Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
FASA TERAKHIR PEMERINTAHAN ISLAM
Ummat Islam kini berada pada Fasa
ke-4 Sistem Pemerintahan Islam, sedang
menunggu saat Fasa Terakhir, Fasa
Pemerintahan Imam Mahdi Al-Muntazar.
Lima fasa Pemerintahan Ummat
Islam.
✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda :
تَكُوْنُ النُّبُوَّةُ فِيْكُمْ مَا شَاءَ ا للهُ أَنْ
تَكُوْنَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ اَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُوْنُ خِلآفَةً
عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ ، فَتَكُوْنُ مَا شَاءَ اللهُ اَنْ تَكُوْنَ ، ثُمَّ
يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُوْنُ مُلْكًا عَاضًا ، فَتَكُوْنُ
مَا شَاءَ اللهُ أَنْ تَكُوْنَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ،
ثُمَّ تَكُوْنُ مُلْكًا جَبَّرِيًّا ، فَتَكُوْنَ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ تَكُوْنَ ،
ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُوْنُ خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ
النُّبُوَّةِ ، ثُمَّ سَكَتَ
“Fasa Nubuwwah (Pemerintahan Kenabian) akan
berlangsung pada kalian, atas kehendak Allah (beberapa tahun). Kemudian Allah
mengangkatnya apabila Dia Kehendaki. Kemudian pemerintahan Khilafah 'ala
Minhaj-An-Nubuwwah (Penerintahan yang mengikuti jejak Baginda), yang ada atas
Kehendak Allah. Kemudian Allah mengangkatnya atas kehendak-Nya. Kemudian Mulkan
Addhan (Kekuasaan menggigit) yang ada
atas kehendak Allah. Kemudian Allah mengangkatnya atas kehendak-Nya. Kemudian akan ada Mulkan Jabriyyan
(Pemerintahan memaksa, diktator, pembesar2 yang keras kepala) yang ada atas
kehendak Allah. Kemudian Allah mengangkatnya atas kehendak-Nya. Kemudian akan
ada Khilafah 'ala Minhaj-An-Nubuwwah (Pemerintahan yang menempuh jejak
Kenabian), kemudian Nabi diam.
[Imam Ahmad]
Ringkasan dari Hadith Rasulullah ﷺ berhubung dengan lima (5) fasa Pemerintahan Ummat Islam :
Fasa Pertama : تَكُوْنُ النُّبُوَّةُ
Period Pemerintahan Nubuwwah
dan kasih sayang. Ini adalah fasa
Pemerintahan Rasulullah ﷺ sendiri.
13 Tahun di Makkah dan 10 tahun
di Madinah, maka jumlah semuanya 23 tahun Pimpinan dan Pemerintahan Rasulullah ﷺ — Pemerintahan yang dilimpahi kebaikan,
keadilan dan Kasih Sayang. Seluruh Alam bergembira dengan Kehadiran Junjungan
Kekasih Allah.
Fasa Kedua : تَكُوْنُ خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ
Period Khilafah 'ala minhajin-Nubuwwah iaitu Pemerintahan Khalifah² yang bersifat Rasyid / Mursyid (yang menunjukki
jalan lurus kepada manusia) — iaitu Sayyidina Abu Bakar, Sayydina Umar,
Sayyidina Uthman, Sayyidina Ali dan Sayyidina Hasan Ridhwanullahi alaihim
ajma'in. Moga Allah Ta'ala Tinggikan
Maqam mereka di Sisi-Nya. Pemerintahan insan2 suci yang mengikut seluruh jejak
langkah Rasulullah ﷺ mendirikan keadilan, menyebarkan
kebaikan dan Kerajaan yang diredhai Allah.
Sayyidina Abu Bakar - 2
tahun 3 bulan.
Sayyidina Umar - 10 tahun 2 bulan,
Sayyidina Uthman - 12 tahun 4 bulan,
Sayyidina Ali - 4 tahun 9 bulan
Sayyidina Hasan - 6 bulan
Jumlah semuanya 30 tahun,
menepati kata2 Nabi ﷺ, bahawa Khilafah yang adil (iaitu
Pemerintahan Khalifah2 Baginda Yang benar) berjalan selama 30 tahun. Ini satu
lagi Mu'jizat Nabi ﷺ.
Fasa Ketiga: مُلْكًا عَاضًا
Period Pemerintahan Mulkan
Addhan, Kerajaan Menggigit iaitu
Kerajaan Zalim. Pemerintah2nya memakai
nama Khalifah, Amirul Mu'minin, Raja, Sultan dsb namun kebanyakan mereka
memerintah dengan kezaliman. Undang2
islam dikuatkuasakan atas rakyat namun mereka sendiri hidup berfoya2,
bermewah2, minum arak, zina, membunuh orang2 Islam dengan sewenang2nya serta
berbagai kezaliman dan kefasikan.
Fasa ini bermula dari Kerajaan
Umayyah sehingga runtuhnya Kerajaan Uthmaniyyah pada awal abad ke-20 Masihi.
Fasa Keempat: مُلْكًا جَبَّرِيًّا
Period Pemerintahan Mulkan
Jabriyyan / Jabbabiratun iaitu period pemerintahan Diktator dan Pembesar²
(Perdana Menteri, Menteri Besar, Orang Besar) yang keras kepala dan
sombong yang memerintah sewenang² tanpa
panduan apa pun.
Mereka menggunakan apa saja
sistem ikut nafsu seperti sistem demokrasi, sistem sosialis, kapitalis dll.
(inilah Period yang kita berada sekarang)
Period Khilafah 'ala minhajin-Nubuwwah semula iaitu Pemerintahan atas Manhaj Kenabian
yang adil dan Taqwa yang akan didirikan oleh Imam Mahdi Alaihis Salam.
(Inilah period yang ditunggu2 oleh
pencinta Allah dan Rasul-Nya)
Penjelasan Tambahan :
(1) Sesungguhnya Pemerintahan
Fasa Pertama (Pemerintahan Rasulullah ﷺ)
dan Fasa Kedua (Pemerintahan Khalifah² Rasulullah ﷺ) inilah yang benar, dua Fasa Pemerintahan yang diRahmati Allah
Berdasarkan janji Rasulullah ﷺ, Fasa Pemerintah yang adil dan Taqwa ini
akan berulang pada akhir zaman ketika kehidupan manusia telah sampai kepada
kemuncak kezaliman, kefasikan dan kekafiran.
Zaman tersebut adalah zaman yang
kita tempuh sekarang (abad ke-15 Hijriyyah) dan waktunya sudah sangat dekat.
(2) Pemerintahan Fasa 3 ditadbir oleh Pemerintah2
yang kebanyakannya fasiq dan zalim, kecuali beberapa Khalifah yang Taqwa dan
adil seperti Imam Umar Ibn Abdul Aziz.
Pemerintah2 fasiq pada fasa ini
TIDAK mengikut jejak langkah Rasulullah ﷺ. Mereka TIDAK mendirikan
keadilan dan Taqwa. Sebaliknya mereka
hidup dalam kemewahan, berfoya2 dengan hiburan, minum arak, zina dan berbagai
kefasikan. Undang2 Islam? Memang dilaksanakan undang2 Islam tetapi
undang2 ini hanya dipaksakan kepada rakyat sementara golongan elit yang
mentadbir bebas ikut nafsu.
Setengah daripada Pemerintah ini
mengikut nafsu buas sampai membantai orang Islam beramai2, merampas harta orang
islam, membunuh orang Islam
sewenang2, merogol wanita2 Muslimah. (contoh yang paling ketara adalah Yazid bin
Muawiyah dan Hajjaj Yusuf As-Saqami yang menyerang orang islam dan membunuh
mereka sewenang2nya) Inilah kejahatan
manusia2 fasiq yang mengaku Khalifah dan Amir. Kejahatan Pemerintah2 fasiq ini
tiada sempadan yang dapat disebutkan.
Pada hakikatnya mereka ini BUKAN
Khalifah Rasulullah ﷺ, sebaliknya ini adalah pengikut2 nafsu dan
pengikut2 Iblis. Pemerintahan mereka BUKAN Pemerintahan Islam. Undang2 Islam
yang dipaksakan hanya sekadar melindungi kejahatan mereka sendiri, Wal Iyazubillah. Moga Allah Ta'ala melindungi kita daripada
pengikut2 Iblis ini....!
Inilah yang kami katakan dahulu
— bagaimana Iblis berjaya menyesatkan
Pemerintah2 Islam yang bernama Islam, mereka memakai nama Khalifah dan Amirul
Mu'minin tetapi perangai mereka amat jahat dan keji. Wal Iyazubullah. Iblis berjaya bawa golongan ini ke perangkap
dia sehingga mereka jatuh jadi fasiq atau sesat. Wal Iyazubillah.
(3) Pemerintahan Fasa ke 4 yang
ditadbir oleh Diktator atau Pembesar²
(presiden, menteri besar, orang besar) yang keras kepala dan
sombong. Mereka menggunakan berbagai
sistem yang berlawanan dengan Islam seperti demokrasi, sistem kapitalis,
sosialis, komunis dll.
Pemerintah2 ini tidak jauh
bezanya dengan Fasa ke-3. Pemerintahan dipenuhi dengan berbagai penipuan,
rasuah, kefasikan dan kezaliman. Orang2
Islam yang menyatakan kebenaran akan ditangkap atau ditahan daripada
menyebarkan kebenaran. Mereka gunakan berbagai akta dan enakmen untuk menghalang
tersebarnya kebenaran.
Inilah zaman yang Ummat berada
sekarang.
(4) Suatu hal yang sangat penting
untuk diperhatikan adalah berkenaan Ulama Pewaris Nabi yang siddiq.
Selepas Sayydina Hasan
Radhiallahu anhu serahkan jawatan Khalifah kepada Muawiyyah untuk elakkan
pertumpahan darah, Ulama Pewaris Nabi
yang siddiq TIDAK lagi mengambil bahagian dalam politik. Mereka menjauhi semua pemerintah yang rakus,
tamak haloba, fasiq dan zalim yang bergelumang di dalam politik kotor dunia. Sejak saat itu hingga zaman ini, Ulama
Pewaris Nabi yang benar yang dikenali sebagai Mursyid yang siddiq, Ahli
Ma'rifat, Ahli Sufi, Ulama Billah .....
menjauhkan diri dari politik kotor manusia2 buas, rakus dan zalim.
Ulama Pewaris Nabi yang benar
menolak segala jawatan yang ditawarkan oleh penguasa2 fasiq. Akibatnya mereka ditangkap dan dipenjarakan.
Antaranya Imam Abu Hanifah, Imam
Syafi'e dan Imam Hambali ditangkap dan disiksa. Namun mereka tak pernah berubah
hati mengikut telunjuk Pemimpin2 zalim dan fasiq.
Adapun "Ulama" yang
bersubahat dengan Pemerintah Zalim hanya Ulama dunia, Ulama As-Su, Ulama jahat
yang mementingkan pangkat dan memenuhi hawa nafsu dunia. Ulama2 as-su (ulama jahat) ini menjadi penasihat pemerintah untuk mengeluarkan
Fatwa2 sesat yang menyenangkan pemerintah. Ulama jahat inilah yang mempertahankan
Pemerintah fasiq dan zalim. Yang menjadi mangsa adalah rakyat.
(5) Ulama Pewaris Nabi yang benar
meneruskan Sistem Warisan Rasulullah ﷺ
bagi pembentukkan peribadi2 beriman dan bertaqwa. Mereka meneruskan Sistem Pendidikan yang
diwarisi dari Rasulullah ﷺ dengan jalan bai'at dan musyafahah yang
dijamin kesuciannya oleh Allah dan Rasul-Nya.
Mereka sentiasa di dalam Pimpinan Allah dan Rasul-Nya,
✨🕌✨Firman Allah :
قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى
بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ
“Katakanlah: ‘Inilah jalanku, yang aku dan
orang-orang yang mengikuti daku menyeru (manusia) kepada Allah dengan basirah
(penyaksian yang jelas). Maha Suci Allah! Dan bukanlah aku dari golongan
musyrikin”.
[Surah Yusuf (12) : ayat 108]
Tafsiran:
Al Imam Sulton Auliya, Ghawthul
A'zham Shaikh Muhyidddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anh mentafsirkan ayat
tersebut dengan kata beliau...
"Dalam ayat ini yang
dimaksud dengan "orang yang mengikuti daku" adalah manusia sempurna,
Guru Kerohanian sebenar (Pewaris Nabi yang benar yang dikenali sebagai Mursyid,
Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat) yang akan
datang selepas Nabi Muhamamd ﷺ,
yang akan mewarisi ilmu batin baginda dan kebijaksanaan baginda dan yang
akan berada hampir dengan Allah.
Manusia yang demikian digambarkan
sebagai ۥ وَلِيًّا
مُّرۡشِدً۬ (Wali Mursyid - pelindung dan pembimbing sebenar sebagaimana
Allah menyebutnya di dalam Surah al-Kahfi : ayat 17)
[Tamat petikan kitab :
Sirrul-Asrar Fi Ma-Yahtaju Ilayhil Abrar.]
Berkata Imam Jilani
Radhiallahu Anhu:
"Seseorang tidak dapat dikatakan Sufi sehingga dia sampai ke
maqam di mana dia dianugerahi pandangan kepada Rasulullah ﷺ di dalam mimpinya dan diberi arahan dan tegahan. Jika keadaan ini terjadi maka hatinya akan
dinaikkan ke maqam lebih tinggi serta disucikan batinnya. Beliau seterusnya
akan memperoleh kehampiran dengan Allah Ta'ala sementara tangannya dalam
pimpinan tangan Rasulullah ﷺ
(Fath-Ar-Rabbaniy Wa Faidh
Ar-Rahmaniy)
Meskipun mereka tidak melibatkan
diri secara langsung dengan politik kotor dunia, mereka mengetahui segala
pergerakan politik dan ekonomi dunia.
Bahkan pengetahuan mereka sentiasa mendahului segala pengetahuan ahli politik
yang paling cekap sekalipun.
Wallahu A'lam
No comments:
Post a Comment