HARTA TIDAK TERNILAI...!

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


HARTA TIDAK TERNILAI...!


Apakah harta yang paling berharga ?

Apakah harta yang tidak dapat ditukar ganti dengan suatu apa pun di muka bumi?

Intan permata?

Emas, Perak?

Nyawa?

Kesihatan?

Anak2?

 

Ketika kami mengendalikan "Kursus Solat", "Kursus Tasawwuf" dan  "Kursus Tauhid / Ma'rifat”, 

di beberapa tempat di seluruh tanahair, soalan pertama yang biasa kami ajukan kepada peserta adalah : 

Apakah harta yang paling berharga bagi manusia?

Peserta akan memberikan berbagai jawapan seperti:

1. Nyawa

2. Kesihatan

3. Kebahagiaan hidup

4. Anak dan cucu

Setiap peserta yang memberikan jawapan tersebut mempunyai hujjah masing2.  Pada pendapat mereka apa yang mereka katakan itulah sebenar harta paling berharga.  Di sini kita tidak akan bahaskan satu persatu pendapat tersebut kerana akan memakan masa yang panjang dan menimbulkan berbagai pendapat aqal yang membawa kepada perbahasan yang tiada kesudahan.

Sebagai rumusan dan ringkasan keterangan, semua yang mereka sebut itu betul apabila dinilai pada sudut tertentu.  Nyawa, harta kekayaan, kesihatan, kebahagiaan, anak cucu keturunan... semua ini penting dalam kehidupan manusia atas muka bumi.  Namun...  semua itu BUKAN harta terpenting, BUKAN harta paling bernilai, BUKAN ukuran kejayaan dan kemenangan insan yang menumpang sesaat di muka bumi.

Harta paling berharga dan yang tiada ternilai di dunia dan seisinya, bahkan jika diganti dengan semisal itu berjuta kali sekalipun TIDAK akan dapat menandinginya.... itulah yang diFirmankan oleh Allah di dalam Kalam-Nya Yang Maha Agung :

Firman Allah:

وَٱلۡعَصۡرِ  إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ  إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ 

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."

[Al-Asr (103) : ayat 1-3]

Perhatikan baik2 Kalam Allah Yang Maha Agung ini, dimulai dengan “kerugian bagi sekalian manusia".... 

Siapakah yang rugi?

Pemerintah rugi, rakyatnya pun rugi...

Yang berkuasa rugi, yang tiada kuasa pun rugi...

Yang berharta rugi, yang tiada harta pun rugi...

Yang kaya rugi, yang miskin pun rugi...

Yang sihat rugi, yang sakit pun rugi...

Yang ada anak rugi, yang tiada anak pun rugi...

Yang tua rugi, yang muda pun rugi...

Yang cantik rugi, yang kurang cantik pun rugi...

Yang duduk di istana rugi, yang duduk di pondok usang pun rugi...

Semuanya RUGI...!

Jika demikian siapakah yang beruntung?

Yang beruntung adalah    "  إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ   "    (kecuali yang benar2 beriman)

 

Yang selamat, beruntung dan mencapai kemenangan adalah :

Mereka yang membawa IMAN, mereka yang membawa TAUHID, Yang membawa Ma'rifat menghadap Allah.

 

Firman Allah :

يَوۡمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ۬ وَلَا بَنُونَ (٨٨) إِلَّا مَنۡ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلۡبٍ۬ سَلِيمٍ۬ (٨٩)

"Pada hari itu tiada berguna harta benda dan anak-pinak ( tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apa pun)  kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (yang benar2 beriman dan bersih dari syirik dan penyakit munafiq).

[Asy-Syu'ara (26) : ayat 88-89]

Apabila seseorang itu beriman dengan IMAN yang sebenarnya, maka dia telah memperoleh segalanya. Sebaliknya jika dia kehilangan IMAN, maka dia telah kehilangan segalanya. 

Walaupun kamu seorang jutawan yang mendermakan seluruh kekayaan kamu kepada kemanusiaan, tetapi kamu TIDAK beriman, maka segala derma sedekah kamu terbang tiada nilai di sisi Allah.

Walaupun boleh jadi kamu hidup sihat,  badan kuat,  tak pernah sakit ... tetapi jika kamu TIADA Iman, maka kesihatan kamu tidak akan memberi manfaat apa pun di Akhirat esok.

Walaupun kamu Raja atau Pemerintah yang mempunyai Kerajaan yang besar yang disegani seluruh dunia, namun apabila kamu TIDAK beriman, maka seluruh kekuasaan kamu dan kerajaan kamu tidak akan datang membantu kamu di Hari Perhitungan.

Maka Syarat pertama Keselamatan dan Kejayaan di Sisi Allah adalah : IMAN....!!!

Realitinya.....

Ramai dari kalangan orang Islam pada hari ini mempunyai Kuasa Memerintah —  menjadi Sultan, menjadi Perdana Menteri,  menjadi menteri2 dll lagi. 

Ramai orang Islam sihat tubuh badan.

Ramai orang Islam kaya-raya menjadi jutawan.  

Ramai orang  Islam mempunyai kedudukan, pangkat dan nama. 

Semua ini hanya bermanfaat dan membawa kepada KEBERUNTUNGAN di Akhirat apabila wujud IMAN di dalam hati. 

Dan ketahuilah IMAN Tidak akan berdiri melainkan pada HATI yang SUCI BERSIH. Maka mereka yang sebenar selamat adalah  mereka yang benar2 suci hati menghadap Allah Ta'ala di Hari Perhitungan!

Firman Allah :

يَوۡمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ۬ وَلَا بَنُونَ (٨٨) إِلَّا مَنۡ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلۡبٍ۬ سَلِيمٍ۬ (٨٩)

"Pada hari itu tiada berguna harta benda dan anak-pinak (tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apa pun)  kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (yang benar2 beriman dan bersih dari syirik dan penyakit munafiq).

[Asy-Syu'ara (26) : ayat 88-89]

 

Wallahu A'lam

 

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...