Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Jika IMAN dan TAQWA itu sahaja
bekal yang dibawa menghadap Allah, apakah cara yang benar untuk mencapai Iman
dan Taqwa yang hakiki?
Apakah Wasilah dan Manhaj yang
benar menurut Ahlus Sunnah untuk mencapai Iman / Tauhid yang hakiki?
Jawapannya:
Jalan sebenar untuk mencapainya adalah dengan cara menyucikan hati
seseorang sehingga benar2 bersih. Cuma
dari hati yang benar2 suci bersih ini akan terpancar cahaya keimanan yang
hakiki. Cuma dari hati yang suci ini
akan terbit Taqwa dan Ma’rifat yang sebenar.
Firman Allah:
قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّٮٰهَا وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّٮٰهَا
“Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan merugilah orang yang mengotorinya”
[Asy-Syams (91)
: ayat 9-10]
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging
apabila baik ia, nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan apabila jahat ia
nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! Itulah Qalb
(hati).
[Imam Bukhari]
Iman TIDAK akan terbit dari hati
yang kotor.
Taqwa TIDAK akan terhasil jika
jiwa dipenuhi syirik khafi (syirik tersembunyi)
dan mazmumah (kekejian hati).
Ma’rifat TIDAK akan tercapai tanpa
terlebih dahulu HATI itu disucikan dengan sebenarnya menurut jalan yang sahih pada sisi Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar (tulen).
Persoalannya untuk direnungkan
secara mendalam…
1. Sudahkah kita mempunyai jalan untuk
menyucikan HATI?
2. Benarkah jalan yang kita sedang lalui sekarang menurut Ahlus Sunnah yang benar (tulen) untuk mencapai kesucian HATI itu?
3. Sudahkah kita mempunyai Pembimbing yang sebenar yang mewarisi Nabi zahir dan batin (Mursyid yang siddiq) yang akan menolong kita untuk menyucikan HATI itu?
Mari menghitung diri sebelum
sampai masa kita menghadap Allah di Hari Perhitungan.
❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇❇️
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇❇
No comments:
Post a Comment