Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
WAJIB MEMPELAJARI PRINSIP AHLUS SUNNAH DAN JUGA MENGETAHUI 72 GOLONGAN SESAT
Ini suatu persoalan penting
bahkan yang terpenting bagi orang2 Islam yang benar2 beriman.
Persoalan:
Adakah wajib mempelajari dan
seterusnya berpegang teguh dengan Prinsip2 Ahlus Sunnah yang benar
(tulen)? Pada masa yang sama adakah
wajib juga mengetahui sifat-sifat 72 Golongan sesat?
Jawapannya :
WAJIB secara mutlaq tanpa
kompromi mengetahui kedua2nya sekaligus
Setiap orang Islam, wajib
mempelajari Prinsip2 Ahlus Sunnah yang benar (tulen) dan berpegang teguh
dengannya. Pada masa yang sama mereka
juga wajib mempelajari ciri-ciri 72 Golongan sesat dan sungguh2 menjauhi
mereka.
Tanpa mempelajari kedua2 ini
; iaitu Ahlus Sunnah yang BENAR dan Golongan BATIL yang bertentangan ini, seorang Muslim yang beriman belum selamat...!
Mengapakah tidak selamat ?
Mengapakah TIDAK memadai
mempelajari Prinsip2 Ahlus Sunnah sahaja
Mengapakah wajib juga mengetahui ajaran, pegangan,
i'tiqad yang salah dan bertentangan dengan Ahlus Sunnah ?
Jawapan:
Ada empat sebab mengapa setiap
orang Islam wajib mempelajari Prinsip Ahlus Sunnah dan juga pada masa yang sama
mengenali sifat dan pegangan Golongan batil dan tersesat :
Pertama:
Berdasarkan Ayat Qur'an dan
Hadith yang qat'ie (jelas nyata dan putus) yang memerintah supaya mengikuti
Jalan Lurus "Ihdinas-Sirat-al-Mustaqeem" dan jauhi Golongan Sesat.
Satu2nya jalan lurus dan benar
adalah Ahlus Sunnah sedangkan jalan lain ada kesesatan kekufuran.
Kedua:
Supaya tidak terjatuh kepada
golongan sesat tanpa disedari.
Orang yang tidak mengenali
"kaca bersalut permata" mudah tertipu dengan "kaca" yang disangkanya
"permata"
Orang yang TIDAK mengenali
perkara2 yang membatalkan Iman, ditakuti terjatuh kepada kekufuran tanpa
disedari.
Orang yang TIDAK mengenali sifat2
Golongan Sesat mudah saja terikut / terpengaruh dengan fahaman Sesat.
(hal ini sudah pun terjadi di
kalangan ummat Islam)
Ketiga:
Jauhkan daripada tersalah langkah
memusuhi Ahlus Sunnah sendiri.
Maksudnya orang yang TIDAK
mengetahui Prinsip Ahlus Sunnah yang benar akan salah menuduh ajaran dan pegangan Ahlus sunnah sebagai batil
sementara dia akan membenarkan Ajaran BATIL sebagai ajaran benar.
Oleh kerana dia tidak mempunyai
pengetahuan yang cukup berkenaan Ahlus Sunnah dan musuh2 Ahlus Sunnah, maka dia
akan mudah membenarkan fahaman yang BATIL sementara yang BATIL akan disangka-
nya BENAR..!
(Malangnya hal ini juga sudah
terjadi di kalangan Ummat Islam akhir zaman)
Keempat :
Wujudnya golongan yang menyamar
sebagai Ahlus Sunnah sedangkan mereka itu adalah Ahlus Sunnah PALSU yang
memusuhi Ahlus Sunnah.
Golongan ini adalah adalah musuh dalam selimut yang bergerak
secara sembunyi2 dan menyebarkan doktrin sesat di kalangan Ahlus Sunnah. Mereka adalah pendakyah2 Yahudi dan
Nasrani atau golongan yang terpengaruh dengan ajaran sesat
seperti Syi'ah (rafidhi), Wahhabiyyah (khawarij) dan Liberal (seluar) dll .
Setengah mereka mahir dan petah di dalam bicara Agama, fasih baca
Qur'an, fasih baca Hadith Rasul,
mempesona di dalam ceritakan kisah2 kehidupan, tetapi hakikatnya mereka adalah
musuh Allah. Bacaan Qur'an mereka hanya pada lidah, tak masuk ke dalam
hati, mereka keluar dari Agama
sebagaimana keluarnya panah dari busurnya. Ini yang diisyaratkan oleh Nabi ﷺ dengan Sabda Baginda….
✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda:
"Di akhir zaman akan muncul kaum yang muda usia dan lemah akal.
Mereka berbicara dengan pembicaraan yang seolah-olah berasal dari manusia yang
terbaik. Mereka membaca Al Quran, tetapi tidak melampaui tenggorokan mereka.
Mereka keluar dari agama, secepat anak panah meluncur dari busur. Apabila
kalian bertemu dengan mereka, maka bunuhlah mereka, karena membunuh mereka
berpahala di sisi Allah pada hari Qiamat.
[Imam Muslim]
Perhatikan beberapa contoh
penyelewengan dan kesesatan yang telah terjadi di kalangan orang2 yang mengaku
Ahlus Sunnah sendiri. Mereka mengaku
Ahlus Sunnah tetapi terjatuh kepada Golongan Sesat disebabkan tidak mengetahui
Ajaran dan Doktrin Sesat.
Contoh 1:
Beri'tiqad Allah menetap di
Arasy.
Ini adalah i'tiqad sesat dan
kufur yang dianuti oleh Golongan sesat
Mujassimah tetapi ada orang2 Islam terpengaruh dengan ajaran ini.
Na'uzubillah.
Bahkan tidak kurang juga ustaz
ustazah mempunyai ijazah, Dr, Profesor terpengaruh dengan ajaran sesat ini dan
mendakyahkannya di Masjid2 dan surau2...! Mereka ini adalah berfahaman
Wahhabiyyah (khawarij zaman ini)
Orang2 ini menukil kitab2 Ahlus
Sunnah juga tetapi menyelewengkannya kepada fahaman sesat mereka. Mereka sengaja mengubah perkataan Imam2
Ahlus Sunnah agar sesuai dengan i'tiqad BATIL mereka...!
I'tiqad dan Pegangan Ahlus
Sunnah yang benar berhubung dengan hal ini adalah :
Allah Ta'ala TIDAK menetap di
Arasy, TIDAK menetap di langit, TIDAK
juga duduk di bumi, bahkan Dia TIDAK menetap / duduk / tinggal di mana2 tempat
pun, kerana istilah "menetap, tinggal, duduk, istirehat, bersimpuh dsb
hanya layak bagi makhluq. Hanya makhluq
menempati makhluq, hanya makhluq menetap atas makhluq.
Apabila kamu nisbahkan Allah
Ta'ala menetap di langit atau menetap /
istirehat di Arasy, maka kamu
telah mempersekutukan Allah Ta'ala.
Jika demikian bagaimana i'tiqad
sebenar Ahlus Sunnah?
I'tiqad yang WAJIB dijadikan
pegangan adalah:
Allah Ta'ala istiwa di
atas Arasy dan kaifiyyat istiwa TIDAK diketahui. DILARANG berkata atau i'tiqad Allah Taala
menetap atau tinggal di Arasy.
✨🕌✨Firman Allah:
ٱلرَّحْمَـٰنُ
عَلَى ٱلْعَرْشِ ٱسْتَوَىٰ
“Bermula (Allah),
Tuhan bernama Ar-Rahman istiwa di
atas Arasy.
[Surah Toha (20) : Ayat 5]
Mentafsirkan ayat ini...
Berkata Al Imam Sulton Auliya
Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu:
"Al-kaif (caranya) Tuhan istiwa di atas 'Arasy tidak diketahui. Maka DILARANG
bertanya bagaimana Tuhan di Arasy.
Bertanya atau membincangkan atau membahaskan cara @ bagaimana Tuhan istiwa
di atas Arasy adalah bid'ah kesesatan."
[Tamat petikan Kitab Al Ghunyah
Imam Jilani]
Contoh 2:
Menuduh Sambutan Maulid Nabi
sebagai bid'ah sesat.
Ini adalah fahaman dan pegangan
Golongan Wahhabiyyah (khawarij) yang sesat.
Ahlus Sunnah berpegang bahawa
menyambut Maulid Nabi, membesarkan Baginda dengan puji-pujian adalah Sunnat dan
mendapat ganjaran besar bagi mereka yang memuliakan Baginda dengan
berbagai bacaan Solawat, Qasidah,
Barzanji dll yang telah termaktub didalam kitab2 Auliya Allah yang masyur di kalangan ummat.
Contoh 3:
Menuduh Tasawwuf dan Toriqat
sahih dari Rasulullah sebagai sesat.
Ada orang Islam yang jahil menuduh
ilmu Tasawwuf sebagai ajaran yang berasal dari ajaran Hindu, Panjthan,
majusi dll.
Golongan ini juga menuduh semua
Toriqat sebagai ajaran sesat. Mereka
menuduh Toriqat Naqsyabandiah, Qodiriyyah, Samaniyyah, Saziliyah dll sebagai
ajaran sesat. Na'uzubillah.
Toriqat Qodiriyyah adalah
hasil ijtihad Al Imam Sulton Auliya
Shaikh Abdul Qodir Jilani , seorang Auliya Allah berketurunan Rasulullah ﷺ
Toriqat Naqsyabandiah adalah ijtihad Al Qutb Shaikh Baha'Uddin Shah Naqsyabandi, Bukhara.
Asal Toriqat ini diamalkan oleh Junjungan Rasulullah ﷺ dan para
Sahabat Baginda.
Shaikh Baha'Uddin
cuma menghimpun dan berijtihad memberi nafas baru kepada Manhaj Pendidikan yang
diwarisi daripada Rasulullah ﷺ.
Toriqat Saziliyah adalah ilham dan Ijtihad Al Qutb Imam Abu Hasan Sazili Radhiallahu Anhu.
Demikian lah
semua Toriqat yang sahih Mu' tabar didirikan oleh Ulama Ahlus Sunnah
bertaraf Auliya Allah yang juga berketurunan Rasulullah ﷺ.
Semua Toriqat Mu'tabar mempunyai
susur galur pengambilan sampai kepada Khulafa Ar Rasyidin dan akhirnya sampai
kepada Junjungan Besar Rasulullah ﷺ.
Adakah kamu menuduh sekalian
Imam2 Ahlus Sunnah yang mulia yang mendirikan Toriqat itu sesat?
Wal Iyazubillah...!
Sesiapa pernah menuduh sesat atau
menyangka buruk kepada Auliya Allah itu WAJIB taubat dan WAJIB mengucap
Syahadah kembali kerana memusuhi Auliya Allah menjadikan seseorang itu tanggal
Iman dan Islamnya.
Wal Iyazubillah.
Demikianlah beberapa contoh yang
kami sempat sebutkan secara ringkas.
Banyak lagi contoh2
kesesatan lain yang sedang menimpa ummat
ini. Akibat dari kejahilan akan pegangan
Ahlus Sunnah yang benar (tulen) sendiri, dan akibat dari kejahilan fahaman2
sesat... sebahagian ummat ini memusuhi Ahlus Sunnah dan telah jatuh kepada kesesatan tanpa mereka
sedari....!
Wal Iyazubillah...!
Sedarlah....
Akhir zaman penuh dengan tipu daya, penyelewengan dan
kesamaran.
✨🕌✨Rasulullah ﷺ
bersabda:
“Segeralah
beramal sebelum datangnya rangkaian fitnah seperti malam yang gelap gulita. Di
pagi hari seorang laki-laki dalam keadaan mukmin, lalu kafir di petang harinya.
Di petang hari seorang laki-laki dalam keadaan mukmin, lalu kafir di pagi
harinya. Dia menjual agamanya dengan barang kenikmatan dunia.”
[Imam Muslim]
Menurut tafsiran Ahli Ma'rifat
Yang Baginda maksudkan adalah zaman ini, zaman penuh tipu daya. .. di mana yang
BENAR akan dituduh dan SESAT, sementara yang BATIL akan dinaikkan sebagai
kebenaran.
Inilah zamannya...!
Kesimpulannya:
Pelajari Prinsip Ahlus Sunnah sungguh2 dan berpegang teguh
padanya. Pada masa yang sama ketahui
juga secara ringkas ajaran dan doktrin sesat untuk menjauhinya.
JANGAN
sesekali berkata ini halal ini haram tanpa pengetahuan yang benar
JANGAN sesekali menuduh sesat tanpa pengetahuan yang haq. Pelajari Pegangan Ahlus Sunnah yang benar
dari Mursyid yang siddiq (pewaris Nabi yang muhaqqiq) atau dari ustaz yang
benar2 mengetahui dan berpegang kepada Ahlus Sunnah yang benar (tulen)
AWAS... JANGAN terpedaya kepada Golongan Wahhabiyah
(khawarij) atau Syi'ah (rafidhi) atau sekular yang sering menuduh
amal soleh Ahlus Sunnah sebagai
Bid'ah sesat. Yang benar adalah : Mereka
itulah golongan bid'ah sesat.
AWAS... Jarak IMAN atau KUFUR boleh jadi hanya satu garis
halus.
Jalan keluar yang paling selamat adalah mencari Mursyid yang
siddiq (Pewaris Nabi yang muhaqqiq) dan berpegang kepadanya. Mursyid yang siddiq TIDAK akan
berdusta. Mereka adalah hamba2 Allah
yang takut kepada Allah, memegang Amanah Allah atas muka bumi memimpin manusia
kepada Ketuhanan.
Orang awam yang belum bertemu seorang Mursyid Pewaris Nabi
ini, bersertalah Ummat terbanyak Ahlus Sunnah dan ikutilah pegangan mereka.
Kenali Ahlus sunnah yang benar (tulen) dan kenali juga Ahlus Sunnah PALSU dan
golongan tersesat supaya TIDAK terjatuh kepada golongan sesat tanpa disedari.
Pada zaman ini golongan Ahlus
Sunnah PALSU dan golongan sesat ada di mana2... termasuk di dalam jemaah2 yang bernama Islam, Universiti,
jabatan2 kerajaan dan Pejabat Agama.
Sesiapa yang ikhlas mencari
Allah, mencari jalan Ahlus Sunnah yang benar pasti akan ditunjukkan oleh Allah.
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌴🍁🍁🍁🍁🌴🌴🍁🍁🍁🍁🌴
No comments:
Post a Comment