Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
BAHTERA RASULULLAH ﷺ SEPANJANG ZAMAN
Kehidupan manusia di muka bumi
bagaikan menempuh samudera luas yang tidak bertepi. Masing2 berenang mengikut sangkaan
masing2. Masing2 berenang menuju ke arah
yang mereka sangka itu destinasinya.
Sebahagian besar manusia yang
merenangi samudera luas itu hilang pedoman kerana tiada yang menunjukki mereka
jalannya. Apabila mereka tidak menemui
pantainya, mereka berenang ke arah lain. Demikian mereka berulang2 arah tanpa
tujuan tertentu.
Dalam suasana demikian, sebuah
" Bahtera " belayar melintasi mereka.
Pengemudi Bahtera melambai-lambai mengajak mereka menaikinya. Namun kebanyakan manusia enggan menaikinya
kerana Bahtera tersebut "kelihatan lusuh" dan Pengemudi kapal
"kelihatan seperti orang miskin".
Mereka ragu-ragu dan tidak percaya.
Hanya sebahagian kecil manusia menghampiri "Bahtera" itu lalu
menaikinya.
Bahtera terus belayar merentasi
zaman. Ia telah menempuh perjalanan
selama ratusan tahun dan ia terus belayar tanpa henti sehingga kini dan akan
terus berlayar sehingga Qiamat. Itulah
pelabuhan terakhirnya.
Inilah Bahtera Rasulullah ﷺ yang telah berlayar sekian lama sejak
hayat Rasulullah ﷺ.
Para Pewaris Nabi yang terpilih terus mengemudi Bahtera "Asing dan
Sepi" ini setelah kewafatan
Baginda. Mereka adalah Kekasih Allah
Ta'ala yang Dia pilih menjadi Pewaris Baginda, sebagaimana Isyarat-Nya melalui
Kalam Yang Agung....
Firman Allah :
سُوۡرَةُ فَاطِر
ثُمَّ
أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬
لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ
ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ
“Kemudian Kami jadikan Al-Kitab (Al-Quran) itu
diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka
di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak
mengindahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan
di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan
dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah Kurnia yang besar (dari Allah
semata-mata).
[Faathir (35) : Ayat 32]
Menurut tafsiran
Ulama Ahlus Sunnah yang dimaksudkan
dengan “Kitab” adalah Al-Qur’an, dan
maksud ayat Allah “yang Kami pilih dari kalangan
hamba2 Kami” adalah ditujukan kepada
Warisatul Anbiya yang sebenar iaitu Mursyid yang Siddiq / Ahli Ma'rifat
yang benar2 kenal Allah, mencapai Maqam Tauhid yang sempurna.
Berkata Imam Jilani:
“Orang2
yang berilmu dan hikmah (Mursyid / Ahli
Ma'rifat) adalah hamba Allah yang sejati yang di pilih-Nya untuk menerima
“Risalah-Risalah dari pengajaran-Nya”.
Allah melimpahkan mereka ilmu dan hikmah dan dengan ilmu hikmah itulah
mereka menjadi manusia yang lebih tinggi darjatnya dari manusia lain. Mereka
berhubung dengan Nabi melalui perasaan yang halus dan dengan aqal yang
bijaksana. (baca : Kehalusan Ma’rifat Ilahiyyah atau disebut juga kasyaf
Ilahiyyah)
Allah memuji mereka yang memiliki
ilmu Hikmah dengan Firman-Nya :
ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا
مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ
سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ
[Tamat petikan : Sirrul-Asrar Fi-ma-Yahtaju Iyahil-Abrar]
Dari Ayat
Qur'an ini berserta tafsirannya oleh Imam Jilani, kunci perkataan yang perlu direnungi
di sini adalah:
( ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ )
"Yang
Kami (Allah) pilih dari kalangan hamba pilihan Kami"
Ertinya ayat ini mengisyaratkan
dengan jelas bahawa sesungguhnya Allah Ta'ala yang memilih Pewaris Nabi yang
siddiq ini dari kalangan manusia untuk menyambung Risalah Baginda. Mereka ini
kemudiannya dikenali sebagai Mursyid yang Siddiq (benar) / Ahli Ma'rifat / Ahli
Sufi.
Mereka adalah mulai dari para
Sahabat Khulafa Ar-Rasyidin,
disambung oleh Ulama Tabiin,
disambung oleh Tabiit-Tabiin,
disambung oleh Imam2,
Shaikh
kemudiannya sampai Qiamat.
Bahtera Rasulullah ﷺ yang dikemudi oleh sekalian Mursyid yang
Siddiq akan terus belayar merentasi zaman.
Mereka menyebarkan Cahaya Ilahi ke seluruh pelusuk bumi. Manusia
yang benar2 mencari Allah Ta'ala dengan
penuh keikhlasan akan diperlihatkan "Cahaya" ini. Mereka akan menaikinya dengan penuh
keyakinan dan sampailah ke destinasi terakhir dengan penuh kebahagiaan. Sesungguhnya ini kemenangan terbesar, iaitu
masuk Syurga tanpa hisab...!
Firman Allah :
إِنَّ ٱلَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ
ٱللَّهَ يَدُ ٱللَّهِ فَوۡقَ أَيۡدِيہِمۡۚ فَمَن نَّكَثَ فَإِنَّمَا يَنكُثُ عَلَىٰ
نَفۡسِهِۦۖ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِمَا عَـٰهَدَ عَلَيۡهُ ٱللَّهَ فَسَيُؤۡتِيهِ أَجۡرًا
عَظِيمً۬ا
Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu
(wahai Muhammad), mereka hanya sanya memberikan pengakuan taat setia kepada
Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk
membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka
bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya dan sesiapa yang
menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan
memberi kepadanya ganjaran yang besar.
[Al-Fath (48) : Ayat 10]
Ayat ini... (أَجۡرًا عَظِيمً۬ا) (Ganjaran Terbesar) ditafsir
sebagai "Masuk Syurga Tanpa Hisab"
Mursyid yang siddiq berpegang
kepada Mursyidnya yang siddiq, Beliau seterusnya berpegang pula kepada Guru
beliau, demikian seterusnya sehingga akhir sekali berpegang kepada Tangan
Junjungan Besar Rasulullah ﷺ.
Baginda akan pimpin sekalian Ahli Silsilah ini berserta pendokong2
mereka masuk Syurga tanpa hisab.
Hal ini dijelaskan lagi oleh
Hadith Rasulullah ﷺ
Rasululllah ﷺ bersabda :
عَجِبَ اللَّهُ مِنْ قَوْمٍ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ
فِى السَّلاَسِلِ.
“Ajib
(Hairan) oleh Allah dengan orang-orang
yang masuk syurga berantai-rantai ( bertali-tali).”
[Imam Bukhari]
Rasululllah ﷺ bersabda :
لَقَدْ عَجِبَ رَبُّنَا عَزَّ وَجَلَّ مِنْ قَوْمٍ
يُقَادُونَ إِلَى الْجَنَّةِ فِى السَّلاَسِلِ.
“Sungguh
ajib (Hairan) oleh Allah akan dengan
orang-orang yang ditarik untuk masuk ke syurga berantai rantai.”
[Imam Ahmad]
Sesungguhnya mereka yang diperlihatkan
"Cahaya Kebenaran" ini telah memperoleh faedah amat besar....!
Allahu Allah
Allahu Ya Allah
Allahu Akbar Walillahil-Hamd
❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇❇️
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇❇
No comments:
Post a Comment