Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
SUFI
BENAR DAN SUFI PALSU
Berikut adalah petikan kata2
mutiara hikmah dari Al Imam Al-Ghawthul A'zham, Qutb-ar-Rabbaniy, Muhyiddin
Shaikh Abdul Qadir Jilani رضي الله عه.
"Orang-orang yang mengikuti
jalan kerohanian menuju Allah (salikin) terbahagi kepada dua bahagian atau
kaum.
Golongan pertama adalah
yang termasuk ke dalam kumpulan Ahlus Sunnah; iaitu mereka yang mengikuti peraturan Quran dan
amalan serta peraturan yang berasal daripada kelakuan dan perbuatan Rasulullah صلى الله عليه وسلم .
Mereka ikuti peraturan ini dalam
perkataan, perbuatan, pemikiran dan perasaan, dan mereka mengikuti maksud batin
agama – iaitu mereka mengerti bukan ikut secara taqlid buta.
Mereka beramal dan hidup menurut
peraturan agama, merasainya dan menikmatinya, bukan semata-mata menanggung
sesuatu yang dipaksakan ke atas mereka.
Inilah jalan keruhanian yang
mereka ikut. Inilah persaudaraan hamba-hamba Allah yang berkasih sayang. Mereka
adalah kaum pencinta Allah yang sebenar!
Sebahagian daripada mereka
dijanjikan syurga tanpa hisab, yang lain akan menderita sedikit azab hari
Qiamat dan kemudian masuk syurga. Namun ada juga sebahagian yang memasuki
neraka beberapa ketika yang singkat untuk menyucikannya daripada dosa sebelum
masuk syurga. Tiada yang akan kekal di dalam neraka. Yang akan kekal di dalam
neraka ialah orang kafir dan munafiq.
Golongan kedua adalah
terdiri daripada kumpulan-kumpulan yang bida'ah. Nabi صلى الله عليه وسلم telah memberi
peringatan , “ Kamu, seperti Bani Israil sebelum kamu, seperti umat Isa anak
Maryam, akan dibahagikan dan dipisahkan di antara satu sama lain. Sebagaimana
mereka mereka-reka dan mengubah-ubah, kamu juga akan mengadakan bida'ah. Dengan masa berlalu dalam bidaah, tentangan
dan dosa, kamu akan jadi seperti mereka dan berbuat yang sama. Jika mereka
masuk ke dalam lubang ular yang berbisa kamu juga akan mengikuti mereka. Kamu
patut tahu Bani Israil berpecah kepada tujuh puluh satu kumpulan. Kesemuanya
dalam kesesatan kecuali satu. Dan orang Nasrani berpecah kepada tujuh puluh dua
kumpulan, dan semuanya sesat kecuali satu. Aku bimbang umatku akan dipecahkan
kepada tujuh puluh tiga kumpulan. Ini terjadi kerana mereka mengubah yang benar
kepada yang salah dan yang haram kepada yang halal menurut pertimbangan mereka
sendiri, untuk muslihat dan keuntungan mereka, kecuali satu, semua kumpulan itu
akan ke neraka, dan kumpulan yang satu itu akan selamat.” Bila ditanya siapakah
yang satu diselamatkan itu baginda bersabda, “Mereka yang mengikuti kepercayaan
dan perbuatanku serta para sahabatku”.
Golongan sesat ini banyak. Di
bawah ini dinyatakan sebahagian daripada jalan bidaah yang dipegang dan diikuti
oleh orang-orang yang mengakui diri mereka orang kerohanian :
1. Hululiyyah
Mereka percaya mendakwa halal melihat tubuh dan wajah yang
cantik yang menggiurkan nafsu dan mendorong kepada perzinaan ; samada perempuan
atau lelaki, siapa sahaja samada isteri-isteri atau suami-suami, anak-anak
perempuan atau saudara-saudara perempuan orang lain. Mereka juga bercampur dan
menari bersama-sama. Ini jelas bertentangan dengan peraturan Islam dan menjaga
kesucian dan kehormatan di dalam peraturan tersebut.
Penjelasan:
Golongan yang di maksudkan oleh Imam Jilani adalah
golongan yang amalkan perkahwinan dengan
niat sahaja... pada zaman ini di kenali sebagai "nikah batin".
Menurut golongan ini mereka telah mencapai maqam yang tinggi dan mendapat izin oleh Allah untuk melakukan persetubuhan dengan siapa sahaja samada anak dara atau wanita yang sudah berkahwin. Semua nya menjadi halal kepada mereka.
Golongan ini Mencari kerasukan
zauk dengan cara menari, menyanyi, menjerit dan bertepuk tangan. Mereka
mendakwa syeikh mereka berada dalam suasana yang mengatasi batasan hukum agama.
Jelas sekali mereka terpesung jauh daripada perjalanan Nabi صلى الله عليه وسلم yang dalam tindak
tanduk mematuhi hukum agama.
Penjelasan:
Imam Jilani bermaksud dengan
Haliyyah ini adalah mereka yang tidak bertujuan zikir kepada Allah. Tetapi sebaliknya sengaja bertujuan mencari
kerasukan zauk(ikhtiari) sedangkan ini di larang di dalam perjalanan
Ma'rifat. Zauk atau pemerasaan mendadak
yang mendatang pada hati dan tubuh bagi ahli zikir yang menurut jalan yang benar adalah yang di
luar kawalannya (idhtirari). Oleh kerana asyik dengan Allah atau ketika
kerinduan yang di luar kawalannya maka terjadi zauk yang tidak dapat di kawal,
BUKAN suatu yang di usahakan dengan niat mencari kerasukan zauk. Inilah yang menyebabkan
mereka terpesong kerana apabila niat amal berubah kepada lain, maka Iblis lah
yang menjadi pemimpinnya. Wal Iyazubillah.
3. Awliya’iyyah
Mereka mendakwa mereka berada dalam kehampiran dengan Allah. Dengan kata lain mereka telah mencapai peringkat Awlia Allah. Menurut mereka, Apabila telah menjadi Aulia' Allah maka tak perlu solat, puasa, haji dan lain2 Ibadah. (Kononnya semua kewajipan agama terangkat daripada mereka.) Seterusnya mereka mendakwa seorang wali, orang yang hampir dengan Allah, menjadi sahabat akrab-Nya, mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada Nabi. Mereka mengatakan ilmu sampai kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم melalui Jibrail sementara wali menerima ilmu secara langsung dari Tuhan. Pandangan salah tentang suasana mereka dan apa yang mereka sifatkan kepada diri mereka adalah dosa mereka yang paling besar yang membawa mereka kepada bidaah dan kekufuran.
Penjelasan :
Golongan ini meniru2 kata2 Auliya
Allah yang masyur lalu menjadikan perkataan mereka yang di reka2 sedangkan
orang2 ini BUKAN ahlillah. Mereka
sengaja mereka-reka cerita kononnya sudah sampai kepada Allah dan menerima ilmu
terus dari Allah sedangkan ianya pembohongan.
Auliya Allah yang sebenar bukan makin meninggalkan syari'at tetapi
sebaliknya lebih teguh syari'atnya daripada sekalian manusia lain. Maka nyatalah
golongan ini tersesat dengan bisikan Iblis La'natullah.
4. Syamuraniyyah
Mereka percaya kalam (perkataan) Allah adalah kekal dan barangsiapa menyebut Kalam ini (Kalam Allah) tidak terikat dengan hukum atau syari'at Agama. Mereke tidak peduli halal atau haram. Dalam ibadat mereka menggunakan muzik (yang diharamkan - pent.). Perempuan dan lelaki bercampur gaul. Tiada beza lelaki dan perempuan, Ini sudah menyimpang jauh dari ajaran Al-Qur'an.
5. Hubbiyyah
Golongan
ini mengatakan bila manusia sampai ke peringkat cinta mereka bebas daripada
semua kewajipan agama. Mereka tidak memperdulikan tentang pakaian, kadang2
mereka bertelanjang bogel. Tiada lagi perasaan malu. Inilah ajaran sesat dan
menyesatkan.
6. Huriyyah
Gemar
berteriak , memekik, menyanyi, menari dan bertepuk tangan, mereka menjadi
kerasukan dan di dalam suasana kerasukan itu mereka mendakwa mengadakan
hubungan jenis dengan bidadari; bila keluar dari kerasukan mereka mandi junub.
Mereka dimusnahkan oleh pembohongan mereka sendiri.
7. Ibahiyyah
Enggan
mengajak kepada kebaikan dan melarang kemungkaran. Mereka menghalalkan yang
haram. Bagi mereka semua perempuan halal bagi semua lelaki. Ini ternyata
golongan sesat yang akan menerima siksaan pedih!
8. Mutakasiliyyah
Mengamalkan prinsip bermalas-malas dan mencari nafkah
dengan meminta sedekah dari rumah ke
rumah. Mereka berangapan mereka telah meninggalkan segala hal ehwal dunia. Maka
musnahlah mereka di dalam perbuatan mereka.
9. Mutajahiliyyah
Berpura-pura jahil dan dengan sengaja berpakaian tidak sopan, cuba menunjukkan dan berkelakuan seperti orang kafir, sedangkan Allah berfirman:
وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ
ٱلنَّارُ وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ
"Dan janganlah kamu
cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku
demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang
penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu
itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan" (Hud: 113)
Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda,
“ Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka mereka di kira sebagai ahli kaum
itu”.
10.Wafiqiyyah
– Mendakwa hanya Allah yang boleh kenal Allah. Jadi, mereka membuang jalan kebenaran. Dengan ini mereka enggan berusaha
mencari hakikat kebenaran. Kerana kebodohan mereka membawa menuju kerosakan dan
kesesatan.
Penjelasan :
Imam Jilani bermaksud,
golongan wafiqiyyah beri'tiqad segala peraturan dan adab2 yang di ijtihadkan
oleh Ulama sebagai panduan jalan menuju Allah adalah sia2 kerana itu semua
urusan makhluk. Bagi mereka bukan pekerjaan makhluk yang bawa kepada kenal
Tuhan, tetapi hanya Allah yang kenalkan diri Nya tanpa asbab. Maka mereka
membuang usaha ikhtiar mencari jalan menuju Allah. Ini lah pegangan batil yang sesat menyesatkan,_
11. Ilhamiyyah
Sebahagian dari kelompok ini
mempunyai pemimpin (guru) yang menggunakan ilmu sihir untuk mengawal murid2nya.
Adakalanya guru ini akan memperlihatkan berbagai perbuatan sihir yang
mencarikkan adat , kononnya itulah karamah dari Allah padahal semua itu
daripada jinn dan syaitan...!
Melihat berbagai kehebatan
gurunya dan juga di dalam keadaan tidak sedar (disebakan penguasaan sihir),
murid2 ini akan mengikut sahaja segala kata2 Gurunya walaupun menyalahi
syari'at . Mereka sanggup menghabiskan wang pendapatan mereka untuk Guru mereka
semata2 mengharapkan sebuah 'janji' yang selalu di ungkapkan oleh Guru ini...!
Mereka sanggup melakukan apa
sahaja demi guru ini walaupun berkorban nyawa. Begitulah ta'sub buta yang
menguasai diri mereka ini...!
Bukti contoh2 seperti ini sudah
banyak dalam masyarakat Islam. Namun lazimnya penyelewengan kumpulan2 ini akan
terdedah hanya setelah sekian lama guru batil ini menyesatkan banyak orang2
Islam...!
Sebahagian lagi orang² yang
cenderung kepada keruhanian, tertipu dengan angan² sendiri. Mereka membaca kitab2 Tasawwuf yang tinggi
lalu mengaku sudah mencapai martabat kewalian atau mengaku sudah sampai kepada
Allah sedangkan mereka TIDAK pernah berguru kepada Mursyid yang siddiq dan
BELUM pernah jejak kaki ke Madrasah Ahli Ma'rifat apa lagi menempuh sendiri
perjalanannya. Maka sudah pasti
pengakuan mereka adalah pendustaan yang menipu diri sendiri.
Maka waspadalah wahai Ummat
Islam, jangan mudah terpedaya dengan berbagai 'pertunjukan' kehebatan seseorang
guru, tetapi periksalah berdasarkan syarat2 seorang Guru Keruhanian yang
sebenar sebelum menjadikannya pemimpin keruhanian kita!
Jangan juga terpedaya dengan
ungkapan kata² hakikat yang hebat dari seseorang.
Kesalahan di dalam memilih guru akan
membawa padah bukan saja di dunia bahkan akan membawa kemusnahan di akhirat!
Wal Iyazubillah!
Wallahu A'lam
Qutul Qulub – Imam Abu Talib Al Makki,
Risalah Qusyairiyyah – Imam Abdul Karim Al-Qushairi
Hasyiah Ibn Abideen – Imam Ibnu Abideen,
Ihya Ulumuddin – Imam Ghazali,
Tanwirul Qulub- Imam Amin Kurdi
Sirrus Salikin – Shaikh Abdus Samad Al Falimbani.
“Sesungguhnya ini sesuai dengan apa yang kami lupakan.”
❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇❇️
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇❇
No comments:
Post a Comment