Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah:
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
NABI TERKENA SIHIR - ADAKAH JATUHKAN MARTABAT NABI?
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
Hadith berkenaan Nabi terkena sihir dan kemudian Allah Ta'ala turunkan wahyu
melalui Malaikat Jibril sudah masyhur kisahnya.
Adakah kejadian Nabi terkena sihir menjatuhkan martabat Kenabian?
Adakah ianya merendahkan sifat Kenabian yang bersifat ma'sum?
Adakah ianya petanda Nabi tak ada keupayaan melawan sihir? Atau dalam
perkataan lain sihir itu lebih kuat dari Ilmu di dada Nabi?
Semua sangkaan di atas adalah tidak benar. Sekalian peristiwa yang terjadi
pada Nabi TIDAK sesekali kurangkan martabat kenabian. TIDAK juga
hilangkan sifat ma'sumnya Nabi sebab Ma'sum adalah suatu keistimewaan untuk
Nabi berhubung dengan dosa dan kesalahan, tidak ada kena mengena dengan
peristiwa tersebut.
Menurut keyakinan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, setiap perkara yang dijadikan oleh
Allah Ta'ala pada Nabi mempunyai seribu hikmah dan seribu pengajaran untuk
ummat. Tidaklah patut seseorang menyangka Nabi dengan sesuatu yang
tidak layak bagi Nabi atau pun cuba menafikan perkara yang terjadi pada Nabi
semata2 atas sangkaan hawa nafsu.
Sama ada perkara tersebut baik atau sebaliknya, semua itu adalah di dalam
Taqdir Allah Yang Maha Berkuasa...!
Banyak contoh2 yang terjadi pada Nabi zahirnya kelihatan seperti kelemahan dan
kekurangan. Sebenar nya tidak, kerana apabila dihalusi akan
nyata di sana peristiwa2 tersebut adalah sebaliknya menunjukkan beberapa
pengajaran untuk ummat. Di antaranya :
(1) Peristiwa2 yang terjadi itu membuktikan Nabi adalah seorang manusia, bukan
malaikat.
(2) Menjadi pengajaran dan i'tibar apabila terjadi peristiwa yang sama terjadi
kepada ummat Baginda kemudiannya.
(3) Menjadi asbab turunnya suatu ayat Qur'an buat panduan ummat.
(4) Bukti kebesaran Allah Ta'ala yang mengatur sesuatu mengikut Ilmu dan
Kehendak-Nya yang azali. Allah Ta'ala tidak takluk kepada kemahuan manusia
sebaliknya makhluk seluruhnya takluk kepada Kehendak-Nya.
Di dalam peristiwa Nabi terkena sihir tentu ada yang tertanya2 bagaimana Nabi yang
begitu hebat boleh terkena sihir? Bukankah Nabi itu "nur" yang
mengalahkan segala kekuatan sihir?
Jawapannya:
Memang benar, mustahil Nabi yang begitu mulia dan tinggi darjatnya terkena
sihir tetapi taqdir Tuhan tak bekerja seperti pemikiran aqal manusia
awam. Allah Ta'ala mempunyai sebab2nya yang Dia lebih Mengetahui.
Peristiwa tersebut menjadi bukti wujudnya sihir sebagaimana ianya pernah
terjadi kepada ummat2 terdahulu. Sekaligus menjadi isyarat bahawa sihir
akan terjadi juga kepada Ummat Nabi Muhammad.
Melalui peristiwa tersebut, Nabi telah berikan contoh bagi pengikut2 Baginda
cara2 melawan dan mengubati sihir.
Peristiwa tersebut juga menjadi bukti Nabi kita adalah "basyar"
bersifat kemanusiaan dari sudut biologinya. Maka patahlah hujjah musuh2
Islam yang cuba melemahkan pemikiran orang Islam.
Di dalam sejarah manusia, Rasul, Nabi dan Auliya yang mewarisi Nabi diberi ujian
yang berat2 oleh Allah Ta'ala. Setengah mereka diusir, dipulaukan, disakiti
dan ada yang dibunuh.
Mengikut perkiraan aqal orang awam yang baru berjinak2 dengan agama, mungkin
tertanya2 mengapa terjadi demikian. Bukankah mereka semua pilihan Allah
Ta'ala? Bukankah mereka semua utusan dan kekasih Allah?
Mengapakah Allah Ta'ala biarkan utusan dan kekasih-Nya disiksa dan dibunuh?
Tak masuk aqal?
Ya, tak masuk aqal bagi orang yang mempunyai pemikiran dangkal sedangkan hakikatnya adalah terbalik.
Allah Ta'ala berkehendak berikan ganjaran besar buat Rasul dan pengikut2
Baginda, maka Dia mendatangkan berbagai musibah sebagai cobaan. Dengan cobaan
tersebut Allah Ta'ala mengangkat darjat mereka mengatasi manusia2 lain.
Peristiwa lain yang menunjukkan keadaan yang hampir serupa terjadi pada Nabi
adalah ketika peristiwa Isra Mi'raj. Di dalam salah satu peristiwa
jinn ifrit datang menghampiri Baginda sehingga Nabi jadi berpeluh2 dan
gementar. Jibril ajarkan Nabi satu doa. Apabila Nabi bacakan doa tersebut, jinn
Ifrit terus hangus terbakar.
Cuba perhatikan sungguh2...! Adakah layak jinn ifrit yang begitu keji
mengugut Nabi, makhluk Allah terhebat?
Bukankah sepatutnya jinn ifrit itu dari jauh lagi bertempiaran lari? Tak
minasabah jinn ifrit mengancam Nabi...!
Namun begitulah ketentuan Allah Ta'ala sebagaimana kita sebutkan sebelum
ini. Allah Ta'ala merancang dan melaksanakan sesuatu mengikut
Kebijaksanaan-Nya, bukan mengikut perkiraan aqal manusia.
Pengajaran terpenting dari peristiwa2 ini :
(1) Allah Ta'ala akan menguji hamba2-Nya yang soleh dengan berbagai ujian yang
berat2.
(2) Orang yang benar2 beriman kepada Allah akan bersabar dan tawakkal kepada Allah
ketika dia di timpa musibah.
(3) Tawakkal kepada Allah menurut pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah
berusaha sungguh2 memperbaki keadaan yang ada dengan segala asbab dan keupayaan
kemudian serah kepada Allah urusannya.
Umpamanya kebodohan dirawat dengan menuntut ilmu.
Kesakitan pada tubuh dirawat dengan mencari tabib dan ubat.
Kesakitan pada hati dirawat dengan berjumpa doktor ruhani.
Demikianlah lain2 urusan dalam kehidupan manusia Muslim.
Orang2 yang serah tanpa usaha adalah orang2 yang bodoh
sombong yang tak sedar diri. Sedangkan Nabi yang begitu mulia pun
mengambil penawar dengan ayat2 Qur'an sebagai pengobatan, kita yang kerdil ini
berasa lebih hebat dari Nabi?
Semoga kita sentiasa berpegang teguh dengan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Wallahu A'lam
No comments:
Post a Comment