ini akan menemuinya setelah dia meninggal dunia”.
[Imam Ibnu Majah, Imam Al- Baihaqi]
SIRI 24 :
ِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
8.0 Sendi2 Utama dan Kunci kejayaan
Sendi Ke-10 : Matikan diri
Istilah "Matikan diri" adalah penghayatan kepada istilah "ingat mati" yang sudah diketahui umum.
Orang beriman dituntut "ingat mati" kerana dunia hanyalah tempat persinggahan, atau bagaikan tempat permainan penuh dugaan. Akhirat jua tempat kesudahan.
✨🕌✨ Firman Allah Ta'ala :
ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا لَهۡوٌ۬ وَلَعِبٌ۬ۚ وَإِنَّ ٱلدَّارَ ٱلۡأَخِرَةَ لَهِىَ ٱلۡحَيَوَانُۚ
"Kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri Akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya"
[Al-Ankabut (29) : ayat 64]
✨🕌 ✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
عَنْأَبِيْ يَعْلَى شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ .
" Orang yang cerdik (yang berakal) adalah orang yang mempersiapkan dirinya dan beramal untuk hari setelah kematian, sedangkan orang yang lemah (Iimannya) adalah orang yang jiwanya mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada Allah (bahawa Allah akan mengampuninya)."
[Imam Tirmizi]
Kebanyakan orang Islam tau istilah "ingat mati", "persediaan sebelum mati", "siapkan diri menghadapi kematian", "siapkan bekal untuk mati" dll yang serupa dengan istilah ini. Namun kebanyakannya tak dapat menghayatinya kerana mereka tak tahu bagaimana cara mengahayatinya.
Buktinya :
1. Anak derhaka kepada ibu bapa. Mereka tak ingat mati.
2. Isteri derhaka kepada suami, mereka tak ingat mati.
3. Orang kaya menindas orang miskin. Mereka lupa mati.
4. Orang Islam menipu daya, melakukan fitnah dan kezaliman kepada orang lain. Mereka lupa bahawa mereka akan mati.
5. Pemimpin menganiaya rakyat, menganiaya penda'wah, melakukan kerja2 kefasikan dan kekufuran. Mereka sedikit pun tak takut mereka akan menghadap Allah untuk menerima hukuman. Mereka lupa mati.
Apabila manusia tidak dapat menghayatinya "erti kematian", maka tidaklah sampai kepada maksud "ingat mati".
Murid yang menempuh jalan Ma'rifat diajar cara "menghayati" maksud "Ingat mati". Mereka bukan diajar teori berkenaan "ingat mati" tetapi dilatih menghayati erti kematian.
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda:
"Sembahlah Allah seolah2 kamu melihat-Nya. Hitunglah dirimu dalam golongan yang sudah mati."
[Imam At-Thabrani]
Di antara latihan tersebut adalah :
1. Siapkan "kubur" atau "kelambu suluk" yang dijadikan ruang bagi salikin beribadah. Salikin dilatih sentiasa duduk di dalam "kubur" / "kelambu suluk"
2. Ingat seolah2 sudah mati, ingat segala dosa2 yang lalu dan terus-menerus bertaubat.
3. Lupakan sementara segala perniagaan, pekerjaan atau urusan2 dunia yang lain dan tumpukan sepenuh perhatian kepada Allah semata2.
Latihan2 ini mempunyai kesan yang sangat mendalam sehingga akhirnya menjadi darah daging dan penghayatan kepada erti "ingat mati". Setelah dia keluar suluk, "penghayatan ingat mati" atau "matikan diri" terus menguasainya.
SIRI 25 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
9.0 Silibus Pendidikan Persulukan
==========================
Sebagai peringatan semula : Suluk / Khilwah adalah Kaedah intensif yang telah diijtihad oleh Ulama Ahlus Sunnah yang Mu'tabar bagi menyempurnakan matlamat keseluruhan Jalan Ma'rifat, iaitu : Penyucian hati daripada sekalian kekotoran ma'nawiyyah ( Syirik khafi, Mazmumah, Ghaflah, Aghyar,), Pembinaan jiwa2 murni yang bercahaya dengan cahaya Ketuhanan, sehingga akhirnya mencapai Ma'rifat (tauhid yang hakiki) dan Ubudiyyah (perhambaan) setulus hati.
Juga peringatan semula : Yang dimaksudkan dengan "Jalan Ma'rifat" adalah "Jalan Rasulullah", "Manhaj Pendidikan Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah" yang diwarisi turun- temurun oleh sekalian Masyaikh Ahlus Sunnah daripada Junjungan Nabi, tanpa putus atau cacat cela, yang benar2 terpelihara keaslian dan kesuciannya.
Dengan demikian Silibus Pendidikan di dalam Suluk / Khilwah terdiri dari beberapa kaedah dan latihan2 khusus bagi menyempurnakan matlamat tersebut. Kaedah dan Latihan khusus ini tertumpu kepada 3 bentuk yang juga merupakan 3 tingkatan Latihan :
Pertama : Zikrullah
Kedua : Muraqabah
Ketiga : Musyahadah
Silibus bagi ketiga2 bentuk latihan ini tersusun lengkap bermula dari peringkat Mubtadi (tingkatan permulaan), Mutawassit (pertengahan) dan Muntahi (tingkatan kesudahan). Keseluruhan Sistem ini hanya wujud pada Warisatul Anbiya yang siddiq (Mursyid yang siddiq), sebahagiannya disuratkan (ditulis di dalam kitab2 atau risalah2) dan sebahagian lagi hanya wujud di dalam dada Pewaris Nabi (tidak disuratkan atau ditulis), sebagai suatu rahsia Ketuhanan yang menjadi Amanah terbesar atas Pewaris Nabi. Rahsia2 Ketuhanan ini hanya akan dilimpahkan kepada manusia2 terpilih khusus oleh Allah, yang benar2 layak menerimanya.
Dengan penjagaan2 serta adab2 yang tegas ini, Ahlus Sunnah akan tetap terpelihara daripada kesesatan atau kehancuran sampai Qiamat. Sedangkan kelompok orang Islam yang menyeleweng dari Sunnah seperti Syi'ah (rafidhi), Khawarij (Wahhabiyyah), Mujassimah, Musyabbihah, Mu'tazilah, Jabariyyah, Batiniyah dll nya berjumlah 72 golongan akan binasa. Wal Iyazubillah.
Berkata Sulton Auliya Al-Imam Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani رضي الله عه :
"Ilmu tersebut (iaitu Ilmu Rahsia yang tersangat rahsia) dimasukkan kepada Nabi ﷺ pada malam Baginda Mi'raj kepada Tuhannya. Rahsia itu tersembunyi di dalam diri Baginda di balik tiga ribu tabir hijab. Baginda tidak membuka rahasia tersebut melainkan kepada sebahagian pengikut Baginda yang sangat cinta dengan Baginda. Melalui penyebaran dan keberkatan Rahasia inilah Islam (Ahlus Sunnah) akan terus memerintah sehingga ke hari Qiamat."
[Sirrul Asrar Fi-ma-Yahtaju Ilayhil Abrar]
SIRI 26 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
9.0 Silibus Pendidikan
sambungan....
Pertama : Zikrullah — 10 Tingkatan
(1) Zikir Lisan / lidah / lafaz
Zikir ini adalah menyebut Ismuz - Zat (nama2 Allah Yang Maha Agung) dengan keluarkan suara serta ingatan di dalam hati sanubari. Iaitu menyebut dengan lidah akan Kalimah " Allah Allah" atau La Ilaha Illallah atau menyebut " Ya Hayyu Ya Qayyum", atau Ya Qahhar, Ya Latiff, atau Nama2 Allah yang lain berulang2.
(2) Zikir Qalbi
Semata2 menyebut / mengingat Allah di dalam hati sanubari tanpa lafaz lisan. Atau dikatakan : mengingat Allah terus menerus di dalam hati sanubari. Iaitu mengulang2 Kalimat Allah Allah di dalam hati sanubari tanpa suara.
(3) Zikir Lataif
(4) Zikir Nafi Ithbat
(5) Zikir Wuquf Qalbi
(6) Zikir Nafas
(7) Zikir Ruhani
(8) Zikit Nurani
(9) Zikir Ruh
(10) Zikir Sirr
Setiap zikir di atas adalah Zikir Darjat (Zikir yang meningkatkan keimanan), yang mempunyai Syarat, Peraturan dan Kaifiyyat mengamalkannya. Cara2 amalkannya akan diajar oleh Mursyid yang memimpinnya sesuai dengan peningkatan keruhanian seseorang murid.
Kedua : Muraqabah — 7 Tingkatan
Maksud Muraqabah : Merenung kepada Allah Ta'ala menurut kaifiyyat dan syarat2nya. Atau dikatakan : Menunggu petunjuk Allah pada lataif tertentu menurut syarat dan kaifiyyatnya.
Dalil Muraqabah :
✨🕌✨ Firman Allah Ta'ala :
وَٱذۡكُرِ ٱسۡمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلۡ إِلَيۡهِ تَبۡتِيلاً۬
"Sebut olehmu akan nama Tuhanmu dan renung olehmu kepada Tuhanmu dengan sebenar2 renungan (muraqabah)"
[Al-Muzzaammil (73) : Ayat 8]
Tujuh Tingkatan Muraqabah :
(1) Muraqabah Ahadiyyah
(2) Muraqabah Ma'iyyah
(3) Muraqabah Aqrabiyyah
(4) Muraqabah Ma'budiyyah
(5) Muraqabah Mahabbah
(6) Muraqabah Zat Sarfi — 8 cabang
(7) Muraqabah Zat Mutlaq — 8 cabang
Ketiga : Musyahadah — 6 Tingkatan
Maksud Musyahadah : Memandang Zat Allah yang Laisa Kamithlihi Syai'un, mengikut syarat dan kaifiyyat tertentu.
Dalil Musyahadah :
✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda :
أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ
"Ihsan ialah engkau beribadah kepada Allah seolah2 engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia (Allah) melihat engkau"
[Imam Muslim, Imam Abu Dawud, Imam Tirmizi, Imam Ahmad]
Enam Tingkatan Musyahadah:
(1) Musyahadah Mutlaq
(2) Musyahadah Mujalisah
(3) Musyahadah Mutoli'ah
(4) Musyahadah Mukafahah
(5) Musyahadah Muqobilah
(6) Musyahadah Mukasyafah
Peringatan / Amaran :
================
1. Setiap Zikir, Muraqabah dan Musyahadah tersebut mempunyai adab, syarat, peraturan dan kaifiyyat tersendiri. Semua ini adalah Ijtihad Ahli Ma'rifat berdasarkan Al Qur'an, Hadith dan Ijma Qias Ulama Mu'tabar. Rahsia2 Zikir, Muraqabah dan Musyahadah tersimpan rapi di dalam diri Pewaris Nabi (Ahli Sufi / Mursyid yang siddiq). Tidak diajar melainkan kepada mereka yang benar2 sedia mematuhi adab2 dan syarat2nya.
2. Murid yang sudah Bai'at dan amalkannya dilarang keras sebarkan kaifiyyat tersebut kepada yang bukan ahlinya.
3. Orang awam yang belum Bai'at dengan Mursyid yang siddiq dilarang keras amalkan mana2 zikir atau Muraqabah atau Musyahadah.
4. Murid yang sudah putus Bai'atnya, akibat beberapa pelanggaran, maka dia juga dilarang amalkannya.
SIRI 27 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
10.0 Proses Penyucian hati
Proses penyucian hati melibatkan usaha yang sungguh2 bagi hapuskan berbagai bentuk kekotoran ma'nawiyyah dengan pimpinan Mursyid, Pewaris Nabi yang siddiq.
Pertama : Hapuskan Syirik khafi
Syirik Khafi adalah syirik tersembunyi di dalam hati ; iaitu Takabbur, Sum'ah, Riya', Ujub, Tawakkal bi Gharillah
Kedua : Hapuskan Sifat2 mazmumah (sifat kekejian)
Mujahadah hapuskan sifat2 keji yang bersarang di dalam hati — hasad, khianat, bakhil, adu domba, mengumpat, tajassus, dusta, fitnah dll.
Ketiga : Hapuskan ghaflah (kelalaian)
Mujahadah hapuskan ghaflah, yang menjadi sebab2 manusia lupa Syukur kepada Allah, lupa segala Ni'mat2 Kurnia Allah yang tidak terkira banyaknya, tidak khusyu di dalam solat dan ibadah lain, lupa kepada Amaran Allah, lupa kepada suruhan dan larangan Allah sehingga menjadi manusia zalim. tidak ikhlas di dalam Ibadah kerana Ibadah hanyalah bagaikan "rutin yang diulang2".
Keempat : Hapuskan Aghyar (sesuatu selain Allah)
Aghyar adalah perkara2 yang asalnya "harus" tetapi boleh menjerumuskan seseorang kepada kebinasaan kerana tidak berhati2 mengendalikan atau menggunakannya.
Inilah Kejayaan dan kemenangan!
Setelah seseorang salikin menempuh perjalanan yang jauh dan mencabar ini, dengan pimpinan Mursyid, Pewaris Nabi yang siddiq, sehingga berjaya di dalam mujahadahnya, maka inilah langkah permulaan bagi memperoleh Keimanan sejati / Tauhid yang hakiki. Inilah keberuntungan dan kemenangan terbesar.
🌟🕌🌟 Firman Allah:
قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّٮٰهَا وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّٮٰهَا
“Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan merugilah orang yang mengotorinya”
[Asy-Syams (91) : ayat 9-10]
Inilah Matlamat sekalian Anbiya dan Mursalin yang diutuskan ke muka bumi, iaitu mendidik jiwa manusia tunduk kepada Allah dengan sucikan batin mereka. Rasulullah ﷺ bukan sahaja diperintahkan da'wah mengajak manusia kepada Islam, tetapi lebih khusus adalah Perintah Allah supaya sucikan batin mereka bagi memperoleh kecemerlangan dan kemenangan di Sisi Allah.
✨🕌✨Firman Allah :
هُوَ ٱلَّذِى بَعَثَ فِى ٱلۡأُمِّيِّـۧنَ رَسُولاً۬ مِّنۡہُمۡ يَتۡلُواْ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتِهِۦ وَيُزَكِّيہِمۡ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَإِن كَانُواْ مِن قَبۡلُ لَفِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ۬
“Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (Ilmu rahsia dan pengetahuan mendalam). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata.”
[Al-Jumu’ah (62) : ayat 2]
Inilah latihan2 intensif di dalam Suluk bagi memperoleh kesucian hati menepati Kehendak Allah dan Rasul-Nya.
SIRI 28 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
10.0 Proses Penyucian hati
sambungan...
Sebagaimana kami telah menyebut pada beberapa kesempatan sebelum ini, Proses penyucian hati adalah Langkah pertama ke arah pencapaian Keimanan Sejati / Tauhid yang hakiki, Tauhid yang benar2 suci bersih dari sebarang kesyirikan (syirik khafi). Inilah Manhaj sebenar Al-Qur'an dan Sunnah Nabi ﷺ dan satu2nya jalan kemenangan di Sisi Allah.
🌟🕌🌟 Firman Allah:
قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّٮٰهَا وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّٮٰهَا
“Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan merugilah orang yang mengotorinya”
[Asy-Syams (91) : ayat 9-10]
Tanpa melalui proses penyucian hati yang telah dilaksanakan oleh Junjungan Besar Rasulullah ﷺ, yang kemudian di warisi turun temurun oleh sekalian Masyaikh Ahlus Sunnah (Mursyid, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat, Warisatul Anbiya dan sebenar) manusia Muslim tidak akan mencapai Keimanan Sejati / Tauhid yang hakiki / Ma'rifat yang suci murni. ; iaitu tanpa sungguh2 berusaha menyucikan hati dan sungguh2 mujahadah melawan sekalian nafsu2 kejahatan sehingga tumpas semuanya dan terus-menerus berzikir sehingga hatinya bersinar dengan cahaya Rabbaniyyah dengan pimpinan Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq, maka tidak mungkin seseorang muslim memperoleh Keimanan sejati / Tauhid yang suci murni. Mereka tetap akan berada di dalam tingkatan keimanan orang awam yang bergelumang dengan kekeruhan hati, kekejian dan sifat nifaq.
Meskipun boleh jadi dia seorang yang bergelar cerdik pandai Agama atau mempunyai ijazah bergulung2, namun dia tidak akan memperoleh Tauhid yang murni, dia akan sentiasa di dalam keadaan was-was, syak atau zonn. Syirik Khafi akan sentiasa membayangi hidupnya. Dia sentiasa terdedah kepada Riya', 'ujub, Sum'ah, Takabbur dan tawakkal kepada makhluq. Dia tak dapat hapuskan segala kekejian hati. Dia tidak akan dapat khusyu di dalam Solat. Dia tidak akan dapat ikhlas yang hakiki.
Contoh terbaik bagi kenyataan di atas adalah kisah Imam Ghazali Radhiallahu anhu. Pada awal perjuangan hidup, beliau adalah seorang alim fiqh, dan alim di dalam berbagai disiplin ilmu sehingga tiada seorang pun Ulama sezamannya mampu menandingi beliau di dalam Ilmu Syari'at. Namun ketika beliau di kemuncak keilmuan dan nama beliau dijulang demikian tinggi di kalangan sarjana2 Muslim satu dunia, beliau merasakan di dalam hati beliau bahawa beliau tidak ikhlas. Beliau merasakan diri beliau dijurang kebinasaan jika beliau tidak berubah.
Kata Imam Ghazali :
“Aku lihat diriku tenggelam dalam samudera godaan dan rintangan. Segala pekerjaanku dan yang terbaik ialah mengajar dan mendidik kutinjau sedalam-dalamnya. Jelas, aku sedang memperhatikan beberapa ilmu yang tidak penting untuk perjalanan ke akhirat. Apa niat dan tujuanku dengan mengajar dan mendidik, nyatalah tidak sebenarnya ikhlas yang murni kerana Allah Taala, melainkan dicampuri oleh pengaruh ingin kepada kedudukan dan kemasyhuran. Maka terasalah kepadaku bahwa aku sedang berdiri di pinggir jurang yang curam , di atas tebing yang hampir gugur. Aku akan dijatuhkan ke neraka jika tidak segera merubah sikap. "
[Munqiz Min-Adh-Dholal]
Diringkaskan kisah, Imam Ghazali tinggalkan segala jawatan, kedudukan, pangkat dan kemasyhuran lalu berguru kepada Mursyid, Pewaris Nabi yang siddiq. Beliau berkhidmat kepada Mursyid beliau dan bersuluk selama 11 tahun, sehingga akhirnya Allah Ta'ala Kurniakan beliau Tauhid yang suci murni / Ma'rifat yang tahqiq.
Imam Ghazali adalah contoh terbaik sepanjang zaman bagi sekalian ilmuan / ustad2 / muallim / cerdik pandai Agama. Jika dibandingkan ilmu mereka dengan Ilmu Imam Ghazali... mereka ini hanyalah bagaikan debu di tapak kaki Imam Ghazali.
SIRI 29 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
11.0 Tingkatan Pencapaian Salikin
=========================
Tingkatan Pencapaian Salikin yang menempuh jalan Ma'rifat dengan pimpinan Mursyid, Pewaris Nabi yang siddiq terdiri dari 5 Tingkatan Tauhid:
Tingkatan 1 : Maqam Tauhid Af'al
Tingkatan 2 : Maqam Tauhid Asma'
Tingkatan 3 : Maqam Tauhid Sifat
Tingkatan 4 : Maqam Tauhid Zat
Tingkatan 5 : Maqam Kesempurnaan Tauhid Zat / Tajalli Zat
Setiap Tingkatan Tauhid ini terdiri dari beberapa darjat yang lain yang bercabang2, masing2 dengan Amanah tersendiri. Sesungguhnya setiap Maqam ini adalah semata2 Anugerah Allah Ta'ala kepada Salikin yang telah mujahadah sungguh2 pada Jalan-Nya dengan pimpinan Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq.
✨🕌✨ Firman Allah :
وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ
“Dan orang2 yang bersungguh-sungguh pada jalan Kami nescaya Kami tunjukkan mereka jalannya. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang berbuat ihsan”
[Al-Ankaboot (29) : ayat 69]
Sebagaimana kita telah bicarakan hal ini di dalam beberapa siri yang telah lalu, sesungguhnya Pencapaian Tauhid inilah sebenar2 Tauhid, iaitu Tauhid yang terbit dari hati yang suci bersih dari kekotoran ma'nawiyyah yang menutup pandangan mata hati. Inilah Ma'rifat dan Ubudiyyah yang dituntut oleh Allah Ta'ala sebagaimana Isyarat-Nya....
Firman Allah:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
“Dan tidaklah Aku ciptakan Jin dan Manusia kecuali untuk berubudiyyah kepadaku”
[Adz-Dzaariyaat (51) : ayat 56]
Kata Ibnu Abbas Radhiallahu anhu
"Pengertian " يَعْبُدُونِ " (Ya'budun) pada ayat ini adalah " يعرفون " (ya'rifun), iaitu mengenal Allah dan berubudiyyah kepada-Nya, (bukan dengan maksud fahaman ibadah yang sempit)"
[Tafsir Ibnu Abbas]
✨🕌✨Berkata Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu,
"Manusia tidak akan mampu beribadah secara sempurna kepada Allah tanpa ma'rifat yang sebenar. Ma'rifat dapat terwujud setelah hilangnya segala sesuatu yang menghalangi cermin hati dengan terus sungguh2 membersihkannya sehingga manusia dapat melihat indahnya sesuatu yang terpendam dan tertutup di dalam rasa di lubuk hati."
[Sirrul Asrar Fi-Ma-Yahtaju Ilayhil-Abrar]
Penjelasan tambahan:
Ungkapan " يَعْبُدُونِ " (Ya'budun) = Ubudiyyah itu pada hakikatnya adalah "Perhambaan" dan bukan semata² ibadah. Ini kerana pengertian "ibadah" adalah umum meliputi semua manusia. orang kafir pun melakukan Ibadat. Orang Musyrik pun beribadat. Golongan sesat dan munafiq pun beribadat.
Berbeza dengan ungkapan ubudiyyah, yang membawa pengertian yang amat suci dan mulia — penyerahan diri sebagai hamba yang faqir di hadapan Allah. Ubudiyyah yang sebenar tak mampu dilakukan oleh seseorang melainkan dia mengenal Allah dari dalam hatinya, melalui cahaya hati yang memperoleh Limpahan Cahaya Rabbaniyyah
Setiap Salikin yang mujahadah sungguh2, menempuh perjalanan yang panjang dengan penuh keikhlasan serta kesabaran, dan mematuhi sekalian adab2nya, maka akan terbuka baginya pintu2 Tauhid yang hakiki ini. Maka jadilah dia hamba Allah yang kenal Allah dengan sebenarnya dan ubudiyyah setulus hati. Mengenal Allah dan ubudiyyah ini BUKAN fikir aqal, BUKAN berhujjah2, BUKAN berdebat2 berkenaan Ketuhanan, sebaliknya ia adalah pancaran Cahaya Ketuhanan kepada Salikin yang melaluinya dia melihat kepada Ketuhanan. Inilah Tauhid yang hakiki.
✨🕌✨ Firman Allah :
أَفَمَن شَرَحَ ٱللَّهُ صَدۡرَهُ ۥ لِلۡإِسۡلَـٰمِ فَهُوَ عَلَىٰ نُورٍ۬ مِّن رَّبِّهِۦۚ
“Apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya (untuk) berserah diri lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang tertutup mata hatinya?)
[Az Zumar (39) : ayat 22]
SIRI 30 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
12.0 Penjelasan Ringkas :
Pencapaian Tauhid hakiki
==================
Ini suatu penjelasan ringkas berkenaan pencapaian Tauhid oleh sekalian Salikin yang mujahadah pada jalan Allah, iaitu jalan Ma'rifat yang dipimpin oleh Mursyid, Pewaris Nabi yang siddiq.
12.1 Fakta2 penting Tauhid hakiki / Iman sejati / Ma'rifat suci murni
Fakta 1: Tauhid yang benar dari Penghayatan hati dan ruh
Sesungguhnya pencapaian Tauhid oleh sekalian salikin adalah sebenar2 Tauhid, yang terbit dari hati yang suci bersih daripada kesyirikan atau kekejian. Inilah sebenar2 Tauhid yang tiada waham, syak atau zonn, di dalamnya. Salikin yang diKurniakan oleh Allah "Tauhid yang suci murni" menghayatinya dari dalam hati dan ruhnya, bukan sekadar mengulang2 teori aqal tentang Ketuhanan, bukan sekadar orang yang petah berhujjah sedangkan batinnya kosong.
Fakta 2: Mujahadah pada Jalan Ma'rifat
Tauhid yang suci murni ini hanya terhasil setelah seseorang Islam mujahadah sungguh2 pada Jalan Ma'rifat dengan mematuhi sekalian Syarat dan adab2nya. Belajar menyucikan hati dan menundukkan nafsu2 kerendahan, berusaha merawat penyakit batinnya yang amat berat — ego takabbur, 'ujub, riya', sum'ah dll.
Fakta 3 : Pemimpinnya Mursyid, Pewaris Nabi yang Siddiq
Sesungguhnya Pemimpin yang menunjukki Jalan memperoleh Tauhid yang hakiki ini adalah Mursyid, Pewaris Nabi yang Siddiq. Merekalah dan hanya mereka yang mewarisi Ilmu Rasulullah ﷺ zahir dan batin. Allah Ta'ala Kurniakan mereka Rahsia2 Ketuhanan dan rahsia2 kehambaan yang dengannya mereka memimpin manusia mencapai Keimanan Sejati / Ma'rifat suci murni.
Fakta 4: Mengenal Allah melalui pancaran Cahaya Ilahiyyah
Ketika hati salik telah suci bersih dari segala penyakit2 hati dan mula bersinar dengan cahaya Zikrullah yang meliputi seluruh tubuhnya, maka ketika itu Allah Ta'ala Yang Maha Pemurah Melimpahkan Nur Rabbaniyyah (cahaya Ketuhanan) ke dalam hatinya . Maka melihatlah Salikin kepada Ketuhanan melalui pancaran Cahaya Ilahi ini tanpa sebarang kaifiyyat atau cara.
Fakta 5 : Ainul yaqin, Haqqul Yakin, Kamalul Yaqin
Salikin yang telah mencapai Tauhid yang hakiki / Iman sejati ini tidak lagi bergantung kepada dalil2 untuk beriman kepada Allah sebagaimana orang awam. Orang islam awam memerlukan dalil dan hujjah2 aqal untuk percaya wujud Allah dan Sifat2-Nya, Asma'-Nya dan Af'al-Nya. Sedangkan Salikin "melihat wujud Allah dari dalam hati". Mereka dibukakan oleh Allah "mata-hati" menyaksikan sekalian Af'al, Asma', Sifat dan Zat Allah dengan penuh keyakinan. Inilah Ainul Yaqin, Haqqul Yakin dan Kamalul Yaqin.
Fakta 6: Tauhid Salikin bertingkat2
Pencapaian Tauhid yang hakiki yang dicapai oleh Salikin bukan satu darjat melainkan bertingkat2 bermula dari Maqam Af'al, kemudian Maqam Asma', kemudian Maqam Sifat, Kemudian Maqam Zat dan Maqam Tajalli Zat.
Fakta 7 : Tingkat pertama Tauhid — Maqam Af'al
Permulaan Pencapaian Tauhid hakiki ini adalah "Maqam Tauhid Af'al", iaitu Esakan Allah Ta'ala pada Af'al-Nya. (Perbuatan-Nya). Ketika itu Salikin akan melihat sekalian Perbuatan Allah mentadbir dan Menjalankan sekalian makhluk-Nya.
Fakta 8 : Pilihan Allah / Anugerah Allah
Pembukaan mata hati dan Maqam2 Tauhid yang hakiki adalah Kehendak Allah Ta'ala semata2, bukan kehendak atau pilihan Guru yang memimpinnya. Gurunya hanya menzahirkan (isytiharkan) Pencapaian murid2nya berdasarkan Kehendak Allah.
Fakta 9 : Kewajipan setiap Muslim
Setiap Muslim wajib berusaha mencapai Tauhid yang hakiki ini. Mereka wajib mencari Mursyid, Pewaris Nabi yang siddiq (benar) agar mereka dipimpin kepada Allah bagi mencapai Keimanan sejati.
Bersambung siri 31 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
__________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment